Selamber je suami berseronok dgn gades lain depan bini setelah beberapa tahunn hidop susah bersama. Mengejutkan bila dh senang ini yg suami buat pada bini.

Kisah Rumah Tangga

Bercinta dan kemudian berkahwin perkara biasa yang dilalui setiap insan. Tetapi untuk mengekalkan kesetiaan sehingga ke akhir hayat bukanlah satu perkara yang mudah. Isu menduakan sering terjadi dalam kalangan pasangan baik suami atau isteri.

Tetapi ada yang sanggup memaafkan perbuatan pasangan dan menerima segala yang berlaku demi kerana ingin mempertahankan mahligai perkahwinan yang telah dibina. Siapa yang tidak sayangkan pasangan setelah semua kesusahan dilalui bersama walaupun jelas si pasangan sudah berubah hati.

Seperti luahan wanita ini apabila suaminya mengahwini wanita lain. Menurutnya, dia melalui segala susah senang bersama suami selama 7 tahun tapi ini balasannya yang diterimanya. Sebak kami yang membaca! Sayang…… Baca luahan aku sebagai seorang isteri… Aku sudah melalui pahit manisnyaa…

Aku menulis bukan untuk membenci kau atau dia… Tapi sebagai satu cerita yang kau boleh guna bila satu hari nanti kau bergelar isteri dia….. Untuk seorang isteri dan ibu tiga orang anak seperti aku.. mungkin aku tak mampu menandingi kecantikan dan keseeksian kau..

Sebab dalam aku menjadi isteri dan ibu.. Aku mencari redha Allah untuk syurga yang aku impikan… Tapi sekarang syurga aku dah hancur untuk hidupkan dogeng korang. Aku bukan tulis untuk menakutkan sesiapa….. Ambil laa sebagai pengajaran dan belajar untuk jadi manusia yang lebih BERHATI PERUT..

Sayang….. Lelaki yang kau ambil pada aku semalam adalah lelaki yang masih SAH suami aku…. Aku cuba faham dan redha HATI INI MILIK ALLAH… Dia berhak untuk bolak-balikkan hati kita pada siapa kita suka dan sayang… Maka aku ikhlas dan redha terima semua nie dan aku ikhlas jika kau dia pilih untuk memperisterikan…

Andai aku menjadi yang kedua demi anak-anak pown iaa… aku akan bertahan… kerana aku mencari redha suami dan Allah dan sejak dewasa aku di ajar yang syurga itu ada pada suami…. jadi aku ikhlas dan redha…. Sayang…… sebagai wanita… kau kena tahu…

lelaki yang kau pimpin dan peluk semalam adalah orang yang aku jaga selama 7 tahun…. dan dari hasil bahagianya dia dengan aku Allah kurniakan kami 3 orang cahaya mata yang sangat comel dan cerdik… cukup sifatnyaaa…. Dia adalah lelaki yg aku kenal dripda diaa TIDAK PUNYA APA² …

dripda kami dduk flat shaja.. Dripda kami ada sbiji moto shaja dlu… Dan bertapa susahnyaa kami dlu… Smpai kami mkn bubur jaaa dlu.. Kawan kawan diaa mnyaksikn kesusahan kmi dlu… Kawan kawan diaaa dtg rumah… aku ada rm10 jaa masa tu, aku boleh beli lauk masak dan hidang lg…

Bg kami.. biar laa miskin tp kami hormat pda tetamu dan kami bahagiaa wlupown kami cuma mkn bubur..dan tdo atas lantai ber alas toto jaa dulu sayang….. Lelaki yg kau syg skrg nie adalah lelaki yg aku dan pupuk dan ajar HIDOP SBGAI SEORG LELAKI YG BRSDERHANA DAN MENYAYANGI aku wlu sesusah apa pown aku ketika tu….

Untuk kau menggantikan tempat aku bukan perkara mudah dear….. Aku melalui pelbagai kesusahan sehingga ke puncak ke susahan aku dah lalui dear…. Tapi aku masih bertahan sebagai seorang isteri… Aku masih pelihara maruah aku ketika aku diuji dengan hebat ketika tu…

Ketika anak aku tak ada susu nak mnum sampai pernah terpkir kalau laa aku dapat lelaki kaya… Aku tak kan sesusah nie… tapi aku balik pada takdir… terima knyataan yang aku tengah diuji… Aku lalui sehingga puncakkk… !! Selama aku menjadi wife dan ibu……

Aku dah menyerahkn 100% tenaga untuk mereka dear… Aku dah cuba menjadi sehabis baik dah.. Aku pernah susah smpai anak-anak aku pernah ikut aku keluar siang dan malam jual nasi lemak dan laksa…. Aku sertakan gambar-gambar sebagai bukti penderitaan aku ketika aku bersama suami aku yang kau sayang sekarang….

Dear….. untuk menjadi half part of my life seorang lelaki… Bukan hanya hebat di ranjang… Bukan sekadar seronok terkinja sana sini… Ones u dah jadi wife dia… you all ada anak.. you all akan diuji… Tak kan ada bahagia yang kekal sayang… percaya laaa….

Jangan terlalu hanyut dengan keseronokan nie sampai you tak nampak perit i yang menjadi sasarannya nie… Lelaki yang you sayang ada anak-ank… Kecil-kecil lagi… Tak taw apa lagi sayang… Kalau tak kesiankan aku sekali pon… Kesian laa anak-anak kami….

Aku cuma nak tanyaaa… Jika kau gantikan tempat aku…adakah kau mampu bahagiakan mereka? Adakah kau mampu didik mereka dengan baik.. mampukah kau jaga makan pakai mereka? Bawa mereka pergi taman, belajar semua?

Tahap aku menjaga mereka satu ketika dulu sampai aku hampir hilang tulang kaki untuk berdiri… penatnyaa seharian menguruskan mereka… Kemas rumah.. baju…memasakk… Bg diorg tidoq.. Dlm masaa aku cari duit utk survive aku smpai buat kerja dkt taman taw utk pastikan mreka bahagiaa….

P mna pown aku tak pernah tggal mreka dlu…. Tgk laa gambar gambar mreka dan kau fkir laa sjenak…adakah kau mmpu utk mnjadi aku…. Dan skrg kau mgg beruntung sbb kau kenal suami aku, diaa dah berjaya… Diaa dah ada duit… Kau tak perlu lalui ksusahan tu dgn diaa….

Kau hnya MNIKMATI shaja… Sedangkan aku… Slma 7 tahun dgn dia… LILLAHI TAALA.. Sesen nafkah aku tak pernah tuntut wlupown gaji diaaa 6 ribu sbulan…. Shelai baju diaa tak pernah belikan utk aku…shelai tudung diaa tak pernah hadiahkn utk aku…..

Aku cuma terkilan kenapaa time diaa senang.. Aku dbuang ketepi.. Sedangkan ktika susah dlu… Aku laa wanita yg bertungkus lumus buat 20 balang popia masa aku sarat mngandung 9 bulan masa tu utk beli skampit beras masa tu…mak aku hdop lg p laa tnyaaa…

Masa 20 balang popia aku buat tu tak smpat hbs sbb jam 4 aku tumpah cairan merah dah nk bersalin.. mak aku yg hbskn buat… Dan skali lg aku d’uji…lepas bersalin aku tak adak duit nk byaq duit hosptal wlupown cuma rm45 msa tu dear….

tak mmpu dah aku nk karang… Aku harap smua nie ckop mnjelaskn keadaan aku skrg… Kalau plan kau utk tgk aku jatuh… Yaaa aku sudah jatuh dan mnunduk bumi skrg…… Aku prg mncari kekuatan utk BANGKIT smulaa…. Dan aku hrp ada tangan yg hulur utk bantu aku bangkit smula….

aku btol betul tak mmpu berdiri pown skrg…. Aku tak mrhkn sesiapa… Aku mncari dmnaa silap aku sbgai isteri slma nie….aku sedar bnyak jugak silap dan kekurangan aku…. Smoga Allah mudahkan dan berikan aku jawapan yg tepat utk kbaikan smuaa pihak….

Aku letakkan gambar KENANGAN yg tak pernah padam dlm hdop aku…. Biar gmbar berbicaraa. Mnceritakn smula naik bngunnya aku mnjadi isteri slma nie… Baca dan fkir laa sjenak…. Apa yg korang bt dkt aku nie okey sayang…

Aku doakn kitaa smuaa BAHAGIA…. kitaa smuaa BERHAK bhagiaa… Aku trima jika kau mnjadi sbhagian dlm hdop kami..mnjadi madu aku…datang laaa…. Dtg dan jumpa laa aku dgn baik, bncang dan aku izinkan…. Aku ikhlas.. Jgn terus hanyut dgn maksiat dan zina.. Jika ada jalan utk kita halalkan…..

Sumber: siakapkeli.my

Tergamam Bini Bila Tengok Suami Dengan Gadis Lain Dlm Selimutttt Tengah Buat Sesuatu. Sejak Dari Tu Bini Terus Jadi Bibik Kat Rumah Sendiri. Sehingga Lah Satu Hari Ini Yang Terjadi.

Hai.. Nama aku Piya, umur 30-an, dah berkahwin dan ada anak seorang. Terima kasih kalau Admin siarkan cerita aku dan aku bagi warning. Cerita ini memang sangat panjang. Sebab aku ni memang banyak mulut. Haha. Tak syok la pulak kalau cerita sikit sikit.

Alhamdulillah musim PKP ni aku takdelah bosan sangat duduk rumah, sebab memang dari bulan januari aritu aku diwajibkan duduk rumah je sebab baru lepas bersalin anak sulung. Huhu. So sehingga sekarang la aku memang duduk rumah je, hanya keluar pergi klinik untuk appointment baby.

Oleh sebab ada baby yang banyak ragam untuk diurus, so aku akan rasa kejap je masa berlalu. Haha..oh ye, suami aku kerja hospital. So baby memang mostly aku yang handle, sebab yelah. Faham faham jelah musim c0vid ni, tak dapat nak cantas kerisauan aku especially suami aku keje kat hospital.

Kisah sepupuku, Kak Ana

By the way, kisah ini aku bukan mengenai aku. Tapi ia bermula dengan “trip” aku temankan sepupu aku, Kak Ana untuk beri bantuan kepada orang orang miskin yang memerlukan. Sebab lately ni kan banyak agensi agensi atau orang perseorangan yang rasa terpanggil untuk membantu golongan yang memerlukan kan.

Alhamdulillah.. Rata rata aku tengok, dorang indeed memang memerlukan dan sangat appreciate dengan pertolongan yang diberi. Namun apa yang aku nak kongsi ni, kisah benar yang berlaku, 5 6 tahun lepas. Baiklah, aku mulakan ya.

Kak Ana ni, sepupu aku yang jarak umur dia dengan aku, dalam 15 tahun macamtula. Jadi, sewaktu kejadian, umur Kak Ana dalam 40an. Kak Ana ni, dia asalnya ialah seorang lecturer untuk satu universiti swasta kat KL. Tapi oleh sebab husband dia beria sangat nak pindah Pahang, Kak Ana terpaksa quit dan ikut suami dia. Husband Kak Ana ni pulak takde kerja tetap, lebih kepada freelance untuk buat wiring kat rumah/ pejabat bila dipanggil.

Kak Ana bila dah pindah Pahang, dia tak dapat nak continue kerja as lecturer sebab kat area tempat tinggal dorang ni agak pedalaman sikit. So takde universiti atau kolej yang berdekatan. Kalau ada pon, agak jauh dari rumah dorang.

Kak Ana ok je kalau nak travel ulang alik, tapi husband dia tak bagi. Risau katanya. Macam takde kaitan kan dengan tajuk. Haha. Sabar, nanti lama lama korang akan tahu kenapa aku cerita pasal background family kecil Kak Ana.

Join persatuan, diberi ‘keluarga angkat’

Dorang ni takde anak lagi walaupun dah berbelas tahun kahwin tau. So bila Kak Ana duduk rumah sorang sorang, dia cepat bosan. Fast forward, Kak Ana join satu persatuan. Persatuan ni macam akan kutip sumbangan dan akan cari keluarga keluarga susah untuk dibantu.

Then, setiap ahli dalam persatuan ni akan diberi “keluarga angkat” untuk dijaga. Maksudnya once bantuan dah diagihkan, dorang kena sentiasa pantau dan kena top up bantuan jika perlu, bergantung pada dana persatuan.

Nak dijadikan cerita, aku masa ni baru abis belajar dan since aku agak rapat dengan Kak Ana, dia ajak aku untuk teman dia pergi hantar bantuan kat keluarga angkat dia ni. First time nak pergi, itu yang Kak Ana nervous sikit.

Aku pulak memang free, so aku setuju je la dengan permintaan Kak Ana. Keluarga ni tinggal kat satu unit rumah flat kos rendah, di mana sewa rumah tu ditanggung oleh zakat. Kiranya, zakat akan bank-in bayaran sewa terus kat owner rumah tanpa melaui dorang.

Rumah kotor, berbau dan bersepah

Pertama kali aku jejak kaki kat rumah ni, seriously aku bukan niat nak menghina ke apa. Tapi.. memang KOTOR, BERBAU, BERSEPAH. Aku kalau ikutkan hati nak je tutup hidung tapi macam rude la pulak kan. Lagi satu sebab dua-dua tangan aku tengah bawak satu kotak besar yang penuh dengan makanan. So nak tak nak kena la tahan. Aku tengok Kak Ana selamba je tersenyum, masuk rumah lepas bagi salam.

Keluarga ni ada 3 orang. Sorang makcik, sorang anak lelaki umur belasan tahun dan sorang anak perempuan lebih kurang baya aku. Aku tengok makcik ni memang mulut manis, dia kata, “Maaf, rumah bersepah sikit (sikit?) makcik tak berapa sihat. Sara (anak perempuan dia) tengah sakit perut datang bulan. Itu yang tak mengemas tu…”

Aik. Aku macam pelik. Tadi elok je aku tengok si Sara tu mengadap phone, terguling guling tergelak gelak kat atas toto, kat ruang tamu tu. Nampak kitorang je terus lari masuk bilik. Tak pandang, tak salam pon. Lama jugak Kak Ana bersembang dengan makcik tu. Aku malas nak amik port, so aku scan la keadaan rumah tu.

Aku tengok ada berlonggok longgok baju kat sana-sini. Tak tahu la bersih ke tak, dah dibasuh ke belum. Aku tengok sama je keadaannya. Dengan lantai penuh dengan rambut, habuk.. ada area yang aku pijak macam berlendir. Erkk..

Harapkan bantuan duit rupanya

So sampai masa, kami pon hulurkan la kotak bantuan tu. Ada beras, mihun, tepung, telur, ikan bilis, biskut, milo etc.. Kira macam bahan asas untuk memasak la. Aku macam expect la makcik tu terharu cakap terima kasih ke, tersenyum sampai ke telinga ke.. tapi korang nak tau, apa dia cakap?

Mulut manis dia terus padam, mencebik pulak. Dia dengan muka kecewanya cakap kat Kak Ana, “Laa.. ingatkan kamu telefon kata nak bagi bantuan tu, nak bagi duit. Bagi benda benda ni rupanya. Yelah, terima kasih la ye”

Time ni aku dah menyirap dah. Kak Ana punya la bersusah payah pergi beli makanan tu semua. Semua yang ada jenama bagus tau. Bukan yang cap ayam punya. Siap Kak Ana guna duit sendiri lagi, tambah sikit sikit. Aku tengok Kak Ana macam speechless, mungkin terkejut dengan apa yang makcik tu cakap.

Aku tanya la, ”Kenapa ya makcik? Kan lagi senang kalau kami beri terus bahan bahan untuk masak ni. Makcik takyah susah payah turun bawah pergi beli.” (Rumah flat tu selalunya lif rosak ye kawan-kawan. Tapi mujurlah masa kitorang pergi tu, lif ok)

Makcik tu jawab, “Yelah. makcik mana ada peralatan nak memasak. Ala dik, kalau kamu bagi duit je kan senang.” Ceh, nak duit rupanya makcik ni, kata aku dalam hati sambil jeling dapur dia. Patutlah ada banyak sampah macam plastik tapau, polisterin tu.. Dengan plastik air ikat tepi yang masih bersisa, digantung kat tingkap tingkap.

Euu.. zaman bila punya entah. Aku tengok ada je periuk nasi, kuali semua tu. Bila aku tanye, dia cakap dah lama tak guna lah, dah rosak lah, tong gas takde gas lah. Banyak sangat alasan! So akhirnya bila kitorang nak bawak balik je kotak tu semula, makcik tu terus pegang kotak tu. Dengan rakusnya, dia belek belek makanan yang kitorang bawak. Dia ambil wehh.. sambil kata

“Takpelah.. makcik ambil jela ye. Nanti orang lain pula yang dapat. Tengoklah mana mana yang makcik boleh guna” Eii.. Ada gak kena tangan dengan aku kang. Sorilah kawan kawan, aku ni baran sikit. Haha. Makcik tu punya tamak dan dengki tu, haihh. Boleh kalah dengan Kassim Baba (yang faham, faham la ye).

So hari tu, aku balik dengan hati yang marah dan sebal dengan makcik tu. Kak Ana aku tengok, bertenang je. Alahai kak, bagusnya kau kak. Tapi Kak Ana memang orangnya lembut, baik, sopan, senyuuum je. Macam tak terkesan pon dengan perangai makcik tu yang entah apa apa. Aku yang ter emo lebih, membebel bebel dari dalam kereta sampai lah dah masuk dalam rumah Kak Ana. Aku tido satu malam je, esoknya aku balik rumah ibu aku dah.

Lepas “trip” tu, aku tak tahu dah apa-apa pasal makcik puaka tu. Taknak tahu pon, buat sakit hati je. Aku lepas tu dapat tawaran bekerja dekat Terengganu. Memang sangat busy sampai Kak Ana pon aku tak sempat nak jumpa. Just call, bertanya khabar camtu jelah.

Terkejut jumpa Kak Ana dah cengkung, tak ceria

Pastu nak dijadikan cerita, awal tahun lepas (2019), aku jumpa Kak Ana kat satu kenduri kawen sedara kitorang. Kiranya kali terakhir aku jumpa Kak Ana ialah masa “trip” makcik puaka tu. Dan ini pertemuan selepas bertahun tahun aku tak jumpa dia.

Aku terkejut sangat wehh! Kak Ana sangat cengkung, gloomy. Walaupun orang ramai tengah kecoh kecoh dengan kenduri, dia hanya termenung kosong je. Dah takde senyuman macam selalu. Pastu aku jeling jeling sekeliling, husband dia takde.

Aku seret adik dia, Ira masuk bilik. Aku tanya dia cepat bagitau apa yang jadi 5 6 tahun ni. Apesal Kak Ana jadi macam tu. Kenapa Kak Ana sorang sorang, mana husband dia? Ira takut takut nak cakap sebab dah janji dengan Kak Ana untuk tak cerita apa apa dekat orang lain? Dah tu, aku ni orang lain ke? Haishh. Aku cakap aku tak peduli, aku nak tahu jugak apa yang dah jadi. Ira cerita semua kat aku. Guess what guyssss..!

Rupanya suami Kak Ana bernikah dengan Sara, anak makcik puaka

Husband Kak Ana dah kahwin lain, gantung Kak Ana tak bertali. Duduk sama pon tidak, dilepaskan pon tidak. Korang nak tahu dia kahwin dengan siapa?? Haha. Betul. Dengan anak makcik puaka. Bukan dengan makcik puaka eh. Jangan risau. Huh.

Rupa rupanya lepas kejadian “trip” aku tu, Kak Ana selalu visit famili puaka tu. Ha amek kau. Naik taraf satu family aku puakakan. Kalau ikut SOP persatuan tu, tiada paksaan pun bagi mana mana ahli untuk keep on lawat rumah family angkat.

Kiranya kalau ada komitmen lain, boleh je inform dorang. Nanti dorang akan pass kat ahli lain. Ha camtula lebih kurang. Kak Ana asalnya dah taknak terlibat dah dengan family puaka tu. Sebab dorang terlampau banyak cengkadak!

Demand nak bantuan RM1000 sebulan

Nak bantuan, dalam bentuk duit je. Bahan makanan tak nak. Alasannya tak boleh nak masak sebab peralatan rosak. Pastu Kak Ana kesian, dia bagi rice cooker hadiah kahwin dia dulu. 2 minggu camtu je masak. Lepas tu, dah malas. Hari hari nak tapau makanan je.

Katanya alah tinggal bertiga je. Buat penat je masak. Baik beli. Tapi tiap kali kalau tapau tu lauk mahal mahal, amende? Pastu siap demand, nak duit tiap tiap bulan minima RM1000. Alasan satu, sebab anak lelaki dia ade sakit ekzema, kena ambil ubat tiap-tiap bulan. Bila Kak Ana suruh ambil ubat kat klinik kerajaan, dia kata leceh.nanti penat menunggu.

Alasan kedua, sebab nak bayar upah bibik indon untuk mengemas rumah dorang tiap tiap minggu. Setiap kali datang, RM70. Bila Kak Ana suruh kemas sendiri, makcik tu kata dia tak sihat. Bila minta anak perempuan untuk tolong, kata tak boleh kena habuk nanti resdung lah, migrain lah. Nak harap anak lelaki dia, lagi lah ke laut. Pastu banyak lagi la alasan dia. Yang dua tu je aku ingat, sebab 2 point ni yang aku dok menyirap sangat. Dorang ni asyik mesej, push push Kak Ana mintak itu ini sampai Kak Ana kerap dah kena sakit kepala, migrain.

Suami mula temankan ke rumah family puaka

Aku rasa masa ni sebenarnya tahap awal depression Kak Ana. Bila Kak Ana dah kerap sakit kepala, kadang kadang Kak Ana akan minta husband dia teman, drivekan dia untuk visit rumah family puaka tu. Mula mula just temankan Kak Ana, lama lama husband dia visit sendiri, konon tak bagi Kak Ana keluar rumah dengan alasan risaukan kesihatan Kak Ana. Kak Ana innocently rasa lega la sebab ada orang tolong dia tengok tengokkan family angkat dia.

Tapi, lama lama, jadi pelik. Sebab dah kerap sangat husband dia keluar kerja tapi tak balik rumah. Bila call, kata, “Ni kat rumah/pejabat sekian.. sekian. Banyak lagi kerja.. Mungkin tak balik rumah sebab nak kena siapkan cepat”, yada.. yada. Tapi pelik-pelik pun, Kak Ana tak syak wasangka apa pun kat husband dia weh. Dia percaya je apa husband dia cakap.

Suaminya dan Sara dalam selimut

Sampai satu masa, entah macam mana Kak Ana tergerak hati nak visit family puaka tu., siap bawak macam macam lagi. Yelah, sebab dah lama tak ziarah kan. Sampai sampai je, Kak Ana bagi salam tapi tak terjawab. Dia pun masuk jelah sebab pintu tak berkunci. Masuk masuk je ada 2 ketul makhluk yang hanya berselimut sahaja tengah terbaring kat ruang tamu tu. Korang dah tahu siapa kan.. Yes… Sara dan husband dia.

Kak Ana terus jerit masa tu jugak sambil marah marah, tinggikan suara kat dua ketul tu. Sara menangis. Makcik puaka keluar dari bilik dan pujuk anak dia. Dan husband Kak Ana? melutut dan meminta maaf? Oh tidak ye kawan kawan, dia tengking Kak Ana semula. Kata jangan menyibuk hal dia.

Kak Ana campak kotak makanan yang dia bawak dan terus berambus dari situ. Sampai rumah je Kak Ana menangis tak henti henti dan tetap menunggu husband dia balik. (Ini aku sangat tak puas hati, kalau aku, dah lama aku angkat kaki).

Suami balik bersama family puaka

Si isteri setia menunggu, padahal sang suami diam diam pergi kahwin lain kat Siam. Beberapa minggu lepas tu, husband dia memang balik rumah Kak Ana. Tapi bukan balik sorang sorang. Balik bersama sama family puaka. Haha.

Semua orang tak tahu pasal ni. Kak Ana dah takde mak ayah. Tinggal dia dengan Ira je 2 beradik. Ira pun masa tu belajar kat oversea mana entah aku tak ingat, tak jumpa Kak Ana sangat. Last last rahsia pecah sebab dalam 2 tahun lepas, Ira balik malaysia. Ira beria ia nak jumpa Kak Ana tapi Kak Ana selalu mengelak. Dah tu, Ira pakat dengan boyfriend dia untuk pergi je terus rumah Kak Ana kat Pahang tu.

Sampai sampai je Ira kat rumah tu, dia terus menangis. Terkejut tengok kakak dia yang dah kurus melidi, cengkung, selekeh tengah sapu laman sambil gendong anak kecik. Terus dia peluk Kak Ana yang terkejut dengan kedatangan Ira yang tiba tiba tu.

Kak Ana suruh Ira dan boyfriend dia masuk dalam, dia nak buatkan air. Ira tengok kat dalam rumah tu ada banyak frame gambar cantik cantik. Semuanya gambar husband Kak Ana dengan family puaka. Takde satu pun gamba Kak Ana.

Kak Ana ceritakan hal sebenar

Ira terus desak Kak Ana untuk cerita hal sebenar. Rupa rupanya dalam 3 tahun tu Kak Ana dijadikan orang gaji dalam rumah sendiri. Masak, kemas rumah, basuh baju, cuci toilet hatta period Sara yang bocor kat cadar pon Kak Ana yang sental. Semua Kak Ana buat.

Family puaka hanya goyang kaki sahaja, langsung tak membantu. Siap arah arahkan lagi Kak Ana buat itu ini. Husband dia tahu je pasal ni, tapi dia buat tatau je. Kak Ana takde bilik sendiri, kalau nak tukar baju ke apa, terpaksa tukar dalam toilet. Baju/ beg/ barang kemas Kak Ana, dah dirampas dan diberi pada family puaka.

Hanya kerana anak

Ira tanya Kak Ana, kenapa sampai boleh jadi macam tu sekali? Apa salah Kak Ana? Semua sebab budak kecik tadi. Yup. Itu bukan anak Kak Ana. Tapi anak si Sara. Husband dia konon bangga dah hamilkan si Sara. Dia selalu hina Kak Ana yang tak dapat bagi dia zuriat. So dia paksa Kak Ana untuk “jaga” zuriat tu.

Sara hanya pegang budak tu masa berpantang je. Selebihnya, semua Kak Ana yang uruskan sampai la budak tu umur 2 tahun lebih masa tu. Tu, masa Ira datang sana tu, husband Kak Ana dan family P tengah bersuka ria pergi holiday kat Singapore. Anak tinggal. Suruh Kak Ana jaga.

Paksa Kak Ana ikut pulang

Ira paksa Kak Ana ikut dorang balik time tu jugak. Dah tak sanggup tengok Kak Ana menderita macam tu. Tapi ofkosla mula mula Kak Ana taknak. Takut dilabel isteri menderhaka. Ira merayu rayu kat Kak Ana suruh ikut juga balik, sampaikan Ira terpaksa buat cerita yang Maksu kitorang konon tengah sakit teruk. Takkan taknak jumpa?

Alhamdulillah taktik itu berjaya. Kak Ana kemas baju budak tu, dan barang barang peribadi dia yang hanya tinggal beberapa je tu, terus ikut Ira dan tinggal dengan Ira sampai sekarang. Dah lebih setahun jugakla lepas kejadian Kak Ana ikut Ira, tapi Kak Ana macam tu juga kata Ira. Hmm. kesian Kak Ana. Dengan kisah budak tu “dirampas” oleh family puaka. Memang la bukan anak sendiri, tapi kalau Kak Ana lah yang dok jaga dari baby, mestila sayang kan.

Fuh, aku rasa cukuplah sampai sini aku cerita, kalau nak cerita semua.. sampai esok pun tak habis. Bab kisah berebut budak, berebut harta Kak Ana.. kalau korang nak tahu, aku cerita la kat entri yang lain ya. Yang penting, korang tolong doakan Kak Ana cepat cepat sembuh dan kembali jadi macam dulu. Aamiin…

Sumber – Piya (Bukan nama sebenar) via IIUMC