Suami hanya sentuh bini bila dia balik dari kerja. Lepastu selamba tinggalkan bini macam tu je kat atas katil. Bini terkedu bila dapat tahu ini puncanya suami buat macam tu dekat dia.

Kisah Rumah Tangga

Foto sekadar hiasan.. Assalamualaikum. Semoga hati ini kuat untuk menceritakan kisah pahit yang pernah terjadi dalam hidup saya. Kisah ini berlaku selepas saya berkahwin dengan lelaki yang saya cintai. Kini saya sedang cuba membina hidup baru bersama anak. Kisahnya begini.

Saya merupakan seorang isteri dan seorang surirumah kerana suami tidak membenarkan saya bekerja walaupun saya ada lepasan ijazah. Suami saya berkerja di ibu kota sebagai jurutera. Kami berkahwin selepas kami mengenali satu sama lain hanya selama 3 bulan.

Suami ajak saya kahwin sebab pada waktu itu dia sudah mampu nak tanggung saya, dia berusia 29 tahun sekarang dan saya masih berumur 25 tahun. Lima bulan selepas kami berkahwin, suami sudah menunjukkan sifat sebenarnya iaitu terlalu kuat cemburu dan panas baran.

Dia cemburu buta sehingga tidak membenarkan saya keluar dari rumah ketika dia keluar bekerja, malahan kunci kereta saya diambil. Suami akan membenarkan saya keluar, dengan syarat dia mesti ikut sekali. Suami seakan tidak mempercayai saya.

Saya tiada langsung menaruh hati kepada orang lain selain suami saya. Saya akur dan masih menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri. Menjaga dia seikhlas hati. Selepas beberapa minggu, suami menjadi sangat panas baaran sehinggakan apa sahaja yang saya buat adalah salah dimata dia. Suami seakan membenci saya.

Setiap hari selepas pulang dari kerja, suami mencari saya. Memaksa saya untuk melayan nafsunya. Pada permulaan, saya akur kerana tidak mahu derhaka pada suami kerana melayan suami yang sudah halal tidak berdosa.

Tetapi lama kelamaan, saya dilayan seperti binatang, dipaksa oleh suami sendiri sedangkan saya tidak rela. Saya dikasari jika tidak ingin melayan kemahuannya. Hancur hati saya melihat perubahan orang yang saya sayang. Dia seakan membenci saya.

Dia bukanlah lelaki yang saya kenal seperti sebelumnya. Masakan saya langsung tidak disentuh seperti sejak mula mula kahwin dulu. Dia kerap makan diluar. Saya bertanya dengan lembut pada suami. Kenapa buat saya macam ni? Suami hanya membalas dengan kata kata kesat, mengatakan yang saya layak diperlakukan sebegini.

Saya ni jijikk seperti bnatang, kata suami. Apa dosa saya? Kami tidak lagi solat bersama, kerana selalunya saya yang ajak suami solat. Tapi kini, suami tidak lagi menjadi imam. Tiada kucupan didahi saya lagi selepas solat.

Suami tidak tidur bersama saya lagi. Kami tidur di bilik berasingan. Dia hanya akan menduri saya selepas pulang dari kerja dan tingggalkan saya seperti seorang perempuan langganan di atas katil. Nafkah masih diberi suami, namun saya tidak langsung menggunakannya.

Di waktu siang semasa suami bekerja, saya hanya menghabiskan waktu membuat cookies untuk dijual kerana saya terlalu bosan di rumah. Suatu hari, rahsianya terbongkar apabila saya terbaca mesej suami saya dengan wanita lain .

Wanita itu merupakan kawan lama di sekolah menengah suami saya. dan suami mempunyai hubungan dengan wanita itu di belakang saya. Suami saya selingkuh dengan saya. Perit hati rasa, hidup saya seakan kosong, tiada makna. Saya tiada sesiapa untuk meluah rasa kecuali kepada kakak saya yang tinggal berkilometer jauhnya.

Saya membuat keputusan untuk minta dilepaskan. Tetapi saya belum beritahu suami. Kerana saya disahkan mengandung 2 bulan. Saya pada waktu itu tidak pasti sama ada itu adalah khabar gembira atau tidak. Saya terlalu sedih kerana benih ini wujud bukan kerana cintanya suami saya pada saya. Saya ingin lari, jauh dari suami saya kalau boleh. Saya buntu, saya sayangkan anak dalam kandungan ini kerana inilah cahaya mata kami berdua. Tapi tiada hak saya untuk minta dilepaskan disaat benih suami yang saya kandung.

Saya menahan seksa, menelan rasa sehingga pada suatu malam, kesabaran saya sudah sampai penghujungnya. Saya mengetuk pintu bilik suami, sambil membawa cincin pernikahan kami berdua. Saya ingin memulangkan cincin tersebut, kerana saya ingin dia melepaskan saya, meminta agar suami faham akan permintaan saya.

Suami mengatakan “Pergi lantakk kau nak buat apa apa pun.” Suami mengambil cincin saya dan suruh saya keluar dari rumah. Dia tidak melepaskan saya tapi meminta saya untuk keluar dari rumah. Saya tidak pasti jika talak jatuh sebab saya sedang mengandung.

Kandungan saya sudah mencecah 5 bulan pada ketika itu. Suami lebih menyayangi wanita itu dari saya dan anak. Saya akur untuk tinggalkan rumah. Saya mengemas barang saya, usah terbayang perasaan saya waktu itu.

Saya dihalau suami saya sendiri. Lelaki yang berjanji akan mencintai saya sehingga hujung nyawanya. Saya mengosongkan almari saya. Yang tinggal di almari saya hanyalah pakaian yang diberi oleh suami, telekung hantaran dari suami dan album perkahwinan kami. Saya redha.

Ini lah jalan penceritaan saya. Saya buntu, tidak tahu kemana. Duit di tangan masih ada. Di dalam akaun, berbaki hanya RM2500++. Saya nekad untuk memulakan hidup baru. Saya kemudian tinggal di rumah kakak, sementara saya cari rumah lain kerana bimbang mengganggu keluarga kakak. Saya nekad untuk berniaga kerana keadaan saya tidak sihat atas alahan yang saya alami hasil pembawaan anak dalam kandungan.

Kakak saya sudi meminjamkan saya wang modal untuk berniaga nasi lemak setiap pagi dan di waktu petang, saya mengambil upah kerja di kedai dobi. Pendapatan saya hanyalah lebih kurang Rm1500, alhamdulillah masih cukup untuk saya sara anak.

Saya bercadang untuk pulang ke rumah bapa apabila saya sudah bersedia. Ibu saya sudah pergi buat selamanya kerana sakitt dua tahun lalu. No telefon saya sudah ditukar namun, suami masih cuba untuk menghubungi saya melalui kakak saya tetapi kakak tidak melayannya.

Namun dia tetap memberi nafkah setiap bulan. Namun saya tidak menggunakannya malah saya memulangkan nafkah tersebut pada akaun bank suami balik. Saya mampu hidup tanpa wang suami kerana saya taknak menyusahkan suami lagi.

Saya juga tidak tahu tentang keadaan suami saya dengan wanita itu, Apa yang saya tahu, selepas anak saya dilahirkan, saya akan failkan perpisahan. Saya masih sayangkan suami saya. Saya rela dilepaskan untuk lihat dia bahagia. Bagi saya, tiada makna erti perkahwinan jika tiada rasa sayang.

Doakan saya semoga dipermudahkan segala urusan saya dan anak saya. Saya ingin menjalani hidup baru bersama permata hati saya yang bernama Nur Natasha yang bermaksud cahaya kekuatan, moga Natasha kuat seperti saya suatu hari nanti. Cinta tak bererti kita harus memiliki, kadang kadang cinta bererti kita harus melepaskan.

Terima kasih sudi mendengar luahan hati saya. Buat suamiku. Wahai suamiku, terima kasih kerana telah menjaga Saya dan menyayangi Saya walaupun dalam tempoh yang singkat. Anak dalam kandungan ni adalah hadiah paling bermakna untuk Saya walaupun abang benci kami berdua. Saya redha. Saya nak abang bahagia bersama dia. Saya sedar siapa diri Saya. Saya janji akan jaga anak kita sebaiknya. Ampunkan dosa Saya. Jangan cari Saya lagi.

Isteri Dia Dulu Jual Goreng Pisang Je Tapi Jalan. Depan Depan Suami Gadis Ini Laki Ni Bagitahu Yg Dia Pernah Sentuh Dan Tidur Dengan Gadis Ni Dulu Dulu. Bila Suami Gadis Ni Dapat Tahu Tak Sangka Ini Tindakan Dia.

First of all, assalamualaikum. Aku tahu cerita aku pasti akan ada yang kritik. Tapi rasanya penjahat macam aku ni tak ada yang confess . Mostly sasaran je banyak. Aku tak tahu nak mula dari mana. Masa aku umur 16, pengaruh rakan sebaya ni memang kuat. Masa tu, rebut-rebut perempuan ni normal. Bertumbuk depan sekolah.

Perempuan tukar-tukar macam tukar baju. Diorang ni pula jenis senang termakan ayat-ayat manis. Merokok dalam sekolah. Tapi study tetap score. Haha. Masa aku umur 17, ada sistem siapa paling berkuasa. Siapa yang buat paling jahat, dialah ketua.

Aku yang bongok ni, pergi ayat perempuan. Ajak jumpa tempat tak ada orang, tapi aku tak pergi pun. Orang lain pergi, bila habis diorang bayar aku. Ya aku tahu ramai yang akan kritik aku. Disebabkan tu, aku jadi ketua. Banyak lagi perkara aku buat, tapi aku tak mention kat sini. Waktu aku habis spm, aku kenal dengan seorang perempuan kat facebook, bawah setahun dari aku. Rupanya dia satu sekolah dengan aku.

Aku rasa dia lain dari perempuan2 lain. Dari umur 14 tahun dia jual pisang goreng tolong ibu dia. Dia anak sulung, ada 6 orang adik lelaki. 1 perempuan. Cara dia berfikir memang lain, lebih matang dari usia. Lebih fikir ke depan.

Study dia pun lebih kurang macam aku. Hari-hari aku singgah kedai nak borak dengan dia. Dipendekkan cerita, kami pun bercinta. Aku belikan handphone motorola untuk dia. Senang sikit nak contact. Waktu ni aku study jauh.

Lepas dia habis spm, dia dapat offer pergi UIA. Tapi dia tolak sebab ada 7 adik-adik bergantung kat dia. Aku ok je. Aku cakap kat dia, dia takde diploma/degree pun tak apa. Aku boleh tanggung dia. Waktu ni aku masih seorang yang bongok, aku fikir, its okay untuk keluar/tidur dengan mana-mana perempuan selagi cinta aku untuk dia. Dia pun terlalu naif kerana percaya cakap aku bulat-bulat.

Bermula dari pertama kali kami bergaduh, aku start berkasar dengan dia. Aku paksa dia buat perkara dia taknak. Aku ckp, aku tinggalkan kesan biru. Sebagai peringatan untuk dia supaya jangan cabar aku. Masa ni aku tak faham kenapa dia tak boleh fikir yang aku nak kahwin dengan dia, perempuan lain tu sekadar lepas keperluan je.

Aku rasa dia narrow minded sangat masa tu. Dia ada kata nak tinggalkan aku. Tapi aku perlekehkan dia, “siapa nak perempuan murah macam kau? Aku dah rosakkan badan kau. Aku je boleh terima kau. faham tak?” Lepas graduate, aku buka 1 company kecil untuk business. Modal dari mak ayah aku. Parents aku taktahu apa aku buat belakang diorang. Aku pun selalu bawa girlfriend aku jumpa setiap 2 minggu. Girlfriend aku masa ni, makin lama makin pelik. Dari rambut panjang, dia potong pendek paras bahu. Aku dah kata aku tak suka perempuan rambut pendek. Habis dia biru haritu. Tapi dia diam, tak melawan macam selalu. Waktu ni dah 6 tahun kitorang bercinta.

Everything is going well. Aku planning wedding kami pada masa sama aku enjoy dengan kerja hram aku. Sampai satu hari, aku tak dapat call dia. Facebook dah deactivate. Aku pergi rumah dia, jiran kata mereka dah pindah. Aku try contact & jumpa kawan-kawan dia, semua taktahu mana dia pergi. Aku mengamuk. Masa ni aku fikir, kalau aku dapat dia, nahas dia aku kerjakan.

2 tahun aku cari dia. 2 tahun. Serata negeri, serata tempat. Semua yang related dengan dia aku dah pergi. Start tahun ke 3, aku stop cari. Aku give up. Aku stop kerja haram, stop minum, stop tidur dengan perempuan lain. Aku mula fokus dengan kerja.

Setiap hari aku tengok gambar dia dalam phone aku. Aku rasa menyesal, aku rasa bongok sangat sebab buat dia pergi. Aku pernah didakwa kerana buat benda tak elok. Tapi dilepaskan sebab tak cukup bukti. Tak lama lepas tu, aku ditangkap semula. Ya, sebelum girlfriend aku pergi, dia dah copy semua data kat laptop aku. Kali terakhir yang dia diam aku beduk dia, rupanya dia tangkap gambar sebagai bukti.

Aku didakwa beberapa kesalahan. Tapi peguam aku minta rayuan kurangkan waktu dalam hotel besi dan ikat jamin. Lepas aku bebas, Aku dah bertaubat, aku takkan ulang kesilapan lama. Aku cari girlfriend aku, dia dah kahwin. Dah ada anak seorang dan tengah mengandung. Mereka nampak bahagia sangat. Dia dah pun bertudung labuh dan baju longgar. Aku broken teruk. Hati aku skit yang amat sangat. Satu-satunya perempuan yang aku cinta.

Pada awalnya aku tak boleh terima, selalu aku jumpa dia minta dia maafkan aku dan terima aku semula. Aku bagitau semua kisah kami kat suami dia. Aku pernah sentuh isteri dia, tapi dia tak menunjukkan reaksi marah/kecewa. suami dia buat report polis, membuatkan aku hanya tengok girlfriend aku dari jauh. Aku tahu ada yang kenal diri aku siapa, kerana kes aku ni agak heboh satu kejiranan.

Aku cuma nak luahkan.. dari sudut seorang yang jahat. Padan muka, i deserved it. Hargailah seseorang tu sebelum dia pergi. Aku dah berhenti stalk girlfriend aku… which is, isteri orang. Cuma sampai sekarang aku masih tak jumpa orang yang sama macam dia. Kadang aku berharap anak dia tu anak kami. Aku patah hati sangat-sangat.

Sekarang aku lebih banyak habiskan masa mencari cinta ilahi dari manusia. Aku habiskan masa dengan parents aku. Aku dah penat dengan dunia. Penat nak hidup bergelumang dengan dosa, yang tak pernah sekalipun mendatangkan ketenteraman dalam jiwa. Membebankan. Akhirnya semua gambar dalam laptop dan phone terpadam. Tiada lagi aib seorang perempuan tersimpan.

Maaf seandainya kisah saya mendatangkan kemarahan para wanita, saya mengaku saya hanya seorang manusia yang khilaf, banyak melakukan dosa. Saya bukan lah orang yang sama seperti dulu, sekarang saya adalah pencinta kaum hawa. Tak mungkin lagi saya akan mengasari atau memandang kalian seperti objek. But still, saya memang patut dimarahi. Sekian, terima kasih admin. Sama-sama ambil pengajaran.

– Izzat

Artikel lain : Gadis Ini Geram Tengok Suami Orang Hensem Sangat. Selalu Datang Ke Kedai Makan Dia. Akhirnya Gadis Ini Tekad Nak Goda Suami Orang Itu. Tapi Cara Dia Sangat Mengejutkan Dan Akhirnya Ini Yang Terjadi.

GAMBAR SEKADAR HIASAN.

Asalamualaikum .. semasa saya berumur 24 tahun, saya jenis yang ramah dan suka bergaul, saya juga akan berusaha sehabis mungkin untuk mendapatkan apa yang saya mahu.. saya juga serius cantik, putih gebu, tinggi ala2 model, dan ramai lelaki yang ingin mendekati saya, dengan berbekalkan plajaran dan segulung degre yang saya ada.

saya ditawarkan bekerja sebagai pegawai kerajaan, Alhamdulillah juga, bisnes restoran saya semakin maju, saya mampu mengupah beberapa orang pekerja untuk membantu saya kerana saya juga sibuk bekerja,, Kisah bermula apabila saya bercuti kerja selama sebulan, saya mengabiskan masa yang ada untuk restoran saya, saya melayan pelangan saya, beramah mesra dengan mereka,, ada sepasang keluarga yang menjadi pelangan tetap saya, setiap malam seminggu mesti mereka datang ke sini, saya suka tengok pasangan bahagia ini, suami,isteri dan seorang anak mereka yang sangat comel dan isterinya tunggu hari untuk melahirkan anak..

Saya bawa mereka berbual2, rupanya suaminya dari negeri borneo, isterinya pula dari selatan, setiap kali mereka dtg, setiap kali kami berbual, lama2 kami seperti sahabat, masa birthday saya, mereka turut hadir kerana saya menjemput mereka.. semakin hari, hubungan kami semakin rapat, saya sering kerumah mereka dan mereka juga sering bertemu dan melepak dengan saya….

Ya saya tahu, saya dah mula jatuh cinta pada suami dia, sebab saya tengok suaminya sangat bertangungjawab, selalu hadiahkan isteri, pegang tangan isteri, tolong isteri buat kerja, jaga anak.. yang pasti lelaki ini cukup sempurna di mata saya, saya mula mengoda dia, tapi dia menolak saya..

saya lebih banyak kelebihan dari isteri dia, isteri dia tua dari saya, bertudung labuh macam nenek nenek, suri rumah pula. Sedangkan saya, seribu kali lebih baik, saya bekerjaya, saya ada kereta,ada rumah dan penampilan saya sgt menarik…

Saya minta maaf kat suami dia, saya bg tahu pdnya yang saya tidak mengodanya lagi, tapi dengan satu syarat kami mesti bersahabat macam biasa.. namun dalam hati saya bertekad, saya tetap akan dapatkan dia dengan cara apa sekalipun.. dalam diam Saya mula mendekati lebih mendalam pada isterinya, saya nak tahu apa yang suaminya suka, apa yang dia tak suka, perkara wajib bagi saya adalah berjumpa mereka..

saya juga menawarkan isterinya bekerja dengan saya. Saya bagi gaji yang cukup besar.. tapi suaminya tidak setuju isterinya bekerja..Walau apa cara sekali pun suaminya tetap setia dengan isterinya, saya sangup jadi isteri kedua, tp suaminya langsung tidak berminat pada saya, sampai satu tahap saya jumpa bomoh..

saya nak bomoh tu buat sampai dia bersjud ke pangkuan saya, bila mereka datang ke sini, saya yang layan, air yang mereka order saya yang buat.. dalam air suaminya, saya meletakkan cairan merah period saya yang telah dibuat oleh bomoh..

Alhamdulillah Lama kelamaan, suaminya mula terkejar2 saya, terbaik lah bomoh yang saya jumpa ni, sekarang dia mula2 mendekati saya, semakin mereka dtg kesini, semakin saya letakkan banda kotor saya ke dalam minumannya.. akhirnya di sujud di kaki saya, dia sendiri dtg bertemu saya, peluk cium saya, katanya dia tak boleh lupakan saya, sayang saya sangat2..

Saya beritahu kepada dia, kalau sayang saya, kawinlah dengan saya, saya terima jika menjadi isteri kedua… namun isterinya menolak, isterinya memarahi saya, katanya saya perosak rumah tangga, perampas dan perempuan murahan.

Saya tak rampas laki dia, saya cuma nak menumpang kasih, isterinya malukan saya, aibkan saya.. akhirnya saya suruh dia memilih, saya atau iserinya.. Alhamdulillah dia memilih saya… Selepas saja siap urus kes perpisahan mereka, kami terus kawin, masa tu dia tak cukup duit, demi sayang dan cinta pada dia, saya keluarha duit untuk berkahwin.. akhirnya dia jadi hak milik saya, selepas kami kawin, perempuan tu melahirkan anak, dia suruh suami melawat, tp saya menghalang suami dan suami menurut semua kata saya..

Dan akhirnya saya mengandung, Alhamdulilah, tapi kebahagiaan kami hanya sementara, suami saya di sah kan sakit tahap 4. Saya buntu tak tahu nak buat apa, dokor cakap nyawa suami hanya tingal 1 tahun, kenapa Allah beri ujian ini?

Saya tak nak kehilangan suami saya, dia hak milik saya.. selama suami sakit, saya stop beri dia makan benda kotor saya, tapi kalau saya berhentikan, suami saya akan tercari cari isterinya.. jadi saya terpaksa berikan.. perempuan tu ada dtg melawat. Tp saya tak beri dia jumpa suami saya.. dan saya terpaksa beri uabat tu pada suami walaupun dia sakit.. saya tak mahu cinta pada saya beralih arah.. saya sayngkan keluarga saya, dan saya bakal melahirkan anak. Doakan kami.. doakan agar suami saya cepat sembuh.. terima kasih..