Suami tiba tiba terpaksa keluar rumah selama 2 minggu. Akhirnya Liza Hanim tampil buka mulut bongkarkan punca berpisah dengan suami.

Artis

Suami kepada penyanyi Liza Hanim, Shahrin Samsudin terpaksa keluar dari kediamannya di Klang, Selangor sejak Khamis ekoran mukim tempat tinggal mereka terlibat di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama dua minggu.

Sepanjang tempoh dua minggu itu juga, Liza terpaksa berpisah dengan Shahrin yang akan menginap di sebuah hotel di Kuala Lumpur demi melancarkan urusannya untuk rancangan realiti hiburan Gegar Vaganza 7 (GV7).

“Perjuangan Shahrin Samsudin Indigo di GV kali ni berbeza dengan perjuangan saya. “Kami terpaksa berpisah sekejap kerana Klang akan berada di bawah PKPB dan kami tak boleh keluar kemana-mana. Kerana komitmen GV7, abang kena keluar kawasan.

“Dua minggu memang tak lama, tapi cukup lama untuk saya dan abang yang memang kehulu ke hilir bersama… “Semoga abang sentiasa di dalam lindungan-Nya,” tulis Liza menerusi akaun Instagramnya pada Khamis. Shahrin akan memulakan sesi rehearsal GV7 pada Jumaat dan meneruskan komitmennya bersama rancangan itu yang akan bersiaran pada Ahad ini (11 Oktober 2020).

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’. Untuk lima episod pertama, Kapsul Gegar Vaganza akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Konsert mingguan GV7 pula akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 11 Oktober 2020. Untuk pengisian di platform digital, program Gegar Vaganza Live Plus akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan GV7 bermula 11 Oktober 2020. GV7 menampilkan Farm Fresh sebagai penaja utama dan Cuckoo selaku penaja bersama serta Digi merupakan Telco rasmi musim ini. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sumber : Gempak

Liza tahan sebak terkenang bapa

PENYANYI Liza Hanim mengaku terpaksa menahan sebak apabila teringat bapanya, Abd Halim Abd Razak yang genap setahun pergi menghadap illahi sewaktu membuat persembahan pada satu program, semalam. Liza atau nama sebenar Haliza Hanim Abdul Halim, 41, berkata dia bagaimanapun berusaha mengelak emosinya daripada tewas demi menunjukkan sikap profesional.

“Semalam, sebenarnya adalah hari yang sangat sukar buat saya. Saya cuba untuk kekal tenang dan kumpul kekuatan, jadi profesional, walaupun sebenarnya jiwa menangis sepanjang hari.”Semalam 21 Jun 2020, genap setahun ayah pergi tinggalkan kami. Saya hampir menangis sewaktu menyanyikan lagu Tiada ketika rakaman semalam, tapi tahan. Sampai sekarang ini masih menahan.

“Kami sayang kamu ayah, selalu dan selamanya. Ratu kamu juga baik-baik, jiwa dan raga kami curah untuk mak sekarang,” katanya yang turut memohon disedekahkan Al-Fatihah buat bapanya. Pada 21 Jun tahun lalu, Liza berkongsi berita duka pemergian bapanya di laman Instagram. Difahamkan bapanya menghidap penyakit paru-paru tahap empat selepas membuat pemeriksaan sejak awal April 2019.

Penyanyi terbabit juga menjadikan bapanya sebagai inspirasi kepada lagu baharunya berjudul Tiada. Katanya, idea lagu terbabit muncul ketika dia sangat merindui dan terkenangkan bapanya yang pergi menghadap illahi tahun lalu.

Liza Hanim nafi caras persembahan Nur Fatima

PENYANYI terkenal, Liza Hanim menafikan dakwaan dia sengaja mencaras persembahan Nur Fatima ketika berduet dengannya menerusi lagu Anggapanmu pada konsert minggu keempat program Gegar Vaganza musim keenam (GV6) baru-baru ini. Menurut Liza, 40, dia juga sudah memberikan persembahan yang terbaik ketika sesi latihan bersama Nur Fatima, 37, sebelum konsert lagi.

“Kalau ada pihak yang mendakwa saya cuba mencaras persembahan Nur Fatima, itu tidak betul. “Saya memang sentiasa berikan yang terbaik dalam setiap persembahan dijayakan. “Lagu Anggapanmu itu juga sangat kuat dan perlu dinyanyikan dengan sebaik mungkin,” katanya.

Apapun katanya, sebagai artis jemputan, dia memang sudah berbincang dengan Nur Fatima mengenai persembahan duet terbabit. “Nur Fatima juga menyanyi di bahagian lagu yang tinggi kerana saya mahu dia menyerlah dan tidak relaks dalam persembahannya,” katanya.

Mengulas persembahan Nur Fatima pula, kata Liza, dia sangat gembira dengan prestasinya pada konsert minggu keempat GV6. “Persembahan Nur Fatima ada kelainan dan bertenaga selepas saya menonton semula gandingan duet kami pada konsert itu.

“Saya sangat bangga dengan persembahannya dan yakin dia adalah calon finalis pada pentas akhir GV6 nanti,” katanya. Bagaimanapun, katanya, dia akur busana yang digayakannya seakan menenggelamkan penampilan Nur Fatima pada malam konsert itu.

“Sebagai penyanyi, kita perlu tampil dengan busana yang menarik dan sesuai dengan persembahan untuk jadi tumpuan penonton. “Saya difahamkan ada masalah teknikal membabitkan pihak Nur Fatima dan baju yang dipakainya pada malam konsert itu juga membabitkan perubahan pada saat akhir,” katanya.

Terdahulu, segelintir pihak mendakwa persembahan Liza sangat menonjol ketika berduet dengan Nur Fatima lagu Anggapanmu pada konsert minggu keempat sekali gus persembahan peserta GV6 itu tenggelam. Bukan saja aspek persembahan, penampilan busana yang digayakan Liza yang juga artis jemputan pada malam konsert juga turut menenggelamkan Nur Fatima yang juga peserta program realiti popular terbabit.

Buang perasaan bimbang

Sepanjang membuat persediaan menjayakan konsert sulung yang akan berlangsung pada 13 Julai depan di Esplanade, Singapura, ada satu perkara yang membuat­kan Liza Hanim sedar betapa peminatnya selama ini sa­ngat mendukung kerjaya seni yang diceburinya sejak 20 tahun lalu.

Walaupun dia pernah ‘hilang’ seketika bagi memberi tumpuan kepada keluarga, ternyata bakat dimiliki pe­nyanyi yang mula dikenali dengan lagu Getaran Cinta Di Jiwa itu tidak pernah hilang dari hati peminat. Bercerita mengenai perkara itu, Liza berkata, sewaktu dia bertanya kepada peminatnya, apakah lagu dendangannya yang mahu didengar, mereka menyenaraikan beberapa lagu yang dia sendiri sudah lupa pernah dihasilkan dan dimuatkan dalam album sebelum ini.

“Semuanya bermula ketika saya menjayakan persembahan sempena sambutan Hari Ibu baru-baru ini. Memandangkan saya tidak tahu lagu apa yang mahu dinyanyikan, saya meminta peminat memberikan cadangan. “Pelbagai cadangan lagu diberikan, malah ada antara lagu yang mereka minta dinyanyikan itu saya sendiri dah lupa yang saya pernah rakam. Contohnya lagu Biarkan Aku Merinduimu.

“Lagu itu dimuatkan dalam album ketiga saya. Sebenarnya lagu itu memang tidak pernah ada dalam senarai untuk dinyanyikan setiap kali mengadakan persembahan. “Mereka yang meminta saya mendendangkan lagu itu pula bukan seorang dua, malah boleh dikatakan hampir 50 peratus. Nampaknya ia akan berada dalam senarai lagu yang perlu saya nyanyikan selepas ini,” katanya.

Menurut Liza, situasi itu membuatkan dia benar-benar yakin mereka adalah peminat tegar dan mende­ngar setiap lagunya dengan begitu terperinci. Pada konsert itu nanti, Liza juga akan berkongsi pentas dengan Aishah dan berduet dalam satu segmen khas. Datuk Ramli M S pula akan bertindak sebagai pe­ngarah muzik.

Ditanya adakah dia bimbang untuk mengadakan konsert besar yang pertama kali diadakan ini, Liza berkata, sudah tentu wujud sedikit kebimbangan dalam hati. “Pertamanya saya mesti pastikan stamina berada dalam tahap terbaik. Ini kerana pentas di Esplanade agak besar berbanding lokasi persembahan yang pernah dilakukan sebelum ini.

“Dalam konsert ini saya perlu menyanyikan lebih daripada 10 lagu. Apabila membayangkan itu membuatkan ada sedikit timbul perasaan gementar,” katanya. Liza berkata, dia positif dan berusaha memberikan yang terbaik.

Bagi membuang perasaan bimbang itu, dia sudah membuat persediaan awal dengan meneliti semua senarai lagu yang mahu didendangkan dan sesi latihan sudah dibuat awal. “Sepanjang Aidilfitri ini saya tidaklah dapat beraya sakan. Ini kerana saya perlu memberikan tumpuan kepada latihan,” katanya.

Apa yang menarik, tiket konsert terbabit dikatakan hampir habis dijual. “Maklum balas yang diberikan pihak Esplanade membuatkan semangat saya berkobar-kobar dan mahu memberikan yang terbaik buat peminat,” katanya.

Cemas dada sakit

MEMILIKI latar belakang keluarga yang ada penyakit jantung menyebabkan penyanyi Liza Hanim, 41, nekad menjalani pemeriksaan kesihatan, baru-baru ini. Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim berkata, ia sebagai tindakan awal untuk pencegahan kesihatan dirinya yang dirasa tidak normal selepas mengalami sakit dada sejak beberapa bulan lalu.

“Sebagai isteri dan ibu yang ada keluarga perlu diberi perhatian, saya fikir sakit dada dialami ini tidak boleh diambil ringan. Saya perlu ke hospital untuk pemeriksaan doktor dan mendapatkan rawatan awal.”Apatah lagi, saya ada sejarah keluarga yang menghidap jantung. bapa pun pergi menghadap illahi akibat masalah jantung dan dalam keluarga saya ramai yang sakit jantung,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Liza, di hospital dia diminta menjalankan pemeriksaan Elektrokardiogram (ECG) dan ujian darah untuk doktor sahkan jantungnya mempunyai masalah atau tidak. “Alhamdulillah, keputusan untuk ujian ECG dan saya sangat cantik. Tidak ada sebarang masalah dan doktor memaklumkan simptom saya alami itu mungkin berkaitan masalah Gastroesophageal Reflux Disease atau GERD.

“Saya diberikan ubat untuk mengawal sakit dada itu dan doktor minta saya pantau selama seminggu. Jika sakit dada tidak hilang dan masih dirasai, saya akan dirujukkan kepada pakar pula. “Setakat tiga hari saya sudah makan ubat berkenaan, rasa sakit dada masih ada. Namun, saya positifkan diri dan terus berdoa kepada Allah SWT semoga tidak ada apa-apa masalah pada kesihatan saya,” katanya.

Penyanyi lagu Gelisah Mimpi ini juga bersyukur dan rasa terharu dengan sokongan kata semangat, doa serta maklumat mengenai GERD dikongsikan pengikutnya di Instagram.Liza yang berkongsi foto dia menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital mendapat banyak maklum balas daripada pengikutnya yang berkongsi maklumat mengenai masalah GERD itu.

Selain itu, Liza juga menggesa orang ramai supaya segera ke hospital membuat pemeriksaan kesihatan apabila merasakan ada yang tidak normal berlaku dalam  diri seperti sakit dada. Katanya, jika rasa sakit, jangan biarkan dan anggap ia masalah kecil. Soal kesihatan, lebih baik dirujuk kepada doktor segera untuk langkah pencegahan awal.

“Setiap penyakit itu ada ubatnya. Cuma, kita kena berani bertindak awal untuk ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan. Apatah lagi, jika ada sejarah keluarga yang mempunyai sakit teruk,” katanya.  Liza juga sangat berbesar hati dengan sokongan semangat diberikan keluarga terutama suaminya. Ini termasuk peminat yang ambil berat dan bimbang dengan keadaan kesihatannya selepas membuat perkongsian di Instagram.

Tiada untuk ayah

PENYANYI Liza Hanim membuka aplikasi nyanyian iaitu Smule sebagai langkah untuk mendekatkan diri dengan peminat. Liza berkata, idea itu tercetus apabila dia ingin mengisi masa peminat sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Jujur saya baru saja mendaftar dan memuat turun aplikasi ini untuk mempromosikan single terbaharu saya Tiada. Namun dalam masa sama, saya juga memberi peminat pilihan dalam mengisi masa sewaktu PKP. “Saya akan pilih mereka yang berduet dengan saya untuk Live bersama di Instagram setiap malam selepas mereka muat naik video itu di Instagram. Aplikasi ini sebenarnya membawa saya lebih dekat dengan peminat. Saya juga berpeluang untuk berduet dengan mereka,” katanya.

Ditanya mengenai lagu Tiada, Liza berkata, selepas beberapa tahun tidak muncul dengan lagu baru, dia tampil dengan lagu ini bagi mengubat kerinduan peminat yang sentiasa menyokong perjalanan seninya. Katanya, idea lagu terbabit muncul ketika dia sedang merindui dan terkenangkan bapanya yang pergi menghadap illahi tahun lalu.

“Ia muncul ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Ketika itu saya seorang saja, jadi mulalah terfikir macam-macam. Tiba-tiba saya teringatkan ayah dan terbayangkan wajahnya. Kemudian datang melodi membuatkan saya terus ambil telefon dan merakam melodi itu,” katanya. Lirik lagu berkenaan ditulis Fedtri Yahya dan susunan muzik oleh Sharon Paul.

Cukuplah lima anak

PENYANYI terkenal, Liza Hanim mengakui dia tidak merancang untuk menambah anak lagi selepas memiliki lima cahaya mata ketika ini. Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Getaran Cinta Di Jiwa itu, rumah tangganya kini sudah lengkap dengan kehadiran anak kelimanya, Muhamed Al Fateh yang dilahirkan pada penghujung Januari lalu.

“Alhamdulillah, rumah tangga kami sudah lengkap dengan kehadiran lima anak. “Saya sudah beritahu suami untuk kami ‘tutup kilang’. Cukuplah dengan lima anak saja,” katanya. Liza ditemui pada sidang media kolaborasinya bersama Cuvert di Oasis Village, Ara Damansara, Petaling Jaya, hari ini.

Mengenai anak kelimanya itu, kata Liza yang meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-40 hari ini, jika nak diikutkan, kehadiran cahaya mata itu juga tidak dirancang. “Namun, saya dan suami tidak dapat menolak rezeki daripada Allah SWT dengan kehadirannya.

“Ternyata kehadiran Fateh yang kini berusia 10 bulan sangat menceriakan lagi hidup kami sekeluarga,” katanya. Naib juara Gegar Vaganza musim keempat itu mendirikan rumah tangga dengan bekas ahli kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin pada 2003. Terdahulu, pasangan itu dikurniakan empat anak iaitu Marsya Qistina, 16; Marissa Qalreen, 10; Mohamed Salahuddin, 8, dan Mohamed Ibrahim, 4.