Pernah kena kritik rupa tak seberapa dan dedah suara pernah hilang. Siti Sarah dedah cerita yang dia pernah lalui

Artis

Terbaru, penyanyi dan isteri kepada Shuib Sepahtu telah membuat pengakuan yang dia pernah berdepan dengan pelbagai cabaran semasa mula mula menjadi anak seni. Walaupun mempunyai bakat yang mengagumkan tetapi dia juga sering menjadi bahan ejkn berdasarkan fizikalnya ketika itu.”Macam mana aku nak jual budak ni, rupa dia susah nak jual…””Sebelum ni ada artis cantik, pon susah nak jual.

Tambahan pula, ini kan lagi dengan rupa yang tak seberapa.”Belum lagi part orang luar yang mengata Sarah. Dulu pun dah ada warganet tau! Muka tak lawa la, mengata hidung Sarah la, panggil Sarah dengan nama binatang. Ape je binatang yang diorg tak ejek? Hahaha.”Sedih memang sedih. Kadang-kadang Sarah down. Tapi Sarah teruskan sebab Sarah ada tanggungjawab besar, mencari rezeki untuk keluarga dan ada penyokong yang selalu support Sarah.”Tapi itulah yang dinamakan rezeki. Mungkin niat nak bantu keluarga, Allah permudahkan so tercipta lah nama Siti Sarah dalam industri seni,” ceritanya.

Siti Sarah juga pernah berdepan masalah seperti kehilangan suara selepas melahirkan anak sulungnya sekitar tahun 2012..”Selepas berbelas tahun menempuh onk duri dalam dunia seni, Sarah pon kahwin dengan Shuib dan terciptalah 1 lagi cerita baru dalam hidup.”Selepas melahirkan anak pertama, secara tiba-tiba, suara Sarah hilang, bila suara hilang, pendapatan pun hilang.”Masa tu memang rasa Allah tarik satu punca rezeki sebab sarah hanya tau menyanyi sahaja.”1 tahun lebih jugak laaa, lepastu mengandung lagi anak no 2. sama juga suara masih tak keluar. Sarah dah fikir, sampai bila nak macam ni?”Suara dah hilang, macam mana nak nyanyi? Terus fikir untuk buat business.”Tapi bila buat business, asyik lingkup. Tak jadi, tak pulang modal sampai habis bukan ratus, bukan ribu , tapi….,” tambah Sarah lagi.Sarah dan Shuib telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata Uwais Alqarni, 9; Dzahira Talita Zahra, 6, dan Ariq Matin, 4.

Seorang Penyanyi Perlekehkan Nyanyian Nabila Razali. Tak Boleh Berdiam Sekali Siti Sarah Tampil Bersuara Lantang Bagi Kata Kata Padu Buat Warganet Terkedu.

”Adab sebagai penyanyi kena sentiasa ingat, jangan perIekeh persembahan orang lain.” Itu nasihat penyanyi Siti Sarah dalam satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya apabila menegur sikap segelintir penyanyi tanah air tentang pentingnya menjaga adab sesama sendiri.

Menurut pelantun lagu kesetiaan itu, sebagai masyarakat Malaysia yang kaya dengan budi bahasa dan sopan santun, seseorang itu perlu tahu menjaga adab supaya tidak merendah-rendahkan orang lain. ” Penyanyi pun ada adab tersendiri. Saya belajar daripada setiap persembahan yang pernah dilakukan dan tonton selama ini.

” Setiap persembahan adalah ruang untuk jadi yang lebih baik dan terbaik. Setaip benda ada baik buruknya dan kena ingat semua yang berlaku atas izin Allah SWT,” ujar isteri kepada pelawak Shuib itu. Ujarnya lagi, sebagai penyanyi, seseorang artis itu perlu sentiasa ingat dan jangan sesekali memperl.ekehkan persembahan orang lain dengan menghormati perkara yang dilihat.

” Apa yang baik kita ambil untuk diri sendiri. Sesuatu yang buruk itu pula kita jadikan pengajaran dan jangan pula kita kutuk. ” Kadang-kadang takut sebab boleh jadi pada diri kita semula (dikutuk),” kata Sarah. Dalam pada itu, Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Raissuddin, 37, juga memberi nasihat kepada penyanyi lain supaya tidak mendabik dada dengan kejayaan yang diperoleh dan sebaiknya berdoa dengan perkara yang baik-baik.

” Saya pun pernah kena kritik dan percayalah, benda itu (dikritik) tidak seronok sebenarnya. Berbuat baiklah sesama kita, saling membantu untuk memajukan diri sendiri,” jelasnya.

Menerusi hantaran sama, Sarah turut tinggalkan pesanan dan kata-kata semangat untuk penyanyi Nabila Razali tentang persembahannya pada malam Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) malam tadi apabila vokalnya ‘tergelincir’ ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua.

” Persembahan Nabila malam tadi saya nampak dia telah berusaha untuk bagi sehabis baik dan pergi kelas vokal.” Tidak mengapa Nabila. Teruskan belajar dan jangan putus asa,” ucapnya. Pada tahun lalu, Sarah mendapat kritikan ramai ketika menyanyikan lagu Semakin ketika AJL34 apabila dia dikatakan ‘menjerit’ sehingga gagal membawakan lagu tersebut dengan baik.

Bagaimanapun, Sarah dalam satu kenyataannya kepada media memaklumkan bahawa ksihatannya pada malam tersebut tidak mengizinkan kerana mengalamai masalah tekak perit akibat terlebih melakukan latihan. Malam tadi, cerita berkenaan penyanyi Nabila Razali yang terkuciI sewaktu menyanyikan lagu Peluang Kedua di pentas AJL35 hangat diperkatakan ramai.

Lebih pnas, seorang penyanyi lelaki memuatnaik status seakan mengkritik Nabila dengan mengatakan dia sudah membazirkan peluang diberikan. Dalam pada itu, Nabila tampil membuat permohonan maaf di IG beliau kepada pencipta lagu tersebut, Hael Husaini.

Namun dalam reaksi balas, Hael tetap memuji Nabila dengan menganggap beliau sebagai inspirasi. ” Awak adalah contoh inspirasi pada saya. hardwork and always do your best. im so proud of you!! Thank you for signing Peluang Kedua,” tulis Hael.

Sumber:k0smo

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://limauais.pw/2021/03/15/berbuat-baiklah/

Ramai Yang Kritik Sekali Nabila Razali Tampil Buat Permohonan Maaf Gara Gara Terkucil Masa Ajl. Tak Boleh Berdiam Akhirnya TokTi Masuk Komen Macam Ni.

Malam tadi berakhirnya Anugerah Juara Lagu (AJL35) yang menobatkan lagu nyanyian Kaka Azraff, Noki dan Tuju sekaligus membawa pulang hadiah RM50 ribu. Sementara itu Naib Juara dimenangi oleh Aina Abdul dengan lagu Semalam, manakala tempat ketiga dimenangi Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita menerusi lagu Belenggu Rindu.

Vokal Terbaik menjadi milik Ernie Zakri dan Persembahan Terbaik dimenangi Zizi Kirana. Selain dari kejutan lagu-lagu yang menjadi pemenang, paling menarik perhatian ramai adalah nyanyian Nabila Razali yang terkvcil menerusi lagu Peluang Kedua.

Bercakap mengenai perkara itu, Nabila telah memohon maaf dan berkata dia sudah melakukan yang terbaik. ” Jujur saya katakan, saya belum periksa lagi telefon pintar saya. Tapi, harapnya apa yang ‘trending’ itu yang baik-baik sahaja.” Kebanyakan ciapan di Twitter menyifatkan nyanyian dan vokal Nabila terkucil pada bahagian tertentu sehingga mencacatkan persembahan itu.

Nabila yang ditemui seusai acara itu, berkata banyak ruang yang masih boleh diperbaiki. ” Alhamdulillah, berakhir juga malam ni. Dah selesai. Walaupun berlangsung tak seperti saya jangkakan, saya gembira dengan apa jua yang sudah saya sampaikan malam ini (semalam).

” Terima kasih kepada pasukan saya. Semua kerja keras datang daripada mereka. Ini bukan pengakhiran, selepas ini ada ada lagi rezeki yang lebih besar, Insya-Allah. ” Apa-apa pun, saya berterima kasih kepada pihak TV3 atas peluang yang diberikan dan kepada pasukan saya yang selalu memberikan sokongan.

” Sudah tentu boleh diperbaiki lagi. Tetapi persembahan tadi yang terbaik untuk saya. Mungkin sebelum ini saya tak pernah sangka yang saya dapat buat persembahan seperti itu,” katanya kepada Harian Metro. Menurut Nabila, masalah suara yang dihadapi sebelum ini sudah sembuh sepenuhnya.

” Saya berharap, selepas ini apabila pandemik beransur pulih, keadaan kembali seperti biasa dari segi jemputan persembahan dan kerjaya seni. ” Bercakap mengenai keadaan kesihatan, ia semakin baik. Sudah sembuh, tapi ia ambil masa untuk betul-betul pulih.

” Apa yang berlaku kepada saya, tak perlu nak jadikan sebab untuk cerita kepada orang. Apa yang saya letakkan malam ini adalah persembahkan yang orang nanti-nantikan. ” Alhamdulillah, saya dapat tunaikan permintaan semua orang yang menantikan persembahan Peluang Kedua daripada saya sendiri,” katanya.

Ditanya mengenai kekuatan untuk melakukan persembahan di pentas AJL35 selepas mengharungi beberapa siri kntroversi sebelum ini, Nabila mahu menjadi yang terbaik untuk diri sendiri. ” Untuk saya, ia bukannya untuk mereka. Semua yang saya lakukan adalah untuk diri sendiri. Ia kerja keras dari ‘team’ saya sendiri. ” Saya menghadiri kelas vokal dan sebagainya. Ia sebenarnya lebih kepada untuk memajukan diri saya. Tahun 2021, macam-macam perkara yang terjadi. Sentiasa bangun dan menjadi versi yang terbaik untuk diri saya,” katanya.

Dapat respon Siti Norhaliza

Sementara itu, Nabila turut menulis di Instagram beliau memohon maaf kepada pencipta lagu tersebut iaitu Hael Husaini diatas persembahannya itu. ” Saya dah mencuba sehabis baik.. i’m so sorry Hael Husaini,” tulis Nabila. Apa yang menarik, permohonan maaf Nabila itu telah mendapat respon dari penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

” Tak mengapa dik.. setelah berusaha, kita serahkan semua kepada Allah swt.. Kudrat dan kemampuan hanya dengan izinNYA .. Adik dah buat yang terbaik!!” tulis Siti di ruangan komen yang turut mendapat reaksi positif dari warganet lain.

Manakala pencipta lagu tersebut, Hael Husaini turut memberi respon dengan memberi kata-kata dorongan kepada Nabila. ” Awak adalah contoh inspirasi pada saya. hardwork and always do your best. im so proud of you!! Thank you for signing PELUANG KEDUA” tulis Hael. Setakat artikal  ini ditulis, komen dari Dato Siti itu telah mendapat hampir 4ribu tanda suka

Hafiz Hamidun sindir Nabila bazirkan peluang di AJL35, sekali Dato’ Fazley masuk komen

GARA-GARA memuat naik status seperti mengkritik persembahan lagu Peluang Kedua nyanyian penyanyi Nabila Razali di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) pada malam Ahad, penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun dikritik warganet.

Menerusi ciapan Hafiz, 37, di Twitter, dia seakan-akan menyindir Nabila sudah membazirkan peluang yang diberikan apabila nyanyiannya terkucil di bahagian korus ketika mendendangkan lagu tersebut. “Peluang kedua adalah peluang yang paling teruk jika dibazirkan. Dan ia baru saja dibazirkan, ” tulis Hafiz sebelum memadam status itu selepas beberapa minit mengundang kritikan.

Selain warganet, chef selebriti iaitu Datuk Fazley Yaakob turut memberi teguran kepada Hafiz. Bagaimanapun pemilik nama Mohammad Hafiz Hamidun menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang niat untuk ‘menyrang’ secara peribadi penyanyi berkenaan namun hanya meluahkan rasa kekecewaan sebagai peminat lagu tersebut.

Penyanyi lagu Zikir Terapi Diri ini juga memohon maaf kepada semua yang tergores hati atau tersinggung dengan kata-katanya dan mengambil keputusan untuk memadam status itu kerana enggan mengeruhkan keadaan. “Saya langsung tiada niat nak jatuhkan atau rendah-randahkan persembahan Nabila. Tapi, sebagai peminat lagu tersebut, saya cuma luahkan kekecewaan. Itu saja.

Apa-apa pun, saya puji Nabila yang berjuang sampai ke akhir lagu tersebut. “Minta maaf kalau ada yang beranggapan tweet tersebut menggores hati. Saya tweet sekejap kemudian ramai yang retweet dan ada yang marah. Jadi saya delete tweet tersebut, ” kata Hafiz ketika dihubungi mStar.

Nasib sekali lagi tidak berpihak kepada Nabila, 29, apabila persembahannya menerusi lagu Peluang Kedua di pentas AJL35 mengundang kritikan warganet berikutan berlaku sedikit insiden ‘terkucil’ di bahagian korus ketika dia mendendangkan lagu tersebut.

Biarpun menerima pelbagai kritikan namun beberapa selebriti tempatan antaranya Michael Ang, Syafiq Kyle, Mira Filzah, Neelofa dan Ika Nabella tampil bersolidariti memberi kata-kata semangat kepada Nabila. Dalam pada itu. Hafiz turut mengakui dia antara salah seorang peminat lagu ciptaan penyanyi dan komposer Hael Husaini serta MFMF itu dan sama seperti penonton lain yang meletakkan harapan besar serta menantikan yang terbaik.

Persembahan Nabila di pentas AJL35 dikritik warganet gara-gara nyanyiannya terkucil. Jelas Hafiz, ciapan atau tweet yang dikongsikan itu tiada kata kejian atau kutukan malah dia turut memuji keberanian Nabila yang terus berjuang sampai ke akhir persembahannya.

“Saya sendiri menyukai lagu tersebut dan ia juga antara lagu yang hebat di radio dan platform streaming. Semestinya harapan saya sangat besar sama seperti penonton lain untuk menantikan yang terbaik. “Apa-apa pun, saya puji Nabila yang berjuang sampai ke akhir lagu tersebut. Saya pun tiada masalah dengan Nabila dan ada mesej secara peribadi kepadanya di Instagram menjelaskan perkara sebenar.

“Tweet saya cuma tweet umum, dan saya rasa tiada bahagian yang saya mengutuk atau mengeji. Tapi jika ada yang beranggapan sebaliknya, sekali lagi saya minta maaf, ” ujarnya.

Sumber:hmetro dan IG Nabila

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : http://trendingsangat.pw/2021/03/nabila-razali-dah-minta-

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Lepas Je Nabila Razali Nyanyi Lagi Peluang Kedua Semasa Ajl 35 Sekali Ini Respon Selamba Dari Mk Clique Buat Warganet Terkedu. Sampai Macam Ni Sekali Respon Dari Mk.

Nasib sekali lagi tidak menyebelahi penyanyi, Nabila Razali apabila dia terkucil ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) yang berlangsung sebentar tadi. Nabila atau mesra disapa Bella itu, beberapa kali tergelincir daripada nota yang sepatutnya. Malah, dia juga kelihatan agak sukar untuk melontarkan vokal dengan baik.

Kejadian itu sekali gus menjadi perdebatan ramai khususnya di platform media sosial. Namun, menerusi pemantauan di platform berkenaan, reaksi warganet diihat sedikit bercampur baur. Ada yang mengkritik, namun ramai juga yang simpati dengan penyanyi berkenaan.

“S.edih tengok Bella, tapi eff0rt dia ada. Kuatkan semangat dan cuba lagi lepas ni” “Kita tahu Bella dan buat yang terbaik. Mungkin dia gementar, stop bli dia” “Dia dah bagi sebaik mungkin, jangan kritik dia. Stay strong Nabila.” tulis beberapa warganet. Selain warganet, rakan artis juga turut memberi sokongan moral.

Respon Dari MK Clique

Untuk rekod, lagu Peluang Kedua pada awalnya dibawa oleh komposer itu sendiri, Hael Husaini ketika pentas separuh akhir Muzik-Muzik 35. Walaubagaimanapun, Bella kemudian membuat keputusan untuk menyanyikan sendiri lagu berkenaan di pentas akhir AJL35. Sekadar info, Bella sebelum ini pernah memaklumkan penarikan dirinya daripada pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 adalah kerana mengalami masalah peti suara dan dinasihatkan oleh d.oktor untuk berehat.

Kredit : AstroGempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sanggup Cari Alternatif Baru Untuk Tambah Pendapatan. Nabila Razali Dedah Buka Perniagaan Ini Bagi Mengisi Masa Lapang Sepanjang PKP

Sejak pelaksanaan PKP 2.0,ramai masyarakat Malaysia termasuklah artis selepas segala aktiviti hiburan dihentikan buat sementara waktu. Baru baru ini,Nabila Razali ambil langkah berani untuk terlibat dalam perniagaan makanan dengan menjual ayam goreng untuk tambah pendapatan.

Jelas Nabila,“Ini adalah salah satu aktiviti untuk mengisi masa lapang sepanjang PKP, Alhamdulillah saya tak sangka akhirnya ada kedai sendiri.‘Ia adalah pengalaman baru, seronok dan tak sangka PKP ini ada banyak hikmahnya. Jadi apa kata kita cari alternatif untuk tambah pendapatan,” katanya.

Walaupun sibuk dengan perniagaan, Nabila berkata dia masih tidak mengabaikan persediaan menghadapi Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL) dengan berlatih di rumah.“Dekat rumah saya ada berlatih… saya masih lagi buat persediaan menghadapi AJL. Lagi pun sambil goreng ayam pun boleh menyanyi la,” katanya.Terdahulu, Nabila mengesahkan dia bakal beraksi pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 untuk menyanyikan lagu Peluang Kedua.

Dia Menunggu Sesuatu Ini Sudah Lama. Nabila Razali Akui Menangis Selama 2 Hari Hanya Kerana Heart Broken.

Penyanyi Nabila Razali mengakui menangis selama dua hari selepas mengumumkan tidak dapat menyanyikan lagu Peluang Kedua pada peringkat separuh akhir Muzik Muzik 3 (SFMM 35) baru-baru ini. Jelas Nabila yang disahkan mengalami masalah peti suara memberitahu, tangisan itu disebabkan perasaan ralat kerana sudah lama menanti untuk muncul dalam pertandingan itu sejak lagi Pematah Hati.

“Saya sedih tak dapat menyanyikan lagu sendiri sebab saya sudah menunggu dari lagu Pematah Hati lagi, kali ini masih tiada rezeki. Apabila lagu Peluang Kedua dapat ke semi final Muzik-Muzik 35, saya dapat tahu pula tak boleh menyanyi, hati saya hancur. Dua hari saya menangis! Memang rasa ‘broken heart’. Tapi saya percaya apa yang berlaku ini ada hikmahnya,” katanyaTambah Nabila, dia enggan mengambil risiko untuk meneruskan juga persembahannya kerana risau jangkaan peminat yang meletakkan harapan tinggi terhadap lagu itu.

“Proses ini panjang, ia membabitkan latihan dan sebagainya. Kalau saya buat juga mungkin saya tak boleh beri komitmen dan akhirnya tidak dapat berikan apa yang sepatutnya. Kalau peminat saya dengar dan hasilnya tidak seperti diharapkan ia akan menghancurkan hati mereka pula. Biarlah hati saya hancur awal daripada banyak lagi benda datang kemudian,” tambahnya. Ditanya mengenai penyanyi gantian yang bakal menyanyikan Peluang Kedua pada SFMM 35 nanti, Nabila enggan berkongsi lanjut.

“Insya-Allah, penyanyi gantian ini akan memberikan impak besar daripada apa yang saya boleh bagi. Siapa yang akan nyanyi, tak boleh kongsi lagi. Kalau diberi pilihan, saya tak boleh letak nama siapa-siapa. Cukup untuk saya tahu dia boleh beri rasa dan impak sama untuk SFMM 35 nanti,” katanya.

Pusingan ketiga SFMM 35 yang dijadual berlangsung pada Ahad lalu terpaksa ditunda ekoran penyanyi Alif Satar disahkan positif Covid-19 yang juga terbabit dalam pertandingan itu pada Jumaat minggu sama. Difahamkan pusingan ketiga SFMM 35 itu akan disambung selepas 14 hari iaitu tempoh kuarantin bagi semua kru, pengacara dan penyanyi terbabit tamat.

Peminat Mengharapkan Nabila Razali Ada Untuk SFMM35. Nabila Akui Dia Mengalami Sakit Ini Dan Kerana Itu Dia Tidak Dapat Menghadiri.

Warganet mahu Nabila Razali nyanyi lagu Peluang Kedua di SFMM35. Penangguhan program nyanyian Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) disambut baik oleh segelintir penonton terutamanya peminat kepada penyanyi Nabila Razali. Ini kerana dalam tempoh tersebut, mereka berharap penyanyi lagu Peluang Kedua itu sudah sembuh daripada masalah kesihatan dan dapat membuat persembahan tanpa perlu diganti oleh penyanyi lain.

Menerusi laman sosial, rata-rata peminat meninggalkan komen mengharapkan Nabila menyanyikan sendiri lagu ciptaan Hael Husaini dan MFMF itu dalam merebut tempat ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang akan berlangsung tahun depan.

Menjawab persoalan peminat itu, pengurus Nabila iaitu Mohd Asrul Abdul Talib berkata, impian peminat untuk menyaksikan Nabila mempersembahkan lagu itu berkemungkinan akan tercapai namun bergantung kepada keadaan kesihatan penyanyi itu.

“Kita akan melihat keadaan kesihatannya pada masa itu… jika sudah pulih sepenuhnya besar kemungkinan Nabila akan buat persembahan itu. Sejak awal lagi dia mahu menyanyikan sendiri lagu berkenaan tapi masalah kesihatannya yang agak serius membuatkan pihak pengurusan membuat keputusan demikian” katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Asrul berkata, dari sudut positif penangguhan program nyanyian itu seolah-olah memberi peluang untuk Nabila beraksi semula.

Justeru itu, Nabila memohon orang ramai mendoakan supaya dia segera pulih dan dapat menyempurnakan tugasan tersebut. “Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah dan mungkin juga lagu tersebut mahu dinyanyikan oleh penyanyi asal. “Nabila minta orang ramai doakan keadaan kesihatannya segera pulih,” katanya.