Suami boleh tahan 3 minit je bila bersama tapi ada hati nak kahwin lain. Mengejutkan lepas 15 tahun kahwin isteri bongkarkan sikap suami. Patutlah isteri boleh berubah sampai macam ni sekali.

Kisah Rumah Tangga

Aku rasa terpanggil utk menulis slps terbaca kajian sebuah universiti yg menunjukkan semakin ramai isteri di Malaysia yg mengasari suaminya.. Aku sendiri ada pengalaman melihat seorang rakan yg asalnya sgt lemah-lembut & sentiasa tersenyum manis tetapi slps 15 tahun berkahwin .. aku mendengar sendiri dia hamun suaminya di dlm kereta.

Pernah juga dia membaling nasi yang dibeli ke muka suaminya. Mengapa jadi begitu?? Rakan aku lulusan sekolah agama. Dia orang terpelajar. Menutup aurat sepenuhnya. Antara pelajar trbaik di sekolah kami. Tetapi dia berubah 100% dari segi sikap dan tingkah laku terutama terhadap suaminya.

Pada mulanya aku nasihatkan dia agar jgn menjadi isteri drhka, dia memandang aku dgn sinis dan berkata “ko ambik laki aku.. ko jaga 4 bulan. 4 bulan je.. silap aribulan, mulut ko lebih jahat dari mulut aku.” Aku terkejut mendengar kata-katanya..

Aku mengambil masa berbulan-bulan mencari peluang utk slow talk dgn kawan aku tu.. apa yg menyebabkan dia berubah. Rakan seasrama yang paling lembut orangnya menjadi sgt jahat dengan suami sendiri. Akhir suatu hari aku berpeluang bertemu dia di hujung minggu. Hanya kami berdua.

Itu yg aku pinta kpd suami aku.. satu hujung minggu bersama kawan baik aku tu tanpa anak dan suami spt kebiasaannya. Aku sayang kwn aku.. aku tidak mahu dia menjadi isteri drhka. Aku mahu dia masuk syurga bersama keluarganya.

Biarlah aku namakan kawan aku Mira. Khatam al Quran dan pandai mengaji. Orangnya mmg cantik. Ramai yg ingat dia masih anak dara. Mungkin kerana sikapnya yg sentiasa sopan dan menghormaati org lain menyebabkan kecantikannya lebih terserlah.

Makcik cleaner kat asrama pun sayang kat dia. Bukan aku memuji berlebihan, tapi itulah Mira yang aku kenal kerana dduk sama2 di asrama sekolah agama dari ting 1 hingga ting. 6. Kemudian kami masuk universiti yg sama. Universiti mana tu, tak payahlah aku highlight.. korang dh boleh agak kan..

Aku pujuk Mira cerita apa masalahnya. Pd mulanya Mira bercerita dgn perasaan marah sblm akhirnya dia menangis semahu2nya di bahu aku. Wajahnya menggambarkan kekecewaan yg amaat sgt. Kata Mira.. dia benci apabila semua org memuji suaminya “baik”. Mira kata suaminya suka melayari video tak senonoh.

Suaminya suka melihat perempuan menjolok mata tapi memaksa dia menutup aurat sepenuhnya dan tidak benarkn dia berckp dgn lelaki lain walaupun saudara -mara atau rakan sekerja. Kawan2 perempuan pun dilarang dari berjumpa. Itulah yg berlaku bertahun-tahun.

Suaminya peramah dgn semua org tetapi di dlm rumah, suaminya jarang bercakap dgn Mira dan anak2. Kata Mira lagi “Suami aku bawa bla dlm rumahtangga aku, malaikat rahmat tidak akan masuk ke dalam rumah aku, vide0 tak senonoh sgt byk.” Setiap kali mereka brbalah.

Suaminya akn mmbalas dgn melayani perempuan lain chatting sehingga lewat pagi. Sengaja.. seolah-olah ingin “padan muka” kwn aku tu. Ramai perempuan tidak berbaju dlm hp suaminya dan kdg2 ank-anknya terlihat foto itu ketika ank-ank Mira main game menggunakan hp bapanya yg sdg tidur. Oh yaa.. suami Mira kaki tidur.. di rumah dia akan tidur sepanjang siang tetapi suka berjaga malam melayari internet atau keluar dgn kwn2.

Katanya lagi suaminya bukan kuat sks.. main pun setakat 2, 3 minit, mungkin Allah sudah tarik nikmat bersama isteri kerana terlalu asyik menonton vide0 dan gambar tidak senonoh bertahun2. Itu belum lagi group whatsapp yg dihuni rakan lelaki sefelda suami. “tak senonoh 24 jam, bahkan ada kalanya rakan suami Mira upload vide0 mereka melakukan bersama dgn isteri masing2” katanya.

Ini menyebabkan Mira sgt trauma. Dia sentiasa bimbang suaminya akn melakukan perkara sama kerana suaminya suka rakam ketika mereka melakukan hub suami isteri, selalunya tanpa pengetahuan Mira. Ini kerana Mira akan delete jika tau ada rakaman ketika mereka melakukan hub. suami isteri. Suami apakah yg sentiasa membuat isteri sendiri rasa tidak selamat dlm rumahtangga selama 15 tahun ??

Akibat sering tidur lewat. Suaminya tidak solat subuh. Selama perkahwinan mereka, Mira la yg menguruskan persekolahan ank2 setiap pagi. Sehingga suatu hari suaminya diberhentikan kerja kerana kerap lewat dan ponteng.

Ingatkan suami Mira insaf. Rupa-rupanya semakin teruk. Bercinta sakan melalui whatsapp pula dgn seorg student bernama Ida dari Trengganu hingga tahap berani naik tgn ke badan Mira. Mira pernah dikasari dan ditolak sehingga jatuh.

Dari situlah mulanya Mira ingkar suaminya. Mira benci sebenci pd suami slps Ida menghubungi Mira mengaku mereka bercinta dan minta izin utk kawen dan berkongsi kasih. Mira kecewa. Dlm keadaan hanya dduk goyang kaki di rumah, suaminya sempat bercinta melalui whatsapp hari2. Sedikitpun tidak hargai susah payah Mira bekerja mencukupkan belanja rumah..

memasak sblm pergi bekerja pagi2 dan mengemas rumah slps balik kerja. Mira minta tinggal berasingan selama 4 bln atau jika suaminya ingin juga berkahwin dgn Ida maka Mira mahu dilepaskan. Tetapi suaminya tidak mahu lepaskannya sbb Mira yg menanggung semua perbelanjaan selama ini. Suaminya tidak mahu melepaskan sedang Mira sudah benar2 merana.

Tambah masalah apabila seluruh ahli keluarga suami menghina Mira dan keluarga Mira sendiri memarahinya apabila Mira bercerita masalahnya kpd ahli keluarga dgn harapan menggunung, mereka akan membantunya. Mira dimarahi dan dihina kerana tidak boleh bersabar dgn suami yg dianggap baik di depan mata mereka.

15 tahun bersabar, bukanlah jangka masa yg pendek. 15 thn Mira TIDAK PERNAH mmbuka mulut ttg keburukan suaminya. 15 thn dia simpan seorg diri. Kini Mira tidak boleh lagi berada dekat dgn suaminya.. perkataan tak elok dihamburkan kpd suaminya setiap hari. Aku sendiri pernah dengar semasa aku tumpang kereta mereka. Masa tu aku berkursus di tempat Mira dan minta tolong Mira hntar aku ke airport slps aku habis kursus.

Suaminya hanya mendiamkan diri setiap kali Mira marah sbb tahu dia tersilap melukai hati isterinya bertahun2 sehingga menjadi luka yg sgt dlm.. yg pd pandangan aku tidak mungkin akan sembuh kembali. Kawan aku sudah berubah.

Dia patah hati sehinggakan terkeluar dari mulutnya “andai suami aku sujud di kaki aku sekalipun, aku takkan maafkan dia. Aku haramkan semua duit gaji aku menanggung suami selama ini. Aku tuntut nafkah aku yg tidak pernah diberi dari mula kawen, jika tidak dpt dari suami aku.. aku tuntut dari bapa mertua aku walaupun di akhirat nanti.”

Buat Mira.. andai kau terbaca coretan aku ini. Aku hanya mahu kau tahu. Aku sentiasa ada utk kau. Allah sentiasa ada bersama kau. Aku tidak mahu memaksa kau kembali seperti dahulu.. aku mahu kau bertenang. Apa shj keputusan kau, aku yakin keluarga kau akan tetap bersama kau walaupun kau akan mencipta sejarah sbg org pertama yg berpisah dlm family kau.

Buat suami Mira.. kau sdg kehilangan seorg isteri yg penyayang kpd anak2 kau. Kau telah hilang seorg isteri yg taat kpd kau. Aku pinta jika kau baca coretan ini, ikutlah permintaan Mira. Dia mahu kau keluar hanya dlm tempoh 4 bulan shj. Tinggal berasingan supaya dia boleh bertenang. Tapi kau tak mahu. Kau tetap berdegil dgn muka selamba bdoh kau duduk di rumah itu seolah-olah tiada apa yg berlaku.

Kau sedang menambah luka dihatinya dgn berkeras tidak mahu berpisah tetapi tidak mahu juga berasingan buat sementara waktu. Mira tinggi ilmu agamanya tetapi dia juga manusia biasa. Berilah dia peluang utk bertenang atau aku bimbang dia akan menjadi tak betul kerana sikap kau. Paling aku takuti, bila dia berkata, suatu hari nanti dia akan buat sesuatu pada kau ketika kau sdg tidur.

Buat Ida dari Trengganu. Aku tidak tahu apa yg kau katakan saat kau ingin berkongsi kasih dgn Mira. Tapi ketahuilah, kau kini menjadi penyebab Mira mula bersikap kasar dan biadab. Mira mula menunjukkan sikap isteri drhka slps kau berjumpa dgnnya.

Andainya rumahtangga mereka runtuh. Walaupun bukan 100% salah kau tapi aku harap kau bersedia utk berkahwin dgn lelaki yg gian benda tak senonoh dan pandai berlakon spt lelaki beriman di hdpn semua org. Keburukan yg hanya isteri yg tidur sebantal shj yg tahu. Buat keluarga Mira . . slps 15 thn baru kalian dgr cerita suami Mira..

luangkanlah masa. Dekati Mira dan bantulah dia. Dia sdg merana. Dlm hatinya penuh luka. Jiwanya kini sgt lemah. Dia perlu seseorg yg tidak terus-menerus menyalahkannya. Dia perlu seseorg yg dpt membantu dia buat keputusan yg tepat.

Buat lelaki2 di luar sana termasuk suami aku.. Tundukkanlah pandangan. Sahabat2 Nabi lebih rela berjalan di blkg singa dari berjln di blkg perempuan. Andainya kalian sengaja menggunakan perempuan lain utk “padankan muka” isteri dan menyakiti hati isteri atas kesalahan isteri kononnya.

sedarlah anda sedang “menempah nrka utk isteri” yang anda nikahi dgn akad dan sumpah sbg suami yg sepatutnya melindungi isterinya dari keburukan2 di luar. Ingatlah syaitan sntiasa berusaha memisahkan suami isteri setiap saat. Jgn sbg suami, kalianlah yg membawa syaitan-syaitan itu masuk ke dlm rumahtangga.

Aku berlindung dgn nama Allah agar aku tidak diduga spt Mira.. semoga Allah membantu Mira. Semoga dia kembali tenang.. aku sayang kau Mira.. aku tak mahu kau jadi isteri drhka.. aku juga tidak mahu kau merana. Buatlah keputusan yg tepat. Keputusan yg dpt menenangkan jiwa kau dan mengembalikan senyuman di wajah kau. Aku benar-benar sayangkan kau.

Bangga Dapat Bini Cantik Macam Model. Tapi Malam Tu Suami Terkejut Bila Dengar Satu Bunyi Dari Isteri. Tergamam Suami Bila Dapat Tahu Ini Perangai Sebenar Isteri.

Bila baca tajuk story aku ni, korang jangan lah jump to the conclusion terus ok. Sebelum kau orang nak komen negatif ke positif ke, meh dengar aku citer dulu. Macam ni. Aku ni kahwin dengan seorang perempuan yang sangat cantik. Lawa sangat bini aku. Sebagai suami, mesti la aku bangga ada bini lawa.

Lawa dia bukan lawa biasa, tapi lawa dia persis Korea beb ! Before nikah, bini aku ni ramai sangat la peminatnya. Tapi dalam ramai-ramai lelaki, aku yang tak hensem ni jugak yang dia terima. Mungkin di mata dia, aku ni memang hensem? Mungkin.

Waktu kami dating, aku nampak bini aku ni perfect 100%. Aku rasa bahagia gila masa bercintan cintun dengan dia dulu. Aku rasa akulah lelaki paling bertuah sebab dapat bini lawa. Kawan-kawan aku pun semua jeles sebab aku yang takde rupa ni dapat tackle perempuan lawa.

Kau rasa? Hohoo bahagia sangat la aku waktu tu. Dah la bini lawa, dia pun sopan santun je. Memang ada ciri-ciri wanita melayu terakhir la. Tapi selepas kahwin, lain yang aku nampak. Lepas je kawin, baru kantoi tabiat isteri aku yang kuat kentut. Setiap malam waktu tengah tidur, boleh pulak isteri aku kentut.

Dah la kuat kentutnya, busuk pula tu! Aku yang tengah lena tidur pun terjaga. Aku punya la tahan hidung sebab tak tahan bau busuk tu. Pernah juga aku keluar bilik tidur kat luar sebab kentut bini aku tu semerbak 1 bilik. Tapi sejak bini aku pelik kenapa aku tidur luar, aku tak sampai hati la nak lukakan hati dia. So setiap malam benda sama berulang. Memang aku kena hadap lah bau kentut dia tiap malam.

Aku tak pasti la dia ada penyakit apa, tapi memang tiap malam waktu dia tengah tidur nyenyak , dia akan kentut. Kentut tu pulak kuat dan bau busuk ! Aku pernah nak cuba tanya bini aku, tapi takut dia kecik hati pulak. Masalahnya sekarang, bini aku ni langsung tak tahu menahu yang dia tu jenis kuat kentut masa tidur. Yelah, dia tengah tidur, mana lah dia sedar yang dia kuat kentut.

Okey itu baru tang kentut. Ni belum masuk tang sendawa lagi.. Sebelum kahwin, aku tak pernah pulak perasan dia ni sendawa ke apa. Sebab kami pun jarang dating kat kedai makan. Tapi lepas kahwin ni, baru aku tahu bini aku ni jugak kuat sendawa. Satu hari tu, aku dan bini aku gi makan kat kafe. kafe tu ramai la orang. Waktu kami tengah makan tu, tiba-tiba bini aku boleh pulak sendawa kuat sangat.

Dah la sendawa dia macam jantan! Orang lain semua tengok kami masa tu. Uishh malu sangat aku masa tu. Tak sangka bini aku yang lawa dan disukai ramai orang tu rupanya kuat kentut dan kuat sendawa. Tujuan aku citer ni, aku bukan nak aibkan bini aku. Sebab kau orang yang baca ni bukan kenal pun sape aku, apatah lagi bini aku. Cuma, aku nak cakap kat sini bahawa rupa paras tu tak ke mana pun. Jangan pandang rupa je untuk kau pilih pasangan kau.

Macam aku, aku memang tengok rupa masa nak pilih calon bini dulu. Tapi mujur jugak, aku tengok juga akhlak dia dan agama dia. Rupa paras ni tak ke mana pun. Lepas kahwin baru aku sedar benda ni. Kadang-kadang, kita expect pasangan kita yang lawa dan cantik tu perfect. Masa dating tak nampak lagi cela dia. Lepas kahwin baru nampak.

Masa tu kita tak boleh nak menyesal dah. Tak boleh berpatah balik dah. Sebab dah kahwin, so lebih kurang dia, kau kena terima. Macam aku la sekarang. Walaupun bini aku tu kuat kentut dan kuat sendawa, aku terima jela seadanya. Sebab dia pun tak buat perangai buruk-buruk ke apa. Dia bini yang baik je untuk aku, lemah lembut, solat tak tinggal.

Dia hormat aku, jaga makan pakai aku. Cuma tang kentut sendawa tu, memang tak boleh nak elak ssbab benda tu tak boleh control. So untuk kau orang yang belum kahwin, jangan lah tengok rupa je. Jujur aku cakap, rupa ni kau nak yang lawa dan cantik untuk apa? Kepuasan tu kau akan dapat sekejap je. Pilih la yang sedap mata memandang, cukup la.

Yang penting dia baik, bagus, pandai jaga kau dan ada agama. Kalau kau dapat bini yang independent, aku rasa kau memang bertuah sangat ! Bini aku ni manja sikit, sikit-sikit merengek. kadang-kadang aku rimas sebab sikit-sikit nak mengharapkan aku, dia jenis tak boleh berdikari dan buat sendiri tapi itulah aku cakap. Dia dah jadi bini aku pun. Baik buruk dia, aku cuba belajar untuk terima.

Kahwin ni bukan semuanya manis-manis belaka. Kau ingat kahwin in real life sama macam drama tv3 petang-petang tu? Choii ! Kahwin ni bahasa mudahnya perkongsian hidup dengan pasangan, di mana kita kena terima semua baik buruk dia, terlebih terkurang dia, perangai dia, habit dia, dan macam-macam lagilah.

Tapi janganlah disebabkan benda-benda kecil yang kau tak expect before kahwin tu, kau nak bercerai ngan bini pulak. tu namanya bodoh. So, main point dia kat sini, pilihlah bini kerana agama dan akhlaknya, bukan sebab rupa je. kalau ada rupa, kira bonus la kan. Tapi bonus takat mana la sangat. Nanti dah tua berkedut juga. haaha.

Suami Bosan Sebab Isteri Ddk Jauh. Bila Malam Pula Isteri Tidur Awal. Suami Sampai Nekad Untuk Chat Perempuan Lain Setiap Malam. Niat Nak Test Market Tapi Akhirnya Ini Yang Terjadi.

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku Tina duduk di KL. Berumur lewat 20an. Terima kasih sudi share confession aku ni. Aku harap apa yang aku share ni mendapat manfaat hendakNya. Aku mulakan dengan background aku dulu. Aku wanita bekerjaya dan alhamdulillah rezeki sentiasa Allah beri walaupun aku start daripada bawah. Aku baru je putus tunang tahun lepas. Sebab ex tunang aku tak suka aku keje.

Dia nak aku benti keje. Tapi dia tak mampu nak tanggung aku. Malah aku masih ada keluarga yang aku kena hulurkan duit membalas jasa. Lalu, dia putuskan pertunangan dan dah jumpa orang lain dah nak kahwin hujung tahun ni. Hampir 7 bulan aku single. Aku memang doa hari hari supaya Allah tutupkan pintu hati aku dan juga orang lain yang bukan jodoh aku.

Tapi bukakanlah hati aku dan hanya jodohku untuk kami bersama. Sebab tak nak dah jumpa jodoh orang. Dan aku pun tak nak dah reject orang. Aku nak fokus pada diri aku, kerjaya dan keluarga dulu. Kemudian, ada sorang lelaki ni merupakan kawan sekolah asrama lama aku ada DM aku di Instagram.

Aku tak pernah bercakap dengan dia pun kat sekolah dlu. Dia pun tak perasan akan kewujudan aku. Aku check Instagram dia, terang tang tang dia letak di profile “husband to (nama isteri dia)”. Okay aku cakap dalam hati, alamak husband orang ni.

Mula mula dia tanya pasal aku study mana, asal mana, keje mana, tinggal mana, and aku rasa benda tu macam tak normal kut laki orang tetiba nak buat background check macam tu. Tapi aku pikir dia kawan sekolah kut. Mungkin lama tak dengar khabar. Aku pun reply seperti biasa.

Sampai dia tanya soalan yang agak peribadi, lalu aku rasa macam janggal. Dah lah tak kenal sangat kat sekolah. Pastu tak pernah bercakap. Suami orang pulak tu. Dah kenapa dia ni. Aku tak sedap hati. Pastu aku cakap jela straight to the point. Aku single baru lepas putus tunang dah tak payah nak tanya aku lebih lebih. Aku pun start borak pasal isteri dia pulak. Aku rasa tak best la reply DM laki orang.

Kalau tanya benda benda penting okay lagi. Ni macam kau nak berkenalan pulak dah kenapa. Untuk pengetahuan korang, dia keje sebagai engineer di Pengerang. Hmmm so duduk jauh la dengan isteri. Pastu aku tanya isteri dia macam mane waktu PKP ni. Dia cakap duduk rumah mak mertua dia.

Aku macam okay dah la kan. Try untuk end kan conversation. Pastu dia tetiba cakap “Takkan la orang cantik macam kau ni takde sape nak”. Aku amik tu sebagai gurauan. Dia macam cuba sedaya upaya untuk korek kenapa aku putus. Berapa ex aku. Allahuakbar.

Dalam hati aku, aku kata ni kalau laki aku lah pegi DM perempuan malam hari bukan main lagi macam nak berkenalan pulak. Sumpah aku sedih. Aku cakap aku busy ada keje. Pastu dia macam sedih la aku malas nak layan DM dia tu. Dia akan start conversation dengan soalan2 lain. Aku cakap straight, “Aku ada keje la weh, pastu aku tak nak kacau laki orang malam2 ni.”

Confession yang dia buat kat aku ni sangat membuka biji mata aku tentang lelaki yang keje jauh dengan isteri ni, lagi lagi kalau keje offshore ke apa. Tak nak prejudis. Tapi aku faham. Sebab aku pernah kena. Dia kata kat aku, “Aku bosan weh duduk jauh dengan isteri, malam je isteri aku dah tidur”.

Habis tu bini kau tidur, kau pegi DM perempuan lain la buat hilang bosan kau! Eh emosi pulak aku. Aku cakap dalam hati je. Aku dah sampai kemuncak rasa nak marah dah. Pastu masa awal2 conversation dia ada la cakap keje macam ni gaji RM5000 pun tak ckup weh dengan dunia hari ni. Hmmm pandai pancing awek2 yang kaki kikis agaknya.

Maaf la aku bukan yang begitu. Aku hormat isteri kau. Aku siap cakap lagi #TeamBiniSedunia kat dia. Aku end conversation elok elok. Sorry beb. Aku respect kau sebagai kawan aku. Cuma aku rasa sangat tak elok kau buat bini kau cemtu. Kalau kau ada masalah dengan isteri kau yang selalu tidur awal tu, please talk. Please bagi kesempatan pada wanita yang kau nikahi tu peluang.

Aku tak nak isteri kau sedih dapat tahu kau layan perempuan DM sana sini. Test market sana sini. Duit kau, kerjaya kau, aku tak pandang beb. Akhlak dan tingkahlaku kau beb yang orang pandang. Tak tahu la orang lain. Aku begitu.

Pastu tetiba selang berapa hari dia DM aku lagi tanya aku yang housemate aku serumah berapa orang. Kau tak betul ke? Laki orang sibuk tanya housemate aku dah kenapa. Aku ignore tak reply. Soalan kau tak kena la beb. Kau laki orang weh. Seyes aku agak bengang la jugak apa kau buat ni.

Pada aku sangat tak normal. Dia sedar dia ada isteri. Dia sedar dia yang kacau perempuan lain bila berjauhan dengan isteri. Ya Allah terima kasih tunjukkan aku satu contoh depan mata. Dulu tunang aku tinggalkan aku cakap aku ni takde masa untuk dia, masa tu aku tungkus lumus nak cari duit kahwin.

Agaknya macam ni la tunang aku buat. Tu yang 2 bulan putus tunang terus tunang dengan orang lain. Entah entah dah lama kenal. Aku yang tak pernah ada syak wasangka pada dia. Sebab character sama. Keje bagus. Nampak alim. Jaga solat. Tapi bila diuji dengan berjauhan atau masa. Dah mula cari sasaran sasaran test market.

Lupa terus orang yang terima kau seadanya masa bukan sesiapa dulu. Ahhh bukan jodoh. Aku dah move on dah. Just peristiwa tentang kawan lelaki sekolah aku ni buat aku lebih berhati hati dengan lelaki. Allah bagi lagi petunjuk demi pentunjuk. Seram aku dengan perangai manusia disebalik tabir ni. Aku bukan alim juga. Hanya insan biasa.

Aku tak putus doa agar diberikan jodoh yang baik, bukan yang berlakon baik seperti dlu. Aku juga sekarang sedang berubah kepada yang lebih baik. Inilah hikmah Allah nak utus hidayah buat aku lepas putus tunang. Allah tu tak jahat kan. Insya Allah lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Aku percaya tu.

Aku amik pedoman daripada pengalaman aku ni. Aku banyak banyak solat taubat agar dipermudahkan rezeki aku dalam pelbagai segi. Aku dah bahagia dengan diri aku, kerjaya dan keluarga aku. Aku harap jodohku ini penambah seri kebahagiaan bukan perampas bahagia aku. Sama sama usaha. Perkahwinan tak semua indah. Kita yang corakkan. Kalau jumpa pasangan yang betul, betullah rumahtangga tu. Kalau kita je nak betulkan sorang2, tak mampu. Allah Maha Mengetahui.

Kepada adik2 perempuan kat luar sana tu, yang digoda suami atau tunang orang. Jangan teruskan. Jangan sampai orang lain datang rosakkan rumahtangga kita pula. Jangan lah terima lelaki yang bawa cerita sedih pasal isteri ke, tunang dia ke. Tak payah. Lelaki matang selesaikan masalah dia dengan orang yang dia bermasalah.

Bukan cari orang lain untuk menyinggah tumpang keluh kesah. Lagi lagi yang baru putus tu. Tak payah la beriye terima. Istikharah dulu. Bagi masa tak payah gelojoh. Kalau dah jodoh, datang la macam mana pun cabaran kahwin juga. Takkan boleh diambil orang. Jodoh tak pernah salah alamat. “Kita jaga hak orang, Allah jaga hak kita.” Sekian.

Reaksi warganet

Ngah Inei –Saya pun ada pengalaman yang hampir sama. Suami orang ajak jalan jalan di tempat pelancongan atas dasar belanja kawan2. No way man. Awal2 dah kene blok sebab wrong intention. Sebab we are woman actually can sense the niat. Bravo sis… 👏👏

Aisyah Nur –Masa 1st dah tahu dia suami orang patut tak payah layan, tak payah reply. Sebab biasa perempuan macam ni la. Kata tak nak reply, tak nak reply, sekali orang tu dm dia reply jugak. Last2 sangkut. Tapi nasib baik la tt ni bijak diakhirnya. So lepas ni dah nampak laki tu macam tu, better block terus.

Takut nanti iman tak kuat pi reply plak. Sebab perempuan ni memang kadang cepat perasan bila laki dah mula bagi perhatian. Kadang cakap tak nak, tak nak, tapi sebenarnya tertunggu2 jugak. So, better block terus. Itu saja yang bole membuktikan kita ni memang tak berniat jalin hubungan yang salah.

Nuzul Halimatun –Awak berkawan dengan engineer yang tak berapa buat kerja kot , kawan kawan engineeer saya yang lain bercinta pun takde masa. But syabas untuk anda, kalau rasa tak selesa please block please block. Syaiitan ni tak ccuk jarum hari ni, terus suka terus sayang. Take care

Ghazali Jaafar –Air dah naik kepala tu sebenarnya. Tu je. Aku husband orang. Ramai kawan perempuan. Semua cantik-cantik dan bijak seriuosly. Seronok berkawan dengan diorang ni. Sebab bijak. Boleh dapat banyak tips kecantikan dan psikologi perempuan. Boleh je kawan lain jantina ni. Tapi niat hati tu kena betullah. Tu je. Apa-apa terpulang pada niat.

Sumber – Tina (Bukan nama sebenar) via IIUMC, apampink

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.