Tengah syok belek emas tetiba dua wanita ni menangis bila polis datang. Sekali ini tindakan yang dikenakan buat ramai yang terkejut.

Berita

GEORGE TOWN – dua wanita rentas daerah untuk membeli barang kemas di Kompleks Bukit Jambul di sini membawa padah selepas mereka dikompaun RM 5,000 setiap seorang. Masing-masing yang datang dari daerah Barat Daya itu dilihat menangis sebaik pihak polis mengeluarkan notis kompaun kepada mereka.

Difahamkan, wanita berusia 23 tahun itu datang untuk membeli cincin manakala seorang lagi wanita berusia 58 tahun sedang membuat pilihan barang kemas di premis tingkat bawah kompleks tersebut. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, dua wanita itu dikmpaun kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) menangani penularan C0vid 19.

Jelas beliau, alasan itu tidak berasas kerana mereka tidak sepatutnya merentas daerah bagi membeli barang bukan keperluan pada masa ini. “Selain itu, ada pengunjung yang memberi alasan tidak tahu kompleks beli-belah ini terletak dalam daerah Timur Laut.

“Ia tidak sepatutnya berlaku kerana P.erintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah lebih setahun dikuatkuasakan dan orang ramai sepatutnya menjalani kehidupan norma baharu dengan mengambil tahu sempadan daerah masing-masing. “Dalam operasi itu, kita mengeluarkan kompaun kepada tujuh individu lain atas kesalahan tidak memakai pelitup muka dengan betul serta gagal mengimbas kod QR MySejahtera,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Kompleks Bukit Jambul di sini, hari ini. Operasi bersepadu itu turut disertai Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan beberapa agensi berkaitan.

Mengulas mengenai tinjauan pematuhan SOP di kompleks berkenaan, Soffian berkata, kesemua pekerja dan penggunjung dilihat mematuhi SOP ditetapkan. “Tujuan pemeriksaan ini bukanlah bagi mencari kesalahan semata-mata, tetapi lebih kepada mahu mendidik serta memastikan orang ramai berdisiplin dalam menjalani norma baharu,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Soffian menegaskan, sebanyak 95 kompaun kegagalan mematuhi S0P dikeluarkan pihaknya sejak 10 Mei lalu sehingga semalam. “Kesalahan yang paling banyak dikesan ialah gagal mengimbas MySejahtera diikuti dengan tidak memakai pelitup muka serta kunjungi pusat hiburan.

“Rata-rata yang dikompaun terdiri daripada mereka yang berusia lingkungan 20 hingga 60 tahun,” kata Soffian. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MalaysiaGazette