Ceburkan dalam satu bidang ini pula selepas kehilangan kerja sebagai penyampai radio. Ini perkembangan terbaru Shuk Sahar

Artis

Terdahulu, nama bekas penyampai radio dan juga pelawak iaitu Shuk Sahar jadi bualan warganet kerana ceritanya yang berkait dengan rumah tangga. Namun begitu, Shuk Sahar menjelaskan dia enggan menjadikan segala episod hitam dalam hidupnya sebagai batu penghalang untuk dia bangkit semula. Terang Shuk lagi, selepas dia kehilangan kerja sebagai penyampai radio, dia kini selesa untuk ceburkan diri dalam perniagaan pula.

Semasa ditemubual oleh pihak Hot FM ketika melancarkan pembukaan kafe terbarunya pada minggu lalu, Shuk memohon doa yang terbaik daripada orang ramai buat dirinya termasuklah dipermudahkan urusan perniagaan.“Terima kasih kepada yang hadir memeriahkan pembukaan kafe ini. Doakan yang terbaik buat saya ya,” ujar Shuk.

Jelas lelaki berusia 35 tahun itu, idea untuk menghasilkan kafe sebenarnya sudah lama dirancang namun secara kebetulan dia sudah tidak terikat dengan komitmen sebagai penyampai radio.“Mungkin akan ada yang kata kafe saya seolah-olah men1ru jenama minuman terkemuka yang lain. Perkara itu tidak benar kerana setiap minuman yang dihasilkan memang berbeza,”Pada masa yang samaShuk turut meneg4skan ini merupakan waktu paling sesuai untuk beralih ke arah bidang lain dengan membuka kafe minuman walaupun dia belum pernah mengendaliikan perniagaan makanan.

Macam Dah Rancang Je. Kecoh Pasal Kedai Air Shuk Sahar Diterbalikkan. Sekali Warganet Perasan Benda Lain Lepas Tular Pasal Video Tu.

Disindir berniaga gara-gara kini sudah kehilangan pekerjaan, pelawak dan pengacara kontroversi, Shuk Sahar, 35, mengaku masih terkejut dengan tindakan seorang lelaki asing yang singgah ke gerai minuman dan menolak barangan jualannya.

Menurut shuk, semasa kejadian, dia bersama pembantu peribadinya, Iskandar Nurzaman, 23, sedang berniaga air minuman di tepi jalan di kawasan tersebut sebelum didatangi seorang lelaki berbaju hitam yang menaiki kereta Myvi berwarna putih.

“Dia memberhentikan kenderaanya di depan gerai, tetapi dari awal lagi saya sudah rasa pelik, dia pegang telefon seolah-olah sedang merekod video. Saya dan Iskandar tanya dia mahu beli minuman yang mana sebelum tiba-tiba diperli oleh lelaki itu.

“Berang dengan tindakannya, Iskandar cuba mempertahankan saya sebelum lelaki tersebut bertindak agresif dan cuba mengasari saya. Saya cuba halang dan mungkin kerana tidak puas hati, dia kemudiannya menolak barangan jualan di meja sebelum pergi begitu sahaja,”katanya.

Shuk berkata demikian ketika dihubungi Utusan Malaysia berikutan kejadian tersebut yang berlaku di Wangsa Maju, hari ini. Bagaimanapun,menurut Shuk, dia tidak marah dengan apa yang berlaku sebaliknya kebingungan dan tertanya-tanya apakah motif sebenar lelaki berbaju hitam tersebut.

“Saya sempat tengok nombor plat keretanya tetapi tak akanlah saya nak sebarkan pula. Buat masa sekarang, saya tengok dulu macam mana, kalau perlu buat laporan polis, mungkin saya akan pergi ke balai. “Saya cuma nak tahu kenapa dia tergamak buat begitu dan apa niatnya sebab seolah-olah dia memang mahu cari pasal sejak dari awal,”katanya.

Tersebar gambar sebelum kejadian

Dalam pada itu, rata-rata warganet meraskan aksi terbalikkan gerai tersebut seperti sudah dirancang dan merupakan satu lagi gimik seperti yang di lakukan oleh Shuk dan Isteri sebelum ini dalam usaha mereka untuk melariskan produk

Berikut gambar yang tersebar sebelum kejadian di mana kelihatan kereta myvi puteh seoalah-olah sudah bersedia. Tidak dapat dimastikan sejauh mana dakwaan ini, apa-apa pun kita tunggu kenyataan lanjut dari Shuk Sahar

Shuk sebelum ini terpalit dengan beberapa kontroversi membabitkan rumah tangganya dengan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah, 24. Dia juga menjadi bahan bualan ramai berikutan perluctan jawatannya sebagai penyampai radio Hot FM baru-baru ini.

Natijah daripada kriss rumah tangga dan kecuranganan yang dilakukannya, Shuk kini bukan sahaja digantung tugas, pengurusan radio milik Media Prima tersebut sudah membuat keputusan menamatkan kontrak Shuk sebagai penyampai Hot FM.

“Saya okay dan terima keputusan Hot FM. Saya faham mereka punya bahagian,” kata pelawak popular, Shuk Sahar berhubung penamatan kontraknya sebagai penyampai radio Hot FM yang berkuat kuasa hari ini. Shuk, 35, atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkata, dia menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka dan beranggapan itu keputusan terbaik pihak pengurusan stesen radio terhadap dirinya.

“Apa pun, keputusan yang dibuat ini adalah yang terbaik buat Hot FM. Jadi saya terima, cuma buat masa sekarang saya belum bersedia untuk bercerita lanjut. Beri saya ruang dalam tempoh sehari dua ini,” katanya Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Utusan Online

Muat Naik Video Macam Perli Warganet. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Isteri Shuk Sahar Tampil Bersuara Lantang Beri Penjelasan Buat Warganet Terkedu.

Berikutan isu kemelut rumah tangga yang melanda pelawak Shuk Sahar dan isteri, Rossalennah Natassiah Asshaferah tempoh hari, warganet ibarat ‘mencurahkan minyak ke dalam api’ apabila mereka membuat pelbagai spekulasi berkenaan wanita itu.

Mesra disapa Sera, semalam dia berkongsi satu posting di laman sosial Instagram miliknya untuk menjelaskan perkara sebenar berkaitan tuduhan warganet yang mendakwa dirinya ‘memerli warganet’ melalui video yang dikongsi di aplikasi TikTok sebelum ini.

Jangan la ftnah!

“Ada yang kata Sera perli warganet pasal buat video ini. Sedangkan video ini 14 Disember 2020. Kenapa takda yang nak betulkan bila Sera cakap video ini ftnah. “Memang nak ‘pickup’ cerita yang fitnah ja. Kebenaran korang tak nak pickup pula sebab takut kena balik pula sebab share info tak betul,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Selain itu, wanita tersebut turut memberi maklum balas terhadap segala kritikan dan thmahan yang warganet lontarkan kepada dirinya selama ini. Ini kerana sebelum ini, warganet mengkritik Sera kerana ibu kepada dua cahaya mata itu membuka aibnya sendiri di laman sosial dengan berkongsi tentang kemelut rumah tangganya. Menepis tuduhan itu, Sera menegaskan bahawa dia sudah lama menjaga aib suami tetapi makin dihimpit pelbagai provokasi. Justeru itu, dia memilih untuk bersuara bagi membela rumah tangganya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Sera membanjiri dengan kata-kata semangat buat wanita itu agar kekal tabah menghadapi segala ujian dalam hidupnya. Malah, ramai juga yang memuji keberaniannya untuk berterus-terang dalam isu berkenaan.

Warganet salah sangka

Dalam pada itu, ada juga warganet yang menasihati Sera secara ikhlas supaya dia tidak mengulanginya kembali, yakni berkongsi masalah rumah tangga di laman sosial. Baginya, adalah lebih baik jika ia diadukan kepada Allah SWT.

Baguslah Sera berani memberi penjelasan untuk menjernihkan suasana. Tiadalah warganet tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku di sebalik semua ini. Apa pun, semoga rumah tangga mereka berdua kekal bahagia hingga ke syurga hendakNya!

Sumber: Instagram @rossa.sera

Baru Je Semalam Kontrak Ditamatkan Oleh Hotfm. Mengejutkan Ini Yang Terjadi Dekat Ig Shuk Buat Ramai Yang Terkedu.

Semalam, pihak pengurusan Hot FM menerusi Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd. Tahrim berkata, mereka telah menamatkan kontrak perkhidmatan Shuk Sahar sebagai penyampai radio Hot FM berkuatkuasa serta merta.

Selamat Tinggal Shuk 

Ini berikutan, siasatan dalaman syarikat mendapati Shuk telah ingkar kontrak dan terma perjanjian dan difahamkan Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar telah dimaklumkan mengenainya.

“Kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio di Hot FM ditamatkan berkuatkuasa hari ini. “Selepas selesai siasatan dalaman mendapati berlakunya pelanggaran terma perjanjian oleh Shuk seperti yang sudah dipersetujui di dalam kontrak perkhidmatannya sebagai penyampai radio Hot FM. “Shuk juga telah dimaklumkan mengenai hal ini,” katanya dalam sebuah kenyataan

Warganet Gesa Shuk Tukar Nama 

Dalam pada itu, menerusi carian Murai.my pada Instagram pelawak itu mendapati nama yang didaftarkan pada platform itu masih menggunakan @shuk_hotfm sehingga artikel ini ditulis (19 Februari 2021). Manakala pada bahagian profil juga masih tertera ‘HotFM DJ Announcer’ merujuk kepada tugasnya sebelum ini.

Menjengah kepada ruangan komen hantaran terbaharu Shuk, rata-rata warganet mengkritik dan menggesa agar dia menukar namanya dengan kadar segera memandangkan dia tidak lagi bersama stesen radio berkenaan.

Namu begitu, ada diantara mereka meminta agar diberikan ruang buat Shuk untuk kembali ke fasa baharu dalam hidupnya. Terdahulu, kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio Hot FM digantung sementara bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan melakukan siasatan dalaman secara terperinci berhubung isu rumah tangganya yang tular di media sosial.

Difahamkan segmen kendaliannya terdahulu bersama rakan penyampai, Fizie menerusi Geng Pagi Hot (GPH) diberi nafas baharu apabila memperkenalkan pelakon, penyanyi dan pelawak Mark Adam sebagai gandingan baharu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: MURAI.MY

Akhirnya Pihak Hotfm Beritahu Keputusan Yang Di Ambil Terhadap Shuk Sahar Selepas Dia Digantung Kerja. Tak Sangka Sampai Macam Ni Sekali Tindakan Yang Dikenakan Pada Shuk Sahar.

Krisis rumah tangga dan isu tidak setia melibatkan penyampai radio Hot FM iaitu Shuk Sahar akhirnya memakan diri apabila siasatan dalaman pihak pengurusan stesen itu mendapati dia bersalah. Menurut Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd Tahrim, keputusan itu dicapai selepas siasatan dalaman syarikat mendapati Shuk telah ingkar kontrak dan terma perjanjian.

“Kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio di Hot FM ditamatkan berkuatkuasa hari ini. “Selepas selesai siasatan dalaman mendapati berlakunya ingkar terma perjanjian oleh Shuk seperti yang sudah dipersetujui di dalam kontrak perkhidmatannya sebagai penyampai radio Hot FM.

“Shuk juga telah dimaklumkan mengenai hal ini,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Pada 24 Januari lalu, kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio Hot FM digntung sementara bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan melakukan siasatan dalaman yang terperinci berhubung lsu rumah tangganya yang tular di media sosial.

Pada Isnin lalu, Hot FM mengumumkan penyanyi dan pelakon Mark Adam merupakan penyampai baharu segmen GPH. Mark bergandingan bersama seorang lagi penyampai iaitu Fizie bagi memeriahkan GPH selepas pengunduran Shuib pada hujung Januari lalu.

Dalam pada itu, Anida berkata pemilihan Mark Adam sebagai penyampai GPH dapat memberikan nafas baharu kepada stesen radio berkenaan. “Selepas Shuib berundur dari Hot FM, kami sudah merancang untuk memberi ‘facelift’ kepada GPH dengan kemasukan Mark Adam.

“Reputasi Mark sebagai penghibur yang versatil memberikan nafas segar untuk segmen GPH. Harapan kami agar para pendengar akan terus menyokong Hot FM dan kami menjanjikan pengisian yang terbaik buat semua khususnya pendengar setia Hot FM,” ujarnya.

GPH bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi.

Shuk terpalit dengan konntroversi selepas tersebarnya video dia berlaku tidak setia terhadap isterinya Rossalennah Natassyiah Asshaferah dan didakwa mempunyai h.ubungan dengan wanita lain. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Kredit : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Isteri Shuk Sahar Jadi Perbualan Hangat Warganet Pula Bila Dia Dikatakan Perli Sana Sini. Ramai Yang Bengang Bila Sera Tunjuk Belagak Dengan Melontarkan Kata Kata Ni.

“Kenapa kena hasut orang lain suruh benci aku sekali? Takleh jatuhkan aku sorang-sorang eh?” Cerita berbaik-baik antara pelawak, Shuk Sahar dengan isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah (Sera) baru sahaja reda, namun ianya kembali diperkatakan apabila Sera sendiri yang seakan meledakkannya.

Di platform Tik Tok, Sera yang memakai cermin mata hitam sambil  bersandar di kerusi melontarkan kata-kata tersebut. Lebih menunjukkan kuasa wanita apabila Sera membuat gaya seolah-olah berlagak dengan beberapa kali membuat simbol memanggil dan ‘memtng leher’ diiringi gelak ketawa membuatkan warganet berbelah bahagi pendapat.

Dah kenapa? Bagi mereka yang menyokong Sera menyatakan ianya perlu dilaungkan supaya orang yang dengki dengan kebahagiaan mereka akan terduduk. Namun, bagi mereka yang menyampah dengan pengisian sebegini menegaskan bahawa Sera lah yang meuar-uarkan di media sosial, jadi kenapa? Tak boleh jatuhkan Shuk seorangkah?

Tidak puas memberi komen di hantaran tersebut, ada pula warganet yang marah Sera di hantaran pada bulan Disember 2020, iaitu ketika Sera mempertahankan suaminya yang dituduh tdak setia.

Mungkin Sera tidak bermaksud memerli warganet dan menujukan kepada orang lain. Namun dengan perkongsian sebegini membuatkan warganet mula mengungkit mengenai kisah lama. Jadi, anda rasa perlu kah mereka yang terlibat kes panas begini, diam-diam sahaja?

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Sumber: cari

Semalam Tular Video Shuk Sahar Hadiah Kan Hantaran Mahal Pada Isteri Untuk Ambik Hati. Tapi Warganet Perasan Ini Reaksi Isteri Shuk Jadi Buah Mulut Ramai.

Selepas tular tentang pergolakan rumahtangga di antara pelawak Shuk Sahar dan isterinya Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera di media sosial, baru-baru ini pasangan ini sekali lagi menjadi tumpuan bila Shuk tiba-tiba join IG Live Sera dengan lengkap berpakaian pengantin.

Dalam video tersebut, Shuk yang telah meminta izin untuk join live dan membuat prnk kononnya ingin berkahwin lain sebelum muncul depan rumah Sera dengan rombongan meminang lengkap dengan hantaran. Dapat dilihat Shuk telah memberikan beberapa hantaran mahal untuk isterinya sebagai tanda untuk meyakinkan Sera dengan kesungguhan dia untuk memperbaiki hubungan mereka.

Kita bukannya nak memujuk tapi untuk yakinkan you.”

Pun begitu, walaupun Sera tak tunjukkan apa yang dia betul-betul rasa dengan kejutan dari Shuk itu, warganet perasan yang isteri penyampai radio ini kelihatan tak selesa dengan kemunculan suaminya itu. Malah, warganet juga turut tunjukkan dalam keratan video itu, semasa Shuk cuba pegang bahunya, Sera telah mengelak dan menjauhkan diri dari Shuk. Tak berputus asa, Shuk cuba sekali lagi pegang bahu isterinya tapi Sera tetap cuba jauhkan diri…

Macam yang korang tengok dalam video tu, selepas cubaan pertama Shuk cuba pegang bahu Sera, isterinya ini telah mengelak dan berjalan ke depan sambil memeluk tubuh. Untuk pengetahuan korang, menurut Body Language Project,

perbuatan memeluk tubuh ini biasanya dibuat bila seseorang rasa tak selamat atau bersifat mempertahankan diri kerana bila tak nak tunjukkan perasaan sebenar, dorang akan p.eluk tubuh sendiri untuk tenangkan diri. Mungkin Sera tak selesa kot Shuk pegang dia masa tengah live untuk promosikan produk. Macam tak manis gitu. Apa pun kita doakan je lah yang terbaik untuk dorang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: LM

Siap Ada Barang Hantaran Macam Beg Berjenama Dan Bermacam Lagi. Shuk Kejutkan Orang Ramai Dengan Bawa Rombongan Datang Pinang Balik

Baru beberapa minggu yang lalu,heboh tentang cerita panas berkaitan pelawak,penyampai radio iaitu Shuk Sahar yang dikatakan menjalinkan hubugan dengan wanita lain. Dan lebih mengejutkan lagi, Masalah rumah tangga telah dibongkarkan oleh isterinya iaitu Rossalennah Natassiah Asshaferah menerusi beebrapa posting di laman IG.

Malahan lebih mengejutkan apabila semalam Shuk membuat kejutan yang tak disangka sangka dengan muncuk dalam keadaan yang mencurigakan melalui IG Live yang dibuat oleh isterinya. Lengkap memakai persalinan seperti raja sehari, artis tersebut meminta kebenaran isterinya untuk berkahwin lagi. Sera yang ketika itu terkejut dengan permintaan tiba ti a itu hanya mampu tercengang sambil ditenagkan oleh rakannya.

Ternyata semua itu helah pengacara tersebut untuk memujuk kembali isteri kesayangan. Shuk siap datang berjumpa Sera dengan satu rombongan meminang dengan pelbagai barang hantaran seperti beg tangan berjenama,barang kemas dan sebagainya. Tambahan pula, pengacara berusia 34 tahun tersebut juga dilihat sempat membuat permohonan maaf secara terbuka di hadapan isteri, selain mengaku kesalahan yang dibuat. Usaha tersebut dibuat untuk memperbaiki kembali hubungan antara mereka berdua.

Ada Warganet Berani Tinggalkan Komen Yang Tidak Elok. Sekali Ini Respon Padu Dari Isteri Shuk Sendiri

Baru baru ini,heboh kisah rumah tangga palawak,pengacara dan penyampai radio iaitu Shuk Sahar dan isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah dan pelbagai komen yang diterima daripada warganet. Selain daripada medoakan agar hubungan mereka kembali jernih,ada juga sesetengah warganet yang sanggup tinggalkan komen yang berunsur tidak elok.

Berdasarkan komen di IG milik Rossalennah,ada seorang pengikut mengingatkan untuk tidak membuka aib suami ketika berselisih faham.Lebih menggelikan, apabila individu tidak bertanggungjawab itu tinggalkan komen ‘kotor’.

“Maaf la abang cakap sikit untuk adik berdua..Shuk lepas ni bini hang merajuk hang sumbat ja *** hang dalam mulut dia.”Nanti pandai la dia datang balik kat hang. Kalau dia burukkan hang kat Instagram (IG), hang buat ja lagu tu.”Dia pun tak boleh hidup tanpa *** hang. Simpan aib suami baik-baik,” tulis pengguna yang menggunakan nama @fathullah_noor.

Tidak mendiamkan diri, Rossalennah membidas dengan menyatakan lelaki itu tidak layak untuk berkahwin.”Maaf ya, perempuan bukan untuk ditindas. Kalau macam tu awak anggap perempuan, awak tak layak bernikah dan hidup berumah tangga. Isteri bukan sekadar lmpias nafsu,” balasnya.

Terdahulu,Rossalennah mendedahkan suaminya itu masih lagi menjalinkan hubungan dengan Fara Salleh.Jelas Rossalennah lagi, dia juga bertindak menerjah ke rumah wanita tersebut untuk meminta suaminya pulang ke rumah namun terpaksa beredar dengan hampa.Susulan isu itu, Shuk secara rasmi digantung perkhidmatannya menjadi deejay di stesen Hot FM berkuat kuasa pada Isnin (25 Januari 2021).Ingin memulihkan keadaan, Shuk tampil mengakui kesilapan dirinya menerusi sebuah entri yang dimuat naik di IGnya.

Isteri Shuk Dikatakan Mudah Maafkan Suami. Kali Ni Isteri Shuk Tampil Beri Jawapan Padu Kat Warganet Susulan Isu Tersebut

Baru baru ini,di IG kepada pelawak terkenal ,Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassiyah Asshaferah atau Sera,banyak menerima pelbagai komen negatif dan berunsur negatif semasa membuat review berbayar di media sosial tersebut.

Berikutan dengan kejadian tersebut, Shuk mohon warganet untuk menghemtikan kritikan terhadap isterinya. Kata Shuk,isterinya hanya menjalankan tanggungjawab yang telah amanah yang telah diberikan oelh peniaga peniaga online di luar sana. Katanya,apa yang berlaku di antara mereka merupakan masalah peribadi dan tidak sepatutnya dicampur adukkan dengan pekerjaan yang dilakukan oleh isterinya itu.

Katanya, masalah kerja dan rumah tangga tidak sepatutnya dicampur adukkan. Isteri saya ada hak untuk meneruskan kerja kerja yang dilakukan. Warganet tidak sepatutnya salahkan isteri saya dia bekerja. Dia menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan untuk semua paid review tersebut. Saya merayu berhenti bercakap bukan bukan tentang isteri saya.

Manakala Shuk turut memaklumkan yang dia tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai kontroversi yang telah berlaku dan status terkini mereka suami isteri.Tak boleh hidup tanpa hang. Maaf ya, perempuan bukan untuk ditndas. Kalau macam tu awak anggap perempuan, awak tak layak bernikah dan hidup berumah tangga. Isteri bukan sekadar lmpias nafsu.

Dan sejak dari kontroversi yang berlaku, Instagram Sera dihujani dengan pelbagai komen negatif. Terbaru, seorang individu telah tinggalkan komen berunsur tak elok dan meminta Shuk untuk melayan isterinya semula bagi menghilangkan perasaan merajuk. Ternyata, komen tersebut turut mendapat perhatian Sera.Jelas Sera, kaum wanita bukannya golongan untuk ditinds dan tempat untuk golongan lelaki melmpiskn nfsu sahaja. Tambahnya, individu tersebut tidak layak berkahwin seandainya mempunyai mentaliti sebegitu.

Keinginan untuk hidup berpasangan merupakan salah satu fitrah yang telah Allah ciptakan ke atas manusia. Perkahwinan dan kehidupan yang bahagia selamanya merupakan harapan kedua pasangan sewaktu terlafaznya akad ikatan yang suci.

Setiap pasangan mengimpikan kesejahteraan kehidupan yang harmoni dan jauh daripada perbalahan apatah lagi berakhir dengan perpisahan.Apabila berlaku perselisihan faham antara suami isteri maka syarak menggalakkan agar suami dan isteri tahammul (bertahan) tetapi apabila melibatkan soal hati dan perasaan yang dipendam, bukan semua manusia mampu bertahan dan bersabar.

Mutakhir ini, kita dapat lihat fenomena membuka aib pasangan secara terang-terangan sudah menjadi sakit dalam masyarakat kita tanpa ada perasaan bersalah atau malu dengan apa yang mereka lakukan. Lagi-lagi hari ini penyebaran ai.b makin meluas dengan menggunakan teknologi serba canggih.A.ib pasangan tidak boleh dibuka atau disebarkan kepada orang lain.Terdapat di dalam sebuah hadis yang meminta supaya kita menutup keaiban sendiri ataupun orang lain. Sabda Baginda Rasulullah:Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau kamu mengmpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya. [HR Tirmizi 1955]

Hadis ini menuntut kita supaya menyembunyikan aib sendiri dan menutup keaiban orang lain kerana boleh jadi suatu hari nanti sang pendosa akan menjadi orang yang baik bahkan lebih baik daripada kita yang mencela.Aib pasangan adalah perkara yang tidak boleh dibuka atau disebarkan kepada orang lain sewenang-wenangnya. Umat Islam juga dilarang membuka aib pihak lain walaupun dianggap sebagai mush dan tidak disukainya.

Hari ini ada pasangan yang menggunakan internet untuk menceritakan keburukan pasangannya. Perbuatan ini merupakan perbuatan yang ditegah dan dilarng di dalam Islam melainkan kita menggunakan saluran yang betul seperti mana kata Imam Nawawi dalam menceritakan perihal seseorang khususnya suami isteri dibenarkan seperti berikut:

1. Membuat aduan apabila dizlimi kepada sultan atau hakim.2. Menceritakan kepada mufti bagi tujuan fatwa.Jaga keharmonian rumah tangga agar tetap bahagia.Perbuatan menyebarkan aib pasangan berlaku dalam pelbagai bentuk. Ada menjaja kisah keruntuhan rumah tangga, merakam video, menyebar gambar mengaibkan pasangan.

Bahkan kebebasan dalam media sosial juga menyaksikan pasangan tanpa segan-silu menandakan nama pasangan atau tag di post-post yang berkaitan yang mana tanpa kita sedar telah membuka aib pasangan.Maka kepada pasangan suami isteri yang melakukan perbuatan terkutk menyebarkan aib pasangan harus memikirkan keadaannya pada hari kiamat kelak kerana pada hari itu Allah akan bertanyakan mengenai perbuatan mereka itu.

Dalam Al-Quran, Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 187: Mereka (isteri-isterimu) merupakan pakaian bagimu dan kamu merupakan pakaian bagi mereka.Ayat itu mengisyaratkan, suami atau isteri adalah pakaian yang sepatutnya dijaga dengan cermat dan menutupi hal peribadi agar tidak diketahui orang lain. Jika seorang suami atau isteri mudah mendedahkan aib pasangannya, tanpa sedar mereka membiarkan diri seolah-olah tanpa berpakaian.

Sepatutnya, suami dan isteri perlu saling menjaga kekurangan diri kerana di sebalik kekurangan itulah yang akan melengkapkan kehidupan antara dua insan yang dihalalkan melalui perkahwinan.Berpandukan sebuah hadis, daripada Abu Sa’id al-Khudriy, beliau berkata bahawa Baginda Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya manusia yang paling jelik kedudukannya pada hari kiamat adalah seorang lelaki (suami) yang bercampur (bersetubuh) dengan isterinya, kemudian menyebarkan rahsia isterinya tersebut. [HR Muslim 1437]

Walaupun yang dimaksudkan ayat itu adalah suami, tidak bererti isteri bebas mendedahkan aib pasangannya kepada orang lain.Buat pasangan suami isteri yang sedang dalam menghadapi masalah, berbincanglah dengan penuh kedamaian. Waspadalah dalam memuat naik apa-apa status di media sosial kerana ia bukanlah medium untuk meluahkan perasaan bahkan ia boleh menjadi satu tempat tercetusnya masalah yang lebih besar.

Ia hanya membuka ruang untuk warganet dan orang luar menghakimi rumahtangga kita sedangkan apa yang mereka tahu hanyalah sejengkal daripada keseluruhan cerita.Berwuduk dan solatlah dua rakaat untuk memohon ketenangan daripada Allah kerana hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Minta petunjuk Allah dan jalan penyelesaian dariNya. Luahkanlah kepada Allah sama ada kecewa atau marah.

Diceritakan bahawa Baginda Rasulullah tertekan oleh sesuatu urusan, maka Baginda akan mengerjakan solat. [HR Abu Daud 1124]Kepada para suami jadilah qudwah dihadapan isteri dan sentiasa dekatkan diri kepada Allah. Ini kerana isteri dan anak-anak merupakan satu amanah yang sangat besar.

Kepada para isteri jadikanlah diri sebagai seorang isteri yang solehah dalam memelihara maruah suami dan anak-anak. Ini kerana kehebatan seorang suami disebabkan oleh seorang isteri yang sentiasa di samping keluarga.***Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi Almaghribi) ialah penceramah bebas dan selebriti TV Al-Hijrah dan boleh diikuti di laman Instagram dan Facebook