Selamba je bagi orang makan ayaaam kfc masa lepas nikah. Lepas beberapa bulaaan dapat panggilan tentang laki dia. Terduduk bila wanita ni tahu cerita sebeeenar.

Kisah Rumah Tangga

Assalamualaikum. Foto sekadar hiasan. Dulu aku janda sebab ex aku talak 3 sebab benda kecik. Kami kahwin pun tak sampai setahun dia talak kan aku. Lepas dia tinggalkan aku. Dia halau aku balik rumah mak aku. Masa tu dah la aku tak ada kerja. Tak ada duit tak ada semua nasib tak ada anak..

Dia tinggalkan aku tak bagi aku sesen aku mitak pinjam 50 pun tak bagi. Aku nak buat modal cari kerja. Nasib aku ada kawan kawan boleh tolong lepas habis eddah aku dapat kerja manager sebab seblum aku kahwin aku kerja manager butik gaji dah tinggi.

Sanggup berhenti sebab nak jadi suri rumah last last kena tlak 3.. Aku kerja dapat gaji aku terus settle hutang hutang aku.. Kereta tertunggak. Road tax tak hidup. Memang teruk lar kerana bangun balik.. Lepas dah 6 bulan aku berpisah. Dalam masa 6 bulan memang ramai lelaki duduk suka dengan aku.

Sebab aku cantik pandai masak semua serba serbi pandai. Sebelum kahwin dengan laki beriya tlak pun ramai nak dengan aku.. Tapi yang si laki tlak masuk meminang dulu sebab aku jenis tak suka couple couple.. Nak suka halal kan. Jodoh panjang atau pendek lain cerita yang penting halal..

Sambung balik. Lepas 6 bulan aku jadi janda aku kenal seorang laki ni. kenal kat wechat.. aku kenal pun sebab dia ada beli kuih aku jual online.. and aku jual kat orang orang wechat. dia ni tiap tiap minggu lar beli kuih aku.. Last last dia sampaikan hasrat nak kahwin dengan aku.

entah kenapa aku ringan mulut aku cakap lar. kalau nak beli cincin nikah jer.. tak payah majlis. dia ni duda anak dua. dia cakap dengan lama berpisah. wife ikut jantan lain tinggalkan anak anak. sekarang anak anak adik dia jaga. Duduk sekali dengan dia.

Aku percaya la sebab gambar gambar anak adik dia aku paling takut kalau suami orang aku tak nak laki orang.., kalau laki orang aku terus reject. sebelum aku terima aku dah siasat dia. Aku check fb dia wechat dia semua lar. Anak anak dia pun dia bawak jumpa aku.

Anak anak siap panggil aku ummi lagi. Dia bawak aku jumpa adik dia sepupu sepupu dia so aku pown yakin lar dia bukan laki orang.. Kami pun nikah buat majlis simple simple jer. Jamuan pun order kfc jer. Lepas dah dua bulan nikah aku dah pregnant 5 minggu.

Masa tu aku still kerja. Suami aku pula kerja selalu out station sebab dia kerja bahagia. Satu hari tu nak jadi cerita ada perempuan call aku. Dia kata dia bini suami aku. Terdiam aku. Aku sampai nak pengsan bila dia bagi tau dia mak budak budak yang panggil aku ummi tu. Menagis aku malam tu..

Aku call suami aku. Aku tanya betul ker dia ada bini. Dia diam, aku cakap bini dia baru call. Dia diam tandanya betul lar tu. Aku tutup phone aku menagis sampai bengkak mata. Aku nak minta nak berpisah jer dengan dia. Aku saggup lar jaga anak dalam perut aku ni sorang sorang dari aku rampas laki orang..

Lagi pun dengan dengan bini dia dah 4 tahun. Aku baru nak masuk 3 bulan. So aku nekad nak berpisah dengan dia. Malam tu juga laki aku balik rumah aku. Ketuk rumah aku jam 4 pagi dia baru sampai dari kedah, dia pecut semata mata nak pujuk aku, dia melutut dengan aku dia cium kaki aku.

Dia minta maaf sebab tipu aku. Dia takut kehilangan aku. Aku cakap aku tak sanggup bermdu aku tak nak.. Aku nak pisah. Dia kata bagi dia masa.. Aku halau dia malam tu. Aku tak nak tengok muka dia. B enci aku dengan laki tu.. Masa tu aku rasa kenapa aku tak cerdik tak siasat betul.

Sepupu sepupu dia. Adik dia semua tak bagi tau dia ada bini. Semua sepakat dengan dia. Sedih aku dah lar dulu dapat suami tlak ni dapat suami laki orang. Rasa nak cedra jer diri nasib aku kuat. Nasib ada baby dalam perut ni.. Esoknya aku kuatkan diri aku call bini dia aku nak jumpa dia setuju aku rasa dia baik so aku pergi jumpa dia bagitau lar dia dapat tau dari gambar dalam phone laki dia kami baik ja tak gado..

Aku mintaa maaf sebab aku tak tau dia ada bini. kalau tau aku tak kahwin dengan laki dia. aku cakap aku dah pregnant. aku fikir bini dia sedih., dia bagi tau laki dia memang kaki perempuan. sblum kenal aku dia ada gf lain juga. bini dia sabar jer, laki dia jarang balik tapi anak anak dia syang sangat.

Aku tak tau nak cakap apa. aku cakap aku nak mtak nak berpisah tapi laki tu tak nak lepaskan aku.. Bini dia pun tak bagi aku berpisah dengan laki dia. sebab aku dah pregnant. So bermula lar aku bermdu.. Mula mula ok, laki aku balik rumah anak dia 2, hari sana.,2, hari kat aku lama2 laki aku tak nak balik sana.

dia angkut anak dia pergi rumah aku. Anak anak dia semua sayang aku. Masa tu aku dah berhenti kerja sebab kerja aku berat. Aku pregnant lagi tak larat suami aku suruh perhenti sebab kecian bini dia kerja tak nak berhenti sebab sayang dengan kerja.

Aku marah dia sebab dia tak balik rumah yang first. Dia kata tak ada makanan., kat rumah aku semua siap siap. Anak anak pun gemuk gemuk duduk rumah aku. Aku cakap aku tak nak kalau suami aku tak adil. Kadang kadang seminggu langsung tak balik. Kalau aku paksa.

Dia balik tengah tengah malam pagi pagi dah datang rumah aku. Aku cakap dia tak adil nanti tak masuk syurga. Aku tak nak laki aku tak adil. Aku tak nak dia berdosa.. Dia kata dia tak ada feeling kat bini dia. Dia kecian jer. Sampai satu tahap bini dia benci aku tuduh aku macam macam kat fb bini penuh kata kata maki kat aku padahal aku tak pernah paksa laki dia tak balik.

Aku selalu gado dengan laki aku sebab dia tak nak berlaku adil, sampai aku mintak berpisah dengan dia. Aku ugut aku nak berpisah kalau dia tak berlaku adil baru dia balik rumah bini dia. Aku nak masuk syurga. Aku kalau boleh biar lar adil baru leh masuk syurga sama sama.

Tapi first bini dia buat hal. First bini dia ckp aku mengandung anak laki lain. Aku paksa laki aku kahwin sebab aku kenal laki aku sebulan dah aku ajak nikah. Sampai laki aku ajak pergi doc. Suami aku macam ragu ragu dengan aku. Suami aku kuat cemburu. Sampai dia marah marah aku.

Pernah aku gadoh sampai dia pkul aku sebab cemburu dia asyik fikir anak dalam perut bukan anak dia sebab first bini dia hasut .. sampai sepupu sepupu dia adik adik dia benci aku dengan tiba tiba sebab dorang ingat aku dah bomohkan laki aku. sebab laki aku terlampau sqyang aku.

sebab dulu laki aku ni Playboy banyak gf depan depan wife dia pun dia boleh bawa gf dia. aku baru tau masa wife dia cerita mula mula kami kenal. so dorang fikir aku dah bagi nasi kangkang kat laki aku. sebab sampai laki beriya sayang dengan aku.

aku tiap tiap malam nagis sebab laki aku balik jer dia asyik tanya anak ni anak siapa.. Aku sampai tak tahan aku suruh dia tinggalkan aku. Aku tak nak teruskan lg. Aku bosan dengan dorang suka fitnah aku. aku nak bahagia jer kalau macam ni aku tak bahagia baik aku berpisah.

laki aku tak nak pulak lepaskan aku. first wife dia hantar mesg2 maki aku. Aku senyap. Sampai satu tahap aku tak tahan asyik tuduk aku jahat. Aku betul2= betul buat jahat aku suruh laki aku buat pilihan sama aku atau firs tbini dia. Pilih satu sebab aku cakap dia tak mampu nak ada dua isteri.

Gaji punn kecik nak ada dua bini tapi dia tak nak. First bini dia kecian aku sebab dia cinta. Aku paksa dia buat pilihan. Kalau tak aku sendiri lari dari dia. Dia sentuh aku dia vgut aku kalau aku lari dia nak cdra aku. Sebab dia sayang dengan aku. Aku tak tahan aku kurung dalam bilik.

Aku tak nak keluar selagi dia tak buat pilihan. Aku cakap kalau dia pilih aku. Anak anak nya dia boleh jaga dan aku boleh jaga aku tak akan pisah pisahkan anak anak dia. Dia tak nak lepaskan sebab kecian dengan anak anak dia.Dengan aku sebab dia sayang cinta dengan aku.

Dia cakap dia tak pernah cintakan perempuan macam dia cintakan aku. Dengan bini dia pun kahwin sebab kecian. Sebab bini dia warga asing. Tak ada surat semua. Aku tetap dengan pendirian aku suruh dia pilih last last dia tinggalkan bini dia.

Bini dia marah buang semua baju baju laki dia. Anak sorang ikut ayah dia sorang ikut mak dia. Aku nak kata lega tak juga. Sebab aku tak nak pun dia berpisah.. Tapi suruh dia pilih aku sanggup kena tinggal tapi dia pilih aku. Lama juga aku rasa bersalah. Aku kalau boleh tak nak jadi perampas.

Sejak tu laki aku berhenti kerja. Dia ajak aku pindah luar kl.. Dia buat kerja kerja biasa. Dia tak nak tinggalkan aku. Kalau boleh nak aku 24 jam dengan dia.. Masa mula mula dia lepaskan bininya. Dia pujuk aku dia sabar dengan aku tapi aku maki dia macam macam aku benci dengan dia tapi dia tetap sabar.

Dia tetap pujuk aku jaga aku. Kerja kerja rumah semua dia buat… Maacam orang angau lar. Sebab tu orang tuduh aku bagi nasi kangkang padahal aku tak buat apa pun. Aku cuma masak jaga makanan minum dia jer. Aku dengan dia dah 4 tahun. Lepas 2 tahun dia tinggalkan ex bini dia.

Bini dia dah kahwin lain dah bahagia dengan keluarga baru.. Lepas ex dia dah kahwin baru aku hilang rasa bersalah tu. Kalau tak aku selalu salahkan diri aku. Dan sejak tu juga aku dah tak percaya laki aku. Sampai sekarg selalu aku gado tapi laki aku tetap sabar dengan aku dan tetap syang aku tak pernah dia buat jahat dengan aku..

Sorry banyak typo mengantuk sis. Lega dapat luah sebab sampai. Sekarang tertanya2. Aku ni jahat ke? Aku ni perampas laki orang ker? Aku ni jahat ker? Atau semua ni takdir. Aku akui aku bahagia sekarang. Suami aku tak pernah abaikan tanggung jawab … Kalau dulu semua orang kenal laki aku kaki perempuan. Sekarang semua terkejut dengan perubahan dia.

Dia berubah sebab dia jatuh cinta dengan aku. Kalau dulu dia per0kok tegar. Sekarang semua dia stop sebab aku yang suruh.. Sebab dia lagi sayang aku dari semua termasuk kawan2 dia tak ada lagi istilah lepak dengan kawan2..

Sumber : dunia kini