Minta berpijak di bumi nyata, Sharifah Sakinah anggap kenyataan Nad Zainal sebagai narsisistik

PELAKON Sharifah Sakinah menyifatkan kenyataan dibuat aktres Nad Zainal berhubung isu bermasam muka dengan beberapa rakan selebriti sebagai narsisistik kerana menidakkan kenyataan yang sedang berlaku. Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 34, turut meminta pelakon itu bersikap berpijak di bumi nyata selain bimbang kata-kata palsu yang dikeluarkan akan menjadi takdir buat dirinya. “Luahkan kata-kata dari hati, berpijaklah di bumi yang nyata. Fikiran narsisistik kamu, kata-kata palsu dan penafian akan menjadi takdir kamu,” tulisnya.

Sakinah menulis perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Khamis. Pelakon itu dipercayai meluahkan perkara itu susulan kenyataan Nad menyangkal dakwaan dia bermasam muka dengan segelintir selebriti yang pernah menjadi sahabatnya.Malah kata Nad, dia tidak mahu memberi fokus kepada siapa yang hilang dari ‘radar’ kerana menganggap ia bersifat ‘high school’ untuknya. Dalam pada itu, menerusi hantaran sama, Sakinah turut memaparkan paparan skrin yang pernah dimuat naik mendoakan Nad ketika aktres itu bertarung nyawa disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru pada Disember lalu.

Sakinah yang seakan-akan terguris dengan kata-kata dikeluarkan Nad dalam temu bual tersebut memberitahu akan memadam hantaran itu dan berjumpa aktres itu di ‘alam’ lain. “Dah boleh padam kot hantaran ini. Saya jumpa awak di alam lain, di situ tiada radar,” katanya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat seakan sedih melihat kemelut yang melanda rakan artis itu. Malah mereka juga menyokong agar Sakinah dan yang lain menjauhkan diri dari aktres berkenaan bagi mengelakkan sebarang masalah lebih teruk selepas ini.

“Sedih bila orang dah anggap kawan tapi dia buat macam ini. Kami sokong awak dan Abil, jauhkan diri dengan orang yang macam itu,” komen warganet. Susulan keadaannya yang teruk ketika itu, rakan artis turut melancarkan Tabung Kecemasan Nad Zainal bagi membantu keluarganya menampung kos rawatan di hospital. Bagaimanapun selepas Nad kembali sihat timbul desas-desus mengatakan pelakon itu bermasam muka dengan beberapa rakan selebriti namun tidak diketahui punca sebenar kejadian tersebut.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.