Suami genap usia 23 tahun Eyra Hazali muat naik foto sambut hari jadi. Tapi benda lain pulak yang jadi tumpuan oleh warganet.

Artis

Selebriti, Eyra Hazali rasanya ramai sudah mengenalinya apabila dia merupakan seorang pelakon yang memulakan kerjaya lakonan sejak kecil lagi sehingga pernah menerima anugerah dan selepas muncul dalam drama bersiri berjudul, Mr Grey nampaknya membuatkan dia semakin jadi perhatian ramai.

Biarpun begitu, Eyra Hazali semakin bahagia kini selepas mendirikan rumah tangga dengan seorang pemain bola sepak dan penjaga gol, Haziq Nadzli pada 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata. Terbaharu kegembiraan jelas terpancar di wajah Eyra Hazali lagi apabila dia menyambut ulang tahun kelahiran suami yang ke 23 kelmarin dengan suasana meriah yang mana pada tahun ini mereka berdua menyambut bersama anak.

Eyra Hazali menerusi ruangan kapsyen pula mengutarakan rasa syukurnya dan berterima kasih kepada suami, Haziq Nadzli. Menerusi perkongsian pelakon drama Mr Grey itu, ternyata hadiah di atas meja dalam f0to tersebut juga mendapat perhatian apabila kelihatan permainan popular, PS5 yang dijadikan hadiah buat suaminya itu.

Dalam pada masa yang sama, tak kurang juga rata-ratanya memberikan ucapan buat suaminya itu yang menyambut kelahiran yang ke-23. “Suami hensem, isteri lawa… bagai pinang dibelah dia. Alhamdulillah tahniah dan happy untuk awak berdua”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HCL

Eyra Hazali Kongsi Ilmu Manfaat Ini Pada Warganet. Rata Rata Mengucapkan Terima Kasih Atas Info Yang Dikongsikan Ini.

Sesiapa yang mempunyai anak kecil atau bayi pastinya mengalami sedikit kesukaran untuk meninggalkan mereka sebentar untuk kita melakukan aktiviti lain. Lebih-lebih lagi jika kita ingin menunaikan solat dan anak kecil pula sedang meragam tanpa ada orang lain yang dapat membantu menguruskannya.

Solat dukung bayi

Jadi, dalam perkongsian di Instagram pelakon Eyra Hazali, dia telah memuat naik video dirinya sedang menunaikan solat sambil mendukung anak kecilnya yang sedang meragam.

Dibenarkan dalam Islam

Menurut Eyra, dia berkongsi video tersebut bagi membantu rakan-rakan yang mungkin mempunyai masalah yang sama namun tidak mengetahui cara terbaik untuk memudahkan urusan. Tambahnya lagi, cara tersebut dibenarkan dalam Islam dan pastinya tidak membatalkan solat asalkan khusyuk dan aurat masih terjaga.

Terima kasih kongsi ilmu

Posting yang dibuat oleh isteri kepada penjaga gawang pasukan bolasepak Johor Darul Takzim (JDT) itu telah mendapat perhatian warganet yang masing-masing mengalami masalah yang sama. Mereka mengucapkan terima kasih diatas ilmu yang dikongsikan kerana sangat membantu buat para ibu atau bapa yang mempunyai anak kecil.

Perkongsian yang baik

Macam nilah kehidupan seorang ibu

Sumber: Eyra Hazali

Ramai Yang Tertanya Soal Ini. Kini Ada Yang Beritahu Hukum Jika Rambut Wanita Terkeluar Ketika Sedang Menunaikan Solat.

Hukum Rambut Wanita Terkeluar Ketika Menunaikan Solat, Ini Penjalasannya | SOALAN : Admin dapat rasakan ada antara kaum wanita mengalami perkara di mana rambutnya terkeluar ketika sedang solat. Jadi, apakah hukumnya?

JAWAPAN : Jika rambut itu terkeluar ketika dalam solat sebelum salam maka solatnya batal dan jika sudah terkeluar sebelum lagi dia memulakan solat maka solatnya tidak sah dan wajib atas kedua masalah ini mengulangi akan solat tersebut. Jika dia yakin rambut tersebut terkeluar selepas memberi salam maka solatnya sah tidak perlu diulangi.

Tersebut pada kitab Hasyiah Syarwani :

Artinya : “Dan aurat perempuan itu semua anggota selain muka dan dua pergelangan tangan sehingga rambut kepalanya dan dua tapak kakinya dan memadai dua tapak kaki itu tertutup dengan lantai ketika berdiri.CHECK THIS OUT. Maka jika terbuka suatu dari auratnya ketika sujudnya atau terbuka tumitnya ketika rukuknya atau sujudnya nescaya batal solatnya.”

Dan tersebut pada kitab Mughni Ibnu Qudamah :
Artinya : “Dan telah berkata Imam Syafie batal solatnya (sebab terbuka aurat) kerana bahawasanya hukum yang berkait dengan aurat adalah bersamaan samada sedikit atau banyaknya seperti hukum memandangnya.” Wallahua’lam. Kredit: Ustaz Azhar Idrus

Mesti ramai tertanya persoalan ni kan. Makanan yang betul2 kita nak makan, baru tinggal tak sampai sejam, dah dihurung semut. Adoi.. Jadi, nak buang ke atau kuis2 semut tu dan terus makan? Kami cadangkan, lebih baik untuk buang, jika banyak sangat semut yang dah kerumun.

Walaupun tabiat semut memang tidak seperti lalat, namun adakah kita pasti semut tidak merayap di tempat yang kotor sebelum menghurung makanan kita? Tidak mustahil jika semut tersebut membawa bakteria dan kotoran lain pada kakinya. Sudah tentu, makanan yang telah dihurung oleh semut dalam kuantiti yang banyak harus diragui kebersihannya.

Oleh itu, elakkan menjamah makanan yang dihurung oleh semut dalam jumlah yang banyak . Gunakan deria LIHAT, HIDU DAN RASA sebelum makan. Jaga kebersihan. Elakkan ker4cunan makanan.

Persoalan Isu Solat Jemaah Berjarak Dan Tak Rapatkan Saf Ketika Pndemik. Ini Jawapan Dr Zulkifli Bagi Menjawab Segala Persoalan Yang Menjadi Bualan Orang Ramai

Ekoran persoalan yang timbul di media massa berkaitan penjarakkan fizikal ketika melakukan solat jemaah,Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sekali lagi tampil memberikan penjelasan beliau. Katanya,keadaan kini adalah situasi baru di mana ia menyebabkan para ulama sedunia berijtihad untuk keluarkan fatwa berhubung keadaan ini

“Suka saya nyatakan masalah ini masalah baru. Masalah COVID-19 ini muncul pada akhir tahun lepas. Ia menyebabkan para ulama semasa telah berijtihad dan mengeluarkan fatwa.“Hukum berkisar pada illah (sebab), masa ada (penyebab) hukumnya lain. Masa tiada hukumnya lain,” katanya.

Jelasnya, beberapa majlis fatwa antarabangsa membolehkan penjarakkan tersebut dilakukan ketika solat jemaah susulan kerisauan merebaknya wabak.“Dek kerana COVID-19 yang cukup mudah dijangkiti apabila SOP dilaksanakan, maka di sini saya nukilkan fatwa terkemuka dunia oleh badan berautoriti dunia. Antaranya Majlis Fatwa Mesir yang menyatakan tiada halangan terhadap penjarakkan fizikal yang berlaku antara mereka ketika melaksanakan solat berjemaah.

“Antaranya Majlis Fatwa UAE, tiada masalah dalam suasana timbulnya rasa takut dari merebaknya wabak, maka dibolehkan mereka yang solat berjemaah untuk melakukan penjarakan di dalam saf dengan mengikut apa yang disarankan oleh badan kesihatan berautoriti.“Fatwa Lajnah Daimah Arab Saudi juga memberikan pandangan yang sama,” tambah beliau.

Tegasnya, fatwa itu bukanlah hasil pendapat peribadi, namun telah dipertimbangkan dari neraca syarak bagi melindungi nyawa.“Kita telah bincangkan dalam muzakarah fatwa kebangsaan beberapa kali isu ini. Dan inilah yang kita lakukannya.“Hal ini bukanlah satu pendapat peribadi oleh perseorangan, tetapi telah dilihat dari neraca syarak dengan maslahah dan maqasid yang perlu dijaga dari segi hifzun nafs untuk memelihara agama.

“Saya berdoa semoga negara kita Allah selamatkan dan bebaskan dari pandemik COVID-19 ini dan ia segera berlalu pergi serta kestabilan negara dan perpaduan rakyat terus utuh di bawah lembayung rahmat Ilahi dan naugnan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya.Sumber: Bernama TV

Persoalan Berkaitan Letak Tangan Di Dada Gantikan Berjabat Tangan Di Norma Baharu Ikut Agama Lain. Ini Jawapan Dr Zulkifli Susulan Soalan Tersebut Meraih Perhatian Ramai

“Tuan, nak tanya bukankah letak tangan di dada sebagai tanda beri salam itu sama seperti menirv cara kaum yahvdi?”Persoalan ini sering diketengahkan oleh masyarakat tentang SOP norma baharu yang dijalankan di negara kita bagi mengelakkan daripada jangkitan wabak Covid-19. Seperti yang kita tahu, letak tangan di dada sebagai tanda hormat menggantikan bersalaman yang menyebabkan sentuhan secara fizikal.

Jadi, Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulfikli Al Bakri menjawab persoalan tersebut menerusi laman Twitternya. Jadi, ini jawapan yang jelas daripada beliau.Ia adalah persoalan mushabahah (persamaan), bukan tasyabbuh (penyerupaan). Bukan semua perkara yang kita lakukan dan dalam masa yang sama ia juga dilakukan oleh ahli agama lain maka ia menjadi haram. Sheikh Bin Bayyah ada ulas panjang lebar.

Nabi SAW pernah pakai sandal bulu sebagaimana rahib. Rujuk Radd al-Muhtar ‘ala al-Durr al-Mukhtar, 1/622.Saya mohon maaf, tetapi saya tidak bertemu apa-apa rujukan yang menyatakan meletakkan tangan di dada menyerupai Yahdi. Apa yang hampir adalah perbuatan menepuk dada (chest thumping) pada hari perayaan Yom Kippur. Pun begitu, ia berbeza dengan perbuatan meletakkan tangan di dada.

Jadi, selepas mendengar dan meneliti tentang penjelasan ini, kita sebagai umat Islam tidak perlulah khuathir dan was-was. Paling penting adalah sama-sama kita menjaga kesihatan dan memutuskan rantaian Covid-19 yang melanda dunia ini.

Anak Eyra Hazali kena jangkitan paru-paru

Kuala Lumpur: Anak pelakon, Eyra Hazali iaitu Muhammad Hayder Qhalish yang baru berusia tiga bulan dimasukkan di sebuah hospital di Johor Bahru akibat jangkitan paru-paru atau pneumonia sejak empat hari lalu. Eyra berkata, pada awalnya dia tidak dapat menerima hakikat apabila anaknya terpaksa melalui kesakitan.

Bagaimanapun, Eyra menerusi perkongsian di Instagram meluahkan rasa syukur dengan keadaan anaknya yang semakin pulih dan dibenarkan pulang hari ini.  “Hayder dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru. Ketika doktor beritahu perkara ini, saya dalam keadaan tidak percaya sebab dia terlalu kecil untuk hadapinya.

“Tengok dia kena cucuk jarum, menangis kena buat ujian saringan Covid-19, Alhamdulillah negatif, masukkan ubat, ambil gas, Allahuakbar, tapi dia seorang anak lelaki yang kuat,” katanya. Menurut Eyra, disebalik kesakitan yang dihadapi anaknya itu, Hayder masih mampu tersenyum.

“Walaupun menangis tapi dia masih mampu berikan senyuman indah kepada kami. Senyumannya buat saya semakin kuat. “Mama minta maaf awak terpaksa lalui ini sayang. Mama sanggup lakukan apa saja untuk gantikan tempat dan kesakitan awak. 

“Semoga Allah permudahkan semuanya, memberkati awak dan panjangkan usia. Mama dan papa sayang awak sangat. Anak kami yang kuat,” katanya. Eyra mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol JDT, Muhammad Haziq Nadzli pada 1 November tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata pertama iaitu Hayder pada 14 Ogos lalu. 

Eyra Hazali bersalin anak lelaki

PELAKON Eyra Hazali selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.25 kilogram yang juga cahaya mata pertamanya bersama penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli di KPJ Ampang Puteri, Kuala Lumpur jam 2.18 petang semalam.

Eyra ketika dihubungi berkata, dia bersyukur kelahiran sulung itu dipermudahkan walaupun terpaksa bertarung selama 21 jam untuk melahirkan bayi yang hanya dikenali sebagai MHQ itu. “Sebagai kelahiran pertama, alhamdulillah semuanya okay. Bagaimanapun, kami belum mahu dedahkan namanya buat masa ini,” katanya.

Terdahulu, Haziq turut berkongsi berita gembira itu di Instagram Story dan mengucapkan syukur atas doa orang ramai terhadap kesejahteraan isterinya. “Alhamdulillah, terima kasih kepada yang mendoakan. ‘Thanks’ sayang Eyra Hazali.

“Papa dan mama sayang kamu MHQ,” katanya. Menurut Eyra, kini suaminya perlu berulang alik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur setiap minggu menemaninya jika ada cuti. Dia turut mendedahkan mengalami sakit di bahagian belakang sehingga tidak dapat tidur dengan nyenyak. Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November tahun lalu. Majlis perkahwinan mereka diadakan secara sederhana di sebuah masjid di Kuala Lumpur.