Sebelum ni kecoh tentang gosip Sharifah Sakinah dengan lelaki mat salleh. Akhirnya Sharifah Sakinah tampil bongkarkan tarikh nikah dia buat warganet terkedu.

Artis

PELAKON Sharifah Sakinah mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Sweden dikenali, Michael Hansen, 41, pada 28 Mei tahun hadapan. Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 31, berkata, dia memilih tarikh tersebut kerana berkongsi tarikh lahir yang sama dengan kekasihnya itu.

“Kami pilih tarikh itu kerana ia merupakan tarikh lahir saya dan Michael, kami berkongsi tarikh lahir yang sama. “Buat masa sekarang, kami masih lagi tak tahu nak buat majlis di mana sebab C0vId-l9, semuanya masih dalam perbincangan,” katanya.

Sakinah membuat pendedahan tersebut menerusi rakaman dalam program Melodi Extra yang dihoskan Ain Edruce. Adik kepada penyampai Suria FM, Sharifah Shahirah ini turut menyatakan dia tidak akan berhijrah ke negara kelahiran bakal suaminya sebaliknya akan terus menetap di Malaysia selepas berkahwin kelak.

“Lepas berkahwin nanti, saya tidak akan berpindah ke sana (Sweden) kerana ingin meneruskan kerjaya seni di sini. Kami akan jalani kehidupan sebagai pasangan jarak jauh, jika saya ke sana pun untuk bercuti, begitu juga dengan Michael,” katanya.

Sakinah sebelum ini membuat pendedahan dia sedang bercinta dengan Michael pada September lalu. Pasangan itu dilaporkan berkenalan di sebuah pusat kecergasan. Pelakon Girlfriend Aku Dari Nerka itu pernah berkahwin dengan juruterbang bernama Aliff Adha pada 2015.

Menerusi laporan mStar pada 9 Julai lalu, Sakinah mengesahkan dia sudah tdak bersama dengan Aliff pada Mei lalu. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Anais Adha yang kini berusia tiga tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : mStar

Tular Gosip Tentang Sharifah Sakinah Dah Kahwin. Akhirnya Sharifah Shahira Tampil Bongkarkan Sesuatu Tentang Sakinah Buat Warganet Tergamam.

Pelakon, pelawak dan penyampai radio Sharifah Shahira mengakui tidak tahu menahu mengenai dakwaan adiknya Sharifah Sakinah sudah berkahwin seperti yang diperkatakan warganet. Sharifah Shahira atau lebih mesra dipanggil Shiera itu ketika dihubungi Gempak berkata, dia termasuk anggota keluarga lain tidak pernah tahu Sakinah sudah menamatkan zaman janda.

“Ya ke? Sumpah saya tak tahu dia dah berkahwin ke dah bertunang ke,” katanya merujuk kepada komen balas Sakinah yang menyertakan emoji cincin kepada warganet.

Tambah Shiera lagi, jika benar adiknya itu sudah berkahwin atau bertunang, pasti seluruh ahli keluarga akan dimaklumkan. “Apapun kami tidak menghalang sekiranya dia bertemu jodoh. Itu kehidupan dia, cuma kami minta doakan yang baik-baik buat dia.

“Sakinah adik saya, drh daging saya. Saya sayangkan dia. Sakinah ni jenis yang suka mengusik, happy go lucky. “Mungkin emoji cincin tu dia letak sebab nak mengusik rakyat jelata iaitu warganet. Dia jenis yang tak suka brbalah sebab benda-benda kecil, cuma kadang-kadang tu hyper sikit je,” katanya ketawa.

Terdahulu, jejaka ‘mat saleh’ dikenali sebagai Michael Hansen yang dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon ‘Bikin Filem’ itu memuat naik foto mesra bersama Sakinah di laman sosial Instagram (IG)nya.

Foto mesra di dalam kolam renang tersebut kemudiannya menarik perhatian warganet yang rata-ratanya berspekulasi Sakinah dan Micheal sudah bernikah. Sakinah kemudiannya membalas komen warganet dengan menulis; “Already” disertakan dengan emoji cincin.

Shiera dilihat turut memberikan reaksi dengan tinggalkan pertanyaan pada ruangan komen. “Gambar pre-wedding ke?”, tulisnya. Komen tersebut bagaimanapun tidak dibalas Sakinah mahupun Michael. “Saja saya bergurau, tanya kat dia macam tu…Dia tak layan pun kakak dia, dia layan warganet je,” katanya

Sharifah Sakinah Beri Bayangan Sudah Bernikah?

Selepas berpisah dengan suami Afif Adha Jamil, pelakon Sharifah Sakinah dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang trainer mat saleh yang dikenali sebagai Michael Hansen. Meskipun Sakinah belum pernah dengan jelas mengesahkan hubungan tersebut, namun terbaharu foto mesranya di dalam kolam renang bersama jejaka tersebut telah menarik perhatian warganet.

Michael menerusi Instagram (IG) miliknya memuat naik foto mereka berdua dengan memberitahu ia satu petang yang menyeronokkan. “Evening fun (finally a pool to swim in),” tulisnya. Menerusi tinjuan Gempak di dalam komen entri tersebut, rata-rata warga maya menyangka pasangan itu sudah bernikah.

“Rasanya Sakinah ni dah kahwin. Cuma tak nak cakap,” teka salah seorang pengikutnya. “Kahwin lah kak Sakinah,” pinta salah seorang warganet. “Jangan mengundang ftnah,” tegur salah seorang warga maya. Sakinah tidak berdiam diri, malah dalam salah satu komen yang memintanya berkahwin, pelakon Bikin Filem itu seolah-olah mengiyakan. “Maried bro,” pinta salah seorang warganet. “Already (gambar cincin),” jawab Sakinah.

Jawapan adik kepada Shahrifah Shahira membuatkan sesetengah pengikut di Instagram terkejut dan ada juga yang megucapkan tahniah.“Wah! If it’s true, congratulations Kinah,” kata salah seorang warganet. “Alhamdulilah,dah sah patut posing gitu,” jawab salah seorang warganet.

Sakinah berpisah dengan Afif Adha pada Mei lalu selepas mendirikan rumah tangga selama dua tahun dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan. Dalam pada itu, Sakinah bersyukur anak perempuannya, Anais Adha yang kini berusia tiga tahun masih belum faham mengenai perc3raian dengan bekas suami.

“Sekarang kami gilir seminggu menjaga anak kami. Sedih pula apabila memikirkan mengenainya. “Dia masih kecil dan belum mengerti. Tapi lebih baik jadi sekaranglah (perpisahan),” katanya. Sakinah dan Aliff melangsungkan pernikahan pada 28 Mac 201

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Tak Pernah Ada Perasaan Ni Sesama Adik Beradik. Rupa Rupanya Ini Cerita Sebenar Hubungan Adik Beradik Antara Sharifah Sakinah Dan Sharifah Shahirah Yang Dibongkarkan Baru Baru Ini.

Baru-baru ini, menerusi segmen Suria Petang di Suria FM, penyampai radio Tyzo, Suraya Borhan dan Sharifah Shahirah, mereka ada membincangkan topik perasaan hasad dengki sesama adik-beradik bersama pendengar. Menerusi segmen yang ke udara Khamis lalu itu, Shahirah ada mendedahkan dia tak pernah menyimpan perasaan hasad dengki terhadap adiknya yang juga merupakan pelakon, Sharifah Sakinah. Ujar pelakon berusia 45 tahun ini, hubungannya bersama Sakinah lebih daripada seorang adik.

“Saya dengan Sakinah tak pernah ada rasa dengki sebab umur kami dua jarak jauh. “Lagi satu saya dah anggap Kinah ni macam anak saya sendiri. Tak layan dia macam adik pun, masa kecil saya yang tukar lampin dia semua jadi dah layan dia macam anak.

“Jadi memang tak ada nak dengki ke, cemburu ke dengan dia walapun dia lah yang paling kaya sekarang,” kongsi Shahirah. Sekadar informasi, kakak mereka, Sharifah Haslinda juga sebelum ini merupakan seorang pelakon dan cukup aktif di drama televisyen pada era 90-an.

Sumber: Media Hiburan

Oh rupanya itu yang terjadi. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE page KUCINGASM MEDIA untuk info lebih banyak dan menarik.

Warganet persoalkan iddah dan kritik foto terbaru dari Sharifah Shahirah berkenaan Sharifah Sakinah. Ternyata foto tersebut meraih perhatian gara gara bergambar dengan seorang jejaka ini

Menerusi laman media sosial Instagram Sharifah Shahirah, pelakon ini ada berkongsi sekeping foto yang memaparkan adiknya, Sharifah Sakinah bersama seorang jejaka. Malah, bintang drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu dilihat kelihatan mesra bersama lelaki terbabit.

Lalu, perkongsian tersebut telah menjadi perhatian sekali gus menimbulkan pelbagai tanda tanya warganet.“Dah habis iddah ke?,” tulis warganet .Terdahulu, Sakinah mendirikan rumah tangga bersama juruterbang, Aliff Adha pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha berusia 3 tahun.

Bagaimanapun, Sakinah memaklumkan rumah tangganya bersama suami telah berakhir pada Mei lalu.Foto: Instagram Sharifah ShahirahApa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook SimpleHijab dan Kucingasm Media. Sumber : MH

Berpisah Atas Sebab Sakit Yang Dialami. Sharifah Sakinah Luah Rasa Sebak Dengan Anaknya Bila Anaknya Dia Sanggup Membuat Sesuatu Ini Selepas Dia Dan Suami Berpisah

Rumah tangga yang dibina hanya mampu bertahan lima tahun sahaja selepas disahkan berpisah pada Mei lalu, Sharifah Sakinah berkata dia belum bersedia untuk bercakap mengenai soal rujuk semula dengan bekas suami.Akui kehidupannya agak huruu haraa selepas berpisah,bagaimanapun Sakinah berkata dia memerlukan ruang untuk bersendiri bagi merawat masalah Gngguan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) yang dialaminya sekarang.

“Sejujurnya, hidup saya agak haruu-biru kerana perpisahan baru berlaku. Saya masih cuba menyesuaikan diri dengan status baharu tanpa seorang suami di sisi. Proses transisi itu tidak mudah, namun saya sedang melakukan yang terbaik.“Cukuplah saya menyusahkan dia dengan masalah ADHD yang saya hidapi.

Saya lega selepas kami berpisah kerana tiada lagi kedengaran suara-suara sumbang yang mengatakan dia dayuus dan takut isteri,” katanya kepada Kosmo!Ditanya mengenai penerimaan anaknya, Anais Adha yang kini berusia tiga tahun, Sakinah berkata anaknya itu sangat sedih kerana sudah tidak tinggal serumah lagi dengan bapanya.

“Dia masih kecil, namun saya tahu dia sangat bersedih terutama apabila sudah tidak tinggal serumah dengan bapanya.“Setiap kali bekas suami datang melawat, Anais akan mengambil tangan saya untuk diletakkan atas tangan bapanya sambil mengalirkan air mata,” katanya.Dalam pada itu, Sakinah berkata dia kini menjalani sesi kaunseling bersama pakar psikiatri dan menjalani terapi. Malah, dia turut mengambil ubat mengikut preskripsi yang diberikan doktor.-kosmo

Gara gara jual baju berbanding sedekah. Sharifah Shahirah dedahkan satu individu ini sanggup beri komen sehinggakan dia bertindak untuk membalas komen tersebut


Baru-baru ini pelakon Sharifah Shahirah memuat naik satu posting di Instagram memaklumkan hasratnya untuk menjual pakaian terpakai. Begitupun, posting itu kemudian disalah erti pihak tertentu yang mempersoalkan tindakannya yang disifatkan sebagai tidak wajar.

Bahkan, di ruangan komennya, individu berkenaan meminta agar pelakon yang dikenali dengan panggila Shiera itu untuk tidak menjual, sebaliknya memberikan sahaja kepada mereka yang memerlukan.“Sedekah sahajalah. Sudah tak ada duit sangat ke nak jual bagai.

“Kita yang kais pagi makan pagi pun tak terfikir nak jual baju yang dah pakai,” tulisnya.Bagaimanapun, tindakan individu tersebut kemudian mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pengikutnya.
Bahkan, Shiera kemudian tampil menegur individu berkenaan yang disifatkan agak kasar.

“Eh, jangan kecilkan hati orang. Kasar cakap tu. Baik sangat kamu ni sampai lupa baik orang..nampak jahat orang sahaja ya.“Salah sebab kasar, tak siasat tu baju siapa, duit pergi mana, ni menuju ke arah negatif,” jawabnya.Bahkan, dalam satu entri berasingan, Shiera turut berkongsi imej paparan tangkap layar komen-komen individu berkenaan di Instagram.“Lama tak ada kes. Ada balik parasitt dalam Instagram aku.

“Kadang-kadang bila cakap depan-depan menyakiitkan hati. Ya, dia orang baik, orang bersedekah, tapi suka kecilkan hati kita.“Dia kata IG dia orang yang kuat mengata, orang yang kurang kasih sayang, dia mengata kita, dia tak follow kita, dia kacauu kita,” sindiir Shiera.

Terdahulu, Shiera meluahkan hasratnya untuk menjual pakaian terpakai.“Baju show nak jual…show pulak..baju pergi kenduri, pergi jalan. Di mana dan bila kita nak jual ni? Bulan ni sibuk, nanti datang bulan kita jual di Instagram,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: gempak

Ekoran Berita Perpisahan Sharifah Sakinah Dan Suami. Kakaknya Sharifah Shahirah Munculkan Diri Dan Dedahkan Kisah Sebenar Yang Terjadi Antara Mereka

SHARIFAH Shahirah menjelaskan mengenai perpisahan adiknya.”KEDUA belah keluarga sudah cuba memberikan nasihat, tapi tak boleh paksa,” kata penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah mengenai perpisahan adiknya yang juga pelakon, Sharifah Sakinah dengan suami, Aliff Adha pada Mei lalu. Shahirah yang mesra disapa Shira berkata, perbincangan yang dibuat bersama keluarga itu tidak menjurvs kepada mencari salah siapa. Malah, Shira mengakui Aliff seorang suami yang baik sepanjang lima tahun berkahwin dengan Sakinah.

“Keputusan itu memang sedih. Mereka sudah buat keputusan dahulu kemudian berjumpa semua keluarga untuk bercakap mengenai perkara itu. “Dalam pertemuan itu kedua belah keluarga berbincang dan bukan berbalah salahkn sesiapa. Kami pun ada minta maaf bagi pihak kami. “Keluarga Aliff sangat bagus. Malah, Sakinah beruntung sebab dapat suami yang sangat baik. Pastinya Aliff sudah cuba pertahankan yang terbaik, tapi mungkin sudah tak ada jodoh,” katanya kepada Harian Metro. Shira menjelaskan dia tidak tahu menahu punca perpisahan pasangan itu. “Jangan tanya sebab apa mereka berpisah, sebab memang tidak tahu apa-apa.

“Saya ada cakap dengan Aliff, kalau ada jodoh dengan orang lain, tidak mengapa. Kalau mereka kembali bersama pun, okay.  “Soal jodoh ini kita tidak tahu. Segalanya atas ketentuan Allah. Apa pun, kita doakan saja yang terbaik buat mereka,” katanya. Terdahulu, Sakinah berkongsi perkahwinan dibina bersama Aliff terlerai pada Mei lalu selepas tidak lagi tinggal sebumbung pada Mac lalu. Pasangan itu berkahwin pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Anais yang kini berusia tiga tahun.-mymetro