Siap tempah gigi crown emas dari sebuah hospital. Menarik sekali ini yang menjadi perhatian warganet dan pengikut Permaisuri Agong

Viral

Terbaru, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sempat membuat perkongsian satu foto di IG beliau, mempamerkan gigi crown terbaru yang baginda tempah di Hospital ANgkatan Tntra Tuanku Mizan.

Tetapi apa yang menarik perhatian warganet dan pengikutnya ialah ketika baginda terkejut dengan bil bayaran yang diterimanya. di ruangan kapsyen,:“pergi pasang crown saya di #h0sp1taltuankumizan … terima kasih kepada Dr Awie @ttdentallaboratory …. terperanjat saya terima bill !!! love my new Crown … cantek sangat dan tidak perlu adjust pun …. selesa sangat !!! ”

Tambahan, baginda meluahkan rasa gembira dengan gigi crown baharunya itu sambil memuji servis doktor di h0sp1tal berkenaan.Melihat kepada bil yang diterima oleh baginda, rupa-rupanya h0sp1tai tersebut tidak mengambil apa-apa bayaran, siap tulis nota “WE LOVE YOU” di ruangan bil berkenaan.

Amboi sweet nya mereka ini!Meninjau di ruangan komen, laman Instagram Baginda dibanjiri dengan komen-komen positif, malah ada yang mengatakan bahawa h0spital berkenaan sangat bertuah kerana dapat customer special seperti baginda!

Bangga Dengan Baju Kurung Jahit Tangan. Tuanku Permaisuri Agong Luah Rasa Bangga Dan Menyatakan Baju Kurung Adalah Busana Kegemarannya.

Ahad,Tunku Azizah bersama dua anakanda baginda ayu mengenakan baju tradisional.ISU ‘baju kurung’ menghangatkan media sosial sejak dua hari lalu, semuanya gara-gara tindakan seorang pereka Belanda yang mengeluarkan kenyataan kurang tepat bersabit pakaian tradisional berkenaan.

Menerusi South China Morning Post (SCMP), pengasas jenama Nala Design yang berpangkalan di negara ini, Lisette Scheers melahirkan pandangannya yang mahu baju kurung kembali digayakan di Malaysia dan mahu orang Melayu berpakaian cantik.Lisette juga berkata dia kini sedang ‘berjuang’ untuk memastikan pakaian tradisional itu tidak hilang ditelan zaman.

Susulan kenyataan tersebut, ramai rakyat Malaysia memberi maklum balas mereka di media sosial dan menyatakan kenyataan pereka berkenaan sama sekali tidak tepat.Ini kerana menurut mereka, baju kurung masih lagi digayakan oleh rakyat di negara ini malah dapat dilihat sehingga hari ini di mana ramai wanita bangga menyarungnya untuk ke tempat kerja, selain menghadiri upacara kenduri dan sebagainya.

Isu berkenaan turut menarik perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.Perkongsian Tunku Azizah mengenai baju kurung di laman Instagram.enerusi laman Instagram, Tunku Azizah menulis ringkas dengan menyatakan baju kurung adalah busana kegemarannya.

“Saya memang pakai baju kurung setiap hari… baju kurung Johor. Dan saya bangga dengan baju kurung jahit tangan saya… baju kurung teluk belanga. Ya saya sangat setuju, menjadi tradisional dan bangga dengannya,” tulis baginda.Rata-rata warganet turut sama bersetuju dengan pandangan baginda malah mereka juga sering menggayakan baju kurung sama ada setiap kali perayaan, majlis dan juga dijadikan busana ke tempat kerja.

Tunku Azizah bersama pereka fesyen yang sering menjadi pilihan baginda, Rizalman (kiri).“Saya pun suka pakai baju kurung ke office. Lagi selasa dan ayu,” komen seorang pelayar.”Pakai baju kurung auto selesa. Dan lagi senang, tak payah pening-pening kalau orang mintak kita pakai dress code formal. Baju kurung pun dah banyak style sekarang. Banyak pilihan cantik-cantik,” komen seorang pelayar lain.

“Betul titah tuanku tu… kita tak perlu mat salih nak beritahu pakai apa semua. Memang kita pakai baju kurung tiap hari. Ampun Tuanku,” komen seorang lagi pelayar.

Seorang Gemar Memasak Dan Kerap Berkongsi Content Masakan Di IG. Terbaru Perkongsian Tuanku Permaisuri Agong Raih Perhatian Ramai Bila Sesuatu Berlaku Di Dapur

Seperti yang kita tahu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ialah seorang yang sangat gemar memasak dan kerap berkongsi content masakan di Instagram.Pada 10 November 2020, melalui Instagram @airtangan_tunkuazizah, baginda telah berkongsi satu foto di mana berlaku kejadian yang tidak diingini kecil di dapur.

Hantaran itu disertakan caption yang kedengaran agak lucu:-acc1dent !!! sy terhangat mangkok diatas api …. sy ingat corningware …. n mangkok itu pech … nasib baik dot selamat kan sambal bilis sy !!! ”Perkongsian itu terus mendapat perhatian rakyat.Tetapi yang paling penting Tuanku Permaisuri tidak mengalami sebarang luka

Hot FM juga berharap Tuanku akan lebih berhati-hati selepas ini kerana rakyat sangat sayangkan Tuanku.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral Sumber: Instagram Tuanku Permaisuri Agong

Tular Kisah Seorang Penunggang Wanita Yang Kehilangan Motosikalnya. Terbaru Dikhabarkan Tengku Permaisuri Selangor Hadiahkan Motor Baru Kepada Akak Panda

Sebelum ini, kisah seorang penunggang wanita yang kehilangan motosikalnya ketika bekerja mendapat perhatian ramai. Motosikal miliknya dipercayai telah diambil oleh individu yang tidak bertanggungjawab di Giant Batu Caves dan paling menyedihkan apabila motosikal itu baru sahaja dibeli olehnya.

Terbaru, individu yang dikenali sebagai Nur Athirah, telah mendapat sebuah motosikal baharu menggantikan motosikalnya yang telah diambil orang itu.Menerusi posting di Facebook Selangor Royal Office, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan sumbangan peribadi Baginda berupa sebuah motosikal kepada Athirah. Motosikal tersebut diberikan oleh Baginda menggantikan motosikalnya yang telah diambil orang ketika sedang melakukan kerja penghantaran makanan.

Baginda berasa amat sedih dan terharu apabila membaca berita yang tular mengenai nasib Athirah.Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Juruiring Polis (ADC) kepada DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz.Sama-sama mendoakan.Di waktu kita semua sedang diuji dengan pelbagai dugaan ketika ini. Baginda amat berharap agar masyarakat di luar sana lebih bersifat berperikemanusiaan dan bertimbang rasa di antara satu sama lain.

Tidak berakhir di situ, baginda turut mendoakan agar sekalian rakyat terus dimurahkan rezeki dan sentiasa di dalam perlindungan Allah S.W.T.Menerusi ruang komen, rata-rata warganet mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh Tengku Permaisuri Selangor dan berharap gadis tersebut menjaga motosikal tersebut dengan sebaik mungkin.Sumber: Selangor Royal Office

Reaksi Tunku Hajah Azizah Aminah Dan Anakandanya Meraih Perhatian Orang Ramai Selepas Melakukan Swab Test. Ini Reaksinya Sehingga Membuatkan Ramai Terhibur.

Pandemik Covid-19 di Malaysia kembali menunjukkan peningkatan sejak beberapa minggu lalu. Hal tersebut pasti membimbangkan semua pihak kerana hampir kesemua sektor sudah mula beroperasi. Oleh itu, ramai yang mulai menyedari kegawatan tersebut dengan mengambil inisiatif untuk melakukan swab test atau ujian saringan bagi memastikan diri bebas daripada wabak tersebut.

Lakukan ujian saringan Covid-19. Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut tidak ketinggalan melakukan swab test dan perkara itu dikongsikan baginda di laman Instagram miliknya. Selain Tunku Azizah, anakanda baginda iaitu Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah turut sama melakukan proses ujian saringan berkenaan. Namun begitu, kapsyen comel daripada Raja Permaisuri Agong telah berjaya meraih perhatian warganet kerana berseloroh dengan reaksi anakandanya semasa melakukan proses tersebut.

Comellah Tuanku & Tengku Ahmad. Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah tinggalkan pelbagai komen selepas menonton video tersebut. Rata-rata memuji kecomelan Tunku Azizah dan Tengku Ahmad Ismail selain mendoakan agar baginda dan keluarga dilindungi Allah SWT. Kita jaga kita. Semoga Tuanku & anakanda diberi kesihatan yang baik

‘Susah Kalau Orang Sakit Jiwa!’-Tuanku Permaisuri Agong Jawab Komen tak baik warganet Di Instagram

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya terkenal dengan sikap ramah beliau bersama rakyat jelata terutamanya di media sosial. Sering berkongsi resipi masakan dan aktiviti menyulam yang dilakukan di akaun Instagramnya, beliau bagaimanapun tidak terlepas daripada perangai tak elok sesetengah warganet. Perkara itu dikongsikan sendiri beliau baru-baru ini menerusi satu hantaran dengan berkongsikan kembali tangkap layar komen buruk dari warganet yang di hantaran sebelumnya. ‘Apa masalah anda dengan saya’ Komen tersebut bukan sahaja tak sopan dengan memberitahu individu yang mengalami cirit birit agar hanya membuang air besar namun turut mengandungi kata-kata kesat seperti ‘si*l’ di penghujungnya.

Walaupun tidak dapat dipastikan daripada hantaran mana komen tersebut dibuat namun akaun @farisisbi**h merupakan akaun palsu berdasarkan nama dan gambar akaun yang digunakan warganet terbabit. Tidak mahu perkara tersebut terus berlaku, Tunku Azizah kemudiannya membalas kembali komen tersebut dengan bertanyakan ‘apa masalah anda dengan saya’ sebelum membuat hantaran berasingan dengan menyifatkan akaun tersebut mempunyai masalah sakit jiwa.

Rata-rata warganet kemudiannya yang melihat hantaran itu mengkritik perbuatan buruk itu dan mencadangkan agar beliau mengambil tindakan terhadap individu yang bertanggungjawab memberikan komen itu. Raja Permaisuri Agong sebelum ini juga aktif di Twitter sebelum menutup akaunnya. Baca penjelasan penutupan akaun seperti yang kami kongsikan sebelum ini di pautan di bawah. Sumber: TheVocket

Raja Permaisuri Agong Jawab Isu Tutup Akaun Twitter

Selepas hampir dua hari menutup akaun Twitter, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kembali menghidupkan akaun Twitter rasminya pagi tadi. Baginda turut menzahirkan rasa kecewa berhubung tindakan polis menahan beberapa individu yang didakwa berkata negatif Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di media sosial. Menurut Tunku Azizah, walaupun sebelum ini baginda dan suami seringkali menerima kritikan namun tidak pernah membuat laporan polis. Baginda mengetahui isu penahanan individu tersebut daripada puterinya, Tengku Puteri Afzan Aminah Sultan Abdullah. Selain itu, Tunku Azizah berharap orang ramai bertenang dan sempat berseloroh dengan mengatakan ‘bertenang semua’ seperti yang selalu dipesan oleh puterinya setiap kali baginda bersedih.

Mendengar berita kembalinya Raja Permaisuri Agong di Twitter, rata-rata warganet berasa teruja dan gembira. Namun, akaun tersebut kembali ditutup selepas beberapa jam. Ini mungkin keputusan baginda untuk menutup akaun Twitter dan sebagai Rakyat, kita haruslah menghormati keputusan yang diambil oleh baginda. -TheVocket

Kerana warganet kurang sopan, Permaisuri Agong Tutup Akaun Twitter?

Sebagai rakyat biasa, adalah tidak mudah untuk kita dapat berinteraksi dengan keluarga DiRaja. Akan tetapi, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang aktif menggunakan Twitter rasmi miliknya @cheminahsayang membuatkan rakyat berasa mudah untuk berinteraksi. Raja Permaisuri Agong yang sering menggunakan medium tersebut untuk berinteraksi bersama rakyat dan berkongsi saat-saat indah baginda sebagai Permaisuri Agong selalu meraih perhatian warganet di Twitter.

“when i found out our Permaisuri Agong had deactivated her account, i am really devastated and i know all of us will miss her cute, cheerful tweets so here is some tweets that i ss-ed and haven’t deleted yet. just in case some of you want to reminisce the glory of @cheminahsayang ” Akan tetapi, semalam kecoh di media sosial Twitter apabila ada seorang pengguna Twitter yang telah berkongsi dengan bangganya telah block akaun Twitter Permaisuri Agong. Tidak cukup dengan itu, ada juga yang menyokong tindakan pengguna tersebut dan melemparkan kata-kata yang tidak sopan. Setelah itu, rata-rata warganet mengkritik tindakan yang dilakukan oleh pengguna Twitter tersebut. “Saya sudah memaklumkan perkara ini kepada JSJ Bukit Aman, semua punca komen dr awal, komen yg kurang enak sudah sy serahkan bukti serta account profile yg menulis.”

Kemudian, ada yang mencadangkan untuk block dan report akaun pengguna Twitter yang bersikap tidak sopan itu. Malah, ada juga yang telah membuat laporan polis untuk menangkap pengguna tersebut. Setelah kekecohan berlaku, warganet terkejut apabila akaun Twitter Permaisuri Agong tiada lagi kerana telah ditutup. Berikutan itu, warganet menzahirkan rasa sedih mereka dan berharap agar baginda akan membuka akaun Twitter semula.”Tuanku permaisuri agong is the one that cheered my twitter. She was like a caring mother who is trying to get closer to her children.”

Tular Satu Perkongsian Warganet Mengenai Anak Bongsu YDPA Tidak Pakai Pelitup Muka. Ini Kenyataan Yang Dibuat Tengku Puteri Jihan Sampai Individu Tersebut Nekad Padam Perkongsian Tersebut

Baru-baru ini tular satu perkongsian warganet di laman Twitter mengatakan anak bongsu Yang Di Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam.

Warganet itu mengatakan Tengku Puteri Jihan Azizan ‘Athiyatullah tidak mematuhi SOP dan difahamkan kejadian itu berlaku baru-baru ini di Pusat Sains Negara (PSN).Tenang menjawab kenyataan tersebut, Tengku Puteri Jihan menyatakan kenyataan itu tidak benar sama sekali. Jelas Puteri Jihan, beliau dan rombongan lawatannya semua memakai pelitup muka.

Malah, Tengku Puteri Jihan turut memperbetulkan tanggapan warganet tersebut bahawa mereka tidak memakai beg tangan mewah Louis Vuitton ketika lawatan itu.Difahamkan, perkongsian oleh warganet tersebut sudah pun dipadam dan akaun Twitter itu sudah diletakkan dalam mod peribadi (private).

Meskipun penjelasan yang diberikan oleh puteri bongsu YDP Agong itu ringkas namun rata-rata warganet memuji sikap murni beliau yang masih mampu membalas dengan sopan serta menggunakan perkataan ‘minta maaf’ ketika menjawab kenyataan tersebut.Malah, warganet turut mengkritik individu berkenaan yang bukan sahaja main tulis tanpa bukti tetapi turut menggunakan bahasa kesaat. Kata warganet, dengan siapa pun kita bercakap perlukah menggunakan bahasa kesaaat.-ctto

Permaisuri Agong Tinggalkan Nota Yang Mengejutkan Di Atas Periuk. Katanya Jangan Sentuh Lansung Atau Ini Tindakan Yang Akan Diambil.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, sememangnya cukup dikenali dengan minat menghasilkan pelbagai jenis masakan. Minat Permaisuri Agong itu pada masakan dapat dilihat menerusi akaun di Instagram airtangan_tunkuazizah yang memaparkan pelbagai jenis hidangan yang menyelerakan.

Melalui kiriman terbaru, Tunku Azizah ada memuatnaik sekeping gambar makanan di dalam periuk namun apa yang mencuit hati adalah terdapat nota ‘amaran’ yang ditulis agar tiada sesiapa pun yang boleh menyentuh periuk tersebut.

Sudah warning kpd semua org …… don t touch or move this periuk , atau sy peliat telinga dan ketuk jari!Perkongsian Baginda Permaisuri itu mendapat perhatian warganet dan mereka nyata terhibur dengan ‘amaran’ tersebut.Sumber: airtangan_tunkuazizah

Minta 21 Dulang Hantaran Kalau Ada Yang Nak Meminang. Tak Sangka Si Bulus Kesayangan Tunku Azizah Jadi Perhatian Warganet.

PERKONGSIAN terbaharu, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengenai dua anak kucing yang baharu dibelinya sekali lagi ‘menjadi’ tumpuan rakyat di negara ini. Apa yang menarik perhatian bukan sahaja kecomelan kedua-dua anak kucing yang dimuat naik di laman Twitter Tunku Azizah itu tetapi gelaran nama ‘Ku Jeling’ dan ‘Ku Juling’ yang diberikan baginda.

“Kenalkan Yang Amat Meow Ku Jeling dan Yang Amat Meow Ku Juling…anak-anak saya!.” tulis Tunku Azizah dalam ciapan yang dimuat naik. Sehingga jam 12 tengah hari Ahad, perkongsian itu telah diulang kicau sebanyak 6,100 selain memperoleh lebih 19,600 tanda suka.

Dalam ruangan komen gambar tersebut, rata-rata warganet memuji kecomelan kedua-dua kucing ‘diraja’ itu. Beberapa jam selepas itu, baginda sekali lagi memuat naik status berkisar tentang kucing peliharaannya yang menjadi tumpuan ramai itu.

“Kucing ku puteri dua-dua..siapa naik minang, hantarannya 21 dulang ok!,” ciap Tunku Azizah. Difahamkan, baginda membeli kedua-dua anak kucing baka Scottish Fold dan British Short Hair di sebuah kedai haiwan peliharaan di Taman Melati, Kuala Lumpur. Terkenal dengan jolokan sebagai kerabat diraja berjiwa rakyat dalam kalangan warganet, apa sahaja perkongsian di laman sosial Tunku Azizah pastinya sering menjadi tumpuan ramai.- Sinar Harian.

Ketahuilah Kadang Allah Hantar Kucing Untuk Kebaikan Kita. Tak Sangka Berkat Bagi Si Comel Ini Makan Lelaki Dapat Rezeki Yang Tidak Dijangka.

Tidak dapat dinafikan, kucing adalah antara haiwan yang sering mendapat tempat di hati manusia, berkat kecomelannya serta sifat manja yang dimiliki. Akan tetapi, kadang kala nasib kucing ini juga berbeza mengikut rupa parasnya. Kucing yang bersih dan comel biasanya akan mendapat layanan lebih baik berbanding kucing yang kotor dan comot.

Namun, dalam tidak sedar, ada kalanya kucing-kucing kotor inilah yang dihantar oleh Tuhan sebagai perantara bagi rezeki yang ingin diberikan. Itulah yang dialami oleh seorang pemuda dengan nama Twitter,  @AidilZharif yang memperoleh rezeki yang tidak disangka selepas memberi sedikit ayam kepada kucing yang datang kepadanya sewaktu sedang sarapan di sebuah restoran baru-baru ini.

“Kisah lepas Subuh tadi aku pi breakfast dekat kedai mamak , kucing ni lapar asyik meow ja so aku bagila ayam sikit . Alhamdulillah Allah itu Maha Pemurah . Time nak bayar dekat kaunter , “Dik , ada hamba Allah dah tolong bayarkan minuman dan makanan adik” Thankyou !!!

Beberapa orang pengguna Twitter lain turut berkongsikan kisah yang hampir sama seperi yang dialami oleh Aidil Zharif ini di ruangan komen. Jumlah atau kadar pemberian itu mungkin kecil, namun ia menunjukkan bahawa walaupun kita memberikan sedekah kepada seekor haiwan, Allah swt pasti akan membalaskan dalam apa jua cara gantian. Semoga dengan perkongsian ini dapat membuka mata kita mengenai kebaikan bersedekah walaupun kepada seekor haiwan serta pentingnya untuk kita menyayangi haiwan tanpa melihat rupa parasnya.

Sumber: Twitter @AidilZharif

Perkongsian Lelaki Ini Tentang Kewujudan Pulau Kucing Telah Menarik Perhatian Tuanku Raja Permaisuri Agong.

Pengguna Twitter Ikhwan yang menggunakan akaun Twitter @JatIkhwan berkongsi kisah lawatannya di sebuah tempat yang dipanggil Pulau Kucing, di Pekan, Pahang. Baca perkongsian beliau yang turut mendapat perhatian Tuanku Raja Permaisuri Agong di Twitter.

Saya berkesempatan untuk mengunjungi Pulau Kucing yang terletak berhampiran Pusat Tenun Pekan, Pahang. Buat masa sekarang ada lebih kurang 100 ekor kucing jalanan yang dibela. Sebuah tempat yang sangat cantik dan tenang, sesuai untuk pengunjung yang sukakan kucing.

Pada mulanya, tempat ini adalah pusat perlindungan kucing terbiar yang diasaskan oleh seorang lelaki penduduk asal Pekan. Beliau telah menghadap ilahi dan tempat ini sekarang diselia oleh beberapa orang sukarelawan dari Perancis. Bayaran masuk adalah RM 3 untuk dewasa.

Suka untuk saya mengajak mereka yang berada sekitar Kuantan dan Pekan untuk datang ke sini dan memberi sumbangan terutamanya daripada segi makanan dan perubatan. Ada beberapa ekor kucing yang saya perasan ada masalah fungus. Sumbangan berbentuk wang ringgit juga sangat dialukan.

Selain kucing, turut ditempatkan di sini adalah kambing, itik dan monyet. Secara asas, ini adalah sebuah pulau untuk haiwan berlindung. Amaran keras, dilarang untuk membuang kucing di pulau ini. Ada beberapa kes sebelum ni orang tak bertanggungjawab melepaskan kucing yang sakit.

Jika anda ingin datang melawat, dinasihatkan untuk bawa barang sumbangan berbentuk makanan kucing atau peralatan perubatan. Boleh Waze “Meow Island” atau cari Pusat Tenun Pekan. Saya berbesar hati jika Tuanku Permaisuri @cheminahsayang sudi retweet Pulau Kucing di Pekan ini.

(Tuanku Raja Permaisuri Agong turut membalas Tweet tersebut)
di Pekan …. nanti sy lawat!— Tunku Azizah Mahmood Iskandar (@cheminahsayang) December 10, 2019

Semua kucing kat sini sangat jinak dan akan berkerumun dekat anda. Setiap daripada mereka ada namanya sendiri. Jom sama-sama bantu naikkan tempat ni. Jalan masuk ke Pulau Kucing. Belakang tu adalah Sungai Pahang. Perhatian: Pulau Kucing hanya dibuka dari hari Khamis hingga Selasa, jam 1 tengahari hingga jam 6.30 petang.

Kalau ada yang nak pergi buat kerja sukarela pun boleh. Saya tengok ramai yang komen kata rumput tu panjang, apa kata pergi hujung minggu tolong tebas. Sebab sukarelawan pun dah sibuk jaga kucing- bagi makan, ubat dan lain-lain. Bayaran masuk bagi dewasa adalah RM 3 dan kanak-kanak RM 1. Tapi, digalakkan untuk bayar lebih. Meow Island ini juga menerima kunjungan pelajar-pelajar dan mereka yang ingin buat kerja amal.

Anda boleh membuat sumbangan kepada Meow Island bagi menampung kos menjaga kucing dan haiwan lain di sini pada maklaumat bank yang diberikan dalam rajah di bawah. Terima kasih. Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat pengasas Meow Island, almarhum Tengku Lukmannadzira bin Tengku Hussin yang telah menghadap ilahi pada 14 Julai 2019.

Jika ada kumpulan yang ingin buat kerja amal di sini, mohon untuk hubungi saya juga ya? Nak turut serta membantu mana yang mampu. Setakat ni mereka sangat alu-alukan kedatangan orang ramai dan sukarelawan yang boleh menyumbang wang ringgit, makanan dan perubatan. 

Kredit Gambar : Twitter @JatIkhwan / Facebook