Suami ada sikap tak suka isteri cuai dalam sesuatu benda. Satu hari anak dia hilang atas kecuaian isterinya dan ini perkara tak disangka berlaku

Kisah Rumah Tangga

Hi, Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sejujurnya aku tidak tahu nak luahkan di mana perasaanku. Tapi disebabkan aku tak boleh nak simpan lama lama jadi aku ceritakan untuk dijadikan buat pengajaran bersama.

Aku merupakan isteri kepada Am (bukan nama sebenar) , Am ni dia seorang yang pemurah,penyayang dan baik hati. Aku bahagia bersuamikan Am,aku dikurniakan anak anak yang baik dan pintar. Am ni seorang jurulukis di sebuah syarikat pembinaan. Manakala aku pula seorang guru tuisyen Sains dan Matematik,dan mengajar di rumah.

Bohong la jika aku mengatakan bahawa rumah tangga aku sentiasa aman dan damai tanpa ada masalah, ada masanya perbalahan kecil juga berlaku. Jika aku dan Am berselisihan faham dan pendapat, biasanya ianya hanyalah tentang anak-anak.

Am paling pantang jika dia balik kerja, melihat anak-anak dalam keadaan yang comot dan tidak terurus. Rumah bersepah atau tiada makanan di atas meja, Am masih boleh terima malah akan membantuku untuk menguruskannya bersama. Tetapi jika berlaku sesuatu kepada anak-anak di atas kecuaian aku, Am pasti akan marah tetapi bukan di hadapan anak-anak.

Memang sudah menjadi pegangan kami untuk tidak melibatkan anak-anak ataupun keluarga lain. Jika kami berbalah, kami akan keluar rumah berdua. Bila temui jalan penyelesaian baru kami akan pulang dan akan berlagak seperti tiada apa yang berlaku.

Aku faham kenapa Am begitu. Masa kecilnya, Am diabaikan oleh orang tuanya. Dia dibesarkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan. Mental dan fizikal Am dideera, parutnya masih ada sehingga kini jelas kelihatan jika Am tidak berbaju. Sebab itu, Am tidak mahu anak-anaknya mengalami nasib yang sama.

Sebenarnya ini permulaan Kisah Sedih Suami Isteri..Januari 2019, hari itu ibarat mimpi buruk bagi kami berdua.Petang itu, anakku yang sulung mengadu, kelengkapan asramanya tidak lengkap. Aku mengajak Am untuk keluar ke bandar. Memandangkan aku membawa ibuku yang lumpuh separuh badan itu bersama, Am tidak menemaniku dan anak-anak masuk ke ‘mall’. Dia menemani ibu di dalam kereta.

Maka aku memimpin si adik yang ku panggil Baby berusia 2 tahun. Anak keduaku pula yang berusia 7 tahun dipimpin oleh Along yang berusia 15 tahun. Selesai membeli barang keperluan asrama Along, si abang merengek meminta untuk dibelikan KFC.

Aku melihat duit di dalam beg hanya ada dua keping note 50 dan aku meminta Along menjaga adik-adiknya sementara aku pergi ke ATM yang berada tidak jauh daripada kerusi anak-anakku duduk untuk mengeluarkan duit. Ia berlaku agak pantas sekali, tiba-tiba along datang sambil berlari memimpin si abang dalam keadaan menangis ke arah aku yang masih beratur panjang.

“Ummi baby hilang… Tadi ada, pastu dah tak da… Along dah cari… Tak jumpa…”…Aku terdiam kaku. Rasanya kaki sudah tidak pijak ke bumi, baru beberapa minit tadi aku memegang tangan si kecil itu dan kini dia telah hilang…! Namun aku gagahi juga berjalan. Betapa lekanya aku, cuainya aku dalam menjaga anak-anak.

Dan tak lama kemudian Pengumuman Budak Hilang..Aku terus menghubungi Am namun tidak dijawab. Aku nekad tidak akan keluar daripada pusat membeli belah itu selagi tidak temui anak perempuanku yang bongsu itu. Setitis air mataku tidak mengalir bimbang jika tiba-tiba aku lemah. Aku cuba lagi menghubungi Am namun hampa… Masih tidak dijawab.

Tingkat demi tingkat aku pergi namun tidak juga ku temui anakku itu.. Nama anakku bergema di setiap sudut. Aku menjerit memanggil seperti hilang akal dengan harapan si anak menyahut. Tiba-tiba, 30 minit kemudian aku mendengar pengumuman ada kanak-kanak dalam lingkungan 4 tahun ditemui memakai gaun biru bunga-bunga.

Ya… itu anakku, berkali kali pengumuman itu bergema dan aku yakin itu adalah anakku. Mungkin anakku itu tinggi dan montel disangkanya berusia 4 tahun. Sedangkan dia baru mencecah ke usia 2 tahun pada Julai 2018 yang lepas.Setibanya di bahagian pengurusan, aku terus bersujud syukur kerana benar, itu adalah anakku.

Setelah mengucapkan ribuan terima kasih, aku segera ke kereta. Rupanya Am berada di luar kereta kerana merkok. Patut lah telefon tidak berangkat. Sesampainya di sisi si ayah, tiba-tiba anak ku yang kedua menjerit.“Walid… Tadi baby hilang, nasib baik jumpa kat pejabat…”…Suami Terlafaz Talak Tiga..Aku lihat wajah gembira suamiku melihat aku dan anak-anak keluar dari pintu lif bertukar menjadi pucat dan tidak bermaya. Dia terduduk sambil meraup wajahnya.

Aku menyuruh Along membawa adik-adik masuk kereta. Dan aku ingin menjelaskan perkara sebenar dan ingin memohon maaf. Aku tahu aku bakal dimarahi dengan teruk tetapi aku sudah bersedia memandangkan itu adalah berpunca daripada kecuaianku.

“Sayang… Betul kah yang diumumkan tadi anak kita…?”..Tanya Am perlahan. Aku mengangguk dan memegang tangannya untuk memohon ampun kerana cuai. Am menarik pantas tangannya. Aku tergamam…Am merenung mataku sedalam-dalamnya. Aku tidak dapat menangkap apa yang cuba Am sampaikan.

“Tadi… Waktu pengumuman itu diumumkan… Berkali-kali… Abang jadi marah sebab kes kecuaian ibu bapa. Sayang tahu kan abang paling pantang kalau dalam bab-bab kecuaian ibu bapa melibatkan anak-anak…?”Am terhenti di situ bagi menelan air liurnya seolah-olah apa yang bakal diluahkan ini amat payah dan perit.

“Abang terlafaz talaq…!”…Aku tergamam…“Abang kata… ‘kalau lah bini aku tu, talak tiga aku bagi… Sibuk nak shopping sampai anak pun tak terjaga’. Pengumuman kata kanak-kanak berusia 4 tahun sedangkan baby baru 2 tahun… Ya Allah…”Dengan berat hati Am menghabiskan kata-katanya….“Mudahnya abang menghukum tanpa mendengar penjelasan saya…”

Anak-anak & Keluarga Masih Belum Tahu Kami Berpisah..Aku merenung wajah Am yang penuh penyesalan. Tapi apakah daya, terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan badan menanggung. Aku mengajak Am pulang walaupun hatiku remuk seribu.Ya, aku lihat air jernih bertakung di kelopak mata Am walaupun dia cuba untuk sembunyikannya dan aku, semampunya cuba untuk menahan tangisan walaupun hatiku telah merintih dan meraung. Aku tidak mahu anak-anak dan ibu tahu aku dan Am tidak boleh bersama lagi.

Aku mengajak Am ke Jabatan Agama Islam untuk bertanya kepada yang lebih arif dan jika itu lah takdirnya aku redha. Namun Am menolak, dia belum bersedia untuk melepaskan aku dan minta supaya aku bersabar sehingga along habis PT3.Demi kebaikkan bersama aku bersetuju. Bimbang nanti Along pasti akan tertekan jika dia tahu punca penceraian ummi dan walidnya adalah kecuaian dia…

Sejak peristiwa itu, Along tidak pernah berhenti memohon ampun dari aku. Dia mengaku dia cuai kerana membalas whatsapp kawan dia sehingga terlepas pandang adiknya. Berkali-kali aku nyatakan bahawa dia tidak bersalah dan itu hanyalah ujian daripada Allah SWT ke atas hambaNya.

Kami sama-sama sedih. Hanya Mampu Pandang Dari Jauh.Hampir 4 bulan aku dan Am tidak sebumbung. Jika anak-anak bertanya, aku akan mereka pelbagai alasan dan cerita kenapa walid tidak tidur dengan ummi dan kenapa walid tidak berada di rumah bila waktu malam. Rahsia ini tiada siapa yang tahu… Aku pendam sehingga tiba waktunya.

Dan aku tidak pasti adakah aku kuat atau tidak untuk terima hakikat bahawa aku akan kehilangan satu-satunya lelaki yang selama ini amat menyayangi dan mencintaiku. Aku juga harap dia tabah dan bersedia bila tiba masanya nanti. Aku tahu dia juga seperti aku, bertahun kami harungi suka duka bersama. Dari sekolah menengah hingga ke menara gading didaki berdua.

Di saat aku menulis luahan hatiku ini, aku sedang skit, tidak berdaya.. Am hanya mampu memandang dari jauh, tidak mampu menyentuhku seperti waktu-waktu dahulu.. Tidak lagi mampu menjirus aku mandi seperti masa-masa lalu. Menjaga aku sewaktu aku berpantang anak-anakku dari Along hinggalah Baby…

Tidak lagi boleh memicit kepalaku dan mengurut badanku… Aku tahu Along hairan, tapi apa yang mampu aku buat. Ibu ada bertanya, kenapa suamiku tidak seperti dahulu layanan padaku… Aku cuma mampu berkata…

Ibu diam namun aku tahu jauh di sudut hati tuanya, dia masih belum berpuas hati…. Allah… Talak 3… Kenapa tidak satu atau dua yang suamiku ucapkan. Kenapa Allah… Ujian apakah ini, Am adalah yang terbaik untukku. Cukup sempurna sekali pemberianMu untukku. Kenapa begini pengakhiran kami? Kenapa bukan ajl yang memisahkan kami? Allahu Akbar…

Jadi Duda Hampir Dua Tahun. Satu Hari Jumpa Pengganti Isteri Dia Untuk Jaga Anak. Lepas Kahwin Terbongkar Terus Perangai Isteri Dia

SETELAH menduda hampir dua tahun, Daus berasakan dia perIu mencari psangan yang boleh menyerlkan hldup dan menjaga makan mlnumnya.Pada masa sama, dia juga mempnyai seorang anak yang memerlukan kaslh sayang seorang lbu.Daus menjadi duda setelah lsterinya hembuskan nafas terakhir selepas tiga bulan meIahirkan anak mereka.

“Anak saya membsar tnpa kaslh sayang seorang lbu. Saya berasakan perlu mencari penggnti lsteri yang boleh menerlma anak saya dan menyayanginya seperti zurlat sendiri.“Hasrat ini dimakIumkan kepada rkan sekrja dan memlnta mereka memperkenaIkan dengan mana-mana wanlta yang sanggup menerlma saya dan anak saya,” jelasnya.

Tambahnya, hasiI bntuan seorang rakannya, Daus mengenaIi seorang wanita bernama Suraya.Suraya merupakan seorang jnda dan memiIiki seorang anak lelaki. Baginya, dia tidak klsah dengan status wanlta itu kerana dia juga seorang duda.Setelah berkenaIan dan mengenali hati budi, masing-maslng boleh menerlma antara satu sama lain.

JeIas Daus, sepnjang perkenaIan, dia meIihat wanlta itu meIayan anaknya seperti anak sendlri.“Dia begitu menyayangi anak saya. Itu yang membuatkan saya mengambiI kputusan untuk memperlsterikannya.“Setelah tiga buIan berkenaIan kami mengambiI kptusan untuk berkahwln,” katanya.

Pada peringkat awal perkahwlnan semuanya baik belaka, nmun selepas tiga bulan, lsterinya baru menunjuk ‘beIang’ sebenar.Kata Daus, isterlnya suka memakki hmun dirinya apabila ada perkara yang dia tldak berpuaas hati atau berkenan.“Dari segi tnggungjawab sebagai seorang isteri, dia Iaksanakan dengan baik.

“Tetapi slkapnya yang suka memakki hmun itu membuatkan saya krang snang dan kadangkala mkan hati dengan kata-katanya itu,” bicaranya.Selain itu, sepnjang tiga bulan perkahwinan, Daus mendpati isterinya itu seorang yang suka mengarrah dan menganggap dlrinya sahaja yang betul.

DAUS pernah dipukl dengan penyapu oleh isterinya ketika bergduh.Kadangkala mereka akan bergduh kerana prkara yang rmeh.Lebih truk, ketika bergduh lsterinya gmar menggunakan kekrasan sama ada menmpar atau menmbuknya.Pada mulanya, Daus berasakan itu prkara biasa tetapi lama keIamaan, apabila mereka bergduh lsterinya masih meIakukan prkara sama.

lsterinya mempnyai saiz bdan agak besar berbnding dirinya, maka tidak hairanlah dia suka membuIi dan bertlndak ksar terhadap suami.“Saya bukanlah jenls yang suka memukuI prempuan. Dari kecil saya dididik untuk mengh0rmati perempuan dan tidak akan berksar dengan mereka,” jelasnya.

Tmbahnya, apa yang boleh dia simpuIkan isterinya mempunyai slkap pnas bran dan dia akan mula memukuI apabila tidak dapat mengawaI prasaan amarrahnya.Ada satu ketika, Daus dipkuI dengan menggunakan btang penyapu apabila dia tidak dapat menglkut keinginan lsterinya itu.

Setelah mereka berdamai, isterlnya Ingsung tidak memlnta maaf kepadanya dan menganggap tidak ada apa yang berIaku.Atas sbab itu, Daus mula brasa twar hati dengan peri Iaku lsterinya itu.Sementara itu, Daus ada mencerltakan tentang periIaku lsterinya itu kepada ayah mertuanya.

“Setelah saya mencerltakan tntang hal itu kepada ayah mertua saya, dia hanya mmpu menggeIengkan kepaIa.“Ayah mertua saya menyattakan dia sendlri tidak mengerti dengan prangai anaknya itu. Pencraian anaknya itu dengan suaminya sebelum ini juga disbabkan haI yang sama,” jelasnya.

Daus menjeIaskan, dia ada berblncang dengan lsterinya mengenai haI itu dan dan memlntanya untuk berubah.“Tetapi saya juga yang dipersaIahkan. Dia menjeIaskan dia akan bertlndak sedemlkian jika ada prkara yang dia tldak berpuass hati dengan saya,” katanya.

Akhirnya, kesbaran Daus sampai ke kemuncaknya apabila ketika mreka bergduh dia telah menjtuhkan taIak buat lsterinya itu.Dia telah berflkir pnjang bahawa lebih baik mereka berplsah sahaja daripada trus bersama tetapi bergduh sehingga menyakltkan fizikaI psangan.Mereka berdua akhlrnya sah bercerrai di sebuah mhkamah syarlah di utara tanah air.

Berikut reaksi dari pembaca.Amal Dira Itu mungkin ujian Allah untuk daus (bukan nama sebenar).. pada yang bujang, tak kira lelaki mahupun perempuan, berhati-hati mencari pasangan..doa pada Allah SWT semoga dipertemukan dengan jodoh yang baik..insya Allah.Hantu Nakal serupa mcm bini aku..panas baran..suka m4ki..tpi hati tetap sabar..nk cerai..terfikir dua orang anak y masih kecik..memerlukan kasih sayang dri ibubapa.“Lelaki juga mmpunyai hati dan perasaan…bkn mcm skrip drama mghrib tv3suku…asyik spesis dia jer yg bole ada hati dan perasaan

Isteri juga boleh pu-kul suami?

DIRIWAYATKAN oleh Abu Daud dari Abu Hurairoh bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Seandainya aku (dibolehkan) memerintahkan seseorang untuk bersujud kepada seseorang lainnya pastilah aku perintahkan para isteri untuk bersujud kepada para suaminya karena hak yang diberikan Allah kepada para suami itu terhadap para isterinya.”

Berdasarkan penjelasan di atas, maka jelaslah bahawa Islam memerintahkan seorang isteri itu untuk menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya, antaranya mentaati suami.Justeru, memukul atau melakukan keganasan terhadap suami bukan suatu perkara yang normal dalam norma masyarakat dan Islam.

Bagaimanapun, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan sejumlah 56 lelaki menjadi mngsa keganasan rumah tangga dari Jun 2017 hingga Jun tahun lepas.Kenapa perkara ini berlaku? Dalam Islam, memu-kul isteri dibenarkan bagi tujuan mengajar. Ini dikhaskan kepada isteri yang nusyuz atau derhaka.

Menurut Ustaz Fauwaz Fadzil Noor, tiada garis panduan yang menyatakan bahawa isteri boleh memukul suami.Ini kerana, katanya perbuatan tersebut boleh jatuh hu-kum derh4ka.“Perkara ini saya rasa mungkin ada faktor-faktor seperti reaksi. Sebahagian golongan wanita dizalimi oleh kaum lelaki, namun (itu) bukanlah alasan untuk kita merawat peny4kit dengan peny4kit (mel4wan semula perbuatan tersebut).

“Perlu ada nilai kalau tak puas hati dengan suami, pergi mahkamah. Kalau perbuatan pukl itu mencederakan maka ia termasuk dalam puklan yang terlarang,” katanya kepada Astro AWANI, pada Selasa.Tetapi sepertimana suami dibenarkan memukul isteri, maka dalam situasi-situasi tertentu, adakah isteri juga boleh memukul suami jika mereka melakukan perkara yang bertentangan dengan agama atau meny4kiti golongan wanita?

Menjawab persoalan itu, Ustaz Fauwaz berkata, “Ia boleh mendapat kebenaran tetapi perkara itu haruslah melalui mahkamah. Mahkamah yang akan memutuskan hukuman terhadap suami, bukan isteri yang melakukan (pukl).“Jadi, isteri ada hak untuk menasihati dan mengadu di mahkamah.”

Beliau menjelaskan kejadian isteri memukul suami dipercayai ekoran tindak balas terhadap keg4nasan yang membabitkan kaum lelaki, dan seni mempertahankan diri yang dipelajari oleh golongan wanita.Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa kebanyakan kes keg4nasan rumah tangga berlaku disebabkan oleh salah faham atau pertengkaran.

“Ya kerana isteri sekarang ada macam-macam ilmu (seni pert4hankan diri) dan pendedahan mereka terhadap ilmu pertahanan diri ini satu benda yang baik sebenarnya, tetapi kalau ia disalah guna tidak baik.“Jadi kita minta pihak suami pun tidak memukul isteri dan isteri tidak memukul suami. Jika berlaku juga keadaan isteri pukl suami, cukuplah si suami hanya mempertahankan diri (tetapi) jangan sampai mencederakan,” katanya.

Ironinya, dalam keharusan suami memukul isteri, janganlah sampai ‘kebenaran’ itu dicabuli. Begitu juga dengan isteri, resmi hidup berumah tangga, akan berlaku salah faham.Namun, kita perlulah bijak mencari jalan penyelesaian dengan baik melalui komunikasi dua hala yang berkesan.Jangan lupa, masing-masing ada kelemahan tetapi hendaklah melihat kepada persamaan yang ada pada suami isteri.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Sumber : K0smo.Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Isteri Sampai 4 Kali Jumpa Doktor. Sampai Satu Masa Suami Sanggup Pergi Masjid. Tanpa Pengetahuan Suami Isteri Ikut Dan Ini Yang Dia Nampak

Lepas solat di masjid laki terus pergi satu rumah dan dalam diam isteri ikut tanpa pengetahuan suami. Mengejutkan bila tiba tiba isteri nampak ada perempuan tengah urut bahu suami.Assalamualaikum. Hai salam semua.. Ramadhan kali ni memberi aku erti dan seribu makna hubungan aku dan suami. Nama aku Yani. Aku berasal dari negeri Kedah. Orang utara terkenal lagu dgn pantai merdeka, ya situ lah kampung suami aku.

Aku pula berasal dari Petaling Jaya. Kami berkahwin atas dasar suka sama suka. Suami berasal dari kampung, aku memang budak bandar sejati. Aku memang dibesarkan dalam keadaan selesa. Tak terlalu kaya, tapi bukan orang susah. Berbeza dengan suami yang memang bukan orang senang.

Nak dipendekkan cerita, kami ni memang berbeza serba serbi, bagaikan bumi dengan pluto. Dulu suami nak hanya tahu makan nasi je, makan mcD tu kira da mahal sgt bg dia. Tapi itu dulu… Setelah berkahwin dengan dia, kami berpindah di kawasan Cheras Kl atas faktor kerja utama kami dikawasan Kl.

Dia bekerja pembantu pegawai perubatan di hospital kerajaan. Mana kala aku pula bekerja sebagai manager rangkaian telekomunikasi tebesar di Malaysia. Waktu sekarang adalah 4.42 ptg. Kepala aku ligat berpusing lagi memikirkan macam-macam. Nak buat luahan pasal suami, orang cakap buka aib.

Tapi kalau cerita kat member, memang betul-betul buka aib dah tu. Tujuan aku murni je, dengan harapan perempuan luar sana dapat cari kekuatan jika ada masalah rumahtangga. Bermula perkenalan kami sungguh indah, semua serba serbi di penuhi dengan janji dan kasih sayang orang bercinta.

Alhamdullilah perkenalan kami selama 3 tahun membuahkan hasil sehingga kami sah diijab kabulkan sebagai suami isteri. Saat paling indah bila kali 3 suami lafaz baru kami sah sebagai pasangan suami isteri. Suami memang cepat gabra (nervous, kalau utara cakap gabra).

Ayah aku yg akad nikah kami time tu sebab aku sorang je anak perempuan dalam keluarga. Aku lebih manja dengan ayah berbanding ibu. Syukur sepanjang perkahwinan suami mengamalkan sikap tolak ansur dan menghormati orang tua.

Kalau balik cuti tu, dia lah yang akan sapu sampah di halaman rumah orang tua aku. Memang sejuk je mata kalau pandang sikap suami. Pandai ambil hati orang tua. Untuk pengetahuan semua, aku dan suami dah berkahwin lebih kurang 2 tahun plus. Takde anak.

Dua2 bekerja bidang professional. Income isi rumah 6k+ dan duduk dibandar. Da alang tak de rezki anak lagi, kami di murahkan rezeki dari segi harta di mana suami mampu pakai kereta honda civic, manakala aku menggunakan vellfire.

Opss sebelum terlupa td kan aku ada mention suami sebagai pembantu perubatan manakala aku manager di syarikat telekomunikasi. So, korang da boleh expect tangga gaji aku jauh lebih tinggi dari suami. So, point aku disini. Nnt aku ceritakn dibawah.

Sepanjang perkahwinan yg singkat ini, aku banyak berkrban duit aku untuk bermacam-macam event. Contohnya waktu masuk rumah, waktu suami nak belikan hadiah dekat mak mentua aku, waktu nak travel ke luar negara. Sampaikan duit yang sepatutnya jadi duit hantaran aku, aku halalkan untuk suami aku amik dan bayar untuk kenduri belah suami.

Sebab kami mula bekerja lepas degree dan ada masa dalam masa setahun je sebelum majlis kahwin. Suami pulak memang start savings daripada zero, jadi aku takde expectations utk duit hantaran tu. Maybe disebabkan hal ini, Allah murahkan rezeki aku bab bab duit.

Memang betul hati aku lapang bab-bab duit dengan suami ni. Sampaikan satu masa, gaji aku plus gaji dia pastu split dua dalam segala komitmen kami. Betul betul memahami habis dah lah aku ni haha. Bila aku terlalu murah rezki dgn suami, semua urusan aku di permudahkan dengan kenaikan pangkat dan gaji yg mudah.

Selama 2 tahun perkahwinan ini juga da lebih kurang 4 kali kami pergi ke specialist unutk uji kadar kesuburan kami sebab masih belum dikurniakan cahaya mata. Alhamdullilah, ke empat empat result menunkukkan kami dalam keadaan normal. Cuma rezeki sahaja belum ada untuk menimang cahaya mata.

So, hidup kami lebih kepada enjoy berdua. Kami lebih suka shopping, beli gadjet, tapi itu semua guna duit. Ya, aku yang tanggung suami. Tapi terjadinya satu kejadian yg memberi kesan cukup mendalam untuk mengajar aku macam-macam.

Sewaktu aku sibuk bekerja outstation, aku tngkap suami aku bermesej dengan ex dia zaman sekolah. Memang aku mengmuk bagaikan nak runtuh rumah walaupun cuma mesej aje. Dalam mesej tu bersayang bagai. Memang suami ada mention dekat ex gf dia yg aku ni mandul, tak boleh berikan dia zuriat.

Dia kritik aku dalam mesej mengatakan aku lebih penting kerjaya dari dia. Hanya tahu cari duit sehingga masa bersama dgn dia tiada. Tapi itu semua TIPU. Suami aku FTNAH aku.. Suami: Dia tak de class punya isteri la yanggggg, asyik cari duit je, B diabaikan.. Kalau yangg jadi isteri ke dua B, benda ni semua takkan terjadi kan..

Ex GF: Ayang akan layan B sepenuh jiwa raga kalau B ambil ayang sbgai wife. Ayanggg akan layan B 24 jam non stop.. I LOVE U B… Hati isteri mana yang tak hncur tengok perbualan whastapp suami dgn ex gf dia mcm tu. Semua kehendak suami aku turutkan dengan keihlasan hati aku tanpa paksa. Tak sangka ini yang suami balas.

Aku baca whatsapp suami aku time dia tertinggal hp di rumah sewaktu nk keluar kerja pagi kebetulan aku cuti pd hari tu. Aku menangis sepuas puasnya lepas baca mesej macam tu. Aku tunggu kepulangan suami lpas habis waktu kerja. Aku nk penjelasan dia!! Apa semua ni!!

Memang angin puting beliung petang tu, kami berbalah besar petang tu, dan yang paling best suami mengaku depan aku dia yg hantar semua cmtu dekat ex GF dia sbab apa? Sebab rasa syang dia dekat ex Gf masih ada. Dia juga ada bagi hint dekat aku kalau 3 tahun lagi kami tak dikurniakan anak, dia nak ambil ex gf dia tu sebagai isteri nmbor 2.

Berani sungguh dia ckap depan aku camtu, mmg hati aku macam dicarik2 dituang air panas yg mendidih. Korang bayangkan dari dia susah sampai dia ada harta sekarang, semua ats rasa ihsan dan sayang aku dekat dia. Berhempas pulas aku kerja ini balsan dia kt aku.

Aku nak berpisah, tu je dalam fikiran aku. Tapi suami minta maaf dan minta peluang kedua. After much thinking & solat, aku beri peluang kedua tapi bersyarat. Aku tak nak tanggung dia dah, tanggungjawab dia yg bab rumah & makan minum tu dia tanggung.

Lepas buat mcm tu, memang gaji dia tinggal sikit je utk savings sikit dan belanja. Baru dia mengerti kemampuan dia tanpa aku support dia. Aku pun cakap camni… Aku: clearly abang memang tak mampu utk beristeri dua mahupun bercinta dgn balance gaji banyak ni. Kalau nak jugak buat hal, pegi la. Semoga Allah sempitkan rezeki abg sebagai balasan.

Korang tahu apa suami aku buat?? Dia hanya mampu tersenyum je, aku rasa dia teringat masa aku terbalikkan rumah macam puting beliung semasa dia ditngkap dia kantoi tu. Mungkin dia tengah menyesal. Kahkahkah padan muka. Setelah kejadian tu, aku positif je la walaupun ada masa hati bagai dicarik2.

Hati suami aku, Allah pegang. Aku usaha la macam mana pun, tapi kalau aku tak jaga hubungan aku dgn Allah, habis lah semua nya. Aku reflect balik mana2 kekurangan dalam ibadah aku disamping bersikap jaga-jaga. Itu je effort aku utk jaga hati suami agar sentiasa tetap dengan aku.

Ye lah, apa lah sangat aku boleh buat. Zaman yg serba mudah ni, memang mudah sangat2 nak suka dgn orang lain. Kau main wechat yg tu pun boleh menduakan. Nak kata aku ni tak layan laki, rasa mcm dah terlebih layan. Dlm masa terdekat ni kami nak pi honeymoon kat luar negara, aku dahulu kan duit aku utk segalanya.

Tp bulan2 lepas ni aku claim balik la hak aku secara ansuran. Hahah. Apa kau igt sesenang je aku nak belanja dia? Ish kalau nak cerita bab duit ni, memang tak boleh kira berapa bnyk aku bantu dia. Aku bukan kedekut dan berkira, tapi bila kau bermurah hati, lepas tu suami buat hal…memang kau akan ungkit semuanya weh.

Da masuk 10 ramadhan terakhir ni, tiap tiap malam aku bermohon agar diberi kekuatan agr jodoh kami panjang. Dua minggu lepas kami balik ke kpg suami. 3 malam tu lpas terawih dia asyik pulang lewat je. Aku syak dia pergi kat ex gf dia lepas solat.

Tapi aku buang perasaan itu, aku fikir dia hanya pergi jumpa kawan2 lama dia minum lepas terawih. Tapi dia SILAP. Aku lebih pendai dan berhati2 walaupun alasan bnyk diberikan dia balik lewat mlam tu. Malam ke dua lepas suami cakap nk p solat terawih time kami balik kampung suami hari tu,

aku iyakan lpas dia ckap nk pergi surau berdekatan nk tunaikan terawih. Dekat kampung suami tu, hanya ada 1 surau je kt situ, so aku tahu kedudukan surau dekat mana dan senang aku nk buat spot check lpas dia balik terwaih, kemana dia pergi.

Aku siap2 basuh pinggan lepas berbuka tu, cepat2 aku ambil telekung dan solat maghrib. Habis solat maghrib aku ajak adik ipar aku berumur 18 tahun ke surau untuk terawih juga. Tapi suami aku tak tahu. Hihi.. Dalam hati aku cakap ” ko siap aku nk tgk betul ke tak ko pergi surau ni ”

Aku pergi naik moto adik skuter ke surau. Aku tengok kereta suami ada kt parking. OK! Setel dia mmg betul ke surau. Dia tak t1pu aku. Lepas menunaikan terawih 21 rakaat malam tu, aku sengaja tarik tngan adik supaya keluar lewat skit dari surau. Saja sembang dgn macik2 situ jap.

Sambil mata aku jeling je suami da start kereta bru aku akan keluar. Aku: Adik tahu tak rumah ex GF abg nama anak macik Sabariah, Hanan ? Adik: Ooooh.. kak hanan.. Tahu kak, awat tu? Akak nk p sana ka? Aku: Haah, jom kita p jalan tgk rumah dia.. Saja ja akak nk tgk rumah dia.. boleh tak? Adik: Boleh je.. Joooommmm..

Aku apa lagi bonceng la naik moto adik.. Seram juga naik ngn adik aku ni, terhuyung hayang, hahah. Yela jalan gelap lampu jalan pon tak de. Jangan tetiba muncul pocong da la.. memang lari 100m aku.. Lebih kurang 5 minit camtu kami sampai betul rumah Hanan tu, siap ada pelita keliling rumah..

Adik aku berhenti kan motosikal sambil tunjuk arah ” tu la rumah kak hanan kak “. Aku perhati sekliling rumah mana tao ada kereta suami aku. Korang tahu apa aku nampak?? Jawapan nya YA! YA! itu kereta suami aku HONDA CIVIC HITAM!!..

Time tu hati aku bederai, jantung aku berdegup laju sangat, tak terkata dengan mulut lagi. Aku diam seribu bahasa time adik tunjuk arah rumah Hanan tu. Dalam hati aku cuma cakap ” Apa yang dia buat kt rumah Hanan ni malam2 ” tiba2…

Adik: Eh, tu bukan kereta abg ke kak? Apa dia buat kat sini ha? pelik sangat aih!! Aku: Emmm.. Ntah la adik, akak pon tak tahu.. Jom kita gempaq dia mau dak? Adik: Akak btoi ka ni nk p? Adik on je.. Adik parking moto dia sebelah kereta suami aku.. lalu aku bagi salam ” Assalamualaikummmmmmmmm ”

Seorang makcik mungkin mak Hanan yg muncul depan pintu rumah.. Mak Hanan: Waalaikumsalam.. Eh hg ka Som, mai la masuk, abg hg pon ada kt dalam ni.. Adik aku nama Som panggian orang kampung. Mulut aku tak habis2 istighfar dan selawat supaya aku tak nak tgk benda yg tak sepatutnya aku tgk terjadi malam tu.

Kami masuk rumah mak Hanan, first sekali korang tau apa aku tengok? Yes! Btol apa sangkaan aku, suami tgh makan di meja dekat dapur, dapur rumah dia straight ja nampak dari ruang tamu. Terkejut aku lihat suami tgh makan tapi dekat belakang dia ada perempuan lain macam tengah picit bahu dia.

Bederau jantung aku, meremang bulu roma aku tgk kejadian tu malam penuh emosi bg aku. Suami masih tak perasan kedatangan kami, sedang khusyuk makan la kononnya tu. Mak dia panggil ” Mai la dapoq, kita minum kt sini ” Suami paling je muka, terkejut beruk dia tengok aku depan mata dia.. Rupanya yg tgh picit bahu suami aku tu HANAN!!

HANAN!! HANAN!!.. Aku tersenyum bangga lihat kelakuan mereka, suami da macam tersedak tak dapat air terkejut tgk kami tercegat depan dia. Aku: Astaghfirullah hal azim abannnggggg…. Astaghfirullah hal azim… Abng lapar ke tu?? Suami: Ermmm.. err.. errr..

Hanan cepat2 pergi sinki basuh tangan konon nya, cepat2 lap tangan nk salam dengan aku. Aku terima salam dia dengan senyuman manis. Hanan: Assalamualaikum.. saya Hanan.. Aku: Waalaikumsalam.. Yani ( aku perkenalkan diri ).. suami saya lapar ke tu?? Awak tahu kan suami dia suami saya..

Hanan: Maaf kak, ye saya tahu.. tapi… Tiba2 mak Hanan menyampuk.. Mak Hanan: Awat pasaipa ni? Dia ni memang kalau lapaq balik rumah mak makan. Da lama dia tak balik kampung jenguk bini dia Hanan, dia cakap sibuk reja kt KL nuuu..

Suami aku terdiam seribu bahasa lepas Mak Hanan cakap camtu. Muka mereka berdua tertunduk bawah lantai. Langkah Hanan time seperti mengundur ke belakang sikit seperti nk pergi dekat suami.. Adik ipar aku Som pula nyampuk.. Adik: Ha??? Masa bila abg kahwin dgn Kak Hanan?? Kami sekeluarga tak tahu pon makcik.

Mak Hanan: Haiishh da lama da aih.. Da 3 tahun da aih.. Tapi depa kahwin time mak ngn ayah hg p haji dulu. Depa kahwin senyap2.. Tak kan hg tak tau.. Tapi tula mmg tak buat kenduri pon, abg hg cakap budget takdak.. Pakcik hg la jadi saksi depa..

Aku terduduk atas lantai simen rumah tu, aku perhati suami, tergamak kau tipu aku kan. Tergamak kau tipu aku hidup2 kan. Apa bala aku terima malam ni. Kaki aku longlai. Jiwa aku macam kosong lepas mak dia cakap macam tu. Air mata tak dapat aku tahan lagi, menitis juga membasahi lantai sambil mulut aku hanya terkeluar istighfar sahaja.

Aku betul macam di panah petir malam tu. Tak mampu aku nak tanggung semua ni. Bebanan yang sangat berat. Suami aku bangun dari kerusi datang ke arah aku sambil pegang lengan aku seperti nk pimpin aku bangun. Aku tepis tangan dia. Aku menutup muka tak tahan sebak dengar ayat mak hanan.

Suami: Dengar dulu cakap abg yangggg… dengar dulu.. abg jelaskan semua nnt.. Aku diam, tepis tangan suami yg cuba nk angkat aku. Aku tarik nafas dalam2 hembussss.. aku bangun sendiri sambil ckap.. Aku: Dah jom adik kita balik rumah.. Jom adik..

Sepatah pon aku tak nk dgr penjelasan suami, korang bayang kan 3 tahun dah berkahwin? sedangkan usia perkahwinan aku baru menjangkaui 2 tahun.. Korang rasa apa? Dia dah kahwin dengan Hanan sebelum dia menikahi aku!! Sebelum dia menikahi aku dia dah kahwin!!

Patut bila aku tnya dulu, duit hantaran memang tak pernah cukup. Aku siap bantu lagi duit hantaran. Aku bantu suami untuk dirikan masjid dengan aku. Apa semua ni?!! Dasar penipu! Patut gaji manjang je tak cukup. Ada agenda disebalik semua alasan dia selama ni.

Aku keluar dari rumah puaka tu tanpa salam mak Hanan, aku pegang tangan adik aku erat2 pergi ke motosikal sambil menangis. Suami: Arghhh.. tunggu sayanggg.. tungguu.. abg akan jelaskan semua ni.. tunggu. Aku endahkan percakapan suami pergi ke mtosikal.

Adik start moto dengan terketar2 mungkin terkejut dengar berita ni dari mulut mak Hanan.. Adik pulas laju mtosikal pergi ke rumah. Seperti ketakutan malam tu. Malapetaka apakah malam ni? Allah itu Maha Adil, Dia tunjuk kebenaran selama aku berkahwin 2 tahun ini.

Mungkin inilah hikmah kami masih belum mempunyai cahaya mata. Segala dolak dalik suami ini terjawab tapi masih tergantung dengan alasan yang akan diberi oleh dia. Aku tak mampu terima kenyataan! Aku tak mampu terima semua ini.

Kepada pembaca sekalian yang mengikuti cerita aku ni, sekali lagi aku nak minta maaf, maafkan aku, maafkan aku, maafkan aku sebab aku tak sanggup nak sambung untuk kali ni. Aku tak punyai kekuatan untuk menulis sehingga habis apa yang terjadi.

Air mata aku masih berjujuran jatuh saat ni terkenang peristiwa malam tu, doakan aku supaya aku kuat, supaya aku tabah menghadapi dugaan ini, supaya aku diberi kekuatan untuk sambung episod cerita ini. InsyaAllah. Via himpunan media kini

sumber : krt