Suami luah rasa kecewa bila isteri lepas kahwin hodoh. Sebelum kahwin bukan main bergaya. Sekali ini yang suami tu dapat.

Kisah Rumah Tangga

“Dulu bukan main bergaya bagai, kasut pun tumit tinggi. Sekarang bila dah kahwin, rambut serabai, tudung mereng,” demikian luahan si suami yang kesal dengan penampilan isterinya selepas berkahwin. Menurut si suami yang tidak didedahkan namanya itu berkata,

isterinya menjadi ‘alien’ atau kelihatan seperti nenek selepas berkahwin. Bukannya bergaya seperti dlu. “Kenapa ye mesti jadi macam tu? Perlu ke jadi alien yang hodoh selepas kahwin? Bini aku pun spesis macam ni. Entah apa-apa je. 

“Baju dan tudung dia pakai macam nenek-nenek. Baju style perempuan tua, tudung main sarung saja. Tak ada gaya. Bngang tak habis-habis bila dah jadi bini orang, jadi bdoh. “Bila kena pisa, meroyan pula,” katanya. Tindakan pengadu itu bagaimanapun mengundang kritikan golongan wanita bergelar isteri yang rata-ratanya berpandangan bahawa bekas isteri lelaki terbabit menjadi begitu kerana sikap si suami yang tidak pandai menjaga isteri. 

“Jawapannya senang saja. Dulu belum kahwin, bini tu yang jaga diri sendiri. Tetapi bila dah kahwin dengan kau, kau tak jaga dia elok-elok. 
“Kalau tak percaya, cuba jandakan bini kau. Confirm dia akan cantik balik macam dulu-dulu.

“Penyebab utama kebanyakan perempuan yang dah kahwin jadi selekeh adalah disebabkan suaminya. Poket kosong, sembang pun kosonglah. Sila malu. Booooo!” kata Nina Khairina.  “Pernah terbaca satu komen. Deep sangat. Katanya, makin bebal seorang suami, semakin tak teruruslah isterinya. Awak ni salah satu contohnya,” perli Ummu Safwan. 

Sumber: Kisah Rumah Tangga

Pelik Ank Kecik Selalu Merengek Setiap Malam. Suami Sampai Halau Iteri Tidur Bilik Lain Gara Gara Ank Bising. Rupanya Dalam Diam Kat Katil Tu Suami Dah Pernah Buat Sesuatu Masa 6 Bulan Isteri Takda Kat Rumah.

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum. Maafkan aku jika terlalu panjang luahan untuk kali ini. Isteri yang diuji! Yaa …isteri yang diuji itu aku dan aku pasti ramai lagi isteri2 lain yang senasib dengan aku di luar sana.

Cuma cara mencari jalan penyelesaian antara kita mungkin tidak sama. Ada yang mampu bertahan dan sebaliknya. Untuk aku, aku sendiri tak pasti, masih di sini aku untuk apa ? sabar atau cuma satu kebdohan? Itu lah yg sering bermain difikiran aku sehingga ke saat ini…disaat menaip luahan hati aku untuk kesekian kalinya ini. Terlalu sukar untuk aku jelaskan.

Selepas melahirkan anak kedua kami aku berpantang di rumah mak abah hampir 6bulan. Terlalu lama tempohnya bagi aku…mungkin terlalu singkat bagi suami. Rumah kami apartment yg memerlukan aku turun naik tangga dan disebabkan itu mak minta aku berehat di kampung sehingga betul2 sembuh memandangkan aku perlu mengurusan urusan hantar dan jemput anak sulung kami pulang sekolah ketika itu.

Mak risau jika aku terlalu lasak turun naik tangga dengan aktiviti yang menjadi rutin aku bila pulang ke rumah kami nanti. Di kampung aku dijaga mak sebaik mungkin.. terima kasih mak…jasa yang tak mampu aku balas sehingga ke akhir hayat. (Crying) Suami cuma pulang selepas sebulan usia anak kedua kami untuk menjenguk aku dan untuk urusan majlis aqiqah serta cukur jambul anak kami.

Layanan masih seperti selalu. Air muka dia yang nampak jernih membuatkan aku senang dengan perubahan dari suami selepas episod kntoi yang pernah aku hadap dulu. Selepas itu suami tidak pulang lagi mnjenguk dengan alasan sibuk kerja. Banyak kursus yang dia nak kena attend baik dlm atau luar negara. Maka dalam masa 5 bulan berjauhan itu, kami cuma berhubung melalui wasap chat or video call sahaja.

Aku lalui hari2 tanpa rasa sangsi dan berfikir yang bukan2 tentang suami..kerana bagi aku…fikir yang baik2 maka yg datang juga akan baik2. Ternyata aku silap untuk ini. Semasa di kampung suami tanggung segala perbelanjaan aku dan anak2. Soal nafkah memang dia xpernah culas. Malah adakala dia kirimkan juga duit belanja untuk mak abah aku di kampung.

Genap 6 bulan di kampung, suami pulang untuk menjemput kami pulang ke rumah. Menitis air mata mak abah lepaskan aku dan anak2 balik kerumah kami. Kami berpelokkan seolah2 aku tak akan pulang lagi kerumah mereka ( crying again). Sebelum pulang kerumah kami, suami bawa aku dan anak2 bercuti di sebuah tempat sejuk sebagai reward utk aku dan anak2.

Memandangkan lama sangat kami di kampung terasa lama sudah kami tak holiday seperti selalu. Suami melayan aku dan anak2 sangat baik. Dan aku akui…dia memang seorang suami dan ayah yang baik,cuma habit dia yg buruk satu tu je dia tak mampu kawal. Dan habit yang satu itu lah telah mengilang rasa cinta aku pada dia. Selepas hampir seminggu bercuti, kami pulang ke rumah.

Rumah yang terlalu aku rindu. Rindu bilik kami, rindu dapur, rindu ruang aku merempit juga (aku suka menjahit) dan ada satu bilik khas untuk hobi aku itu. Setelah 4/5jam menempuh perjalanan maka sampailah kami ke destinasi. Masuk saja dalam rumah kami, ada kejutan dari suami untuk aku perabot rumah bertambah, bilik tidur kami dihias kemas dan rumah sangat bersih dijaga suami.

Dan dia memang seorang yang pembersih. Aku lalui hidup seperti biasa. Cuma anak kecil kami merengek sentiasa bila tidur dalam bilik kami, di katil kami. Sungguh aku tidak terfikir yang bukan2 waktu itu. Malah suami juga berjaya melakonkan watak nya dengan sempurna. Disebabkan anak kecil kami selalu menangis bila waktu malam aku cuba buat solat hajat dan mohon doa agar ditunjukkan apa yang tidak kena dengan bayi kami.

Dan disebabkan bayi kami sering menangis juga lah suami minta tidur dibilik berasingan dengan alasan tidurnya terganggu untuk bangun bekerja keesokkan harinya..dan aku akur tentang itu. Sehinggalah satu hari, ada seseorang add aku di fb. Seseorang yang aku tak kenal, dan tak pernah bersua. Sejenis aku, aku tak akan approve friend request dr orang sembarangan.

Dan begitu lah yang terjadi. So aku ignore kan sahaja si polan itu. Sebulan selepas itu, aku terima pesanan ringkas di wasap. Untuk kepastian, aku cuma reply bertanya ” siapa?” Rupanya dr seorang perempuan yg muda manis sopan dr penelitian aku pada gambar di dp profile akaun wasapnya. Tujuan beliau hanya ingin berkawan. Ouh.. lupa aku nk jelaskan…mesti korang tertanya dr mana dia dpt contact nombor aku ka..

aku ada bisnes online, so nombor tu memang ada di wall fb aku. Maka berbalas pesan lah kami melalui wasap tanpa ada rasa curiga dr aku, memandangkan dia juga menunjuk minat dengan barang jualan aku. Sehinggalah satu hari aku bercerita dengan suami tentang si polan tu. Entah kenapa suami kelihatan gugup dan meminta aku blok perempuan tu di fb dan wasap.

Suami cerita yang perempuan tu adalah anak buah dia di tempat kerja yg selalu cuba menarik perhatian dia. Bila dijelaskan begitu, maka faham lah aku yg perempuan tu adalah scndl suami walaupon dia cuba berbohong utk melepaskan diri. Aku menangis depan suami minta dia berterus terang dan seperti selalu, tak ada yg buruk tentang dia..masih tetap berbohong dan dia bagitahu aku perempuan tu yg nak kan dia.

Perng dingin kami agak lama kali ini, ini kerana aku sudah cukup kecewa dengan apa yg dilakukan pada aku. Tapi bila melihat anak sulung kami seolah2 sedar akan sikap kami yang tidak mesra dan katanya dia tidak seronok bila lihat kami tidak seperti selalu. Aku sudah hilang kemanjaan…sudah hilang kelembutan, sudah hilang gurau senda segala2nya hilang untuk kali ini.

Tapi demi anak, aku rendahkan ego aku dan cuba buat seperti tiada apa2. Biarlah aku sakit, asal anak2 gembira. Bila dengar anak2 bergelak ketawa bersama bapa mereka.. ia buat aku rasa skit itu sedikit terubat…demi mu anak2. Berbulan juga hubungan dingin zahir btin terabai dan aku masih bersabar bila dia masih juga tidur berasingan biarpun bayi kami sudah tidak menangis lg di malam hari.

Dan aku nampak dia lebih selesa tidur sendiri di bilik tetamu. Bila aku bertanya masih alasan sama diguna pakai biarpun jelas di hari cuti pon masih juga dia tidur di bilik tetamu. Sehinggalah satu hari. Aku terima pesanan dr nombor yang tidak aku kenali. Rupanya itu pesanan dari perempuan sama yang nombornya aku blok dulu. Kali ini lebih serius cara nya.

Kali ini aku juga lebih serius berbalas pesan. Segala kata2 cci mki aku berkati2 aku lepaskan. Marah dengan cci mki dr aku, permpuan murahan yang tak bermruah itu cuba provok aku dengan menghantar gambar2 dia dengan suami aku. Berselfi di dalam kereta kami, menonton wayang bersama semasa aku berpantang di kampung dan paling tak diterima akal aku ketika itu ialah….

gambar resit htel tertera nama suami aku. Ketika itu memang buat aku betul2 terduduk, lemah seolah2 nywa terpisah dari jsad. Terasa pijar dimuka mengeletar tangan dan ketika itu aku hanya mampu menangis. Terasa seolah2 aku pergi seketika. Dan perempuan itu masih lagi menghantar segala bukti ketidak setiaan suami aku.

Gambar terakhir yang buat aku rasa nak baayakan diri sendiri adalah, gambar mereka di bilik tidur kami…di katil peribadi kami…dirumah kami…allah….terus aku foward semua bukti itu ke wasap suami dan bertalu2 meseg mohon ampun maaf dari dia yang aku terima. Aku tak tahu saat itu aku dimana….terasa ingin lari jauh2 tapi aku tersepit…tak sampai hati tinggalkan anak yg masih kecil…

masih menyusu…yang aku mampu hanya menangis dan berkurung di dalam bilik. Berhari2 hadap tekanan perasaan seorang diri tanpa mampu meluahkan pada sesiapa pon.Suami masih memujuk dan mohon diberi peluang lagi. Aku hanyut entah kemana2. Tak sangka sejauh itu ketidak setiaan suami. Rupanya mereka telah bersama dr tahun 2014 lg ketika aku pulang kerumah mak abah dan failkan kes untuk berpisah….

kenapa dia tak lepaskan aku dulu jika ini pengakhirannya. Bertitik dari hari itu aku nekad, tak sanggup lagi untuk tinggal di rumah kami. Aku bawa anak2 pindah ke rumah lain. Dan aku izinkan suami berkahwin dengan perempuan tu. Memandangkan perempuan murahan tu merayu2 mohon diberikan peluang untuk menjadi isteri kedua, aku minta suami bertanggungjawab atas apa yang dia lakukan.

Dengan syarat, lepaskan aku dan izinkan aku pergi bersama anak2. Suami mencari rumah lain untuk aku dan anak2. Di rumah ini aku lebih tenang. Biarpun tak sehebat rumah lama…disana setiap hari aku mampu mendengar laungan azan dan mengikuti kuliah saban hari sambil memasak dan menguruskan rumahtangga. Tapi kini itu semua tinggal kenangan. Semuanya hanya tinggal air mata dan kesakitan.

Aku bina kekuatan diri di rumah baru. Hanya ALLAH tempat mengadu. Aku tak bercerita dengan sesiapa pun dalam family aku tentang apa yang terjadi kecuali seseorang yg paling aku percaya dan mampu memberi nasihat yang baik2 untuk aku. Mak abah tak perlu tahu tentang semua ini. Cukup lah mereka pernah membenci suami aku dulu. Dan bila diberi peluang lagi..diterima mak abah aku..

rupanya dia tak pernah belajar dari kesilapan dl. Aku juga tak mahu mak abah susah hati memikirkan tentang aku dan suami. Alahmdulillah..Allah hadirkan seorang manusia yg paling dekat dengan aku untuk berkongsi segala duka. Berkurang sedikit rasa skit itu. Selebihnya hanya Allah tempat bercerita dan mengadu.

Kurang sikit rasa skit yang terbeban dihati aku. Suami akhirnya tak mahu berkahwin dengan perempuan murahan itu. disebabkan itulah perempuan tu cuba prvok aku dengan harapan dapat musnhkan ikatan kami suami isteri agar mudah bagi dia untuk dapatkan suami aku…dan suami juga masih mengharapkan aku berikan peluang terakhir untuknya.

Dia mahu bertaubat dan cuba berubah demi rumahtangga kami. Adakala aku rasakan seolah semuanya sudah terlambat..hati aku sudah hancor dan aku sendiri tak tahu kemana perginya. Tapi setelah berfikir secara matang aku decide utk berikan suami peluang terakhir. Skit memang skit, kalau pemikiran aku singkat sudah pasti kisah kami menjadi vral terpampang gambar kami dan anak2 di media sosial. Tapi itu bukan cara aku.

Dia juga manusia biasa yang banyak ccat ceIa. Begitu juga aku. Aku ambil langkah utk kembali pada ALLAH. Setiap yang berlaku di atas izinya. Ini bahagian aku dan suami dalam hidup berumah tangga. Demi kesempurnaan hidup anak2 aku korbankan perasaan sendiri. Aku masih sayangkan suami dan rumahtangga kami. Sesungguhnya 8tahun ikatan yg aku pilih ini bukan sekadar suka2.

Besar impian aku dalam kehidupan berumahtangga saat aku putuskan untuk bergelar seorang isteri dulu. Memang aku kecewa bila insan yang aku percaya sanggup buat aku yg setia ini. Tapi biarlah ALLAH yang menilai semuanya. Tiada daya bagi aku sebagai manusia untuk menghukm. Aku bermuhasabah diri…dan aku pilih untuk memaafkan segala kesilapan suami pada aku dan anak2. Kami masih tinggal bersama di rumah sewa baru.

Rumah lama sudah selamat terjual berserta dengan isi di dalamnya sekali. Aku nk mulakan hidup baru bersama suami..biarpun hakikatnya..sehingga ke hari ini hubungan antara kami masih dingin. Sesekali datang semula keskitan itu…tapi cepat2 aku halau dengan tahajud adakalanya hanya berteleku di sejadah sudah cukup buat aku tenang.

Meluahkan semua rasa padaNYA. Aku percaya, sesungguhnya di setiap ujian yg DIA berikan itu tak pernah ada yg sia2. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Doakan semoga aku dapat balik suami yang aku kenal di awal pertunangan kami dulu. Buat si penyndl, jika kamu terbaca ini aku doakan kau juga bertaubat dan kembali pada ALLAH.

Setiap tangisan dan rayuan kamu pada aku dan suami bukan tiada belas dr kami…anggaplah itu semua balasan atas apa yang sudah kau lakukan pada aku. Didunia sudah dibalas…diakhirat nanti kau tunggu saja lah. Buat suami2 di luar sana, jaga lah hubungan dengan isteri. Jika ada kekurangan dia..sila bawa berbincang bukan pergi meluah dekat perempuan lain.

Pergaulan tanpa batasan tidak menjaga iktilat akan menjerumuskan kalian dengan dsa yang akan memsnahkan hati banyak orang. Usah biarkan keinginan mengawal diri kalian.. ingat lah allah itu sangat pedih. Rasa seronok yang kalian nikmati itu hanyalah tipu daya sytan untuk menyesatkan kita semua. Maaf jika coretan ini terlalu panjang. Maaf juga jika luahan aku ini membuat teman2 beremosi.

Aku sekadar berkongsi pengalaman hidup aku untuk dijadikan iktibar utk kalian di luar sana. Mohon doakan aku terus kuat berjuang demi rumahtangga yg hampir roboh ini. Perlu masa yang agak panjang untuk dibaik pulih kembali.Aku isteri yang diuji. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page.

Sumber seleksimedia

Lepas Kahwin Suami Tak Pernah Langsung Sentuh Isteri Dan Asyik Berkepit Je Dengan Telepon. Sekali Bila Isteri Tengok Telepon Suami Terkejut Tengok Banyak Aplikas Dating Dalam Tu. Tergamam Bila Isteri Buka Semua Aplikasi Dan Tengok Apa Yang Berlaku Dalam Tu.

Gambar sekadar hiasan

Salam min, saya mohon sangat2 tolong hide profil saya min. Saya cuma ingin doa daripada kalian sahaja. Semoga berkat hari Jumaat ini doa2 kita diangkat Allah SWT. In Shaa Allah.. Aaminn. Saya sudah bernikah hampir 8 bulan. Tapi sepanjang pernikahan saya, suami tak pernah sentuh saya. Saya bekerja dan saya sentiasa jaga penampilan saya, saya suka nampak kemas bila depan suami.

Suami saya tak pernah culas nafkah zahir seperti makan dan tempat tinggal. Krisis rumahtangga kami dah berlarutan sejak dua bulan pernikahan lagi sebenarnya. Suami bagaikan jauhkan diri daripada saya. Saya sayang suami saya. Sebelum2 ini (ketika awal pernikahan) sebelum dia pergi kerja dia akan cium dahi dan pipi saya. Sekarang tidak lagi. Kalau dulu dia akan peluk saya (walaupun sekejap).

Setiap malam saya akan salam dan minta maaf kat suami sebelum tidur. Tidur pun dah tak nak sekatil dengan saya. Dia akan lari tidur di lantai, dan saya pula di katil. Tapi jika suami dah tidur saya akan dalam diam tidur di lantai dan cuba memeluk suami walaupun dia tepis saya tidur ja dengan dia. Saya rindu sangat dengan sentuhan dan pelukan dia. Cuma itulah, tiada sentuhan, pelukan, kalau saya nak peluk dia pun dia akan jauhkan diri daripada saya.

Saya sentiasa memakai wangian yang dia suka, sebab kalau macam basuh baju pun kalau bau sabun yg dia tak suka dia akan bagitau dan saya tak akan pakai bau yg dia tak suka. Saya selalu je pakai menjolok mata kat rumah dan hari2 saya cuba goda dia, tapi tak jalan. Saya masih masak untuk suami lepas saya balik kerja, cuma kadang termiss sebab penat sangat, suami pun pernah cakap kalau dia balik kerja lewat malam saya tak payah masak, sebab dia dah makan,

Kalau nak masak pun dia minta saya masak untuk diri saya sendiri, tapi kadang dia makan juga ikut mood dia sebab dia jenis tak suka makan.
Suami saya lock password fon dia. Saya pernah tanya kenapa kena ada password sedangkan dah jadi suami isteri. Suami jawab, “sebab privacy, walaupun husband wife tetap kena ada privacy” dia cakap. Saya hormat privacy dia. Tapi mana2 dia pergi memang dia akan bawak dan bersama dengan fon dia.

Tidur pun genggam atau sorok bawah bantal. Masuk toilet pun bawa fon tapi dia pasang lagu masa dalam toilet. Saya ni jadi makin nak tahu apa benda la yg ada dlm fon dia sampai tak nak lepas daripada tangan. Kalau saya nak pinjam pun dia akan tunggu dan tengok saya tekan apa. Baru2 ni suami tertidur dan fon terbuka masa dia tengah buka ig cerita kartun. Kebetulan saya baru balik kerja dan ternampak fon dia depan mata saya terus ambil fon dia dan bawa lari masuk bilik lain.

Saya cek fon dia. Apps omi, michat, grinder dan macam2 apps dating lain semua ada. Saya buka wasap dia. Allahu pedih hati saya bila buka satu2 chat suami wasap dengan lelaki tapi butiran dan chat wasap2 semua ke arah yg tak sepatutnya. Ada video lelaki2 tu dengan dia tengah kiss pelk dalam keadaan tidak berpakaian. Luluh hati saya min. Menggeletar jari2 saya, menangiis saya.

Lepas tu dia ketuk pintu bilik. Dia ketuk kuat sangat banyak kali suruh pulangkan fon dia. Saya buka pintu dan saya bagi semula fon dia. Dia mrah sangat kat saya. Lepas tu dia tanya saya. “Awak dah tahu kan semua sekarang! So awak nak apa??!” Saya menangis.. saya cakap, “awak yg buat slah kenapa nak marh saya..? Saya minta maaf saya cuma nak awak.

Saya nak suami saya, saya tak nak berpisah, saya sayang awak” Saya cakap camtu. Tapi sumpah min, saya betul2 sayangkan suami saya Lillahitaala. Walaupun saya dah tahu dia macam tu, saya masih sayangkan dia, tak berkurangpun kasih sayang saya kat dia. Makin saya rasa nak tolong dia. Makin besar rasa kasih dan sayang saya kat dia. Saya tanya, “kenapa nikah kalau tahu awak macam tu?“

dia cakap, “Saya ingat saya boleh berubah lepas kahwin, awak ingat saya nak ke jadi macam ni, saya cuba untuk berprng dengan diri saya, saya benci diri saya kenapa saya jadi macam ni..!” Lepas tu dia ambil wudhuk, saya cuba peluk dia. Dia cakap “aku nak solat ni! Ada aku tak solat kang..!” Saya pun bagi dia waktu untuk solat. Lepas solat dia terus lari keluar rumah tanpa sempat untuk saya halang, dia start enjin kereta terus keluar.

Saya menangiis meraung, lepas tu saya terus ambil wudhuk dan solat maghrib terus zikir sampai solat isyak baru tenang setenangnya min. Saya buat solat taubat, solat hajat, solat istikharah mohon petunjuk. Saya baca al-quran untuk tenangkan hati yg remuk. Saya sayang rumahtangga saya min. Dah berbelas tahun saya kenal dan bercinta dengan suami sebelum kami mengambil keputusan untuk bernikah dan saya tak tahu sejak bila dia berubah jadi macam tu.

Saya ingat saya dah cukup kenal dia Sungguh demi Allah saya amat menyayangi suami saya. Sekarang suami minta saya ambil cuti dan pulang ke kampung dan beri dia masa untuk tenangkan diri dia. Dia juga seperti tak nak berpisah, tapi dalam masa yg sama dia takut buat jahat pada saya jika kami meneruskan pernikahan ini.

Tapi saya redho min. Kalau ini takdir Allah, biarlah tanpa sentuhan sekalipun, saya redho asalkan saya masih bersama dengan suami. Saya faham suami tengah dalam masalah besar seperti ini, saya tak nak rungsingkan fikiran dia. Saya nak bantu dia. Saya nak kami sama2 masuk syuga..

Saya doakan suami berubah ke arah lebih baik dan tinggalkan segala perkara buruk kemungkaran yang dia lakukan. Mohon semua doakan suami saya juga ya. Doakan saya dan suami dapat meneruskan pernikahan ini dalam keharmonian, rahmat kasih sayang dan keredhaan Allah. Aamiin

Sumber : kisahrumahtangga