Seorang lelaki ini dedah minta bantuan Ebit Lew tetapi tak dilayan sampai kena block. Ini respon mengejut warganet ke atas komen yang diberi oleh lelaki tersebut

Berita Viral

Semalam Ustaz Ebit Lew berkongsi gambar nasib yang menimpa seorang lelaki orang asli yang tular selepas motosikal ditungganginya dijilat api, lalu beliau menghadiahkan sebuah motosikal baharu kepadanya.Ebit berkata, beliau sebak membaca kisah lelaki berkenaan, Amran Ronggi, 29, yang berusaha mendapatkan bantuan untuk keluarganya.

“Sebak rasa baca pasal abang bersama dua anaknya perlu bantuan di Johor dan motor dijilat api dalam perjalanan. Hari ini saya belikan motor baharu hadiahkan kepada abang ini serta sedikit duit belanja.Ebit menghadiahkan sebuah motosikal baharu kepada Amran berikutan motosikal lamanya terbakar pada Isnin lalu.- Foto Facebook Ebit Lew

Keprihatinan beliau terhadap kesusahan yang menimpa orang ramai amat menarik perhatian rakyat Malaysia yang rata-rata amat menyenangi kecekapan beliau menghulurkan bantuan.Namun satu hantaran komen seorang pengguna FB yang menyatakan kekecewaannya kerana tidak di layan oleh Ebit Lew setelah menghantar kiriman mesej untuk memohon bantuan.Malah akaun beliau turut di sekat Ebit Lew ..

Tindakan beliau itu mendapat kritikan warganet yang rata-rata tidak bersetuju dengan kenyataannya.Beliau juga berkongsi bukti FB beliau di sekat Ebit Lew.Sebetulnya Ebit Lew bukanlah Adun atau YB kawasan sehingga wajib membantu rakyat yang dalam kesusahan. Atas kesedaran beliau sendiri yang tampil menghulur bantuan kepada golongan yang amat memerlukan. Oleh itu jangan la mengambil kesempatan terhadap kebaikan beliau..

Say-u dapat tahu kisah motor lelaki OKU dijilat api, Ustaz Ebit hantar b4ntuan

“SAYA hadiahkan motor baru untuk abang ini serta sedikit duit belanja.”Itu perkongsian penceramah dan usahawan Ustaz Ebit Lew setelah membelikan sebuah motor baru sebagai hadiah untuk seorang lelaki.Menerusi perkongsian di Facebooknya, beliau merasa sebak apabila mendapat tahu ada seorang lelaki bersama dua anaknya memerlukan bantuan di Johor.

“Sebak rasa baca pasal abang OKU bersama dua anaknya perlu bantuan di Johor dan motor terbakar dalam perjalanan.“Abang polis Johor cuba bantu beliau. Terima kasih Polis Johor. Syukur ramai datang bantu. Hari ini saya belikan motor baru hadiahkan untuk abang ini serta sedikit duit belanja.“Kami juga bawa barang dapur untuk 84 keluarga di situ. Beras dan barang dapur dari Elewsmart.

“Sedih rasa bila Tok Batin tadi ucap terima kasih dan semua orang kampung situ kenal ajak bergambar. Allah tentukan dapat jumpa abang tadi. Comel jer anak-anak kecilnya.“Ramai orang kampung situ ulang kali cakap terima kasih walau cuma bantuan makanan untuk semua. Syukur banyak pihak ada hantar bantuan buat keluarga ini,” tulisnya.

Terdahulu, media tempatan melaporkan hasrat seorang lelaki Orang Asli yang sedang dalam perjalanan untuk membuat permohonan bantuan daripada Baitulmal Johor mu-snah, apabila motosikal yang ditunggang bersama dua anak lelakinya r0sak lalu terb4kar di laluan motosikal Plaza Tol Senai, Johor.

Menerusi hantaran Facebook Polis Daerah Kulai, kejadian tersebut dipercayai berpu-nca daripada percikan api di bahagian enjin motosikal itu.Malah katanya, lelaki berusia 30-an dan dua anaknya yang berusia enam dan lapan tahun itu juga terse-sat ketika dalam perjalanan ke Baitulmal itu bagi memohon bantuan.

Bagaimanapun, kejadian itu berjaya dip4dam atas tindakan pantas seorang anggota daripada Balai Polis Senai, Koperal Mohd Redzuan Mohamed yang ketika itu sedang bertugas di Sekatan Jalan Raya Plaza Tol Senai. Walau bagaimanapun api cepat m4rak dan memu-snahkan keseluruhan motosikal tersebut.sumber : FB Ebit Lew/ trending network

Kali Ni Selangor Di Uji Lagi Bekalan Air Terjejas. Sekali Lagi Ustaz Ebit Lew Cepat Bagi Bantuan Untuk Tempat Yang Terjejas. Tak Sangka Sampai Banyak Ni Dia Bawa Air.

Bila sebut tentang bantuan, tidak dapat dinafikan, nama Ebit Lew pastinya menjadi sebutan. Apa yang pasti, bantuan yang diberikan oleh penceramah ini sangat pantas – bukan dengan cara tunggu dan lihat. Contohnya ketika ini, beberapa kawasan di Selangor sekali lagi dilanda gangguan gara-gara pembuangan sisa toksik dari syarikat tak elok.

Sasaranya adalah rakyat Selangor sendiri, tak habis-habis dengan gangguan bekalan air. Dulu mungkin boleh buat jenaka lagi isu ini, tapi rasanya sehingga ini, sudah melampau sangat pencemaran yang dilakukan. Baru saja lagi Ebit memuatnaik gambar tentang proses pengagihan air buat beberapa kawasan di Subang. Menurutnya, sekitar 4 lori tangki air sudah pun digunakan untuk proses bantuan tersebut.

“Sayu rasa hati bila Selangor diuji lagi tiada air. Malam ni terus order lori bawa air dan agihkan pada penduduk flat sekitar subang malam ni. Ada beberapa tempat lagi mesej saya” “Dari siang uruskan. Walau dah malam ramai datang nak air.

Tua muda pelbagai bangsa. Bawa baldi. Kami bagikan juga dalam 4 tank kecil supaya boleh bagi lebih dekat dengan blok,” kongsinya di laman Facebook. Bertabahlah wahai warga Selangor, semoga ujian mendatang ini akan ada manisnya di masa hadapan.

Gangguan air lagi di Selangor, lebih 1,200 kawasan terjejas

Lebih seribu kawasan di Selangor berdepan dengan gangguan air disebabkan pencemaran sumber air mentah yang telah dikesan di Sungai Selangor pada jam 2 pagi tadi. Menurut kenyataan dari Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), tugas di Loji Rawatan Ari Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihentikan.

Gangguan bekalan air tidak berjadual itu melibatkan 1,196,457 akaun yang merangkumi 1,292 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

“Justeru itu, Air Selangor ingin memaklumkan pemulihan setakat jam 2:00 pagi ini untuk insiden henti tugas separa LRA SSP1 berikutan paip air terawat pecah telah mencapai kadar 80%, namun berikutan kejadian pencemaran bau ini melibatkan loji yang sama.

“Maka, pemulihan kawasan ini tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual yang telah diumumkan pada 18 Oktober 2020. “Air Selangor menyediakan bantuan bekalan air dengan mengerakkan lori-lori tangki ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan keutamaan kepada premis-premis krtikal seperti hospital dan pusat dialisis,” menurut kenyataan tersebut.

Notis pemberitahuan itu dibuat kurang 24 jam selepas Air Selangor mengumumkan bekalan air di 311 kawasan terjejas di negeri itu pulih sepenuhnya. Pengguna yang memerlukan bantuan bekalan air untuk kecemasan seperti urusan kematian boleh menghubungi 15300.

“Air Selangor amat memahami situasi para pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini dengan mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas,” katanya.

Tak Jemu Beri Bantuan..Sebelum Ini Negeri Selangor Terjejas Bekalan Air,Ebit Lew agih air dua lori tangki di Batu Caves

KUALA LUMPUR: Pendakwah yang terkenal kerana sikapnya gemar membantu orang ramai, Ebit Lew tidak ketinggalan berasa terkesan dengan kesulitan golongan yang keputusan bekalan air. Atas dasar tanggungjawab dan keprihatinannya, Ebit berusaha menyalurkan bantuan air kepada orang ramai yang menetap di Batu Caves, Selangor.

Ebit yang juga seorang usahawa telah membekalkan dua lori besar air untuk diagihkan. Dalam hantaran di akaun Instagram peribadinya, Ebit berkongsi cerita bagaimana sayu hatinya melihat masalah yang dihadapi oleh rakyat Selangor khususnya.

“Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli air 2 lori besar untuk diagihkan. Dari 10 malam kami keluar rumah uruskan sampai Subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di areapinggiran Batu Caves,” tulis Ebit di akaun Instagram beliau yang mempunyai 3.8 juta pengikut itu.

Kata Ebit lagi, masalah keputusan bekalan air bukan muda untuk diharungi apa lagi bagi golongan yang tidak berupaya atau mereka yang kudratnya tidak mengizinkan. “Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang di”luar sana. Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta pembantu saya bantu angkatkan.

“Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Ramai yang muda bantu yang tua. Pengerusi flat dan ajk semua kuat membantu bersama ajk surau. Ya Allah. Bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua,” ujar Ebit.

Dalam masa sama, Ebit meminta orang ramai agar semua orang mendoakan usahanya dipermudahkan memandangkan bekalan air juga harus disalurkan ke premis-premis lain yang turut memerlukan seperti pusat dialisis dan klinik.

Penduduk di Selangor sekali lagi mengalami masalah bekalan air melibatkan 1,292 kawasan ekoran insiden pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor. Gangguan berkenaan melibatkan pengguna di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Sumber via Transformasi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Dapat Banyak Mesej Minta Hantar Bantuan Ke Sabah. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Antara Barang Sumbangan Yang Ustaz Ebit Lew Hantar Ke Sabah.

Semalam sebanyak 649 kess baharu C0VID 19 dilaporkan, menjadikan jumlah kvmulatif jangkltan baharu di negara ini sebanyak 30,090 kess. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kess aktif dengan kebolehjangkltan sebanyak 10,087 kess.

“Ingin dimaklumkan daripada 649 kess baharu semalam, terdapat tujuh kess import yang mendapat jangkitan dari luar negara. “Sabah mencatatkan sebanyak 352 kess (54.2 peratus) dan negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 159 kess (24.5 peratus) daripada jumlah keseluruhan kess.

Menerusi hantaran terbaru dari Ustaz Ebit Lew di facebook beliau, beliau memberitahu setelah ramai yang mesej beliau minta bantuan, hari ini beliau terus hantar barang medikal ke Sabah dan berdoa agar Allah selamatkan rakyat di sana.

Doakan yer..risau teramat sangat baca tentang saudara kita di sabah. Ramai mesej saya minta bantuan. Terus pagi ini hantar barang medikal ke Sabah.. Saya sumbangkan barang medikal set PPE dengan spec, Face Shield,mask, shoe cover untuk keperluan kakitangan hospital, klinlk dan frontliner di Sabah. Saya guna perkhidmatan Raya Airways kargo. Doakan yer insyaAllah semoga Allah selamatkan Sabah…sayang orang Sabah sangat.

Komen Dari Orang Ramai

Sekali ustaz bagi bantvan sampai berpuluh ribu belanjanya.Memang sepatutnyalah ustaz je jadi ahli kabinet.Cepat bertindak tanpa protokol.Semoga Allah akan terus murahkan rezeki ustaz.Insyallah. Alhamdulillah. Terima kaseh Ustaz Ebit. Moga pnjang umur sihat selalu rezeki melimpah2 sampai syurga aamiin Ya Allah Ya Mujib.

Alhamdulillah syukur.. Terbaik Ustaz.. Semoga dipermudahkan segalanya utk Ustaz Ebit lew meneruskan perjvuangan beliau dan dipermudahkan segalanya dunio akhrat kelak.. In shaa Allah.. Barakallahahulak.. Aamiin ya Rab… Moga Allah SWT aje yg membalas jasa ikhlas Ustaz.. Syukur…ya Allah. MashyaALLAH. UEL Sendiri..Jadi Pndamplng Pilot Bh…Hebat Nya Rezeki UEL.

Sumber : KKM/FBEbitLew/OM

Rasa Sayu Hati Bila Selangor Tiada Air. Tergamam Ustaz Ebit Lew Sanggup Beli 2 Lori Besar Air Untuk Agihkan Kepada Warga Selangor Yang Mengalami Gangguan Air.

Masalah air di Selangor sememangnya bukan sesuatu yang baru untuk dihadapi oleh penduduknya. Hampir setiap bulan pasti berlaku gangguan tersebut sehingga orang ramai sudah penat untuk merungut. Kali ini, masalah itu kembali menghantui penduduk ditambah dengan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersasar (PKPB) yang terpaksa mereka lalui disebabkan penularan pandemik Covid-19 yang semakin ‘mengg1la’.

Datang bagi air bersih. Oleh sebab itu, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew terpanggil untuk memberikan bantuan kepada sebahagian penduduk yang terjejas akibat daripada masalah tersebut. Menerusi posting di laman Facebook, beliau memaklumkan telah membeli dua lori besar air untuk diagihkan kepada penduduk di Pinggiran Batu Caves, Gombak.

Beliau berkata, urusan mengagihkan air telah dilakukan sejak jam 10 malam sehingga subuh bagi memastikan penduduk sekurang-kurangnya mendapat bekalan air. Sayu lihat warga emas minta air. Tambahnya, melihat keadaan orang yang sudah berusia mahu mendapatkan air membuatkan dirinya berasa sayu dan meminta pembantunya menolong warga emas mengangkat air untuk dibawa ke kediaman masing-masing.

Tak perlu kejar jawatan nak bantu orang. Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah tinggalkan komen dengan meluahkan rasa terharu atas keprihatinan yang ditunjukkan pendakwah berkenaan. Mereka juga tidak lepas mendoakan agar Ebit terus dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik agar dapat membantu orang ramai lagi. “Tak perlu jadi menteri untuk bantu rakyat”.”Semoga Allah permudahkan urusan ustaz”

Sumber: Ebit Lew, OhMyMedia

Tak pernah lelah malahan rasa sebak mula menyelubungi diri. Ustaz Ebit Lew sanggup hantar bantuan sampai ke Kedah bagi membantu golongan ini

Sungguh mengagumkan. Seperti yang kita kenal penceramah bebas, Ebit Lew tidak pernah lelah membantu golongan yang memerlukan walaupunpun harus menempuh pelbagai rintangan dan cabaran. Terkini, usaha bantuan percumanya telah diperlukan oleh pihak Pnjara Pokok Sena, Kedah. Menerusi perkongsian terbaharunya semalam, Ebit  mengatakan telah menerima surat rasmi dari Pnjara Pokok Sena, Kedah yang meminta bantuan untuk individu Covid-19 yang dikuarantin.

Agak sedih dengan permintaan pihak pnjara, tanpa membuang masa beliau terus bergegas membeli segala barang keperluan serta menguruskan lori untuk menghantar semua barang ke sana dengan segera.“Sayu rasa. Pagi ini saya dapat surat rasmi dari Pnjara HQ dan Pnjara Pokok Sena memohon bantuan untuk warga pnjara untuk mereka yang dikuarantin. 

Tamabh dia lagi. “Terus bergegas belikan dan uruskan lori untuk penghantaran ke pnjara. Saya doakan lori bantuan selamat sampai. Saya tak kesana. “Kita semua sebuah keluarga. “Syukur selesai dapat belikan keperluan untuk 200 orang. 200 tilam. 200 bantal, tuala dan cadar. Kipas 10 biji. Face shield 2000 pcs. Barang-barang makanan dan barang asas,” katanya seperti yang dilihat oleh Gempak.

Pada masa yang sama, Ebit berharap semua yang disahkan positif Covid-19 diberi kesembuhan dan sihat seperti sedia kala.“Ya Allah selamatkanlah dan permudahkanlah buat warga Penjara Pokok Sena dan Alor Setar. “Ya Allah selamatkan saudara kami di seluruh Sabah. Selamatkanlah kami semua ya Allah. Semua saudara kami yang sakit sembuhkan. Yang dijangkiti pulihkan. Yang kehilangan keluarga tersayang beri kekuatan kesabaran.“Buat warden semua dan petugas negara barisan hadapan disana terus kuat dan diberi kekuatan. Ini ujian kita bersama,” pintanya.-gmpk

Terkandas Di Universiti. Tak Sanggup Lihat Keadaan Pelajar Pelajar Ini. Ebit Lew Tekad Beri Bantuan Dan Pertolongan Ini Sehingga Meraih Perhatian Masyarakat.

Tular baru baru ini, Isu pelajar terkandas ekoran salah faham mengenai pengumuman penangguhan pendaftaran secara fizikal untuk semester baharu di intitusi pengajian tinggi telah mendapat perhatian banyak pihak. Orang ramai telah tampil memberikan bantuan kewangan dan juga penempatan sementara buat mereka kerana memahami kesulitan yang dihadapi. Nak bantu pelajar yang terkandas. Prihatin dengan nasib pelajar-pelajar, pendakwah muda, Ustaz Ebit Lew telah menyuarakan hasrat membantu pelajar-pelajar tersebut dengan menyewakan bas untuk membawa pulang mereka yang terkandas di IPT.

Pelajar2 boleh terus pm ustaz. Menurutnya lagi, mereka yang memerlukan perkhidmatan tersebut diminta untuk terus menghubunginya kerana urusan mendapatkan bas sedang dijalankan oleh ketika itu. Terima kasih Ustaz Ebit Lew. Perkongsian itu telah mendapat perhatian warganet kerana terharu dengan keprihatian yang ditunjukkan oleh pendakwah tersebut.

Macam biasa, laman sosial Ebit Lew telah dihujani dengan pelbagai komen daripada warganet yang mendoakan agar urusan beliau dipermudahkan dan dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh pelajar disebabkan isu tular semalam. “Nak tolong orang sebenarnya bukan susah”. “Semoga dipermudahkan segala urusan ustaz”

Sumber: Ebit Lew

Setelah dikejutkan dengan berita anak anak yang kehilangan ibu sewaktu perjalanan ke sekolah. Kini Ebit Lew kongsikan kisah sayu mereka selepas menziarahi kediaman baru baru ini sehingga meraih tumpuan warganet.

Semalam, kita dikejutkan dengan berita seorang ibu yang menghadap ilahi selepas terbabit dalam satu kejadian tak diingini di jalan raya ketika mahu bergegas  ke tempat kerja. Lebih memilukan apabila anak-anaknya yang dalam perjalanan ke sekolah menaiki motosikal lain terduduk hiba setelah mengetahui jasad ibunya sudah kaku di tengah jalan ketika melalui jalan yang sama. Santuni anak2 kehilangan ibu. Kisah hiba itu bukan sahaja mengundang sebak warganet, malah membuatkan pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew turut sama terkesan dengan kejadian tersebut. Oleh hal yang demikian, beliau sempat menziarahi kediaman adik Fatihah Aina, 7 dan abangnya yang berusia 18 tahun untuk bertanyakan keadaan mereka.

Tampil beri kata2 semangat. Dalam perkongsian tersebut, Ebit telah memberikan kata-kata semangat buat mereka serta menghulurkan hadiah serta sumbangan kepada kedua-duanya. Beliau turut mendoakan agar dua beradik itu kuat menempuhi ujian selain mengucapkan terima kasih kepada guru-guru sekolah atas keprihatinan mereka terhadap kebajikan pelajarnya. Sayu rasa lihat mereka menangis.

Rata-rata warganet telah tinggalkan komen dengan menzahirkan rasa simpati atas ujian yang menimpa dua beradik berkenaan. Warganet turut sama mendoakan agar mereka berdua kekal tabah dan kuat menempuhi dugaan ini serta berharap agar roh ibunda mereka ditempatkan dalam kalangan insan-insan yang beriman. Terima kasih ustaz tenangkan mereka. Semoga adik2 terus dibawah lindunganNya

Sumber: Ebit Lew, OhMyMedia

Kali pertama kena suap makan dengan Ustaz Ebit Lew. Ustaz Ebit Lew luah rasa sebak dengan keadaan M Daud Kilau dan ternyata perkongsian ini terus meraih perhatian warganet setelah mengetahui perkembangan Raja Gelek tersebut

Pendakwah bebas Ebit Lew mengakui sebak ketika melihat keadaaan penyanyi veteran Datuk M Daud Kilau saat meluangkan masa menziarahi beliau di rumahnya, di Bagan Datoh, Perak semalam.Menurut Ebit, meskipun penyanyi yang popular dengan lagu Cek Mek Molek itu sedang sakit namun masih ceria dan semangat melayan tetamu.

“Sebak sayu hati rasa baru ziarah Datuk M Daud Kilau dan datin di Bagan Dato. Walau sakit beliau masih senyum ceria semangat melayan tetamu. “Sedap laksa. Beliau berdoa bersama-sama tadi. Lemah lembut orangnya. Tak bagi kami balik kalau tak makan. Semua kru kena makan..saya suap beliau. Katanya kali pertama ni kena suap dengan ustaz,” ceritanya.

Ebit berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.Menerusi perkongsian itu, Ebit memuat naik rakaman video sewaktu melawat M Daud Kilau. Selain itu, Ebit yang turut memberikan sumbangan kepada M Daud Kilau. Dia juga teruja apabila Raja Gelek itu sempat menyanyikan sebuah lagu.“Alhamdulillah saya berkongsi sedikit hadiah dengannya. Ulang-ulang cakap terima kaseh. Dan banyak sangat ni. Tak nak ustaz susahkan ustaz. 

“Apalah sangat dengan hadiah berbanding doa dari yang baik dan mulia. Doakan saya yer. Doakan supaya Dato M Daud Kilau sihat dan diberi kekuatan umur panjang memberi manfaat untuk ummah dan ibadah.“Tadi beliau sempat menyanyi bersama. Macam dengar dekat radio lagi. Sedap suara,” katanya lagi.

Sebelum ini media melaporkan kesihatan terbaharu M Daud Kilau yang sakit dan memerlukan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan sehari hariannya.Penyanyi berusia 82 tahun itu dipercayai mengidap beberapa jenis sakit termasuk kncing manis dan drah tinggi.-gempak