Suami dah kurang layan isteri sebab dia dah lembik dan tak cantik macam dulu. Bila dapat tahu isteri sakit suami lagi suka siap suruh isteri pergi buat selamanya lagi. Terkedu akhirnya ini yang jadi kat isteri buat suami menyesal.

categorized

Pada awal Febuari 2018, salah seorang teman baik saya telah dijemput Ilahi kerana sakit raahim tahap empat. Alhamdulillah dia sakit tidak lama. Tiga bulan terlantar skit sebelum subuh dia menghembuskan nafasnya yang terakhir dan tinggalkan seorang putera yang masih kecil bersama dua orang puteri yang masih bersekolah dengan si suami.

Sebulan selepas pemergiannya, si suami telah datang kerumah saya bersama sekotak pakaian isteri. Sebelum isteri pergi dia sempat berpesan kepada si suami supaya sedekahkan segala pakaian miliknya yang masih elok kepada sesiapa yang memerlukan. Si suami tidak tahu kemana arah untuk disalurkan pakaian milik si isteri mungkin masih baru dan tidak dapat berfikir dengan jelas maka diamanahkan kepada saya.

Sewaktu saya membuka kotak itu untuk memilih pakaian yang sesuai untuk di sedekahkan seperti yang di amanahkan, tiba-tiba si suami bersuara. “Itu jer yg dia ada…” Saya merenung si suami kerana cuba untuk fahami apa maksud kata kata si suami itu tadi. “Semalam saya membuka almari dia dan hanya ini sahaja yang dia ada.

15 tahun saya bersama isteri, lansung saya tidak pernah ambil tahu setiap kehendak isteri. Saya abaikan isteri sehinggakan dia skit pun saya tidak tahu,” katanya. Ada kekesalan di situ. Namun saya masih tidak dapat mentafsir apa yang tersirat di sebalik keluhan si suami. Suami saya meletakkan handphone di meja mula berminat dengan cerita suami kawan saya ini.

Setiap kali dia mengeluh skit, kurang sihat, tidak bermaya dan mengajak saya pergi ke hospital saya hanya menganggap ianya pekara remeh. Saya mengejek-ejek isteri dengan mengatakan dia dah tua. Saya merendah-rendahkan isteri yang dia kurang bersenam dan hanya tahu makan jer sedangkan saya aktif bersukan dan tak salah kiranya saya mengajak dia bersukan bersama sepertimana saya menggalakkan kawan kawan saya bersukan”.

“Saya juga selalu bersangka buruk bila isteri skit ianya semata mata alasan untuk makan luar kerana malas masak. Lalu bangun juga dia untuk masak dan mengemas kerana tidak sanggup dengar saya membebel dan kadang-kala sampai naik tangan saya ke kepala dia. Jahatnya saya. Saya berniaga sendiri punyai banyak masa terluang namun saya terlalu berkira untuk membawa dia

ke hospital kerana saya takut akan membuang masa menunggu segala urusan pemeriksaan kesihatan. Jahatnya saya pada isteri. “Saya fikir bila dia sudah jadi isteri saya,saya tidak perlu lagi untuk mengambil hati dia seperti masa bercinta dulu. Namun saya lupa dia hanyalah pinjaman sementara bila-bila masa sahaja akan di ambil semula olehNya,” ujarnya panjang”.

“Benda yang lepas jangan di kenang, nanti kau susah dia dah pergi, redha kan. Kesian anak-anak kau,” suami saya bersuara. “Bila saya pandang anak-anak makin bertambah kekesalan saya bang. Masa dia ada boleh saya kira berapa kali saya bawa dia dan anak anak berjalan-jalan. Sedangkan saya pantang diajak kawan-kawan, ke langit biru saya boleh terbang.

Bila saya buka handphone dia, boleh kira berapa sangat gambar yang diambil bersama saya. Semuanya gambar dia dengan anak anak. Sedangkan gambar saya bersama kawan-kawan penuh dalam telefon saya. Gambar dia bersama saya lansung tiada.

Bila pandang anak yang kecil yang masih menyusu tu bang, sayu jiwa saya. Siapa antara kawan kawan saya yang telah saya banyak habiskan masa bersama boleh membuatkan anak saya tu susu pada malam malam hari”. Siapa yang boleh tolong uruskan anak anak saya ke sekolah seperti dia uruskan. Siapa yang boleh temankan si kecil saya bermain sehingga jam 3 ke 4 pagi kalau dia tidak mahu tidur. “Pagi ni anak saya yang pertama meminta RM50 untuk membeli barang barang kajian sekolah.

Wajib beli kerana jika tidak buat kajian tu, markah untuk peperiksaan mata pelajaran tu akan ditolak. Selama ini saya bising-bising duit belanja rumah sering tidak cukup, saya kata dia ni boros belanja macam air dan tidak tahu berjimat.

Baru saya tahu kemana arah duit itu di salurkan. “Hari ini genap sebulan isteri pergi dan saya kira-kira hampir RM500 ke RM700 belanja sekolah anak-anak dan makan sahaja. Bila tiap kali dia minta beli pakaian baru atau barang make up, saya melarangnya kerana saya rasa macam membazir.

Bila dia meminta lagi saya akan mula mengungkit pemberian belanja yang saya bagi. Barulah saya tahu ianya tidak mencukupi. Baiknya dia kerana dia patuh. “Saya sering tegur dia kerana selekeh jer lansung tidak bergaya seperti isteri kawan-kawan saya tetapi saya lupa yang saya tidak pernah bertanya padanya tentang belanja yang saya bagi selama ini cukup atau tidak untuk membeli pakaian dan alat-alat solek. Saya gagal menjadi suami yang baik,” katanya.

Saya diam tidak dapat berkata-kata lagi. Marah, sedih dan sebagainya berlegar-legar dalam fikiran saya. Setahu saya isteri ni masa zaman bujang-bujang dulu memang cantik, bergaya dan pandai menghiaskan diri. Patutlah semenjak dia berkahwin, hilang semuanya dan bila saya mengusik dia hanya menjawab, “Malaslah nak makeup-makeup ni, tak ada masa dengan anak-anak lagi. Alaaa yang penting suami sayang…”

“Semalam saya buka almari dia, hanya ada beberapa helai sahaja pakaian yang baru, itu pun seingat saya dibeli masa nak raya tahun lepas. Lain-lain semua dah lusuh. Ada beberapa batang lipstic yang dah patah. Dahulu masa sebelum kawin saya pernah terlihat di dalam beg kecil isteri ada pelbagai jenis lipstik, pelbagai jenis bedak muka dan macam-macam lagi makeup yang arrwah ada.

Tetapi bila dah jadi isteri saya, semuanya habis tidak berganti. 15 tahun bersama sepatutnya bukan makin berkurang namun makin bertambah. “Masa kali pertama dia menjejak kaki ke rumah saya, dia bawa tiga beg besar pakaian semuanya cantik-cantik dan hari ini hanya sekotak sahaja yang isteri ada. Sedangkan keperluan anak anak dan saya mencukupi,” si suami mula menangis.

“isteri nak bekerja, saya marah. Saya tanya dia tidak cukup ke apa yang saya bagi dan saya kata saya mampu tanggung dia lagi. Saya ego dan dia pula demi menjaga ego saya daripada tercalar, dia mengambil keputusan untuk diam sahaja. Dia amanah saya sepatutnya dia dijaga, dibelai, dimanja tetapi saya abaikan kerana saya fikir sekarang bukan masa untuk semua itu.

Tiap kali dia mengeluh skit-skit badan saya suruh dia tidur dan makan ubat. Saya suruh anak-anak yang picitkan tetapi saya lupa itu adalah kewajipan saya. Saya lupa dia hanya pinjaman sementara. Sekarang dia dah tiada. Saya rindu dengan dia. Rindu sangat -sangat. Andainya dipulangkan dia kembali saya nak habiskan masa saya bersama dia seperti masa saya bercinta dulu. Saya nak kotakan janji saya pada dia bahawa dia akan menjadi wanita paling bahagia bila menjadi isteri saya”.

“Saya tahu bukan harta dan kekayaan yang dia inginkan tetapi perhatian dan kasih sayang saya. Saya kesal kerana selama ini isteri menjadi tempat saya melepaskan penat dan amarah saya. Saya kesal kerana selama ini menjadi suami yang terlalu berkira dengan isteri sedangkan isteri adalah punca rezeki suami. Masa saya tahu dia skit masa itu sudah terlambat.

Pagi tu dia mengadu perut dia skit sangat. Saya marahkan dia kerana tidak menjaga makan. Tetapi bila saya lihat dia tidak bermaya dan bila saya periksa nadi dia semakin menurun, saya terus bawa dia ke hospital. “Masa dalam kereta mulut saya tak henti-henti menyumpah dia dan mengatakan dia menyusahkan saya, nak diet sampai tak makan dan ambil supplement yang bukan-bukan sampai skit macam ni. Masa tu saya sangat marah pada isteri sampai saya terlepas kata”.

“Asyik skit jer tapi tak pergi jugak.” “Bila nurse bagitahu dia kena tahan ward saya lagi berangin dan menunjal-nunjal kepala dia, saya terpaksa batalkan aktiviti badminton saya pada petang itu kerana terpaksa menjaga anak-anak di rumah. “Tiga hari dia warded. Jarang sekali saya menjenguk dia.

Hanya waktu melawat tengah hari sahaja bawa anak-anak datang melepas rindu. Baru saya tahu susahnya bangun malam buatkan susu, mandi dan tidur kan anak, sediakan anak anak ke sekolah. Bila doktor mengesahkan isteri saya mengidap sakit raahim tahap 4, semuanya dah terlambat kerana ianya telah merebak sepenuhnya,” katanya.

Si suami berhenti seketika untuk menyapu air mata yang mula membasahi pipi. Secawan teh yang dihidangkan langsung tidak berusik. Suami saya merenung tajam ke arah muka suami kawan saya. Mungkin menanti apa lagi cerita yang bakal akan keluar dari mulut suami kawan saya.

“Sewaktu dia skit, saya cuba menjadi suami yang baik. Ajak dia pergi jalan-jalan. Tetapi dia menolak. Dia tidak mahu susahkan saya menolak kerusi roda. Saya ajak dia makan makanan kegemaran dia. Dia makan namun tidak mampu untuk menelan dengan riangnya. Saya ajak bergurau bermesra seperti dulu-dulu dia lesu tak bermaya. Runtun hati saya melihat wanita yang saya sayang, saya cintai menderita.

“Tiap kali dia skit, saya ajak pergi hospital dia menolak, dia kata dia dah tahu dia skit apa, tak perlu buang masa dan duit lagi. Saya ajak dia pergi berubat kampung jika tidak mahu ke hospital. Dia menolak kerana itu akan menangguh masa untuk dia pergi menghadap illahi.

Allahu, rupanya dia terasa dengan kata-kata saya. Saya melutut depan dia, mohon maaf, mohon ampun dan dia kata dah lama memaafkan kesilapan saya namun itu tidak mampu membasuh dosa saya pada dia. “Saya mula memeluk dia sewaktu tidur, saya tahu saya akan kehilangan dia dan waktu itu makin hampir.

Sumpah demi Tuhan saya sayangkan isteri cuma saya lupa dia hanya pinjaman lalu saya abaikan dia. Saya tidak hargai kehadiran dia dalam hidup saya. “Sekarang satu-satunya wanita yang amat saya kasihi dah tiada. Dia dah tinggalkam saya bersama jutaan kenangan dan kisah suka duka kami sepanjang percintaan di bangku sekolah hingga ke jinjang pelamin.” katanya.

Saya merenung muka suami kawan saya itu, terpancar kekesalan di situ. Dia menceritakan pada saya bukanlah untuk membuka pekung di dada, tetapi dia ingin kongsi bersama kisah dia dan isteri ‘pinjaman’ sementaranya supaya menjadi satu tauladan kepada para suami di luar sana. Sesungguhnya apa yang kita ada bukan milik kita. Semuanya hanya pinjaman. Hargailah

Saat Isteri Tengah Tahan Sakit Nak Bersalin Suami Selamba Je Boleh Mengorat Jururawat. Lepas Je Isteri Bersalin Suami Terus Jatuhkan Talak Hanya Kerana Geli Nak Uruskan Isteri.

SUDAH menjadi lumrah dalam rumah tangga, pasti ada pasang surutnya. Namun pasangan suami isteri harus bertolak-ansur antara satu sama lain dan duduk menyelesaikan masalah dihadapi dari hati ke hati. Jika masing-masing ego, nescaya kemelut itu akan berlarutan sehingga membawa kepada perpisahan dan keretakan rumah tangga.

Menerusi perkongsian seorang peguam, dia mendedahkan realiti sebenar yang dihadapi pasangan suami isteri sehingga membawa kepada perpisahan. Menurut Sheikh Muadz, perkahwinan memang sesuatu yang indah tetapi pelbagai perkara perlu diambil kira jika mahu rumah tangga kekal hingga hujung nyawa.

“Berkahwin memang indah. Tapi perlu difikirkan banyak perkara. Aku ni yang pernah bekerja di firma guaman tahu sangat kes perpisahan di Malaysia ni. Pasal ubat gigi pun boleh pisah,” katanya dalam satu posting di Instagram. Namun Sheikh Muadz terpanggil untuk berkongsi pengalaman seorang jururawat ketika bertugas mengenai gelagat lelaki bergelar suami yang pastinya amat mengejutkan.

Berdasarkan postingnya itu, dia menceritakan bagaimana ada suami yang tergamak mengorat jururawat ketika isterinya bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka. “Di wad, isteri tak sedar diri, sempat mengorat staf yang bertugas. Kat labour room isteri nak bersalin, call suami suruh masuk tengok… suami reply ‘OK selamat berjaya’,” katanya.

Ceritanya lagi, lebih menyedihkan ada isteri dijatuhkan talak oleh suami gara-gara mengalami kecctan. Malah lelaki tersebut juga enggan menguruskan persalinan isterinya yang kini terlantar lemah di katil kerana alasan menyusahkan.

“Kat wad suami geli dengan najis isteri, tak nak tukar pampers atau tolong staf tukarkan pun. “Di wad, jatuh talak sebab isteri dah cacat,” katanya. Jelas Sheikh Muadz lagi, terdapat suami yang membiarkan isteri mereka berpantang seorang diri dalam keadaan bayi kena jaundis.

“Kat rumah pesakit (melawat rumah ke rumah postnatal) suami biar isteri sorang-sorang berpantang dengan anak jaundice. “Dia relax tengok TV. Alasan anak ketiga so pandai-pandailah si isteri,” katanya. Menerusi pendedahan jururawat tersebut, Sheikh Muadz turut kecewa apabila ada suami yang sanggup memaksa isteri melayan nafsu mereka selepas bersalin.

“Kat klinik ibu dan anak, episiotomy (jahitan di alat sulit selepas melahirkan) terbuka sebab… suami… hmmm tak tahan,” ceritanya. Tegas Sheikh Muadz, perkongsian tersebut bukan untuk menakut-nakutkan mereka yang bakal mendirikan rumah tangga tetapi membuka mata orang ramai mengenai realiti yang berlaku hari ini.

“Tujuan post ini bukan untuk menakutkan cuma untuk membuka mata masyarakat bahawa perkahwinan itu bukan hanya terhad pada malam pertama sahaja. “Kepada yang belum ada calon, usah terburu. Kenal hati budi dahulu. Jangan hanya kerana konon mahu terlalu ikut Islam, pasangan dipilih secara membuta tuli.

“Islam juga suruh kita siasat latar belakang mereka melalui orang tengah. Bukan kenal satu dua hari terus nikah atas alasan jaga ikhtilat. Itu Islam ikut pemahaman kamu sendiri. Fikir-fikirkan,” katanya. Posting Sheikh Muadz menjadi tular di media sosial.

Perkongsian tersebut yang turut tular di Twitter mendapat pelbagai respons dalam kalangan warganet. “Kesian kan. Perempuan bila dah kahwin umpama hidup dia dijadikan taruhan. Tengoklah kalau nasib baik Alhamdulillah, kalau tak? Dianiaya… dapat lelaki baran tak ada sifat kesian semua benda nak kena hadap nanti,” kata Sha.

“Jenis masa bujang pinggan makan mak basuhkan, baju kotor campak, lepak hari-hari tak ada tanggungjawab, si ibu cakap laki kahwin takut bini nak beli PS5. Kalau kahwin, main game anak nangis berak nak makan buat pekak. Marriage come with responsibility, ada duit rupa tak ke mana. Emo pulak sis,” kata Atia.

Sumber: mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Artikel Lain: Isteri Dedahkan Perbualan Suami Dengan Adik Kandung Isteri Sendiri. Suami Main Kayu Tiga Dengan Adik Isteri Saat Isteri Tengah Sakit Dan Akhirnya Tak Sangka Ini Yang Terjadi.

Hide profile saya min. Saya isteri berumur 44 tahun, ada tiga orang anak. Bulan Ogos 2018, saya disahkan menghidap sakit payudara tahap empat. Hidup saya sejak itu keluar masuk hospital saja. Payudara sebelah kanan sudah dibuang. Chemo dah 16 kitaran.

Saya baru saja keluar dari hospital. Sekarang sakit saya dah merebak sampai paru-paru. Doktor bagi balik dengan oksigen dan ubat tahan sakit.  Saya tahu masa saya dah tak lama. Sepanjang duduk di dalam wad, saya dah nampak dah biasanya kanser tahap saya ini paling lama boleh tahan sampai raya ni je. Saya dan keluarga pun dah tandatangan perjanjian dengan doktor hospital untuk tidak selamatkan saya (tak buat CPR atau masuk tibu dalam mulut saya) jika keadaan saya semakin teruk.

Sejak keluar dari hospital, saya perasan suami selalu hilang pada waktu malam. Saya tak tahu berapa lama dah dia jadi begini. Mungkin semenjak dari saya duduk di hospital lagi sebab waktu itu yang jaga saya adalah anak perempuan kami. 

Selepas dua minggu di rumah dan perhatikan perangai dia, saya cakap dengan dia kalau dia nak kahwin dengan perempuan lain, saya benarkan. Cuma jangan kahwin sewaktu saya masih hidup saja dan saya nak tahu juga perempuan mana yang dia kacau itu. 

Dia tidak marah dan tidak juga menafikan. Mungkin dia nampak keadaan saya yang dah uzur. Mungkin dia berasa kasihan untuk bergaduh dengan saya.  Dua hari lepas, saya dapat amek sekejap telefon dia sewaktu dia masuk tandas. Betapa hancurnya hati saya terjumpa mesej ini. Saya cuba menghubungi nombor itu tetapi tidak dijawab. Saya gunakan kad sim anak saya call, barulah berjawab.

Terkejut saya apabila mendengar suara yang menjawab itu adalah suara adik perempuan saya sendiri. Yang lebih menyakinkan dia adalah adik saya apabila saya terdengar suara di belakangnya adalah suara mak saya yang berleter.  Saya terus tamatkan panggilan. Saya terkedu dan tak boleh cakap apa-apa. Adik saya janda muda, baru berumur 28 tahun, model tudung lagi. Mestilah orang berkenan. Tetapi kenapa yang berkenan itu mesti suami saya? 

Kalau saya serbu suami dengan adik, maruah keluarga saya hancur, maruah suami saya depan anak-anak pun habis hancur. Saya mungkin dah tak lama di atas dunia ini. Kalau saya diam, semua orang selamat. Anak saya takkan tahu perangai ayah mereka macam mana. Saya rasa macam nak minta kat Tuhan untuk cabut nyawa saya sekarang! Saya tak mahu susahkan sesiapa dan sudah bersedia untuk pergi. 

Saya nak tanya, kalau tuan puan duduk di tempat saya, tuan puan buat macam mana?

Pelik Lepas Nikah Isteri Berkurung Je Dalam Bilik. Suami Intai Senyap Senyap. Terkejut Suami Tengok Apa Yg Isteri Buat Tiap Malam Atas Kerusi Sendiri.

Tetap hidup berkurung dalam bilik, makan maggie, menganggur pula sampai berbulan-bulan lamanya. Mak pun dah mula bising. Selepas itu, aku nekad mahu berubah, tinggalkan duniawi (game je pun haha!) cari kerja, ubah life style, tak berkurung sangat dan berdoa juga agar mendapat isteri kaki gamer (kononnya!). Aku suruh mak berdoa juga. Haha!

Dapat kerja, aku bagi duit sikit pada mak, ayah dan adik beradik dan buatlah apa yang patut kan. Walaupun ia mengambil masa dalam dua tahun untuk berubah. Dipendekkan cerita, mak berkenan dengan seorang perempuan ini. Aku pun berkenalan dalam WhatsApp dan Facebook saja.

Comel dan lawalah juga orangnya. Dia nampak normal, tetapi bagi aku, macam jenis bosan sikit, tak banyak bercakap, cakap pun sepi-sepi. Entah apa kena dengan perempuan ini. Dipendekkan lagi cerita, kami pun berkahwin sebab masing-masing sudah boleh menerima diri masing-masing. (Menipu sangat!)

Selepas berkahwin, hish! Seganlah. Dia lagi segan kot? Asyik lari masuk bilik dia saja. Lepas itu, malam-malam, masing-masing buat kerja dalam bilik. Aku tak tahu dia buat apa tetapi aku dok berdota dalam bilik. Bosan kot kalau dah isteri pun mengurung dirinya dalam bilik?

Aku pula jenis bengap tak reti berkata-kata, sampailah satu ketika ada masa aku main Dota di depan TV. “Eh? Abang main Dota ke? Nickname abang ####$$$ ek?” tegurnya. Aku terkejut! Dia kata dia main game Dota juga. Rupanya malam kelmarin kami satu party kot main sama. Hahaha!

Tak pernah aku sangka orang rumah aku main Dota gak, satu party pula tu. Rupa-rupanya dia mengurung diri dalam bilik main game juga rupanya. Ceh! Aku ingatkan dia segan dengan aku bagai. Patutlah kadang-kadang terdengar ada jeritan “Noob!!!” di rumah.

Apa-apa pun selepas itu, kami sangat kamcing. Dia pun gamer juga rupanya dan kami pun mula rapat dan banyak topik nak dibualkan. Serius rasa heaven. Hahaha! Saya pun apa lagi, try la nak dapat rampage setiap game, dia punya happy perghh!

“Abang ni Pro la…” She is the best supporter. Haha! Apa-apa pun terima kasihlah pada mak yang mendoakan saya. Doa saya yang bertahun-tahun lepas itu pun Allah makbulkan. Ubah diri kita dulu, barulah perkara yang kita nak itu, datang dok? Haha” – Abang Gamer

SEPERTI KISAH DOTA 2 PELAMIN CINTAKU INI..

Siapa sangka, bermula daripada pertemuan di laman sosial tiga tahun lalu, dua insan yang juga ‘kaki game’ kini bergelar suami isteri. Bermula dengan sapaan ‘Hai, siapa di sini boleh ajar saya main Dota 2?’ membuatkan kehidupan Nurul Zayani Zulkiffli, 24, berubah selepas bertemu cinta hati, Muhammad Faeez Azmi, 29.

Menceritakan saat awal perkenalan, Zayani berkata, dia ingin mencuba bermain Dota 2 kerana tertarik dengan popularitinya. Namun, dia tidak menyangka terdapat begitu banyak maklum balas diterima di laman sosial itu.“Pada mulanya, ramai yang memberi respons tapi saya tertarik dengan jawapan daripada Faeez kerana dia bersungguh-sungguh menerangkan apa itu Dota 2.

Boleh dikatakan saya tak tahu langsung bagaimana permainan ini dimainkan dan hero di dalamnya. “Walaupun saya tanya dia (Faeez) macam-macam soalan, dia tetap sabar melayan kerenah saya. Dari situ kami bertukar nombor telefon dan berjumpa tiga minggu selepas itu,” katanya.

Mula rapat

Menurut Zayani, hubungannya bertambah rapat dengan Faeez selepas mula bermain ‘game’ itu. Bermula dengan hanya sekadar suka-suka, dia mula tertarik dengan permainan itu kerana selalu dibimbing dan mendapat tunjuk ajar daripada suaminya.

“Saya penulis blog. Jadi banyak masa dihabiskan di rumah saja. Saya terfikir daripada tak ada apa nak dibuat, lebih baik main Dota. Main punya main, tak sangka jadi ketagh dan saya tak sabar nak cuba main semua hero terutama ‘support’,” katanya.

Melihat kesungguhan Zayani mendalami hobi barunya itu, Faeez berkata, bibit percintaan bermula apabila dia mula mengajak isterinya ke kafe siber dua tiga kali seminggu. “Saya bekerja syif malam, jadi balik dari rumah terus ajak dia ke kafe siber berdekatan. Di situ saya mengajarnya bermain Dota 2.

Dari ‘ganking’ sampailah ‘positioning’, banyak yang dia belajar dan sentiasa sabar walaupun ramai yang memberi komen sinis. “Bagaimanapun, selepas berkahwin, kami kurang ke kafe siber dan banyak menghabiskan masa bermain Dota 2 di rumah,” katanya.

Ditanya mengenai perkahwinan, Faeez berkata, perkenalan itu tidak lama kerana selepas setahun mengenal hati budi, dia terus melahirkan hasrat menjadikan Zayani sebagai isteri pada Julai 2015. “Apabila kenang kembali, memang kelakar kerana daripada satu post, saya berjaya pikat hati perempuan yang kini tak pernah henti memberi semangat kepada saya.

Dari sudut lain, saya banyak diam dan dia seorang yang suka bercakap, jadi kami melengkapi antara satu sama lain. “Perkahwinan kami juga lain sedikit kerana barang hantaran bukan seperti yang biasa orang buat. Saya membelikannya tetikus, fon kepala dan ‘graphic card’ kerana tahu dia memang minat main ‘game’ serta komputer,” katanya.

Bertolak ansur

Mengenai kerja rumah, kata Zayani, ia tidak menjadi masalah kerana mereka boleh bertolak ansur, tidak seperti yang dikatakan oleh orang sekeliling dan ‘haters’ di laman sosial. “Saya faham dia penat kerja syif malam jadi kerja rumah memang menjadi tanggungjawab saya. Kalau saya masak, dia pula akan basuh pinggan. Kalau saya basuh dan jemur baju, dia angkat. Selepas siap, barulah kami akan main ‘game.

“Ada juga komen sinis di laman sosial mengatakan ‘suami balik rumah buka tudung saji ada CD game’ tapi saya tak pedulikan semua itu. Yang penting, hanya kami faham bagaimana menguruskan hal rumah tangga dan mereka (warganet) hanya buruk sangka semata-mata,” katanya.

Lebih menarik mengenai pasangan ini, mereka juga mempunyai bilik khas yang didekasikan untuk aktiviti ‘gaming’ dan dari situ hubungan mereka menjadi lebih akrab. “Kalau nak diikutkan, suami kerap mengajak saya bermain bersama kawan. Mula-mula saya hanya bermain perlwnn biasa (normal match) tapi lama-lama ingin cabar diri bermain ‘ranked’.

Berkat tunjuk ajar dia, saya dah boleh main tanpanya dan guna hero yang digemari. “Oleh itu, kami ada satu bilik khas untuk main ‘game’ dan memudahkan komunikasi antara kami. Kalau masing-masing tak sibuk, kami ‘membru’ makanan lazat di ibu kota dan isi masa lapang dengan berekreasi dan melancong,” katanya.

Sokongan ibu bapa, teman rapat

Menurutnya, walaupun ada yang tidak bersetuju dengan pilihannya bermain ‘game’, tidak kurang juga yang memberi sokongan kerana memahami minatnya. “Jujur saya katakan, walaupun terdapat banyak komen negatif, ada juga yang memberi sokongan. Ibu, ayah dan kawan rapat tak pernah halang minat saya kerana mereka tahu ia hanya sekadar hobi.

“Lagipun, alhamdulillah dengan kerjaya sekarang sebagai penulis blog, saya boleh buat duit untuk tampung keperluan lain walaupun suami sendiri boleh menampung sepenuhnya,” katanya. Menurutnya, dia dan suami banyak mendapat jemputan ke acara Dota termasuk ke ESL One Genting 2017, baru-baru ini.

“Saya dan suami sangat ‘low profile’ dan banyak menyembunyikan aktiviti harian (main Dota) daripada orang ramai. Tapi sejak tular di laman sosial tahun lalu, kami banyak mendapat jemputan ke acara Dota. “Kami berdua sekarang memang sukakan permainan ini jadi sudah tentunya peluang itu bagai bulan jatuh ke riba. Menonton prlwnan Dota 2 depan mata adalah impian semua peminat permainan ini,” katanya.

Sumber : HMetro & IIUMC