Suami sibuk nak minta kahwin kahwin lain. Tapi respon isteri biasa je. Pelik malam tu tiba tiba isteri minta bakal madu bermalam dengan dia 1 hari. Mengejutkan lepas bermalam ini yang jadi pada bakal madu sampai tak jadi nak kahwin.

Kisah Rumah Tangga

Foto sekadar hiasan.

Malam tu , malam yang paling sukar. “Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur.

Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri.

Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar benar membuatkan dirinya lemah.

“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah. “Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,”. Masih terngiang ngiang bicara lunak Qis.

Panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi pagi, selesai solat subuh, cepat cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar benar menjerat hatinya.

“Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu terlebih dahulu”. Lembut dan tenang sayup sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” Pelik benar permintaan isterinya. Hendak dibuat apakah pada buah hatinya itu?. Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur.

Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu dulu. Zaman sekarang ni, isteri isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu.

Kecctan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah. “Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. “Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis. “Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?” “Takutlah Qis, silap haribulan dia bnuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.

“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham,” Qistina mengalih pandangannya. Mahu buat apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu.

Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya.

Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji.

Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah. Tit tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. “Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang”. Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang… Asraf Mukmin dibru kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

Pertama : Dengan ukuran badan ala ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke nrk kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi Abang nak menggalas dosa orang lain. Aliyah sayangkan Abang…

Kedua. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak anak kita. Aliyah sayangkan Abang…

Ketiga. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung… Aliyah sayangkan Abang…

Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang… Aliyah sayangkan Abang…

Tetapi jika Abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan Abang. Tetapi, jika Abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg. Tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah. Salam sayang, Aliyah Najihah. Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!

Kredit : Fenomena Malaya

Artikel Lain : Lepas Mlm Pertama Suami Dh Tknk Sentuh Bini. Masa Bulan Madu Pun Suami Buat Taktau. Bila Bini Tanya Baru Lah Bini Dapat Jawapannya Kenapa Suami Dah Taknak Sentuh Dia.

Assalam Admin. Saya ada benda nak berkongsi. Tapi macam malu sangat nak cerita kat orang. Harap kalau bagitau kat sini ada lah yang sudi dengar dan beri pendapat tanpa judge saya. Saya baru berkahwin 6 bulan lepas. Isunya di sini, suami tak nak sentuh saya. Selepas malam pertama kami, dia tak sentuh saya dah. Masa honeymoon pun dia buat tak endah.

Bila saya tanya barulah saya dapat tahu. Rupanya suami geli dengan bulu roma pada badan saya. Katanya dia jijik. Tak sangka ada perempuan yang berbulu lebat macam saya. Saya memang berbulu di seluruh badan. Ya, seluruh badan! Saya sedih sangat. Saya memang dilahirkan macam ni. Apa saya boleh buat?

Bila saya jumpa doktor, doktor cakap saya takde masalah. Saya cuma ada sikit hormon imbalance yang mana hormon testosterone saya lebih sikit dari perempuan biasa. tapi doc kata tak lah sampai tahap teruk atau bahaya sebab dia kata kalau kes teruk perempuan tu memang dah macam lelaki dah – suara agak garau etc etc. Doc kata ini hirsutism tapi yang jadi kat saya ni adalah hirsutism paling minima.

Kalau hirsutism teruk ada yang sampai boleh jadi mandul tapi doc kata saya tidak. Masih normal dan memang tak ada apa masalah. Saya terangkan pada suami. Dia kata dia faham tapi dia tetap tak boleh buang rasa jijik tu. Kalau bahagian kaki dan bawah lengan memang takde masalah untuk saya nak cukur ke guna epilator semua.

Dan memang saya sentiasa pastikan bahagian yang perlu shave ni saya shave sentiasa. Leceh memang leceh tapi saya anggap semua ni pengorbanan untuk suami. Sayangnya, dia tetap tak pandang pun. Dan dekat bahagian lain macam mana? Belakang badan saya pun berbulu. Walaupun bulu halus lembut dan bukannya kasar bergulung, tetap nampak kat mata. Dan sebab tu suami jijik.

Saya pernah tanya tempat yang ada laser. Katanya boleh buat tapi bayarannya cecah puluhan ribu. Dan hasilnya belum tentu permanent walaupun iklannya kata permanent. Mereka kata kalau bulu banyak sebab hormon, cuma boleh buang je lah. Sebab selagi hormon tak balance memang takkan hilang bulu. Kalau pergi buang selalu entah berapa lagi lah kosnya.

Kalau saya berduit memang saya tak kisah. Tapi saya memang takde duit sebanyak tu. Dan sebelum kahwin saya dah resign kerja sebab suami tak bagi kerja. Dan lagi, suami pula hanya tahu complain tapi bila saya cakap dengan dia tentang kos takde pulak dia kata nak tolong bayarkan ke apa.

Saya tak faham perangai dia. Sebelum kahwin dia pernah nampak saya berlengan pendek dan nampak bulu roma lebat di tangan saya. Tapi dia tak kata apa. Di muka dan leher saya pun kalau duduk sebelah saya boleh nampak bulu roma halus. Dia nampak je selama ni tapi tetap teruskan masuk meminang dan kahwin dengan saya. Kalau jijik kenapa tak dari dulu jijik? Kenapa tiba2 nak jijik?

Bila saya persoalkan dia diam je. Tak kata apa. Maaf kalau terlalu open tapi orang yang dah pernah merasai hubungan intim mesti faham apa rasanya bila disentuh cuma sekali dan seterusnya tak dapat. Dan dengan hormon imbalance saya ni memang saya akui nafsu drive saya lebih tinggi dari perempuan biasa. Sungguh saya terseksa bila jadi macam ni.

Saya cuba tutup kekurangan yang satu ni dengan cuba untuk jadi isteri terbaik. Masak untuk suami, sediakan makan pakai dia, give up kerjaya untuk jadi suri rumah sepenuh masa supaya boleh kejar syurga dengan melayan suami. Akhirnya hampa.

Suami makan pun tak pandang muka saya. Lepas saya salam dia lepas solat atau bila dia pergi dan balik kerja takde pun dia nak cium saya. Jijik sangat agaknya. Saya geram macam mana pun alhamdulillah tak pernah lagi tinggi suara pada dia. Bila saya marah atau sedih dengan kata2 dia yang menghina fizikal saya ni saya sabarkan hati. Berendam air mata sorang2. Takpelah asalkan saya tak berdosa marah atau tengking dia bila saya terasa hati.

Sampai satu tahap saya terfikir, kalau suami nak tinggalkan saya, saya redha. Tapi ada ke lelaki lain yang sudi nak terima orang macam saya ni? Jijik sangat ke bila berbulu sedangkan Allah yang cipta saya macamni. Sudahlah selama ni memang rendah diri dengan keadaan fizikal saya ni. Bila dah kahwin suami menjauh atas sebab kekurangan yang satu ni, memang buat keyakinan diri saya ni hilang. Rasa terhina sangat.

Dulu saya ada terfikir masalah macamni akan muncul kalau saya kahwin sampai saya takut nak kahwin. Tapi bila suami tunjukkan kesungguhan nak kahwin dengan saya, saya ingat dia tak kisah dengan kekurangan saya ni. Walhal bukannya bulu roma saya ni panjang kasar bergulung macam beruk. Cuma kuantiti lebih banyak dari perempuan lain.

Salah saya ke? Tak sangka kerisauan saya jadi realiti. Sedih sungguh rasanya. Saya ingatkan dia sayang saya kerana diri saya. Tapi nampaknya dia lagi kisahkan fizikal saya dari hati saya dan segala apa yang saya telah buat dan korbankan untuk dia.

Saya tak pernah ambil kisah pun tentang betapa tak sempurnanya dia tu. Dia pun muka biasa2 saje. Kalau saya nak kutuk fizikal dia, macam2 saya boleh kutuk. Tapi pd saya semua tu tak perlu sebab saya memang sayangkan dia. Ikhlas cintakan dia. Dalam kebanyakan perkara dia memang calon suami terbaik. Maknanya bila hubungan jadi macamni memang salah saya lah agaknya. Memang berpunca dari kekurangan saya lah.

Dia tak ‘dapat’ dari saya mungkin dia boleh kahwin lain. Dapatkan dari perempuan lain. Tapi nasib saya ni macam mana? Adake lelaki yang boleh terima perempuan tanpa kisahkan fizikal dia? Saya pun nak ada zuriat sendiri. Nak merasai mengandung dan lahirkan anak sendiri.

Tapi kalau dia tak sentuh saya macam mana? Sampaikan saya pernah cakap dengan dia, saya tak kisah saya ni puas atau tak tapi sentuh lah saya sampai dapat anak. Lepastu nak tinggalkan saya ke apa silakan. Kalau saya ni berduit memang saya buat ivf je. Senang. Biar dia tak perlu sentuh saya yang jijik ni.

Yang paling saya risau adalah kalau parents saya tahu tentang ni. Mesti kecewa mereka. Serahkan anak pada lelaki yang mereka sangka dapat sayangi saya dan jaga saya sebaik mana mereka jaga. Tapi rupanya anak mereka ni menderita. Saya tak nak parents saya tahu saya tak bahagia. Tak sanggup nak tengok mereka tempuhi hari tua dlm keadaan yang risaukan saya.

Entahlah. Serabut kepala jadinya. Isunya cuma satu tapi meleret sampai mewujudkan isu lain. Sedih sangat rasanya. Agaknya kalau bulu ni adalah satu stigma negatif pada lelaki, sanggup ke diorang nak shave setiap 3 hari? Atau sanggup ke diorang nak wax sebulan sekali? Proses buang bulu ni makan masa, kadang2 sakit, penat. Entah lah. Saya tak tahu apa lagi nak buat.

Tulisan ini dikongsikan oleh seorang wanita yang sedih dengan keadaan rumahtangganya yang baru dibina hanya kerana keadaan fizikal semulajadinya dipandang jijik oleh suami.

Artikel Lain: Pukul 3 Pagi Suami Tanya Datang Bulan Dah Habis Ke Belum. Suami Tanya Sambil Peluk Pinggang Isteri. Last Check Dah Kering. Akhirnya Ini Yang Suami Lakukan Bila Isteri Jawab Macam Tu.

Al-kisahnya pukul 3 pagi, Aku sedang tidur dan dia kejutkan aku lalu berkata, “Datang bulan dah habis? Saya rasa dah macam lama sangat ni telekung awak tu tak bergerak” Aku terdiam. “Hari ini dah hari keenam,” kata aku dalam hati. “Hari ini, hari last kot. Baru tadi, saya check dah kering (pukul 1 pagi). Esok pagi saya mandi wajib. Nak mandi tengah malam sejuklah awak,”

“Bangun mandi wajib sekarang! Kenapa nak tunggu pagi esok? Habis awak nak tinggal Isyak padahal awak dah boleh sembahyang?” Aku diam lagi. “Awak ini buat mudah saja dengan sembahyang. Saya perasan orang perempuan ini suka tangguh mandi wajib. Padahal mandi wajib tak sampai 10 minit pun,”

“Sejuklah awak,” jawab aku. “Okay kejap” Dia keluar bilik dan ke ruang tamu dan dia masuk dengan membawa lighter. “Awak tak tahan sejuk? Okay. Tapi kalau api awak sanggup tahan, awak tak payah mandi wajib. Kalau awak boleh tahan api maknanya awak boleh tahan api neraka sekali,” katanya sambil cuba menyalakan api dan acah nak membakar lengan aku.

Aku mengelak. Tapi aku diam lagi. “Aten, awak tahu tak yang saya tanggung dosa awak? Saya tak mahu bila kaki saya dah selangkah boleh masuk syurga, tiba-tiba Allah panggil saya dan berkata. “Wooii Ameq, ang nak pi mana? Ni bini ang lagu mana pulak? Ang ada tegur dia suh sembahyang bila masuk waktu, suh baca quran, jaga aurat. Meh sini meh sini! Ang kena bertanggungjawab atas dosa bini ang pulak”

“Saya tak nak disebabkan awak, saya masuk neraka sekali Aten. Kasihanlah pada saya Aten. Jangan buat saya macam ini. Kalau awak sayang saya, awak pergi mandi wajib dan sembahyang Isyak. Lagi satu, awak kan tahu saya ini sibuk berkerja siang malam, kadang-kadang tak sempat nak membaca Quran.”

“Apa salahnya kalau awak wakilkan saya baca Quran? Nabi kata, seorang sahaja dalam rumah itu ada orang yang membaca Quran, inshaAllah seluruh keluarga itu akan terhindar dari fitnah.” Hmm aku diam lagi. Aku tak sentiasa istiqamah baca Quran. Selalu on off baca Quran. Sepatutnya tiap-tiap hari kan? Dia datang dan belai lembut rambut aku.

“Awak selalu kata ‘kenapa kita tak dapat anak lagi’. Awak selalu nak mempertikaikan perancangan Allah. Aten, Allah nak kita bersabar. Allah nak kita sembah dan merayu pada dia. Cubalah sembahyang awal dan jangan lambat, sembahyang biar kusyuk, lepas sembahyang berdoa pada Allah dan baca Quran.”

“Saya tengok awak lepas sembahyang kadang-kadang tak sempat baca doa dah terus bangun. Macam mana Allah nak bagi anak?” Aku mula bertanya. “Bukan saya nak mempertikaikan. Tetapi ini satu persoalan. Kenapa ada orang yang tak sembahyang, tak berpuasa, tak baca Quran, tak menutup aurat boleh mengandung dan senang dapat anak?”

“Ini jawapan saya. Dia mungkin diberi anak yang cepat, tapi dia tetap akan ada dugaannya. Bila besar, anak-anak dia tak nak dengar cakap, degil dan bermasalah. Orang kata ada anak ini best, tetapi anaklah dugaan paling terbesar dan sebab anak jugak kita boleh masuk neraka kalau kita tak pandai membimbing dan kalau kita tak berubah jadi ibu bapa yang baik dari segi agama.”

“Walaupun dia memang dah cukup baik Allah tetap bagi dugaan. Cuba tengok ada yang dapat anak dari kecil lagi menghidap penyakit perlukan duit puluhan ratusan ribu, ada yang dapat anak tak cukup sifat. Itu semua dugaan dan ujian dari Allah.”

“Orang yang tak ada anak ada dugaannya, orang yang ada anak dugaannya juga. Allah akan menduga semua orang. Sebab itu saya selalu kata baca doa baca Quran. Bila Allah rasa kita dah cukup baik, Allah akan bagi anak pada kita sebab Allah tahu kita dah cukup layak untuk jadi ibu bapa yang baik untuk anak anak kita nanti. Saya tak suka awak mempertikai perancangan Allah. Awak tahu tak perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan buat manusia?” katanya

Aku menangis, aku bersyukur kerana ada suami yang selalu memberikan sokongan dan menasihatkan aku. Dia tidak pernah nak menyalahkan aku dan dia selalu berkata bahawa ‘Ini semua ujian dari Allah,”. ‘Dah, bangun. Pergi mandi wajib’.

“Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat sesungguhnya dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang tinggalkannya maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama”. Kisah tentang solat ini di kongsikan oleh seorang wanita bernama Atenn Azlan di Facebooknya, dimana beliau menceritakan tentang seorang suami yang menegurnya tentang solat. Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian ini. Kredit tulisan asal kepada Cik Atenn Azlan,

Sumber kuasaviral