Suami lagi sanggup tidur dengan lembu dari tidur dengan isteri. Bila isteri dah cantik dan kaya ex suami meroyan nak kan isteri balik. Dulu dihina masa gemok dan selekeh. Akhirnya ini yang terjadi.

categorized

Foto sekadar hiasan.

Kalau janda yang cantik cantik, mesti orang mengata. Masa ade suami selekeh, dah jadi janda baru pandai nak melawa. Laki dah lari, baru terhegeh hegeh cari gincu. Saya nak share satu story client lama saya (atas izin)

During hearing case (anak dia), saya kagum sangat. Usia dah hampir separuh abad tapi body macam anak dara, bergaya, kulit mulus tegang. Setiapkali hadir ke court, bekas husband pon tak pernah miss datang. At first place saya tak pernah sangka yang diorang dah berpisah, ex husband nampak so caring .

Saya perasan akak ni selalu je macam nak marah. Buat tak tahu dan tak layan dekat ex husband dia (mase tu tak tau pon diorang dah berpisah). Tapi bile akak ni tengok reaksi saya yang macam tertanya tanya then dia cakap, “Puan nurul jangan salah sangka, akak dah berpisah lama dah”.

I was wow, “Bagusnye bekas husband akak sampai tak pernah miss datang tengok kes anak dia”. Akak tu cakap, “Dah meroyan, nak buat macam mana biar dia rasa”. Saya ni selalu puji, akak ni cantik, akak ni bergaya, lembut orangnya, nape akak berpisah.

The next hearing date, after habis case, kitaorang turun cafe, sembang sembang sampailah bab peribadi. Dia bawak keluar satu pic lama dari dalam beg. It was her and her ex husband. I was shocked!! Hitam, gemuk. Tak make up langsung, berkain batik, selekeh. While man standing next to her quite handsome.

“15 tahun akak abdikan diri dengan suami. Keje nurse berhenti laki suruh. Duduk umah jaga anak, duit tak de. Laki beri cukup cukup makan. Tak ada lebih langsung untuk beli baju baru, alat solek atau akak keluar jalan jalan. Duduk umah je jaga anak. Laki pulak sesuka hati keluar nak jumpa kawan kawan. Akak sabar je. Akak beranak setahun sorang. 4 orang anak dah. Letih tuhan je tau.”

“Laki akak start berubah bila akak jadi gemuk. Bukan sengaja, tapi tiap tiap tahun beranak tak sempat nak kurus. Akak nak keluar jogging takde orang nak tinggal jaga anak. Nak beli ubat kurus, nak beli jamu duit tak de. Nak melawa duit tak ada”.

Laki pulak elok je beli barang baru, baju baru, tapi tak buat balik dekat bini. Selepas laki naik pangkat, laki dia dah start menghina. “Awak duduk rumah, selekeh tak macam orang opis saya”. Laki dah mula bandingkan dia, hina tubuh badan. Dan sampai satu masa, berbulan bulan dia tak disentuh.

Akak ni nekad nak g0da semula laki dia. So lepas je lahirkan anak keempat, dia belajar menjahit. Bawak keempat anak dekat balairaya pergi belajar menjahit. Laki nak tolong? harem. Mengutuk adalah. Lepas belajar jahit, akak ni amik upah jahit. Adalah duit skit, bolehlah beli baju baru sehelai dua.

Dalam duk usaha nak pikat hati laki, tup tup kantoi laki menikah sorang lagi dekat Thailand. Sedih tak terkata, terasa begitu hina. Sudahlah nafkah culas. Bukan kaya pon, nak beli baju kata tak ada duit, tapi bleh kawen lagi satu. Bini baru kerja satu opis, anak dara, cantik dan bergaya.

Akak ni redho, cuba sedaya upaya selamatkan perkahwinan walaupon lepas tu laki dah jarang bermalam. Paling teruk bila madu dapat anak seorang, nafkah tak diberikan terus. Akak ni kerja menjahit sara anak anak. Balik je umah dia, laki akan bandingkan dengan madu yang cantik, pandai jaga badan, pandai segala serbi.

Sejak ada bini baru, laki dah pandai naik tangan. Kadang kadang laki bermalam dekat umah dia, bini baru datang suruh balik sana. Laki akan balik dan tinggalkan dia sorang sorang. Sepuloh tahun akak ni dimadukan. Hari sebelum dia dilepaskan diorang bergaduh, pasal nafkah kewangan dan juga nafkah batin yang dah lama suami tak tunaikan. Bila gaduh ade tengking menengking. Dan akak ni tak tertahan terus mintak dilepaskan.

Mase tu suami dia menghina, “Kalaulah lembu dengan kau, lagi sanggup aku tidur dengan lembu”. Lepas laki dia cakap macamtu, Allah telah hadirkan perasaan benci teramat pada laki dia sampaikan pertama kali dalam hidup dia mintak dilepaskan.

Suami dia dengan mudah lepaskan dia. Selepas dilepaskan, laki siap cakap, “Aku nak tengok, sejauh mana kau boleh pergi tanpa aku. Kalau nak aku rujuk balik, jangan lupa datang umah xxx(madu) sebelum tamat tempoh iddah. Lepas dah tamat tempoh iddah aku tak kuasa dah nak layan rujuk dengan kau”.

Terasa terhina, akak ni tak menoleh kebelakang. Angkat kaki, balik kampung bina hidup baru. Bukak kedai jahit. Now dah ade ramai kakitangan. Rezeki makin banyak, duit banyak hidup tenang. Lepas dia dah agak kaya, madu tak puas hati. Paksa jugak ex laki buat bisnes. Buat loan, buat bisnes kedai makan. Lingkup. Sekarang menanggung hutang dengan bank. Dari pakai Harrier now dah downgrade to Viva. Sekejap je Allah tarik.

Lepas tak ada laki baru boleh bergaya, melawa. Sebab takde sapa nak tanggung, ada duit sendiri. Masa ade laki macam patung hidup. Tiap tiap tahun beranak. Yang jaga nye dia sorang. Duit takde. Laki nak beli make up baju? haremmm. Kawen lain adalah.

Sekarang akak dah kurus, dah cantik, duit banyak. Giliran madu pulak hidup susah main dengan anak anak kecik. Madu dulu yang kurus dah gemuk. Tambah pakej lagi madu dia ni pandai menjawab. Kalau tak kene, abes pinggan mangkuk dilemparnya.

Masa saya handle kes akak tu, dah almost 3 tahun ex laki dia duk kejar, nak rujuk semula. Caring dan terlampau baik. Tapi akak ni bolayan. Tunggu depan pintu, tunggu dekat tangga rumah. Dekat mana mana nampak je ex laki macam orang tak betul. Meroyan.

Sempat lagi akak ni gurau, “Akak ni puan nurul termasuk dalam salah sorang janda yang takde laki baru pandai nak melawa. Orang duk mengata kite tak pandai jaga laki, laki dah lari baru nak bergaya. Tapi orang tak tau, kita jadi patung hidup sebab ade laki tak guna. Miskin tapi ada nfsu dan citarasa tinggi tapi tak menyumbang apa apa kecuali air benih buat kite beranak tiap tiap tahun. Lepastu bukan nak berterima kasih tapi dijadikan modal pulak nak menghina isteri. Baik hidup sendiri,a da duit sendiri tak payah menanggung biawak dekat rumah”.

Tergelak saya dengar akak ni cakap. “Dah ada yang baru, yang lama dibuang. Sekejap je huru hara hidup. Biarkan dia rasa”. Kata akak ni. Somoga jadi teladan. Terkesan sungguh pada kata kata akak tu, “Miskin tapi nfsu dan citarasa tinggi tapi tak menyumbang apa apa”. Urmmm. Semoga suami kite, anak anak kite, saudara lelaki kita jadi suami yang bertangungjawab dan baik pada isterinya.

Reaksi warganet

Cik Mal Oi –Sedih juga baca kisah orang. Rezeki yang berbeza beza. Gemuk isteri sebab suaminya juga. Sampai menghina macam lembu. Otak tu dah diprogramkan nak cantik cantik hot aje ke. Bila dah tak ada semuanya kena tinggal juga.

Azwa Ghazali – Pernah kena, kat klinik bawa anak tak sihat. Tengah tangkap gambar, mintalah ex (masatu suami) tangkapkan sekali. Dia boleh balas, “Taknak. Mama awak muka buruk dik.” 😌😌😌 Tersentap dan tercabar ok. Masatu kami pun dah dalam krisis. I takde mekap yang baru, takde baju baru, takde tudung baru, kasut pun takde. Selipar beli kat kedai eco je tupun selipar jamban haa. Sebab duit i semua habis untuk peebelanjaan anak, dapur dan rumah. Sedih. 🙂

Sampailah kami dah dalam proses, teringat kata dia dalam Mahkamah kpada Hakim. “Dulu masa dengan saya, manade dia nak melawa begini. Bila dah tinggal berasingan, pandai pulak beegaya. Tengoklah datang Mahkamah pun pakai lawa2.” 😂😂😂 ..

Hakim balas,

“Dulu Encik pun taknak hargai dia. Apa yang Encik buat masa isteri dengan anak anak ada dengan Encik? Ada tak Encik bagi duit poket pada isteri Encik nie? Sebab kalu tengok dari sini ….” Blablabla so on. Takyahlah panjang lebar i cerita, nanti kang kata bukak aib. Gitewww.

Haa sekarang i nak melawa ke nak melaram, sibuk pula nak kisah. Hari2 bagi video utube, content ceramah (renung2kan). I senyum je. Paling paling pun i bebel kat family i sebab diaorang yang jaga dan uruskan i dan anak2 masa dibuang dahulu. Apa dia ingatt i anak tiga tak boleh melawa ke? 😌😌😌. Dia lupa agaknya masa i bujang bujang dulu, i is divasss eh. Bahahahahaha 😂😂😂

Sri Bainun –Yang ade suami bagus, bersyukur lah kita. Yang ni jadi kan teladan. Tapi ade jugak semua cukup, anak2 suami bantu jaga, duit ok tapi masih pakai kain batik ikat atas dada je. Rambut macam hantu mak limah. Masak pon malas walau dok umah goyang kaki.

Suami balik periuk kosong. Isteri melaram dok pergi singgah umah orang. Tapi bile suami mule beralih arah, baru nak bergincu. Ye lah, bak kate orang jangan bagi suami kite cari sebab, lelaki ni perangai nye lain2. Ade yang tak kesah sampai beranak cucu. Ade jugak yang cepat tension. Macam pompuan jugak. Ade yang kesabarannye tinggi dan sebaliknye..

Aisyaah Mat Desa –Kebanyakan suami memang tak boleh nak ikut cara Rasulullah. Mereka hina isteri sama macam mereka hina mak sendiri. Sama macam bukak aib sendiri. Sah2 isteri abdikan diri pada suami, so jangan la penting diri sampai tergamak hina kekurangan isteri yang berpunca dari diri sendiri.

Bila dah berpisah baru nak terhegeh2, rasakan. Amanat Allah tak dihargai semasa halal dah haram baru nak jilat balik.. Ermmm.. semoga suami dan anak2 lelaki atau saudara2 lelaki kita semua tidak melakukan kejahatan yang sama. Yakinlah suami ketepikan kepentingan dia demi isteri dan anak2 terurus, Allah la yang akan gantikan kesempurnaan mereka dari jalan mana2 yang mereka tak sedar. Rezeki milik Allah..

Sumber : Nurulbadiah Lai

Perkongsian di atas awalnya disiarkan pada 15 April 2016. Semoga menjadi tauladan dan pengajaran buat kita semua.