Setiap malam di rumah sewa pasti ada sahaja gangguan yang mendatang. Berikut 5 koleksi cerita hantu rumah yang mampu membuatkan anda tak tidur malam dibuatnya

Seram

1. “Kamu ada rasa apa-apa tak semalam?”Pada malam pertama sekitar pukul 1.45 pagi saya beritahu pembantu rumah saya supaya tutup lampu dan tidur. Dia tak mendengar apa yang saya katakan dengan jelas jadi dia pun lalu di depan bilik saya sambil bertanya, “Ma’am bilang apa?” Dia berdiri di depan pintu bilik tidur saya sambil saya memberitahunya agar lampu ditutup dan terus masuk tidur. Tiba-tiba kami berdua terus senyap dan tercegat. Saya tanya, “Kenapa Nurul (nama pembantu saya)?” Dia cuma katakan, “Ma’am malam ni bisa saya tidur di bilik Ma’am?” Saya pun cakap, “Boleh…” Jadi pada malam itu kami semua tidur di bilik saya termasuk anak-anak saya.Pada keesokan harinya saya tanya padanya, “Kamu ada rasa apa-apa tak semalam?” Dia beritahu malam semalam apabila dia berdiri di luar bilik tidur saya, dia rasakan seperti ada benda lalu di belakangnya seperti berangin. Pada malam kedua, anak saya pula yang nampak. Ketika waktu Maghrib, anak lelaki saya yang berusia tujuh tahun berkata dia ternampak lmbaga hitam lari dari dapur masuk ke bilik tidur saya dan sewaktu ia terjadi, saya berada di dalam bilik. Dia lari sambil menangis sekuat-kuatnya dan berkata, “Mummy… Mummy… Mummy… There is a ghost in your room!” Saya terperanjat. Saya beritahunya bahawa di rumah tiada hantu dan mungkin dia penat agaknya.Pada malam ketiga saya baru balik dalam pukul tiga pagi, anak saya bangun dan menggesa agar saya tidak tinggalkannya seorang diri dalam bilik. Saya tertanya-tanya dalam hati, kenapa budak ni berkelakuan macam ni? Saya langsung ke dapur nak ambil air dan anak saya ikut sambil berjalan nak masuk bilik balik, dia terus pek1k sekuat-kuatnya. Saya angkat anak saya dan tutup blik tidur. Saya pun tanya dia kenapa dia berkelakuan sebegitu? Dia beritahu saya bahawa dia ternampak lmbaga putih tanpa kepala lalu di belakang saya ke hulu ke hilir.Saya langsung hidupkan lampu bilik dan pada malam itu saya dan pembantu tak tidur langsung!Selepas dua minggu kemudian sekitar pukul sepuluh pagi dan saya masih tidur, saya tersedar kerana saya terdengar seperti ada seorang budak perempuan yang berbisik ke telinga saya, “Mak nak susu…” kata budak itu. Yang hairannya saya boleh tercakap dengan dia, “Tanya Nurul…” Entah macamana saya rasa terperanjat lalu tersedar dari tidur dan saya ternampak seorang budak perempuan di dalam bilik saya, sambil berdiri di hujung katil, sedang memerhatikan saya. Badan budak itu kotor sekali! Seluruh badannya, penuh dengan lumpur yang separuh kering. Dia merenung saya, apalagi saya lari sampai tersngkur sambil memekk nama pembantu rumah saya.Pada hari itu saya tak masuk dalam bilik langsung. Selama dua hari selepas kejadian itu, rumah saya senyap tak ada benda pun yang mengganggu kami. Tetapi pada malam Jumaat, semasa saya hendak masuk tidur sambil terlayang, saya rasa seperti ada benda memegang kaki saya. Saya tepis dan pusing ke kanan. Kaki saya masih rasakan seperti ada benda yang memegang. Kali ini ibu jari saya ditarik. Saya cuba hidupkan lampu tepi katil dan pada ketika itulah saya ternampak sosok lmbaga hitam di tepi saya dengan matanya yang merah dan suaranya yang garau.Saya terus pek1k dan lari dari bilik tidur saya. Ini bukan sahaja gngguan yang pernah berlaku ke atas diri saya, pembantu rumah saya pun diganggu, kadang-kadang pada pukul empat pagi pembantu saya akan mengetuk pintu bilik saya sambil bertanya, “Ma’am mau apa?” Saya pula akan menjawab bahawa saya tidak memanggilnya. Dia kata dia dengar suara saya memanggilnya. Selalu juga bila tiba waktu malam, kami semua akan mendengar bilik tamu saya semacam ada orang sedang membuang barang, seolah-olah sedang melmparkan sesuatu di dinding. Kadangkala kedengaran seperti ada benda yang pech, tetapi apabila kami periksa pada keesokan harinya, kami lihat tidak ada apa-apa pun yang pech.Rumah ini baru setahun saya duduk di sini. Jiran di sebelah hujung saya memberitahu saya bahawa jiran sebelah saya terjn bnh diri kira-kira seminggu sebelum saya berpindah ke sini. Kadang-kadang macam-macam benda boleh didengar, cuma saya kuatkan saja iman. Ini rumah saya, saya takkan mengalah. Cuba bayangkan tiap-tiap malam ada sahaja yang terjadi di rumah ini.

2. Misteri rumah biru dan abah.Assalamualaikkum para pembaca. Kisah ni berdasarkan kisah benar yang aku alami pada tahun 2004 lokasi di sebuah taman di Sungai Petani, Kedah.Sementara menunggu rumah mama dan abah aku siap sepenuhnya untuk renovation, kami terpaksa mencari rumah sewa untuk kami duduki selama 6 bulan. Aku meronda bersama teman rapat aku, Sue untuk mencari rumah sewa sekitar taman. “Wei rumah biru tu cantik la, kosong. Ha ada tulis untuk disewa!”. Dari luar, rumah biru tu kelihatan cantik, dengan balkoni yang luas dan berbumbung, membuatkan aku tetarik untuk memaklumkan kepada mama dan abah aku perihal rumah biru ni. Mereka pon bersetuju.Seminggu kemudian, kami sekeluarga pindah ke rumah biru yang cantik ni. Warna cat yang hampir pudar beserta lumut-lumut kecil yang ada di dinding membangkitkan suasana mistri pada rumah ini. Jiran aku, makcik Ani, kelihatan seronok sangat bila dapat tahu dia bakal dapat jiran baru. Tapi, alis mukanya kelihatan seperti ada tanda tanya. “Ah, mungkin makcik nak sembang dengan kami kot, dari mana kami datang, siapa nama kami”. Gusar aku.Abah punya peel, dia suka baring sambil bukak tv di ruang tamu. Boleh dikatakan rutin harian. Kadang-kadang tv yang tengok dia. Aku yang khusyuk study untuk PMR yang bakal berlangsung, memang tidak dibenarkan untuk tengok tv dan lebihkan masa di dalam bilik. Minggu pertama kami semua keletihan, dengan bulan puasanya. Masing-masing tidur awal. Minggu kedua, semua barang dah disusun rapi oleh mama. Keadaan di rumah dah kembali tenang bila nampak kemas dan bersih.

Aku jenis kalau study, memang aku akan kunci pintu bilik. Maklumlah, adik-adik masih kecik dan dorang akan datang untuk mengacau aku. Study punya study, sampai tak sedar yang jam dah menunjukkan pukul 12. Meja study aku ada cermin, jadi aku boleh nampak keseluruhan bilik termasuk dari arah pintu. Tiba-tiba, abah dengan muka serius betul-betul berdiri terpacak belakang aku. Mata yang tadinya lali, trus terjegil la, berlakon macam semangat gla study. Lepas tu aku toleh balik, “eh abah dah takda, bila dia keluar?”Aku pon buka kunci bilik dan keluar sebab rasa nak terkncing. Bilik aku depan sekali. Dekat ja dengan ruang tamu. Aku nampak abah dok tengok tv tapi siaran kosong sebab dah lebih kol 12. Mata dia straight tengok ke tv. Aku pon kejut la abah. Dia buat keras badan ja, mata terjegl.Disebabkan aku nak terkncing yang amat sangat, aku endahkan abah dan terus ke bilik air. “La mama, nak p tandas jugak ka, bagi kakak dulu la, xtahan sangat ni. Mama gerak la abah masuk tidoq. Ni dok tengok tv sorang-sorang kat depan”. Mama tengok aku atas bawah. “Hang dah pasai apa, abah hang dok berdengkur dah dalam bilik tu, tidoq awai semalam sebab abah tak sihat”. Air kncing aku seolah-olah masuk balik dalam perut.

Kosong dah aku rasa pundi kncing aku. Aku gagahkan diri pergi ke ruang tamu. Kosong. Tv off. Tapi aku dapat rasa skrin tv tu masih panas, macam baru ditutup. “Ya Allah sapa la ada dalam bilik tadi, aku kunci pintu kan, abah tidoq awai.. Sapa pulak belakang aku tadi?” Terus aku tidur memkup bantal busuk yang berusia 15 tahun itu.Rutin mama pagi-pagi, dia akan kupas bawang banyak-banyak di ruang tengah rumah. Kami berniaga makanan. Waktu pagi sampai tengah hari, memang sibuk di dapur. Bila aku cuti, aku akan tolong mama.Sebakul dah aku kupas bawang, tetiba adik lelaki aku, Mohd, berlari sambil melangkah bakul bawang aku. “Hei tak nampak kakak buat apa ka, main langkah saja ni?!” Aku membebel la sebab Mohd ni memang nakal sikit. Mama pulak terkebil-kebil mata. “Hang pasai pa kakak, Mohd kan takdak, p sekolah ada sukan. Bila yang dia ada?” Soalan mama membuatkan aku meremng siang hari. Aku dapat rasa angin hasil dari larian adik aku tu. Mana mungkin aku tersilap. Tapi aku sangkal jelah, sebab fikirkan siang.Kami balik ke kampung di Pahang selama seminggu kerana ada kecemasan di sana. Pulangnya kami ke rumah, makcik Ani menyapa mama. “Balik dari mana?” Mama pon cerita la yang kami ada hal di Pahang dan seminggu tiada di rumah. Makcik Ani yang tengah pegang lauk untuk diberi kepada kami, terus terhmpas ke tanah. Terkejut bukan kepalang la dia.“Tie, Ani tak rasa yang Tie takdak seminggu kat rumah. Ada ja orang. Ani baru nak tanya awat kurng Mohd kat luar rumah sebab Ani tanya kat dia. Dia tak jawab. Ani panggil Tie, Tie tak keluar. Ani dengaq ja bunyi mandi, orang masak dan makan dalam rumah. Malam bukak ja lampu, cuma Mohd duduk kat luar. Ani cuma nampak Det ja keluar masuk dalam rumah, kadang-kadang lalu di tepi rumah tengok ayam belaan Tie. Tapi tak ada cakap apa, terus masuk rumah.”

Mama aku meremng terus la bila dengar cerita makcik Ani. Mana tak nya, bila aku cerita, dia seolah-olah sukar nak percaya, sebab takut aku risau kot.Benda tu memang menyerupai abah dan Mohd. Dia tak menyerupai orang lain. 6 bulan kami kat situ, macam-macam kami buat. Baca Yassin, buat doa selamat. Alhamdulillah keadaan semakin reda dan makhluk halus tu dah keluar dari rumah biru tu.Waktu kami nak pindah, baru makcik Ani cerita segala-galanya. Sebelum kami duduk, rumah biru ni dah kosong selama 8 tahun. Semua yang sewa sini, tak pernah lebih dari sebulan. Semua cabut. Makcik Ani memang tunggu orang datang duduk di rumah tu sebab dia pon tak tahan kena gangguan dari rumah biru tu.Menyanyi, mandi, bunyi kemas rumah, bertngkar, berlari. Makcik Ani berharap agar dapat jumpa jiran yang dapat tinggal lama di rumah tu. Alhamdulillah lepas habis kami sewa di situ, tuan rumah yang merupakan askar di Terengganu, kembali tinggal di rumahnya. Alhamdulillah juga sebab makhluk tu tak menyerupai muka yang menaktkan. Yang paling aku tak sangka, siang hari pun makhluk tu tetap boleh mengacau manusia. Syukur semuanya tamat.

3. Cakarn 3 kuku makhluk genit bertenggek.Kisah seram ini bermula pada awal tahun lepas. Semasa itu saya dan 4 lagi housemate merupakan final semester students. Memandangkan kami hanya berlima, maka kami membuat keputusan untuk menyewa rumah teres setingkat. Pada hari pertama masuk ke rumah itu, saya terkejut apabila melihat syiling sangat tinggi hampir sama dengan rumah double storey. Pakcik saya pernah berkata bahawa benda halus suka duduk diantara bumbung yang tinggi dan lantai. Masalahnya duit rumah sewa untuk 1 semester telah pun bertukar tangan. Redha sajalah duduk di situ untuk beberapa bulan.Setiap hujung minggu dua orang housemate kami (lain course) akan selalu pulang ke rumah. Tak tahulah masalah homesick ke apa. Jadi tinggallah kami bertiga (sama course) ni. Satu malam, kami study sama-sama di meja makan dekat hall. Saya menghadap ke pintu dapur, manakala mereka berdua menghadap pintu utama rumah.Ssedang asyik mengira, tiba-tiba kami terdengar bunyi kuat dari arah pintu dapur yang menghala ke ruang mesin basuh. Mata saya bulat menatap pintu.Kawan saya bertanya “bunyi ape tu kak?”, saya hanya menggelengkan kepala tapi hakikat saya tahu rangka katil besi yang tersandar sendeng di ruang mesin basuh itu telah menghmpap mesin basuh.”Kak, jom la tengok”, bukan main cemas lagi muka semua orang. Perlahan-lahan kami berjalan ke dapur. Disebabkan saya paling ‘kakak’, jadi sayalah yang di hadapan. Sempat lagi tangan mencapai pis4u kiwi baru beli di tesco petang semalamnya.”Siapa tu?” aku buat-buat berani nak tanya. Dalam hati ni kenapalah asyik aku aje yang terpaksa memberanikan diri yang hakikatnya hampeh. Mereka berdua hanya mengekori dari belakang. Semasa nak buka pintu, saya pejamkan mata sambil baca ayat kursi kuat-kuat. Saya tak nak nampak apa-apa. Kawan-kawan saya di belakang ternampak makhluk genit tetapi mengerikn tertnggek di atas alang rangka katil itu. Lantas mereka tarik tangan saya lalu menutup pintu. Saya terduduk atas bungkusan sabun serbuk. Alhamdulillah tak ada masalah perankan jatuh.

“Akak, kitorang nampak kak. akak nampak tak? Apa kita nak buat ni!” Aku yang memang tak nampak apa-apa bingung. “Korang nampak apa? Bawak mengucap. Baca bismillah banyak-banyak. Jangan lupa ayat kursi. “Segera aku menyuruh mereka ambil wuduk dan baca yassin. Bila teringat balik, nasib baik bukan aku yang nampak.Semasa kami baca yassin, rumah kami menjadi panas tiba-tiba. “Kamu pergi bukak tingkap” arahku. Kemudian terus membaca. Tiba-tiba pintu rumah dickar-ckar berulang kali. Besi grill diketuk-ketuk. Bingit sungguh. Mahu berpesta agaknya. Selsai membaca yasin, kami pagarkan rumah. Kemudian bunyi yang bising pun hilang.Keesokan harinya lepas solat subuh aku mahu melihat pintu di hadapan. Obvious sungguh kesan cakarn 3 kuku. Aku dah terbayang muka tuan rumah akan marah tengok keadaan pintu rumah macam ni. Lepas itu aku pergi melihat keadaan ruang mesin basuh pula, besi katil yang menghmpap mesin basuh itu kembali terletak pada kedudukan asalnya. Lama aku berfikir, mungkin mereka marah sebab masuk di rumah yang telah ditinggalkan lebih 3 hari sebelum kami masuk tanpa meminta izin. Mungkin jugak mahu meng’orientasi’kan kami.Selepas kejadian itu, kami tidak sekali pun tinggalkan rumah kosong lebih dari 3 hari. Kalau mahu pulang ke kampung pun bergilir-gilir sampai hujung sem.

4. Housemate.Pada suatu hujung minggu tu, aku baru balik dari kedai makan. Waktu tu baru maghrib. Sampai je rumah sewa aku tengok rumah dah gelap, lampu bawah je menyala. Semua balik lah tu. Rumah sewa tu baru sebulanaku sewa dengan 5 orang kawan aku, dan selalunya pada hujung minggu macam ni semua balik rumah mak pak diaorang, tinggal aku sorang2 je.Masuk ruang tamu, aku nampak kawan aku, Man tengah terbaring depan TV. Tak balik ke budak ni.” Ko tak balik ke Man ?”” Satgi…”” Cun arr.. kita keluar makan.. motor aku rosak..”” emmm…”Aku pun naik atas, mandi, solat. Tiba2 awek call. Aku pun layan awek aku kat tingkap. Sejuk sikit.Tengah bes2 cakap telefon bunyi pintu grill kat bawah ada orang bukak. Mesti Man ni. Aku dah cakapnak keluar sekali.” Man.. ko nak gi mana?”” Makan..”” Woi.. tunggu aku..”” emmm…”

Aku pun bye bye kiss kiss ngn awek aku tu. Kelam kabut aku turun. Sampai kat luar sunyi sepi. CilakakMan.. tinggal aku !! Aku call, line tak masuk. 2-3 kali try aku pun panas, terus jalan kaki jer pergi kedai makan siam kat taman sebelah.Balik rumah aku tumpang kawan. Sampai rumah sewa, tengok2 pintu sliding kena kunci. Sudah.. Aku manaada kunci. Dalam hati aku duk menyupah Man. Aku pergi duduk luar pagar rumah, call Man. Kali ni line masuk.” Woi Man.. harm jadah tul.. ko kat ner..?”” Apehal lak ni..”” Dah laa ko tinggal aku sorang2 kat rumah.. Janji nak keluar makan sekali.. Pastu ko kunci lak pintusliding.. Aku mana ada kunci..!!”” Wooo.. aku balik rumah pagi tadi lagi. Lepas kelas. Ko jangan buat hal. Sliding tu mana ada kunci.Tuan rumah kata hilang..”Aku terdiam. Abis kalau Man balik pagi tadi, aku cakap dengan siapa? Baru aku teringat yang aku tak nampak betul2 muka Man depan TV tadi. Waktu aku cakap dari tingkat atas tadi pun bunyi suara je.Aku tengok rumah sewa aku. Gelap gelita. Kemudian aku perasan benda pelik. Semua tingkap rumah terbuka.Tingkap bilik atas, tingkap ruang tamu, dan yang paling best, pintu sliding pun terbuka.Hahahah.. Terus aku lari pergi rumah sewa kawan aku selang 5-6 buah rumah.

5. Kanak-kanak ikut di belakang.Saya perkenalkan diri sebagai inang, saya ingin berkongsi kisah dengan semua. Kisah seram ini berlaku ketika saya sedang menuntut di sebuah pusat pengajian awam di negeri pantai timur. Kehidupan saya pada mulanya seperti biasa, tiada apa yang aneh malah saya tidak sedikit pun menyangka akan mengalami kisah yang di klasifikasikan sebagai kisah seram benar ini.Saya seorang pelajar yang suka berada di kampus sehingga lewat malam. Perkara ini sudah menjadi kebiasaan saya sejak menuntut di peringkat ijazah. Ia turut dipraktikkan ketika belajar di peringkat Master.Pada suatu petang saya dan seorang kawan bercadang untuk membuat penulisan tesis kami sehingga pukul 10 malam. Petang itu saya ingin mengambil wuduk bagi menunaikan solat Asar. Ketika saya sedang membasuh muka, saya seperti merasakan ada sesuatu sedang memerhatikan saya. Saya menyelesaikan wuduk dan apabila saya melihat cermin di hadapan saya melihat kelibat berwarna hitam laju keluar ke arah pintu tandas. Saya terkejut dan menoleh ke belakang siapakah kelibat yang berlalu pergi dan saya dapati tiada sesiapa pun.

Saya berjalan keluar dari tandas dan terus menuju masuk kebilik siswazah. Ketika dalam perjalanan ke bilik siswazah, saya seolah- olah sedang di ikuti oleh sesuatu di belakang. Tanpa menoleh saya mempercepatkan langkah. Saya menunaikan solat Asar dan terus menyambung tugasan saya sebelum ini. Saya hanya berdiam tanpa menceritakan kisah misteri yang baru saya alami tadi kepada kawan saya.Malam semakin larut, sedar tidak sedar hampir pukul 11 malam. Kami mengemaskan barang dan bersedia untuk balik ke rumah. Saya menyangka kan hal itu hanya setakat itu sahaja. Sekembali saya ke rumah saya membersihkan tubuh dan terus berehat. Saya merasa trauma dan seakan ada yang sedang melihat saya pada tingkat atas rumah dalam keadaan terapung. Bilik saya di tingkat atas.Apabila saya berada di rumah di tingkat bawah sering melihat kelibat berlari menuruni anak tangga. Dan ketika saya membuat kerja, saya dapat rasakan ada yang melihat saya di belakang. Apabila saya menoleh tiada apa pun yang kelihatan. Keadaan ni berlarutan dan menyebabkan saya nekad untuk mengetahui; apakah yang menganggu saya?

Satu malam saya tidur awal untuk bangun semula menunaikan solat Qiyam memohon agar Allah memberi petunjuk. Setelah selesai solat saya tertidur dan bermimpi. Dalam mimpi itu saya bertemu dengan seorang budak kecil kelihatan lelaki berumur sekitar 5 tahun. Kanak² lelaki itu tidak berbaju dan tubuh nya berdaki. Rambutnya pendek dan kelihatan botak. Seluar nya diperbuat daripada kulit kayu dan di ikat dipinggang.Kanak² lelaki ini suka mengikut saya dan sentiasa berada di sisi saya walau kemana saya pergi. Dalam mimpi itu saya turut melihat susuk 2 orang wanita. Seorang wanita muda remaja Dan seorang wanita dewasa. Mereka berdua memimpin tangan kanak² lelaki ini.Keesokkan hari saya berjumpa seorang ustaz dan selepas saya di rawat saya berasa sedih dan sayu. Perasaan saya seperti rindu pada seseorang yang telah pergi meninggalkan saya. Namun saya tidak tahu pada siapa.Keadaan saya tidak tamat di situ, malah semakin bertambah teruk. Saya tidak dapat tidur awal di malam hari dan sering ketakutan tanpa sebab.

Suatu hari saya tidak ke kampus dan saya mendengar suara memangil nama saya. Bila saya membuka pintu bilik tiada sesiapa.Kemudian saya berbaring semula di katil. Ketika saya melihat ke pintu bilik saya melihat susuk tubuh berwarna putih dan berambut putih panjang ke pinggang. Rambutnya lurus dan rapi. Muka susuk itu tidak kelihatan kerana dia menundukkan wajah nya.Saya ketika itu sudah agak itu bukan manusia dan ianya adalah Jin. Saya pun tidak menghiraukan dia. Dia menghampiri saya dan duduk di sebelah saya. Saya memejamkan mata dan menarik selimut. Tidak mahu melayan si dia yang begitu bersungguh untuk berkenalan.Apabila saya membuka mata dan melihat ia masih di sebelah saya. Dan saya katakan jangan kacau saya lagi. Tiba² saya melihat ia pergi ke pintu bilik dan hilang bersama hilaian yang panjang…hiiiiii…hiiiii…hiiii.hihihi…hiiiiiiiiiii…Saya terus bangun mengemaskan barang² keperluan dan terus keluar dari rumah tersebut.