Sesuatu terjadi pada otot muka. Faye Kusairi dedah sesuatu telah berlaku kat otot mukanya dan memerlukan rawatan dengan pakar neurologi

Artis

Pelakon Faye Kusairi berdepan saat cemas apabila tiba-tiba mendapat serangan Bell Palsy iaitu kelmpuhan otot muka, Jumaat lalu.Faye atau nama sebenarnya, Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi itu bagaimanapun bersyukur setelah dibenarkan keluar dari hospital pada Ahad.

Menurut Faye, semasa kejadian, dia sedang menggosok gigi di rumahnya dan tiba-tiba berasa otot muka sebelah kanannya kejang.“Alhamdulillah saya telah dibenarkan pulang. Saya telah dimasukkan ke hospital pada minggu lalu selepas disahkan mengalami serangan Bell Palsy ketika sedang menggosok gigi.

“Saya masih belum sembuh sepenuhnya, namun masih dalam progress untuk pulih. Separuh muka di bahagian kanan saya lmpuh sejak Jumaat lalu dan telah menjalani rawatan dengan pakar neurologi.“Sekarang saya dapat menggerakkan sedikit otot muka saya. Syukur alhamdulillah,” katanya.

Bell Palsy merupakan sejenis kelmpuhan pada sebahagian muka kerana saraf atau otot muka berhenti berfungsi. Antara simpton lazim akibat sakit berkenaan adalah muka senget sebelah terutama mata dan mulut tidak simetri.Sebelum ini, beberapa selebriti ternama pernah dikaitkan dengan sakit ini, antaranya, Slyvester Stallone, Pierce Brosnan, Angelina Jolie, George Clooney, Rano Karno, Nita Thalia dan Sam Bailey (Pemenang X Factor 2013).

Sakit berkenaan boleh terkena sesiapa termasuk kanak-kanak tetapi kebiasaannya mereka berusia dalam lingkungan 15 hingga 60 tahun.Faye yang kini sedang hamil 38 minggu turut mengucapkan terima kasih kepada kenalan rapat dan keluarganya yang sentiasa mengambil berat tentang keadaan dirinya sepanjang berada di dalam wad hospital.

“Memandangkan saya kini hamil 38 minggu, saya meneruskan rawatan dan berehat di rumah.“Mohon doakan kesihatan saya diteruskan dengan baik dan dipermudahkan serta cepat sembuh,” katanya menerusi status dalam Instagramnya. – K! ONLINE

Mahu tamatkan sengketa, Faye Kusairi teringin jumpa Elly Mazlein

SETELAH sekian lama ‘berlaga angin’ pelakon Faye Kusairi meluahkan rasa syukur akhirnya kemelut antara suaminya, Azmi Hatta dan bekas isteri iaitu Elly Mazlein sudah berakhir.Faye, 32, berkata dia ingin mengucapkan terima kasih kepada Elly yang sudi berdamai demi masa depan anak penyanyi itu dengan suaminya, Putri Sara Sepfhia.

“Alhamdulillah, saya pun bersyukurlah sebab doa-doa dan harapan kami dimakbulkan.”Saya pun nak ucap terima kasih pada Elly sebab sudi berdamai demi masa depan anak dia dan Azmi,” kata Faye ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Elly dan bekas suaminya, Azmi berdamai demi anak mereka.Faye diminta mengulas mengenai luahan rasa syukur Elly Mazlein apabila Azmi berkunjung ke kediamannya bagi menziarahi anak mereka Sefhia yang kini berusia dua tahun.Tambah Faye atau Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, dia sangat gembira sekiranya dia juga dapat berjumpa dengan Elly dan Sefhia.

Malah, dia tidak akan pernah berhenti mendoakan agar hubungan baik mereka itu berpanjangan sehingga akhir hayat.”Insya-Allah sudah tentu saya gembira kalau dapat bertemu dengan mereka. Sefhia juga anak suami saya. Itu adalah satu hakikat dan penerimaan saya dari awal lagi.

Faye sambut hari lahir bersama keluarganya.“Saya tak akan putus berdoa dan mengharapkan agar kita semua boleh berdamai hingga ke akhir hayat,” ujarnya.Kemelut hubungan Elly dan bekas suaminya menjadi hangat selepas pasangan itu berpisah dan pelakon drama Teratai Kemboja itu mendakwa Azmi tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Elly berkahwin dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun mengambil keputusan untuk berpisah pada 15 Oktober 2015.Azmi kemudian berkahwin dengan Faye pada 9 April 2017 dalam sebuah majlis tertutup di kondominium D’Pines, Jalan Ampang dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.

Faye masih aktif dalam bidang seni biarpun sudah bergelar ibu.Azmi dan Faye dikurniakan bayi sulung lelaki mereka bernama Alif Azmi pada 9 April lalu.Dalam pada itu, Faye akui kehidupannya agak sibuk selepas bergelar ibu namun dia masih bergiat aktif dalam bidang seni.

“Memang agak sibuk selepas ada anak ni. Tapi Insya-Allah kerjaya seni masih diteruskan.”Cuma belum ada tawaran. Mungkin orang ingat bila dah ada anak dan berkahwin, saya perlahan. Sebenarnya saya masih bergiat aktif juga,” katanya.

Suami bimbang Faye Kusairi aktif ketika hamil empat bulan – “Dia dah masak dengan perangai saya”

MESKIPUN usia kandungan sudah mencecah empat bulan, pelakon Faye Kusairi tetap kelihatan aktif dalam bidang seni, permotoran dan perniagaannya. Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 33, mengakui suaminya iaitu pengarah Azmi Hatta berasa bimbang dengan aktiviti yang dilakukan setiap hari.

Faye tetap akan aktif selepas bersalin nanti.“Suami mana yang tak bimbang tapi sebab dia dah masak dengan perangai saya yang tak senang duduk ni. Jadi, dia sentiasa pesan kat saya supaya selalu berjaga-jaga dan elak terlalu aktif la.”Selepas bersalin, Insya-Allah saya tetap akan aktif dalam karier seni jika masih ada tawaran yang diberikan. Begitu juga dengan penglibatan sukan permotoran dan perniagaan.

“Saya akan cuba yang terbaik untuk bekerja dalam masa yang sama menguruskan keluarga yang sememangnya menjadi keutamaan saya,” kata Faye kepada mStar.Sebelum ini, pelakon drama popular 7 Hari Mencintaimu itu berkongsi berita gembira bahawa dirinya kini sedang hamil cahaya mata kedua.

Faye bersama suami dan anak lelaki mereka.Dalam pada itu, Faye memberitahu dia mengalami alahan yang sangat teruk pada trimester pertama sehingga menyebabkan berat badan turun sebanyak 4 kilogram.”Sewaktu dalam fasa trimester pertama saja agak teruk alahan yang saya alami tapi sekarang dah masuk fasa kedua, Alhamdulillah semakin baik. Doktor memang ada beritahu setiap pengalaman hamil ada perbezaan.

“Jadi, untuk saya sendiri memang ada perbezaan yang ketara. Dengan Alif dulu, ada juga alahan tapi tidak seteruk sekarang. Saya hilang 4 kilogram semasa trimester pertama,” ujarnya.Faye mendirikan rumah tangga dengan pengarah Azmi pada 9 April 2017 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Alif Azmi yang kini berusia dua tahun.

Faye Kusairi dapat anak lelaki pada tarikh ulang tahun perkahwinan

PETALING JAYA: Selain meraikan ulang tahun pertama perkahwinan, pelakon Faye Kusairi dan suaminya, Azmi Hatta turut menyambut kelahiran bayi sulung lelaki mereka pada Isnin, 9 April 2018.Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 32, berkongsi berita gembira dan wajah cahaya matanya itu menerusi laman Instagram pada Khamis.

“Bismillahirrahmannirrahim… Assalamualaikun semua, Mommy nak kongsi berita baik buat semua yang menanti.”Pada 9 April lalu, saya dan suami bukan sahaja menyambut 1st year Anniversary kami.faye berkongsi wajah bayinya di laman sosial.“Tanpa diduga dengan izin dan keredhaan Allah SWT, kami dikurniakan seorang putera pada hari yang sama,” tulisnya.

Pelakon filem Tombiruo: Penunggu Rimba ini memberitahu dia dan bayinya dalam keadaan sihat.Menurutnya, dia terlewat berkongsi berita tersebut dengan peminatnya disebabkan masih lagi berasa penat selepas melahirkan anak sulungnya.Dalam pada itu, Faye akan mengumumkan nama putera sulungnya dalam masa terdekat dan mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakan mereka berdua.

Faye dan suami turut menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama.“Syukur Alhamdulillah, mommy dan baby sihat. Mommy masih lagi penat sikit, tu yang lambat berkongsi.”Maaf ya? Nanti-nanti kami akan kongsi nama putera kami pula. Terima kasih pada semua yang mendoakan saya dan baby,” ujarnya.

Rata-rata pengikutnya di laman sosial mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan Faye dan suaminya.Faye berkahwin dengan pengarah itu pada 9 April 2017 dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di kondominium D’Pines, Jalan Ampang, dekat sini, dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.Sebelum ini, Azmi pernah berkahwin dengan penyanyi Elly Mazlein pada 9 November 2014 dan berpisah pada 15 Oktober 2015.