Suami paling suka bila dapat berita ni. Baru je bergelar isteri Syanie tampil bersuara dedahkan berita gembira dengan warganet buat ramai yang teruja.

Artis

Pelakon dan ahli perniagaan, Syanie Hisham, kini memilih untuk bertudung mengenakan tudung, serentak pada hari perniikahannya dengan Zahril Hafiz Mohammed Nor pada 19 Februari lalu.Syanie, 47, berkata kepvtusan tersebut sebenarnya sudah disuarakan kepada suaminya sejak tahun lalu

“Saya memang ada berkongsi dengan suami (ketika itu masih berstatus tunang) mengenai keputusan nak bertudung. Dia ada bertanya bila nak ke arah itu.  Saya bagaimanapun menjawab belum pasti lagi bila. “Cuma saya ada beri bayangan akan bertudung secara rasmi pada hari pernikahan. Dia pun paling suka dengan apa yang saya bakal lakukan.

“Tanpa bercakap panjang, dia hanya tunduk bersetuju. Alhamdulillah, saya kotakan perkara itu saat kami diijabkabulkan,” katanya. Dia dan suaminya mengikat tali pertunangan Ogos tahun lalu. Tambah peserta program Masterchef Selebriti musim kedua itu lagi, dia tekad berbuat demikian bagi menjaga batas dan maruah suaminya.

“Apa jua keputusan saya lakukan, dia tetap meny0kong,” katanya. Dalam perkembangan lain, Syanie menjelaskan, imejnya itu tidak menjadi masalah untuk filem hantu Kuat Ketawa yang bakal dilakonkannya tidak lama lagi.

“Secara kebetulan dan bagai dipermudahkan, filem kedua arahan Mawi yang menggandingkan saya dengan Saiful Apek itu memang watak bertudung. “Jadi, saya ‘on’ saja. Insya-Allah penggambaran filem itu akan bermula 27 Februari ini. Saya sendiri teruja kerana filem komedi seram itu akan mengimbas kembali kenangan berlakon dengan Saiful Apek suatu ketika dahulu.

“Daripada zaman filem Senario, Cinta Luar Biasa, Laila Isabella dan Biar Betul, saya sebenarnya terlalu rindu untuk kembali beraksi dengan Saiful Apek. Terima kasih Mawi kerana kembali menyatukan kami,” katanya. Syanie melangsungkan pernikahan buat kali ketiga dan kini bahagia bersama perunding kewangan berusia 41 tahun dan berstatus duda tanpa anak itu di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) .

Majlis tersebut berlangsung dengan mem4tuhi prosedur operasi standard (SOP).

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : MH via TTK

Lepas Hampir 5 Tahun Hidup Solo Akhirnya Pelakon Syanie Selamat Bernikah Hari Ni. Mengejutkan Rupa Rupanya Suami Dia Bukan Calang Calang Orang.

” Alhamdulillah syukur majlis pagi tadi berjalan dengan sempurna seadanya.” Itu luahan pelakon terkenal, Syanie Hisham, 47, yang selamat diijabkabulkan dengan perunding kewangan, Zahiril Hafiz Mohammed Nor, 41, sekitar pukul 9 pagi tadi.

Terdahulu, majlis berlangsung dalam suasana ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan hanya disaksikan bapa, adik perempuan Syanie dan abang kepada pengantin lelaki.

Bagaimanapun, tiada wang hantaran diserahkan, sebaliknya hanya mas kahwin dalam bentuk gelang emas. Menerusi perkongsian gambar Thelane.my Syanie yang manis dalam persalinan Kay Ibrahim, dilihat menyarungkan cincin ke jari manis suaminya sebagai tanda termeterai ikatan.

” Syukur semua berjalan lanjar. Tetapi untuk majlis resepsi yang sepatutnya diadakan pada 21 Februari ini ditunda dulu sebab Perintah Kawalan Pergerakan, mungkin bulan depan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bercakap soal hati selepas dua kali perkahwinan yang dibina runtuh, Syanie akui tidak mudah untuknya membuka jendela hati namun oleh kerana keikhlasan dan kejujuran hatinya buat Syanie kembali menikmati kemanisan ini.

”Kalau diimbas semula cerita perkenalan kami ini sekitar tiga tahun lalu, dia yang mula mendekati saya tapi waktu itu saya belum terfikir pun nak cari pengganti. ” Iyalah pengajaran lalu kata orang mematangkan saya. Tetapi setahun lalu, dia memang bersungguh-sungguh mahu memancing hati saya. Lalu pada Jun tahun lalu, dia suarakan isi hati kepada ibu untuk memperisterikan saya.

” Sikap budimannya jugalah buat saya tersentuh. Dia menjadi lelaki pertama yang berani cakap nak kahwin dengan saya dekat ibu,” katanya yang sudah berkenalan dengan suami setahun lalu. Tambah Syanie lagi yang sebelum ini sudah lima tahun hidup solo, suaminya juga adalah seorang duda.

” Mungkin masing-masing tahu kehidupan lampau apa yang telah kami lalui. Jadi mungkin itu yang buat kami jadi serasi,” katanya dengan nada gembira. Untuk rekod, bekas peserta MasterChef Selebriti musim kedua itu mendirikan rumah tangga 1996 dan berpisah pada 2002. Manakala perkahwinan kedua, pada 1 Mac 2014, namun berpisah pada 2016.

Sekilas info tentang Syanie

Syaniza “Syanie” Hisham (lahir 7 Mei 1974) merupakan seorang pelakon dan pelawak wanita Malaysia, terkenal dengan karyanya yang berbentuk komedi. Beliau merupakan anak kepada penerbit televisyen terkenal, Ruhanie Abd Rahman.

Syanie telah memulakan kerjaya lakonan ketika berusia 17 tahun dan sering muncul dalam mana-mana drama dan telefilem tempatan. Antara filem-filem lakonan beliau ialah Senario The Movie (1999), MX3 (2003), Bli Balik (2006) dan Kembar Siang (2011). Drama dan telefilem yang dibintanginya termasuk Bdah Tong Gas dan Cinta Irama Klasik.

Beliau bersama Dina Nadzir pernah mengambil bahagian dalam rancangan The Biggest Loser Asia pada 24 November 2009. Syanie berkahwin sebanyak dua kali dan tidak dikurniakan cahayamata. Beliau berkahwin dengan Mohd Attimidi Abdul dari 1996 dan bercrai pada 2002.

Beliau kemudiannya berkahwin dengan Nadi Putera pada 2014 dan memfailkan perpisahan pada 2016. Syanie juga telah mengurangkan berat badan. Di luar kerjaya lakonan, beliau juga menguruskan katering dan menganjurkan acara.

Sumber:utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Syanie dah buang ovari, rahim

IBARAT nyawa di hujung tanduk. Itulah perasaan yang bermain di fikiran ahli keluarga pelakon Syanie Hisham, 46, yang menantikan keputusan operasi berjalan selama tujuh jam di sebuah pusat perubatan swasta pada 29 April lalu.

Menjalani operasi membuang rahim dan kedua-dua ovari, Syanie berkata ibunya antara individu yang paling risau mengenai keadaannya dan tidak putus berzikir serta menunaikan solat sunat. Bagaimanapun, Syanie memanjatkan rasa syukur apabila proses operasi berjalan dengan lancar meskipun terdapat beberapa komplikasi. 

“Alhamdulillah, saya selamat menjalani operasi buang rahim dan ovari dilakukan itu. Operasi yang disangka mengambil masa tiga jam, tapi selesai selama tujuh jam. “Memandangkan hanya adik saya saja yang boleh teman di hospital dan diminta tunggu di wad, jadi seluruh keluarga amat risau dengan keadaan saya. 

“Mereka kerap menghubungi dan menghantar mesej kepada adik   untuk mengetahui perkembangan kerana tidak menyangka proses operasi memakan masa yang lama. “Sebenarnya, ketika operasi berlaku beberapa komplikasi seperti cairan merah tak cukup dan ovari saya bernnah. Malah doktor yang merawat juga memaklumkan ini antara operasi yang paling sukar pernah dilakukannya,” katanya.

Menurut Syanie, dia tidak menyangka masalah di bahagian ovari yang dihidapi 20 tahun lalu berulang kembali, dan terdapat ketumbuhan pula pada bahagian rahimnya. “Dua minggu sebelum dimasukkan ke hospital, saya mengalami masalah senggugut teruk dan demam panas hingga nekad membuat pemeriksaan di hospital kerana bimbang dengan keadaan diri.

“Lagipun 20 tahun lalu, saya pernah menjalani operasi membuang nnh di ovari kanan sebanyak satu liter. Jadi secara tidak langsung saya terfikir adakah masalah lama berulang lagi. “Namun kali ini tak sangka apabila hasil pemeriksaan doktor memaklumkan ada tiga ketulan di bahagian rahim yang perlu dibuang dan kedua-dua ovari saya dijangkiti kuman,” katanya.

Tambah Syanie yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-46 semalam, dia menganggap setiap yang berlaku terhadap dirinya adalah ujian daripada Allah SWT. “Proses pembedahan kali ini amat berbeza dan menakutkan, walaupun saya sudah beberapa kali menjalani operasi. Keadaan saiz saya dan faktor usia yang sudah meningkat membuatkan jadi lebih takut.

“Saya akui pernah terfikir mengapa semua ini berlaku kepada saya, tetapi menganggap apa yang berlaku ini sudah ditentukan oleh Allah.  “Ia adalah salah satu ujian hidup dan saya reda dengan apa yang berlaku. Namun, berharap penyakit dialami ini segera pulih,” katanya.