Suami cabar bini buat sesuatu. Suruh bini letak tangan atas benda alah ni sebab bini tak bagi dia keluar lepak. Akhirnya apa yg berlaku membuatkan suami terkejut.

Kisah Rumah Tangga

Assalamualaikum semua, Hari ini aku nak buka luahan hati kecil aku sebagai seorang lelaki. Ya, aku menaip ejaan dengan penuh bagi memudahkan mereka membaca luahan aku ini. Aku sudah pun berkahwin. Dan kemungkinan ramai yang mengkritik aku setelah apa yang aku luahkan.

Aku jadikan ia sebagai satu pengajaran bagi aku dan semua. Aku berkahwin dengan seorang wanita. Baik orangnya. Bertudung labuh. Berpurdah. Sangat cantik di mata aku. Lagi lagi dia berlesung pipit di pipi gebunya itu. Setiap kali memandang ada iras iras juliana evans Itu bukan kisah yang aku nak ceritakan.

Kami bertemu di masjid kampung aku. Waktu itu bulan puasa 4tahun lepas. Dia pergi sembahyang tarawih di masjid itu begitu juga aku. Hati aku berkenan melihatnya. Aku senyum setiap kali dia terpandang aku, Tapi dia menjeling kepada aku.

Lalu aku menyatakan hasrat aku untuk jadikan dia zaujah dunia akhirat aku. Aku ringkaskan saja. Punya lama aku mahu dapat si dia. Akhirnya Allah berikan aku jua dia kepada aku. Aku ni jahat. Aku kaki botol, kaki club. Menjual barang terlarang sana sini. Tapi aku bukan kaki perempuan. Sejahat jahat aku, aku belum lagi buat benda terkutuk. Kenakalan aku itu saja. Itu semua kerana aku salah pilih kawan.

Tapi itu dulu, Aku sudah pun bertaubat. Bulan demi bulan. Aku dinikahkan dengan si dia. Perkahwinan kami tahan selama 4 tahun sahaja. Dalam masa itu, aku tahu aku banyak buat kesalahan. Dia? Jalankan tanggungjawab dia sebagai seorang isteri, Masakkan dia sungguh memberi aku selera bertambah. Kawan kawan aku yang rasa setiap masakkan dia. Penuh dengan memuji. Isteri aku memang pandai memasak. Membuat kuih kek dan sebagainya, Dan dia tidak pernah meninggikan suara dia apatah lagi lawan cakap aku.

Ya, banyak kali aku menengking dia. Tapi dia? Senyum dan memujuk aku. Sejuk hati aku. Sangat tenang melihat raut wajahnya. Dan selama perkahwinan kami. Setiap kali aku menengking dia hanya satu sebab saja. Dia melarang aku keluar melepak dengan sahabat aku. Yalah. Aku kenal kawan aku dulu dari dia. Itu kata aku setiap kali dia memujuk ku agar tidak keluar dari rumah. Dan sampailah satu tahap. Aku terlalu geram. Waktu itu dia sedang membakar satay yang diperapnya. Aku laju melulu ke pintu tanpa menoleh sikit pun pada dia.

Dia mencapai tangan aku dan menarik tangan aku. Ayat dia selalu ungkap pada aku “abang.. Sudahlah tu pergi keluar. Dah malam. Janganlah tinggal saya seorang abang. Temanlah saya malam ni”. Aku geram. Ya aku terlalu geram. Sampai aku memberontak kepada dia. Sambil malam itu aku mencabar dia. Ya Allah jahat sangat aku terhadap isteri ku, Aku menyuruh dia letakkan tangan di atas pemanggang satay jika betul dia tidak mahu mengizinkan aku keluar. Lalu apa yang dia buat? Malam itu dia letakkan tangan dia di atas pemanggang itu.

Aku penuh hamun pada dia. Dan menyatakan dia meroyan. Lalu aku pun pergi keluar seperti biasa pada malam itu. Tanpa Hiraukan kesakitan dia itu. Aku tidak mempunyai anak. Kerana aku rancang. Aku belum sedia mempunyai anak. Dan aku tak berapa suka budak².

Aku pun balik waktu subuh. Ya, aku buat perangai lama aku balik. Ini semua sebab kawan. Aku melihat isteri aku tengah solat di bilik. Dalam keadaan sujud. Aku biarkan. Dan aku mandi lalu terus menjunam ke katil. Biasanya isteri aku lepas saja solat. Dia akan datang pada aku. Memberi segelas minuman air 30juz. Itu isteri aku buat sendiri.

Ya, dia seorang hafizah. Penghafal al quran. Aku tahu, aku tak layak. Sungguh aku tak layak buat dia. Dia bidadari syurga manakala aku ahli ner4ka. Dari segi nafkah, aku abaikan. Isteri aku jenis bukan suka meminta minta. Dia mahu, dia usaha. Jadi aku tahu dia ada duit. Ya duit dia menang pertandingan hafazan. Setiap kali dia lawan hafazan di mana mana. Jadi selama aku makan. Dia yang belikan. Duit aku? Aku beli minuman terlarang, joli sana sini dengan perempuan.

Aku menunggu dia datang menerpa aku. Tapi.. Tidak.. Aku sangka mungkin dia merajuk pada aku.. Aku pergi ke bilik satu lagi.. Aku membuka pintu. Ya Allah, Isteri aku tak gerak gerak dari sujudnya. Aku goyangkan dia. Akhirnya jasad dia terjatuh. Aku seakan tak percaya. Apa kah dia tinggalkan aku.

Apakah dia sanggup tinggalkan aku. Ya Allah. Banyaknya kesalahan aku buat pada dia. Sampaikan dia sepatah pun tidak pernah ingkar cakap aku. Itu saja kisah ringkas aku. Aku menaip dengan air mata. Aku tak sanggup taipkan apa kesalahan aku pada dia lagi. Aku tak sanggup tenanglah wahai istri aku. Tenanglah kau di sana. Assalamualaikum.

Baru Masuk Sekolah Menengah Tapi Gadis Ni Kena Paksa Kahwin Dengan Pakwe Sebab Dia Disahkan Hamil Ank Pakwe Dia. Masa Hamil Ank Ke 3 Dan Masa Tengah Pantang Suami Buat Macam Macam Kat Dia. Akhirnya Ini Yang Berlaku.

Foto sekadar hiasan.Assalamualaikum. Nama aku Safiya berusia 29 tahun merupakan ibu kepada tiga cahaya mata. Aku menulis disini kerana ingin bertanyakan pendapat pembaca semua. Aku kini hanya tinggal 29 hari (semasa menulis kisah ini) sebelum hari perbicaraan.

Sebelum aku mulakan kisah dengan lebih lanjut. Mari aku ceritakan latar belakang aku. Aku semasa bersekolah dulu merupakan pelajar cemerlang, top debater peringkat daerah, public speaker yang mewakili daerah ke peringkat negeri, wakil daerah bola jaring.

Namakan apa apa aktiviti ko kurikulum dan akademik. Mesti aku yang jadi wakil sekolah. Namun begitu, ketika aku berumur 16 tahun sesuatu terjadi hingga merubah segalanya. Aku berkenalan dengan seorang lelaki yang menjadi suami aku ketika berumur 16 tahun. Kami hanya bercakap, message dalam phone sahaja. Tidak pernah berjumpa sehinggalah cuti sekolah pada bulan Disember. Kami berjumpa.

Pada mulanya aku hanya ingat dia mahu berjumpa macam orang lain. Keluar makan, tengok wayang tapi sebaliknya yang terjadi. Dia telah membawa aku melakukan perkara terkutuk itu walaupun aku tak nak. Dia memaksa aku. Dan ketika itu aku sedar yang aku nie hanya untuk dimain mainkan dan aku berjanji takkan jumpa dia lagi.

Setelah sebulan, akhirnya aku perasan yang aku tak peri0d, kerap sakit kepala, makan muntah. Aku tahu aku mengandung tapi aku sembunyikan dari pengetahuan semua orang. Aku pergi sekolah macam biasa, buat macam biasa. Ketika itu aku tidak lagi berhubungan dengan suami.

Sehinggalah ketika aku mengandung 20 minggu, mak aku perasan perut aku dan ketika itu aku terpaksa berterus terang dengan mak aku apa yang jadi. Keluarga aku mengambil keputusan untuk nikahkan aku. Aku hanya mengikut walaupun aku tak nak bernikah dengan dia.

Sebab setelah check, suami aku ketika itu memang ade berhubungan dengan perempuan lain. Aku akur dengan keputusan keluarga sebab aku tahu memang aku yang salah. Kalau aku tak ambil keputusan untuk jumpa lelaki tu mungkin aku takkan mengandung.

Setelah bernikah, aku tetap meneruskan pelajaran aku. Aku mengambil SPM ketika mempunyai seorang anak. Aku memperoleh 6A tapi hanya melanjutkan pengajian di kolej swasta kerana tidak dapat tawaran ke IPTA. Mungkin sebab status aku yang dah berkahwin.

Banyak perkara yang bercanggah selepas aku kahwin. Sebagai contoh asal usul suami, dia cakap dia dari negeri P. Setelah tengok surat beranak dia. Mak bapak dia orang negara jiran dan dia tidak pernah bersekolah sepanjang hidup dia. Dia dibesarkan oleh jiran jiran dan bekerja sejak umur 8 tahun.

Aku ada bertanya tentang keluarga suami namun suami aku nampak tidak berminat dengan pertanyaan aku. Suami aku merupakan salesman used car yang bergaji RM400, walaupun sikit tapi Alhamdulillah cukup untuk kami sekeluarga.

Walaupun pada mulanya susah, namun suami aku seorang yang bijak mengambil peluang. Dia banyak buat kerja tambahan untuk menampung keluarga. Pada awal perkahwinan, memang kami kerap bergaduh. Mungkin sebab aku cemburu. Dia juga tetap berhubungan dengan kekasih dia. Pernah jugak aku terbaca mesej dia. Dia cakap walau macam mana pun dia tetap sayangkan perempuan tu.

Perkara tu buat aku rasa sedih, rendah diri. Aku rasa dia hanya terpaksa mengahwini aku. Dia pernah cakap kat aku, anak tu bukan anak dia. Mungkin anak orang lain sampai dia terpaksa kahwin dengan aku. Tapi aku yakin dan pasti sebab tiada lelaki lain yang pernah sentuh aku kecuali dia.

Akhirnya, bila anak keluar dan muka sama macam dia baru dia mengaku. Kami kerap bergaduh ada sekali dia kasari guna kasut sampai biru ditangan namun setakat itu je yang dia buat. Selebihnya banyak perkataan yang menyakitkan apabila bergaduh.

Sehingga tahun keenam perkahwinan, suami mula berubah. Banyak duduk didalam bilik. Sebabkan aku boleh access account dia, banyak transaksi pindahan wang yang mencurigakan. Akhirnya aku dapat tahu dia aktif main benda tak senonoh online. Setiap kali aku tanya setiap kali itulah aku dikasari sehingga biru, tak boleh bangun. Selepas main benda tu, aku jumpa barang terlarang pula. Dalam beg dia tapi dia cakap kawan dia punya.

Aku percaya. Sejak jumpa benda tu, dia tak menjalankan tanggungjawab dia. Duit tak pernah bagi. Kerap minta duit kat aku. Aku tetap bertahan. Ketika aku mengandung anak yang ketiga, perut aku pernah dipijak ketika sarat. Alhamdulillah takde apa yang teruk terjadi. Cuma ketika itu aku hanya mampu berdoa kalau aku teraniaya, aku harap Allah tunjukkan jalan untuk aku.

Setelah bersalin, aku buat keputusan untuk berpantang dirumah mak aku. Setelah 2 minggu berpantang, aku ambil keputusan pulang kerumah. Sampai je dirumah, keadaan rumah berselerak. Apabila aku tengok atas katil, aku tahu suami aku ada bawa perempuan lain dan perkara itu betul. Jiran jiran nampak suami aku bawak perempuan lain. Itupun jiran bagitahu selepas suami aku diserbu polis.

Ada satu hari ketika anak aku main telefon suami, aku tergerak hati untuk buka whatsapp suami. Aku nampak banyak screenshot transfer duit kat acc nama perempuan dan suami aku panggil perempuan tu baby. Aku tanya suami aku perihal itu, akhirnya aku dikasari teruk. Bibir pecah, kedua dua mata aku biru. Tangan, kaki biru. Aku dikasari selama 6 jam. Suami aku bawa aku ke satu tempat dan dia cakap dia akan pastikan aku pergi buat selamanya hari tu juga. Anak anak ada dirumah pada masa tu termasuk baby berusia 40 hari.

Setelah aku dikasari, akhirnua suami hantar aku pulang kerumah dan dia trus keluar rumah. Aku buat keputusan untuk laporkan kepada polis. Polis suruh aku pergi hospital untuk checkup. Setelah beberapa hari suami aku ditahan, aku buat keputusan untuk berpindah dan mulakan hidup baru.

Alhamdulillah kehidupan ditempat baru okay, cuma aku sembunyikan status aku daripada pengetahuan kawan kawan sekerja. Suami aku ditahan disebuah hotel besi kerana tidak mampu membayar wang ikat jamin. Aku ada melawat suami disana. Nampak keadaan dia makin okay. Sebelum suami masuk hotel besi, aku ada failkan perpisahan. Suami ada bagitahu yang dia tak nak bagi kerjasama.

Dia akan buat hidup aku tersiksa. Disebabkan aku berpindah ketempat lain, aku pun jadi malas nak teruskan kes perpisahan. Atas faktor kos perjalanan dan cuti. Aku baru berkerja dan aku tak nak orang terbeban aku cuti.

Semasa melawat suami aku, dia cakap dia akan lepaskan aku kalau aku tarik balik kes. Semasa sebutan kes perpisahan yang pertama, bila hakim cakap setuju atau tak dia nak lepaskan aku. Dia cakap dia sayangkan aku lagi. Aku bersetuju untuk tarik kes. Aku dah tarik balik laporan polis yang aku dah buat.

Jujur aku cakap time tu pun aku masih sayangkan dia, nak dia ada bersama besarkan anak anak. Lagi lagi bila tengok baby aku nie. Kesian. Langsung tak pernah rasa kasih sayang seorang bapa. Cuma masa PKP nie aku tak kerja. Banyak masa terluang, aku banyak membaca sebab aku pun ada major dpr3ssion dan anxiety selepas apa yang jadi nie.

Akhirnya aku dah sedar, aku tak perlukan dia lagi dalam hidup. Anak anak dah boleh terima apa yang jadi nie. Sehingga ke hari nie, walaupun hotel besi dah boleh melawat. Aku memang dah tak nak jumpa dia. Khamis lepas sebutan kes di mahkamah sesyen. Peguam minta kes diteruskan dan dibicarakan. Bulan depan aku kena datang sebab diminta angkat sumpah jika tak nak teruskan kes.

Kalau orang tanya apa yang aku nak ketika ini, aku hanya nak diri aku bebas dari seorang lelaki yang bernama suami. Bagi aku kalau dia dibebaskan lagi senang aku nak berpisah ataupun keputusan yang aku buat ni salah. Aku mohon pandangan semua tentang apa yang jadi dan aku minta komen pembaca semua tentang apa kaedah pencerraian yang boleh aku mohon. Terima kasih semua.

Reaksi warganet

Puan Zuera – Masa mengandung dikasari, suami bawa perempuan lain ke katil, dikasari selama 6 jam masih lawat suami kat hotel besi… Aduh… Jangan nanti puan dikasari sehingga hilang nyawa udah la. Nauzubillah, mintak di jauhkan.. Andai terjadi perkara tu, anak sapa nak jaga? Suami ke?? Mustahil. Silap silap dijual anak tu…. Fikir masa depan anak, kalau dia tak boleh jadi ayah yang terbaik untuk anak puan, masih ada lelaki lain yang boleh ganti tempat dia. Semoga dipermudahkan urusan.

Nuranis Hidayah – Bila berdepan dengan suami mcm ni, cara terbaik ialah tuntut fasakh. Kumpul semua report polis termasuk report perubatan puan, then cari peguam untuk bawa kes ke mahkamah. Puan pun kenalah kuatkan hati, jangan terpedaya dengan kata kata suami. Biarkan je dia kat dalam tu, tak perlu susah payah keluarkan dia. Nanti hidup puan pula yang susah. Apa apa pun semoga dipermudahkan. P/s: Duit peguam agak mahal. Minta family bantu kalau kos tak mencukupi. In Shaa Allah mereka akan faham.

Eyza Abu – Relakan diri disiksa depan anak anak tu bukan cerdik. Anak nampak bapak kasari mak, esok anak dah besar kawin pun buat kat isteri yang sama, silap anak pun kasari mak sendiri nnti. Jangan bongokkan diri dipijak pijak. Islam tak jahat, dalam bab munakahat isteri boleh bubarkan perkahwinan dengan sebab sebab yang jelas.

Kalau suami tak datang mahkamah, lagi mudah nak urus. Jumpa la peguam Suzana, bayaran murah. Kalau sendiri sayang dan cari derita terserah. Tak payah ngadu dengan orang. Ramai je ibu tunggal lagi success besar kan anak. Islam tak ajar kita jahiti diri. Allah tak jahat tapi diri anda sendiri yang SANGAT jahat. Kursus kahwin 2 hari tu tak cukup lengkap untuk belajar bab munakahat. Terlalu banyak tajuk2 yg wajib dipelajari yang tidak diajar waktu kursus.

Norziah Othman – Adik, teruskan berjuang untuk berpisah. Tak ada gunanya lelaki ynag bergelar suami seperti itu. Adik masih muda, perjalanan masih jauh, besarkan anak anak.. Jauhkan diri daripada syaiitan bertopeng manusia tu. Saya doakan moga adik sentiasa dilindungi dan dimurahkan rezeki. Amiin

Nadia Syauqi – Tak faham sungguh dengan cara sis ni. Kata cerdik, tapi boleh masuk perangkap biawak. Dah buat report polis, terkene pujuk dah tarik balik. Dah selalu dikasari, masih sanggup lawat laki tu dalam hotel besi. Tu bukan kasari biasa sis. Apa apa pun keputusan terpulang sis. Jika rasa sis masih ingin bahagia dalam hidup bertegaslah dengan jantan tersebut. Bila masih sanggup tadah untuk dibantai. Ya, itupun pilihan sis. Orang lain hanya mampu bagi nasihat. Selebihnya fikirlah jalan hidup macam mana sis inginkan..

Bani Kamarulzaman – Momen hidup Puan sebenar nye telah pun musnah saat Puan disuruh paksa berkahwin dengan Lelaki itu oleh family Puan. Simpati Saya dengan nasib Puan. Tapi Saya pasti, 6+ tahun hidup tersiksa bersama si syaiiton itu, tak mustahil Puan boleh survive hidup tanpa nya…

Andaikata lepas nih jadi ibu tunggal, Saya benar berharap Puan dapat didik anak anak Puan sebaik baiknya kerana memori memori dan momen momen yang berlaku depan mata mereka telah pun terpahat macam kesan kotoran, susah nak ilang. Dah banyak dah ibu tunggal yang berkata dalam hidup tanpa langsung kehadiran seoran insan bernama suami. Jadikan itu sebagi contoh Dan semangat buat Puan Dan anak2. Smoga Puan berjaya dalam hidup selepas ini.. Insyaallah.

Sumber – Penyembuh kesayanganku (Bukan nama sebenar) via IIUMC.