Selamba je dia tunjuk foto wanita lain ats katiil dlam telefon ayah. Hairan mak sengih je bila tengok gambar tu. Mengejutkan lepas dr tu kalau ayah blik rumah je mak mesti ada depan pintu. Akhirnya ini yang berlaku buat ayh terkedu.

Kisah Rumah Tangga

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum wbt. Nama aku Yahya (bukan nama sebenar) umur 20 tahun. Sekarang sedang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti awam di suatu negeri. Online! Aku nak luahkan kat sini apa yang tersimpan dalam hati. Ini secebis kisah hidup aku. Cerita ni sedikit panjang eh so kalau tak larat nak baca, aku bagi disclaimer dulu sesiap, hehe.

Family aku dikategorikan sebagai orang yang sedang sedang. Ayah seorang penjawat awam dan mak pulak Full Time Guardian of The House. Dalam simpanan tak banyak tapi cukup la, makan pakai tempat tidur selesa. Alhamdulillah. Aku sayang parents aku. Aku sayang kakak kakak aku. Aku sayang family aku.

Allah turunkan ujian dekat family aku pada waktu aku umur 9 tahun. Ayah ada perempuan lain. “Ah biasa la tu, zaman sekarang ni banyak je parents berpisah”. “Eleh buat cerita je dia ni; macam drama pukul 7!”. Itu terpulang kat korang nak nilai macam mana. Ini kisah dari perspektif anaknya sendiri. Yang drama Kau patut bersyukur kalau kau tak lalui ujian ini.

Mulanya malapetaka ni dianggap bahan jenaka je. Semua ingat benda ni takda apa apa. Macam mana dapat tau? Aku yang jumpa gambar perempuan tu atas katil. Atas katil! Aku tunjuk gambar kat mama sambil muka pelik. Reaction mama cuma senyum je. Dalam hati siapa tau kan. Waktu benda tu jadi diri aku yang innocent cuma mampu tengok je mama senyum tanpa tanya keadaan mak masa tu.

Sampai satu masa, tiap malam mama dengan ayah brbalah. Tiap kali ayah balik, mak dah berdiri tepi pintu. Setiap kali kami adik beradik dengar bunyi pintu dibuka, semua lari masuk bilik masing masing. Mata dah penat tengok WWE live setiap hari. Kejap bunyi pinggan kaca pecah. Kejap bunyi kasut but berdentum di dinding. Telinga letih dengar teriakan Mak dan ayah. Dinding pulak lahai. Senipis kulit popia.

Belum baligh pun dah mula rasa stresnya hidup. Life was beautiful dan cukup seadanya but at this point aku dah macam “apa benda ni?!”. Sikap Ayah berubah sejak benda ni berlaku. Macam tak boleh kenal dah dia ni siapa. Family mama aku syak Ayah dibuat orang (magik hitam). Aku pun syak benda yang sama.

Tidaklah berniat untuk menghina, tapi kalau tengok rupa perempuan tu kau takkan boleh brain macam mana Ayah terfikir nak buka cawangan baru. Ayah dah ada family sendiri, kerja sesuai, gaji yang stabil dan sekadar mencukupi untuk support family. Semua dah cukup. Why bother cari yang baru?

Ya, ini juga kisah pasal seorang b**i menyondol! Memang wujud orang macamni. Sekali lagi aku cakap, Aku tak hina rupa dia. Aku ni pun takde la elok mana. Cuma aku benci kewujudan dia ni dalam family aku. Parasite. Mama dah ikhtiar buat perubatan Islam untuk buang benda yang berkemungkinan ada kat Ayah. Bermacam macam mama cuba.

Pligami ni orang nampak yang baik je. Eh sunnah Rasulullah ni kena ikut. Syaratnya itu mampu eh. Yang baik tu Alhamdulillah lah. Tapi, realitinya? Dunia aku bertukar 180 darjah. Ayah dah dah start tak balik rumah. Mula mula satu malam hilang dari radar. Pastu 2 malam tak balik rumah.

Lanjut jadi seminggu, pastu sebulan sampai lah berbulan bulan tak jenguk kat rumah, tinggalkan anak bini. Duit nafkah langsung tak bagi. Ayah tak boleh tengok langsung muka Mama. Dia punya benci lain macam. Setelah berbulan bulan menahan sabar, mama akhirnya tekad untuk balik negeri kelahiran mama. Rasanya mama nak hentikan rasa sedih duduk dalam rumah yang sebelum ni rasa macam rumah tu.

Kami adik beradik ikut mama sekali pindah tinggal di sebuah rumah yang mama dan ayah bina dan plan untuk dijadikan rumah selepas bersara nanti. Akhirnya, diorang berpisah. Mak aku tak kahwin lain. Ayah pula, kahwin dengan perempuan tu di luar sempadan ketika perempuan tu dalam keadaan mengandung. Sekarang diorang ada 3 orang anak.

Naik turun Mahkamah tak payah cakap. Hire lawyer je dah berapa pulak duit habis. Fun kan? Hahaha Bond antara aku dengan Ayah ibarat benang yang putus. Yes, boleh ikat simpul bagi sambut tapi takkan sama. Ada nombor telefon tapi tak tergerak nak hubungi mintak tolong.

Aku lalui hidup remaja aku tanpa ayah disisi. Aku faham, ramai anak yang lebih teruk rasa kehilangan kerana ayah diorang pergi menghadap illahi. ada yang akibat sakit teruk, ada yang terlibat dengan kejadian buruk dan sebagainya. Tapi kehilangan aku ni rasa kehilangan di satu sisi yang lain. Nak kata pergi menghadap illahi, takda tanda nak ziarah. Kalau kata hidup, mananya Ayah?

Aku rasa terhiris bila ada kat tempat awam pastu nampak anak lelaki dengan Ayah diorang spend time. Gelak gelak, bual bual. Anak kecil pegang tangan ayah. Ada orang ambil dari sekolah. Rindu nak rasa moment tu. Aku dah tak tau macam mana rasa ada Ayah. Aku tak tau macam mana nak handle benda lelaki. Aku tak tipu eh. Nak shave jambang pun tengok youtube. Shave bawah pun sumber youtube. Tengok ilustrasi la bukan tunjuk betul. Eii kau ni. Terima kasih YouTube. Eh tiber.

Aku cuba untuk jadi happy bila dengan kawan kawan. Mungkin terlalu happy, banyak kawan yang anggap aku ni pelik. Aku jadi seorang extroverted introvert sebab nak lupakan yang aku ni sedih sangat. Mungkin aku fail dalam berkawan? Entah. Mana mana manusia yang kenal aku akan pinggirkan aku. Aku ada buat salah? Entah. Dah tanya apa masalah tapi diorang tak terluah. Asyik dengan “eh ok la bro, kau pehal s!al”.

Walau aku tau ada something yang tak suka pasal aku. Mana mana group aku join, aku dipulaukan. Takda yang nak sahut kalau aku keluar suara. Takda pula yang nak bercerita sesuatu kat Aku. Ada sorang yang agak rapat pun jenis lupa member lepas dah ada awek. So ya, Ayah aku adalah seorang stranger hidup aku yang sekarang. Kawan pulak takde. Awek lagi la takde. Family pulak macam ni. Hidup rasa losing yang tak terucap.

Kadang rasa ok. Kadang tetiba mata berair sebelum nak tidur. Nasib ada kucing sekor. Ada jugak teman. Rasa nak bahayakan diri tu banyak kali datang tapi aku tau benda ni dosa besar. Allah laknat.

Aku tak salahkan parents aku berpisah sebab diorang dah tak serasi. Cuma bila diabaikan Ayah, aku rasa hilang separuh tempat aku bergantung. Hilang kawan, boleh cari kawan lain. Hilang ayah? Jangan nak samakan dengan ayah tiri. Cukup la Aku hidup dengan mak aku dan adik beradik dalam peluang ni yang ada ni. End.

Reaksi warganet

Ye Saya – Dalam hidup ni jangan fokus sangat kekurangan diri sendiri. Kena selalu pandang orang yang lebih bawah supaya kita lebih bersyukur. Bukan aku kata kau tak bersyukur tapi tak perlu lah nak tengok family orang lain yang sempurna di mata kau.

Hakikatnya bahagia kita yang cipta. Pandang muka mak, dia lah mak, dia lah ayah. Fokus untuk bahagiakan dia dan kau akan bahagia. Live at the present moment. Jangan bazir masa kenangkan orang yang tak menghargai kita. Hidup dalam kenangan ni merosakkan.

Norazrin Ariffin – At least mak masih ada. Bahagiakan mak tu dengan apa cara sekalipun, inshaa allah masa tu akan terisi. Takyah la nak awek awek ni bagai, semak kepala je dik. Kang dia mengada ngada nak itu ini nak dating bagai, nak whatsapp 24/7 la. Banyak cengkadak dorang yang tak matang lagi ni. Baik ko fokus bina hidup dulu, cari duit, beli keta umah, haa masa tu berderet nak masuk meminang.

Siti Rahmah – Nasib kita sama dik. Last last akak selesa lone ranger. Alhamdulillah, akak bawak mak dan jaga dia. So life quite bz la dengan dia and business sendiri. Kawan kawan, alhamdulillah ada je. Tips nak ada nak kawan selesa dengan kita, ialah jangan push atau paksa orang untuk berkawan dengan kita. Rilex dan chill je. Berbuat baik sesama manusia, layan orang sama rata, jaga lidah dan bahasa. Lambat laun mereka sendiri datang nak berkawan.

Akak kawan rapat ada la sorang 2. Yang boleh di harap bila diperlukan sahaja. Jangan bother hidup orang sangat, orang pon tak suka nanti. And akak tak jadikan mereka sebagai penyebab utama untuk akak happy. I create my own happiness.

Kalau ada member join, the more the merrier. Kalau takde, sorg sorg pon jadi. Jangan pernah rasa loser. Kita ni dilahirkan sendiri dan Esok eaok masuk sana pon sendiri. Dalam hidup ni jangan harapkan manusia sangat. Banyakan Amalan dan sedekah, itu yang akan jadi kawan rapat kita kat sana.

Amanda Panda – Jadikan kisah hidup kau sebagai pengajaran. Kau as anak lelaki kena bangkit happykan keluarga yang masih ada.. mak, adik beradik yang lain. Memang perit bila mak ayah berpisah tapi kena ingat itu bukan penamat hidup.

Bila dah ada keluarga sndiri nanti jadikan kisah ayah kau sebagai pengajaran. Jaga anak bini baik baik, jaga hati. Allah swt ada. Hidup ni memang macam macam ujian dan dugaan tapi percayalah tak lama lagi kesusahan kau ni nanti Allah swt akan gantikan dengan ‘pelangi’. Percayalah, yang penting jangan give up dan cepat cepat bangkit.

Fiza Amir – Setiap kesusahan lepastu kesenangan. Lagi bagi besar ujian lagi besar ganjarannya. Kalau ko dah tahu macam mana keluarga berpecah perasaan anak lepas makayah berpisah lepas ko kawen dan ada anak bini janganlah buat dekat bakal bini ko.

Ko takde kasih sayang ayah tapi ko ada kasih sayang mak dan adik beradik, kalau ko bahayakan diri apa perasaan diorang. Chill down bro, adik beradik dan mak masih memerlukan ko. Ko boleh bahagia tanpa ayah ko, sayangi diri, family dan orang tersayang k. Moga allah kurniakan rezeki melimpah ruah, dirahmati allah dan dipermudahkan urusan asbab kesabaran, kecekalan dan kasih sayang hambanya.

Sumber – Yahya (Bukan nama sebenar) via IIUMC