Dengan sekali lafaz, Syafie Naswip dah sah bergelar suami buat cinta hati

Pelakon Syafie Naswip mengejutkan ramai apabila dia selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya pada pagi Sabtu. Dengan sekali lafaz, Syafie atau nama sebenarnya Muhammad Syafie Naswip sah bergelar suami kepada suri hatinya bernama Nur Afiqah Ishak. Difahamkan, majlis pernikahan yang berlangsung di Dewan Wilqadry, Putrajaya disempurnakan sendiri oleh bapa pengantin perempuan dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Daerah Sepang. Pelakon berusia 31 tahun itu menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 kepada pengantin perempuan. Majlis tersebut disiarkan secara langsung di Instagram milik Syafie dan disaksikan lebih daripada 1,500 penonton.

Semalam Syafie memaklumkan dia akan berkongsi satu pengumuman khas di media sosial miliknya pagi ini. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.