Isteri susah payah cari duit nak tolong suami tapi raya pertama kantoi rupanya suami tengah syok dengan janda kawan sekolah dulu. Suami sampai nekad padam semua gambar isteri dalam fb. Akhirnya ini yang terjadi buat isteri terduduk.

Kisah Rumah Tangga

Gambar sekadar hiasan

Salam semua saya nak luah perasaan saya, sekarang keadaan saya kembali murung saya taktau bila akan baik, tersksa btn saya bila saya diuji lagi dengan suami. Ujian sebegini buat saya tersksa dan takut. terasa diri teranya sangat, saya korban kerjaya saya untuk berbakti pada suami ketika dia dalam kesempitan.

jawatan dalam kerajaan saya lepaskan untuk penuhi permintaan dia, sayu jugak hati saya bila saya dah berhenti kerja saya tiada gaji bulanan. Masa tu saya fikir anak tak ade orang nak jaga, nak upah pengasuh tak mampu, mak suami sakit Masa tu,

biasa suami upah mak dia jaga cucu, dengan keadaan anak sulung yang sakit swn, saya fikir berhenti lebih baik dan bekerja di rumah. Apabila Saya bekerja di rumah, kerja saya Makin bertambah dengan nak urus rumah anak2 dan jugak perniagaan Saya.

Saya sering mengadu dekat suami penat la nak buat semua kerja takde bantuan abang. Mula2 saya cakap elok bila dah lama2 saya jadi memberontak Dan marah2 suami. Saya sibuk kesana ke Mari usung anak 4 orang, suami sibuk dengan kerja dia.

dia pulang malam nak rehat sedangkan saya tiada rehat lagi, hidup saya stress sangat. Suami pun stress jugak bila saya asyik marah dia. Kami kerap brblah, mungkin jiran2 pun dengar saya menjerit Dan menangis. Saya rasa hubungan kami makin renggang, kurang komunikasi dan jarang berkongsi masalah.

Saya tak tahu nak baiki macam mana lagi sebab suami tak faham. Kadang harini elok, esok jadi semula. Suami pun bosan dengan saya tapi dia tetap tak berubah untuk ringanakan beban saya ini, tak nak tolong saya buat kerja rumah.

Saya rasa sangat sedih. prblhan kami ini sampai untuk berpisah. Saya sering ditinggal keseorangan hidup suami dengan hp sahaja. dia buat saya macam tak wujud, saya Cuba ambik hati dia, supaya tak brbalah tapi perbuatan dia buat saya sakit hati. Musim pkp lagi teruk kami brbalah, bangun pagi balik malam,

Suami seorang guru, saya sorang2 buat kerja berniaga sebab suami tak cukup duit nak tampung kami. Suami buat loan banyak untuk business tapi tak berjaya. Sambil berniaga saya menangis perlukan suami, saya tak tau ape yang dia sibuk sampai tiada Masa untuk saya.

Semasa Hari Raya pertama saya dapat tahu dia dah Ada org lain, kekasih dia dulu Masa sekolah. patut la selama ini dia menjauhi Saya dia dah Ada tempat untuk bermanja. Selama ni saya bersusah payah sebab sayang. Rupanya bukan saya yang dia sayang.

Dia friend fb perempuan tu, semua dia like kekasih dia janda anak 3 yang baru berpisah. Dia berkasih sayang dengan janda tu, dia tak pernah ucap kata sayang pada saya, dekat perempuan tu siap love semua. Lagi pedih semua gambar saya dah takde dlm fb dia.

sampai hati dia buat Kat saya mcm ni, saya korban semua hidup saya Demi dia. Dia takde duit Saya hulur duit walapun sikit. Tak ade makanan Kat dapur saya berkerja keras niaga, sebab saya tak nak dia lapar balik tiada makanan untuk saya masak.

bagi saya dia adalah nyawa saya, dia yang jaga saya selama ini. Walaupun dia tak ade duit nak bagi saya, saya redha dengan kehidupan susah senang bersamanya. Saya menangis sampai sakit kepala dan lemah tak makan berhari2. Kenapa dengan perempuan itu yang dia sayang, dia sanggup nak buang Saya sebagai isteri dia.

Saya merayu pada dia jangan tinggal saya Dan anak2, kesian la Kat saya sebab kami tiada tempat nak tinggal dengan anak2. mak ayah di kg susah, tapi dia janji nak bagi duit Kat saya Dan anak2. jatuh terdudk saya mendengar penjelasan dia ingin Kan kekasih dia itu, saya rasa bodo saya kerana terlalu sayangkan dia saya berhenti kerja kerajaan.

Dia dah tak SAYANG saya lagi. Tiada lagi cinta kami dahulu, anak2 lahir dari rasa cinta bukan paksaan, hidup rasa kosong tiada rasa ape2, Sekarang terjawab persoalan saya, Kenapa dia tinggalkan saya keseorangan untuk lari jauh bercinta dengan org lain.

perempuan tu penuh dengan pujian Sekali pun dia tak pernah puji saya macam tu. Hari jadi saya dia tak ucap Kat fb tapi perempuan itu dia ucap. Semuanya sebab dia tak sayang saya lagi. Hati dia masih dengan kekasih lama. banyak Kali diuji sebegitu rupa. Barang kemas semua saya jual untuk tolong dia sampai saya tiada segalanya tapi dia sanggup suruh mak dia pergi beli sarung cincin sebab nak kawin lain.

dia dah lupa pada saya, lupa pada kesetian saya menunngu dia pulang. bila Saya lihat wajahnya saya menangis kesedihan, sayangnya pada dia tak berubah, Saya bukan takut berpisah nga dia sebab duit tapi sebab saya Tak boleh hidup tanpa dia walau sekejap.

waktu tido, saya bangun malam2 saya tatap wajah dia, saya cium dia walaupun kami brbalah. Saya maafkan abang, pimpin la saya ke Jalan Allah. Saya berutung sebab keluarga suami memang marah betul dengan tindakan dia, mak suami selalu pujuk saya untuk bersabar Dan mintak pertolongan Allah.

Untuk suami ku tersayang. Aku tak pernah berhenti mencintaimu, sampai ajl memisahkan kita, Aku bukan isteri impian hidupmu, aku memang jauh dari kata sempurna, andai kata aku kau tak perlukan lagi, aku akan pergi. Cari lah aku ketika kau susah atau sakit, aku rela menjagamu sayang.

Sumber : Kisah Rumah Tangga

Biini Hairan Suami Tiap Mlm Balek Kerja Lambat. Lepastu Sampai Sampai Rumah Jer Suami Teros Basoh Baju Yg Dia Pakai. Biini Hairan Lepastu Syak Ada Bau Pommpuan Kt Baju Suami. Terperanjat Bini Bila Satu Hari Kantoi Semua Apa Yg Suami Buat Selama Ni.

Setelah curiga dengan kelakuan suaminya yang selalu pulang waktu subuh, terus mandi dan membasuh baju, Seorang isteri akhirnya mengetahui sesuatu yang mengejutkan. Selama mengharungi bahtera rumah tangga, dia tidak merasa aneh dengan sikap suaminya.

Namun sejak kebelakangan ini suaminya selalu balik ke rumah pada waktu subuh, terus mandi, dan mencuci baju.Balik dari kerja, dia terus mandi dan tidak mengendahkan saya, kemudian dia pasti terus mencuci bajunya Hingga akhirnya saya mengetahui sesuatu yang sangat mengejutkan setelah melihat keanehan yang dilakukan suaminya.

Ikuti kisahnya. Saya dan suami sudah menikah setahun lebih. Sebenarnya, kehidupan kami biasa saja, setelah bercinta beberapa lama kami pun merancang untuk bernikah. Kerana kami dilahirkan di kampung, biasanya cuma perlu daftarkan diri di jabatan agama saja, kami tidak adakan kenduri pun.

Kami juga tidak merancang untuk mempunyai anak dalam masa terdekat, setelah setahun bernikah, akhirnya suami mendapat kenaikan gaji dan kami boleh menyimpan duit sedikit. Ditambah dengan wang yang dipinjam dari saudara mara, akhirnya kami berjaya membeli sebuah rumah kecil.

Pada hari kami mendapat kunci rumah kami, suami memelukku dan berkata. Sayang, abang janji akan membahagiakan keluarga, mulai sekarang, kita dah mempunyai rumah, sayang mesti bersiap sedia, aku akan berjuang untuk keluarga Sayang mesti jaga kesihatan, kita akan segera dapatkan cahaya mata.

Saya hanya mengangguk bahagia mendengar semua ini. Saya tak tahu apa salah saya, atau suami yang berubah, sejak kami membeli rumah. Disebabkan pinjaman yang mesti dibayar, ekonomi kami merudum dan kami hadapi banyak tekanan.

Tapi sejak itu, suami selalu berkata bahawa dia mesti buat kerja lebih masa, mulanya saya sangkakan dia hanya akan bekerja lebih masa seperti biasa. Tapi katanya dia mesti kerja lebih masa setiap hari, dan pulang lewat malam sampai ja,m pada 1 atau atau 2 pagi.

Balik dari kerja, dia terus mandi dan tidak mengendahkan saya, kemudian dia mesti mencuci bajunya. Suatu hari aku nekad pulang kerja lebih awal dari biasa dan menunggu di depan pejabatnya. Ternyata, suami aku tidak bekerja lebih masa! Selepas habis waktu kerja dia terus keluar pejabat, tapi dia tidak terus pulang ke rumah.

Ini membuatkan saya semakin yakin yang suami berlaku tidak setia! Mana taknya masa balik dia terus mandi dan cuci baju mungkin sebab takut aku terbau wangian wanita lain. Tetapi saya nampak dia masuk ke sebuah restoran barbeque.

Masa itu saya berada di seberang jalan memerhatikan suami, saya lihat dia keluar dengan baju putih dan mula memanggang daging. Suami aku memang pernah ceritakan yang dulu dia suka memanggang daging di rumahnya dan semua orang cakap daging panggangannya memang sedap.

Melihatnya sedang memanggang daging, saya mulai menitiskan air mata. Saya memutuskan untuk menyeberangi jalan dan duduk di restorannya. Seorang pelayan datang bertanyakan pesanan, Saya cuma meminta segelas minuman, dan tolong hantarkan kepada tukang masak yang sedang memanggang daging itu.

Pelayan itu merasa aneh dengan permintaan saya, namun dia tetap melakukannya, saat menerima minuman itulah, suami aku mengangkat kepalanya dan melihat aku. Lalu meminum habis minuman itu dan terus menghampiri aku. Sayang, macam mana kamu boleh sampai disini?

saya terus memeluknya dan berkata, Saya tunggu abang balik kerja. Malam itu suami menjelaskan semuanya. Dia tidak letih dan boleh bekerja lebih masa, dia cuma nak mendapatkan pendapatan sampingan. Saya kata padanya, saya pelik kenapa setiap hari balik kerja abang terus mandi dan cuci baju.

Rupa-rupanya abang takut saya terbau bau asap dan daging, saya dah syak abang dah ada perempuan lain, itu sebabnya saya pergi intip abang. Suamiku kemudian memeluk aku dan menciium kening aku, macam mana abang nak berlaku tidak setia?

Awak adalah wanita paling sempurna buat abang, tak ada orang yang boleh menggantikan awak !Adakah masih wujud suami seperti ini.? Sebagai seorang wanita kita perlu percaya pada suami kita kerana suami lah tempat kita bakal mendapat syurga. Apa pendapat anda ? Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih !

Sumber : Trasformasi

Suami Beriya Kata Suri Rumah Yang Jaga Ank Tak Penat Mana Kalau Nak Banding Dengan Perempuan Yang Bekerja. Tapi Bila Bagi Suami Jaga Kejap Je Dah Meraung Ank Sebab Suami Buat Macam Ni.

Suami beriya kata suri rumah yang jaga ank tak penat mana kalau nak banding dengan perempuan yang bekerja. Tapi bila bagi suami jaga kejap je dah meraung ank sebab suami buat macam ni.

Assalamualaikum semua. Sengaja saya memilih ruangan ini agar dibaca sama oleh kaum adam. Saya nak share sakitnya hati marahnya rasa bila suami cakap “ibu bekerja lagi penat daripada suri rumah” sedangkan saya isterinya, suri rumah sepenuh masa.

Semuanya bermula bila dia cerita rakan rakan perempuan di tempat kerjanya bila balik kerja tidak terus ambil anak dari pengasuh, tapi balik mandi rehat rehat dulu baru ambil anak dari pengasuh. Saya jelaskan penat suri rumah ni bukan penat fizikal tapi lebih kepada penat emosi. Hadap anak anak 24 jam. Tiada istilah siapa lagi penat. Bekerja atau suri rumah , sama sama penat.

Suami masih pertahankan pendiriannya sambil membandingkan pula dirinya yang lelaki pun balik kerja, penat. Apatah lagi perempuan bekerja. Membaranya saya rasa. Tapi saya tahan. Tak guna saya balas sebab dia bukan pernah jadi suri rumah. Tak pernah lagi seumur hidupnya jaga anak anak 24jam tanpa saya.

Anak anak saya pula semua susu badan, tak pernah tinggal anak semasa anak anak masih bayi dengan ayah mereka, melebihi 2jam. Jadi saya tinggalkan bayi kami dengan suami dan ambil wuduk untuk solat. Tak lama tu suami beritahu bayi kami masukkan penutup sejenis krim natural ke dalam mulut.

Saya tak risau sebab tiada bahan bhaya. Cuma perut anak saya ni sensitif. Mudah kembung. Usai solat saya duduk bersendiri masih merajuk. Bayi kami mula menangis meraung raung tak pernah meraung begitu. Sakit perut gamaknya.

Saya jugalah yang kena sapu minyak. Urut urut. Sampai bayi sendawa dua kali. Lepas tu saya pujuk pujuk sambil susukan dia. Saya tanya suami, tengok tak anak tadi? Dia kata tengok. Saya tanya tengok macam mana? Nampak tak muka anak? Nampak tak tangan anak? Ke nampak kepala saja?

Sebab suami tengok sambil baring atas katil. Anak pula di atas lantai tepi katil sana. Suami terdiam. Nampak sangat dia tengok ala kadar, sekadar tengok di mana anak. Bukan tengok apa anak buat. Suami jawab, “balasan” Maksudnya balasan terhadap dirinya atas kata katanya. Terus saya luahkan semua. Ingat saya duduk rumah jaga anak anak ni tengok macam abang tengok? Sekadar tahu di mana anak?

Saya duduk rumah, tangan anak baru mula nak mengutip pun saya nampak. Gerak geri anak semua saya perhati. Sedangkan anak tu lincah bergerak bukan statik macam patung. Bukan budak besar boleh faham kalau kita kata jangan. Kawan kawan abang tu balik rumah rehat dulu sebab nak dapatkan tenaga kembali untuk jaga anak anak pula. Maksudnya nak buat kerja lain pula yang turut memenatkan.

Nak hadap ragam anak anak memang tak penat macam kerja buruh bina bangunan, penatnya penat lain. Suri rumah tu memanglah bukan sejenis pekerjaan dapat gaji tapi dia tetap buat kerja. Kalau rasa jadi suri rumah tak penat atau tak lah penat mana, jadilah suri rumah sepenuh masa dulu dengan adanya anak anak kecil. Barulah rasa macam mana.

Saya suri rumah tapi tidaklah saya kata ibu bekerja itu tak penat. Semua orang ada penat tersendiri dalam memainkan peranan masing masing. Jangan dibanding banding. Saya, kalau orang lain yang kata saya tak ada hal. Tapi bila suami sendiri yang kata, memang cari hal.

Reaksi warganet.

Sheikha Ibtizam – Sebenarnya yang paling penat jadi suri rumah adalah bila suami tak hormat kita, anggap kita orang gaji, hal rumah dan anak harapkan kita saja yang urus dan pandang perempuan luar yang kerja dengan dia lagi bagus dari kita yang banyak berkorban untuk dia. Sebab tu perempuan sekarang trauma nak jadi suri rumah. Kalau jadi suri rumah pun masih bekerja cari duit dari rumah. Double triple penat.

Nadwah Khalid – Merasa jd surirumah 24jm wktu pkp, mmg penatt.. jaga bby kecik, nak masak lagi, kms rmh lg, nak xnak kena buat jugak..klu ibu brkerja, skurang2 nya ada alasan xsmpat buat semua bnda2 tu apapun nak bgtau ibu2 Yg fully housewife mmg hebat.

Nur’ain Syahira – mentaliti masyarakt bila jadi suri rumah ni xbekerja so xstress mcm org bkerja..suri rumah ni xde masa rehat or even cuti pon..sbb mmg xbergaji..suami biasa berkira bila bayar pengasuh mahal..tp bila nk bg duit kt isteri yg 24/7 mngasuh anak dikira tanggungjawab sbg ibu..so foc.

SyaFinaz Roslan – Betul sisi 100% setuju ape yg awak tuliskan. sy pernah jadi suri rumah sekejap lepas melahirkan anak. Sungguh, sy x sanggup. Peritnya rasa dan x sabar nak kembali bekerja. Suri rumah sebenarnya ibu-ibu yang sangat kuat. Yang sanggup berkorban dunia luar mereka untuk anak-anak dan suami. Tahniah sis. dan salute pd semua suri rumah. Anda mungkin di pandang enteng sesetengah individu. Tapi percayalah, anda mulia disisi Tuhan.

Fatin Azwa Sidik – Saya dah lama ikut saranan suami. Ayat dia “dok umah penat ape je. Xde buat apa apa” sejak dari tu saya duduk rumah tanpa buat apa apa. Dulu saya kerja sebagai seorang engineer. Engineer kilang je. Masa tu pun sy dah rasa penat. Kadang terfikir seronoknya kalau duduk rumah je. Sampailah masa anak sy umur 6m, dia masih reject botol(anak sy fully breastfeed). Penat sebb kejap2 kne pergi rumah pengasuh. Kejap2 risau pengasuh update anak taknak susu. Jadi sy dgn suami sepakat utk sy resign.

Ya Allah sejujurnya, penat sangat jadi surirumah ni. 24h mengadap rumah mengadap anak. Takde rehat langsung. Takde cuti langsung. Siapa yg kata surirumah pemalas, silalah rasa dulu jadi surirumah. Sy awal2 selalu nangis kt suami, sy nak kerja semula. Tak larat dan over penat.

Fatin Khadilah – Bila anak tidur, time tulah nak buat semua. Belum sempat betulkan pinggang, anak dah bangun. Belum masuk time anak taknak bekerjasama. Masak, sidai baju, sambil berdukung. Mandi tak tenang, membuang lagilah tak tenang. Tapi syukur, anak membesar depan mata.

Pada suami2, hargailah isteri tak kiralah surirumah ataupun bekerja. Syukur suami sy memahami. Janganlah rendahkan isteri. Surirumah ni penat sgt. Takde masa untuk rehat, lari sekejap apatah lagi nak me time. Hargailah mereka sebb redha isteri tulah punca murahnya rezeki suami.

Aini Sazali – I feel u sis.. Pernah dulu masa anak kecil, suami bising kenapa mainan bersepah. Ape tak sepah kita kemas dia selongkar balik..ajenyeee ingat kite kat umah goyang telor.. Dua hari lepas tu kita buat2 daftar kelas buat roti pg sampai ptg.. Tinggal anak kat dia. Padan muke kene setempek ke dia.. Tahu lak penat jage anak. Jage anak semate ye.. Bukan suh masak kemas rumah, basuh baju lipat baju pon. Lepas tu xda dia bising2 dah umah sepah pon.

– Suri (Bukan nama sebenar) Via IIUMC