Tular tentang Sharifah Sakinah ada masalah kesihatan. Sekali Sharifah Shahirah tampil bersuara lantang luahkan sesuatu tentang isu adiknya buat warganet terkedu.

Artis

Kalau sebelum ini Sharifah Sakinah telah membuka cerita berkenaan penyakit depresinya dan ADHD kepada umum melalui temubual bersama Dato Aznil dalam satu rancangan televisyen Hard To Heart. Menurut Sakinah, suaminya terdahulu pernah membawanya berjumpa pakar sakit mental bagi mendapatkan perubatan dan nasihat.

“Saya berjumpa pakar dalam dua tahun lepas, dan doktor mengesahkan saya menghidap ADHD. “Ketika itu, bekas suami saya yang mula-mula nak bawa saya berjumpa pakar sakit mntal, setelah itu, saya lega dan sedar yang sebenarnya saya tidak normal,” katanya.

Baru – baru ini timbul pula respon dari kakaknya sendiri berkenaan penyakit yg dihadapi oleh adiknya itu. Turut menyatakan bahawa dia tidak pernah tahu tentang penyakit adiknya itu. Nyatanya lagi Kinah kurang berkongsi masalah peribadi kepada keluarga sendiri.

“ini masalah awak, simpan dan selesaikan sendiri. Sakinah pun tak datang kat keluarga, dia suka buat hal sendiri. “Dia dah besar kot, dia ada mntal ke? saya tidak tahu apa plan dia, dia nak buat apa dia buat… tapi kalau esok nak kahwin jemputlah saudara,” katanya.

Dalam nada gurauan terselit nasihat buat adiknya dan juga orang ramai.

Sumber : Youtube Mstar, Thinkerstudio by Media Kita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terkini Sharifah Sakinah Tampil Dengan Buat Permohonan Maaf Dan Dedahkan Dia Bakal Pindah Ke Luar Negara Untuk Buat Rawatan. Terkejut Dalam Diam Rupanya Sharifah Sakinah Ada Sakit Ini.

Menerusi rakaman video rancangan bual bicara Hard2Heart yang dihoskan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi, pelakon Sharifah Sakinah mengatakan dia bakal tinggalkan tanah air dan berpindah ke luar negara tidak lama lagi. Seperti yang diketahui umum, Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired menghidap penyakit ‘Attention-Deficit Hyperactivity Disorder’ atau ADHD menjelaskan status kesihatan kini agak teruk dan perlu menjalani rawatan khusus.

“Saya minta maaf sangat-sangat, saya nak anda semua faham yang kesihatan mntal saya semakin teruk ketika ini. “Sebab itu saya merancang untuk tidak tinggal di Malaysia dan saya akan berpindah ke luar negara selepas ini,” katanya. Sakinah ketika dihubungi MH memberitahu dia akan menetap di luar negara untuk seketika waktu untuk menjalani rawatan pemulihan kesihatan mntal dirinya.

Sebelum ini, Sakinah memaklumkan akan berehat seketika daripada dunia lakonan kerana ingin memberi tumpuan kepada keluarganya selepas drama terakhir lakonannya, Aku Yang Kau Gelar Isteri tamat pada Isnin lalu.Sekadar informasi, Sakinah kini sudah mengikat tali pertunangan dengan jejaka kelahiran Sweden, Michael Hansen pada tahun lalu.

Sebelum ini, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha berusia 4 tahun. Bagaimanapun, Sakinah memaklumkan rumah tangganya bersama suami telah berakhir pada Mei lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : MH

Sekali Lagi Sharifah Sakinah Dikritik Teruk Oleh Warganet Gara Gara Buat Perkara Yang Tak Patut Ketika Memakai Telekung. Selamba Je Dia Boleh Buat Macam Ni.

Bagi wanita yang ingin menunaikan solat, pakaian wajib bagi mereka ialah yang menutup aurat, iaitu seluruh anggota badannya kecuali muka dan tapak tangan. Adapun sunat bagi wanita adalah solat dengan tiga kain, iaitu tudung untuk menutup kepala dan leher,

kain untuk menutup tubuh dan kedua kaki, dan kain luar untuk menutup pakaian. Mereka juga disunatkan untuk memilih kain yang tebal sehingga bahagian tubuhnya tidak kelihatan. Bahkan digalakkan untuk memakai pakaian yang berwarna putih kerana ia merupakan warna kesukaan Nabi Muhammad SAW.

Sebagai seorang selebriti, setiap tingkah laku semestinya menjadi perhatian orang ramai. Tambahan lagi selebriti sinonim dengan jumlah pengikut yang ramai di media sosial. Apa yang dirasakan keterlaluan, pasti menerima teguran ke arah yang lebih baik.

Terbaru, Sharifah Sakinah sekali lagi dikritik gara-gara melakukan senaman dengan memakai telekung. Menerusi video pendek yang dimuat naik, Sharifah Sakinah dilihat membuat panggilan video bersama tunangnya, Michael Hansen. Bila malam jumaat lepas tu terus masuk class. Tak sempat tukar gym attire.

Di ruangan kapsyen, Sharifah Sakinah turut berterima kasih kepada Marsha Milan dengan memaklumkan telekung yang dipakai sangat ringan. Walau bagaimanapun, warganet dilihat kurang senang dan menganggap ‘bersenam’ sambil memakai telekung adalah tidak bersesuaian. Menurut mereka, telekung adalah pakaian untuk solat dan seseorang hendaklah menjaganya dengan baik.

Perkara pertama yang perlu dinilai ialah tujuan asal pemakaiannya bagi setiap wanita untuk menunaikan solat di masjid. Tujuan utama kita memakai telekung adalah untuk menutup aurat dengan sempurna serta dapat melakukan ibadah solat dengan khusyuk sekaligus diterima sebagai amal ibadat oleh Allah SWT.

Bagi isu pemakaian telekung bercorak termasuklah yang mempunyai sulam, manik, bunga-bunga yang ditampal mahupun corak yang sedia ada pada kain itu perlulah diberi perhatian. Jika pemakaian telekung bercorak yang dipakai oleh seseorang wanita di masjid adalah

bertujuan untuk menutup aurat dan melakukan amal ibadat semata-mata kepada Allah, maka ia diharuskan asalkan tidak mengganggu kekhusyukan diri dan jemaah wanita yang lain. Namun, jika wanita tersebut berniat untuk menunjuk-nunjuk kepada jemaah wanita yang lain, maka ia dilarang sama sekali.

SUMBER:BeautifulNara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sharifah Sakinah Dibandingkan Dengan Kakak Yang Berhijab Dan Berniqab. Ini Jawapan Padu Dari Sharifah Sakinah Berkenaan Hal Tersebut

Sharifah Sakinah sebelum ini raih perhatian warganet selepas ditegur oleh Pencetus Ummah Syed berkaitan cara penampilan pelakon tersebut. Susulan hal itu, Sharifah Sakinah akui dia sering terima kritikan dan komen negatif daripada warganet berkenaan cara penampilan saya sebagai seorang wanita yang beragama Islam. Sharifah Sakinah juga mendedahkan kakaknya, Sharifah Haslinda juga terkena tempias berkaitan hal itu.

Sharifah Haslinda yang terkini dilihat tampil mengenakan hijab dan berniqab.“Itulah nama keluarga, ada yang berpurdah ada yang okey ada yang tidak. Kita menerima masing-masing punya karakter dengan hati yang terbuka dan tidak mengkritik antara satu sama lain. Jelas Sharifah Sakinah,“Macam bila semua orang dah berubah dan saya masih belum ke arah itu, kakak saya nak buang saya daripada keluarga? Tidak ada sama sekali.“Bagi saya, hati itu yang penting sebab kalau hati kita bersih dan terima orang lain seadanya, tidak menghukum hidup kita akan tenang,” 

Sharifah Sakinah juga menjelaskan terdahuku kakaknya juga belum memakai tudung dan tak lama kemudian ambil keputusan untuk berhijrah.“Kakak saya dulu pun tak bertudung dan bukannya dia mula bertudung dari umur dia 2 bulan. Jadi, pada saya perubahan itu semua memerlukan masa, pengalaman dan doa. Kalau kita doa betul-betul apa yang kita nak dalam hidup, apa yang kita nak ubah kena berdoa padaNya,” 

Semalam Tular PU Syed Tampil Beri Nasihat Kat Sharifah Sakinah. Ternyata Ini Respon Sharifah Sakinah Tentang Isu Tersebut

Baru baru ini lagi, PU Syed tampil menegur cara penampilan Sharifah Sakinah. Selepas memuat naik gambar yang kurang sopan sampaikan dikritik warganet, Sharifah Sakinah ditegur secara baik oleh Pencetus Ummah Syed yang meminta pelakon itu menjaga adab dalam berpakaian.

Ulas Syed Mohd Bakri Al Yahya atau lebih gemar depanggil PU Syed, berdasarka surat terbuka menasihatkan Sharifah Sakinah agar tak mempengaruhi pengikut untuk berpakaian sedemikian. Ujat PU Syed “Puan Sharifah Sakinah mempunyai seramai 2.4 juta pengikut di Instagram manakala di media sosial yang lain saya tak tahu dan tidak ingin ambil tahu.

“Saya ingin tegur perbuatan puan, sekaligus dapat menegur pengikut puan yang ramai itu kerana pasti akan ada yang terikut dengan gaya hidup puan ini.”Sekalipun hidup kita ini bebas, namun bagi umat Islam ada batas-batas yang tidak boleh dilangkaui serta tak dipatuhi,” katanya.

Berdasarkan kiriman surat terbuka itu juga, PU Syed turut berkata, teguran itu adalah untuk menyelamatkan aktres tersebut daripada terus hanyut dengan ujian dunia.”Biarlah puan naik dan popular dengan disulami adab dan akhlak yang terpuji. Ingatlah, kita daripada keturunan yang mulia, daripada nasab yang mulia.

“Maka perlu saya menegur untuk puan kembali ke atas jalan yang sebenarnya.”Inilah cara kita sesama saudara untuk menyelamatkan saudaranya daripada terus hanyut dalam mehnah dan ujian duniawi,” katanya.

Manakala Sakinah menyambut baik teguran PU Syed dengan memuat naik semula surat teguran itu di laman Instagramnya pada Isnin.Menerusi posting itu, Sakinah memohon maaf dan mengharapkan semua pihak mendoakan yang terbaik buat dirinya.”Saya minta maaf, doakan yang baik-baik,” katanya.

Peminat Bagi Nasihat Pun Tak Nak Dengar. PU Syed Pula Tampil Beri Nasihat Kepada Sharifah Sakinah Hingga Meraih Perhatian Ramai

Sebelum ini, ramai juga warganet bertindak untuk menegur penampilan Sharifah Sakinah. Terbaru, PU Syed yang merupakan pendakwah bebas telah membuat perkongsian sehingga meraih perhatian ramai.

” Assalamualaikum, maaf jika saya menegur. Kita keturunan yang mulia, dari nasab sebaik-baik nasab. Alangkah sedihnya datuk kita melihat anak cucu berpakaian seperti ini.” Jelas juara program Pencetus Ummah musim ke 3 secara terbuka memberi teguran kepada Sharifah Sakinah supaya menjaga adab dalam berpakaian.

Jelas PU Syed” Mohon sangat-sangat jaga adab dalam berpkaian. Jika ada pengikut seperti yang ditunjukkan, pasti dosa akan mengalir masuk dalam buku catatan kita. Mohon dibaca nasihat ini dengan mata hati.” tulis PU Syed.

Seterusnya, PU Syed turut mengatakan sebelum ini dia pernah menegur Sakinah dengan menghantar mesej secara peribadi namun tiada respon dari pelakon itu.Umum mengetahui Sakinah agak berpakaian kurang sopan dalam berpakaian dan sering kali menjadi bualan di kalangan warganet.

” Bersandarkan mafhum hadis Baginda Rasul, ” Sesiapa yg melihat (tahu) satu kemung.karan, hendaklah dia cegah dgn tangannya (kuasa), jika tak mampu dgn lidahnya dan jika tak mampu dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman”” Pada 12 Jan 2019 ambe pernah DM utk menasihati puan dalam isu berpkaian, namun spt mana biasa dlm menegur org yg ada “nama” ni, mereka tak sempat nak baca pun, maka harini ambe tegur sekali lagi dan kali ini secara DM dan juga secara terbuka untuk pedoman bersama

Tambah PU Syed” Puan Sharifah Sakinah mempunyai seramai 2.4 juta pengikut di IG, manakala di sosmed yang lain ambe tak tahu dan tak ingin untuk ambil tahu.” Ambe ingin TEGUR “perbuatan” puan, sekaligus dpt menegur followers puan yg ramai itu kerana pasti akan ada yg terikut dgn gaya hidup puan ini.

” Islam menggariskan adab berpakaian, bagi seorang Muslim dan Muslimah, ini pasti pernah dipelajari semasa belajar dalam subjek pendidikan islam di sekolah rendah dan menengah, namun apa yg puan pertontonkan pada khalayak adalah suatu yg membawa kpd d0sa.

” Sekalipun hidup kita ini bebas, namun bagi umat Islam ada batas-batas yg tak boleh dilangkaui serta diIanggari.” Biarlah puan naik dan popular dgn disulami adab dan akhlak yg terpuji.” Puan Sharifah Sakinah, ingatlah, Kita dari keturunan yg mulia dari nasab yg mulia, maka perlu ambe menegur utk puan kembali ke atas jalan yg sebenarnya.

” Inilah cara kita sesama saudara utk menyelamatkan saudarnya dari terus hanyut dalam mehnah dan ujian duniawi.” Belum terlambat utk puan tunjuk sesuatu yg mulia kpd followers puan di luar sana. Sekian” akhiri PU Syed.

Manakala menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan pendapat dan teguran PU Syed itu.Berdasarkan semakan Asia Kini di portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Gelaran ‘syed’ dan ‘syarifah’ diberikan kepada mereka yang mempunyai susur galur atau berketurunan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Jadi mungkin ini yang cuba diingatkan oleh PU Syed kepada Sharifah Sakinah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Simplehijab dan Apam Pink Media

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular Tentang Sharifah Sakinah Dah Bertunang. Sekali Sharifah Shahira Dedahkan Cara Sharifah Sakinah Bertunang. Rupanya Dia Ikut Budaya Lain.

Sharifah Shahirah merupakan penyampai radio suria fm iaitu kakak kepada Sharifah Sakinah mengesahkan adiknya sudah bertunang dengan jejaka berasal dari Sweden, Michael Hansen. Menurut Sharifah Shahirah atau lebihmesra dipanggil Shiera, majlis pertunangan adiknya itu dilakukan mengikutgaya barat.

“Sakinah dah bertunang dan dia bertunang ikut gaya orang putih. Ikut cara lamaran orang putih, bagi cincin dan tanya ‘will you marry me?’.“Orang putih apabila dah melamar tu kira dah bertunang, jadi kami sekeluarga pun dah bersetuju (mereka bertunang). Tiada majlis-majlis tunang, tak ada pantun semua itu,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, sebuah portal hiburan melaporkan Sakinah mengakui dia sudah bertunang dengan teman lelakinya yang dikenali sejak sembilan bulan lalu. Sementara itu, Shiera berkata Sakinah kini sedang merancang majlis perkahwinannya selain menguruskan prosedur Michael untuk memeluk agama Islam.

“Sakinah tengah rancang majlis perkahwinan selain menguruskan hal berkaitan Michael yang akan memelvk agama Islam nanti. “Semua perancangan untuk majlis itu nanti akan diuruskan oleh Sakinah, kami sekeluarga hanya akan mengikut sahaja,” katanya.

Menerusi laporan mStar sebelum ini, Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 32, mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga pada 28 Mei ini bersempena tarikh ulang tahun kelahirannya dan Michael, 42.

“Kami pilih tarikh itu kerana ia merupakan tarikh lahir saya dan Michael, kami berkongsi tarikh lahir yang sama. “Buat masa sekarang, kami masih lagi tak tahu nak buat majlis di mana sebab Cov1d-19, semuanya masih dalam perbincangan,” katanya.

Pelakon Girlfriend Aku Dari Nerka itu pernah berkahwin dengan juruterbang bernama Aliff Adha pada 2015 namun hubungan mereka terlerai selepas disahkan berpisah pada Mei tahun lalu. Hasil perkahwinan, Sakinah mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha yang kini berusia empat tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sering Muat Naik Foto Mesra Dengan Kekasih Rupanya Dalam Diam Sharifah Sakinah Akui Sudah Bertunang Dengan Kekasih Hati. Sekali Sakinah Dedahkan Ini Perancangan Untuk Kahwin Nanti.

Sering muat naik foto mesra dengan kekasih rupanya dalam diam Sharifah Sakinah akui sudah bertunang dengan kekasih hati. Sekali Sakinah dedahkan ini perancangan untuk kahwin nanti.

Nama pelakon Sharifah Sakinah pernah menjadi bualan hngat warganet dia berkongsi beberapa gambar mesra bersama kekasihnya, seorang jejaka Sweden sehingga membangkitkan pelbagai kontrversi dan spekulasi di kalangan warganet.

Memetik temubual bersama Media Hiburan, pelakon berusia 32 tahun itu mendedahkan dia sudah pun bertunang dengan kekasihnya, jejaka Sweden bernama Michael Hansen, 42. Namun begitu, pelakon drama ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri itu tidak mendedahkan tarikh pertunangannya secara terperinci.

Selain itu, pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired itu turut meluahkan rasa gembira kerana fasa perkenalannya bersama duda kepada dua cahaya mata itu berjalan dengan harmoni. “Saya gembira berkenalan dengan dia dan kami sudah pun saling mengenali hampir sembilan bulan. Sejujurnya, kami sebenarnya sudah bertunang,” katanya ketika ditemubual pihak Media Hiburan.

Tambahnya lagu, majlis pernikahan mereka akan diadakan dalam upacara yang serba ringkas. “Cuma dari segi persiapan perkahwinan, saya kalau boleh tidak mahu membazir duit untuk majlis tersebut. Ramai sedia maklum jika berkahwin, ini merupakan yang kedua bagi saya dan Michael.

“Jadi kami mungkin buat keputusan untuk melangsungkan majlis akad nikah sahaja nanti, Insya-Allah,” ujarnya lagi. Terdahulu, media melaporkan pasangan tersebut bakal mendirikan rumah tangga pada bulan Mei hadapn bersempena dengan tarikh lahir mereka berdua.

Sumber : OMM

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Heboh Sharifah Sakinah Kahwin. Sharifah Shahira Dedahkan Sesuatu Ekoran Hubungan Sharifah Sakinah Dengan Lelaki Tersebut Yang Menjadi Bualan Warganet

Pelawak,pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahira mengakui tidak tahu menahu mengenai dkwaan adiknya Sharifah Sakinah sudah berkahwin seperti yang diperkatakan warganet .Sharifah Shahira atau lebih mesra dipanggil Shiera itu ketika dihubungi Gempak berkata, dia termasuk anggota keluarga lain tidak pernah tahu Sakinah sudah menamatkan zaman janda.

“Ya ke? Sumpah saya tak tahu dia dah berkahwin ke dah bertunang ke,” katanya merujuk kepada komen balas Sakinah yang menyertakan emoji cincin kepada warganet .Tambah Shiera lagi, jika benar adiknya itu sudah berkahwin atau bertunang, pasti seluruh ahli keluarga akan dimaklumkan.“Apapun kami tidak menghalang sekiranya dia bertemu jodoh. Itu kehidupan dia, cuma kami minta doakan yang baik-baik buat dia.

“Sakinah adik saya, darh daging saya. Saya sayangkan dia. Sakinah ni jenis yang suka mengusik, happy go lucky.Mungkin emoji cincin tu dia letak sebab nak mengusik rakyat jelata iaitu warganet. Dia jenis yang tak suka berbalah sebab benda-benda kecil, cuma kadang-kadang tu hyper sikit je,” katanya ketawa.Terdahulu, jejaka ‘mat saleh’ dikenali sebagai Michael Hansen yang dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon ‘Bikin Filem’ itu memuat naik foto mesra bersama Sakinah di laman sosial Instagram (IG)nya.

Foto mesra di dalam kolam renang tersebut kemudiannya menarik perhatian warganet yang rata-ratanya berspekulasi Sakinah dan Micheal sudah bernikah.Sakinah kemudiannya membalas komen warganet dengan menulis; “Already” disertakan dengan emoji cincin.Shiera dilihat turut memberikan reaksi dengan tinggalkan pertanyaan pada ruangan komen.

“Gambar pre-wedding ke?”, tulisnya.Komen tersebut bagaimanapun tidak dibalas Sakinah mahupun Michael.“Saja saya bergurau, tanya kat dia macam tu…Dia tak layan pun kakak dia, dia layan warganet je,” katanya. Selepas berpisah dengan suami Afif Adha Jamil, pelakon Sharifah Sakinah dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang trainer mat saleh yang dikenali sebagai Michael Hansen.

Meskipun Sakinah belum pernah dengan jelas mengesahkan hubungan tersebut, namun terbaharu foto mesranya di dalam kolam renang bersama jejaka tersebut telah menarik perhatian warganet. Michael menerusi Instagram (IG) miliknya memuat naik foto mereka berdua dengan memberitahu ia satu petang yang menyeronokkan.

“Evening fun (finally a pool to swim in),” tulisnya.Menerusi tinjuan Gempak di dalam komen entri tersebut, rata-rata warga maya menyangka pasangan itu sudah bernikah.“Rasanya Sakinah ni dah kahwin. Cuma tak nak cakap,” teka salah seorang pengikutnya.“Kahwin lah kak Sakinah,” pinta salah seorang warganet

“Jangan mengundang ftnah,” tegur salah seorang warga maya.Sakinah tidak berdiam diri, malah dalam salah satu komen yang memintanya berkahwin, pelakon Bikin Filem itu seolah-olah mengiyakan.“Maried bro,” pinta salah seorang warganet.“Already (gambar cincin),” jawab Sakinah.

Jawapan adik kepada Shahrifah Shahira membuatkan sesetengah pengikut di Instagram terkejut dan ada juga yang megucapkan tahniah.“Wah! If it’s true, congratulations Kinah,” kata salah seorang warganet. “Alhamdulilah,dah sah patut posing gitu,” jawab salah seorang warganet.

Sakinah berpisah dengan Afif Adha pada Mei lalu selepas mendirikan rumah tangga selama dua tahun dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan.Dalam pada itu, Sakinah bersyukur anak perempuannya, Anais Adha yang kini berusia tiga tahun masih belum faham mengenai perpisahan dengan bekas suami.

“Sekarang kami gilir seminggu menjaga anak kami. Sedih pula apabila memikirkan mengenainya.“Dia masih kecil dan belum mengerti. Tapi lebih baik jadi sekaranglah (perpisahan),” katanya.Sakinah dan Aliff melangsungkan pernikahan pada 28 Mac 201

Mengejutkan Baru Je 4 Bulan Berpisah Rupanya Sharifah Sakinah Dah Jumpa Pengganti. Terkejut Rupa Rupanya Ini Jejaka Tersebut.

KUALA LUMPUR: Berkongsi tarikh lahir sama, pelakon, Sharifah Sakinah, 31, semakin rapat dengan seorang jejaka Inggeris. Tanpa berselindung, Sakinah berkata, dia menyenangi jejaka berusia 41 tahun, bagaimanapun tempoh perkenalan masih terlalu awal untuk ditafsirkan.

Mengulas kehidupan selepas berpisah pada Mei lalu, Sakinah berkata, dia lebih memandang ke depan dan telus. “Saya gembira dengan apa dilalui hari ini. Ya, saya akui semakin rapat dengan lelaki Inggeris itu. Dia baik, malah kami berkongsi tarikh lahir sama. Jadi, kami boleh dikatakan serasi. Usia pula berbeza 10 tahun. Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk berbicara soal hati,” katanya kepada BH Online.

Pelakon drama telefilem Girlfriend Aku Dari Ner4ka itu berkata, dia dan bekas suami, Aliff Adha bergilir-gilir menjaga anak, Anais Adha yang kini berusia tiga tahun. “Seminggu Anais bersama saya, kemudiannya seminggu bersama bekas suami.

“Anais masih terlalu naif untuk memahami apa yang berlaku pada saya dan bekas suami. Bagaimanapun, kami tidak akan mengabaikan tanggungjawab terhadap anak,” katanya yang ditemui pada majlis mengumumkan pemenang cabaran menurunkan berat badan 18 hari saja anjuran produk kesihatan, Whollyfitz. Pada majlis berkenaan, ‘buah hati’ Sakinah juga turut hadir untuk memberi sokongan kepadanya.

Sumber : BH, GEMPAK