Sering buat benda terkutuk. Bila tk dpt jumpa beberapa hari dh rasa tak tahan. Masa buat benda tu rasa syokkkk sgt. Satu hari bila mak bapak dpt tahu ini yg mereka lakukan.

Kehidupan

Salam semua,nama aku Nazirah.Aku berasal dari pantai timur lebih dikenali dengan pasar payang.Lepas habis SPM dengan keputusan agak cemerlang ,aku dapat melanjutkan pelajaran di IPTA.Sebelum terlupa family aku ni ada islamic background. Ayah aku boleh dikatakan penceramah bebas dan mak aku ustazah disebuah sekolah. Bermula kisah permulaan dimana,aku terjumpa seorang lelaki selepas habis SPM sewaktu selepas mengambil keputusan di sekolah.

Sebaya.Nampak cool dan matang sikit,oppsss ada rupa sejuk mata memandang. Dia pun datang dari keluarga yang ada islamic background dan dia sendiri pun datang dari sekolah agama. Dia pun sekarang tengah study degree dalam bidang agama.

Long short story,kenal dalam beberapa bulan, akhirnya kami putuskan mahu bercinta.Terasa indahnya dunia seperti bagai kehidupan aku penuh dalam syurga,hari hari ditabur dengan ayat cinta,ayat berbunga,janji manis.Indah sungguhh……So,aku putuskan mahu pergi jumpa mak ayah and family besar dia and semua berkenan dgn aku. Make up make up skit,aku kenakan tudung labuh,emmmm nampak la sikit wanita muslimah dengan keayuannya.hihi

Kalau senang cerita kiranya nampak secocok sangatlah dengan dia.Dia nampak serius dengan hubungan ini lalu dia datang jumpa mak abah aku juga and everything went well. Kami mintak kahwin dengan ibu ayah masing-masing tapi macam biasa, suruh habiskan belajar dulu. Aku ingat pemikiran orang tua mungkin up to date mengahalalkan cerita kami tapi ini jawapan kedua ornag tua kami kahwin after dah ada duit and kerja bagai. Cliche kan?

Kami bukanlah datang dari keluarga biasa-biasa. Ibu ayah kami masing-masing income belas-belas ribu tiap bulan.Sebenarnya dah masuk tahun ke-4, kami bercinta.Kami tewas dengan nfsu kami even kami belajar keagamaan.Kami tewas dgn nafsu.Kami bongok. Kami dah beberapa kali terlanjur.

Kalau berjauhan selama beberapa minggu pasti dan wajib, sembang tak senonoh, gambar tak senonoh, video call tak senonoh memang takkan lekang dari hidup kami. Kalau kami dekat, check in hotel itu pasti.Seperti sekali cuba mahu lagi,syitan mengusai nfsu kami bila berjumpa,aku pun kadang2 sangsi apakah cinta kami ini bedasarkan nfsu atau cinta kami berlandaskan agama??Sedangkan kami tahu hukum hakam dan larangannya ini.

Tipulah tak penat buat dosa. Tipulah kalau kami tak pernah cuba nak berubah. Dah banyak kali cuba putuskan contact tapi akhirnya akan berhubung balik macam biasa.Kami da seperti lali,aku lalai dalam pelukan dia,aku lalai dengan kata2 indah diberikan nya,aku tewas ,yup aku lemah.

Dua bulan lepas, dia tinggalkan aku. Dia kata dia nak berubah. Dia taknak dah jadikan aku ni sebagai tempat pemuas nfsu.Aku broken. Aku menangis. Sebab aku rasa macam dia larikan diri dari bertanggungjawab atas aku. Dia lelaki pertama yang sentuh aku, and buat banyak benda bukan-bukan kat aku. Dia memnang da sedap apa yg dapat lepas tu tinggal cam tu aje.

Sampai satu tahap, aku rasa aku tak layak untuk mana-mana lelaki kat dunia ni sebab aku dah tak suci. Disebabkan apa yang dia dah buat kat aku ni, dan tinggalkan aku macam tu je, buatkan aku tak dapat maafkan dia.Aku benci dia,memang dasar lelaki tak guna.

Minggu lepas, dia mesej aku. Dia nak mintak maaf sebab dia dah banyak buat benda tak senonoh dengan aku, dia nak aku lupakan semua, redha apa yang dah terjadi. Dia nak aku maafkan dia sebab dia nak beribadah dengan tenang. Dia dapat rasa yang aku tak maafkan dia, dan itu buatkan dia jadi tak tenang. Nak beribadah pun rasa susah hati. Mungkin gerak hati yang bergelumang dengan dosa itu tanpa memaafkan ornag lebih sukar untuk beribadah,menyusahkan perjalanan dia.

Jawapan aku, aku nak dia bertanggungjawab atas aku. Aku hanya akan maafkan dia bila dia dah sah jadi suami aku.Dia terkejut aku cakap camtu, dan dia ajak aku kahwin kat siam. Bila dah kahwin, aku boleh maafkan dia dan dia pun dapat beribadah dengan tenang.Kami tak akan terjebak lag dengan dosa2 seperti ini jika keluarga permudahkan perkahwinan kami ini.

Masalahnya sekarang ni, aku pun sama jugak hati tak tenang mengenangkan betapa banyaknya perbuatan terkutuk yang kami dah buat. Adakah dengan cara nikah dapat buat kami beribadah dengan tenang?Adakah hati kami dapat kepuasan dan kenikmatan utk beribadah.Kami buntu dengan apa yang pernh dilakukan dulu.

By the way, aku dah berusaha dekatkan diri pada tuhan. Join usrah. Bawak usrah. Banyakkan diri untuk tadabbur ayat-ayat Allah. Solat sunat taubat. Nfsu terhadap dia pun, aku dah boleh kawal.Aku da stop mesej berbaur benda tak senonoh,gambar gambar tak senonoh aku dan dia pon aku da padamkan dalam handphone.

Tapi masa silam bukan senang nak padam kan? Jiwa aku betul-betul rasa terseksa dengan masa silam aku. ? Soal kemaafan untuk dia bila dia dah jadi suami aku, aku betul-betul maksudkan. Aku memang serius dengan kata-kata aku.Adakah aku dapat memberi kemaafan kepada dia dengan ikhlas jika benar dia ingin kahwini aku walaupun di siam.

Actually dia taknak pun nikah kat siam tu dengan aku sebab dia kata dia taknak buat jahat dengan aku lepas kahwin nanti. Dia kata dia dah tak sayang aku. Dia takut kalau dia abaikan tanggungjawab dia sebagai suami nanti.Kami sudah pun membelakangkan keluarga kami,aku abaikan mak ayah aku ,degil, tak dengar cakap ikutkan nfsu sendiri saja,inlah padahnya yag harus aku lalui sekarang.

Aku pening jika benar dia tidak ingin mengahwini aku ,bagaimana aku nak berdepan dengan keluarga aku?Bagaimana aku nk ceritakan apa yang pernah berlaku antara aku dan dia.Pasti mak dan ayah aku sedih bila mendengar penjelasan dari aku.Allahu……Aku menyesal,aku menyesal…

Aku tak mampu nak maafkan dia selagi dia belum suami aku. Pendirian aku ialah aku hanya nakkan dia bertanggungjawab atas aku. Aku betul-betul rasa kehidupan aku dah kelam. Tiap-tiap hari aku menangis. Aku malu dengan tuhan.Aku berdosa sangat2,aku menyesal..Sekian sebuah coretan hati yang terguris atas dosa silam.

2 Tahun Ikat Pertunangan Jaga Batas. Tk Sangka Hanya Sbb Nk Lepaskan Nafsu Lelaki Ni Bela Gades Simpanan. 6 Bulan Lepas Dh Halal Akhirnya Semua Kantoi. Terperanjat Bini Bila Tahu Perangai Sebenar Suami.

Foto sekadar hiasan.

Terima kasih kerana menyiarkan penulisan saya ini. Saya terpanggil untuk menulis atas tulisan cik Rohana dalam luahannya di IIUMC, (Patut Ke Dia Jadi Suami Aku?). Saya pernah lalui macam yang cik lalui, cuma kisah saya sedikit berbeza dengan cik. Saya sama macam cik tak pernah bercinta. Minat dalam diam tu Pernah. Biasalahkan reaksi h0rmon, tapi untuk ada kekasih tu amatlah sukar buat saya kerana saya seorang yang sangat berpendirian.

Saya pegang selagi saya tak sedia tak habis belajar tak capai cita cita selagi itulah saya tidak akan serahkan cinta ini untuk sebarangan lelaki. Dari kecil saya sangat menjaga hubungan dengan Allah, solat terjaga, akhlak terjaga dan Quran sentiasa baca atas harapan supaya jodoh saya juga akan menjadi orang yang soleh juga. Hari hari doa dan solat hajat supaya saya dihadiahkan dengan suami yang soleh, jaga solat, baik dan Allah redhai.

Sampai satu hari, semasa saya melanjutkan pengajian serjana ada seorang lelaki ni saya namakan Amar (bukan nama sebenar) merupakan kenalan semasa ijazah dulu tiba tiba tanya khabar saya, lalu dia bertanya adakah saya masih belum berpunya? Bila saya mengatakan belum lalu dia melamar saya untuk menjadi isterinya.

Saya ingat ini adalah prank lalu tanpa fikir panjang saya hanya bagi tahu, kalau ayah setuju maka saya pun setuju dan beri nombor telifon ayah saya cuma anggap dia takkan berani mungkin Amar ni main main ja. Tapi sangkaan saya meleset, dia betul jumpa ibu bapa saya minta izin untuk kenal dengan saya untuk tujuan berkahwin. Ibu bapa saya amat suka dengan Amar dan galakkan saya untuk berkawan dengan Amar ni..

Apalah istimewanya Amar ni sampai ibu bapa saya suka sangat dengan dia, biasanya mereka akan menolak mentah mentah lelaki yang cuba melamar saya. Beberapa minggu berlalu. Kemudian dia kenalkan saya dengan keluarganya dengan ajak bertemu di sebuah restoran..

Dia dari keluarga yang baik baik, adik beradik nya hafiz hafizah. Dia pun sebenarnya hafal banyak ayat Alquran yang saya sendiri tidak hafal. Melihat keluarganya saya yakin yang doa saya untuk berkahwin dengan lelaki soleh di makbulkan..

Kami kemudiannya bertunang selama dua tahun. Pertunangan kami lama kerana ibu bapa saya kenakan syarat jika mahu kahwin habiskan dulu pelajaran. Sepanjang pertunangan boleh kira berapa kali kami bertemu, kalau jumpa pun memang ditemani ahli keluarga.

Kami sangat menjaga ikhtilat. Berhubung dalam phone pun strict hanya 10 minit sahaja. Itupun seminggu sekali untuk urusan perkahwinan. Walaupun begitu perasaan kami tidak pudar, akhirnya kami diijab kabulkan.

Enam bulan perkahwinan kami amat manis, dan indah. Amar sangat romantik, menjaga solat, baik, bertanggung jawab, kira perfect ten la. Sehinggalah saya guna komputernya. Tak tahu macam mana pada hari tersebut saya rajin nak explore folder folder dalam komputernya.

Sampailah terjumpa satu file ada gambar dia dengan perempuan lain, bermesra melampaui batas. Alangkah terkejutnya saya sebagai isteri tengok semua video tersebut, dia dan wanita yang sama. Saya rasa langit nk runtuh, hidup saya gelap perasaan rasa nak lari je dari dia rasa macam nak terus hilang tanpa berita. Saya ambil masa bertenang dengan keluar rumah selama beberapa jam. Dan pulang ke rumah menangis lagi tanpa henti.

Sehingga Amar pulang dari tempat kerja. Bermula lah drama air mata kami, saya suruh dia terus terang berkaitan sisi gelapnya, Amar menangis mengaku itu salahnya dan merayu agar saya tidak tinggalkan dia. Rupanya wanita itu merupakan perempuan simpanannya semasa bertunang dengan saya. Saya tanya, ada lagi ke dengan perempuan lain? Nasib hanya dia seorang. Tetapi mereka telah buat benda terkutuk berkali kali, bukan sekali ya..

Lepas tu saya tanya kenapa tak kahwin dengan dia kenapa kahwin dengan saya? Amar kata dia cinta saya, perempuan tu merasa ja. Lagilah saya rasa hancur hati saya. Dia rayu, peluk minta maaf supaya saya tidak tinggalkan dia. Saya hanya senyap sehingga tertidur.

Esoknya saya whatsapp ibu Amar beritahu saya ditipu keluarga mereka kata Amar baik tapi rupanya banyak buat benda tak senooh, ibunya segera bertemu dengan saya untuk mendapatkan penjelasan. Lalu ibunya serbu Amar, sejak dari itu Amar dibuang keluarga.

Saya hanya pendam perasaan sehingga sakit dan masuk hospital berkali kali kerana tekanan cairan merah rendah melampau. Terlalu stress untuk bertindak. Berita ini hanya berkisar antara saya dan ibunya sahaja. Keluarga saya tidak tahu. Saya rahsiakan kerana ayah saya ada sakit jantung khawatir dia pergi buat selamanya terkejut.

Setelah beberapa bulan, akhirnya saya kena ambil keputusan to stay or to leave. Lalu saya menimbang tara dan buat satu senarai baik buruk jika teruskan perkahwinan ini atau berpisah. Setelah di timbang kira, banyak buruk dari baik jika saya memilih perpisahan. Masa tu saya teringat satu ayat Quran ni, jika kamu selamatkan satu manusia seolah olah menyelamatkan seluruh manusia.

Jika saya memilih perpisahan maka Amar akan terus buat perbuatan terkutuk, maka makin jauh rahmat Allah darinya. Saya memilih untuk memafkan tetapi tidak melupakan. Saya memilih untuk menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan sungguh sungguh.

Setiap kali Amar keluar outstation pasti saya ikut untuk pastikan dia memang keluar bekerja bukan ada orang baru. Selepas peristiwa ini, hubungan kami makin akrab dan lebih transparent. Kami lebih kenal each other dan lebih sungguh sungguh baiki hubungan dengan Allah. Amar sangat romantis dan menjaga perasaan saya. Tidak pernah angkat tangan atau tinggi suara.

Kami lebih menghargai satu sama lain dan bantu untuk padam d0sa silam dengan amal jariah dan join banyak volunteerism dan lebih sungguh-sungguh dengan aktiviti jemaah di masjid. Harap hubungan mesra ini kekal sehingga hujung nyawa. Jadi pengajaran dari pengalaman saya ini,

Pilihlah keputusan hidup “at the Greater good” Jangan kalah dengan perasaan. Bila marah ambil masa untuk tulis mana baik mana buruk asal tidak telepas cakap Wanita baik untuk lelaki baik tak semestinya kena sebelum berkahwin, ia mungkin untuk selepas khawin. Binalah sungguh sungguh peribadi diri untuk jadi yang Allah redha sepanjang hayat..

Akhir kata ; “Neraka itu penuh dengan pend0sa yang sombong, tetapi syurga itu penuh dengan pend0sa yang bertaubat” Jangan nilai orang sebarangan kerana kita tak tahu siapa masuk syurga dulu. Sekian,

Reaksi warganet

Krol Shaffi – Dulu cikgu saya kata “Wanita baik untuk laki baik dan sebaliknya”. Ada murid tanya kalau wanita baik dapat laki jahat dan sebaliknya macamana cikgu? Itu ujian Allah untuk mereka. Dunia tempat ujian sebelum ke syurga dan neraka. Kata cikgu tersebut!

Zee Ekyn – Teringat cerita Rashid Sibir suatu ketika dahulu. Aqasha jadi bapak ayam. Jual perempuan. Bile dah tua dia jadi imam.. Sekali nak kawenkan anak dengan perempuan yang dia pernah jual dulu. End up satu kg tau kisah silam dia. Fuh. Macam drama

Nurul Sakinah Rosli – “Wanita baik untuk lelaki baik tak semestinya kena sebelum berkahwin, ia mungkin untuk selepas khawin. Binalah sungguh sungguh peribadi diri untuk jadi yang Allah redha sepanjang hayat..” Suka dengan confessor ni sebab ayat dia pun tak tunjuk yang dia ni bebas dosa. Dan bagi saya Definisi “Yang baik untuk yang baik” yang confessor guna ni definisi yang betul.. May Allah bless u confessor for being such a strong woman.

Ain Mardhiah – Saya rase die atas individu tu sendiri, andai berlaku dekat saya, memang saya akan harap berpisah. Ketahanan seseorang berbeza, jadi ikut masing2 punya keadaan. Ada orang kalau stay, lambat laun tekanan tu akan membina Narcissistic Personality, (die daripada terlalu stress, kepada “akulah yg mampu untuk hadapi ni, means im better than anyone cause i can go through this but not others”). Situasi macam ni akan berlaku dekat diri saya if im in your situation (and i was), so for me, i better go. I know my limits. Berlakon baik depan kita, kemudian buat benda terkutuk time bertunang tu memang ciri ciri munafik kalau bagi pandangan saya. Buat benda terkutuk sebab nak merasa?? Kemudian pilih isteri yang suci. Dasar jantan.

HLimah Halim – Bila baca kisah ni, dah dapat agak kesudahannya. Patut la orang suruh membaca banyak, kaji dan teliti. Pentas dunia ni dah dihuni pelbagai manusia dan kisahnya sama tapi terjadi pada waktu berbeza. Terserah pada manusia menyerah pada takdir atau bertindak bijak. 6 bulan boleh la ikut kesana kemari. Esok bila dah bunting dan ada anak berderet lelaki tu boleh buat episod baru. Dah biasa.

Kalau dia baik. Dia tak simpan video tu. Dia tak nak ingat dan jejak kisah lalu tapi dia simpan. Dia akan simpan banyak lagi album begitu sebab dia lelaki. U adala ujian pertama dia. Berjaya. Pompuan yang ditinggalkn tu sure dia dipermainkn dengan kata2,”I dipaksa kawin, bila ada masa I akan cari u”. Apapun dunia ni sementara. Nak senang atau susah pilihan sendiri. Syurga juga pilihan sebab tu kena berusaha sungguh sungguh. Senang ke nak beribadat kalau dalam otak serabut dengan perangai lelaki. It is your choice. You have made the decicion. Enjoy!

Nur Reen – Dari pengalaman saya la, sedara ada yang kahwin lari, bila anak dah besar, anak dia pun kahwin lari. Ada lagi sedara yang isteri dia mengandung anak luar nikah, bila anak luar nikah dia dah besar pun buat perkara sama. Sebijik semua macam mana mak ayah diorang buat dulu.

Yang jadi sedihnya pasangan yang tak buat benda terkutuk tu pun kena hadap sekali ujian yjian macam ni. Allahu. Kita mungkin tak berapa kisah sekarang ni, tapi bila anak anak dah besar buat perangai sama macam kita atau pasangan kita pernah buat dulu, hancurnya hati dan malu nak tanggung masa tu lagi sukar nak hadap. So confessor fikir fikri la ye. Manusia yang banyak buat benda terkutuk dan dosa besar ni hatinya gelap, sukar nak berubah atau bila dah berubah pun sukar nak istiqomah, sebabtu banyak yang munafiq sekarang ni, depan depan baik, belakang jadi setan. Moga confessor kuat

Sumber – Mawar (Bukan nama sebenar) via IIUMC