Suami gaji besar tapi pelik duit asyik tak cukup. Sampai suruh guna duit biasiswa isteri untuk beli susu ank. Mengejutkan bila jumpa diari suami. Rupanya dalam tu penuh benda yang suami sorokkan dari isteri.

Kisah Rumah Tangga

GAMBAR SEKADAR HIASAN.

Saya tidak tahu macam mana mahu bersabar dengan mak mentua ini. 5 tahun sudah berkahwin, selalu brbalah dengan suami berpunca dari keluarga mentua. Tolanglah ibu bapa/ipar/biras/ adik beradik bila mana salah seorang ahli keluargmu sudah berumahtangga, tolonglah jangan masuk campur, menyibuk dan mengata lebih kurang. Kenapa tidak diberikan galakan dan sokongan untuk mereka bina sebuah masjid yang bahagia dan aman.

Kenapa perlu iri hati dan berdengki antara satu sama lain. Lebih dahsyat bila mak mertua masuk campur, bila tidak balik kampung , dikatanya si isteri yang tidak mahu balik. Isteri menghalang dan lebih teruk setiap hari telefon disuruhnya balik, smpai menagih simpati anak dengan ayat, “kenapa taknak balik kampung, mak ada buat salah dengan isteri kamu ke, isteri kamu benci mak ke?” Ya Allah, padahal baru bulan lepas balik. Dituduhnya si isteri yang menghasut tidak balik.

Sepanjang perkahwinan kami,setiap 2 bulan kami akan pulang ke kampung jenguk mak mertua.Dan bulan berikutnya family sebelah aku supaya adil,so tiap tiap bulan kami akan pulang ke kampung. Aku tak kisah kalau dia nak tuduh aku tidak mahu balik ke yang penting jangan la sampai menghasut adik ipar duai mengatakan aku ni jenis queen control tak benar kan suami pulang ke kampung.Aku sabar….

Dulu pernah terjadi satu kes dimana saya tegur abang suami, abang ipar yang selalu meminta duit daripada suami, dalam sebulan boleh dikatakan setiap minggu telefon suami minta duit. Dah tahu nak pindah rumah dan perlukan duit deposit rumah, kenapa tidak menyimpan siap-siap, minggu depan mahu pindah setelah didesak oleh isteri abang ipar untuk berpindah ke rumah yang lebih selesa dan terus menelefon suami saya mintak RM3,000.Aku sabar…

Suami merahsiakan perkara ini dari saya. Semua ini saya tahu lepas saya kemas rumah dan terjumpa diari suami yang mencatat hutang abang-abangnya hampir RM60k. Diakui gaji suami lebih tinggi, tapi suami sudah berkahwin dan banyak tanggungjawab.

Saya bukan kedekut dan nak mengawal duit suami tapi kenapa suami saja yang diminta, mereka ada 6 adik beradik, semua dikatakn kerja stabil dan boleh sangat kalau diminta tolong. Yang saya sedih suami saya cukup berjimat, sampai baju pun dibeli di bundle, keperluan saya dan anak dicukupkn tapi keperluan dia, diendahkan. Saya sedih sangat.Aku sabar…

Saya boleh tegur abang ipar itu sebab saya pelik, selalunya bulan-bulan suami akan ada lebihan gaji, namun sejak dua tiga bulan ini , gaji suami tidak pernah cukup. Sampai suami suruh saya dahulukan duit biasiswa (saya masih belajar) untuk membeli susu anak.

Bila saya paksa suami, barulah suami cerita abang dia yang minta pinjam duit untuk bayar duit muka sewa rumah baru. Suami enggan beri, tapi dipaksa oleh ibu mertua. Dalam masalah saya ni, banyak campur tangan mam mertua. Ada suatu hari family gathering, abang ipar cerita kereta dia mahu kena tarik, tetiba mertua cakap dengan lantangnya.

“Hah, Abu (suami saya) tolon lah bayar duit kereta abang kau tu, kesian abang” Abang ipar bukan tidak bekerja, tapi jenis tidak tahu menyimpan duit. Bila saya suarakan ketidak puasan hati saya tentang hal ini,mak mertua cop saya menantu jhat. Menantu yg menghabiskn duit anak dia sb saya xkerja. Ya Allah sebak saya rasa.

Bukan saya nak mengata mak mertua saya, cuma saya dah xtahan. Depan saya dia berlakon baik sgt, depan suami baik sgt layan saya, bila jauh dimengatanya saya mcm2.Kebaikn sya dia langsung xnampak (kalau balik kg, saya akn beli mcm2,masak,mengemas tapi saya tgk biras saya yg lain kalau balik melenggang ja, xtolong pun masak bagai, lebih duduk melepak sembang) , saya bukan nak mengungkit tapi saya terkilan.

Saya cukup dah xtahan dgn mak mertua mcm ni. Ksian suami bila brbalah mesti sya ungkit perihal mak & keluarga dia. Saya tahu dia tersepit, tapi dah 5 tahun berkahwin, saya dah tahan mcm mni. Dengan ipar & biras dengki iri hati dgn kehidupan kami, dengan mertua perngai talam dua muka. Saya betul2 hilang sabar.

Mertua Selalu Tuduh Menantu Rampas Ank Lelaki Darinya. Raya Pertama Lepas Je Mertua Call Tengok Muka Suami Tengah Tahan Nangis. Petang Tu Terus Tak Jadi Nak Balik Beraya. Rupanya Sampai Macam Ni Mertua Cakap Pada Suami.

Assalamualaikum. Aku Mimi, sudah berkahwin, ada seorang anak. Aku ceritakan sikit latar belakang aku. Aku berkahwin atas restu kedua pihak. Walaupun pada mulanya, memang ada konflik antara ibu dan bakal ibu mertua aku (mertua aku marah mak aku tanpa usul periksa dan salah dari anak diaorang sendiri which is tunang aku masa tu) tapi Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

Setelah berkahwin, suami memilih untuk tinggal sementara dirumah mertua memandangkan suami masih tak dapat kerja tetap dan ada bilik kosong yang selesa untuk kami. Suami aku hanya ada 3 beradik, jadi aku fikir tak susah lah untuk aku serasi dengan semua orang. Tapi, setelah 3 bulan berkahwin, mak mertua aku mula gunakan kuasa veto as “queen”. Hampir semua yang aku buat, tak kena. Dia bentak aku. Dia marah. Dia panggil aku untuk “berbincang” tapi isinya cukup buat aku rasa terhina.

Dia pesan supaya aku menjaga penampilan diri suapaya suami aku tak cari lain sebab katanya dekat luar tu ramai lagi orang cantik cantik dari aku, sedangkan aku sakit waktu tu, seminggu aku tak dapat bangun dan urus diri. Kalau kami keluar, dia akan whatsapp suruh balik cepat atau pesan siap siap balik nanti kena tolong dia kemas rumah, mop lantai dan sebagainya.

Dia pernah ketuk pintu bilik aku pukul 6.30 pagi sebab nak suruh aku tolong dia siapkan sarapan dekat dapur. Dia pernah bukak pintu bilik aku tanpa minta izin, sedangkan dia tahu aku dengan suami ada dalam bilik. Dia ambil hadiah hadiah kahwin aku mana yang dia berkenan dan mahal mahal tu untuk kegunaan dia dekat rumah juga tanpa izin. Time aku balik rumah mak ayah aku, dia selalu whatsapp kadang suruh balik dan sebagainya.

Pernah juga dia whatsapp aku dan suami, marah marah katanya toilet dalam bilik kiteorang, kotor sampai geli nak guna. Aku pelik, sebab sebelum aku keluar aku mesti pastikan bilik air cuci dan bersih. Bila tanya bapak mertua aku, dia snap gambar toilet. Rupanya, ada kesan rambut yang terlalu sikit je.

Kalau nak cerita, banyak lagi benda lain yang dia buat. Dia pernah tolak aku time pregnant, dia pernah tepis tangan aku bila nak bersalam. Dia pernah, berpaling muka dari pandang aku. Dia pernah hina keluarga aku, dia hina aku. Banyak. Terlalu banyak.

Semua nie berlaku, bila dia terasa hati dengan suami aku. Sedangkan punca dia terasa hati tu pun, sebab dari sikap dia sendiri. Mak mertua aku jenis sayang anak tak bertempat pada pandangan aku. Bila anak dia salah, sehabis boleh dia akan usaha untuk menafikan.

Jadi, bila dia geram atau nak marah, dia akan lepaskan pada aku. Beberapa tahun, aku cuba senyapkan sendiri. Tahan, pendam. Mak mertua aku demand semua hak dia sebagai ibu kepada anak lelaki. Jadi, aku banyak makan hati.

Keluarga aku pun banyak beralah bila sesuatu tu berkait dengan family mertua aku. Aku tak tahu lah kalau kalau dalam tak sedar, mak ayah aku sedih dengan sikap kami yang nampak macam lebihkan family in law aku. Ampunkan saya, mak ayah..

Akhirnya, kami pindah rumah lepas berlaku satu kejadian yang lebih teruk. Aku tak boleh cerita dekat sini. Nanti confessions nie jadi terlalu panjang. Terbaru, hari raya pertama baru nie. Aku dengan suami memang dah maklum awal pada keluarga mertua yang raya tahun nie kami akan beraya dengan keluarga aku. Memandangkan kami semua duduk dalam satu negeri, tak jadi masalah lah untuk kami berulang.

Nak dijadikan cerita, suami aku kena kerja shift malam, malam sebelum raya dan malam hari raya. Jadi agak penat lah. Hari raya pertama, lepas habis shift habis kerja dalam pukul 7 pagi, suami aku terus bersiap dan gerak balik rumah mak ayah aku, sampai dalam pukul 8.30 pagi. Kami siap siap untuk solat, bermaafan, bergambar, makan semua. Jadi dalam pukul 1 tengahari dah settle.

Aku suruh suami aku rest dulu sebelum balik rumah parents dia. Sebab aku taknak kalau balik sana nanti, dia tidur je. Macam takde function lah kan raya tidur je. Hahaha. Dah la nak berziarah tak boleh sangat. Jadi aku pilih untuk dapatkan kualiti masa yang baik.

Walaupun mungkin sekejap, tapi biar berbaloi. Dalam pukul 4 petang suami aku bangun dan kami terus bersiap. Tengah kami bersiap, bapak mertua aku call. Suami aku angkat, tapi dia diam je. Sambil mata merah tahan nak menangis. Suami aku suruh aku keluar bilik sekejap sampai dia selesai bercakap.

Aku keluar sambil siapkan bekalan untuk family mertua aku. Bila suami aku keluar dari bilik, dia cakap jom dan “tak jadi balik Putrajaya..” aku lagi lah musykil kenapa pulak dah. Kan nak raya dengan family dia. Dia tak jawab apa apa, tapi aku dapat hidu macam ada sesuatu yang jadi. Isteri kan ada 6 senses. Haha.

Rupanya, masa call tu dia kena marah dengan bapak mertua aku. Macam macam ayat suami aku dapat. Tanya bila nak sampai, tanya kenapa sekarang baru nak siap dan akhirnya dia cakap “tak payah balik”. Korang bayangkan apa perasaan kitaorang, terutama suami aku.

Dia punya excited nak balik dengan penat penat tu, dia ada juga cakap dengan aku waktu nak bersiap tu yang dia tak larat sebenarnya, tapi takpe lah. Kita balik je. Sekali, bila dapat call tu, boleh pulak dia kena marah. Aku pun tak faham mana silap kami.

Bukan ke semua dah maklum yang tahun nie turn keluarga aku? Bukan ke suami aku dah maklum akan balik petang petang sikit memandangkan suami aku kerja? Aku diam. Aku tak kata apa melainkan aku terkejut dan cakap, “Ehh, bukan dah tahu ke kita raya dengan mak ayah saya tahun nie?”

Aku tak puashati, malam tu aku tanya kakak ipar aku apa masalah sampai nak marah marah mengamuk ngamuk macam tu. Rupanya, sebab diaorang fikir kalau smpai lewat nanti akan kelam kabut dan sekejap je dapat spend time. Allahu. Menggigil aku tahan marah. Astaghfirullah.

Aku tak tahu nak cakap apa lagi. Selalu sangat jadi kejadian macam nie terutama bila kami dari rumah mak ayah aku. Aku penat sangat. Berat aku turun mendadak since selalu stress dengan benda benda macam nie. Mak mertua aku jenis nak sempurna semuanya dan terlebih touching tapi garang. Haha. Dia suka cakap aku dah rampas kasih sayang anak dia dari dia. Dia kata aku nie dah jauhkan anak dia dari dia. sedih aku.

Selama aku belajar, ibu tu ada kedudukannya yang tersendiri dan batas pada anak lelaki. Isteri pun sama. Ibu, takkan boleh jalankan tanggungjawab seorang isteri, begitu juga seorang isteri selamanya takkan boleh naik taraf setinggi ibu. Aku tak pernah terfikir nak rampas anak lelaki orang dari ibunya.

Aku sampai dah tak tahu apa cara lagi nak buat atleast ada baiknya tentang aku pada pandangan dia. Aku pernah bagi dia kuih yang aku buat sendiri sempena birthday dia, terima kasih takde, apa takde. Yang ada, dia tanya aku, “guna santan kotak ke? Boleh rasa santan kotak tu..” kau rasa??

Hahaha. Penat sangat aku nak melayan. Bukan aku tak pernah belikan hadiah atau tanya kabar dia, tapi setiap kali buat baik ada je yang tak kena. So, aku stop membazirkan masa dan duit aku untuk buat dia bahagia pada sangkaan aku tu.

Aku dah dapatkan kaunseling, nasihat dan pandangan dari asatizah dan ulama ulama untuk diri sendiri. Aku cuba perbaiki, so biasanya aku akan okay sikit. Tapi nanti ada je kejadian aneh lagi. Aku sebut aneh sebab logik akal, tak perlu marah, tak perlu terasa, dan benda yang sedia maklum kita inform awal awal.

Tapi, untuk side dia, dia berhak untuk marah sebab dia ibu dan syurga suami aku dibawah tapak kaki nya. Mak mertua aku jenis demand semua hak dia sebagai ibu kepada anak lelaki. Jadi, aku banyak makan hati. Keluarga aku pun banyak beralah bila sesuatu tu berkait dengan family mertua aku.

Aku tak tahu lah kalau kalau dalam tak sedar, mak ayah aku sedih dengan sikap kami yang nampak macam lebihkan family inlaw aku. Ampunkan saya, mak ayah.. Aku buntu. Aku tak tahu nak buat macam mana lagi dah. Aku rasa nak lari jauh jauh, penat nak hadap semua nie.

Aku kuat pertahankan rumahtangga aku nie, sebab suami aku sendiri. Dia sangat memainkan peranan. At least, dia boleh bezakan mana betul mana salah tapi masih lagi menghormati ibu dia. Itu aku syukur sangat sangat. Ujian aku nie, taklah teruk mana. Paling tidak suami aku, masih menjalankan tanggungjawab dia sebagai seorang suami dan ayah yang baik untuk keluarga kecil kami dan anak yang baik walaupun macam tak pernah dihargai.. huhu. Aku kena bersyukur part nie. Alhamdulillah

Korang doakan aku dan keluarga supaya kami jumpa jalan keluar dan selesaikan masalah nie cepat cepat. Aku ingat, bila dah habis Ramadhan, kami akan berbaik bermaafan tapi tak sempat bermaafan, terus kena balik. Hahaha. Aduhai. Moga cepatlah pelangi indah itu tiba :’)

Mana yang baik, jadikan pedoman. Yang buruk, jadikan ikhtibar. Semoga kita, tidak mengulangi kesilapan yang sama pada anak anak dan menantu kelak sebab kita tahu betapa sakitnya disakiti dan dibuat begini. Aku pegang satu benda je since dah jadi mak nie, memang Syurga tu terletak pada kaki ibu tapi kita belum tentu dah jadi syurga sebenar untuk anak anak dan dekat alam brzakh nanti, kita pula yang perlukan doa anak anak.

Bayangkan kalau kita pergi menghadap illahi, anak anak taknak doakan kita. Dekat akhirat nanti, anak anak pula tuntut segala benda yang kita tak jalankan dengan baik. Nauzubillah. Takutnyaaaa. Astaghfirullah. Jadi, kita nie sebenarnya hidup saling memerlukan. Betul la setiap ujian tu sebenarnya, satu pengajaran berharga untuk kita. Hanya iman yang menentukan ia jadi jalan ke Syurga atau ke Nraka. Sekian… Aku minta maaf kalau ayat aku kucar kacir, terima kasih admin, jika tulisan aku nie disiarkan.

Rafizah Fiza – Pernah baca pepatah ni, dapat ibu mertua yang baik ni rezeki, bukan semua orang boleh merasa. Sabar la sis, insyaAllah berkat doa nanti ibu mertua awak akan berubah. Adini Adham – Hmm. Ignore je, buat biasa. Bukan je ibu mertua, siapa siapa pun yang ada kerenah macam ni, ignore kan je. Jangan layan kerenah mengarut. Kita pun ada hati dengan perasaan. Jaga hati dengan perasaan kita dulu.

Ignore tu bukanlah sampai abaikan diaorg. Tak bagi balik, tak yah balik. Kalau kita bagi, dia banyak songeh. Tak yah bagi dah. Tak perlu susah susah fikir. Nanti diaorang yang akan mula fikir sendiri. Ismi Sha Asri – Dapat mentua yang bagus bagus adalah nikmat yang tak mampu diungkap kata kata.

Kalau situasi sis ni pon dah berebut anak tahap macamtu. Macam mana orang yang bermadu tu ye? Mungkin ayah mentua awak kena bagi madu. baru mak mentua awak nak sibuk kat ayah awak pulak. Dah tak perlu sibuk nak berebut suami awak. Hahahaha

Sherry Azmi – Benda macam ni memang kuasa kat tangan suami. Kalau dia dapat rasional dan realistik, maka perkahwinan tu akan selamat. Tapi kalau laki tak rasional, memang ke laut dalam lah. Pak mentua aku camni gak. Sekali dengan ipar kaki hasut. Tapi laki aku maintain relaks, mana dapat buat dia buat. Mana tak, dia buat tak tau je. Ko ugut la macamana pun kat dia, masuk nerka la, anak drhka la, dia tak heran.

Ejue Mohd Amin – Hmm macam macam cara awak dah buat tapi tak jalan gak kan?. Kalau saya jadi awak, last last ignore je. Dia nak cakap apa, nak buat apa, buat taktau je. Takyah layan. Kalau dia cakap jangan balik, takyah balik. Biar dia rindu anak dia. Takyah nak terasa hati ke sedih ke apa sebab dah tau perangai mak dia lagutu. Kalau dia tak suka awak masak, awak takyah masak. Dia nak cakap awak pemalas ke apa ke biar dia cakap.

Kadang kadang orang camni lagi kita melayan, lagi kita nak please dia, lagi menjadi jadi perangai dia. Tapi at the same time sentiasa berbuat baik. Cumanya berpada pada. Janganla dia hina awak pun awak diam je. Orang camtu kena kasar sikit. Kalau kita diam je lagi dia buat. Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih !

Sumber: Mimi (Bukan nama sebenar) via IIUMC, edisimedia

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Apam Pink Media

Sumber : ALL HMT