Sememangnya mahu perkongsian yang dibuat tular. Adibah Noor dedah niat sebenar dia mengambil inisiatif betulkan cara sebutan

Artis

Baru baru ini,perkongsian yang dibuat Adibah Noor raih perhatian ramai setelah menegur dan memberi pandangan terhadap satu senario ini. Terkini,dia selamba menegur sebutan bahasa inggeris yang diucapkan oleh DS Rina Mohd Harun untuk sidang maya keenam.

Difahamkan Adibah Noor sanggup mengambil inisiatif memperbetulkan sebuatan seorang menteri yang dilihat kekok memberi ucapan dalam bahasa inggeris. Dia juga berkongsikan ilmu kepada umum cara sebutan yang betul menggunakan bahasa inggeris.

Jelasnya lagi,niatnya menegur demi memperbetulkan Bahasa Inggeris kepada umum dan dapatlah kita belajar bersama sama. Motid sebenar saya adalah untuk berkongsi ilmu. Kenapa perlu takut? Tak payahlah begitu. Memang ramai dalam kalangan rakan artis dan orang-orang yang mengenali saya, mereka takut nak bertutur dalam bahasa Inggeris sebab takut saya betulkan. Saya rasa perasaan takut itu sebenarnya bukan takut atau gerun, tapi sebab malu. Malu sebab kita tak tahu dan tak cukup ilmu.

Tambahnya lagi, Itu sebabnya saya tak betulkan semua sebab secara keseluruhannya, cara beliau menyampaikan ucapan itu dengan sebutan-sebutan walaupun tidak berapa betul, tapi ia boleh diterima kerana masih boleh difahami. Cuma satu perkataan itu yang saya betulkan kerana memang sebutannya salah. Itu saja…

Katanya lagi, ketika bersekolah dulu pasti ada beberapa guru yang ditakuti pelajar. Oleh demikian, pelajar-pelajar pun jadi takut untuk mendekati guru tersebut dan belajar menyebut sebutan dengan betul.Kita ada guru-guru yang menggerunkan. Sebab apa? Sebab dia garang dan tegas, kan? Tapi, kita dapat ilmu daripada dia. Kalau dia tidak tekankan sesuatu ilmu itu, sampai bila-bila kita tiada ilmu itu.

Jadi, tujuan saya adalah untuk kita sama-sama belajar. Untuk berkongsi apa yang saya tahu. Saya ini bukanlah handal sangat dalam bahasa Inggeris.Saya berbuat demikian memang mahu ia tular, tapi bukan sebab saya nak popular. Apabila ia tular, kita senang nak ingat. Jadi, penyebaran ilmu itu lebih banyak dan luas.

Baru Je Adibah Noor Betulkan Sebutan Perkataan English Rina Harun Sekali Pu Rahmat Pula Tampil Bersuara Bagi Nasihat Padu. Ramai Yang Terkejut Bila Pu Rahmat Selamba Je Nasihat Macam Ni.

Baru-baru ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun kembali menjadi buah mulut warganet selepas dilihat kekok memberi ucapan dalam bahasa Inggeris menerusi satu persidangan secara maya baru-baru ini.

Sebaik menyedari kekoknya Rina ketika berucap dalam persidangan Suruhanjaya Pembangunan Sosial (CSocD59), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Sesi ke-59, pelakon dan penyanyi Adibah Noor mengambil inisiatif memperbetulkan sebutan Rina.

Dalam satu hantaran di Twitter, Adibah memuat naik klip video cara sebutan yang betul bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan pengikutnya di laman tersebut. ”Saya akui, penulis skrip (ucapan Rina) sangat bagus dan saya harap saya dapat membacanya sendiri.

” Apa-apa pun, mari kita belajar menyebut perkataan ini, ‘doubt’ (keraguan). Saya dah pernah buat video tentang ini tapi mungkin anda dah lupa. ” Jadi cara nak sebutnya (doubt) hilangkan bunyi ‘b’ bukan, dup, daob, dib tapi d-out,” ciapnya beserta tanda pagar #Pronunciation, #BetulkanYangBiasa dan #BiasakanYangBetul.

Perkongsian penyanyi lagu Terlalu Istimewa, itu menerima lebih 6,000 ulang ciap dan hampir 9,000 tanda suka. Sebelum ini, ramai meluahkan rasa terkejut dengan penampilan baru Rina yang dilihat semakin kurus dan bergaya.

Terdahulu, Rina turut menjadi sohor di media sosial setelah dilihat menjadi model dan memperagakan busana baju kurung klasik pereka fesyen terkenal ManKajang. Bagaimanapun, tindakan anggota parlimen Titiwangsa itu menerima kritikan warganet.

Malah, bekas ketua pegawai eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Che Asmah Ibrahim terkedu apabila pejabat menteri yang menjadi tempat untuk menguruskan segala urusan rakyat kini dijadikan studio penggambaran fesyen.

“Macam tak percaya apa yang saya lihat. Bukan terpukau dengan kecantikan YB Menteri tetapi terkedu bila Pejabat Menteri dijadikan studio pengambaran fesyen dan YB Menteri pula sudah menjadi model,” tulisnya di akaun Facebook.

Reaksi PU Rahmat. Sementara itu, isu yang membabitkan sebutan Bahasa Inggeris YB Rina yang dibangkitkan oleh Adibah Noor itu bukan sahaja mendapat reaksi orang ramai, malah turut mendapat respon dari Pencetus Ummah (PU) Rahmat.

”Sudahlah troll orang lain, ni la perangai buat bangsa kita tak maju. Ayuh ubah paradigma kita. ” Sebagaimana aku tidak mentertawakan English YB Mat Sabu, begitu juga English YB Rina. Dari dulu aku konsisten, English hanya sekadar bahasa dan bukan ukuran kecerdikan seseorang.

PU Rahmat kemudian memberi nasihat kepada YB Rina agar memanfaatkan kemampuannya dari segi kewangan untuk membayar tutor bagi memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris. ” YB Rina, kamu ada duit untuk slim, bayar private tutor untuk ajar kamu sebutan yang betul dan karisma. Belajar berucap,” tulis PU Rahmat di Instagram beliau.

Minggu lepas nama Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun menjadi topik hangat bualan rakyat terutamanya di media sosial selepas ramai yang terkejut melihat transformasi saiz badan dan penampilannya. Malah, pada hujung minggu baru-baru ini warganet memperkatakan pula tentang Rina yang ‘modeling’ dengan memperagakan beberapa persalinan daripada pereka fesyen terkenal, Man Kajang.

YB Yeo Bee Yin galas tugas waktu hamil, tapi Rina…

Warganet mempertikaikan beliau yang seronok menjadi peragawan ketika saat-saat getir sebegini, apatah lagi masih ramai kanak-kanak yang kebuluran dan wanita yang menjadi mangsa rogol serta kegnsan rumah tangga.

Disebabkan itu, ramai yang mula membangkitkan isu tentang Rina yang dikatakan tidak menggalaskan amanah dan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin. Menurut warganet, sepanjang Rina bergelar menteri di Kementerian tersebut, jarang sekali melihat susuk tubuhnya menjalankan tugas yang sepatutnya.

Bukan setakat mengkritik Rina semata-mata, warganet turut membandingkannya dengan YB Yeo Bee Yin yang sebelum ini menjalankan tugas dan tanggungjawabnya meskipun dalam keadaan sedang sarat mengandung.

Kalau jalankan tugas takpe…

Warganet turut berkata Yeo pernah menggalas tugas 3 menteri lelaki iaitu Kementerian Sains & Teknologi, Kementerian Tenaga Asli dan Kementerian Alam Sekitar namun masih mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Bagaimanapun, warganet berkata bukan isu Rina menjadi model yang mereka kritik tetapi kerana beliau dikatakan tidak menjalankan tugas dengan baik namun ada pula masa nak menjadi peragawan. Itu sebenarnya yang ditekankan dan mahu disampaikan oleh warganet kepada beliau.

Menurut mereka seharusnya ketika pandemik Covid-19 ini dia mengambil cakna tentang permasalahan kanak-kanak, wanita dan keluarga yang tidak bernasib baik seperti isu kekangan wang untuk makan, isu wanita menjadi mangsa pukul isteri dan sebagainya.

Sumber:maIaysiakini dan IG PU Rahmat

Beri Ucapan Dalam Bahasa Inggeri Dalam Persidangan Maya. Tapi Ada Perkataan Yang Salah Sebut. Sekali Adibah Noor Tampil Betulkan Sebutan Tersebut.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun kembali menjadi buah mulut warganet selepas dilihat kekok memberi ucapan dalam bahasa Inggeris menerusi satu persidangan secara maya baru-baru ini.

Menyedari kekoknya Rina ketika berucap dalam persidangan Suruhanjaya Pembangunan Sosial (CSocD59), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Sesi ke-59, pelakon dan penyanyi Adibah Noor mengambil inisiatif memperbetulkan sebutan Rina.

Menerusi Twitter, Adibah memuat naik klip video cara sebutan yang betul bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan pengikutnya di laman tersebut. “Saya akui, penulis skrip (ucapan Rina) sangat bagus dan saya harap saya dapat membacanya sendiri.

“Apa-apa pun, mari kita belajar menyebut perkataan ini, ‘doubt‘ (keraguan). Saya dah pernah buat video tentang ini tapi mungkin anda dah lupa. “Jadi cara nak sebutnya (doubt) hilangkan bunyi ‘b’ bukan, dupdaobdib tapi d-out,” ciapnya beserta tanda pagar #Pronunciation, #BetulkanYangBiasa dan #BiasakanYangBetul.

Perkongsian penyanyi lagu Terlalu Istimewa, itu menerima lebih 6,000 ulang ciap dan hampir 9,000 tanda suka. Sebelum ini, ramai meluahkan rasa terkejut dengan penampilan baru Rina yang dilihat semakin kurus dan bergaya.

Terdahulu, Rina turut menjadi sohor di media sosial setelah dilihat menjadi model dan memperagakan busana baju kurung klasik pereka fesyen terkenal ManKajang. Bagaimanapun, tindakan anggota parlimen Titiwangsa itu menerima kritikan warganet.

Malah, bekas ketua pegawai eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Che Asmah Ibrahim terkedu apabila pejabat menteri yang menjadi tempat untuk menguruskan segala urusan rakyat kini dijadikan studio penggambaran fesyen.

“Macam tak percaya apa yang saya lihat. Bukan terpukau dengan kecantikan YB Menteri tetapi terkedu bila Pejabat Menteri dijadikan studio pengambaran fesyen dan YB Menteri pula sudah menjadi model,” tulisnya di akaun Facebook.

Ada Warganet Buat Perbandingan Antara Transformasi Fizikal Rina Dengan Adele. Sekali Ini Reaksi Warganet

Baru baru ini,heboh tetang transformasi kurus Datuk Seri Rina Mohd Harun dengan penyanyi luar negara, Adele. Nama Datuk Seri Mohd Harun tiba tiba sahaja trending susulan penampilan terbarunya dengan penampilan fizikal tubuh yang semakin langsing berbanding sebelum ini.

Perkongsian foto perbandingan fizikal baharu itu turut menerima reaksi berbeza-beza warganet . Melihat perkongsian itu, rata-rata warganet memuji penampilan terbaharu itu.Kata warganet, biarpun berbeza fahaman politik, mereka harus mengakui fakta bahawa Rina kini kelihatan lebih bergaya dan menawan.

Tambahan pula, ada warganet yang turut membuat perbandingan antara transformasi fizikal Rina dengan penyanyi popular antarabangsa, Adele.”United Kingdom (UK) ada Adele, Malaysia kita ada Rina Harun,” tulis @ChrisEnteri di Twitter.

Adele yang sebelum ini terkenal sebagai penyanyi berbadan besar pernah mengejutkan dunia apabila tampil dengan imej kurus pada Disember 2019.Dalam pada itu, bagaikan menjadi lumrah media sosial, pasti ada juga yang memberi komen negatif.Antaranya, warganet mempertikaikan tugas-tugas Rina di kementeriannya.

Selain itu, ada juga yang tergamak membuat komen berunsurkan kritikan fizikal (body shaming).”Ok semua. Kamu boleh persoalkan apa dia buat tetapi tak perlulah hina rupa paras dia yang sebelum ini,” tegur seorang warganet kepada individu yang mengkritik Rina.”Tapi jika ada duit pun. Kalau tiada usaha, disiplin, tak boleh juga nak kuruskan badan. Ingat senang ke?” kata seorang lagi waragnet yang mempertahankan Rina.

Ada Yang Bangga Hilang 50 Kg Dalam Masa 3 Bulan. Pakar Diet Ini Dedahkan Sesuatu Tentang Diet Yang Ramai Tak Tahu Sebenarnya Ada Keburukannya

Salah satu perkara yang ramai orang kita impikan adalah memiliki tubuh badan yang ideal, pasti akan ter inspired bila tengok kebolehan individu yang mampu turun kan berat badan dalam masa yang singkat bukan?Tapi sebenarnya, pakar diet Jazeera Julaili berkata cara itu bukan makin menyihatkan malah akan memudaratkan lagi diri tau!

Memandangkan dah musim-musim hujung tahun dan ramai dah tanam azam nak kurus, hadamkan perkongsiannya ini supaya dapat membuka mata kita semua bahawa penurunan berat badan secara drastik ini bahaya kerana….Boleh rosakkan jantung!

Menurut Jazeera, ada sebab kenapa dietitian/nutritionist menasihatkan seseorang yangt ingin menurunkan berat badan itu, dilakukan secara perlahan-lahan dan teratur. Turun berat tapi tambah sakit lain, untuk apa?”Kata Jazeera, cara dietyang salah boleh membuatkan seseorang itu kekurangan nutrisi dan sekaligus boleh menghilangkan lemak dan secara langsung akan menghilangkan jisim otot juga (muscle mass).

Kesannya, salur darh akan jadi rosak dan membuatkan kadar denyutan jantung (heart rate) akan semakin menurun.Jantung susah nak pump darah, cardiac arrest, jantung in a very fragile mode. kita pulak pergi gym, buat exercise lebih dari HR. Sebab nak turun berat cepat. Push beyond limit katanya.”

Disebabkan itu, risiko untuk menghadapi kegagalan jantung berfungsi amatlah tinggi. Katanya, lagi cepat turun berat, lagi cepat jugalah kena. Maka lagi banyak komplikasi pada kesihatan korang.“Kita bukan sembang saja saja lose 0.5-1.0kg/week berat badan tu. Ada sebab.

This is one of the reason. 500 x 7 hari. = 3500Kcal deficit = 1kg weight lost. Kita nak make sure, lose weight tp nutrient cukup. Tak bagi pressure kat you. Mntal health, physical health terjaga.”Disebabkan itu, Jazeera menasihati untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan, lakukanlah dengan secara teratur dan tak perlu nak terburu-buru.Remember this.

Qoute this if you need this. GREAT THINGS TAKE TIME. Losing weight faster than the other does not make you superior. It does not make you a warrior, oh one more losing weight bukan penyebab you boleh jadi coach orang tiba tiba.”Apa yang boleh dirumuskan diri adalah cara kita ‘catu makanan’ dan bersenam melampaui had kemampuan kita itu sebenarnya boleh memudaratkan kita.Jadi, Jazeera ada pesan adalah lebih baik kalau kita makan secara calorie deficit yang betul. Malah, pesannya lagi, kita boleh membuat pemeriksaan darah dan ujian penanda jantung (cardiac marker).

Terkini Dr Zubaidi Ahmad Bongkarkan Punca Penularan Pandemik Covid 19 Yang Melibatkan Kehidupan Seharian Masyarakat Kini Dan Ini Tips Yang Dikongsikan

SHAH ALAM – Cara hidup dan pemakanan masyarakat hari ini menjadi punca berlakunya penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, kata pengamal perubatan am, Dr Zubaidi Ahmad. Menurut beliau, sikap sambil lewa orang ramai dalam hal itu memberi kesan kepada kesihatan masyarakat sekeliling.

“Masyarakat hari ini melakukan perubahan kelakuan apabila sudah ramai mula membela haiwan-haiwan yang tidak sepatutnya dibela seperti biawak, ular dan sebagainya yang dikhuatiri mempunyai kuman yang boleh memberi kesan kepada kehidupan kita. “Begitu juga dengan pemakanan di mana ada dalam kalangan masyarakat mencuba makanan eksotik sedangkan kita tahu ada dalam kalangan haiwan ini berisiko kepada kesihatan.

“Jadi tidak hairanlah sekiranya wabak Covid-19 boleh menular di seluruh negara dan sehingga kini belum ada vaksin ditemui untuk menyembuhkan penyakit itu,” katanya di sini semalam. Berikutan itu, Dr Zubaidi berkata, pemilihan makanan yang halal serta bernutrisi tinggi penting dalam kehidupan seharian.

“Dalam Islam sendiri kita sememangnya perlu memakan makanan halal selain mempunyai nutrisi yang tinggi. Kita juga perlu memilih makan yang tidak berlebihan iaitu makanan yang memberi tenaga dan merawat tubuh kita. “Islam juga menitikberatkan soal kebersihan dan dalam amalan seharian kita. Kita sudah terapkan perkara itu melalui wuduk. Lima kali sehari kita membasuh tangan ketika mengambil wuduk untuk menunaikan solat fardu. Selain itu kita turut digalakkan berpuasa dan tidur yang mencukupi bagi meningkatkan daya ketahanan.

“Amalan spiritual seperti bersedekah juga perlu diamalkan. Ada kajian membuktikan manusia yang mengamalkan aktiviti spiritual itu, kadar kesembuhan penyakit lebih tinggi daripada mereka yang tidak mengamalkan amalan itu. Malah sebagai orang Islam, kita perlu meletakkan kebergantungan kita kepada ALLAH SWT agar sentiasa dilindungi,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat, Persatuan Doktor Islam Malaysia (Perdim) berkata, kawalan pergerakan penduduk di zon merah kes positif Covid-19 perlu diperketatkan bagi mengekang penularan wabak itu di kawasan lain. Ujar beliau, total lockdown atau perintah berkvrung lebih praktikal supaya pihak keselamatan dapat fokus kepada sesuatu kawasan dan penugasan pengawalan yang lebih spesifik.

“Ini adalah pandangan peribadi saya apabila ada jangkitan penyakit berlaku di zon merah, kerajaan perlu perketatkan lagi langkah-langkah keselamatan. Tidak ada aktiviti keluar masuk dibenarkan di kawasan berkenaan bagi mengekang penularan Covid-19,” katanya.- SINARHARIAN

Terkini Dr Noor Hisham minta semua orang duduk di rumah dalam satu tempoh ini jika tidak mahu sesuatu ini terjadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, meminta rakyat terus berada di rumah jika tidak ada urusan penting di luar dalam tempoh dua minggu ini bagi memutuskan rantaian COVID-19 dengan lebih berkesan. “Kalau kita tiada urusan penting di luar, kalau boleh duduk di rumah untuk tempoh dua minggu, kalau kita boleh duduk di rumah untuk tempoh dua minggu kita boleh memutuskan penularan COVID-19.

“Kalau kita terpaksa keluar daripada rumah pastikan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP), pakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter dan kerap mencuci tangan,” katanya. Mesej itu dinyatakan oleh beliau setiap kali sidang media harian kementerian dan dalam bentuk video dalam media sosial bagi mengingatkan rakyat supaya patuh kepada SOP dan bersama-sama melandaikan lengkuk jangkitan dalam gelombang ketiga ini.

Beliau berkata orang ramai perlu mengamalkan 3C iaitu elakkan berada di tempat sesak dan sempit serta berbual dalam jarak dekat. “Itulah vaksin yang kita ada, sekarang ini kita tidak ada vaksin, kita tiada ubat tetapi kita boleh elakkan dijangkiti kalau kita patuh pada SOP yang diketengahkan,” katanya. Katanya isu utama pada masa ini adalah ketidakpatuhan kepada SOP dan semua pihak harus sama-sama menjaga diri, keluarga, masyarakat dan negara.- BHONLINE