Suami nekad beli barang dapur mak angkat satu troli tapi bagitau isteri gaji kena potong. Selamba suami cakap isteri dengki bukan benda penting pun semua nak cakap.

Kisah Rumah Tangga

Dalam diam suami beli barang dapur untuk mak angkat tanpa pengetahuan isteri. Mengejutkan ini respon suami bila isteri dapat tahu pasal cerita sebenar.

Diam2 dia tak bagitau apa yang dia buat bila isteri tahu, dia cakap buat apa nak bagitau bukannya penting pun. Hidup ko jangan dngki dengan orang. Assalam. Nak tanya pendapat dari warganet . Macam ni kalau seseorang suami dia bagi duit beli barang dapur bagi kat mak angkat dia tanpa pengetahuan isteri.?

Diam2 dia bagi tak bagitau apa yang dia buat bila isteri tahu, dia cakap buat apa nak bagitau bukannya penting pun. Hidup ko jangan dngki dengan orang. Sedangkan isteri nak kan kejujuran je dari suami.. Si isteri tak kisah pun suami nak bagi apa.

Cuma kalau boleh jujur bagitau yang dia ada beli ni beli ni bagi kat orang.. isteri takkisah pun cuma nak tahu apa yang suami buat. Tu je. Tapi bagi suami cakap isteri cemburu.. Dngki.. Bsuk hati. Apa pndapat semua.. Sampai sekarang kita orang buat haluan sendiri, Dia dengan hal dia. Saya dengan hal saya. Sebab dia tak bagi saya ambik tahu hal dia walaupun hal keja. Hal kawan dia..

Hal dia pergi mana. Lepak mana2, saya ni dah la tak ade kawan.. Nak bercakap dengn sape.. Dia tak apelah.. Bosan suruh kawan dia datang umah lepak2 layan kawan pun lebih sangat2. Last2 saya tau banyak dia menipu dari cakap betul.

sedh jadi isteri macam ni. Yang dia bercakap pun nak makan, buat air, lepas tu tak ade la.. Perlu tak isteri ambik tau hal macam ni. Bagi akak dan abang2 macam Telefon lagi la. Dia tak nak saya tau. Siap pasword bagai. Pasal duit. Dapat loan ke dpat gaji. Tak pernah bagitau saya. Bila gaji nak potong bru cakap. Bulan ni tak ade duit banyak kena potong. Time nak kena potong baru cakap. Time ada duit senyap je.

Saya tanya pun dia cakap jangan ambik tau hal dia. Ape perlu saya buat. Betul2 rasa sunyi.. Yang tau jaga anak. Masak. Urus hal umah. Tu je dia nak saya buat. Persaan layanan. Jauh sekali.. Kadang2 apa yang dia buat kat saya.. Sampai saya str3ss. Sampai anak pun saya jadi m4rah. Nak tanya pendapat.

perlu ke saya tak ambik tahu hal suami. dia byk sgt menpu saya.. ya allah sedh hati saya. semua orang meyebelah pihak suami. mgkin bagi dorang saya ni jhat. kalau saya jahat nape tak pisah je saya. boleh saya move on. bila mintak pisah. suruh saya pergi mahkamah sendiri.

Syurga Isteri Terletak Di Bawah Tapak Kaki Suami

Seperti yang semua sudah sedia maklum, syurga seorang perempuan yang belum berkahwin terletak di bawah tapak kaki ibunya, tetapi bagi seorang wanita yang sudah bergelar isteri, syurganya terletak di bawah kaki suami. Walaupun tiada hadis sahih yang berkata sedemikian namun ianya boleh dianggap sebagai suatu metafora di mana untuk seorang isteri itu menjadi ahli syurga, adalah dengan mentaati suaminya, yang demikian cukup banyak tercatit dalam ayat Al-Quran dan hadis Baginda.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (an-Nisaa’: 34). Dalam ayat tersebut Allah SWT telah menghimpunkan beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah SWT dan kepada suaminya dalam perkara yang baik, lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih !

Sumber : kisahrumahtangga