Tidak ada tanda tanda yang pelik. Sekali suami hilang gara gara terjatuh dalam sungai Pahang.

Viral

KeIuarga seorang anggota tentera yang hilang dipercayai terjatvh ke dalam Sungai Pahang ketika menjalani latihan penyvsupan bagi Eksesais Para Predator Siri 1/2021 kelmarin menaruh harapan besar agar anak kedua daripada empat beradik itu ditemui dalam keadaan selamat.

Adik mngs4, Noor Suhada Mohamad Isa, 24, berkata, kali terakhir dia sekeluarga bertemu abangnya, Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa, 27, pada Januari lalu ketika anggota tentera itu pulang ke kampung di Kedah. Menurutnya, abangnya yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik.

” Abang memang ada beritahu mengenai latihan di Pahang, namun tiada perubahan sikap yang ditunjukkan malah dia ceria se­perti biasa. Dia seorang yang penya­yang dan sangat disenangi kerana sikapnya yang suka membantu orang,” katanya.

Dalam kjdian kira-kira pukul 4.40 petang itu, Mohamad Azrin yang merupakan anggota Tinjau daripada Kompeni Pandura (Para) dikatakan sedang me­laksanakan Fasa Latihan Taktikal Menyeberangi Sungai di sekitar kawasan Kampung Batu Bor. Difahamkan, Mohamad Azrin yang berasal dari Kedah dilaporkan terjatvh ke dalam sungai ketika melakukan aktiviti ber­kenaan.

Eksesais Para Predator merupakan salah satu eksesais yang dilaksanakan Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui 10 Briged (Para) yang berpengkalan di Kem Terendak Melaka. Eksesasais berskala besar selama 14 hari itu melibatkan seramai 1,894 anggota tentera dengan 151 aset logistik TDM. Sementara itu, TDM dalam satu kenyataan memberitahu, susulan kjdian yang menimpa Mohamad Azrin, pihaknya telah menggerakkan anggota bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR), namun tiada pe­nemuan sehingga kini.

“Op SAR bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 2 Pahang telah dilaksanakan di tempat kjdian semalam kira-kira pukul 4.50 petang. Op SAR ini turut juga dibantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang kampung di kawasan di mana mngsa kali terakhir dilihat,” ujarnya.

Dalam pada itu, menurut TDM, operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan sementara kira-kira pukul 7 petang kelmarin kerana keadaan cuaca yang semakin gelap dan Op SAR disambung pada semalam. Jelasnya, sebarang perkembangan tentang kjdian tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan berharap masyarakat tidak membuat sebarang spekuIasi yang boleh mengganggu misi pencarian serta bagi menjaga perasaan waris mngs4 yang terlibat,” ujar TDM. Sumber:k0smo via asiakini

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.