Suami selamba kahwen lain masa bini dlm hospital tgh tk sedarkan diriiii. Terkejuttttt lepassssss 5 tahunnnnnn bini tetiba sedarkan diriii. Terperanjat bini tgk apa yg jadi. Akhirnya ini yg terjadi.

Kisah Rumah Tangga

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Hi, Aku Hanisah. Adik bongsu dari 6 beradik. Yang sulung abang. Yang lain semua kakak. Aku sekadar nak berkongsi cerita, meluah rasa, sebab semua orang dalam family aku decided not to comment anything.

(Btw, kalau korang ade tengok drama Hi-bye Mama, kisah yang terjadi dalam family aku lebih kurang macam tu lah-cumanya tak ada hantu hantu ni. Everyone masih hidup dan tak ada kisah mistik ye). Along aku seorang doctor, hensem, baik, sangat bertanggungjawab. Mid thirties. Dulunya seorang lelaki yang sangat mesra, peramah, dalam lembut ada tegas dia. Biasalah anak sulung kan. Along aku dah berkeluarga. Ada isteri, ada anak.

10 tahun lepas, Banglong aku berkahwin dengan Kak Mira. Kak Mira memang dah lama bercinta dengan Along. Sejak zaman sekolah lagi. Along aku sayang sangat Kak Mira. Walaupon lambat dapat anak tapi diaorang sangat bahagia.

Tahun 2014 kami dapat berita gembira. Kak Mira mengandung. Along aku buat kenduri kesyukuran macam kenduri kahwin. Along aku sangat gembira. Along aku tatang Kak Mira macam puteri. Satu benda pon tak bagi buat. Hanya fokus dekat baby dalam perut je. Tahun 2015, Kak Mira melahirkan seorang baby perempuan. Arissa. Comel. Sihat. Sempurna sifat. Kehadiran Arissa sangat kami nantikan.

Masa umur Arissa 2 minggu, Kak Mira jatuh tangga dekat kampung parents dia. Kak Mira tak sedarkan diri. Lama. Masatu Along aku ibarat hilang separuh nyawa. Sejak tu Along aku berubah. Kami “hilang” Along kami. Along aku jadi pendiam, cakap bila perlu sahaja. Dah tak pernah senyum, gelak apetah lagi. Muka macam orang tak ada perasaan je.

Raya 2016, Along aku kahwin lagi. Kahwin dengan Alin. Alin ni kire macam dua pupu aku. Masa tu dia baru sangat habis degree. Parents dia nak sangat Along kahwin dengan Alin. Along aku pon tak menolak. Perkahwinan Along dan Alin sangat sangat simple. Tak ada kenduri langsung. Sekadar panggil adik beradik rapat, buat makan makan. Itu saje.

Alin dan Along skip honeymoon. Alasannya sebab Along busy kerja. Alin juga tak banyak meminta, mungkin sebab dia tahu dia bukan pilihan Along aku. Hubungan diaorang sangat suram. Sekadar tinggal sebumbung, tidur sebilik je.

Makcik pakcik aku selalu mengata pasal family Alin nak kikis harta Along. Tapi Alin langsung tak pernah komen ape apa. Tak pernah marah, tak pernah melenting. Sejak Alin kahwin dengan Along, hidup dia fokus dekat Along dan Arissa saja. Diaorang hanya cakap bila perlu sahaja. Mostly pasal hal keperluan Arissa. Tak ada gurau antara diaorang. Tak ada gelak gelak, usik usik. Dua2 hidup macam tak ada perasaan.

Tiap kali Along dan Alin balik raya rumah mak. Alin akan tidur dengan aku dan kakak kakak. Tugas Alin lebih kurang macam care taker. Alin akan makesure semua benda lengkap. Bila Along aku nak mandi, dia akan keluarkan baju, boxer, kain letak siap siap atas katil.

Bila Along aku nak makan, dia akan makesure makanan panas dan hidangkan untuk Along aku. Walaupon dia muda (beza umur 10 tahun dari Along) tapi dia sangat cekap buat kerja rumah. Masak pon tiptop. Layanan Along aku pada Alin sangat suram. Sangat berbeza dengan layanan Along pada Kak Mira dulu.

Dulu, Along aku buat semuanya untuk