Sesuatu dalam kelopak matanya yang timbul. Sarah Suhairi dedah matanya dijangkiti kuman dan terangkan punca berlaku kejadian tersebut

Artis

Sarah berkongsi keadaan matanya yang tertutup di laman sosial.GARA-GARA tidak menjaga kebersihan selepas bersolek, penyanyi Sarah Suhairi mengalami jangkitan kuman bermula di mata kiri kemudian merebak ke sebelah kanan sehingga bernanh.Sarah memberitahu doktor turut menyarankan supaya membuang benjlan dan nanh dalam kelopak matanya yang timbul disebabkan kelenjar minyak tersumbat.

Penyanyi berusia 20 tahun ni juga berkata, dia dinasihati doktor agar tidak memakai sebarang solekan buat sementara waktu untuk mengelakkan menjadi lebih teruk.Sarah tidak berasa panik apabila berlaku jangkitan kuman pada mata.“Alhamdulillah… saya masih boleh melihat seperti biasa cuma mata masih bngkak. Pada awalnya, disebabkan jangkitan daripada solekan di mata sebelah kiri kemudian merebak ke sebelah kanan.

“Ada benjolan dalam kelopak mata kanan disebabkan kelenjar minyak tersumbat. Kemudian doktor sarankan untuk buang biji itu selain nanh yang ada di dalam kelopak mata juga.”Doktor juga ada menasihati lebih kepada saya tidak boleh memakai sebarang solekan buat sementara waktu ini,” kata Sarah kepada mStar.Sebelum ini, juara program realiti Big Stage musim pertama tersebut memuat naik foto di Instagram miliknya memperlihatkan mata kanannya ditutup akibat jangkitan kuman.

Rata-rata warganet meluahkan rasa kebimbangan melihat keadaannya dan turut mendoakan agar penyanyi lagu Bicara Rasa itu cepat sembuh.Dalam pada itu, Sarah mengakui jangkitan tersebut tidak membuatkan dia berasa panik memandangkan ia sudah kerap terjadi sejak dirinya masih kecil lagi.Menurut Sarah, dia mengalami masalah tersebut hampir setiap tahun disebabkan mempunyai mata yang sangat sensitif sekiranya tidak menjaga kebersihan solekan dengan betul.

Sarah mempunyai mata yang agak sensitif.“Bila terjadi macam ini, saya tidaklah berasa panik sebab memang dari saya kecil lagi kerap timbul benjoln atau biji di mata sampaikan kadang-kala mata saya tertutup.”Mata saya memang agak sensitif dan boleh katakan setiap tahun memang akan ada biji yang timbul di mata cuma tahun lalu lagi teruk dari yang biasa.”Selepas ini, saya kena lebih berhati-hati dan menjaga kebersihan di mata. Saya selalu bersolek sendiri dan jarang pakai eyeliner ata celak dalam mata sebab sangat sensitif jadi berairm” ujarnya.

Sarah Suhairi masih kuarantin di rumah, belum dapat keputusan ujian saringan selepas pulang dari London

Sarah sudah pulang dari London sejak 28 Mac lalu.SELEPAS pulang dari London pada 28 Mac lalu, penyanyi Sarah Suhairi serta seluruh ahli keluarganya menjalani kuarantin di rumah mereka seperti yang disarankan kerajaan.Menurut Sarah, 20, dia dan keluarganya sudah melakukan ujian untuk memastikan tidak dijangkiti wabak Covid-19 setiba sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kata Sarah, sepatutnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memaklumkan mengenai keputusan ujian tersebut pada Jumaat atau Sabtu lalu namun sehingga kini masih belum menerima panggilan berhubung perkara itu.Sarah menjalani kuarantin bersama keluarga di rumah selama 14 hari.

“Alhamdulillah, saya dan keluarga tiba di KLIA pada 28 Mac lalu dan kami perlu isi beberapa borang untuk pastikan alamat tempat yang akan kuarantin dan juga terus lakukan ujian.”Selesai saja urusan, kami terus pulang ke rumah untuk jalani kuarantin selama 14 hari seperti yang disarankan kerajaan. Untuk keputusan ujian itu, KKM kata akan call hari Jumaat atau Sabtu lalu.”Tapi sehingga kini, saya dan keluarga tidak menerima sebarang panggilan daripada pihak KKM. Harap-harap ia bermaksud kami tidak dijangkiti virus itu,” katanya kepada mStar.

Sehingga kini, saya dan keluarga tidak menerima sebarang panggilan daripada pihak KKM.

Menerusi laporan mStar pada 20 Mac lalu, Sarah mengakui dia dan keluarga pergi bercuti di London, United Kingdom sebelum perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atas urusan keluarga.Sarah turut menjelaskan mereka sekeluarga tinggal di rumah saudaranya dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang berada di sana.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Rise And Fall ini menyedari tindakannya itu mengundang kritikan warganet namun menganggap setiap keluarga sudah mempunyai perancangan tersendiri.Sarah menyedari tindakannya meneruskan percutian ke London mengundang rasa kurang senang warganet

“Sebenarnya saya memang menyedari perkara ini sedikit sebanyak akan mengundang rasa kurang senang warganet. Tapi itulah, bagi saya setiap keluarga ada perancangan sendiri.”Memang sepatutnya keluarga saya dah nak batalkan trip ke London ini tapi sebabkan mak cik saya yang berada di sana menjelaskan keadaan masih terkawal, jadi kami pun teruskan perancangan.”Lagipun, perancangan untuk melawat saudara mara di sana ini sudah lama dan kebetulan semua keluarga dapat ikut serta,” ujarnya. 

Sarah Suhairi ke London atas urusan keluarga – “Doakan saya baik-baik saja”

BIARPUN wabak Covid-19 sedang menular di seluruh dunia dan Perintah Kawalan Pergerakan sudah dikeluarkan, masih ada lagi masyarakat yang mengambil ringan perkara itu.Malah, beberapa selebriti juga dilihat terbang ke luar negara sejak virus ini disedari sudah menular ke Malaysia.

Penyanyi Sarah Suhairi yang bercuti ke London, United Kingdom sebelum Perintah Kawalan Pergerakan itu dikeluarkan berkata dia ke sana atas urusan keluarga.Sarah akan pulang ke Malaysia pada hujung bulan ini.Menurut Sarah, 20, dia dan keluarganya dalam keadaan baik dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang berada di sana.

“Alhamdulillah, saya baik-baik saja dan keluarga pun selamat serta sihat. Kami ke London atas urusan keluarga yang berada di sana.”Lagipun, tiada kedai yang buka sampai lewat menyebabkan saya tak keluar pun berjalan-jalan. Selain itu, saya sentiasa sanitize tangan.”Apa-apa pun, doakan saya dan keluarga baik-baik saja ya,” kata Sarah menerusi kiriman mesej di aplikasi whatsApps kepada mStar.

SARAH SUHAIRI

Juara program Big Stage musim pertama ini pernah memuat naik fotonya ketika berada di negara tersebut di Instagramnya namun dipadam selepas menerima kritikan warganet .Segelintir warganet yang mengetahui Sarah di London meluahkan rasa kebimbangan memandangkan negara itu mempunyai jumlah kes tertinggi.

Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Pnyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.Difahamkan, Sarah akan pulang ke Malaysia selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.Ben dikritikgara-gara muat naik foto berada di luar negara.

Selain Sarah, penyanyi Ande Bernadee dan pelakon Ben Amir serta Nelydia Senrose dikatakan turut berada di luar negara ketika ini.Ben yang kini berada di Scotland memberitahu dia sentiasa positif, berada dalam keadaan bersih dan menyokong antara satu sama lain sebaik mungkin pada waktu-waktu getir ini.Bagaimanapun, perkongsian Ben menerima kritikan warganet yang menganggap tindakannya bercuti pada waktu ini adalah tidak sesuai.

Sarah Suhairi kembali tunggang kuda selepas dua tahun berehat – “Saya tr4uma patah kaki”

SIAPA sangka penyanyi bertubuh kecil molek, Sarah Suhairi memiliki hobi yang disifatkan cukup mencabar mntal dan fizikal iaitu menunggang kuda.Meskipun pernah berdepan kejadian malang pada empat tahun lalu, Sarah, 20, berkata minatnya terhadap sukan tersebut masih belum padam.“Sekarang ni saya dah mula addict dengan aktiviti menunggang kuda, saya kembali aktif pada awal tahun ini.

“Kalau nak tahu sebelum ini saya pernah patah kaki kerana menunggang kuda pada tahun 2016, memang serik masa tu… hampir dua tahun saya tinggalkan minat ini.“Sekarang semuanya dah okay dan perasaan minat terhadap sukan ini datang kembali, sibuk macam mana pun saya akan ambil masa untuk buat latihan, sehari sekurang-kurangnya satu jam,” katanya kepada mStar.

Sarah bersaing dalam kategori Dressage, baru-baru ini.Dalam pada itu, Sarah memberitahu minatnya itu mula timbul apabila bapa memiliki sembilan ekor kuda di ladang mereka yang terletak di Kuala Selangor.Bagaimanapun, tahun lalu kuda-kuda ini terpaksa dijual, namun itu tidak menghalangnya untuk kembali aktif menyertai hobi tersebut.

“Sebelum ni kami ada sembilan ekor kuda tapi ayah terpaksa jual sebab orang yang diupah menjaga haiwan itu pulang ke Indonesia.“Tapi itu bukan penghalang kerana saya ada jurulatih sendiri yang akan membimbing dan memberi tunjuk ajar mengawal haiwan ini di Bukit Kiara Equestrian.

Walaupun sibuk dengan persembahan nyanyian, Sarah tetap curi masa berlatih menunggang kuda.“Setiap kuda ada perangai berbeza, jadi kita kena tahu ‘mood’ masing-masing… sekarang ni tengah belajar lagi!” ujarnya.Ditanya apakah faktor utama yang perlu difikirkan sebelum menyertai sukan lasak ini, Sarah berkata hal berkaitan kos menjadi keutamaan.“Di negara kita ini banyak sebenarnya kelab untuk peminat kuda cumanya sukan ini kurang diketengahkan.“Sebenarnya, benda yang perlu difikirkan adalah mengenai kos… agak mahal sebab tu saya kerja dan kumpul duit untuk beli kelengkapan sukan ini, harga boleh tahan ya!,” katanya.

Sarah Suhairi, Andi Bernadee tiada istimewa, sekadar berbalas mesej

JUARA program Big Stage Sarah Suhairi menjelaskan dia tidak mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi Andi Bernadee seperti yang digosipkan.Sarah, 18, berkata dia dan Andi kerap berbalas komen di laman Instagram dan ia hanya seabagai perkara biasa baginya.Menurutnya lagi, dia menyedari ramai pihak yang mudah membuat andaian apabila melihat seseorang selebriti itu ada memuat naik foto berdua.

“Saya dan Andi tidak ada sebarang hubungan istimewa pun. Berbalas-balas komen tu perkara biasa sahaja.Antara komen balas Sarah dan Andi di laman sosial.“Lagipun, saya tahu ada segelintir pihak yang tak boleh tengok orang muat naik gambar berdua nanti mula kata ada hubungan.”Sejujurnya saya dan Andi hanya berkawan sahaja,” kata Sarah kepada mStar Online.

Sarah dan Andi dilihat kerap berbalas komen dan memuat naik foto berdua di laman sosial sehingga warganet beranggapan mereka sedang bercinta.Mereka berdua merupakan peserta program realiti pertama Big Stage yang bersiaran sepanjang September lalu.Tambah penyanyi lagu Pedih ini, dia dan Andi saling membantu dalam mempromosikan lagu baharu mereka.

Sarah dan Andi saling membantu promosi lagu baharu mereka.“Kebetulan Andi dan saya ada lagu baru, jadi, kami berdua saling bantu promosikan lagu masing-masing.”Tapi lagu baharu Andi dah keluar cuma lagu baharu saya yang berjudul Nyawa & Raga itu belum lagi dilancarkan,” katanya.

Dalam pada itu, lagu kedua Sarah yang dicipta oleh Abang Room None dan lirik Iman Imran itu akan dilancarkan pada 12 Oktokber ini.”Lagu kedua saya itu Insya-Allah akan dilancarkan pada 12 Oktober ini. Masih belum dapat kepastian tapi tetap dalam bulan ini juga.”Kalau dapat dipercepatkan, mungkin Insya-Allah video muzik lagu itu akan dikeluarkan pada hari yang sama,” katanya.

Sarah Suhairi bukan anak emas

PENYANYI remaja Sarah Suhairi, 19, menafikan dirinya anak emas syarikat rakaman Rusa Music apabila berpeluang bekerjasama dengan ramai nama besar untuk album pertamanya.Album penuh juara program Big Stage yang dijangka berada di pasaran akhir tahun ini akan menampilkan lagu ciptaan komposer Faizal Tahir, Sharon Paul, Aman Ra, Ezra Kong dan Sirkhan.

“Saya bukan anak emas Rusa Music. Ramai lagi artis lain dapat peluang sama.“Sebenarnya, untuk album ini saya bersama ayah berjumpa setiap komposer terbabit secara peribadi untuk mendapatkan lagu mereka.“Saya hanya suarakan kepada syarikat rakaman untuk bekerjasama dengan nama-nama ini dan minta mereka uruskan perjumpaan,” katanya kepada Harian Metro.

Sarah yang popular dengan lagu Pedih serta Nyawa dan Raga, menolak tanggapan dirinya ‘demand’ dalam pemilihan lagu sebaliknya dia hanya ingin merealisasikan impiannya sebagai penyanyi.“Saya ada keinginan dalam karier. Diakui saya masih baru dalam bidang ini namun saya mengimpikan bekerja dengan mereka.

“Karya mereka berbeza dan ada cara sendiri. Apa salahnya saya cuba pelbagaikan genre nyanyian kerana enggan terikat dengan hanya satu konsep.“Sekarang saya sibuk melakukan persediaan merakamkan lagu baru. Album ini akan menampilkan lima lagu baru manakala dua single terdahulu turut dimuatkan menjadikan keseluruhannya tujuh lagu,” katanya.

Menurutnya, album ini menampilkan pelbagai genre antaranya rap, balada dan pop.“Kalau terikat dengan lagu genre sama peminat akan bosan. Saya juga akan menyanyikan lagu berkonsep pelbagai bangsa ciptaan Faizal Tahir berjudul Rise And Fall.“Lagu ini sudah siap dirakam dan akan dijadikan single terbaru saya. Penggambaran muzik video juga sedang dibuat dan dijangka dilancarkan pada 12 April ini,” katanya.

Sarah berkata, pemilihan judul bukan ditentukan oleh pihaknya kerana lagu ini sudah sedia ada dalam simpanan Faizal.“Saya tidak ada masalah menggunakan judul Rise And Fall kerana dalam korus ada menyebut perkataan ini.“Apa pun, lagu ini tiada kena mengena dengan mana-mana karya sedia ada. Saya tak kisah kalau orang berfikir sebaliknya.

“Asalnya lagu ini tak ada dalam album tetapi saya dapat lagu ini daripada Faizal dan terima dengan hati terbuka. Lagipun, bukan mudah dia nak bagi lagu kepada penyanyi lain dan saya antara yang bertuah,” katanya.Sarah turut menegaskan tidak pernah terlintas di fikirannya untuk melakukan bagi menaikkan kariernya.

“Setakat ini saya tidak pernah merancang sebarang gimik dalam penghasilan lagu.“Alhamdulillah, tak sangka dalam tempoh kurang setahun bergelar penyanyi, saya dapat bekerjasama dengan ramai komposer terkenal,” katanya.