Suami Rimas Bila Isterinya Asyik Mengadu Sakit. Dia Ingatkan Isterinya Mengada Ngada Nak Bermanja. Rupa Rupanya Tak Sangka Itu Hari Terakhirnya Bersama Isteri.

Kisah Rumah Tangga

Pada awal Febuari 2018, salah seorang teman baik aku telah dijemput Ilahi kerana sakit raahim tahap empat. Alhamdulillah dia sakit tidak lama. Tiga bulan terlantar sakit sebelum subuh dia menghembuskan nafasnya yang terakhir dan tinggalkan seorang putera yang masih kecil bersama dua orang puteri yang masih bersekolah dengan si suami.

Sebulan selepas pemergiannya, si suami telah datang kerumah aku bersama sekotak pakaian dia. Sebelum dia pergi dia sempat berpesan kepada si suami supaya sedekahkan segala pakaian miliknya yang masih elok kepada sesiapa yang memerlukan.

Si suami tidak tahu kemana arah untuk disalurkan pakaian milik si isteri mungkin masih baru dan tidak dapat berfikir dengan jelas maka diamanahkan kepada aku. Sewaktu aku membuka kotak itu untuk memilih pakaian yang sesuai untuk di sedekahkan seperti yang di amanahkan, tiba-tiba si suami bersuara.

“Itu jer yang dia ada…” Aku merenung si suami kerana cuba untuk fahami apa maksud kata kata si suami itu tadi. “Sennalam aku membuka almari dia dan hanya ini sahaja yang dia ada. 15 tahun aku bersama dia, lansung aku tidak pernah ambil tahu setiap kehendak isteri. Aku abaikan isteri sehinggakan dia sakit pun aku tidak tahu,” katanya. Ada kekesalan di situ.

Namun aku masih tidak dapat mentafsir apa yang tersirat di sebalik keluhan si suami. Suami aku meletakkan handphone di meja mula berminat dengan cerita suami kawan aku ini.

Setiap kali si isteri mengeluh sakit, kurang sihat, tidak bermaya dan mengajak aku pergi ke hospital aku hanya menganggap ianya pekara remeh. Aku mengejek-ejek dia dengan mengatakan dia dah tua.
Saya merendah-rendahkan

dia yang dia kurang bersenam dan hanya tahu makan jer sedangkan aku aktif bersukan dan tak salah kiranya aku mengajak dia bersukan bersama sepertimana aku menggalakkan kawan kawan aku bersukan”. “Saya juga selalu bersangka buruk bila dia sakit ianya semata mata alasan untuk makan luar kerana malas masak.

Lalu bangun juga dia untuk masak dan mengemas kerana tidak sanggup dengar aku membebel dan kadang-kala sampai naik tangan aku ke kepala dia. Jahatnya aku. Aku berniaga sendiri punyai banyak masa terluang namun aku terlalu berkira untuk membawa dia ke hospital kerana aku takut akan membuang masa menunggu segala urusan pemeriksaan kesihatan.

Jahatnya aku pada dia. “Saya fikir bila dia sudah jadi isteri saya,saya tidak perlu lagi untuk mengambil hati dia seperti masa bercinta dulu. Namun aku lupa dia hanyalah pinjaman sementara bila-bila masa sahaja akan di ambil semula olehNya,” ujarnya panjang”.

“Benda yang lepas jangan di kenang, nanti kau sengsara dia dah pergi, redha kan. Kesian anak-anak kau,” suami aku bersuara. “Bila aku pandang anak-anak makin bertambah kekesalan aku bang. Masa dia ada boleh aku kira berapa kali aku bawa dia dan anak anak berjalan-jalan.

Sedangkan aku pantang diajak kawan-kawan, ke langit biru aku boleh terbang. Bila aku buka handphone dia, boleh kira berapa sangat gambar yang diambil bersama aku. Semuanya gambar dia dengan anak anak. Sedangkan gambar aku bersama kawan-kawan penuh dalam telefon aku.

Gambar dia bersama aku lansung tiada. Bila pandang anak yang kecil yang masih menyusu tu bang, sayu jiwa aku. Siapa antara kawan kawan aku yang telah aku banyak habiskan masa bersama boleh membuatkan anak aku tu susu pada malam malam hari”.

Siapa yang boleh tolong uruskan anak anak aku ke sekolah seperti dia uruskan. Siapa yang boleh temankan si kecil aku bermain sehingga jam 3 ke 4 pagi kalau dia tidak mahu tidur. “Pagi ni anak aku yang pertama meminta RM50 untuk membeli barang barang kajian sekolah. Wajib beli kerana jika tidak buat kajian tu, markah untuk peperiksaan mata pelajaran tu akan ditolak.

Selama ini aku bising-bising duit belanja rumah sering tidak cukup, aku kata dia ni boros belanja macam air dan tidak tahu berjimat. Baru aku tahu kemana arah duit itu di salurkan. “Hari ini genap sebulan dia pergi dan aku kira-kira hampir RM500 ke RM700 belanja sekolah anak-anak dan makan sahaja. Bila tiap kali dia minta beli pakaian baru atau barang make up, aku melarangnya kerana aku rasa macam membazir.

Bila dia meminta lagi aku akan mula mengungkit pemberian belanja yang aku bagi. Barulah aku tahu ianya tidak mencukupi. Baiknya dia kerana dia patuh. “Saya sering tegur dia kerana selekeh jer lansung tidak bergaya seperti isteri kawan-kawan aku tetapi aku lupa yang aku tidak pernah bertanya padanya tentang belanja yang aku bagi selama ini cukup atau tidak untuk membeli pakaian dan alat-alat solek.

Saya gagal menjadi suami yang baik,” katanya. Aku diam tidak dapat berkata-kata lagi. Marah, sedih dan sebagainya berlegar-legar dalam fikiran aku. Setahu aku dia ni masa zaman bujang-bujang dulu memang cantik, bergaya dan pandai menghiaskan diri.

Patutlah semenjak dia berkahwin, hilang semuanya dan bila aku mengusik dia hanya menjawab, “Malaslah nak makeup-makeup ni, tak ada masa dengan anak-anak lagi. Alaaa yang penting suami sayang…” “Semalam aku buka almari dia, hanya ada beberapa helai sahaja pakaian yang baru, itu pun seingat aku dibeli masa nak raya tahun lepas.

Lain-lain semua dah lusuh. Ada beberapa batang lipstic yang dah patah. Dahulu masa sebelum kawin aku pernah terlihat di dalam beg kecil dia ada pelbagai jenis lipstik, pelbagai jenis bedak muka dan macam-macam lagi makeup yang dia ada.

Tetapi bila dah jadi isteri saya, semuanya habis tidak berganti. 15 tahun bersama sepatutnya bukan makin berkurang namun makin bertambah. “Masa kali pertama dia menjejak kaki ke rumah saya, dia bawa tiga beg besar pakaian semuanya cantik-cantik dan hari ini hanya sekotak sahaja yang dia ada.

Sedangkan keperluan anak anak dan aku mencukupi,” si suami mula menangis. “dia nak bekerja, aku marah. Aku tanya dia tidak cukup ke apa yang aku bagi dan aku kata aku mampu tanggung dia lagi. Saya ego dan dia pula demi menjaga ego aku daripada tercalar, dia mengambil keputusan untuk diam sahaja.

Dia amanah aku sepatutnya dia dijaga, dibelai, dimanja tetapi aku abaikan kerana aku fikir sekarang bukan masa untuk semua itu. Tiap kali dia mengeluh sakit-sakit badan aku suruh dia tidur dan makan ubaat. Aku suruh anak-anak yang picitkan tetapi aku lupa itu adalah kewajipan aku.

Aku lupa dia hanya pinjaman sementara. Sekarang dia dah tiada. Aku rindu dengan dia. Rindu sangat -sangat. Andainya dipulangkan dia kembali aku nak habiskan masa aku bersama dia seperti masa aku bercinta dulu. Saya nak kotakan janji aku pada dia bahawa dia akan menjadi wanita paling bahagia bila menjadi isteri saya”.

“Saya tahu bukan harta dan kekayaan yang dia inginkan tetapi perhatian dan kasih sayang aku. Aku kesal kerana selama ini dia menjadi tempat aku melepaskan penat dan amarah aku. Saya kesal kerana selama ini menjadi suami yang terlalu berkira dengan isteri sedangkan isteri adalah punca rezeki suami. Masa aku tahu dia sakit masa itu sudah terlambat.

Pagi tu dia mengadu perut dia sakit sangat. Aku marahkan dia kerana tidak menjaga makan. Tetapi bila aku lihat dia tidak bermaya dan bila aku periksa nadi dia semakin menurun, aku terus bawa dia ke hospital.
“Masa dalam

kereta mulut aku tak henti-henti menyumpah dia dan mengatakan dia menyusahkan saya, nak diet sampai tak makan dan ambil supplement yang bukan-bukan sampai sakit macam ni. Masa tu aku sangat marah pada dia sampai aku terlepas kata”.

“Asyik sakit jer tapi tak pergi jugak.” “Bila nurse bagitahu dia kena tahan ward aku lagi berangin dan menunjal-nunjal kepala dia, aku terpaksa batalkan aktiviti badminton aku pada petang itu kerana terpaksa menjaga anak-anak di rumah. “Tiga hari dia warded. Jarang sekali aku menjenguk dia. Hanya waktu melawat tengah hari sahaja bawa anak-anak datang melepas rindu.

Baru aku tahu susahnya bangun malam buatkan susu, mandi dan tidur kan anak, sediakan anak anak ke sekolah. Bila doktor mengesahkan isteri aku mengidap sakit raahim tahap 4, semuanya dah terlambat kerana ianya telah merebak sepenuhnya,” katanya.

Si suami berhenti seketika untuk menyapu air mata yang mula membasahi pipi. Secawan teh yang dihidangkan langsung tidak berusik. Suami aku merenung tajam ke arah muka suami dia kawan aku. Mungkin menanti apa lagi cerita yang bakal akan keluar dari mulut suami kawan aku.

“Sewaktu dia sakit, aku cuba menjadi suami yang baik. Ajak dia pergi jalan-jalan. Tetapi dia menolak. Dia tidak mahu susahkan aku menolak kerusi roda. Saya ajak dia makan makanan kegemaran dia. Dia makan namun tidak mampu untuk menelan dengan riangnya. Aku ajak bergurau bermesra seperti dulu-dulu dia lesu tak bermaya.

Runtun hati aku melihat wanita yang aku sayang, aku cintai menderita. “Tiap kali dia sakit, aku ajak pergi hospital dia menolak, dia kata dia dah tahu dia sakit apa, tak perlu buang masa dan duit lagi. Saya ajak dia pergi berubat kampung jika tidak mahu ke hospital. Dia menolak kerana itu akan menangguh masa untuk dia pergi.

Allahu, rupanya dia terasa dengan kata-kata aku. Aku melutut depan dia, mohon maaf, mohon ampun dan dia kata dah lama memaafkan kesilapan aku namun itu tidak mampu membasuh dosa aku pada dia. “Saya mula memeluk dia sewaktu tidur, aku tahu aku akan kehilangan dia dan waktu itu makin hampir. Sumpah demi Tuhan aku sayangkan dia cuma aku lupa dia hanya pinjaman lalu aku abaikan dia.

Saya tidak hargai kehadiran dia dalam hidup aku. “Sekarang satu-satunya wanita yang amat aku kasihi dah tiada. Dia dah tinggalkam aku bersama jutaan kenangan dan kisah suka duka kami sepanjang percintaan di bangku sekolah hingga ke jinjang pelamin.” katanya.

Saya merenung muka suami kawan aku itu, terpancar kekesalan di situ. Dia menceritakan pada aku bukanlah untuk membuka pekung di dada, tetapi dia ingin kongsi bersama kisah dia dan isteri ‘pinjaman’ sementaranya supaya menjadi satu tauladan kepada para suami di luar sana. Sesungguhnya apa yang kita ada bukan milik kita. Semuanya hanya pinjaman. Hargailah