Sembilan kluster dikesan pada hari ini melibatkan 6 buah negeri. KKM jelaskan perincian untuk setiap kluster dan harap semua rakyat maklum dengan perihal tersebut

Berita

Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini memaklumkan bahawa terdapat sebanyak sembilan kluster baharu dikesan iaitu Kluster Titir, Kluster Omadal, Kluster Bandaran, Kluster Jambul, Kluster Bayan, Kluster Mentari, Kluster Jernih, Kluster Seladah dan Kluster Makekar.Menurut kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan, semua kluster itu melibatkan beberapa daerah di negeri Sabah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Johor.Berikut merupakan perincian bagi semua kluster tersebut.KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat sembilan (9) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1) KLUSTER TITIR.Kluster baharu ini melibatkan daerah Keningau di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-20232) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kendiri pada 18 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Keningau.Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 23 individu telah disaring dan dikesan positif COVID-19 (12 kes baharu).

2) KLUSTER OMADAL.Kluster baharu ini melibatkan daerah Semporna di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-21073) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 18 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin PPR Bubul Ria, Semporna. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 20 lagi kes positif COVID-19.Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 188 individu telah disaring, di mana:21 kes dikesan positif COVID-19 (9 kes baharu); dan
167 individu negatif.

3) KLUSTER BANDARAN.Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18471) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 11 lagi kes positif COVID-19.Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 41 individu telah disaring, di mana:12 kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu); dan 29 kes dikesan negatif.

4) KLUSTER JAMBUL.Kluster baharu ini melibatkan daerah Sandakan di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14932) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 9 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 30 individu telah disaring, di mana:8 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);20 individu negatif; dan 2 individu masih menunggu keputusan.

5) KLUSTER BAYAN.Kluster baharu ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara, Barat Daya dan Timur Laut di negeri Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-22930) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 21 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lima (5) lagi kes positif COVID-19.Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 216 individu telah disaring, di mana:6 kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu);60 individu negatif; dan 150 individu masih menunggu keputusan.

6) KLUSTER MENTARI.Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling, Klang dan Gombak di negeri Selangor, daerah Seremban di Negeri Sembilan dan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-24394) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 22 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 16 lagi kes positif COVID-19.Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 93 individu telah disaring, di mana:17 kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu); dan 10 kes dilaporkan negatif; dan 66 individu masih menunggu keputusan.

7) KLUSTER JERNIH.Kluster baharu ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-24435 hingga kes ke-24438) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal pada 22 Oktober 2020 dan mereka telah dimasukkan ke Hospital Rembau. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 11 lagi kes positif COVID-19.Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 76 individu telah disaring, di mana:15 kes dikesan positif COVID-19 (11 kes baharu); dan
61 individu masih menunggu keputusan.

8) KLUSTER SELADAH.Kluster baharu ini melibatkan daerah Kuching dan Serian, negeri Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-24448) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 22 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti enam (6) lagi kes positif COVID-19.Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 18 individu telah disaring, di mana:Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu);
Empat (4) individu dikesan negatif; dan Tujuh (7) individu masih menunggu keputusan

9) KLUSTER MAKEKAR.Kluster baharu ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kulai di negeri Johor, daerah Kemaman dan Dungun, Kuala Terengganu dan Marang di negeri Terengganu serta daerah Klang di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-23800) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 18 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti sembilan (9) lagi kes positif COVID-19.Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 132 individu telah disaring, di mana:10 kes dikesan positif COVID-19 (8 kes baharu);106 individu dikesan negatif COVID-19; dan 16 individu masih menunggu keputusan.Sumber: KP Kesihatan

TERKINI COVID-19: Kembali Tiga Angka, 823 Kes Baharu Keseluruhan Hari Ini & Sabah Kekal Tertinggi Dengan 533 Kes

PUTRAJAYA, 25 Okt – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 823 kes baharu positif COVID-19 direkodkan.Ia menjadikan kes positif kini meningkat ke 26,565 kes berserta kes aktif dengan kebolehjangkitan berjumlah 9,202 kes.Daripada jumlah itu, Sabah kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 533 kes, Pulau Pinang 97 kes, Selangor 88 kes, Wilayah Persekutuan (WP) Labuan 26 kes, Negeri Sembilan 22 kes, Sarawak 16 kes, Johor 15 kes, WP Kuala Lumpur 10 kes, Terengganu tujuh (7) kes, Perak enam (6) kes, Kedah satu (1) kes, Kelantan satu (1) kes dan WP Putrajaya satu (1) kes.

Dalam pada itu, sebanyak 579 kes pulih turut dilaporkan hari ini, menjadikan angka pulih kumulatif meningkat ke 17,134 kes bersamaan 64.5 peratus.Dalam masa sama, terdapat pemergian dan kluster baharu turut direkodkan hari ini.Maklumat lanjut menyusul.Sumber: KP Kesihatan

Seorang Staf Operasi MRT Laluan Kajang Positif Covid-19

Di Facebook, Rapid KL memaklumkan bahawa seorang staf operasi MRT Laluan Kajang telah disahkan positif COVID-19 dan kini dikuarantin di Hospital Sungai Buloh. Staf berkenaan, yang bertugas sebagai pengendali tren atau ‘transit officer’ telah bertugas buat kali terakhir pada 21 Oktober 2020.ADVERTISING

Susulan daripada pengesahan tersebut, Rapid Rail, yang menjadi operator untuk MRT Laluan Kajang, telah melaksanakan kerja-kerja disinfektasi dan pembersihan tempat kerja staf berkenaan malam tadi berpandukan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tren-tren pula sememangnya ditetapkan untuk menjalani kerja-kerja pembasmian kuman dan pembersihan setiap malam selepas operasi pada hari berkenaan. Semua agensi-agensi berwajib yang berkenaan termasuk Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah dimaklumkan tentang langkah-langkah yang telah diambil.

Menurut kenyataan itu lagi, semua kakitangan lain yang mempunyai kontak rapat dengan staf berkenaan telah diminta untuk menjalani ujian saringan dan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari seperti yang ditetapkan di bawah prosedur operasi standard KKM.

Pengguna perlu patuh SOP

Pihak pengurusan dan staf Prasarana khususnya di Rapid Rail dan Rapid Bas telah dilatih untuk menerapkan piawaian dan protokol tertinggi untuk kebersihan dan sanitasi berkaitan COVID-19 selaras dengan garis panduan keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan oleh KKM. Perkhidmatan MRT Laluan Kajang dan semua perkhidmatan pengangkutan awam lain kendalian Prasarana – LRT, monorel, Bas Rapid Transit dan bas henti- henti adalah selamat digunakan.

Langkah-langkah ini adalah penting untuk kita bersama-sama memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di samping memudahkan KKM membuat pengesanan semula sekiranya ada kes positif COVID-19. Pihak kami adalah komited menjalankan langkah-langkah yang dapat melindungi kesihatan dan keselamatan penumpang dan juga staf.

Di samping itu, para pengguna diingatkan supaya mengikuti dengan rapi SOP yang telah ditetapkan khususnya pemakaian pelitup muka dengan kemas sepanjang masa, sentiasa mencuci tangan dengan cecair pembasmi kuman serta mengambil suhu badan dan mendaftar dengan aplikasi MySejahtera atau di buku log sebelum memasuki tren.Sumber: Rapid KL

Seorang Staf Baskin-Robbins Cawangan One Utama Dilapor Positif COVID-19

Baskin-Robbins (B-R) Malaysia dalam satu kenyataan media yang dimuat naik di laman facebooknya sebentar tadi memaklumkan seorang kakitangannya dari B-R One Utama dilaporkan positif COVID-19.Menurut kenyataan itu lagi, kali terakhir kakitangan berkenaan bertugas adalah pada 22 Oktober lepas, dan kini menerima rawatan di hospital kerajaan.

Sebaik sahaja dimaklumkan bahawa individu terbabit mempunyai simptom-simptom jangkitan, individu tersebut dilepaskan dari tugas dan diarahkan menjalani kuarantin.Sehubungan itu, B-R telah mengambil beberapa tindakan segera antaranya menutup cawangan B-R One Utama sementara waktu untuk kerja-kerja disinfeksi selain mengarahkan kontak rapat individu untuk menjalani saringan dan kuarantin.Kenyataan penuh B-R boleh dirujuk dibawah.Sumber: Buskin-Robbins Malaysia

Covid-19: Dua lagi sekolah agama di Johor ditutup

JOHOR BAHRU – Dua Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) di Kempas di bandar raya ini ditutup seminggu bermula hari ini susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19) di kawasan berkenaan.Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, penutupan berkenaan membabitkan Sekolah Agama Taman Cempaka dan Sekolah Agama Kempas yang ditutup hingga 31 Oktober ini.

Tosrin berkata, penutupan kedua-dua sekolah agama tersebut membabitkan seramai 2,862 murid, 43 guru dan lima kakitangan sekolah.”Penutupan kedua-dua sekolah agama berkenaan dibuat atas nasihat dan saranan Kementerian Kesihatan.

“Sekolah Agama Taman Cempaka diarah ditutup selepas seorang murid Darjah Khas disyaki dijangkiti Covid-19 daripada ibunya yang disahkan positif wabak berkenaan. Murid berkenaan sudah menjalani ujian calitan dan masih menunggu keputusan.

“Penutupan Sekolah Agama Kempas pula dibuat susulan arahan penutupan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tan Sri Mohd Rahmat yang berada berhampiran sekolah agama berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang akhbar mengumumkan kewujudan Kluster Kempas membabitkan daerah Johor Bahru dan Kulai di Johor yang sudah menjangkiti lapan individu.Pada 12 Oktober lalu Sekolah Kebangsaan (SK) Masai dan Sekolah Agama As-Syakirin, Masai ditutup selama tujuh hari berikutan terdapat kes positif Covid-19 di sekolah berkenaan.

Warganet Mula Kritik Respon DG Noor Hisham Di Twitter. Warganet Ini Berpendapat Soalan Serius Yang Diajukan Tidak Dijawab Malah Buat Lawak. Berikut Respon Dari DG Noor Hisham

BeritaOctober 25, 2020ApamPink

Seperti yang kita tahu, media sosial bukan sahaja menjadi medium rakyat mendapatkan maklumat mengenai sebarang perkembangan semasa. Ia turut menjadi medan warga maya menyuarakan kritikan mereka terhadap isu isu tertentu. Turut tidak terkecuali menerima tempias kritikan pesdas warganet termasuklah Ketua Pengarah Kesihatan,Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Ia bermula apabila seorang pengguna mempersoalkan mengapa barisan menteri yang terlibat dalam satu pertemuan tertinggi semalam tidak memakai topeng muka dan tidak mematuhi penjarakkan sosial. Pengguna itu kemudian berkata, tindakan itu mengingatkannya kepada satu pepatah dan dibalas oleh Dr Noor Hisham dengan respon berikut.

Reply tersebut mengundang reaksi bercampur baur daripada pengguna lain. Ada yang dilihat agak kurang senang dengan respon tersebut……malah ada juga yang berpendapat ia sekadar gurauan, dan akaun tersebut mungkin dikendalikan oleh orang lain.Apa pun, yang penting rakyat perlu terus bersatu memerangi penularan COVID-19 dan patuhi SOP ditetapkan. All we got is us after all, #KitaJagaKita.

Warganet Pertikai Keputusan Dr Hisham Tak Nak Dedah Tempat Yang Ada Kes COVID19. Ini Antara Respon Warganet Susulan Berita Itu Dibuat

Sidang media semalam, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan nama restoran,kondominium,sekolah ataupun pusat membali belah yang terdapat kes COVID19 tak akan didedahkan. Dr Hisham mengatakan keputusan ini dibuat untuk tidak meletakkan stigma kepada premis-premis ini

Katanya lagi,KKM sering diberi tekanan untuk mengenalpasti nama sesuatu lokasi yang mempunyai kes positif,tapi tak memberitahu orang ramai bagi mengelakkan ketaaktn pada orang awam. Kalau ada kes yang dilaporkan di sesuatu tempat,orang mungkin tak nak pergi ke sekolah,kondo atau mall terbabit.

Tambahnya lagi, fokus KKM adalah untuk menutup kawasan tersebut bagi tujuan sanitasi dan disinfeksi bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin.Kami akan lalukan perkara terbaik untuk bersihkan kawasan tersebut tapi kami tak nak ada apa-apa stigma, jadi saya tak akan sebut nama.”Ekoran dari ini, ramai warganet yang mempertikaikan keputusan KKM ini.

“Kalau tak bagitahu, semua perniagaan disekeliling pun akan terkesan sebab tak tahu.”“Saya rasa ini adalah tindakan yang salah. Kalau nak landaikan lengkungan dan putuskan rantaian, orang patut boleh buat keputusan untuk pergi atau tak. Ketelusan akan bantu putuskan rantaian.”“Saya rasa beritahu lokasi adalah jauh lebih penting dari cuba untuk lindungi perniagaan orang. Pokoknya – kami, rakyat ada HAK untuk tahu.”

Pun begitu, ada juga warganet yang menyokong keputusan dari KKM ini.“Tindakan untuk tak namakan adalah keputusan yang baik, sama juga dengan merahsiakan identiti pesakit, kenapa? Supaya orang tak akan ambil mudah dengan situasi ni dan hanya pakai pelitup muka dekat tempat yang berisiko, kalau tak sebuh nama, orang akan belajar untuk pakai pelitup muka setiap kali tinggalkan rumah.”Apa pendapat korang? Patut atau tak KKM rahsiakan?

Isu Pemakaian Purdah Dan Niqab Bagi Elak Dijangkiti Koronavirus. Dr Noor Hisham Ulas Lebih Lanjut Kebenaran Berkenaan Pemakaian Pelitup Muka Bagi Berpurdah

Pemakaian purdah dan berniqab tidak mampu menghalang individu tersebut daripada dijangkiti koronavirus (Covid-19).Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hanya dua jenis pelitup muka yang disaran digunakan untuk mengelak daripada dijangkiti virus berkenaan.

“Purdah satu lapisan tidak cukup (melindungi dari dijangkiti),” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesyorkan individu yang memakai purdah dan niqab turut memakai pelitup muka di bahagian dalam.

“Sama ada menggunakan pelitup muka perubatan ataupun fabrik tiga lapis di sebalik purdah,” katanya.Beliau berkata demikian mengulas mengenai keperluan pemakaian pelitup muka bagi wanita berpurdah.Ia sekali gus menoktahkan persoalan bagi wanita berkenaan.

Isu Kerajaan Cadang Kurangkan Denda Tak Pakai Pelitup Muka. DS Ismail Mula Menyuarakan Isu Yang Menjadi Perbualan Ramai

TANJUNG MALIM – Kerajaan tidak bercadang meminda hukuman denda RM1,000 bagi mereka yang tidak memakai pelitup muka di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebarang pindaan akan memakan masa kerana perlu dibawa ke Parlimen sebelum diluluskan.

Menurutnya, kompaun RM1,000 itu merupakan maksimum namun masih boleh merayu untuk mendapatkan pengurangan di mahkamah. “Saya rasa tak perlu kita pinda akta tersebut kerana nak meminda akta memerlukan masa sedangkan kes sedang berlaku. Tindakan perlu dilakukan sekarang, jadi kalau nak pinda memakan masa dalam sesi Parlimen kali ni dah tak sempat. Kena tunggu sesi Parlimen yang akan datang.

“Berapa lama lagi nak tunggu? Jadi kita teruskan apa yang ada, tapi budi bicara boleh digunakan untuk mengurangkan kompaun yang dikenakan,” katanya kepada pemberita selepas hadir ke program Santai Melukis Mural di Pekan Slim River di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai desakan pembangkng agar kerajaan meminda Akta 342 untuk mengurangkan kompaun RM1,000 kepada RM250. Hadir sama program tersebut, Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz.

Ismail Sabri berkata, dalam mahkamah, hakim mempunyai budi bicara untuk mengurangkan hukuman begitu juga dengan kompaun RM1,000. Katanya, walaupun dikenakan kompaun RM1,000 mereka masih boleh merayu untuk mengurangkan kompaun berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri mengulangi kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bahawa penularan virus koronavirus (Covid-19) di Kedah dan Perlis masih terkawal. Beliau berkata, dengan tindakan pantas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran dilaksanakan di beberapa kampung, penyebaran virus tersebut dapat dikawal.

Menurutnya, keadaan itu tidak akan menjejaskan proses kempen dan perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim. Namun begitu, beliau menasihatkan jentera yang terlibat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Saya faham kita nak bekerja pastikan calon kita menang bergaya tetapi dalam masa sama jaga kesihatan dan keselamatan diri. Kalau di tempat sesak pakai pelitup muka dan cuba penjarakan fizikal di tempat yang boleh dilakukan. Kalau gagal pakai pelitup muka boleh diambil tindakan,” katanya. Beliau turut mengharapkan tiada sebarang tindakan diambil ke atas petugas kempen PRK DUN Slim ini kerana gagal mematuhi SOP ditetapkan.-sinarharian