Suami cakap kat isteri nak pergi outstation rupa rupanya dalam diam dia buat benda terkutuk dengan staff hotel. Akhirnya kantoi dan ini tindakan isteri.

Kisah Rumah Tangga

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum. Aku kenalkan diri aku sebagai Fifi, berusia 29 tahun dan dah berkhwin 6 tahun. Aku tidak tahu bagaimana nak mulakan cerita ni. Sebelum berkhwin, aku dan suami (aku gelarkan Shahrill) bercinta 5 tahun. Sebelum bertunang, Shahrill kantoi ada perempuan lain selepas kerap kali outstation. Aku memutuskan hbungan dan menukar nombor telefon.

Tapi Shahrill berusaha untuk pujvk aku kembali, Shahrill mencari aku di tempat kerja dan berjanji untuk berubah. Aku meletakkan syarat supaya kami bertunang dan bernikah dalam masa terdekat. Shahrill menunaikan janji meminangku dan bernikah selepas 2 bulan bertunang. 5 hari sebelum bernikah, Shahrill meluahkan rasa dia berubah hati dan tak dapat lupakan perempuan tu dan bercadang membatalkan pernikahan kami.

Aku ambil pendekatan untuk tetap tenang dan mencadangkan supaya kami bernikah dan berpisah selepas itu kerana memikirkan persiapan semua 99% dah selesai dan juga memikirkan keadaan mak aku yang tengah sakit selepas tak boleh bergerak ak1bat bp tinggi. Shahrill bersetuju.

Seminggu selepas nikah aku meluahkan hal perpisahan tetapi Shahrill bersungguh-sungguh memujuk aku supaya lupakan untuk berpisah kerana dia dah pilih aku untuk jadikan isteri. Dipendekkan cerita, setahun lebih bernikah aku masih dara. Rupa rupanya Shahrill tak sentuh aku sebagai bukti kepada perempuan tu yang Shahrill masih sayangkan dia.

Perempuan tu tahu kami sudah berkhwin dan Shahrill membuktikan dia terpksa khwin dengan aku dengan tidak menyentuh aku. Selepas kantoi perkara tu, aku jadi hiIang arah. Aku saktkan diri aku, aku kasari diri aku. Aku ambil cuti seminggu dengan menipu boss aku kegugran. Shahrill bawak aku bercuti dan dalam keadaan paksa Shahrill ‘bersama’ aku.

Kenapa aku cakap paksa? Sebab tanpa kerelaan hati aku yang tawar selepas tau dia tak sentuh aku sebab masih nak kan perempuan tu. Aku dipaksa sambil aku menangis. Selepas tu, setahun boleh kira dengan jari berapa kali Shahrill menyentuh aku. Setahun selepas kejadian tersebut (fasa bahagia aku), Shahrill kantoi lagi dengan perempuan lain. Kali ni aku tahu dia berwhatsapp tidak senonoh, mereka berkongsi gambar tak senonoh masing2.

Aku larikan diri dan bermalam di hotel 3 hari. Tapi masih berhubung dengan Shahrill. Aku mintak izin untuk menenangkan diri. Dan ianya berakhr apabila aku menyuruh Shahrill call perempuan tu depan aku. Mengaku dia beristeri dan stop berhubung. Selesai bab tu.

Next, juga setahun aku baru nak bahagia dan pulih dari kemvrungan dan anxiety attck, Shahrill perlu ke outstation luar negeri selama 3 minggu. Masa tu aku Ok dan biarkan dia pergi tanpa langsung rasa syak wasangka kerana dia dah berubah dan menjalankan tanggungjwab dia seperti biasa. Ada jugak hari yang Shahrill booking flight untuk aku ke tempat dia outstation.

Ceritanya bermula selepas dia balik dri outstation, seminggu selepas tu dia outstation semula di tempat yang sama. Sehari sebelum dia pergi, aku meminjam telefon Shahrill sebab nak call mak aku (handphone aku pakai kredit, Shahrill guna bill). Tergerak hati aku nak bukak whatsapp Shahrill.

Rupanya naluri aku betul, Shahrill kantoi bercinta dengan staff hotel yang dia menginap masa dia outstation dulu. Dan mereka dah pernah keluar sekali. Outstation kali ke2 mereka dah rancang untuk jumpa lagi tapi kantoi dengan aku. Aku marah, sakitkan diri. Aku suruh dia lepaskan aku. Aku dah tak tahan dia buat macam ni. Sedangkan semua tanggungjwab aku laksanakan. Dari makan, pakai, tempat tidur, nafkah batin semua aku tunaikan.

Hari tu Shahrill menangis tengok aku marah dan suruh dia lepaskan aku. Shahrill bersungguh sungguh menangis dan peluk cium kaki aku. On the spot aku suruh Shahrill call perempuan tu untuk berterus terang dia dah kawin. Shahrill buat apa yang aku suruh. murung aku datang semula. Malah makin teruk hari2 aku menangis, tak dapat tidur dan kurang selera makan.

Aku ingatkan penderitaan aku sampai di situ, rupanya tak. Senangnya Shahrill berlakon dengan airmata buat aku percayakan dia. 2 minggu selepas tu, Shahrill perlu outstation (tentang outstation dia betul, cuma dia akan pergi awal untuk jumpa perempuan tu). NaIuri aku kuat untuk hack whatsapp Shahrill tanpa pengetahuan dia.

Pagi tu sebelum bertolak kami sempat berpelukan dan aku menangis dipelukan dia sambil bercakap aku tak kuat jangan buat macam ni dekat aku lagi. Dia mengiyakan dan berlalu pergi. Sungguh gerak hati aku tepat, aku check whatsapp Shahrill yang aku hck. Ya allah, Shahrill dalam perjalanan jumpa perempuan tu. Mereke berwhatsapp plan keluar ke mana.

Entah apa yang merasuki aku, aku pecahkan almari, tingkap rumah semua. Aku ambil kaca dan tangan dan Ieher aku. Cairan merah memercik 1 bilik. Aku ambil gambar dan hantar ke Shahrill dengan mesej, “Allah nak tunjuk sekejap je, ni yang kau pilih. Terima kasih sangat sangat”. Beserta gambar screensht whatsapp mereka. Aku terus hdupkan enjin kereta untuk ke hspital. Shahrill berulang kali whatsapp dan call aku. Aku diam tanpa kata.

Sampai dih0spital aku dimasukkan ke zon kuning, masa tu aku diam seribu bahasa. Selepas doktor datang untuk cek aku dan bertanya apa yang terjadi. Aku terus mennagis sekuat hati aku. Aku meluahkan apa yang berlaku. Selepas sejam lebih di hospital, Shahrill sampai memeluk aku dan meminta maaf. (Aku tak pasti macamana dia tahu aku kat situ) Aku masih diam tanpa berkata apa2.

Selepas rawatan selesai aku terus di rujuk ke Klinik Pskiatri hospital tersebut. Suami aku juga diberi kaunseling (atas permintaan aku) tetapi berasingan. Aku diberi ubat pskiatri 2 jenis dan dibenarkan pulang. Shahrill ambil cuti 2 minggu menjaga aku. Sebulan telah berlalu, aku masih kemurngan dan perlu makan ubat. Shahrill hari2 akan mintak maaf dan peluk cium aku. Aku masih tak “move on”. Hampir setiap hari aku kena anxiety attck, berpeIuh, jntung berdegup laju, tangan kaki menggigiI dan terasa Iemah.

Hari2 aku hanya terbaring kaku tanpa buat apa2. Seminggu pertama selepas kejadian, aku tak dapat menguruskan diri aku dengan sempurna. Aku masih menangis hari2 mengenangkan apa saIah aku. Kenapa aku diperlakukan begini. Kenapa dia tak lepaskan aku kalau dia tak suka pada aku. Kenapa perlu simpan aku sedangkan dia seringkali tidak setia dengan aku.

Aku bukan seperti aku yang dulu. Aku seorang yang happy go lucky, di sekolah aku lah ketua pengawas, ketua kawad. Di kampung ,aku terkenal sebab sikap ramah dan baik aku dengan semua orang. Saudara mara aku kenal aku dengan sikap periang, dan bila aku tak balik kampung mereka akan call cakap tanpa aku tak meriah rumah.

Pernah 1 hari aku tersentak dengan soalan pakcik aku. Dia datang ke rumah terus ke dapur tempat aku berada, dia bercakap, “Ada masaIah apa2 ke Fifi? Kenapa muka Fifi lain. Pakcik peIik kalau Fifi balik tapi rumah sunyi. Dulu pakcik sampai kt luar pun dah dengar suara Fifi dari dalam. Fifi sihat ke?”.

Allah, tersentak aku. Pakcik aku pun sedar ‘kehilangan’ diri aku yang sebnar. Ibu, ayah, adik2, pakcik2 , makcik2. Maafkan Fifi. Fifi dah tak macam dulu. Fifi sakit, Fifi perlu makan ubat. Fifi takt jumpa orang, berat Fifi dah turun 7 kilo, Fifi terper4p dirumah hari2. Fifi menang1s. Fifi sayang Shahrill. Kalau Shahrill tak sayang Fifi, Fifi rela dilepaskan.

Fifi tak mintak semua ni. Fifi tak kuat. Macam mana Fifi nak mintak t0Iong sedangkan sekeIumit kum4n pun Fifi tak pernah share apa2 masalah Fifi dengan orang. Fifi tanggung semuanya sendiri. Fifi tak nak menyusahkan semua. Fifi yang pilih Shahrill. Allah pilih Fifi untuk lalui semua ni.

Doakan Fifi dari jauh. Doakan semangat Fifi puIih. Doakan Shahrill berubah ke arah lebih baik. Sebab Fifi dah tak kuat, Fifi sekarang seperti tebing sungai yang menanti masa untuk rntuh dan hnyut. Fifi tkut. Fifi tkut kesabaran Fifi diuji lagi. Fifi takut Fifi mengakhirkan nywa Fifi ditangan sendiri.

Tolong Fifi. Fifi tak Iarat. Fifi tak kuat. Kepada perempuan diluar sana, aku tak slahkan korang kalau korang bercinta tanpa tahu laki tu suami orang. Tapi bila korang tau tapi masih meneruskan hbungan, korang memang nak menjtuhkan kaum korang sendiri. Mintak semangat semua. Saya dalam fasa kemrungan yang terk, perlu ambil ubat dan jumpa doktor. Saya bukan diri saya sekarang. Dengarlah Iuahan aku Ya Allah insan yang tak bersalah. Aku Iemah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : GEMPAK ONLINE

Artikel Lain: Isteri Tengah Sakit Tapi Suami Boleh Pergi Bercuti Dengan Ex Tunang Sampai Belikan Cincin Bagai. Satu Hari Isteri Kena Talak 3 Dengan Suami. Lepas Suami Talakkan Isterinya Ini Yang Terjadi.

“Hai Nad. Saya start follow kau since September 2018. I’ve been thinking a lot about this and now finally saya ada keberanian untuk share my story with you. I saw what you posted. You’re very motivated. Remind me of my ex-wife. Hope you ada masa untuk kita chatting.” – Ben (bukan nama sebenar)

Dalam akal saya, ini kali ke 9, lelaki bercerita dengan saya kisah hidup mereka. Selalunya mereka akan bercerita tentang masalah kewangan dan beban tanggungan keluarga. Tapi kali ini, kisah yang menyentuh hati saya dan cukup buat saya tersentap. Thank you Ben for letting me share your story. Jika kau baca posting ini saat ini, doa saya kekal bersama kau.

Hai Nad. I’m Ben. Nama Ben tapi saya Muslim. Ben itu cuma nama glamour la katakan. Saya dah lama menetap di Sabah since 2009. Dah macam orang sini rupanya tapi slang Tanah Melayu itu masih lekatlah. Hehe! Saya rasa kau boleh agak apa kerja saya, kan? Posting sana sini. Beruniform. Ya, saya Abang Polis.

Short story, saya baru lepaskan my ex wife which is seorang Mualaf. Saya lepaskan dia masa bulan Mei 2018, 4 bulan selepas itu saya follow your Facebook atas suggestion one of my friend. He said, follow FB Natalia Aivy Dibit, she’s a writer, she write about real story, she can be a good listener too.

Okay back to story. Saya lepaskan dia sebab dia kena diagnos oleh doktor pakar sakit mental dengan MDD (Major Depressive Disorder) and AD (Anxiety Disorder). She been follow up under Hospital Mesra Bukit Padang. Masa memula kenal, dia tak menampakkan langsung ada masalah benda ini until one day, selepas 2 tahun kami berkahwin, she changed a lot. Kami dah usahakan untuk kaunseling, doktor pakar juga ada buat family conference tapi hati saya dah tertutup untuknya.

Forever. She’s a ‘Patung Hidup’. Saya jadi tawar hati bila dia mula ignore saya. Ignore what I want. Saya ke tempat kerja tanpa diurus. Saya hidup jadi bujang balik sebab ada isteri, tapi isteri ‘Sakit Otak’ dan saya juga mula ‘sakit’ batin menahan diri. I’m a man. Yes, I need to blow out my desire and my wife always rejected me. Bukan sekali, tapi setiap kali. Saya dah pujuk, jaga makan minum, saya dah macam orang hilang akal. She keep ignoring me until satu malam saya marah, I hit her.

She cried. Two days later, I received call from hospital, my wife admitted sebab suicidal attempt. She tried to cut her wrist and throat. Masa itu, saya rasa marah sangat-sangat. People saw me as a failed husband. Husband yang tak mampu jaga wife. I called her parents, I want her to balik kampung and rest there until semuanya lega. Tapi saya lupa. Lupa bagaimana peritnya kami mahu berkahwin dulu. They rejected my call. Oh hmmmm.

My wife, work as a public officer too tapi lain sektor. Dia diberi cuti tanpa gaji untuk berehat panjang. So, dia harapkan gaji saya sajalah untuk makan minum semua. Saya terbeban. Semuanya berubah 360°. Masa sesi kaunseling pun my wife tak bagi banyak respon. Sampai doktor kata, saya tak nampak ini masalah rumah tangga. Saya pun tak tahu apa masalah sebenarnya.

I’m clean, yes, wife saya yang bermasalah. Tapi saya ini mudah benar lupa. Dan sekarang, saya menyesal dan saya mahukan dia kembali. This is what happened when kau dah terbiasa ‘main luar’ kau rasa seakan kau tak salah apa-apa pun. Yup, sebab saya tak pernah kedapatan oleh my wife. Kami tak pernah argue pasal selingkuh. That’s why saya tahu my ‘game’ akan selalu selamat.

Semuanya terbongkar bila hari saya jatuhkan talak, she cried infront of me. Itulah pertama kali saya nampak dia betul-betul menangis dan macam orang nak putus nafas. And guess what Nad, malamnya saya lagi menangis. Bongok, kan? And now, mesti orang akan kata, padan muka kau. Dalam sedu dia luahkan semua dan saya takkan lupa sampailah sekarang.

“I know this day will come. The day you let me go. The day I become your ex. Saya dah penat berjuang. Saya keguguran 4 kali masa kita kahwin. Saya operation cyst 5 kali, 5 kali itu juga saya dibius penuh. I lost both side of my tube and my left ovary too. And now saya kena sahkan ada penyakit stage 3. Tambah lagi dengan depression & anxiety. And you’re leaving me. My family buang me since kita kahwin.”

“I convert into Muslim, you never guide me how to attempt prayer, how to mengaji. I go by myself. Saya belajar sendiri dan itu pun bila saya ajak solat sama, you prefer to stay sleep and biarkan solat subuh pass by. Your mom never like me. She likes your ex fiance a lot. She serbu me. She asked me to stay away from you. Dia kata saya bawa sial. Dah kahwin tapi tak preggy lagi. Abortion memanjang. Cyst memanjang.”

“Lastly, apa saja yang tinggal inside my rahim hanya untuk buat you keluar masuk you punya. I asked Allah, why ini jadi, why?! My husband said Islam itu indah tapi why he never guide me? I lost and thanks to your ex fiance, she asked one of her friend which is ustazah to guide me here. Hari ini when you lepaskan saya, remember, jangan tangisi saya. You called me patung hidup infront of your ex fiance. She’s pretty, kerja lawyer lagi. I know you ada contact dia.”

“I know you ada balik KL and jumpa, makan with your family. She’s an angel. Tapi you silap, Ben. Kami ini wanita. Kami tak menjatuhkan sesama diri. Kau lupa dia educated. She fly to Sabah and cari saya. She cried and minta maaf. She pay for my operation masa di Gleneagles. She pay everything sebagai tanda maaf. Dia kata, dia tak tahu saya sakit dan sengsara.”

“Dia cuma tahu kisah saya gagal jadi wife yang baik. Until one day she korek about me. Allah maha besar. My boss, cousin dia. She melutut infront of me minta maaf, she cried minta diampunkan, she kiss my leg, hug my leg. She return me back your ring, ring yang you beli harga ribu ringgit masa di KL. Dia kata both of you ada plan untuk bercuti ke New Zealand, together with your mom.”

“She give me the ticket, she changed to my name. And now saya bagi balik tiket ni. Pergilah. Saya tak layak untuk benda ini. Saya tahu kau dah susah payah nak lepas ke luar negara. Kau turun naik sana sini untuk pelepasan anggota ke luar negara. Sedangkan masa kita kahwin, saya nak bawa kau ke London, kau cipta macam-macam alasan. Pergilah and have fun there. Tapi, jangan rindu saya pula.”

“Saya bukan sesiapa. Kereta yang selama ini saya bayarkan and your big bike, it’s okay, saya dah settle kan semua. If you nak bayar balik, terpulang. Segala apa saya spend untuk kau, saya halalkan. I wish you all the best, Ben. My previous religion taught me, love your enemy, forgive others who hurt you. And kerana cinta, I left everything behind. I follow you but saya sedih bila kau tak pernah nak guide saya. Saya gagal tunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam dan gagal jadi isteri yang baik. Saya minta maaf, Ben.”

She walk away and never turn back….

Saya tangisi benda ini since May 2018 until today. I tried to call her, unreachable. I ke tempat kerja dia, she’s not there. Her boss kata dia dah urus for early retirement. Saya jadi macam orang hilang akal. Saya pernah tunggu dia di Hospital Likas sebab kawan bagitahu sanalah tempat pesakit akan buat terapi. But, she’s not there. Saya cari di Gleneagles juga tiada. Mana-mana hospital swasta pun tiada. I called her family member, macam biasa, tak berjawab.

Until one day, I saw her poster out of hotel. I shocked. A hijabi. I looked at the name. It’s her. Yes! Memang dia. I contact the number appeared. It’s a seminar. Macam talk for women future. I buy a ticket and attend the event just sebab nak jumpa dia saja. Seminar itu khusus untuk pasangan suami isteri. Tapi ada juga yang datang as single parents. Sepanjang seminar itu, saya mencari mana dia.

Until the MC called out her name to be one of the speaker that day. Allahuakbar. She walk from behind dewan and to the stage. She’s not the same anymore. She’s wearing an off white jubah with shawl. She walk with a million smile on her lips. She wearing a light makeup but her true origin Kelabit faces yang memang cantik takkan pernah tenggelam. She tunduk and ambil microphone from the MC.

“Assalamualaikum, bersyukur ke hadrat Ilahi, kita bertemu hari ini. Alhamdullilah, segala puji bagi Allah.”

I cried. Kenapa kali ini cara dia sebut Allah betul-betul buat saya tersentuh. Nasib masa itu my seat agak jauh ke belakang dan tepi dari stage. And I used hoodie. Saya fokus habis masa sesi dia. She talked about her life. Saya tunduk. Tapi satu pun dia tak keluarkan tentang apa saya lakukan padanya. Allahuakbar. Dia cuma kata ;

“I know that day will come. The day my husband will get tired of me. The day I will become patung hidup for him. Saya takut mahu berpisah. Siapa tak takut. My bestfriend kata pada saya, jangan biarkan dia lepaskan kau. But, I want him to be happy. I want him to have his own daging. Zuriat, I mean. And the day came. Aku lepaskan kau dengan talak 3.”

“Saya kumpul keberanian untuk kata, be happy without me. Saya sempat buat lawak kata nanti jangan rindu saya. Dia suami yang baik and he deserved better. I always pray for him sehingga ke saat ini pun, saya selalu berdoa untuknya. Dia police officer, a tall tough guy. A great guy I’ve ever met.”

And the crowd applause. Ada lelaki duduk sebelah saya kata sambil tepuk tangan dia berbual dengan kawan dia “Sekarang mesti laki tu menyesal kasi lepaskan dia. Talak 3 lagi tu. Nah, kotoh! Kalau perempuan lain di kasi buruk sudah kau di FB, mana mau jumpa malaikat macam ni. Baik, cantik lagi, sudah tu mualaf lagi. Sudah kau talak dia, masih dia puji kau. Meroyan talak la laki dia ni kalau nampak dia sekarang. Ada kau nampak gambar dia before after tadi tu, bpak ah! Sejuta kali berubah.” Saya terdiam. Benar, saya menyesal.

“And my bestfriend, kita jumpa atas kehendak Allah. Allah pertemukan kita. Saya anggap kaulah malaikat yang Allah turunkan untuk bimbing saya sehingga ke hari ini. I become speaker for pertubuhan wanita, NGO, college and many more. Dari seorang mualaf yang sesat, she drive me to a beautiful way of life. She’s the one who belikan my first shawl. Jenama Duck pula tu. Dia yang pakaikan. Dia yang selalu ajar saya mengaji. Please babe, come infront. I need you here to be with me. My bestfriend, merangkap my manager.”

All the crowd clap their hand. And that time, I shocked. My ex fiance. Bestfriend yang dia maksudkan itu my ex fiance….

Bila saya melihat apa Nad selalu post, saya percaya kuasa wanita bila bergabung, tiada apa yang boleh mengubahnya. And saya tak tahu nak kata apa lagi. Saya tangisi semuanya sejak hari itu. Habis seminar itu, saya cepat-cepat keluar. Saya malu kalau dia nampak saya. Tapi saya salah, dia memang tahu saya datang. Dia panggil saya masa seminar dah habis. Saya terkejut.

Dia kata dia dapat tahu saya ada datang hanya selepas talk habis. My ex fiance yang beritahu dia selepas mereka susun nama peserta untuk pengagihan kit. Dia minta maaf sebab sebut pasal saya dalam ceramahnya. Saya tak mampu kata apa-apa. Saya tahan airmata saya tengok dia depan saya.

An angel. A very beautiful lady. Saya rasa macam nak peluk, cium dia. Tapi saya tahu, dia bukan milik saya lagi. Saya hulur tangan mahu bersalam, she tunduk. Allahuakar. Dia jaga tertibnya dengan amat baik sekali. Peserta lelaki yang lain juga dia lakukan begitu. Hanya tunduk dan tersenyum.

“Apa khabar sekarang?” Soalan pertama saya selepas lama tak jumpa. “Alhamdullilah, Allah sentiasa ada dengan saya. Masih ongoing terapi. Botak dah ni. Kalau buka shawl ni, macam alien kot rupa.” She laughed. Ya Allah. Memang cantik kurniaan-Mu. Setiap sisi wajahnya saya tatap. Mahu saja saya belai dia kembali.

Kami sempat berbual tentang kerja. Itu sahaja. She busy sebab ramai peserta mahu bergambar dengannya. Dia minta undur diri dari saya. Saya angguk. She walk away for the second time tapi kali ini dia menoleh. “All the best, Ben. You know I will always pray for you. Fighting!” Dia angkat tangan tanda Fighting pada saya. Saya tersenyum.

Saya berlalu pergi dengan tangisan. Saya menangis sambil drive. Saya drive tanpa hala tuju. Saya tak tahu nak ke mana. Hanya wajahnya bermain dalam akal saya. Rindu. Dan mungkin inilah yang dikatakan jatuh cinta kali kedua dengan isteri sendiri tapi… dia bukan saya punya lagi.

Saya follow perkembangan dia. Dan February 16th, 2019, she left me forever. Gone but never be forgotten. Saya sempat jenguk dia since dia terlantar on December 2018. Hari-hari saya datang. Dia masih senyum, masih sambut saya dengan baik. Masih mahu berbual dengan saya. Dia sempat tunaikan permintaan saya. Saya mahu dengar dia mengaji. Menitis airmata saya.

Dan tinggallah saya, merinduinya setiap masa. Penyesalan yang takkan pernah ada penghujungnya. Saya tahu, bila kalian baca kisah ini, kalian sendiri tahu apa pengajarannya. Buat para suami, jika hari ini isterimu jelek, dandanlah dia. Jagalah dia sebaiknya. Jangan jadi seperti saya. Merindui tanpa penghujung. Saya bersyukur ke hadrat Ilahi, dia tak pernah buka aib saya. She’s an angel. Saya utamakan kehendak saya sahaja tanpa melihat kesengsaraan dia.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku. Al-Fatihah, my angel, my muchi, my sweet pie and my wife. Yes, you’re my wife, forever. Aku akan setia mencintaimu. Bimbing aku jadi sepertimu. Kita jumpa nanti that time, izinkan aku lamar dirimu sekali lagi dan biar aku jaga dirimu selamanya.

SUMBER : FB Natalia Aivy Dibit