Suami langsung tak tahu Adira Suhaimi failkan perpisahan padahal baru kelmarin lakukan hubungan bersama

SUAMI kepada penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Seri Adnan Abu mend4kwa tidak tahu isterinya itu memfailkan perpisahan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat dan akan dibicarakan jam 3 petang ini. Sebelum ini timbul gosip mengatakan Adira akan berpisah dengan Adnan atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk Red.

Bagaimanapun, penyanyi yang juga bintang Akademi Fantasia musim kelapan itu menafikannya. Sebaik berita Adira mahu memfailkan perpisahan sekali lagi ditimbulkan kelmarin dan dihubungi bagi mendapatkan kesahihan semalam, penyanyi yang kini sedang

mempromosikan lagu duetnya bersama Hafiz Suip, Takdir Tercipta mengambil tindakan ‘tutup mulut’. Sehinggalah pagi tadi sewaktu wartawan mahu mengesahkan mengenai waktu sebenar perbicaraan permohonan perpisahan akan dilakukan,

Adira akhirnya mengaku kesnya akan berjalan jam 3 petang ini. Mengikut jadual asal, perbicaraan pemohonan perpisahan dilakukan Adira pada jam 9 pagi tadi tetapi ia minta untuk diubah oleh penyanyi itu sendiri kerana tidak menyangka perkara itu (permohonan perpisahan) diketahui umum.

Sewaktu dihubungi semalam, Adnan menafikan mengenai isu perpisahan itu dengan berkata, ia hanya khabar angin seperti mana ia heboh diperkatakan sebelum ini. “Berita mengatakan saya dan Adira mahu berpisahan itu adalah palsu kerana kami masih bersama.

“Kelmarin saya baru saja pulang ke rumah Adira dan kami melakukan hubungan intiim.“ Pagi semalam saya bersarapan bersamanya seperti biasa sebelum keluar bekerja. Hubungan kami baik dan mesra,” katanya sewaktu dihubungi Harian Metro.

Adnan, seorang ahli perniagaan menikahi Adira di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan, Adira dan Adnan dikurniakan tiga cahaya mata. Perkahwinan pertama Adnan dikurniakan lima cahaya mata.

Adnan juga pernah bernikah pada usia 20 tahun, tetapi berpisah selepas lima tahun bersama dan hasil perkahwinan itu dia dikurniakan dua cahaya mata. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Like Page Kami Juga Di Facebook Apam Pink Media

Sumber : Metro

Saya semakin sayang Adira – Datuk Red

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu, menafikan khabar angin dia tinggalkan isterinya, Adira Suhaimi, ketika penyanyi itu sarat hamil anak ketiga mereka. Kecewa dengan spekulasi bertebaran, Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red berkata,

soal perpisahan tidak wajar dijadikan bahan mainan kerana ia sangat sensitif, apalah lagi ketika Adira sedang bertarung nyawa melahirkan cahaya mata. “Saya sama sekali tidak mempunyai niat untuk melepaskan Adira, terutama dalam keadaan sekarang, ketika kami sudah pun mempunyai tiga anak. Malah, saya semakin menyayangi isteri.

“Bagi saya, perkara membabitkan perpisahan sangat sensitif. Mujur keluarganya di Sabah tahu cerita berkenaan tidak benar. “Apabila gosip ini timbul, saya akui sangat kecewa. Begitupun, saya anggap semua ini ujian buat kami sekeluarga. Adira sendiri faham kerana dia seorang selebriti.

Kepada pihak yang membuat fitnah, saya maafkan mereka,” katanya kepada BH Online. Ditanya mengenai penerimaan penyanyi Pujaan Hati itu terhadap gosip berkenaan, Adnan berkata, isterinya sangat positif kerana dia sendiri maklum cerita terbabit tiada kebenarannya.

“Adira sendiri tahu berita itu palsu, jadi dia tak mahu ambil peduli sangat mengenainya. Apa yang saya dapat lihat, dia sekarang lebih gembira dan bahagia kerana kini bergelar ibu kepada tiga cahaya mata. Selepas ini, dia mahu lebih fokus membesarkan anak.

“Saya juga sama dengannya, mahu memberikan lebih tumpuan kepada keluarga dan memperbaiki diri dari sudut agama,” ujarnya. Spekulasi mengenai perpisahan pasangan ini timbul apabila ruangan gosip sebuah portal hiburan menyiarkan cerita artis wanita ditinggalkan ketika sedang hamil anak ketiga.

Kebetulan, Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi, 28, ketika itu sedang mengandung bayi ketiganya. Kelmarin, bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia itu selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.4 kilogram menerusi operasi.

Mengenai puteri yang baru dilahirkan, Adnan tertarik untuk menamakannya Anggun, yang menurutnya membawa maksud keagungan. Adnan dan Adira berkahwin di Songkhla, Thailand, pada 3 Disember 2015. Sebelum ini, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Anggrek, yang dilahirkan pada 10 Mac 2017 dan Asan (9 September 2018).

Sumber bh

Adira hitung hari sambut anak ketiga

KUALA LUMPUR: Penyanyi Adira Suhaimi yang sedang menanti hari untuk melahirkan cahaya mata ketiga terpaksa membataskan pergerakannya kerana bimbang memudaratkan diri. Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi berkata, dia sering berhadapan masalah mudah lelap, terutama ketika memandu, membuatkan dia lebih banyak menghabiskan masa di rumah.

“Mengikut jadual, saya dijangka bersalin pada 8 Ogos ini. Berdebar juga kerana saya sedang menanti hari. Saya baru berjumpa doktor untuk pemeriksaan terakhir dan diminta supaya banyak berehat kerana sudah mula sakit, terutama pada bahagian pinggang.

“Hendak bercakap pun ‘mengah’ kerana berat badan saya kini mencecah 80 kilogram. Tidak banyak beza dengan kehamilan sebelum ini. Cuma, kali ini, saya lebih cepat penat. Mungkin ia berlaku kerana saya perlu menguruskan dua anak yang masih kecil iaitu Anggrek dan Assan.

“Saya juga mudah terlelap. Bayangkan ketika kereta berhenti di lampu isyarat, saya pernah tertidur. Untuk tidak membahayakan nyawa, saya elakkan diri daripada terlalu kerap memandu,” katanya. Adira bagaimanapun, bersyukur tidak berdepan sebarang alahan, malah penyanyi yang popular dengan lagu Pujaan Hati itu menyedari dirinya hamil ketika kandungan memasuki usia lima bulan.

“Memandangkan saya melahirkan Anggrek dan Assan menerusi pembedahan, saya perlu mendapatkan nasihat doktor berhubung proses kelahiran cahaya mata ketiga. Saya berharap urusan bersalin nanti dipermudahkan.

“Saya akan berpantang di sini, mungkin ibu akan datang dari Sabah untuk memantau. Memandangkan saya sudah ada pengalaman, jadi saya tidak kekok untuk menerima kehadiran orang baharu,” katanya. Adira mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Sumber bh

About ApamPink 1065 Articles
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah-ertikan, kami tidak akan bertanggungjawab. JIKA ANDA SUKAKAN SALAH SATU ARTIKEL, JANGAN LUPA SHARE...