Sop terbaru mall diarahkan untuk tutup. Akhirnya Ismail Sabri umumkan sop terkini sepanjang tempoh lockdown.

Berita

SEMUA pusat beli-belah atau shopping mall akan ditutup sepanjang tempoh ‘total lockdown’ bermula 1 hingga 14 Jun ini. Bagaimanapun, premis berkaitan keperluan asas seperti makanan dan barang keperluan di dalam pusat beli-belah dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Ia diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad petang. Selain itu, restoran, outlet makanan termasuk gerai di tepi jalan dibenarkan beroperasi, namun ‘dine-in’ masih tidak dibenarkan. Pada Jumaat lalu, kerajaan memutuskan untuk menguatkuasakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara.

Menerusi satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri, pelaksanaan tersebut berkuatkuasa selama dua minggu iaitu bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021. Sepanjang tempoh tersebut, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) seperti yang disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

KERAJAAN memutuskan untuk menguatkuasakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara. Menerusi satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri pada Jumaat, pelaksanaan tersebut berkuatkuasa selama dua minggu iaitu bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021. Dalam perkembangan terkini, KDN akan menguatkuasakan PKP secara lebih ketat mnjelang l0ck d0wn penuh

KENYATAAN MEDIA

1. Susulan pengumuman pelaksanaan ‘lockdown’ di seluruh negara selama 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengambil langkah-langkah tambahan bagi memastikan aspek penguatkuasaan dan pematuhan SOP dilaksanakan secara berkesan.

2. Sehubungan itu, kekuatan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditambah kepada 55,000 anggota sepanjang pelaksanaan ‘lockdown’ kali ini berbanding 37,000 anggota semasa. Disamping PDRM, KDN juga telah menggerakkan seramai 15,000 anggota lagi daripada agensi-agensi penguatkuasaan yang lain yang menjadikan jumlah kekuatan tambahan keseluruhan sebanyak 70,000 anggota. Walau bagaimanapun, KDN bersedia untuk menambah jumlah anggota jika diperlukan melalui PDRM, JIM, APMM, RELA, ESCOMM, AKSEM, PENJARA, PKK serta AADK bagi tujuan penugasan tersebut.

3. Selain itu, KDN melalui PDRM juga akan meningkatkan bilangan Sekatan Jalan Raya (SJR) di seluruh negara kepada lebih 800 SJR berbanding hampir 600 SJR pada masa ini. 4. Pemeriksaan secara mengejut juga akan dilaksanakan oleh Tim Pemantauan Pematuhan SOP dengan kerjasama kementerian dan agensi kerajaan berkaitan seperti MITI, KSM, KKR dan Pihak Berkuasa Tempatan

bagi memastikan pematuhan SOP dalam kalangan sektor sosial dan ekonomi. Jumlah penugasan Tim Pemantauan Pematuhan SOP tersebut akan dipertingkatkan kepada hampir 20,000 orang anggota berbanding 13,795 orang ketika ini. Pemeriksaan juga akan melibatkan kawasan di luar bandar dan lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai berkumpul.

5. Selain dari OP BENTENG, APMM dan Pasukan Polis Marin akan digerakkan untuk memperketatkan pematuhan SOP dan kawalan sempadan terutama di laluan-laluan panas yang menjadi tempat pendaratan pendatang asing bagi mencegah kemasukan secara haram.

6. Manakala JIM bersama JPN dan PDRM juga akan mempertingkatkan operasi penguatkuasaan secara bersepadu di kawasan-kawasan penempatan warga asing di seluruh negara. 7. KDN menasihatkan agar semua pihak memberikan kerjasama dan mematuhi SOP

yang telah ditetapkan oleh Kerajaan bagi memastikan keberkesanaan pelaksanaan perintah ‘lockdown’ kali ini. Tindakan tegas tanpa kompromi seperti kompaun akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati tidak mematuhi SOP di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

8. Untuk sebarang pertanyaan melibatkan KDN dan Jabatan-Jabatan di bawahnya berhubung pelaksanaan ‘lockdown’ kali ini, orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan (seperti di lampiran) yang sudahpun beroperasi ketika ini. Manakala Bilik Gerakan KDN akan beroperasi 24 jam bermula 1 Jun 2021.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : http://trendingsangat.pw/