Dalam fasa mengenali hati budi, Sharifah Rose akui belum bersedia nak kongsikan status hubungan dengan Ezzrin Loy

Pelakon dan model cantik, Sharifah Rose masih belum bersedia untuk berkongsi kepada umum mengenai status hubungannya dengan aktor, Ezzrin Loy. Ketika ditemui, di Majlis Pelancaran Rantaian Kasih di Aidilfitri 2024 Habib Jewels di Kuala Lumpur, Sharifah Rose akui dia dan Ezzrin masih berada dalam fasa mengenali hati budi masing-masing selain meminta agar mereka diberi ruang.

“Saya takde nak komen lebih-lebih. Cuma sekarang ni pun kita masih berkawan dan kenal pun sebab pernah shooting sekali. Sebelum itu pun dah pernah berkawan so agak selesa lah berkawan dengan dia sampai sekarang. Bagi saya ruang dulu untuk kenal dia dulu daripada nak terus declare kepada media dan public lebih daripada kawan.” Tambah Rose lagi, dia dan Ezzrin sudah lama mengenali antara satu sama lain tetapi mula berkawan rapat sejak tiga tahun lalu iaitu ketika mereka melakukan penggambaran bersama.”

Apabila ditanya mengenai ciri-ciri pasangan hidup, Rose berkata dia lebih selesa untuk bersama dengan lelaki yang lebih kurang seusia dengannya. Sekadar info, Sharifah Rose sudah menjadi duta bagi Habib Jewels selama dua tahun berturut-turut dan pada tahun ini, dia bergandingan bersama Amyra Rosli bersama keluarganya dan Ezzanie Jasnie. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.