Suami terdiam bila tiba tiba kena tangkap baasah dengan isteri sendiri abah dan juga ustaz dekat hotel. Pelik isteri hanya diam tak cakap apa. Akhirnya ini yang berlaku buat suami terduduk.

Kisah Rumah Tangga

Sebenarnya, saya sekadar berkongsi rahsia hati dan pengalaman. Saya seorang suami selingkuh yang kini menerima kifarah Allah setelah saya benar2 bertaubat! Julai ini, genaplah 18 tahun usia perkahwinan saya. Saya bernikah ketika berusia 20 thn manakala isteri 17 thn. Isteri saya pilihan keluarga saya. Dan saya waktu itu, telah mempunyai pilihan hati.

Saya tahu kenapa ibu saya mahu saya berkahwin cepat. Ibu saya tak suka pilihan saya kerana teman wanita saya sosial orang nya. Dipendekkan cerita, akhirnya dalam keterpaksaan saya bernikah jua. Saya cuba lupakan teman wanita saya namun saya gagal. Maka saya mengambil keputusan berpindah ke kg nenek isteri saya kerana tak mahu bersua wajah dengan bekas teman wanita saya.

Hampir setahun rumah tangga kami, isteri saya meng4ndung. Waktu itu jujurnya saya langsung tak rasa teruja nak menimang anak kembar. Isteri pula mengalami alahan yang teruk sehingga saya terpaksa bawa isteri pulang ke kg. Saya mula rasa terabai waktu itu. Rasa sepi. Lalu saya menghubungi kembali teman wanita saya.

Bermula di fb dan akhirnya berhubung di telefon. Kami kembali menjalin kasih sehingga berjumpa di hotel. Tapi Allah maha mengetahui. Keselingkuhan saya terbongkar. Isteri saya tertekan sehingga mengalami tumpah cairan merah. Saya ckup rasa bersalah. Dan atas desakan dan pujukan keluarga saya, isteri saya memaafkan saya dan beri peluang pada saya.

Tapi… saya selingkuh lagi ketika usia anak kembar saya setahun. Kali ni, isteri saya bersama bapa saya juga ustaz yang menangkap saya di bilik hotel. Malu yang teramat waktu itu. Tapi saya pelik kenapa isteri saya langsung tak mohon fasakh walaupun ibu saya sndiri yang suruh. Waktu itu saya fikirkan mngkin isteri saya memikirkan anak2 yang masih kecil.

Saya bertaubat dan bersungguh sungguh berubah. Saya tumpukan perhatian pada kerjaya n anak2. Bila isteri menyuarakan niat nak sambung belajar, saya support dari segi kewangan. Dia punyai keputusan spm yang cemerlang, tapi trpaksa berhenti belajar kerana desakan keluarga untuk bernikah dengan saya dan sebab itulah saya menyokong dia kini.

Rumahtangga kami ok sahaja dan saya berusaha menjadi ayah juga suami yang terbaik. Namun hubungan kami suami isteri tercalar bila saya terbaca Wasap dia dengan seorang llaki ketika dia di tahun akhir pjj. Saya tanya dia dan jawapan dia buat saya terkedu. Dia kata sakitkan bila diselingkuhi dan dia tanggung seribu kali ganda sakit itu bila dia baca segala Wasap saya lalu memberitahu bapa saya.

Saya menangis dan meminta agar dia lupakan perkara lalu kerana saya benar2 sygkan dia dan berubah. Tapi dia cuma senyum sinis dan kata dia akan balas setiap titis air mata dia yang saya perah. Mulai detik itu, saya mula bimbang dia selingkuh sehingga ke katil hotel seperti saya dahulu. Saya mula ekori dia, tapi dia tak pernah tak balik bermalam di rumah. Habis kerja jam 5. 30, sejam selepas itu dia mesti dah smpai di rumah. Maka saya tepiskan prasaan tersebut.

Saya berusaha saban detik membuktikan kejujuran dan kasih sayang saya padanya. Sudah 15 tahun berlalu, tapi renungan dia tak pernah berubah. Dia masih tak lupakan keselingkuhan saya. Dia cukup pandai berlakon di dpan keluarga dan anak2. Tapi bila dgan saya, mucul lah dirinya yang sebenar.

Berbelas tahun saya pendam semua ini kerana kesakitan ini bermula dari perbuatan saya, tapi skrg saya mula takut kehilangan isteri saya kerana saya membaca what’s app isteri saya seminggu lepas dan llaki yang bersembang dengan isteri saya mendesak isteri saya supaya mnta perpisahan dari saya.

Saya buntu. Keluarga saya tak percaya lagi pada saya dan mana mungkin saya meminta bantuan mereka. Lgpun isteri saya menantu kesayangan ibu saya. Saya brdoa saban waktu agar Allah memberikan petunjuk dan hidayah. Pd suami2 yang membaca, jangan sesekali mencuba untuk cselingkuh kerana bila kita diselingkuhi, waktu itu kita cuma mampu berharap agar kita mampu mengubah waktu silam. Wanita memanglembut, tapi bila peluang diberi tak dimanfaatkan, lalu kembali mencalar kepercayaan, maka itulah detik paling payah dan sukar untuk lelaki kembali meraih kepercayaan itu…

Bukan Sorang Tapi Dah Banyak Laki Yang Gadis Ni Layan. Semua Laki Bagi Duit Kat Dia Semata Mata Dapat Tidur Sekali. Satu Hari Mak Ayah Dia Suruh Kahwin. Terkejut Dia Bila Dapat Tahu Perangai Bakal Suami Dia Macam Ni.

Salam semua pembaca, Cerite ni saya pendam dah hampir 13 tahun. Tiada siapa yang tahu termasuk suami sendiri. saya bukan nak bukak aib sndiri. Tapi saya kene luahkan juga. mungkin dengan meluah dan menulis tanpa orang kenal siapa saya. boleh meringan sikit rasa sakit dan bersalah di hati saya huhuhu.

Biarlah saya perkenalkan diri saya dulu… Saya seorang isteri yang bekerjaya. umur 35 tahun dan seorang ibu pada 2 orang anak pompuan yang comel2 dan sangat cerdik. berkahwinn 10 tahun dulu dengan seorang lelaki pilihan famly. yang bagi saya sangat2 tidak sepadan dan sekufu dengan saya.. Nape saya kate tidak sepadan? Sebab dia seorang lelaki yang sangat baik, penyabar, bertanggung jawab dan penyayang pada isteri dan anak2.

kami sangat2 bahagia, dan boleh di katakan dalam kalangan adik bradik saya. saya lah pasangan yang paling romantik dan bahgia. Bukan nak memuji Alhamdulilah saya di kurniakan Allah rupa paras yang cantik ,menawan dan sifat semulajadi manja dan comel. tapii malangnya sayalah manusia yang tak pandai menghargai kecantikan yang Allah kurniakan.

Kisahnya.. di alam remaja saya, bermula saya tamat study di sebuah Universiti. saya tersilap langkah. saya meggunakan kecantikan rupa paras ni untuk menggoda mane2 lelaki kaya yang saya nak waktu tu dunia ni syurga buat saya. hidup saya sangat2 mewah. di kelilinggi lelaki2 kaya yang silih berganti.. makan pakai saya semua mewah. ckp ape saya. semua saya dapat.

tapi saya kehilangan sesuatu yang sangat2 berharga, iaitu maruah diri saya. Ya Allah, bila saya kenang balik. saya rasa malu dan berdosa sangat2. betapa bongoknya saya dulu. hanyut dalam kenikmatan dunia. hanyut dlaam dosa besar. bukan seorang. bukan 2 orang.

tapi seingat saya 5 orang. smua lelaki2 kaya termasuk suami2 orang yang pertaruhkan wang yang ribu2 untuk mendapatkan perawan saya untuk dapatkan layanan saya Ya Allah berdosa sgguh rasa tapi saat tu langsung saya tak rasa berdosa rasa bahgia dan indah sangat2.

Sampai la 1 saat. orang tua kat kampung suruh cepat2 kawen sebab dah ada 2 hingga 3 orang datang bertanya nak meminang..orang tua saya termasuk adik beradik memang tak tahu siapa saya sbnarnya. Dari luaran memang orang tak percaya. dengan lemah lembut saya.

Dengan bertudung litup. dengan cantik saya. beradab saya, yang saya pernah terlanjur sejauh ituuu. memang sampai bila bila balik pun orang te gok saya ni macam perempuan melayu terakhir. huhuhu semua tertipu dengan luaran saya.

Ok berbalik pada ibu ayah saya suruh kawin tu. jadi saya pun tiada pilihan. saya terpaksa akur. sebab lelaki2 yang pernah meniduri saya tu. bukan diorang tak nak jadikan saya isteri yang sah. Dia orang nak. tapi saya yang tak nak sebab saya selalu berdoa selepas solat.

Walaupun saya ni jhat. tiap kali solat saya selalu doa ni. ” Ya Allah….aku ni pompuan yang kotor. yang jijik. yang dah tak suci. Tapi aku mohon padaMu Ya Allah….temukan lah aku dengan lelaki yang baik. yang beriman. yang dapat membimbing aku ke jalan yang lurus. aku betui2 nak nak jdi isteri yang baik nanti.

Itulah doa yang selalu saya baca tiap kali solat dan Alhamdulilah Allah makbulkan.. dan saya rasa malu sangat2 dengan Allah walaupun saya dah bertaubat nasuha.. Bukan saja Allah bagi saya seorang suami yang baik dan beriman. tapi anak2 yang sangat2 baik. Cerdik dan minat pada agama. tak seperti ibunyea dulu huhuhhu..

Tapi yang menjadi saya di hambat rasa bersalah sampai saat ni ialah. suami saya sampai sekarang dia tak tau pun. siapa saya yang sebenanya. bagi dia saya adalah seorang isteri yang baik dan taat pada dia sebagai somi. Dan seorang ibu yang sangat2 penyayang dan prihatin pada anak2. Yang menjdi masalahnya sekaramg smpai saat ni. saya rasa berdosa dan bersalah pada somi sebab dapat isteri yang dah tak suci macam saya huuhuh.

Pernah hari tu. Ada la cite pasal dara2 ni semua tiba2 dia cakap. “Kaluu abang. kalau boleh abang tak nak kawen dengn pompuan yang dah tak ade dara. walauuu cantik macam mana pun. sebab abang jaga teruna abang jadi mestilah abang nak yang ada dara tapi kalau dah jodoh terima jelah janji dia btaubat.

Saya terkejutt sangat2 dia cakap camtu. Rasa nak berterus terang je tapi memang tak mungkin. sebab saya sayangkan dia. Sayang sayangkan keluaga saya. saya tak nak kehilangan dia dan anak2 yang sangat2 rapat dengan saya…

Tapi dalam masa yang sama. Saya rase besalah dan berdosa sangatt2. betapa bongoknya dan murahanye saya dulu. rase nak je di putarkan masa ni kembali huhuh. Jadi saya nak tnya. Ape yang perlu saya buat. sebab seorang isteri yang pernah ada kisah macam ni. perlu ke saya ceritakan pada suami. kalau tak cerita. saya rasa bersalahhh sangat2. andaii cite saya mungkin kehilangan dia tidak pun. hati dia kecewa dan tawar hati dengan saya dan mungkin dia rase menyesal.

Tiap kali pandang wajah anak2 pompuan saya saya selalu sayu. Rase bersalah. tapii dalam hatii saya selalu nekad untuk jaga elok2 maruah diri anak2 dara saya. jangan dia jadi seperti saya ibunyer huhuhu. Sebenarnyer ape yang patut saya buat. saya betuii2 dah insaf. perlu ke berterus terang dengan suami?

Artikel lain : Gadis Ini Geram Tengok Suami Orang Hensem Sangat. Selalu Datang Ke Kedai Makan Dia. Akhirnya Gadis Ini Tekad Nak Goda Suami Orang Itu. Tapi Cara Dia Sangat Mengejutkan Dan Akhirnya Ini Yang Terjadi.

Asalamualaikum .. semasa saya berumur 24 tahun, saya jenis yang ramah dan suka bergaul, saya juga akan berusaha sehabis mungkin untuk mendapatkan apa yang saya mahu.. saya juga serius cantik, putih gebu, tinggi ala2 model, dan ramai lelaki yang ingin mendekati saya, dengan berbekalkan plajaran dan segulung degre yang saya ada.

saya ditawarkan bekerja sebagai pegawai kerajaan, Alhamdulillah juga, bisnes restoran saya semakin maju, saya mampu mengupah beberapa orang pekerja untuk membantu saya kerana saya juga sibuk bekerja,, Kisah bermula apabila saya bercuti kerja selama sebulan, saya mengabiskan masa yang ada untuk restoran saya, saya melayan pelangan saya, beramah mesra dengan mereka,, ada sepasang keluarga yang menjadi pelangan tetap saya, setiap malam seminggu mesti mereka datang ke sini, saya suka tengok pasangan bahagia ini, suami,isteri dan seorang anak mereka yang sangat comel dan isterinya tunggu hari untuk melahirkan anak..

Saya bawa mereka berbual2, rupanya suaminya dari negeri borneo, isterinya pula dari selatan, setiap kali mereka dtg, setiap kali kami berbual, lama2 kami seperti sahabat, masa birthday saya, mereka turut hadir kerana saya menjemput mereka.. semakin hari, hubungan kami semakin rapat, saya sering kerumah mereka dan mereka juga sering bertemu dan melepak dengan saya….

Ya saya tahu, saya dah mula jatuh cinta pada suami dia, sebab saya tengok suaminya sangat bertangungjawab, selalu hadiahkan isteri, pegang tangan isteri, tolong isteri buat kerja, jaga anak.. yang pasti lelaki ini cukup sempurna di mata saya, saya mula mengoda dia, tapi dia menolak saya..

saya lebih banyak kelebihan dari isteri dia, isteri dia tua dari saya, bertudung labuh macam nenek nenek, suri rumah pula. Sedangkan saya, seribu kali lebih baik, saya bekerjaya, saya ada kereta,ada rumah dan penampilan saya sgt menarik…

Saya minta maaf kat suami dia, saya bg tahu pdnya yang saya tidak mengodanya lagi, tapi dengan satu syarat kami mesti bersahabat macam biasa.. namun dalam hati saya bertekad, saya tetap akan dapatkan dia dengan cara apa sekalipun.. dalam diam Saya mula mendekati lebih mendalam pada isterinya, saya nak tahu apa yang suaminya suka, apa yang dia tak suka, perkara wajib bagi saya adalah berjumpa mereka..

saya juga menawarkan isterinya bekerja dengan saya. Saya bagi gaji yang cukup besar.. tapi suaminya tidak setuju isterinya bekerja..Walau apa cara sekali pun suaminya tetap setia dengan isterinya, saya sangup jadi isteri kedua, tp suaminya langsung tidak berminat pada saya, sampai satu tahap saya jumpa bomoh..

saya nak bomoh tu buat sampai dia bersjud ke pangkuan saya, bila mereka datang ke sini, saya yang layan, air yang mereka order saya yang buat.. dalam air suaminya, saya meletakkan cairan merah period saya yang telah dibuat oleh bomoh..

Alhamdulillah Lama kelamaan, suaminya mula terkejar2 saya, terbaik lah bomoh yang saya jumpa ni, sekarang dia mula2 mendekati saya, semakin mereka dtg kesini, semakin saya letakkan banda kotor saya ke dalam minumannya.. akhirnya di sujud di kaki saya, dia sendiri dtg bertemu saya, peluk cium saya, katanya dia tak boleh lupakan saya, sayang saya sangat2..

Saya beritahu kepada dia, kalau sayang saya, kawinlah dengan saya, saya terima jika menjadi isteri kedua… namun isterinya menolak, isterinya memarahi saya, katanya saya perosak rumah tangga, perampas dan perempuan murahan.

Saya tak rampas laki dia, saya cuma nak menumpang kasih, isterinya malukan saya, aibkan saya.. akhirnya saya suruh dia memilih, saya atau iserinya.. Alhamdulillah dia memilih saya… Selepas saja siap urus kes perpisahan mereka, kami terus kawin, masa tu dia tak cukup duit, demi sayang dan cinta pada dia, saya keluarha duit untuk berkahwin.. akhirnya dia jadi hak milik saya, selepas kami kawin, perempuan tu melahirkan anak, dia suruh suami melawat, tp saya menghalang suami dan suami menurut semua kata saya..

Dan akhirnya saya mengandung, Alhamdulilah, tapi kebahagiaan kami hanya sementara, suami saya di sah kan sakit tahap 4. Saya buntu tak tahu nak buat apa, dokor cakap nyawa suami hanya tingal 1 tahun, kenapa Allah beri ujian ini?

Saya tak nak kehilangan suami saya, dia hak milik saya.. selama suami sakit, saya stop beri dia makan benda kotor saya, tapi kalau saya berhentikan, suami saya akan tercari cari isterinya.. jadi saya terpaksa berikan.. perempuan tu ada dtg melawat. Tp saya tak beri dia jumpa suami saya.. dan saya terpaksa beri uabat tu pada suami walaupun dia sakit.. saya tak mahu cinta pada saya beralih arah.. saya sayngkan keluarga saya, dan saya bakal melahirkan anak. Doakan kami.. doakan agar suami saya cepat sembuh.. terima kasih..

Artikel lain : Beriya Suami Minta Nak Kahwin Lain Isteri Pertama Pula Izinkan. Suami Sengaja Tak Nak Balik Rumah Isteri Pertama Berbulan Sebab Nak Tengok Reaksi Isteri Pertama. Akhirnya Ini Yang Terjadi Buat Dia Menyesal.

Saya ada dua isteri, Ros ( isteri pertama) dan Diana ( isteri kedua). Saya dan Ros kenal tahun 2012. Kami kenal di tempat kerja , salah satu multinational corporation terbesar di Malaysia . Ros auditor , saya IT technician. Ros tua 7 tahun dr saya , dia 32 dan saya pula 25. Sejak saya join company ni, Ros memang antara staf perempuan yang popular di kalangan semua staff lelaki. Baik yang kahwin sampai la bujang, semua idamkan Ros sebab dia tinggi, putih melepak dan muka baby face.

Ros ni jenis serius and kurang bergaul sikit. Satu hari tu Ros buat audit dekat luar daerah and laptop dia rosak. So saya kne on call repair laptop dia kt site. Da dapat no Ros, saya mula ngorat sebab saya pun dah lama crush kat dia. Sebulan kami berkawan, saya jatuh hati dengan sifat keibuan Ros (lelaki baya saya banyak suka sifat ni). Lepas dua bulan, kami kahwin.

Tak sempat sgt bercinta tapi saya yang angau teruk masa tu. Tambahan pulak saya tau ramai kenalan saya berebut nak tackle Ros. Sepanjang kami kahwin tak pernah ada masalah walaupun Ros selalu travel sebab kena audit operation company kami di seluruh Malaysia. Paling lama 5 hari and saya akan jaga dua anak kami bila dia outstation.

Pertengahan 2018 saya terjebak dengan tinder. Pengaruh kawan tempat kerja. Mula2 sekadar nk chat bila Ros outstation, sampai la saya jumpa Diana..Diana muda 10 tahun dari saya. Kali kedua saya jatuh hati sebab perangai manja dan caring Diana (masa ni saya dah 32 dan lelaki baya saya banyak suka anak gadis mcm Diana). Terdesak nak kahwin dengan Diana, saya jujur dengan Ros.

Saya ingat lagi, mula2 Ros nangis tapi lepas tu dia minta maaf sebab selalu pentingkan kerja dan abaikan saya. Ros redha je benarkan saya kahwin dengan Diana. Masa ni saya rasa berbelah bagi sangat2. Tertekan sebab dh janji nak nikahi Diana dan dalam masa yang sama sedih sebab Ros seolah2 nak lepaskan saya.

Sebelum kahwin, Ros siap pesan jgn risau pasal belanja rumah dan anak2 sebab dia kerja tapi Diana tak. Jarak rumah Diana dan Ros cuma 5 minit drive. Mula2 dulu, saya jaga anak2 di rumah Ros bila dia outstation tapi lepas tu saya minta bawak balik mereka ke rumah Diana. Senang sikit bila saya kerja and Ros pun tak kisah.

Bagi Ros takpa anak2 kenal Diana tapi dia tak nak face to face berdua dengan Diana. Jadual giliran tak tetap sebab Ros travel 3-5 hari seminggu. Bila Ros outstation, saya kt rumah Diana, bila Ros tak travel saya di rumah Ros.

Namun kdg2 saya sengaja stay dekat 2-3 minggu di rumah Diana sebab nak uji perangai tak kisah Ros. Dlm 4 bulan lepas saya kahwin, Ros resign and kerja di firma akaun. Tak perlu travel dan hanya audit di office. Anak2 Ros hantar di nursery sampai dia habis kerja.

Masa ni saya mula honeymoon dengan Diana sampai 4-5 bulan tak balik ke rumah Ros. Sekalipun Ros tak bising mintak saya balik. Sepanjang ni Ros banyak spent masa bercuti dengan anak2 tanpa saya. Pergi legoland, singapore dan terbaru ke jepun. Hanya mereka 3 beranak tanpa saya.

Hanya sebab tak nak lukakan Diana, saya menolak pergi bercuti dengan mereka. Lama kelamaan saya jadi sunyi dengan Diana. Manisnya fasa honeymoon dah habis dan saya rindu nk bersama keluarga saya. Diana tak nak berbuka puasa sorang, jadi sepanjang Ramadhan saya tak pernah berbuka dengan Ros.

Baru ni saya blik ke rumah Ros, sedih sebab Ros lansung tak expect saya balik. Berbuka masa tu cuma baki makanan anak2 saya, bubur nasi dan nugget. Lepas anak2 tidur, saya tunggu Ros lama dalam bilik. Ros masuk malu2 and kami jadi kekok nak berbual bila berdua. Masa ni saya rasa macam lamanya saya dah abaikan Ros. Saya terus luahkan apa yang terpendam.

Kenapa tak hak dia sebagai isteri, kenapa izinkan saya kahwin lain, kenapa bercuti tinggalkan saya, kenapa dia chill sangat hadapi semua ni, kenapa dia redha bermadu, kenapa tak marah saya main kayu tiga dan banyak lagi kenapa. Lama Ros diam, pastu dia nangis. Rupanya Ros dah lama tahu pasal saya dan Diana. Berbulan sebelum saya mintak izin untuk nikah kali kedua. Ros makan hati dengan saya tapi dia pilih untuk berdiam diri atas rasa bersalah utamakan kerja dari keluarga.

Kata Ros, sepanjang saya kahwin dengan Diana, Ros dah persiapkan diri untuk jadi ibu tunggal seandainya dia dilepaskan. Masa ni saya rasa sedih sgt. Ros betul2 dah tawar hati dengan saya. Di saat saya abaikan dia, daripada meratap dia pilih untuk bahagiakan diri dan anak2.

Ros suruh saya cari kebahagiaan dengan Diana dan mintak saya lepaskan dia. Ros bukan sekadar isteri, tapi dia juga ibu kepada anak2 saya. Ros mintak saya jgn persiakan Diana sebab andai kata kami tiada jodoh saya masih ada Diana untuk jaga saya.

Berkali saya tanya Ros, tak sayang saya ke? Tak benci Diana ke? Ros balas dia dah takde hati untuk sayang and dah takde hati untuk benci. Saya betul2 buntu dengan Ros. Sekarang dia buat diri macam patung bila dengan saya. Tak lama nak raya and Ros siap dah atur jadual balik kampung. Hari pertama dan kedua saya beraya dengan diana di kampung diana.

Ros dan anak2 di kampung saya. Raya ketiga dan keempat saya dan diana di kampung saya, Ros dan anak2 di kampung Ros. Kat mana saya di mata dia. Masih wujud atau tak wujud. Buat para suami yang mengeluh isteri pjj atau isteri doktor, fikir lah dua kali sebelum bermain kayu tiga. pertahankan rumahtangga mereka walaupun dah terlerai. Macam saya Ros betul2 dah buang saya dekat Diana.