Selepas lima tahun akhirnya jalani hubungan dengan seseorang istimewa. Serina Redzuawan akhirnya dedah perkembangan statusnya terkini

Artis

Tidak dinafikan terlalu banyak dugaan dalam hidup dan setiap dugaan pasti ada jalan penyelesaiannya. Terbaru,ini khabar terbaru Serina Redzuawan,39 yang diberikan nikmat lain. Kira kira lima tahun lalu,dia berpisah dengan bekas suaminya. Dan sekarang hatinya kini dimiliki dan sedang menjalani hubungan dengan seseorang insan istimewa.

Setelah sekian lama, anak kepada Chef Wan itu mula membuka pintu hatinya menerima cinta lelaki lain.Ternyata ramai terkejut apabila Serina menukar status ‘In a relationship’ dalam Facebook (FB) sejak pertengahan Januari lalu. Namun, siapakah jejaka bertuah yang berjaya mengetuk pintu hatinya itu masih dirahsiakan.

Menurut ibu kepada Tristan Tareef dan Isabella Saffiya, tidak salah dirinya ingin merasai nikmat dicintai dan mencintai seseorang, biarpun pernah berdepan dengan kegagalan rumah tangga.”Secara jujurnya, saya sedang mengenali hati budi seseorang. Saya akui, hati sudah ditawan dan dimiliki seseorang. Kami baru sahaja berkenalan sejak beberapa bulan lalu.

“Cuma, saya belum bersedia berkongsi siapa gerangan jejaka yang berjaya membuka pintu hati yang pernah terkunci ini. Saya mengharapkan doa yang baik-baik.”Sebagai wanita dan ibu, saya juga mengimpikan memiliki mahligai rumah tangga yang bahagia seperti pasangan lain. Mungkin saya pernah melalui pengalaman perkahwinan yang hancur, tetapi Allah lebih mengetahuinya. Saya juga mahu bahagia dan rasa dicintai lelaki.

“Insya-Allah, saya akan berkongsi berita baik sekiranya apa yang diharapkan menjadi kenyataan. Cuma, buat masa ini, berilah saya ruang untuk mengenalinya terlebih dahulu,” katanya kepada BH Online.Serina berkata, anak-anaknya tidak kisah dengan siapa bercinta, malah mereka menerima seadanya.

Jelasnya,”Mereka masih kecil untuk tahu situasi yang saya lalui. Ada perkara tertentu mereka faham. Contohnya, saya dan bekas suami sudah berpisah. Saya pun sudah lama bergelar ibu tunggal, jadi sampai bila saya mahu menutup pintu hati?”Bagaimanapun, setakat ini, Papa belum tahu lagi. Tetapi, apa sahaja dilakukan restu Papa paling utama. Hubungan kami baik-baik sahaja. Papa terlalu sibuk menguruskan restorannya. Saya ada juga membantunya termasuk melakukan promosi dalam media sosial. Papa juga menyokong perniagaan yang saya usahakan,”

Mengulas dikaitkan dengan lelaki ‘scammer’ yang ditahan, baru-baru ini, Serina berkata, pelbagai ftnah mengaitkan dirinya dengan lelaki berkenaan.”Hidup ini memang tak lepas ujian dan pelbagai fitnah. Saya difitnah dan dikaitkan dengan lelaki ‘scammer’ berkenaan. Bagaimanapun, saya sudah membuat laporan polis.

Ceritanya lagi “Saya mengenali lelaki berkenaan selepas menunjukkan minat melabur dalam perniagaan yang saya usahakan. Jujurnya, saya tidak tahu lelaki ini terbabit dengan kerja tidak betul. Apabila lelaki ini ditngkap, timbul macam-macam ftnah mengaitkan saya. Kenapa pula nak mengaitkan saya, sedangkan saya baru kenal lelaki ini.

Tambahnya,”Saya sudah berhijrah, kenapa saya nak buat kerja gila? Sudahlah saya ibu tunggal, berniaga dan mencari rezeki, setiap hari. Saya kecewa apabila nama saya terpalit buruk hanya kerana mengenali lelaki ini. Kami hanya berurusan soal bisnes, tetapi dia belum pun sempat membuat pelaburan,” katanya.Katanya, biarpun diuji dengan pandemik COVID-19, bisnesnya berkembang dengan baik.”Sekarang saya fokus dengan perniagaan telekung, Serina Inspire serta bisnes makanan dan minuman, Serina Food Empire.”Niat saya mahu membantu ibu tunggal dan orang buta berniaga Industri Kecil dan Sederhana yang membekalkan makanan kepada saya,” katanya.

Tak sangka ini dugaan besar buat keluarga Chef WAn

Terdahulu Serina Redzuawan berkongsi berita sedih apabila diberitahu ibunya Norharyati Ayub perlu menjalani operasi bagi memtong kaki akibat sakit kencing manis.Lebih memeritkan, Serina, 37, berkata, sebagai anak dia diminta menyampaikan berita itu kepada ibunya.

“Ya Allah… mula-mula dapat berita mengenai mama yang perlu jalani operasi potong kaki, rasa berpusing dunia sekejap.”Jadi kelu tak boleh berkata-kata. Saya tidak tahu macam mana nak beritahu kepada mama hakikat ini, doktor pakar minta anak sampaikan sendiri pada ibu,” ujarnya di Instagram pada Rabu.

Anak kepada, tukang masak terkenal iaitu Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan berkata, dia terpaksa cekalkan hati untuk memberitahu berita buruk itu kepada ibunya.Selepas dipujuk dan menerangkan perkara itu, kata Serina ibunya reda dan menerima hakikat tersebut.  “Saya tahu, mama tentu kecewa dan menangis. Saya kuatkan hati dan berdoa kepada Allah untuk meminta kekuatan.”Selepas saya memujuk dan terangkan mengapa perlu potong kaki sebab mahu selamatkan nyawa mama, dia boleh terima dan reda.

“Dia berasa sedih dan menangis. Saya peluk dan cium dia untuk bagi semangat,” katanya.Selain daripada itu, Serina juga memberikan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan ibunya. “Saya mahu ucapkan terima kasih kepada yang datang lawat mama, beri motivasi dan semangat. Semoga Allah SWT membalas jasa baik kalian. Doakan mama selamat operation ya semua.

“Dugaan yang berat untuk saya dan keluarga. Saya reda atas ketentuan Allah SWT,” ujarnya.Sebelum itu, pada Selasa Serina memuat naik foto melawat bapanya Chef Wan yang kini sedang dirawat di sebuah pusat perubatan.Menurut Serina, tukang masak itu terkena penyakit kayap.

“Tadi (Selasa), lawat papa di hospital kena sakit kyap. Papa kata sakit terasa panas kulit macam terbakar dan bisa.”Ada gelembung air, I pun tak boleh bayangkan sebab tak pernah kena. Tapi kesian bila dengar. Papa ni jenis antibodi kuat, jarang sakit. Tapi bila dah sakit memang nak kena rehat sepenuhnya,” ujarnya.Chef Wan dan Norhayati berkahwin pada 1982, rumah tangga yang dibina hanya bertahan selama tiga tahun.Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua orang anak Mohd Nadzri dan Serina.

Chef Wan tampil mohon maaf

Tukangasak terkenal Chef Wan membuat permohonan maaf selepas mengeluarkan kenyataan kontroversi mahu menmpar muka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad.Menerusi laman Instagramnya pada Isnin, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail mengakui kenyataan itu dibuat dalam keadaan marah.

“Kepada Datuk Seri Najib pagi ini saya memohon maaf secara terbuka kerana saya gunakan bahasa kasar di waktu saya merasa amat marah!”Tetapi jika kita buat kesalahan yang besar kita mesti telan maruah diri untuk mengaku kesilapan diri kita seperti yang saya lakukan pagi ini. Ya saya mengaku  silap bila di rsuk syaitn dan naik marah!,” ujarnya.

Dalam pada itu Chef Wan berkata, ahli politik seharusnya dapat menerima kritikan secara terbuka dan rasa hormat.Bagaimanapun, dia tidak mahu menjadi manusia yang tidak berterima kasih dengan tidak menghargai sumbangan Najib kepada negara ini.Selain itu, Chef Wan turut  meminta penyokong Najib tidak menjadi batu api berhubung kenyataan yang menjadi kontroversi itu.

“Saya telah buat silap dengan apa yang saya perkatakan semalam dan sekarang saya memohon maaf kepada DS (Najib) dan itu sahaja!”Saya akan terus memperjuangkan apa yang betul,”  ujar Chef Wan.Sebelum ini, sebuah portal melaporkan, Chef Wan berkata mahu menampar muka Najib semasa hadir berkempen untuk Pakatan Harapan di Felda Sungai Koyan 1 di Jelai pada Ahad.

Chef selebriti itu tidak merestui langkah Felda semasa ditadbir kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memberikan imbuhan kepada peneroka yang dianggapnya rsuah. Kata Chef Wan pemberian wang berkenaan tidak bermakna jika pada waktu yang lain kerajaan BN ‘mermpak’ agensi terbabit sehingga bnkrap.

Ada Hari Sekeping Capati Pun Tak Terjual. Anak Kepada Cef Ini Kongsi Ayahnya Sanggup Kejar 2 Kerja Sehari Sehingga Undang Sebak Dalam Kalangan Warganet

Seperti yang kita semua maklum selepas sahaja kerajaan membenarkan kedai makan dan restoran beroperasi secara dine in atau makan di premis dengan prosedur SOP bermula 10 Feb,membuatkan peniaga kecil menarik nafas lega.

Baru baru ini keluhan seorang anak kepada penjual capati pada malam sebelum kebenaran itu mengundang sebak di kalangan warganet.”Aku kasihan dengan ayah aku, kalau kerja pagi buka gerai petang. Kalau kerja petang, buka gerai pagi. Aku kerja dekat pusat kuarantin, jadi belah pagi aku tak dapat tolong.

“Jadi, tolong petang je sampai tutup malam. Tapi sebab PKP tak boleh dine-in ni, slow ,” tulis seorang pemuda yang merujuk kepada prestasi jualan capati yang mengecewakan.Pemuda tersebut, Farhat Nadzmi Mohd Nizam berkata, bapanya mula berniaga capati di sebuah medan selera di Bandar Enstek, Negeri Sembilan sejak Oktober lalu.

Selain itu,dia memberitahu bapanya melakukan kerja sepenuh masa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor.”Ayah kerja syif di KLIA. Jadi, ayah buka gerai capati selepas atau sebelum syif bertugas, atau sepanjang hari pada hari ayah tidak bekerja.

“Tapi bila PKP tak membenarkan dine-in, bisnes capati ayah terjejas sampaikan nak tengok orang datang bungkus pun susah,” kata pemuda berusia 20 tahun itu kepada mStar.Sementara itu, bapa Farhat iaitu Mohd Nizam Abu Bakr pula berkata, dia sebenarnya mempunyai pengalaman sebagai cef kira-kira 25 tahun itu.

Jelas Bapa kepada dua anak itu, dia kini bertugas di bahagian kargo, tetapi sebelum itu bertugas sebagai cef untuk pengendalian makanan dalam pesawat.”Tugas saya bertukar ke bahagian kargo ekoran penerbangan komersial terjejas akibat pandemik Covid-19. Saya bersyukur kerana masih bekerja walaupun gaji dipotong.

Pada peringkat awal, katanya, secara purata capati yang dapat dijual adalah antara 40 hingga 50 keping sehari, dan prestasi merosot ketika PKP dikuat kuasakan.”Bila tak boleh dine-in waktu PKP, ada hari sekeping capati pun tak terjual. Memang kecewa tapi faham dengan SOP yang ditetapkan dan dugaan apabila berniaga,” ujarnya.

NAmun begitu, posting anaknya menjadi perhatian sehari sebelum kelonggaran orang ramai kembali dibenarkan makan di kedai makan telah membuatkan jualannya meningkat.”Hari pertama kelonggaran iaitu pada 10 Februari, jualan capati naik antara 30 hingga 35 keping. Lepas tular terus naik mendadak sehingga 100 keping!

“Sebenarnya selepas posting itu tular, ramai yang nak tempah lebih daripada itu. Tapi, saya dan anak-anak tak menang tangan dengan keupayaan yang terhad. Jadi, kami letakkan had 100 keping capati sehari untuk menjamin kualiti,” katanya.

Dia bersyukur dengan kelonggaran yang diberikan dan penularan posting, Mohd Nizam turut menerima banyak cadangan supaya menghasilkan capati bagi makanan sejuk beku.”Misi saya untuk mempunyai central kitchen (dapur berpusat) pada masa akan datang bagi membolehkan saya membuka lebih banyak cawangan menjual capati, insyaAllah,” katanya.