Warganet puji sikap positif Yusuf Iskandar. Pandai dia jaga hati sampai tidak mengeluh walaupun dapat hadiah ini sebagai hadiah hari jadi.

Artis Baby Viral

Putera sulung kepada pasangan pelakon terkenal, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha iaitu Yusuf Iskandar baru-baru ini telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 5 tahun pada 3 Jun lalu. Yusuf atau nama penuhnya Yusuf Iskandar bin Hairul Azreen yang mempunyai pengikut sebanyak 2.7 juta di Instagram telah menerima kejutan daripada kedua-dua ibu bapanya itu. Namun kejutan yang disangka bukanlah kejutan ataupun ‘surprise’ yang sebenar. Lihat reaksi Yusuf apabila menerima hadiah prank lilin sebagai hadiah hari jadinya dari Hairul


Video yang di muat naik itu ditulis dengan kapsyen : “Daddy datang bergurau bagi lilin comel je hehe sabar k sayang kita tunggu surprise petang jap lagi ”. Boleh lihat dari mimik wajah Yusuf seakan sedih kerana tiada kek ataupun hadiah lain, cuma diberikan lilin je. Akan tetapi Yusuf tetap tersenyum dan ucap terima kasih dengan pemberian ayahnya itu, good boy! Lihat reaksi-reaksi pengikut Yusuf di Instagram :

Alahai comel je respon Yusuf bila dapat lilin sebagai hadiah hari jadi! Jadi selepas prank tersebut, baru lah Yusuf menerima hadiah dan celebration hari jadi yang sebenar. Lihat foto dan video yang di muat naik Hairul dan Hanis ini

Sumber:Instagram Yusuf Iskandar, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen via DNQ

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.