Sudah berhubung dengan individu yang dipercayai memuat naik paparan skrin WhatsApp yang tular membabitkan Neelofa dan PU Riz. Neelofa tampil beri nasihat padu

Artis

Pembantu peribadi (PA) kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Nadiah Khairuddin sebelum ini mengesahkan dirinya sudah berhubung dengan individu yang dipercayai memuat naik paparan skrin WhatsApp yang tular membabitkan Neelofa dan PU Riz baru-baru ini.Nadiah berkata, dia sudah menyerahkan wanita dikenali Syamira Safiya itu kepada pihak peguam untuk tindakan lanjut.“Selepas saya memuat naik wajah serta memintanya untuk tampil, akhirnya wanita itu menghubungi saya secara peribadi di media sosial selepas tiga jam ia dimuat naik.Neelofa beri nasihat

Dalam status terkini, Neelofa tampil memberi nasihat dan dia memaafkan individu terdebut dengan seikhlas hati.Menurut Neelofa, perjanan masih jauh dan apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi.Berikut status yang di muat naik oleh Neelofa di IG rasmi milik beliau.Sebelum ini Individu yang didakwa menyebarkan ftnh mengenai hubungan pendakwah bebas, PU Riz dan pengacara, Neelofa pada 26 Disember lalu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Wanita yang dikenali sebagai, Syamira Safiya menerusi rakaman video yang diterima Harian Metro berkata, segala yang disebarkan di laman Twitter adalah fitnah.“Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Encik Haris atau PU Riz dan keluarga di atas segala tuduhan yang dilakukan. Saya sedar bahawa segala tdhn ini banyak bertentangan dengan apa yang Islam ajarkan.

“Saya sangat menyesal dengan ftnah yang saya mulakan di media sosial. Saya sangat berharap agar Encik Haris dan sekeluarga dapat memaafkan saya seikhlasnya,” katanya.Terdahulu, Harian Metro melaporkan, segala tuduhn itu dijawab dan dinafikan Neelofa menerusi hantaran video di Instagram dan kenyataan rasmi yang diedarkan kepada pihak media minggu lalu.

Teori Yang Individu Ni Buat Kononya Neelofa Ada Masaalah Ni. Sekali Tak Lama Berdiam Diri Ini Respon Dari Neelofa Buat Ramai Yang Terkejut.

Semenjak 26 Disember lalu, nama Noor Neelofa dan PU Riz antara yang menjadi pencarian tertinggi di semua media sosial disebabkan masalah yang sedang melanda bakal pengantin ini. Namun disebabkan satu kejadian yang tidak tahu puncanya, ada gosip mengatakan kononnya mereka sudah putus tunang.

Tetapi daripada pihak Neelofa, beliau tetap meminta peminat untuk terus mendoakan hubungan mereka. Dalam masa yang sama ketika isu tersebut sedang hangat diperkatakan, muncul pula satu teori yang ditulis oleh seorang individu yang mengatakan kononnya Neelofa mempunyai penyakit Narcissistic Personality Disorder atau dalam bahasa mudahnya ialah tidak mahu orang lain lebih daripada dirinya dan cuba untuk mencari perhatian umum.

Teori tersebut telah dianggap sebagai teori ‘Mastika’ oleh sesetengah warganet yang beranggapan bahawa ia tidak logik sama sekali. Disebabkan itu, pengacara terkenal tersebut telah memuat naik satu twit berkenaan isu itu. Ramai warganet memberi pendapat bahawa Neelofa perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar berkenaan kerana ia bagaikan satu ftnah besar buat dirinya.

Kecoh Pasal Status Hubungan Neelofa Dengan Pu Riz. Kali Ni Tersebar Pulak Gambar Lama . Mengejutkan Bila Tengok Pu Riz Ada Komen Macam Ni Kat Gambar Tu.

Tak perlu dihuraikan lagi, pasti ramai sudah mengetahui tentang hubungan antara pengacara Noor Neelofa dan tunangnya, iaitu PU Riz yang kini seperti sedang dilanda bdai semenjak kisah mereka tular di media sosial mulai 26 Disember.

Secara tiba-tiba, nama Neelofa dan PU Riz trending di aplikasi Twitter selepas ramai warganet membuat ‘siasatan’ berkenaan Instagram story yang dimuat naik oleh adik-beradik Neelofa iaitu Noor Nabila, Athisha Khan dan juga Ameera Khan.

Permulaan kisah ini berlaku apabila mereka bertiga memuat naik satu Instagram story yang sama, disusuli memadam semua foto ketika majlis pertunangan Neelofa dan PU Riz serta tidak lagi mengikuti pendakwah tersebut di laman Instagram. Kemudian, ibu kepada Neelofa iaitu Noor Kartini turut memadam foto bersama Neelofa ketika majlis tersebut yang diadakan pada 1 November lalu.

Warganet mula membuat spkulasi sendiri berkenaan hubungan mereka yang mengatakan kononnya PU Riz merupakan seorang yang judgemntal apabila kebanyakan adik-beradik Neelofa tidak memakai tudung. Bukan itu sahaja, ada juga warganet yang terlalu rajin sehingga mend3dahkan semula tentang kehidupan lama PU Riz ketika belajar di sebuah universiti tempatan.

Adik Kandung Pu Rizz

Dalam masa yang sama, warganet menjumpai beberapa komen yang ditinggalkan di satu akaun Instagram milik seorang gadis dikenali sebagai Shafira Ismail Norbat. Komen yang ditinggalkan oleh PU Riz berbunyi teguran kepada gadis tersebut dan itu membuatkan warganet berasa musykil tentang maksud yang tersirat.

Tetapi selepas disiasat oleh warganet, gadis tersebut merupakan adik kandung PU Riz sendiri. Kini, muncul semula beberapa keping gambar yang tidak sepatutnya dibincangkan di media sosial iaitu gambar tak elok yang dikatakan mirip seperti PU Riz.

Namun, ada beberapa warganet memberi pandangan tersendiri mengenai kisah yang melanda selebriti terhangat ini yang mana adik-beradik Neelofa tidak sepatutnya membuka ruang untuk warganet membawa mulut. Bagi mereka, ahli keluarga Neelofa sendiri yang membuka pekung apabila ada masalah yang melanda dan ia membuatkan warganet berasa tertanya-tanya tentang apa yang sedang berlaku.

Apa pun, kita sebagai orang luar jangan terlalu mudah membuat spekulasi sendiri dan menduh sana sini. Biar la pihak Neelofa dan PU Riz sendiri yang menyelesaikan masalah mereka ini, kita tidak perlu masuk campur dalam urusan mereka.

Berikut beberapa fakta menarik tentang Pu RIZZ  yang tidak semua tahu.

1. PU Rizz atau nama sebenarnya Muhammad Haris bin Mohd Ismail merupakan peserta program realiti Pencetus Ummah Musim 4 pada 2016. 2. Berumur 24 tahun, PU Rizz lahir pada tahun 1995 di Selangor, Malaysia. 3. PU Rizz sebelum ini pernah menuntut di Universiti Al-Azhar Mesir pada tahun 2002 namun hanya sempat belajar selama setahun saja dek pergolakan yang berlaku di negara itu.

4. PU Rizz kini memiliki Diploma Pengajian Islam dalam bidang undang-undang. 5. Dek kerana memiliki raut wajah yang tampan, PU Rizz kini bergelar pelakon apabila pernah menghiasi beberapa drama seperti Selafaz Cinta Ustaz, Air Mata Di Bumi Matador dan Lelaki Kiriman Tuhan.

6. PU Rizz bakal muncul dalam filem pertamanya yang berjudul Ada Apa Dengan Dosa tahun ini berganding dengan penyanyi, Wanna Ali. 7. PU Rizz juga pernah tercalon dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH).

Fakta Menarik

Pelajar jurusan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA). Pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir, meskipun hanya bertahan selama setahun kerana terpaksa pulang ke Malaysia selepas perang yang berlaku di sana.

Sering diundang Neelofa sebagai pendakwah dalam majlis ilmu anjuran pengacara dan usahawan terkenal itu. Gemar bermain futsal. Instagram miliknya yang menggunakan nama @pu_rizz sehingga kini mengumpul lebih 90 ribu pengikut.

“Bagi Anak Lelaki, Ibu Adalah Nombor Satu.” PU Riz Akui Banyak Hal Ikut Kehendak Ibu Menjadi, Tak Kisah Dilabel ‘Anak Mak’

Isu anak mak bukanlah benda baru dalam masyarakat kita. Baik orang biasa mahupun selebriti turut mengalami situasi tersebut. Ada yang kurang gemar dilabel sedemikian, tak kurang yang bangga. Demikian juga dengan selebriti bernama PU Riz ini. Dia mengakui tidak kisah andai dilabel sebagai ‘anak emak’. Menurut Riz, sepanjang dia menuruti kesemua kehendak ibunya, hampir semua perkara yang dlakukan berjalan lancar.

“Banyak benda yang saya ikut kehendak ibu saya, ia menjadi. Bukan diberi rezeki yang sedikit tetapi melimpah ruah. Dalam hal sambung belajar ini pun, saya mahu penuhi permintaan ibu. “Saya masuk dunia seni pun atas restunya. Jadi apa salahnya saya penuhi hasratnya yang mahu saya berjaya dalam akademik.

menegaskan akan tetap mendahulukan pendapat dan pandangan ibunya membabitkan soal jodoh, walaupun dalam waktu sama dia sudah mempunyai kekasih hati kelak. Dia juga tidak kisah andai kenyataan diberikan itu akan menyebabkan ada pihak mengajuknya ‘anak mak’ selepas ini.

Ibu nombor satu

Kata bekas peserta Pencetus Ummah itu, andai ibunya tidak bersetuju dengan pilihan hatinya dia akan akur. “Bagi anak lelaki ibu adalah nombor satu. Malah taraf seorang ibu sangat tinggi di sisi Allah. Al-Quran juga menyebut ibu lebih berbanding bapa.

“Bagi seorang isteri pula suami adalah nombor satu. Bagaimanapun andai bernikah nanti saya sedaya upaya mewujudkan keluarga yang hidup dalam suasana beragama,” katanya. Dia yang mula dikenali menerusi program realiti, Pencetus Ummah (PU) musim keempat ini juga mula berjinak-jinak dalam dunia bisnes apabila membuka restoran miliknya, Food Station yang beroperasi di Jalan Tun Sambanthan, KL (berhadapan dengan Nu Sentral) yang sudah sudah beroperasi sejak dua tahun lalu.

Mahu teruskan legasi ayah

Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail rupa-rupanya mahu meneruskan legasi bapanya yang lebih dahulu menceburi dunia perniagaan. “Bapa menjadi mentor saya dalam apa yang dilakukan termasuk selok belok dunia perniagaan. Saya percaya dalam hidup ini, kita perlu lakukan sesuatu yang dapat memberi jaminan masa depan. Ada juga pendapatan tetap saya setiap bulan.

“Dunia seni masih saya cintai dan berjalan macam biasa. Cuma saya melihat prospek perniagaan makanan ini khususnya boleh dikembangkan dengan baik. Kalau sebut fasal makan ini semua orang perlukan makanan. Pilihan makanan di luar sana memang macam-macam.

Anjur ceramah agama di restoran. Bercerita lanjut mengenai restoran miliknya, premis makanan itu menyediakan lebih 500 lauk pauk Melayu, Thailand dan Barat. “Sejak dari awal lagi, saya memang tak lepas tangan menguruskannya. Sibuk mana pun, saya akan cuba bahagi masa untuk restoran ini. Dari awal mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia hinggalah beroperasi sampai sekarang, saya akan ambil bahagian.

“Saya turut berusaha mencari tukang masak terbaik sampai pergi ke Kelantan. Banyak juga kos yang dilaburkan termasuk mengubah suai semula restoran ini kerana ia diambil dari sebuah kedai lama yang diuruskan pihak lain,” katanya.”Hidayah Itu Sesuatu Yang Perlu Di Cari”Pu Rizz. Malah Riz turut menganjurkan ceramah agama di premis berkenaan dalam menyuntik elemen kerohanian sambil menjamu selera.

PU Riz  batal rakaman program TV sepanjang Januari

“PU Riz sudah membatalkan semua rakaman program TV sepanjang bulan Januari. Beliau tidak dapat dihubungi,” kata sumber berkenaan. Neelofa akui sukar untuk fahami apa yang sebenarnya berlaku. Usaha Astro AWANI untuk mendapatkan kenyataan daripada bekas peserta program Pencetus Ummah itu juga tidak berjaya.

Sejak dua hari lalu, kami menghubungi telefon bimbitnya selain tinggalkan pesanan di aplikasi WhatsApp serta di akaun Instagram peribadinya yang diikuti oleh 589,000 pengikutnya. Bagaimanapun, tiada sebarang maklum balas yang diperoleh daripadanya. Pada Ahad, Neelofa mengeluarkan kenyataan media menafikan segala dakwaan tidak berasas yang dilemparkan ke atas dia dan PU Riz.

Neelofa menegaskan, keluarga dia dan PU Riz kini dalam proses membincangkan mengenai masa depan mereka berdua. Jelitawan berusia 31 tahun itu juga menafikan dakwaan terkena buatan minyak pengasih selain menyelar pihak-pihak yang membuat tudhan dia memindahkan sejumlah wang yang besar jumlahnya pasa PU Riz.

Astro AWANI pada 1 November lalu melaporkan, Neelofa menerima kunjungan keluarga PU Riz bagi menyempurnakan majlis merisik. Kedua-dua mereka difahamkan sudah merancang untuk berkahwin sekitar Mac 2021.

Sumber foto: Instagram Shakira, Twitter, Instagram Neelofa

Terkini Warganet Dedahkan Bukti Cinta Pu Riz Masih Bertaut. Rupa Rupanya Ini Yang Pu Riz Masih Lakukan Pada Neelofa Sampai Warganet Perasan.

PU Riz masih like foto Lofa yang latest” – Tiada Cincin Lagi Di Jari, Tapi Warganet Terkejut PU Riz Masih Like Foto Neelofa di Instagram! Kemelut perhubungan cinta antara pengacara dan usahawan, Neelofa dan Pencetus Ummah, PU Riz masih tiada noktahnya.

Di sana sini pelbagai berita palsu dan spekulasi yang menjadi buah mulut warganet, namun pasangan terbabit sehingga kini masih belum menjelaskan status sebenar hubungan mereka. Walau bagaimanapun, hari ini warganet agak terkejut apabila mendapat tahu PU Riz masih like posting terbaru daripada Neelofa di Instagram.

Waaa si dia masih like post Lofa, semoga jodoh sehingga ke Jannah, Neelofa” Komen tersebut kemudian disokong oleh warganet lain yang mengatakan PU Riz memang masih dan selalu memberi tanda suka kepada semua foto terbaru usahawan tersebut. Masih ada jodohkah?

Siasat Kisah Cinta ‘Sembunyi’ Neelofa & PU Riz, warganet Dedahkan Teka-Teki Perhubungan Mereka. Bongkar Kisah Cinta ‘Sembunyi’ Neelofa & PU Riz, warganet Dedahkan Teka-Teki Perhubungan Mereka. Sebelum ini, tercetus desas desus mengatakan selebriti dan usahawan popular, Neelofa menjalinkan hubungan cinta bersama pendakwah bebas, iaitu Haris Ismail atau PU Riz.

Ini kerana banyak ‘hint-hint‘ kecil yang diberikan oleh kakaknya, Noor Nabila Mohd Noor dan kawan baiknya, Rosix menerusi IG Story dan laman Youtube mereka. Bagaimanapun, Neelofa sekeras-kerasnya menafikan dirinya menjalinkan hubungan cinta bersama pendakwah bebas itu.

“Tiada apa-apa hubungan istimewa. Jika ada, saya akan beritahu dengan siapa saya berkawan,” jawab NeelofaSebagai seorang selebriti yang terkenal dan menjadi inspirasi kepada ramai orang di luar sana, sudah tentu peminat dan netizen tertanya-tanya mengenai perhubungan mereka berdua meskipun Neelofa menafikan perkara itu.

Tidak berdiam diri, salah seorang pengguna di laman sosial Twitter @NamiwaAbameed turut memberikan ‘kronologi’ bahawa dia yakin pengacara dan pendakwah bebas itu menjalinkan hubungan cinta. Itu ciapan yang dimuat naik oleh @NamiwaAbameed.

Bukan itu sahaja, pengguna Twitter ini juga turut mendedahkan ‘bukti-bukti’ yang mengukuhkan kenyataanya itu.Bukan itu sahaja, Neelofa dilihat baru sahaja memuat naik gambar di Instagramnya, bersama kelibat seorang jejaka disebelahnya yang memakai baju sedondon putih coklat bersama. Adakah itu PU Riz aka kekasih hati Neelofa? Jeng jeng jeng….

Demikian ‘kronologi’ kisah percintaan Neelofa yang tidak pasti kesahihanya, tapi yang pasti, mereka berdua dilihat sangat sepadan! Ibarat kata pepatah ‘bagai pinang dibelah dua’.Mari lah sama-sama kita nantikan berita gembira yang mungkin akan diumumkan Neelofa tidak lama lagi. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : http://limauais.pw/2020/12/30/bapa-pu-riz-bukan-calang2/

Lepas Neelofa Kalini Giliran Keluarga Neelofa Pula Kena Kritik Teruk Dengan Warganet. Mengejutkan Nama Fattah Pun Kena Petik Sekali. Rupa Rupanya Ini Punca Buat Warganet Terkedu.

KUALA LUMPUR: Susulan episod hubungan berantakan de­ngan Haris Ismail atau PU Riz, keluarga selebriti dan jutawan terkenal, Neelofa turut menjadi sasaran kritikan warganet dengan rata-ratanya seakan tidak puas hati dengan tindakan mereka.

Pemantauan Utusan Malaysia mendapati, ramai pengguna media sosial bengang dengan kenyataan Neelofa yang dikatakan menuding jari menyalahkan warganet membuat spekulasi mengenai hubungannya dengan PU Riz sedangkan isu itu pada asalnya dicetuskan oleh keluarganya sendiri.

Rata-ratanya menganggap tindakan menyalahkan warganet itu tidak wajar kerana perkara peribadi itu secara langsung atau tidak telah dikongsikan sendiri oleh ahli keluarganya dalam akaun Instagram masing-masing. Antara yang membuat per­kongsian berbaur petanda atau isyarat mengenai kontroversi yang berlaku ialah kakaknya, Noor Nabila dan adik-adiknya, Athisha Khan serta Ameera Khan.

Turut dikenal pasti tinggalkan spekulasi ketara ialah tindakan ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed, yang telah memadam foto sekitar majlis merisik Neelofa dan Pu Riz selain dikesan tidak lagi mengikuti bakal menantunya itu dalam Instagram sejak awal bulan lalu.

Kelmarin, Neelofa tampil membuat penjelasan mengenai pelbagai tohmahan yang berlaku mengenai status hubu­ngannya dengan PU Riz selain menafikan telah berkahwin se­nyap-senyap di Kelantan.

Dalam rakaman video yang dimuat naik olehnya sekitar pukul 8 malam Ahad lalu, Neelofa turut menafikan telah membuat transaksi wang berjumlah RM100,000 kepada Pu Riz selain terkena minyak pengasih.Dalam pada itu, ramai juga yang melahirkan rasa kasihan terhadap Neelofa dan melihat dia seakan-akan menjadi sasaran pendedahan dan percaturan keluarganya sendiri

Selain itu, warganet juga dilihat cuba mengaitkan isu keluarga dengan kisah cinta tidak menjadinya dengan aktor Fattah Amin termasuk keruntuhan rumah tangga kakaknya, Nabila dengan pelakon Shaarnaz Ahmad sebelum ini.

Tidak cuma itu, ada yang juga yang melahirkan pandangan dengan mendkwa sikap gemar mendedahkan isu peribadi dalam media sosial ini bagaikan sudah menjadi kebiasaan keluarga tersebut. Dalam pada itu, setakat ini belum ada dalam kalangan ahli keluarga Neelofa yang mengeluarkan kenyataan balas me­ngenai isu yang timbul sekali gus tinggalkan warganet de­ngan seribu satu teka-teki.

Sementara itu di KOTA BHARU, bapa selebriti popular itu enggan memberi sebarang komen mengenai gosip terkini membabitkan anaknya dan pendakwah, PU Riz termasuk dakwaan dia sendiri menjadi wali kepada pernikahan mereka di Kelantan.

Ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam, lelaki dikenali sebagai Mohd. Noor itu berkata, selepas khabar angin tersebut tersebar dalam media sosial, dia dihubungi pelbagai pihak termasuk media bertanyakan kesahihan cerita itu.

“Semalam, saya katakan kepada mereka yang bertanya bahawa saya tidak berhasrat memberi sebarang komen dan sama juga hari ini (semalam), saya tidak mahu cakap apa-apa. “Cukuplah dengan apa yang Neelofa dah sebut hari ini (semalam). Tidak perlu saya tambah apa-apa lagi,” katanya ringkas.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: via apaceritatv

Akhirnya Pembantu Peribadi Neelofa Dedahkan Dah Berjaya Kesan Gadis Yang Dikenali Sebagai Syamira Safiya. Terkejut Rupa Rupanya Ini Tindakan Yang Akan Dikenakan.

Kuala Lumpur: Pembantu peribadi (PA) kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Nadiah Khairuddin mengesahkan dirinya sudah berhubung dengan individu yang dipercayai memuat naik paparan skrin WhatsApp yang tular membabitkan Neelofa dan PU Riz baru-baru ini.

Nadiah berkata, dia sudah menyerahkan wanita dikenali Syamira Safiya itu kepada pihak peguam untuk tindakan lanjut. “Selepas saya memuat naik wajah serta memintanya untuk tampil, akhirnya wanita itu menghubungi saya secara peribadi di media sosial selepas tiga jam ia dimuat naik.

“Sebagai pembantu kepada Neelofa, saya sudah meminta dia untuk berurusan dengan wakil peguam saya. Ini kerana, menerusi paparan skrin terbabit dia secara tidak langsung sudah mengaitkan nama saya,” katanya. Menurut Nadiah, dia tidak mengenali wanita berkenaan, apatah lagi pernah bertemu.

“Kami tidak ada apa-apa kaitan. Dia bukan saudara atau kawan saya. “Cuma apa yang penting, saya hanya mahu membersihkan nama daripada terpalit dengan konflik membabitkan majikan dan PU Riz,” katanya. Terdahulu Nadiah mencari wanita menggunakan nama Syamira Safiya yang dipercayai melemparkan tudhan-tudhan tidak berasas di laman sosial sehingga menjejaskan nama baik Neelofa dan PU Riz.

Nadiah menerusi Instagram Story miliknya, memuat naik foto dan meminta info daripada orang ramai yang mengenali wanita berkenaan supaya tampil membantu pihaknya mengesan wanita itu. Sebelum ini ,sebuah akaun Twitter dengan nama Syamirasafiya02 memuat naik paparan skrin mesej perbualan menceritakan kononnya Neelofa terkena minyak pengasih dan kini berubat.

Menerusi perbualan itu juga, mendakwa bekas pengacara MeleTOP itu memasukkan sejumlah wang ke akaun PU Riz atas tujuan tertentu. Selain mendakwa pasangan itu sudah berkahwin di Kelantan. Bagaimanapun Neelofa tampil menerusi satu kenyataan menolak tudhan-tudhan yang dianggap sudah menjejaskan nama baik dan maruah keluarganya.

Kisah mengenai hubungan Neelofa dan PU Riz hangat diperkatakan warganet selepas adik-beradik usahawan itu asyik berkongsi status berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan kepada PU Riz. Terdahulu, Neelofa dirisik oleh PU Riz pada 1 November lalu di kediaman keluarganya di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Kuala Lumpur.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

sumber metro