Suami sanggup nak jual kereta semata untuk bayar operasi si isteri. Mengejutkan sekali bila Menteri Agama kata tak perlu jual

Berita

Baru baru ini.menerusi ciapan di Twitternya hari ini,Zulkifli berkata,beliau berkesempatan bertemu dengan Mohd Faizal Wahid,40,di kediamannya di Klang bagi menyampaikan bantuan. Katanya kereta ini sudah pasti banyak kegunaan dan terus digunakan,tidak perlu dijual.

Kata Dr Zulkifli, Kerajaan Persekutuan dan negeri sentiasa bekerjasama bagi membantu mereka yang memerlukan.Katanya, beliau mengetahui mengenai hasrat Mohd Faizal untuk menjual Proton Personanya bagi menampung perbelanjaan rawatan isterinya di hospital.” Semalam saya terbaca dalam akhbar berkenaan seorang suami yang sanggup menjual kereta untuk menampung kos perubatan isterinya.

” Saya telah mengarahkan Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP melakukan tinjauan lewat petang semalam. Memandangkan beliau menetap di Klang, laporan telah dipanjangkan kepada pihak Lembaga Zakat Selangor untuk tindakan lanjut.

” Tahniah saya ucapkan kepada Baitulmal MAIWP dan LZS atas tindakan pantas.” Hari ini saya ada kesempatan bertemu beliau untuk menyampaikan bantuan. Bersama saya, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat MAIWP dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa MAIWP.

” Kereta beliau ini sudah pasti banyak kegunaannya. Terus gunakan dan tak perlu jual. Insya-Allah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama bagi membantu mereka yang memerlukan.” tulisnya di Facebook.

Turut hadir pada penyampaian sumbangan itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat MAIWP Ahmad Shukri Yusoff dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa MAIWP Zabidi Nasan.Harian Metro semalam melaporkan, Mohd Faizal memuat naik hantaran melalui Facebooknya mahu menjual Proton Persona miliknya bagi menampung kos pembdahan isteri, Siti Hawa Alias, 39, yang menghidap barah di Hospital KPJ Selangor Specialist Medical Centre, Shah Alam, Selangor.

” Saya memang tiada duit, isteri ada insuran perubatan tetapi tidak boleh digunakan kerana belum mencapai tempoh matang.” Sesiapa yang nak membantu membeli kereta saya ini bolehlah PM saya. Hutang bank dah habis bayar, tahun 2011,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya.Siti Hawa dijangka menjalani pembdahan pada Isnin ini dengan kos kira-kira RM22,000.

Setakat ini, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyumbang RM10,000.Zulkifli berkata, memandangkan Mohd Faizal tinggal di Klang, laporan itu sudah dipanjangkan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk tindakan susulan.

Dan beliau turut mengucapkan tahniah kepada ibu pejabat MAIWP dan LZS atas tindakan pantas membantu keluarga berkenaan.Reaksi warganet.Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata memuji tndakan pantas diambil oleh Dr. Zulkifli dalam membantu Faizal.” Alhamdulillah. Terbaik Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri . Kesian UEL. dah terlalu ramai yg mohon bantuan sampai tak mampu dia nak uruskan. Harap MAIWP dan JAIS dpt keluar dan sama2 bantu semua yg memerlukan.” tulis Izhar.

Jumlah Jemputan Bagi Majlis Akad Nikah Sudah Ditentukan. Datuk Dr Zulkifli Dedahkan Jumlah Orang Yang Dibenarkan Bagi Majlis Akad Nikah Dan Harap Maklum

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri memaklumkan bahawa jumlah jemputan majlis akad nikah tidak boleh melebihi 30 orang dengan mengambil kira penjarakan 1 meter dan tertakluk pada keluasan premis yang ditetapkan.Menurutnya, keputusan itu dibuat susulan sudah menjadi kelaziman orang ramai yang merancang perkahwinan pada hujung tahun ini.

“Jadi dalam majlis akad nikah, jumlah jemputan adalah tidak melebihi 30 orang denagn mengambil kira penjarakan 1 meter dan tertakluk pada keluasan premis yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).“Dan premis tersebut merangkumi pejabat agama dan juga masjid-masjid yang terpilih. Yang mana, sama ada masjid itu masjid besar atau pun masjid kecil yang terpilih dan juga surau-surau seperti yang terpilih yang telah ditetapkan oleh JAWI.“Jurufoto adalah dibenarkan dan tidak termasuk dalam 30 orang jemputan tetapi hendaklah mematuhi SOP yang ditetapkan,” ujarnya.

Cara Dr Zulkifli Promosi Kan Saluran Utube Jadi Perhatian Warganet. Sampai Ada Yang Tegur Cara Dr Zulkifli. Mengejutkan Ini Respon Dari Dr Zulkifli Bila Dia Ditegur Macam Tu.

Siapa tak kenal dengan figura hebat Senator Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri yang dahulunya Mufti Wilayah Persekutuan dan kini memegang jawatan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Keperibadiannya yang tenang dan berhikmah sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat.

Lebih-lebih lagi apabila beliau sangat aktif di media sosial sehingga membuatkan ramai belia yang tertarik untuk berinteraksi dengan beliau. Terbaru, beliau telah menjadi tumpuan warganet selepas memberi respon kepada salah seorang pengikutnya di laman Twitter.

“Bukan macam tu Datuk..” Awalnya @SyedMuzzammil_ mula ‘menegur’ dengan nada bergurau ketika beliau memuat naik video mempromosi saluran YouTube miliknya. Kemudian Dr. Zulkifli membalas tweet tersebut dengan menjawab, “Malu nak cakap macam tu. Hehe.” Perbualan antara mereka berdua ini sudah semestinya mencuit hati warganet. Ada juga nak tinggalkan komen gurauan untuk Dr. Zulkifli.

Sporting kan menteri kita. Haa siapa belum subscribe You Tube Dr. Zulkifli boleh subscribe sekarang. Min tengok memang banyak video-video yang bermanfaat kita boleh tengok.

Isu Akad Nikah Di KL Dan Putrajaya. DS Dr. Zulkifli Dedahkan Akad Nikah Boleh Dibuat Mulai Hari Ini Dan Terangkan Jumlah Kehadiran Yang Boleh Menghadiri Akad Nikah Tersebut

Bermula hari ini.warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan putrajaya dibenarkan mengadakan majlis akad nikah. Menteri di Jabatan Perdaa Menteri ( Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, bagaimanapun kebenara tersebut hanya boleh dilakuka di Pejabat Jabatan Agama ISlam Wilayah Persekutuan ( Jawi )

Katanya, pihak yang terlibat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah ditetapkan pihak berkuasa.“Majlis ini hanya dibenarkan melalui temujanji dan penggiliran serta jumlah kehadiran tidak melebihi 10 orang. “Bagaimanapun, Wilayah Persekutuan Labuan masih tidak dibenarkan mengadakan majlis ini kerana kebanyakan kawasan berada dalam Zon Merah,” katanya menerusi kenyataan di akaun Facebooknya hari ini. – K! ONLINE

Baru Sahaja Semalam Disahkan Positif Covid 19. Rupanya Ini Tempat Tempat Yang Dr Zulkifli Pergi Dan Menggesa Semua Pihak Yang Mempunyai Kontak Dengannya Untuk Menjalani Ujian Saringan.

Seperti semua kes Covid-19 lain, pengesan kontak kini berlumba dengan masa untuk mengesan individu yang mempunyai kontak dengan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Zulkifli Mohamad sejak 14 hari lepas. Kali ini, tugas itu menjadi lebih mencabar kerana dua minggu sebelum dijangkiti, Zulkifli telah merasmikan pelbagai acara yang dihadiri ratusan peserta, merentasi beberapa negeri- jika berdasarkan hantaran di laman Facebooknya.

Negeri-negeri berkenaan ialah Sabah, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan. Beliau turut melawat Putrajaya dan Kuala Lumpur, Di tempat-tempat berkenaan, beliau dilihat memberikan ucapan di atas pentas, atau menyampaikan sijil atau bantuan dalam acara yang dihadiri ramai peserta.

Pada kebanyakan masa, Zulkifli mengenakan pelitup muka, tetapi ada ketikanya- seperti di Kampung Serusup, Tuaran ketika beliau menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan pada 24 September- pelitup mukanya diturunkan ke bawah. Lawatan ke Sabah itu merupakan titik genting. Selain kes penjara di Alor Setar, Kedah dan kes-kes yang dikaitkan dengan pendatang tanpa dokumen di Klang, Selangor, hampir semua kes di semenanjung Malaysia mempunyai kaitan dengan perjalanan ke Sabah.

Selepas pulang dari Sabah, Zulkifli telah melawat beberapa masjid di pelbagai negeri, kebanyakannya untuk menyampaikan khutbah atau ceramah. Ini termasuklah Masjid Dato Kelana Petra, Nilai, yang pada hari ini mengumumkan penutupan serta-merta sehingga pengumuman lanjut kerana “beberapa suspek pesakit Covid-19 hadir ke masjid” berkenaan. Zulkifli menyampaikan khutbah di situ sebanyak dua kali sejak pulang dari Sabah.

Masjid dan surau lain termasuklah Masjid Ulul Albab di Jerteh (25 September), Surau An-Nur di Bangi (27 September), Masjid Jamek Sultan Hisamuddin di Serdang (3 Oktober).  Selain acara-acara, menteri itu turut berkongsi gambar mesyuarat yang dihadirinya, termasuklah di pejabatnya, yang menyaksikan kebanyakan peserta mesyuarat tidak memakai pelitup muka.

Beliau turut melawat kedai makan, dan seperti pelanggan lain, dia menanggalkan pelitup mukanya untuk makan, seperti di Putrajaya (Kedai Pak Tam Sup Utara di Presint 8) dan Tuaran (Gerai Kelapa Bakar Kak Tini). Dalam pengumumannya hari ini, Zulkifli menggesa semua pihak yang mempunyai kontak dengannya untuk menjalani ujian saringan Covid-19.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata menteri-menteri kabinet dan pegawai tertinggi kerajaan turut dikenakan perintah kuarantin di rumah, selepas berlakunya kontak dengan Zulkifli dalam satu mesyuarat pada 3 Oktober.  Sidang khas MKN Covid-19, Oktober 3, 2020, kredit FB Muhyiddin Yassin. Di bawah ini, disenaraikan tempat dan acara yang dilawati atau dihadiri menteri berkenaan sekembalinya dari Sabah, berdasarkan hantaran Facebooknya:

24 September (Sabah). Menyampaikan bantuan kepada golongan yang hadapi kebakrn. – Kampung Serusup, Tuaran. Menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan sebagai sebahagian daripada program Food Bank Yapeim. – Gerai Kelapa Bakar Kak Tini. Makan tengah hari. – Kediaman Sakaran Dandai. Melawat bekas gabenor Sabah dan isterinya (gambar, atas). – Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Berlepas dari Sabah, dihantar oleh Mufti Sabah Bungsu @ Aziz Jaafar.

25 September (Kelantan, Terengganu & Putrajaya) – Dewan Jubli Perak, Kota Bharu. Menghadiri Hari Terbuka Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim). – Sekolah Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu. Menyampaikan bantuan kewangan kepada sekolah. – Masjid Ulu Albab, Jerteh. Menyampaikan khutbah Jumaat. – Kedai Pak Tam Putrajaya Sup Utara, Presint 8, Putrajaya. Minum..

26 September (Kelantan, Kuala Lumpur)
-Dewan Jubli Perak, Kota Bharu
. Menghadiri program ‘Tausiyah Khas Sempena Hari Terbuka Yadim’. – Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa. Berlepas dari Kelantan. – PPR Pantai Ria, Kuala Lumpur. Mengagihkan zakat kepada penerima, sebagai sebahagian daripada program ‘Projek Bakul Rezeki Khaira PPZ’ (bawah).

27 September (Selangor) – Surau An-Nur, Bangi. Menyampaikan kuliah (bawah). 30 September (Selangor). – Hotel Movenpick, Sepang
Menghadiri ‘Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara’ pada 30 September. 2 Oktober (Negeri Sembilan). – Universiti Sains Islam Malaysia (Usim). Melancarkan portal ‘Jom Infaq’ di Usim, Nilai. Turut menyampaikan khutbah Jumaat di Kompleks Islam Tuanku Mukhriz di universiti itu, dan mengadakan mesyuarat dengan pihak pengurusan universiti. Zulkifli Mohamad menghadiri mesyuarat dengan pihak pengurusan Usim pada 2 Oktober, 2020.

3 Oktober (Selangor)
– Jabatan Perdana Menteri
. Menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. – Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Serdang. Menyampaikan kuliah. – Dewan Muktamar Darul Quran Jakim, Kuala Kubu Bharu. Menghadiri Majlis Pengijazahan Perubatan dan Pengubatan Islam Darussyifa’ Sesi 2020 dan Majlis Penganugerahan Darul Quran Jakim. Zulkifli Mohamad menyampaikan bantuan kepada pelajar UiTM, 4 Oktober 2020.

4 Oktober (Selangor). – Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam
Menyampaikan bantuan kepada pelajar (atas).– Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Menyampaikan bantuan kepada pelajar. – Hotel Geno, Subang Jaya. Menghadiri ‘Majlis Tilawah dan Hafazan al-Qur’an KAFA Peringkat Kebangsaan 1442 / 2020’. (bawah).Sumber: MalaysiaKini

Memaklumkan jalani rawatan kerana disahkan positif COVID19. Datuk Dr Zulkifli kongsi berita dia terkena virus tersebut dan menyeru orang ramai yang menghadiri majlis ini untuk menjalani pemeriksaan saringan

Menerusi status Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, beliau memaklumkan sedang menjalani rawatan kerana disahkan positif Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Positif Covid-19. Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik. Saya menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkan kehadiran saya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera. Saya berdoa semoga Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada COVID-19. Insya-Allah.

Jelas Dr Zulkifli beliau dalam keadaan yang baik dan menyeru orang ramai untuk segera menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 jika menghadiri sebarang majlis yang dihadiri oleh beliau bermula 24 September hingga 4 Oktober. Sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Sibuk Uruskan Bantuan Buat Pelajar Institut Pengajian Tinggi. Lain Pula Yang Meraih Perhatian Bila Pelitup Muka Dr Zulkifli Bertulis Slogan Ini Sebagai Mesej Semangat

Rasanya semua sedia maklum, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri merupakan salah seorang peminat setia kelab bola sepak Liverpool.Hari ini, menteri agama kita ini agak sibuk menguruskan bantuan kecmasan buat pelajar-pelajar Insitut Pengajian Tinggi (IPT) yang terkndas akibat penangguhan pendaftaran fizikal pelajar baharu serta kemasukan kembali ke kampus.

Beliau kerap mengemas kini pergerakannya dalam usaha menggerakkan misi #MusaadahKhasSiswa satu demi satu menerusi ciapan-ciapan di Twitter.Berdasarkan maklumat, hari ini Dr. Zulkifli berkesempatan turun padang ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menyampaikan sendiri bantuan-bantuan tersebut kepada pelajar yang memerlukan.

Menariknya, ketika sibuk menjalankan amanah sebagai seorang menteri, dalam masa sama mematuhi prosedur operasi standard (SOP), beliau memakai topeng pelitup muka yang tertera slogan keramat Liverpool “You’ll Never Walk Alone” di depannya.Jelasnya, tujuan memakai sebegitu adalah kerana niatnya yang murni untuk menyuntik semangat kepada semua pihak.Terima kasih Dr. Zulkifli atas khidmat bakti yang dicurahkan hari ini. Ramai yang turut sama membantu menggerakkan misi bantuan ini.Benarlah, you will never walk alone. Sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Menteri Agama Diakatakan Punca Kluster Baru Di Seremban. Akhirnya Dr Zulkifli Tampil Bersuara Lantang Bagi Respon Pada Buat Individu Tersebut Menyesal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sekali lagi menjadi sasraan warganet apabila ada yang mengaitkan beliau dengan beberapa kluster COV1ID-19 baru di Negeri Sembilan.

Isu itu tercetus apabila ada segelintir yang tanpa usul periksa mengaikan kejadian di Seremban yang turut membabitkan kes murid sekolah dengan menteri tersebut. Tidak mahu perkara tersebut menjadi lebih teruk, Zulkifli kemudian tampil menjawab tohmahan berkenaan.

“Mengaitkan saya dengan kluster pelajar tahfiz di Senawang adalah ftnah. “Tak benar. Recent spikes tidak berkaitan saya. Semua contact rapat saya telah selesai saringan. Terima kasih,” katanya. Sementara itu, menurut pengawainya pula, kes baru iaitu Kluster Kaya, Kluster Sofi, Kluster Auto memang tiada kena mengena dengan menteri tersebut.

“Kluster terbaharu Negeri Sembilan, Kluster Kaya. Itu dekat dengan Masjid  Nilai, warganegara asing. Tak pernah ada contact rapat Menteri. “Kluster kedua di N9, kluster budak-budak sekolah tu. Itupun tak pernah ada rekod jumpa Menteri/contact rapat,” katanya menerusi beberapa ciapan di Twitter.

Susulan kejadian tersebut, ada warganet akhirnya tampil memohon maaf kerana telah menduh bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu. “Salam Dr Zul, saya mohon ampun dan maaf sebab bersangka burk dan mungkin menyebar benda tak elok tentang perkara ni di kalangan circle saya. Saya salah. Dan saya pohon maaf,” kata seorang warganet.

“Lah benda tak elok ke? Mohon Maaf Dr Zul, saya ingatkan betul,” kata seorang lagi warganet.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : gempak

Dr Zulkifli Dah Disahkan Pulih Covid 19 Tapi Ada Yang Pertikaikan Nasib Bayi Kembar Yang Kena Tahnik. Sekali Dr Zulkifli Tampil Bongkarkan Sesuatu Tentang Bayi Tu. Rupa Rupanya Ini Keadaan Terkini Bayi Tu.

Semalam seluruh rakyat Malaysia digembirakan dengan berita mengenai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan negatif COVID-19. Selepas lebih 10 hari dengan jangkitan itu, Zulkifli kini telah pulih sepenuhnya daripada wabak tersebut.

Namun, dalam pada ramai yang gembira dan bersyukur dengan berita itu, masih ada dalam kalangan warganet yang tertanya apakah nasib dua bayi kembar yang pernah ditahnik Zulkifli. Soalan tersebut dibangkitkan oleh seorang pengguna di Twitter dikenali sebagai Aizad Fahmy, malam semalam.

“Tumpang tanya, bayi yang kena tahnik dengan Dr Zul hari itu dah swab test ke? Positif atau negatif,” katanya. Tampil menjawab persoalan berkenaan, Zulkifli menjelaskan bahawa keputusan ke atas bayi tersebut adalah negatif.

“Negatif” katanya ringkas. Rata-rata warganet kemudian meluahkan rasa syukur mereka terhadap penjelasan tersebut. Kebanyakan mereka berharap orang ramai tidak menyebarkan ftnah serta maklumat tidak tepat mengenai bayi tersebut.

Pada yang kurang pasti, tahnik adalah satu perbuatan mengunyah tamar atau selainnya kemudian disapukan kepada lelangit bayi. Hukum mentahnik bayi merupakan satu sunnah. Terdahulu, isu berkaitan bayi tersebut tular apabila tersebarnya gambar Zulkifli melakukan tahnik sebelum beliau disahkan positif COVID-19.

Sebahagian warganet bersimpati apabiila bayi yang masih kecil itu terpaksa melakukan swab test bagi mengenal pasti sama ada mereka dijangkiti COVId-19 atau tidak. Untuk rekod, Zulkifli sebelum ini mengesahkan dirinya kini menerima rawatan selepas disahkan positif Covid-19 pada 5 Oktober lalu menerusi satu posting di Facebook rasminya.

Beliau juga menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang membabitkan kehadirannya dari 24 September hingga 4 Oktober supaya menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 di klinik kesihatan dengan segera.

Hampir Seminggu Ditahan Wad Gara Gara Positif Covid 19. Mengejutkan Ini Keadaan Terkini Menteri Hal Ehwal Agama. Rupa Rupanya Sampai Macam Ni Sekali Jadi Pada Dr Zulkifli.

Syukur ke hadrat Ilahi akhirnya Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akhirnya disahkan pulih sepenuhnya daripada virus COVID 19. Menerusi postingnya di Facebook, Dr Zulkifli memberitahu berita gembira itu dengan disulami ucapan puji dan syukur kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW yang beliau akhirnya bebas daripada wabak tersebut.

Menurut beliau yang sebelum ini disahkan menghidap virus tersebut pada 5 Oktober lepas, Dr Zulkifli telah dibenarkan keluar daripada wad petang ini. Namun pada masa yang sama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkannya untuk hanya berehat di rumah sehinngga selesai tempoh PKPB di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

“Saya telah dibenarkan untuk keluar dari wad pada petang ini kerana telah disahkan pulih sepenuhnya daripada COVID-19. “Pun begitu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan saya untuk mengutamakan rehat di rumah sehingga selesai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Buat masa ini, saya disarankan untuk tidak bertemu sesiapa. Justeru, sebarang pertemuan adalah melalui sidang video sahaja,” katanya. Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kebangkitan.

Saya telah dibenarkan untuk keluar dari wad pada petang ini kerana telah disahkan pulih sepenuhnya daripada COVID-19. “Segala puji bagi Allah yang mana dengan nikmatnya sempurna segala kebaikan.” Pun begitu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan saya untuk mengutamakan rehat di rumah sehingga selesai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Ahli-Ahli Jemaah Menteri, para ulama’ di seluruh dunia yang menghantar pesanan mesej kepada saya dan semua rakyat Malaysia yang mendoakan saya. Tidak lupa kepada Menteri Kesihatan, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan warga KKM khususnya di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Buat masa ini, saya disarankan untuk tidak bertemu sesiapa. Justeru, sebarang pertemuan adalah melalui sidang video sahaja. Saya akan terus memantau semua gerak kerja dan laporan agensi-agensi agama di bawah tanggungjawab saya dari rumah. Apa-apa makluman umum akan disampaikan melalui media sosial saya.

Fokus utama saya buat masa ini adalah penyaluran bantuan kepada kelompok sasar terutamanya di WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Selangor. Ini kerana PKPB telah bermula dan bantuan-bantuan perlu disalurkan dengan sesegera mungkin.

Semoga Allah SWT melimpahkan kebaikan, keberkatan dan keharmonian kepada Malaysiaku yang tercinta. Moga perpaduan kita rakyat Malaysia terus terpelihara. Sentiasa ingat pepatah lama, “Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.”

Saya doakan semoga rakyat Malaysia yang menghidap COVID-19, segera sembuh dan dapat kembali meneruskan kehidupan bersama-sama keluarga tercinta. Yang berkhidmat kerana-Nya. DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI. Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita… Semoga Dr Zulkifli kembali sihat seperti sediakala. Amin!

sumber : LM

Seorang Pereka Grafik Sekali Lagi Raih Tumpuan Ramai Dengan Karya Yang Ke Arah Negatif. Ramai Beranggapan Figura Terbabit Menyerupai DR Zulkifli Dan Mengejutkan Ini Repon Warganet

Seorang pereka grafik yang sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi sekali lagi meraih tumpuan ramai apabila didkwa menghasilkan karya berbaur sindiran dan penghinaan.Kali ini ‘sasaran’ karyanya adalah imej menyerupai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. 

Menerusi hasil karikatur yang dimuat naik di Twitternya itu, kelihatan seorang individu berkopiah menghembuskan nafas lalu mengeluar dan menyebarkan virus COVID-19. Hasil grafik tersebut kemudian tular di media sosial dan mencetuskan kemarahan dalam kalangan warga maya. Ramai bertanggapan figura yang dihasilkan terlalu mirip dengan Zulkifli dan teguran sebenarnya boleh dilakukan secara baik daripada mempersendakan bekas mufti itu.

Selain warganet, turut sama mengkritik perbuatan tersebut adalah Setiausaha Penerangan MIC A Subash Chandrabose. Biarpun berlainan agama, A Subahs turut menganggap penghasilan karya tersebut sebagai biadp. “Ini tak kelakar, jaga adab!,” katanya menerusi satu posting di Twitter rasminya, semalam.

Untuk rekod, Zulkifli mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah.Beliau juga menyeru orang ramai yang menghadiri majlis melibatkan dirinya pada 24 September hingga 4 Oktober lalu menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.

Sibuk Uruskan Bantuan Buat Pelajar Institut Pengajian Tinggi. Lain Pula Yang Meraih Perhatian Bila Pelitup Muka Dr Zulkifli Bertulis Slogan Ini Sebagai Mesej Semangat

Rasanya semua sedia maklum, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri merupakan salah seorang peminat setia kelab bola sepak Liverpool.Hari ini, menteri agama kita ini agak sibuk menguruskan bantuan kecmasan buat pelajar-pelajar Insitut Pengajian Tinggi (IPT) yang terkndas akibat penangguhan pendaftaran fizikal pelajar baharu serta kemasukan kembali ke kampus.

Beliau kerap mengemas kini pergerakannya dalam usaha menggerakkan misi #MusaadahKhasSiswa satu demi satu menerusi ciapan-ciapan di Twitter.Berdasarkan maklumat, hari ini Dr. Zulkifli berkesempatan turun padang ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menyampaikan sendiri bantuan-bantuan tersebut kepada pelajar yang memerlukan.

Menariknya, ketika sibuk menjalankan amanah sebagai seorang menteri, dalam masa sama mematuhi prosedur operasi standard (SOP), beliau memakai topeng pelitup muka yang tertera slogan keramat Liverpool “You’ll Never Walk Alone” di depannya.Jelasnya, tujuan memakai sebegitu adalah kerana niatnya yang murni untuk menyuntik semangat kepada semua pihak.Terima kasih Dr. Zulkifli atas khidmat bakti yang dicurahkan hari ini. Ramai yang turut sama membantu menggerakkan misi bantuan ini.Benarlah, you will never walk alone.Sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Selamba Dr Zulkifli Pilih Untuk Potong Rambut Di Kedai Hipster.Ini Reaksi Mengejut Dari Tukang Gunting Bila Dr Zulkifli Tanpa Ragu Datang Ke Kedainya

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkongsi gambar di Instagram yang memaparkan beliau sedang menggunting rambut di sebuah kedai hispter di Nilai, Negeri Sembilan.Menerusi kapsyen, Dr Zulkifli berkata beliau berbangga apabila melihat anak muda Muslim berjaya dalam pelbagai bidang masing-masing selain berterima kasih atas perkhidmatan menggunting rambut yang baik.

“Sesekali cuba kedai gunting rambut hipster. Saya amat berbangga melihat kejayaan anak muda Muslim dalam apa jua lapangan kerjaya yang diceburi,” katanya.Posting tersebut mendapat maklum balas daripada tukang gunting rambut dikenali sebagai Afifi yang turut mengucapkan terima kasih selain berharap dapat bertemu lagi dengan Dr Zulkifli.Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!Sumber: KLMENJERITVIDEO