Suami diam diam buat benda tu. Ajar bini buat benda bukan bukan. Bini pun ikut je apa yang suami suruhhhhhhh buat. Tetiba satu hari suami halau bini keluar dari rumah.

Kisah Rumah Tangga

Foto sekadar hiasan.

Ni kisah benar aku. Usia aku lewat 20an. Bekerja di bahagian pendidikan. Baru tahun lepas (2019) aku dilepaskan atas alasan “Tiada kesefahaman” sedangkan baru 2 hari sebelum tu dia ‘bersama’ aku. Alasan yang aku tak boleh terima langsung tapi aku setuju. Tak nak fight di mahkamah pun sebab walaupun aku fight, akan datang jadi sama juga.

Aku dan K kenal melalui keluarga. K tua atas aku setahun. Kenal sebab family family yang kenalkan. Singkat je kenal sebab tahu dia baik dari family kan. Tengok family K baik. First jumpa dengan family. Second jumpa lepas 8 bulan masa K ajak bertunang.

Aku terima sebab K anak yang baik. Walaupun kerja dia tak tetap masa tu, aku terima sebab tahu K berusaha jadi lebih baik. Family aku pun terima sebab K cakap elok elok dia nak kukuhkan diri. Walaupun aku jenis perempuan yang jaga maruah diri, aku masih terima walaupun K mengaku dia pernah terlanjur sebelum ni. Cuma bagi aku, tak apa selagi K dah berubah. K kata dia tak pernah tinggal solat. Walaupun lepas terlanjur tu, dia menyesal menangis nangis lepas tu. Kata dia la.

Lepas setahun, kami berkahwin. Aku bahagia. K lelaki yang baik. Solat tak pernah tinggal. Bila ada masa, dia jadi imam aku. Ajak mengaji. Aku tak nampak kurangnya K sikit pun. Cuma sikit sikit K mula ceritakan kehidupan dia.

Pada 3 bulan pertama, aku dapat tahu K pernah ada anak luar nikah tapi dia minta perempuan tu gugurkan. Aku terkejut. Sebab selama ni K tak pernah cakap. Tapi dalam merajuk aku pun, aku tahu tak patut sebab hal lama.

Tu lama lama tahu perbuatan K pernah bersama bekas bekas dia. Tak pernah miss buat benda tak senonoh kat fon, video bukan bukan. Walaupun dengan bekas yang muda baru lepas SPM dia pernah couple dulu pun, dia pernah buat macam tu. Tapi atas alasan DIA NAK BERUBAH DAN DAH BERUBAH, aku lupakan.

Tapi lama lama aku perasan aku agak insecure sejak tu. Bila aku check history phone K, penuh laman tak senonoh walaupun malam yang sama kami baru bersama. Aku kata kalau tak puas atau apa apa, bagitahu. Tapi alasan K. DIA DAH TERBIASA TENGOK walaupun dia puas. Nanti dia berhenti la tengok.

Sebongok bongok perempuan, tak ada siapa pun rela suami dia tengok badan perempuan lain kan even perempuan tu dia tak kenal. Cuba kalau kita perempuan tengok badan lelaki lain, kalau suami tak jeles memang something wrong la kan.

Dan K masih solat macam biasa. Tak tinggal solat. Sampai 1 tahap aku check mesej mesej lama facebook dia, penuh dengan mesej tak senonoh dekat ramai gadis. Aku mesej sorang sorang pakai facebook aku mintak maaf atas perbuatan dia. Bila aku cakap dekat K, dia kata benda lama. Jangan ungkit. Dan aku pun turut je. Diam. Sikit pun tak pernah bagitahu sesiapa.

Aku mengaku aku betul betul sanggup berkorban jadi isteri solehah. Pindah negeri, habiskan elaun kerja yang lama dekat negeri asal, pindah ikut dia. Bila pindah tak dapat kerja pula. Duduk dengan family dia sedangkan ada je rumah sendiri. Alasan kena temankan family dia sedangkan family dia ramai je kat rumah tu. Jenis family mertua biasa la. Dengan kita cakap elok elok. Kata kita menantu yang baik.

Tapi bila sesama dieorang, ada je benda bukan bukan kita kena. Tapi aku diamkan. Adat menumpang. Busuk ke wangi ke, jadi isu. Aku pun buat macam orang menumpang la. Masakkan untuk dieorang, basuhkan baju walaupun ada je bujang dalam rumah tu, sidaikan baju semua. Kemas rumah. Takpe lah penat sikit.

Sanggup jaga bila suami sakit (dia senang dapat sakit sikit), masakkan dia bila 2 3 pagi dia lapar sedangkan lauk ada je. Dia nak makan meggi ke apa ke. Masakkan la. Keperluan batin dia walaupun benda aku tak pernah cuba, dia ajar bukan bukan. Aku turutkan sebab isteri kan. Ikut je la apa suami nak. Aku bukan mengungkit tau. Cuma rasa sebak bila semua yang aku buat ni nampak tak berbaloi pun bagi dia.

Sampai 1 hari, K kata dia nak keluar kejap dengan family, tinggalkan aku dekat rumah. Bila K balik. Dia kata, kemas baju, balik rumah mak abah awak. Perghh wey. Hahahaha orang yang takda hati dan perasaan je yang tak nangis. Apa salah aku kena tiba tiba ni. Tapi aku terus jadi tawar hati. Aku kemas. K. Kau baik. Sikit pun tak ada salah kau dekat aku. Tapi apa salah aku sebenarnya. Kenapa tak bincang dengan aku dulu.

Aku balik juga sebab orang dah halau kan. Family aku bengang . Aku cakap tak apa. Orang dah taknak. Dia pun tak ada apa apa kan aku. Dia pulangkan aku sempurna tubuh badan. Lepas 1 minggu, aku dapat surat perpisahan atas alasan tiada kesefahaman. Aku call mahkamah. Kata aku jauh. Tak dapat datang tarikh lafaz talak. Jadi aku setuju je dengan semua apa yang diputuskan.

Pegawai tu kata tak nak tuntut apa apa nafkah ke. Aku kata tak ada. Kami tak ada anak dan aku dah dapat kerja aku balik. Lagipun dia dah taknak. Aku taknak paksa. Sekarang pun sejujurnya aku dah move on lepas 2 bulan kami pisah dulu. Cuma aku terfikir, aku terima kesilapan dia dari sebelum kahwin. Aku terima kekurangan dia. Cerita hal dalam kain aku taknak mention sebab aib dia aib aku juga.

Sekarang aku dapat kerja aku semula, aku pun dah move on, ada orang lain terima aku. Cuma tu la. K baik. Solat tak tinggal, semua elok. Tak pernah duakan aku selama mana pengetahuan aku tapi apa salah aku kena halau macam tu je?

Aku tahu adik beradik kau follow page ni (IIUMC). Aku harap mereka baca sebab bila family kau pun tak halang apa apa bila kau halau aku lepas korang keluar sama, maksudnya ada something yang korang sorokkan. Apa apa pun thanks ye K sebab jaga aku setahun lebih dulu. Aku cuma nak tegaskan. Sebaik mana lelaki tu jaga solat, belum tentu dia suami yang baik. Kalau ada salah isteri korang, bincang la. Please bincang okay.

Reaksi warganet

Norlaila Mohd Din – Pernah tak dengar tanda tanda solat tidak diterima ialah apabila pesolat kekal sebagai pendosa. Tidak bertaubat, menganggap kecik dosa yang dibuat.

Nya Ahmad – Kalau solat tak dapat cegah dia dari kemungkaran, maknanya solat dia tak sempurna. Dia kena cek balik kehidupan dia. Mungkin terlalu banyak benda yang tak senonoh yang dia buat. Pastu taubat,p astu still ulang balik benda tu. Tu salah satu tanda hati kotor. Taubat yang sebenar adalah bila kita tak buat dah benda tu dan berubah ke arah yang lebih baik.

Hazirah Hj Hamzah – Sebab ada pengalaman berkorban jiwa dan raga, sanggup berhenti kerja, pindah ikut ex-husband, sanggup terima orang yang lagi rendah level education, nak jadi isteri yang taat solehah. Tapi finally di buat macam sampah. Saya memang nekad takkan korbankan diri saya untuk sesiapa lagi dah!. Apa yang saya buat sekarang semuanya untuk kebahagiaan saya. Saling bekerjasama tak apa. Kalau bekorban untuk pasangan, itu bukan saya.

Deedee Nas – Pilihan keluarga tidak semestinya baik. Parents ni asal nampak baik sikit mula la cop anak org tu baik sangat boleh dibuat suami. Padahal orang tu boleh ja berlakon baik depan orang tua. Sebab tu harus berkawan dulu kenal betul betul sebelum kahwin. Memang betul solat ni cegah diri dari kemungkaran, tapi manusia jenis begini buat main. Lepas buat dosa besar dia solat, lepas solat malam tu juga buat dosa besar.

Dorg buat main dengan agama sendiri, dah mindset dalam otak buat dosa lepas ni boleh solat, atleast solat. Tak sedar diri tu golongan ni perosak agama sendiri. Ada yang ikut “fahaman” kepala otak sendiri. Tapi tak sedar dorang solat untuk apa? niat dorang? hati dorang yang sombong tu ada Allah ka? kalau ada Allah, khusyuk, dorang tak kan dekat kemungkaran.

Che Max Molex – Allah tegaskan dalam AlQuran solat dapat mencegah kemungkaran dan perbuatan keji. Sekiranya tiada efek dari perbuatan solat tak pernah tinggal itu sendiri, barangkali belum sempurna ia (solat) itu sendiri. Takkanlah Tuhan berbohong dalam ayatnya. Manusia yang berbohong dan hanya omong kosong. Oklah sis, tak payah sedih ok. Move on.

Umayraa Hamdan – Kalau ikut pengalaman aku lah. Pengalaman aku dengan jejantanzzz macam ni, diorang selalu fikir bila dah nikah, dapat ‘nikmat’ halal dan perangai lama boleh berubah. But sebenarnya, habit mereka takkan berubah dan dapat pula isteri tak tegas macam u. U ikut je semua yang dia nak, maksudnya tak dapat ubah dia slowly. Jadi memang dia rasa pernikahan tu tak de bawak apa apa erti untuk dia.

Some more, dia tak mampu pun nak bernikah. Mampu dari segi batin je. The rest he is nothing. Dia sendiri sedar diri dia dan lepaskan awak dengan cara elok. Sebelum dia buntingkan awak. Dia sendiri sedar dia tak mampu nak tanggung segala nafkah. Senang kata, pernikahan tu hanya untuk dia test je. Aku boleh berubah ke tak. Dia sendiri taknak berubah, mengharap pasangan untuk ubahkan dia. Anak yang baik kan katanya? Jenis pak turut. Takde pendirian, apa pun tak boleh buat. Better la u dah dilepaskan. Daripada terus menderita.

Sumber – Nur (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Terkejut Jam Tiga Pagi Suami Tiba Tiba Tanya Bini Period Dh Habes Ke Belom. Suami Tanye Sambil Pegang Pinggang Bini. Bini Jawab Masa Last Check Dh Takda Period. Tergamam Ini Yg Suami Buat Lepas Bini Jawab Mcm Tu.

Al-kisahnya pukul 3 pagi, Aku sedang tidur dan dia kejutkan aku lalu berkata, “Datang bulan dah habis? Saya rasa dah macam lama sangat ni telekung awak tu tak bergerak” Aku terdiam. “Hari ini dah hari keenam,” kata aku dalam hati. “Hari ini, hari last kot. Baru tadi, saya check dah kering (pukul 1 pagi). Esok pagi saya mandi wajib. Nak mandi tengah malam sejuklah awak,”

“Bangun mandi wajib sekarang! Kenapa nak tunggu pagi esok? Habis awak nak tinggal Isyak padahal awak dah boleh sembahyang?” Aku diam lagi. “Awak ini buat mudah saja dengan sembahyang. Saya perasan orang perempuan ini suka tangguh mandi wajib. Padahal mandi wajib tak sampai 10 minit pun,”

“Sejuklah awak,” jawab aku. “Okay kejap” Dia keluar bilik dan ke ruang tamu dan dia masuk dengan membawa lighter. “Awak tak tahan sejuk? Okay. Tapi kalau api awak sanggup tahan, awak tak payah mandi wajib. Kalau awak boleh tahan api maknanya awak boleh tahan api neraka sekali,” katanya sambil cuba menyalakan api dan acah nak membakar lengan aku.

Aku mengelak. Tapi aku diam lagi. “Aten, awak tahu tak yang saya tanggung dosa awak? Saya tak mahu bila kaki saya dah selangkah boleh masuk syurga, tiba-tiba Allah panggil saya dan berkata. “Wooii Ameq, ang nak pi mana? Ni bini ang lagu mana pulak? Ang ada tegur dia suh sembahyang bila masuk waktu, suh baca quran, jaga aurat. Meh sini meh sini! Ang kena bertanggungjawab atas dosa bini ang pulak”

“Saya tak nak disebabkan awak, saya masuk neraka sekali Aten. Kasihanlah pada saya Aten. Jangan buat saya macam ini. Kalau awak sayang saya, awak pergi mandi wajib dan sembahyang Isyak. Lagi satu, awak kan tahu saya ini sibuk berkerja siang malam, kadang-kadang tak sempat nak membaca Quran.”

“Apa salahnya kalau awak wakilkan saya baca Quran? Nabi kata, seorang sahaja dalam rumah itu ada orang yang membaca Quran, inshaAllah seluruh keluarga itu akan terhindar dari fitnah.” Hmm aku diam lagi. Aku tak sentiasa istiqamah baca Quran. Selalu on off baca Quran. Sepatutnya tiap-tiap hari kan? Dia datang dan belai lembut rambut aku.

“Awak selalu kata ‘kenapa kita tak dapat anak lagi’. Awak selalu nak mempertikaikan perancangan Allah. Aten, Allah nak kita bersabar. Allah nak kita sembah dan merayu pada dia. Cubalah sembahyang awal dan jangan lambat, sembahyang biar kusyuk, lepas sembahyang berdoa pada Allah dan baca Quran.”

“Saya tengok awak lepas sembahyang kadang-kadang tak sempat baca doa dah terus bangun. Macam mana Allah nak bagi anak?” Aku mula bertanya. “Bukan saya nak mempertikaikan. Tetapi ini satu persoalan. Kenapa ada orang yang tak sembahyang, tak berpuasa, tak baca Quran, tak menutup aurat boleh mengandung dan senang dapat anak?”

“Ini jawapan saya. Dia mungkin diberi anak yang cepat, tapi dia tetap akan ada dugaannya. Bila besar, anak-anak dia tak nak dengar cakap, degil dan bermasalah. Orang kata ada anak ini best, tetapi anaklah dugaan paling terbesar dan sebab anak jugak kita boleh masuk neraka kalau kita tak pandai membimbing dan kalau kita tak berubah jadi ibu bapa yang baik dari segi agama.”

“Walaupun dia memang dah cukup baik Allah tetap bagi dugaan. Cuba tengok ada yang dapat anak dari kecil lagi menghidap penyakit perlukan duit puluhan ratusan ribu, ada yang dapat anak tak cukup sifat. Itu semua dugaan dan ujian dari Allah.”

“Orang yang tak ada anak ada dugaannya, orang yang ada anak dugaannya juga. Allah akan menduga semua orang. Sebab itu saya selalu kata baca doa baca Quran. Bila Allah rasa kita dah cukup baik, Allah akan bagi anak pada kita sebab Allah tahu kita dah cukup layak untuk jadi ibu bapa yang baik untuk anak anak kita nanti. Saya tak suka awak mempertikai perancangan Allah. Awak tahu tak perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan buat manusia?” katanya

Aku menangis, aku bersyukur kerana ada suami yang selalu memberikan sokongan dan menasihatkan aku. Dia tidak pernah nak menyalahkan aku dan dia selalu berkata bahawa ‘Ini semua ujian dari Allah,”. ‘Dah, bangun. Pergi mandi wajib’.

“Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat sesungguhnya dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang tinggalkannya maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama”. Kisah tentang solat ini di kongsikan oleh seorang wanita bernama Atenn Azlan di Facebooknya, dimana beliau menceritakan tentang seorang suami yang menegurnya tentang solat. Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian ini. Kredit tulisan asal kepada Cik Atenn Azlan,

Sumber kuasaviral

Sakit Abang. Isteri Genggam Kuat Tangan Suami. Habis Baju Basah Lencun. Suami Tak Boleh Nak Tahan Akhirnya Ini Tindakan Suami Untuk Buat Isteri Tenang.

Kepada Admin sekiranya tulisan saya ini dipilih untuk disiarkan. Pertama sekali benarlah di musim perintah kawalan pergerakan (PKP) ini kita ada banyak masa terluang sehingga menjebakkan saya membaca luahan perasaan para penulis di sini.

Saya amat terkesan dengan bingkisan hati oleh para wanita yang dikecewakan. Antaranya adalah dari penama pena ‘Kawan Balqis’. Ini kerana saya berasa dekat dengan penulisan penulis kerana saya pernah berada di tempat ‘Apis’. Dicinta dengan bersungguh-sungguh oleh seorang wanita. Diperjuangkan cinta oleh seorang wanita yang cukup kuat jiwanya.

Saya seoarang pelaut yang dikenali juga sebagai Offshore. Saban minggu berada di Laut China Selatan sejak 10 tahun yang lepas. Saya pernah punyai kekasih sehebat ‘Balqis’, saya pernah punyai kesetiaan seikhlas Balqis, saya pernah rasai kasih sayang setulus Balqis. Kekasih yang selama ini setia, sayang dan menunggu kepulangan saya sepanjang saya di lautan luas.

10 tahun lalu, talian di atas kapal tidaklah semudah sekarang. Dapat berhubung dengan yang tersayang 5 minit pun cukup lah. Begitulah setianya kekasih saya yang saya kenalkan sebagai Ira. Ira menunggu saya menghubunginya saban hari. Setiap kali saya menghubunginya suaranya menyambut dengan gembira. Pelbagai cerita Ira sampaikan kepada saya walaupun salam tempoh 5 minit itu.

Dengan adanya kekasih seperti Ira saya merasakan hidup saya sempurna. Mengenali Ira hanya sebentar namun cukup membahagiakan saya. Peribadinya yang lembut, peramah, berbudi bahasa, cantik rupa paras ah.. cukup sempurna di mata saya. Saya tak perlu masa yang lama untuk mengambil keputusan melamar Ira. Saya mesti memiliki dia, mesti.

Selepas 6 bulan berkenalan, tak pernah sehari pun Ira tidak membuat saya jatuh cinta dengan sikapnya. Menanti saya dan hanya mebgkhabarkan perkara yang gembira sahaja. Sama seperti perwatakan ‘B’ yang digambarkan oleh penulis.

Sehinggalah satu hari saya dapat tahu berlakunya kejadian yang tak diingini di tempat kerja Ira. Atas alasan tidak mahu membebankan saya, Ira cuma mengatakan benda tu benda kecil jee dan dia tidak terlukaa. Hakikatnya, Ira hampir kehilangan kaki!

Kejadian itu membuatkan saya mengambil keputusan untuk mempercepatkan pernikahan kami. Setelah berbincang, keluarga saya menghantar rombongan merisik dan diikuti pertunangan kami. Hanya disaksikan kedua keluarga. Majlis kecil yang cukup meriah. Saya masih terbayang anggunnya Ira ketika majlis itu. Senyumnya cukup manis, ayu wajahnya mententeramkan hati saya, lembut tutur katanya sentiasa menenangkan jiwa saya.

Kehadiran Ira cukup menyempurnakan hidup saya. Saya terus bekerja mengumpul duit untuk menghalalkan Ira. Perancangan rapi untuk kehidupan selepas kahwin itu perlu. Ira membentangkan kira-kira untuk perbelanjaan kahwin dan selepas kahwin kami. Saya bersetuju dengan perbentangan Ira. Perbentangannya cukup jelas. Allah…. Bagaimanalah saya tidak jatuh cinta dengan wanita ini?

Setiap hari saya percaya dia bakal suri hidup saya yang akan menyempurnakan hidup saya yang kelam ini. Wataknya yang ceria kadang kala buatkan saya tersenyum sendiri. Gurauannya bersahaja tapi apabila terkenang saya tertawa kecil walaupun di tengah laut dilambung ombak. Wanita itu benar-benar menarik hati saya. Saya mahukan dia!

Setelah 6 bulan mengumpul duit kahwin, akhirnya tibalah hari yang dinantikan. Hari saya melafazkan ijab dan kabul menandakan Ira sah menjadi milik saya. Setelah selesai kedua-dua majlis kami berpindah ke kediaman yang telah saya siapkan untuk keluarga kecil kami. Ira adalah orang yang paling gembira apabila melangkah ke kediaman kami. Tidak sabar untuk mendeko katanya.

Kehidupan kami normal seperti pasangan lain. Setelah menjadi suami isteri, Ira menunjukkan sisinya yang lain. Manjanya sentiasa menjadikan saya serba salah untuk naik ke laut. Setiap kali sampainya saya dipanggil bekerja, air matanya turun bagaikan saya nak pergi membayakan nyawa sendiri.

Namun, dalam pada itu saya bahagia. Punyai isteri yang menyayangi saya setulusnya. Setiap kali itulah saya memujuk agar dia bersabar. Perjalanan hidup saya bersama Ira amat bahagia. Ira isteri yang sempurna di mata saya.

Namun, kami diuji. 3 tahun perkahwinan kami tidak dikurniakan anak. Ira sentiasa meminta maaf setiap kali membuat ujian kehamilan dan ternyata negatif. Saya memujuknya, Allah tidak menjanjikan setiap perkahwinan itu akan dikurniakan zuriat. Kita bersabar dan berusaha lagi. Ira akur.

Menjelang ulang tahun kami yang ke 4. Hadiah teristimewa dari Ira, isteri saya yang tersayang. “Abang, Ira mengandung”. Alhamdulillah syukur tak terkira. Tak sabar rasanya nak sampai ke rumah untuk berjumpa Ira! Tempoh 2 hari sebelum sampai ke darat amat lama dirasakan.

Sepanjang tempoh kehamilan, Ira tidak mengalami alahan teruk. Cuma baby suka minta makanan menjelang tengah malam. Menggelabah saya. Mana kan tidak, jika tak dapat, muncunglah wajah kesayangan saya itu. Saya mengambil cuti tanpa gaji setahun selepas mengetahui Ira sedang membawa zuriat saya. Saya mahukan yang terbaik untuk suri hidup saya. Segala makanan yang Ira hajatkan pasti saya penuhi. Alhamdulillah menjelang bulan ke 4, doktor sahkan Ira membawa bukan seorang tetapi 2 orang zuriat kami. Allah syukur tak terhingga. Mengalir air mata kami apabila doktor maklumkan kami bakal menimang cahaya mata kembar.

Ira sangat teruja kerana memang dia suka kan kanak-kanak. Bulan demi bulan saya lihat Ira semakin penat membawa zuriat saya tetapi dia tetap ceria. Dia tetap ingin memasak untuk saya biarpun dihalang. Ira cukup sempurna sebagai isteri saya, bidadari saya, ibu bagi anak-anak saya.

Kami menjalani hidup seperti biasa dan terasa berbunga menanti kehadiran permata hati kami. Ira sudah mula membuat persediaan barang-barang bayi. Risau nanti tak sempat sedia semua katanya. Saya lihat Ira cukup teruja untuk menyambut kehadiran permata hati kami. Memilih baju 2 pasang setiap satu. Senyumnya yang saya masih terbayang sehingga kini. Senyuman yang cukup membahagia dan mententeramkan hati saya.

Menjelang hari kelahiran buah hati kami, Ira nampak gelisah. Dia kerap menyuarakan kerisauannya. “Abang, kalau Ira tak ada nanti, abang kahwin lain tak?”. Saya ketawa. Saya tanyakan, “Sayang nak ke mana?”. Mukanya bertukar serius. “Mana lah tau, sayang tak sempat besarkan anak-anak kita.” Jelas kerisauan di wajah ibu kepada anak-anakku.

Saya jawab tenang, “Sayang jangan fikir bukan-bukan sebab sayang dah janji nak bagi abang sedozen anak dan kita akan besarkan diorang sama-sama”. Walaupun agak gusar di hati saya. Ira memandang mata saya dengan penuh cinta. Digenggam tangan saya dengan rasa sayang.

“Abang, Sayang tak tahu berapa lama Allah pinjamkan abang untuk sayang, tapi sayang harap abang bahagia selama sayang jadi isteri abang. Sayang mohon ampun dan maaf dari abang kalau sepanjang tempoh jadi isteri abang, ada yang tak sempurna”.

Terlalu kerap Ira memohon maaf sebegini menjelang tarikh kelahiran anak-anak kami. 3 September 2014. Tarikh keramat yang saya tidak akan sama sekali lupakan. Tarikh Ira mengadu sakit. Saya terus membawa Ira ke hospital.

Semasa menunggu, Ira menggenggam kuat lengan saya. Kuat sekali. Genggaman yang tidak akan pernah saya lupakan. Bibirnya dibasahkan dengan alunan zikir dan doa Nabi Yunus. Wayar berselirat di atas dadanya. Wayar untuk monitor bayi kami. Sesekali digenggam kembali tangan, lengan dan baju saya. Allahhuakbar hebat sekali kuasa Allah. Ira sedang menahan kontraksi.

“Sakit abang.” Saya hanya mampu memujuk Ira untuk sabar, mengajak Ira sama sama terus mengalunkan zikir dan doa. Ira lembut mengikut sambil menahan sakit. Sepanjang di dalam bilik itu tak putus Ira memohon ampun maaf, menitip pesan supaya saya menjaga zuriat kami sekiranya dia tewas. Hati di dada bagaikan nak pecah mendengar kata-kata itu.

Saya katakan pada Ira, “Hanya sayang yang layak jadi ibu untuk anak-anak abang. Kita akan besarkan anak-anak kita seperti yang kita impikan”. Saya kucup lembut dahi wanita dambaan hati saya sejak dulu dan selamanya. Nurse datang untuk check laluan. Kata nurse, sekejap lagi Ira akan ditolak ke LR. Saya mengangguk. Saya diberi kelengkapan untuk masuk bersama-sama.

Suasana yang tak akan pernah saya lupakan. Ira menggenggam kuat tangan saya untuk push bayi kami. Nurse dan doktor tak putus memberi kata semangat. Saya di sisi Ira juga tak putus mengingatkan Ira pada Allah, memberi kata semangat.

Tepat jam 9.45 malam 3 September 2014. Bayi pertama selamat dilahirkan. Tiba-tiba keadaan menjadi agak tegang. Doktor memaklumkan bayi kedua sudah berpusing dan berada dalam keadaan songsang. Ira perlu dioperation! Allahhuakbar. Ira terus dibawa ke bilik operation.

Keadaan berlaku terlalu pantas. Saya sempat melihat Ira yang nampak sangat letih. Saya berjanji saya akan tunggu di luar sehingga semuanya selesai. Pemandangan terakhir saya lihat Ira ditolak laju, nurse2 berlari menahan lif, doktor2 bergegas keluar menaiki lif dan semuanya berlaku sangat cepat.

Jam 11 malam, permata kami yang kedua selamat dilahirkan. Alhamdulillah perkhabaran gembira buat saya. Tak sabar rasanya ingin mengucapkan terima kasih pada Ira yang berjuang habis-habisan untuk melahirkan keturunanku. Rindu yang teramat pada Ira walaupun baru sekejap dia dibawa pergi.

Ayat pertama doktor, “Tahniah bayi awak selamat. Baby girl jugak ye”. Dan diikuti, “Maafkan saya encik, saya tak mampu selamatkan isteri encik”. Gelap. Itu yang saya rasakan. Terduduk dan tiada kata yang mampu saya ucapkan.

Keluarga saya yang mendengar berita itu turut terkejut. Mak menarik tangan saya untuk bangun. Dipeluknya jasad saya yang bagaikan telah hilang rohnya. Lembik. Abah turut sama memeluk saya untuk memberi kekuatan. Sungguh, saya lemah. Kehilangan Ira disaat ini?

Saya masuk untuk melihat bayi kami. Saya menjalankan tanggungjawab pertama sebagai bapa, azan dan iqamat di telinga kedua-dua bayi kami. Saya peluk erat kedua-duanya saat mengalunkan azan dan iqamat. Amanah yang perlu saya jaga.

Amanda Zahirah dan Aisya Zahirah saya letakkan nama mengikut pilihan ibunya. Kehilangan Ira menggelapkan duniaku. Usai selesai segala urusan, saya mulai rasa sunyi dan rindu yang tak pernah saya rasakan. Saya mahukan Ira.

Satu persatu kenangan bersama Ira muncul dalam kepala saya. Jika tipis iman, boleh jadi tidak waras merindu pada yang tiada. Tapi saya perlu kuat itu yang kerap dipesan mak, ibu, abah, ayah. Saya perlu kuat untuk dua permata tinggalan Ira.

Alhamdulillah 3 September 2019 genaplah 6 tahun permata hati kami. Wajah mereka tak tumpah seperti ibunya. Lembut tutur kata sangat mengikut ibunya. Saya bersyukur kerana mak ayah saya dan mertua sentiasa ada membantu saya menjaga anak-anak saya. Tak pernah sekali pun Ira saya lupakan.

Setiap kali cuti saya akan bawa anak-anak ke persemadian ibunya, sesekali saya akan bermalam di rumah mertua, di bilik Ira untuk melepaskan rindu. Ya, saya sendiri. Tiada yang layak mengganti Ira. Hati ini tidak berkeinginan untuk mencari ganti. Di usia ini biarlah saya terus membesarkan anak-anak dan menambah amal ibadah sebelum bertemu pencipta.

Tujuan cerita ini dikongsi cukuplah untuk menjadi bacaan kalian. Hargailah insan yang menyayangi dan mencintai kita dengan tulus ikhlas. Ini kerana, untuk menyayangi seseorang mungkin mudah tetapi untuk mendapatkan seseorang yang benar-benar menyayangi kita dengan tulus amat susah.

Penceritaan “Kawan Balqis” sangat membawa saya ke zaman saya masih bersama Ira. Insan yang sanggup menunggu saya pulang ke darat tanpa selingkuh, yang sabar menanti saya pulang dengan penuh rasa sayang, yang tetap memahami kerja saya walau pelbagai diracun pelbagai orang, yang menjalani hidup dengan tabah walau pelbagai dugaan datang bertandang.

Saya mengambil masa untuk menulis nukilan ini kerana saya bukanlah penulis yang baik. Semoga penceritaan ini sampai ke hati tuan/puan. Menyayangi dan mencintai orang adalah mudah. Mendapatkan kasih sayang dan cinta dengan tulus dari orang yang kita cintai itu amatlah payah. Hargailah insan yang menyayangi kita sebelum sayang dan cintanya menjadi hambar kerana perlakuan kita.

Sebagai manusia, kita tidak akan merasa puas dengan apa yang kita ada sekiranya kita sentiasa mencari yang terbaik. Anologi mudahnya, sekiranya kita berada dalam satu taman bunga untuk mencari bunga yang terbaik pastinya kita akan keluar dengan tangan kosong.

Sekiranya sudi, ambillah pesan ni terutamanya watak ‘Apis’ dalam cerita ‘Kawan Balqis’, carilah dan hargailah seseorang yang cukup di hati kita. Cukup untuk membahagiakan, cukup untuk menenangkan, cukup untuk mengisi hati kita. Selepas dapat, sentiasa lah bersyukur kerana Allah hantarkan dia untuk kita sedangkan ramai lagi orang lebih baik dari kita untuk dia. Sentiasa bersyukur.

Kenangan adalah perkara yang pahit untuk dikenang bagi seseorang yang pernah memberi kita rasa manis semasa kewujudannya dan kita memilih untuk mengabaikan usaha dia membahagiakan kita. Kita takkan dapat mengulangi kenangang itu bahkan mendapatkan kenangan yang sama semula.

Percayalah, rindu pada seseorang yang memberi kenangan manis pada kehidupan kita akan datang secara tiba-tiba terutama sekiranya kita melihat atau mendengar perkara yang berkaitan dengannya. Doa saya untuk Cik Puan Balqis khasnya dan para pembaca secara umumnya semoga hati kamu semua sentiasa dibalut bahagia dan kekecewaan kamu ada kini akan dibawa pergi luput ke langit ke tujuh. Teruslah memandang kehadapan meneruskan hidupmu yang masih panjang sehingga bahagia milikmu. Asalamualaikum dan terima kasih meluangkan masa membaca cerita yang panjang ini. Saya juga menyusun sepuluh jari sekiranya penulisan saya ini melukakan hati mana-mana pihak.

Sumber – Abah Zahirah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Sama sama kita doakan semoga roh Ira dicucri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Buat Abah Zahirah dan anak2, moga tabah dan dipermudahkan urusan mereka.