Suami kantoi dengan gadis lain di tepi pantai. Tiba tiba dia bagi alasan yang mengejutkan. Bini terus peluk gadis tu sebelum balik. Rupa rupanya sampai macam ni sekali suami dan gadis itu buat di tepi pantai.

Kisah Rumah Tangga

GAMBAR SEKADAR HIASAN.

Maaf, confession aku agak panjang sebab rasa nak luahkan segalanya di sini sebelum nak buka lembaran baru dalam hidup kami. Kami pasangan yang bahagia. Luaran, dalaman. Maksudnya, bukan pura-pura bahagia ye. Salah faham sikit tu ada, tapi tak sampai tahap kronik hinggalah satu hari muncul Ira dalam hidup kami. Semua jadi secara tak tersangka sebab aku tak pernah fikir yang jiran kami akan jadi orang ketiga dalam rumahtangga kami. Ye, jiran okay, jiran. Dan terjadi di saat hubungan kami suami isteri memang okay sangat-sangat, tak ada masalah apa pun.

Kantoi pun bila aku check bil telefon suami, (walhal selama ni aku tak pernah check pun, betapa ALLAH nak tunjuk) dan aku jumpa nombor Ira. Rupanya, setiap petang suami aku akan call Ira lepas dia main futsal. Kalau weekend pulak, call setiap pagi lepas jogging.

Aku yang solehah sangat ni pun mengiyakan tanpa banyak tanya walaupun sebenarnya aku tak gemar suami aku aktif sangat main futsal sebab aku wanita bekerja, penat jugak urus rumah sorang-sorang dengan anak lagi setiap hari. Rasa macam bongok kejap.

Yang lebih menyedihkan adalah– mereka siap dating tepi pantai lagi seminggu sekali selama sebulan, sedang aku struggle kat rumah mengemas, siapkan anak, siapkan kerja pejabat yang tak siap. Keluar lepas Asar balik dekat nak Isya’. Cakap pergi main futsal, tapi rupanya pergi jumpa Ira. Dan aku pun percaya. Lagi sekali bongok.

Bila kantoi, dengan masih terkejut beruk sebab dengan jiran sendiri, aku pun jumpa Ira nak bincang hati ke hati. Yang lagi terkejut beruk, Ira pakai tudung labuh, pakai handsocks, stokin bagai tau. Macam tak percaya pulak. Aku tanya, memang nak kahwin dengan suami aku ke, nak bermadu ke. Dia kata, kalau dah jodoh, nak buat macam mana.

Amboi, jawapan artis muslimah sangat kan. Sumpah rasa nak pijak muka dia. Tapi masa jumpa Ira, aku tak menangis pun. Siap aku boleh peluk dia sebelum balik. Entah mana dapat kekuatan. Aku tanya dia, kenapa masih layan walaupun dah tahu status suami aku? Kenapa ikut pergi tepi pantai? Sumpah, aku tak salahkan Ira 100% sebab aku tahu it takes two to tango. Mesti sama-sama gatal miang. Ira balas, dia pun tak tahu kenapa jadi macam tu. Dia pun tak percaya yang dia boleh jadi orang ketiga. Erm.. korang rasa apa, dengar jawapan dia?

Yang tak tahan tu Ira cakap, dia & suami aku keluar, duduk & berbual-bual jek, bukan buat apa-apa tak baik. Ya Tuhan.. keluar dengan suami orang tu perbuatan baik ke? Hahaha.. mudah betul penunggang agama mensucikan perbuatan mereka. Mendidih jek aku dengar.

Bila aku tanya suami (depan Ira sebab aku nak dia dengar sendiri dari mulut suami), suami kata dia tak nak kahwin pun dengan Ira sebab dia tak nak duakan aku & sayang anak kami. Suami cakap dia tak sengaja, tergelincir, terjatuh kasihan sebab Ira selalu cerita pasal kisah cin