Senang je untuk ikhlas kan hati jika berkahwin atas pilihan keluarga.

Walaupun sudah setahun lebih kami mendirikan rumah tangga atas pilihan keluarga, kami berdua masih gagal memupuk rasa cinta antara satu sama lain. Sebelum berkahwin, masing-masing telah mempunyai pasangan, namun apakan daya atas kehendak keluarga, kami disatukan.

Kami bersetuju kerana tidak mahu melukakan hati keluarga. Akhir-akhir ini kedua-dua keluarga sudah bertanyakan kami tentang zuriat. Bagaimana ingin ada zuriat sedangkan kami tidak tidur sebilik. Walaupun begitu saya dan suami masih bertegur seperti biasa cuma kami tidak mesra seperti pasangan suami isteri yang lain. Bantulah kami.

Perkahwinan adalah satu tanggungjawab dan amanah untuk saling membahagiakan tidak kira perkahwinan itu wujud atas pilihan sendiri atau pilihan keluarga. Isteri bertanggungjawab membahagiakan suami dan suami juga bertanggungjawab untuk membahagiakan isteri, bukan hanya berpura-pura bagi membuktikan bahagia kepada ibu bapa yang mengatur jodoh antara kalian berdua.

Dalam usaha menangani isu ini, sebagai isteri, anda boleh memulakan dengan menggoda suami sendiri. Suami atau lelaki, biar tidak cinta pada mulanya, in sha Allah akan tergoda dan jatuh cinta juga dengan isteri sendiri jika isteri pandai memujuk dan menggoda.

Tunjukkan keprihatinan anda dengan mengambil berat tentang dirinya, gunakan kata-kata manja dan ayat-ayat cinta. Berikan sentuhan dan belaian. Cari jalan untuk tidur bersama. Dalam masa yang sama, berdoa agar anda mencintainya dan suami juga menerima dan mencintai anda.

Usahakan dahulu dalam masa tiga bulan. Andai tidak ada hasil, dapatkan bantuan daripada kaunselor untuk menegur dan menasihati suami pula tentang tanggungjawabnya untuk membahagiakan anda sebagai isterinya. segala yang terbaik untuk anda.

Sumber : Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga Dan Guaman Syarie

About ApamPink 103 Articles
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah-ertikan, kami tidak akan bertanggungjawab. JIKA ANDA SUKAKAN SALAH SATU ARTIKEL, JANGAN LUPA SHARE...