Tak akan ambil tindakan undang undang. Terkejut bila tiba tiba Dato Aliff mula bongkarkan sikap Wani ketika dalam jagaanya yang ramai tak tahu. Tak sangka sanggup Wani buat macam ni.

Artis

JUTAWAN kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman berkata beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Wani Comel sehinggalah pihak gadis yang didakwa dianiya itu memfailkan tindakan saman terhadap dirinya.

Menurut Datuk Aliff lagi, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk membawa ke pihak berkuasa sekiranya terdapat ada pihak yang cuba menjatuhkan dirinya dan perniagaannya. “Saya akan membawa perkara ini ke saluran undag-undag, cuma apa tindakannya buat masa ini belum boleh saya kongsi.

“Sementara itu berkenaan sama yang akan dikemukakan mana-mana pihak, saya mengalu-alu saman anda,”katanya. Aliff, 33, berkata, pihaknya kini sedang menunggu tindakan lanjut serta maklum balas daripada Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim untuk menntut bayaran pampasan dan bantuan yang dikatakan pernah dijanjikan sebelum ini.

“Saya tidak ada menjanjikan bulan dan bintang seperti rumah, kereta dan kekayaan yang lain. Dalam perjanjian tersebut, jelas menyatakan pemberian yang akan diberi adalah atas budi bicara yang tertera ditulis di dalam kontrak.

“Dia bukan keluarga saya, bukan isteri saya dan bukan sesiapa. Cari kerja, sebab ada tangan dan kaki. Perlu diingat, saya bukan pusat kebajikan atau zakat. Saya cuma membantu atas dasar ihsan sesama manusia,” katanya pada sidang media di kediamanya di Kota Damansara di sini sebentar tadi.

Menurut Aliff, sepanjang mengenali Wani sejak Ogos tahun lalu, dia telah berhabis hingga ratusan ribu ringgit merangkumi ko operasi bariatrik, tempat tinggal , bayaran jurulatih peribadi, pakar pemakanan, tukang masak dan segalanya.

Jelasnya lagi, semasa dalam tempoh jagaan di bawahnya, Wani juga didapati ada cri-cri membeli makanan dari luar tanpa pengetahuan dan kebenaran pakar pemakanan yang dilantik. Dalam masa yang sama, dakwaan Wani yang mengatakan rekod kesihatannya dipegang dan tidak diberikan kepadanya, Aliff menyangkal dakwaan tersebut dan menyatakan ia boleh diambil secara sendiri di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Saya tidak mahu brbala dengan siapa-siapa. Terang-terang Wani cuba menjathkan perniagaan dan imej saya sebagai usahawan. “Saya sedar orang ramai tidak menyukai perangai saya dan percaya masih ramai segerombolan manusia lain yang cuba menjatvhkan saya,” katanya.

Terdahulu, Wani Comel pada Jumaat lalu membuat sidang akhbar mendak-wa dirinya dianiaya dan ditipu Aliff selain menafikan haknya sebagai duta produk pelansingan milik usahawan terkenal itu. Terdahulu Wani Comel membuat sidang akhbar mendakwa dirinya dianaiya Alif selain turut dinafikan haknya sebagai duta produk milik usahawan itu. Wani juga mendakwa dirinya seperti ditpu selepas tidak mendapat sebarang faedah dan bayaran seperti yang dijanjikan.

Sumber: Wilayahku

Dari Semalam Mengadu Sakit Perut. Wani Chomel Kini Ditahan Di Hospital. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Punca Dia Masuk Hospital.

Gadis yang mempunyai masalah obesiti, Wani Chomel dimasukkan ke hospital Putrajaya sekitar jam 9 pagi tadi akibat kesukaran bernafas. Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, dibawa ke hospital selepas mengadu sesak nafas, sakit perut dan muntah teruk.

Wakil Wani yang dikenali sebagai Aishah ketika dihubungi berkata, gadis tersebut kini di bawah pemantauan doktor  selepas disahkan mengalami jngkitan kuman di paru-paru. “Wani terus dikejarkan ke bahagian kecemasan sebaik tiba di hspital. Wani mengadu skit perut sejak malam tadi dan dia mengalami muntah teruk.

“Pagi tadi dia kata sesak nafas dan kami terus bawa ke hspital. Saya teman Wani di sejak jam 9 pagi tadi dan sudah berjumpa dengan doktor yang merawat Wani. “Beliau mengesahkan paru-paru Wani terkena jangkitan kuman. Wani akan ditahan di wad untuk rawatan lanjut dan menjalani pemeriksaan terperinci termasuk di bahagian perut.

“Doktor bimbang jika ada jangkitan kuman di bahagian tersebut kerana tidak ada rawatan susulan selepas operasi dilakukan,” katanya kepada Gempak. Dalam pada itu Aishah memohon orang ramai mendoakan kesihatan Wani dan berharap agar gadis comel tersebut pulih seperti sediakala.

“Ibu Wani di kampung pun kurang sihat, doakan Wani ya supaya dia pulih dan sihat,” katanya. Terdahulu Wani bersama pasukan Gempur mengadakan sidang media mendakwa dianiaya pengasas kosmetik. Wani mendakwa berasa ter-tipu selepas tidak mendapat sebarang faedah dan bayaran seperti yang dijanjikan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Sumber: gempak

Wani Comel Dikatakan Ada Individu Yang Dorong Dia Untuk Jatuhkan Dato Aliff Syukri. Dato Aliff Tampil Bersuara Bongkarkan Benda Buat Ramai Yang Tergamam.

SUSULAN pendedahan Wani Comel yang mendakwa diperdya dengan janji manis usahawan kosmetik berhubung pelantikannya sebagai duta produk pelangsingan, individu yang dikaitkan dalam kontroversi berkenaan menganggap tdhn wanita itu berniat jahat.

Datuk Seri Aliff Syukri dalam kenyataan balas yang dibuat melalui Instagram miliknya menganggap tdhan Wani atau nama sebenar Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, adalah untuk mersakkan nama baiknya. Pengasas dan pemilik D’Herbs Holding Sdn. Bhd ini turut mempersoalkan tindakan Wani yang mengungkit semula isu yang sudah setahun berlalu.

“Saya dah lama beritahu yang saya buat bariatic pada Wani atas nasihat doktor dan saya post di Facebook pada tarikh 19 Ogos 2019. “Benda dah lama kenapa baru nak cerita, ketinggalan ke awak? Lain kali nak kenakan orang research habis-habis dahulu.

Wani mendakwa dirinya diperdya oleh usahawan kosmetik.

“Nak tahu detail tunggu Isnin ini dan apa tindakan yang saya ambil pada mereka yang tak habis-habis ambil kesempatan untuk jatuhkan saya. Saya nak berniaga tak kacau orang, ” katanya. Terdahulu pada petang Jumaat, Wani yang mengalami masalah berat badan hampir 300 kilogram menuntut pampasan sebagai ganti rugi kerana mendakwa tidak mendapat sebarang faedah seperti dijanjikan sebagai duta produk pelansingan badan.

Sepanjang rawatan kos semua saya tanggung, satu sen pun tak minta duit awak adik Wani. Wani mendakwa usahawan berkenaan gagal melaksanakan janji untuk memberikannya rumah, kereta dan belanja harian selepas menandatangi kontrak sebagai duta produk keluaran usahawan itu.

Dalam pada itu, Aliff turut meminta Wani untuk bekerja berikutan keadaan kesihatannya yang kini sudah mampu untuk berjalan. Tambah Aliff, dia sudah menanggung segala kos termasuk terapi kaki, makan dan tempat tinggal sepanjang melakukan operasi pintasan usus itu.

Aliff tanggung kos operasi pintasan usus Wani pada tahun 2019.

“Kepada Wani terima kasih banyak-banyak, awak nak sman saya? Kerjalah adik Wani sayang oi, dah boleh jalan carilah rezeki, orang lain kerja siang malam, pagi petang dik… untuk keluarga, awak nak harap duit bantuan sampai bila?

“Sepanjang rawatan kos semua saya tanggung, satu sen pun tak minta duit awak adik Wani, jadi jangan menangguk di air yang keruh, ” sindirnya. Aliff juga tidak menolak tindakan Wani itu didorong oleh individu lain yang cuba menjatuhkan dirinya atas sebab tertentu.

Dato Aliff juga memuat naik satu lagi status berkenaan “Melayu jatuhkan Melayu” “Good morning smua ramai betul melayu nak jatuhkan melayu..korang rasa siapa ekk org tuu.seronok sy baca komen warganet bkn apa warganet sekrang bijak2.. siapa yg bijak cer komen di bawah”

Tidak dipastikan siapakah individu yang di maksudkan oleh Dato Aliff yang di lihat cuba menjatuhkan beliau. Tambah gadis berasal dari Jerantut, Pahang itu, segala rekod kesihatan selepas dia menjalani operasi bagaimanapun dipegang pihak usahawan tersebut dan dia tidak mengetahui status serta tindakan lanjut yang perlu dilakukan.

Dalam pada itu, seorang pendakwah kontroversi di kenali sebagai Abu Syafiq turut memuat naik isu yang sama di IG beliau. Dia di lihat cuba membela Wani Chomel dengan menawarkan khidmat peguam “Saya difahamkan Wani Chomel mungkin akan disaman. Saya tidak pasti apakah sebabnya. Namun saya mahu ingatkan pihak yang mahu menyaman Wani agar muhasabah diri sendiri dahulu.

“Wani bukan orang senang. Kamu mungkin kaya. Boleh guna duit dan segala kemudahan. Tapi ingat Allah Ada. Tu jek. Ingat ye. Allah ada. “Jika Wani disman kerana hanya meluahkan kesedihan diri kerana merasakan dirinya diperguna insya Allah pihak saya akan turut bantu beliau atas dasar hamba yang susah. Cukup-cukup kenakan orang. Bertaubatlah!” tulis Abu Syafiq lagi

Apa kah Abu Syafiq yang di maksdukan oleh Dato Aliff? Sama-sama kita nantikan episode kisah ini pada isnin nanti, kerana menurut Dato Aliff dia akan mengdakan sidang media khas untuk memberi penjelasan lanjut mengenai kes yang melibatkan beliau dan Wani

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : trendingsangat via Slamber Media

Lepas Je Adik Wanie Buat Sidang Media Bongkarkan Sesuatu. Kali Ni Dato Aliff Pula Tampil Bagi Respon Padu. Sampai Macam Ni Sekali Respon Dato Aliff Buat Ramai Yang Tergamam.

PETALING JAYA – Seorang gadis yang pernah tular sebelum ini kerana mengalami masalah berat badan mencecah hampir 300 kil0gram (kg) tampil membuat pendedahan dan tuntutan terhadap seorang jutawan kosmetik atas tudhan teranya dan dimanlpulasi.

Gadis itu, Nurul Airawani Nazira Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Wani Comel, 23, mendakwa dirinya seperti ditipu selepas tidak mendapat sebarang faedah dan bayaran seperti yang dijanjikan. Menurut Wani, dia telah didatangi seorang usahawan kosmetik sekitar Ogos tahun lalu untuk melantik dirinya sebagai duta sebuah prroduk pelangsingan badan tetapi saya perlu menjalani operasi pada bahagian perut terlebih dahulu.

“Selepas menjalani operasi di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Ogos 2019, saya telah didatangi pihak usahawan tersebut untuk menandatangani kontrak. “Bagaimanapun saya tidak diberitahu dengan jelas tentang kandungan k0ntrak tersebut tanpa mengetahui isi kandungannya,” katanya ketika ditemui pada satu sidang akhbar sebentar tadi. 

Ujarnya lagi, selepas selesai menjalani operasi bariatrik tersebut, segala urusan melibatkan rawatan susulan dilakukan sendiri olehnya tanpa diberikan wang pembayaan yang dijanjikan. Tambah gadis berasal dari Jerantut, Pahang itu, segala rekod kesihatan selepas dia menjalani operasi bagaimanapun dipegang pihak usahawan tersebut dan dia tidak mengetahui statvs serta tindakan lanjut yang perlu dilakukan.

“Saya memikirkan soal keluarga kerana pihak usahawan itu telah berjanji akan membantu saya dari segi kewangan. “Bagaimanapun saya tidak menerima sebarang bentuk bantuan seperti yang telah dijanjikan. Lebih menyedihkan apabila saya cuma menerima ‘upah’ kurang daripada RM 1,000 selepas terlbat dengan penghasilan kandungan video tentang produk pelangsingan badan,” katanya.

Pada sidang akhbar tersebut, Wani turut memberitahu bahawa dia terpaksa membuat laporan polis untuk menjamin keselamatan diri selepas didatangi wakil usahawan itu dalam keadaan marah dan telah mengoyakkan kontrak yang telah ditandatangani.

“Saya telah dimarahl hanya kerana telah menerima bantvan daripada pihak lain,” ujarnya

Tampil membuka mulut, Wani yang turut ditemani peguam, Haziq Aizuddin Subhi berkata, dia ingin menu.ntut pampasan dan habvan yang telah dijanjikan selain ingin memb.atalkan k0ntrak yang telah ditandatangani.

“Saya mengalami kemurungan disebabkan perkara tersebut selain turut dikritik dan dicaci warganet dengan tuduhan tidak berasas. “Ada yang menggelar saya sebagai tidak kenang budi, pemalas dan hanya mengharapkan bantuan semata-mata,” katanya. Selain menuntut hak, Wani berharap pendedahan ini mampu membersihkan namanya yang dipandang sebelah mata oleh masyarakat.

Respon Pertama Dari Datuk Aliff Syukri

Sumber : Kosmo/IGDatoAliff

Kena Selalu Berbuat Baik Dengan Mertua Sebab Ini. Aliff Syukri Buat Kejutan Hadiahkan Mak Mertua Dengan Kereta Impian. Sampai Macam Ni Sekali Dia Bagi Kejutan.

Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri membuat kejutan kepada ibu mentuanya dengan menghadiahkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV). Menurut Aliff, kenderaan jenis Honda CR-V itu merupakan kereta yang diidamkan mentuanya, Rohani Hassan sejak dari zaman mudanya.

“Saya gembira sangat hari ini sebab dapat belikan kereta kegemaran mak mentua saya. Bukan main gembira dia dapat kereta ni. “Maklumlah dari zaman muda mengidam nak pakai, akhirnya dapat juga. Kalau tak ada mereka, tak pasti saya ada isteri sebaik Shahida,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam hantaran tersebut, Shahida turut mendedahkan bahawa Aliff juga adalah menantu kesayangan ibunya kerana merupakan satu-satunya menantu lelaki dalam keluarganya. Pada masa sama, Aliff turut menasihati orang ramai agar sentiasa berbakti bukan sahaja kepada ibu bapa sendiri, tetapi juga mentua.

“Bagi saya, kita kena berbuat baik dengan mentua sebab kalau tak kerana mentua kita, mungkin saya tak dapat isteri saya seperti sekarang.  “Disebabkan didikan mentua juga kita dapat pasangan yang baik. Selagi ada hayat, berbaktilah pada ibu bapa dan mentua kita sebab doa-doa mereka kita berjaya sehingga kini,” katanya.

Di ruangan komen, rata-rata memuji sifat pemurah yang ada pada Aliff. “Rasa terharu masa mak mentua peluk Datuk, mengalir air mata teman. “Terbaiklah Datuk, memang manantu yang baik. “Alhamdulillah, semoga bertambah rezeki datuk bahagiakan mak mentua,” komen sebahagian warganet.

Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007.  Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudhah Arshiyah.

Muat Naik Gambar Lama Tapi Hidung Yang Dipertikai. Sekali Dato Aliff Syukri Tampil Bagi Respon Memang Win. Sampai Macam Ni Sekali Dia Respon.

PERKONGSIAN foto usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri ketika dia masih remaja mengundang pertanyaan warganet mengenai perbezaan pada bahagian wajahnya. Menyedari komen yang ditinggalkan itu, Aliff berkata dia sudah bosan untuk menjawab soalan sama mengenai hal itu.

Dia turut berasa hairan kerana orang ramai hanya gemar mencari kesilapan pada dirinya. “Saya tidak larat untuk mengulas benda yang sama… penat manusia sentiasa cari salah saya sahaja. “Kenapa dan sebab apa saya tidak pasti… baiklah, muka awak yang lawa, muka awak yang sempurna sebab tu dalam gambar ni tak ada muka awak,” katanya. Aliff menjawab beberapa soalan yang ditinggalkan oleh pengikut di laman Instagram pada Ahad.

Kebanyakan komen yang ditulis ialah mengenai perubahan pada bahagian wajah terutamanya hidung Aliff yang dikatakan semakin mancung. “Hidung lain… Datuk buat hidung ke? “Lainnya muka ingat siapalah tadi. Banyak beza muka, sekarang hidung dah mancung, masa ni belum buat lagi.

“Yang tanya fasal hidung tu, rasanya ada kaitan dengan operasi Datuk buat, dia pernah kemal4ngan dan alami keced3raan teruk pada muka!” komen pengikut. Sebelum itu, penyanyi lagu Cuba Bahagia ini berkongsi foto lama yang disimpan ketika dia berusia 16 tahun.

“Terjumpa gambar lama… ini zaman aplikasi Friendster dan MySpace saya guna nama glamor masa tu Putra Aqashi133… masa ni umur saya 16 tahun saya duduk kat Club Golf Monterez Subang,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

Terpaksa Jalan Guna Tongkat Disebabkan Ini. Akhirnya Ibu Aliff Syukri Tampil Bersuara Bongkarkan Punca Terpaksa Jalan Guna Tongkat.

Ibu kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Bonda Rozita Ibrahim mengalami kelukaan pada ligamen di buku lali akibat terlalu aktif seperti melakukan hiking dengan cara tidak betul. Tambah Bonda Rozita, kelukaan lama pada buku lali sewaktu remaja memberi kesan yang lebih buruk kepada kakinya.

“kelukaan buku lali masa muda bawa kesan buruk. Saya sangka aktif bersenam masa berusia akan jadikan saya sihat organ dan hormon, tapi saya lupa perlu menjaga ligemen dan ankle.“Saya berselipar, hiking meloncat-loncat aktif di atas batu jeram sungai tu sangat merbahaya dan beri kesan buruk pada buku lali.

 “Lepas ni Bonda kena cermat jaga kaki, tak boleh jalan laju,”katanya. Bonda Rozita berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya berada di hospital dan sedang menjalani rawatan.

Menceritakan kembali bagaimana pada mulanya dia menyedari kelukaa itu, Bonda Rozita beritahu buku lalinya membengkak. “Saya tak rasa sakit sedikit pun sebenarnya , tapi rasa ada benda tak kena sebab buku lali saya bengkak.

“Puas saya cari punca dan jumpa kawan-kawan dalam kalangan doktor.  Saya mulakan rawatan holistic dan cek cairan merah. Saya risau biasanya bengkak kaki ni sakit buah pinggang atau kesan water retention, atau lebih estrogen.

“Namun saya tetap nak tahu apa sakit sebenar, kemudian saya ke hospital buat MRI (Magnetic Resonance Imaging). Keputusannya nampak kesan teruk cedera yang lama ada dua kali di dalam penyambung kaki ligament buku lali.

“Saya ingat masa umur 20 tahun saya termasuk dalam telaga buta dan pernah terseliuh teruk pada umur 28 tahun,” ceritanya lagi. Bonda Rozita berkata apa yang berlaku menjadi iktibar pada dirinya supaya lebih berhati-hati.

“Apa yang jadi pada saya adalah iktibar pada semua orang terutama warga emas. Doktor kata hiking tak bagus kalau buat dengan postur badan yang tak betul dan jangan berselipar. “Orang tua jangan aktif melompat-lompat kesan buruk ligamen dalam buku lali akan cedera,” katanya lagi. Bonda Rozita kini mengusahakan penginapan Rumah Hutan Terapi Alam yang terletak di Batang Kali, Selangor.

Selepas Pemergian Bekas Pekerja Datin Shahida Semalam Bonda Rozita Tiba Tiba Respon Di Ruangan Komen Ig Datin Shahida. Terkedu Sampai Macam Ni Sekali Bonda Rozita Punya Komen. 

” Duukacita saya maklumkan, bekas kakitangan saya yang amat saya sayangi, seperti adik saya sendiri, Muhammad Ghazali B Hj Mat Lawi telah kembali ke rahmatuIIah..”Demikian perkongsian Datin Shahida yang juga isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman susulan pemergian bekas pembantu peribadi mereka.

Difahamkan Ghazi dilaporkan pergi menghadap illahi pagi smalam. Datin Shahida yang berkongsi berita seedih itu dengan memuat naik ucapan tkziah dan mendoakan agar rh nya dicucuri rahmat. Menurut Shahida, beliau menyanyangi Ghazi dan menganggapnya seperti adik sendiri.

” Mari sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah dan mendoakan rhnya agar dicucuri rahmat, diampunkan dsanya, dilapangkan, ditempatkan di kalangan mereka yg beramal soleh… ” Saya akan rindu awak Ghazi, saya sayang awak tapi Allah lebih sayang awak..” tulis Datin Shahida

Dapat respon dari Bonda Rozita

Sementara itu perkongsian Shahida itu turut mendapat respon dari ibu mentuanya, Bonda Rozita.Menurut Rozita, beliau berasa terkejut dengan berita tersebut memandangkan usia Ghazi yang masih muda dan mengingatkna tentang pemergian yang tidak mengira usia.

” Mak sangat terkejut ida ghazi , teguran untuk kita yang masih hidup umur tak kira usia sihat apa yang skit yang didahulukan ataupun dilambatkan. ” Sebenarnya hidup menuju pemergian tujuan dihidupkan ialah mencari amal sebanyak mungkin.. ” Semoga dia ditempat kena golongan orang beriman dan peringatan dan terus beringat untuk kita hidup..” tulis Rozita

Sementara itu, usahawan kntr0versi Nur Sajad turut berbongsi berita tersebut di Instagram beliau. Sambil memuatnaik gambar bersama Ghazi, Sajd mendoakan kesejahteraan dan menarik perhatian pengikutnya. ” Salam tkzia, Al-Fatihah buat rakan ku Ghazi_ml ….semoga Di tempatkan di kalangan orang beriman.. Salam tkziah” tulis Sajad

Punca penykit arwh diceritakan rakan

Terdahulu, seorang lagi bekas pembantu yang mesra dipanggil Kak Mel turut berkongsi mengenai keadaan arwh yang sedang tnat disebabkan apeendiks peecah dan kuuman telah mereebak ke bahagian paru-paru. ” Semoga Ghazi_ml di beri keajaiban.. pagi tadi saya dapat call dari abg Ghazi bahawa beliau tengah teenat sekarang.. di sebabkan apeendiks beliau peecah dan kuuman dah mereebak ke paru2 beliau..

” Semoga beliau di beri kekuatan… dan kesembuuhan.. akak pun ingin memohon maaf jika selama kita bersama menjalankan tugasan.. akak ada terkasaar bahasa dan menguuris hati.. halalkan makan minum.. akak pun maafkan segala kesalaahan ko dik” tulis Kak Mel

“Tidak Pernah Memburvkkan, Walau Dia Tahu Semua Benda Tentang Saya,” – DS Aliff Syukri Kenang Pemergian Bekas Pengurus

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menyifatkan pemergian bekas pengurusnya, Ghazi Bin Mat Lawi sebagai suatu yang mengejutkan dan sukar untuk diterimanya. Menurut Datuk Seri Aliff, sewaktu masih berkhidmat, Ghazi adalah individu yang bertanggungjawab menjaga soal fesyen serta makan dan minumnya.

“Doakan Al-Fatiha utk @ghazi_ml semua hanya tinggal kenangan. Allahu… Saya berasa amat sedih dan juga amat mengejutkan kerana bekas kakitangan (bekas setiusaha saya yg masih muda berumur tgh 20an) saya yang pernah berkhidmat dengan saya hampir 4 tahun lamanya iaitu @ghazi_ml Ghazi Bin Mat Lawi telah pergi menghadap illah dan kembali ke rahmatullah.

“Secara jujurnya beliau seorang yang baik, seorang yang pelawak dan sering menjaga persiapan saya, fesyen saya, makanan saya serta minuman saya. “Tidak saya sangka selepas tidak sampai 2-3 bulan beliau berhenti kerja, beliau sakit dan saya dikhabarkan beliau telah pergi menghadap illahi.

“Walaupun Ghazi ni di kamera nampak seperti poyo tapi orang baik, menghargai kerjanya dan alhamdulillah selama beliau bekerja dengan saya hampir 4 tahun tidak mendatangkan masalah. Kisah tersebut dikongsikan oleh Datuk Seri Aliff menerusi sebuah video tribute yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Cuba Bahagia itu turut mendedahkan bahawa dirinya sukar untuk mencari pengganti sebaik sahaja Ghazi memohon untuk berhenti. “Malah tidak pernah memburukkan saya walaupun dah berenti. Jauh sekali mengutk saya walaupun dia tahu mengenai semua benda tentang saya.

“Susah nak cari pekerja macam Ghazi. Jom kita bersama-samalah kita mendoakan dan sedekahkan Al-Fatihah kepadanya. “Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya kami sekeluarga. Semoga semua kawan-kawan saya mendoakan beliau di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

“AMIN YA RAB. Saya yakin setiap orang yang hidup pasti akan menghadap Sang Pencipta,” kongsinya lagi. Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis tersentuh melihat perkongsian video daripada Datuk Seri Aliff itu. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : http://transformasi.pw/

Ghazi Bekas PA Dato Aliff Syukri Pergi Menghadap Illahi. Punca Dia Pergi Buat Selamanya Sangat Mengejutkan. Warganet Tk Sangka Ini Puncanya.

Sebentar tadi menerusi info yang diterima, bekas pembantu peribadi kepada usahawan kosmetik popular Dato Seri Aliff Syukri yang dikenali sebagai Ghazi dikhabarkan telah pergi buat selamanya . Berpunca Daripada Appendiks.

Menerusi hantaran beberapa sahabat terdekat Ghazi atau Muhammad Ghazali B Hj Mat Lawi pergi menghadap illahi dipercayai berpunca daripada penyakit appendiks yang dihadapinya. Malah keadaan dia juga semakin teruk sejak beberapa hari yang lalu.

Terdahulu, Ghazi menarik perhatian ramai dan menjadi tanda tanya pengikut Aliff Syukri apabila kelihatan seorang jejaka kacak sering bersama keluarganya sebelum dia mengundurkan diri sebagai pembantu peribadi usahawan itu.

Shahida Luah Rasa Sedih

Dalam pada itu, menerusi hantaran isteri kepada Aliff iaitu Datin Seri Nur Shahida, dia meluahkan rasa sedih atas perkhabaran tersebut. Menganggap Ghazi seperti adiknya sendiri, Shahida memohon orang ramai untuk sama-sama mendoakan roh Ghazi dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Salam takziah dari kami di Apampink. Al-Fatihah (dibaca).

SUMBER : Murai

Mengejutkan Tiba Tiba Bonda Rozita Tampil Dedahkan Perangai Sebenar Datin Shahida. Tergamam Rupanya Mcm Ni Perangai Sebenar Datin Shahida.

Belum sepi dari komen-komen warganet yang tidak bersetuju mengenai tindakan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang memuat naik detik isterinya Datin Seri Shahida mener4n untuk melahirkan bayi, nyata ibunya Rozita Ibrahim bijak menenangkan keadaan dengan memberi pandangan berbeza.

Kegembiraan menyambut kehadiran cucu baru dalam keluarga ini membuatkan dia begitu menghargai menantunya itu malah Rozita atau dipanggil Bonda Rozita turut berkongsi cerita yang menyentuh hati tentang menantunya itu yang selama ini mungkin tidak ramai yang tahu.

Belum sepi dari komen-komen warganet yang tidak bersetuju mengenai tindakan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang memuat naik detik isterinya Datin Seri Shahida mener4n untuk melahirkan bayi, nyata ibunya Rozita Ibrahim bijak menenangkan keadaan dengan memberi pandangan berbeza.

Kegembiraan menyambut kehadiran cucu baru dalam keluarga ini membuatkan dia begitu menghargai menantunya itu malah Rozita atau dipanggil Bonda Rozita turut berkongsi cerita yang menyentuh hati tentang menantunya itu yang selama ini mungkin tidak ramai yang tahu. Kalau dilihat dari catatan di instagram bondarozitaibrahim , Datin Seri Shahida ini memang menantu pilihan dan kesayangan.

Macam mana saya uji dia

Bagaimana Ida menjadi menantu saya? Saya uji dia semasa dia mejadi staf saya lagi Masa interview staff HR bagitahu dia ni adalah model syampoo yg terkenal..(saya tak kenal artis sangat ) saya agak tekejut kerana seorang model yg income byk boleh bekerja sebagai CS..??

Disini saya akui saya tidak mahu org yg dlm dunia glamer jadi ahli keluarga saya!! Tetapi saya tak prejudis, saya sentiasa memerhatikan dia sebab saya melihat akhlaknya seindah rupa parasnya yg cantik, sgt baik. Dia tak sombong dan tak kekok menggangkat kotak dan menyapu samp4h walaupun dia seorg model yg terkenal. Ini sgt mengejutkn saya.

Saya risi1k dan intai setiap kali waktu solat, dia akan berhenti utk solat dan sewaktu berenang di kolam renang dia tetap menjaga auratnya. Masa baru kerja setiap hari peminat2 lelakinya hantar bunga..kasi jam mahal. Ida bukan murah dan senang nak dapatkan. Bila Kri ngorat dia pun tak nak. Woww hebat budak ni…

Sepanjang saya melihatkan anak saya sukakan dia dan saya masih menguji sejauh mana kekuatan anak sy dn kekuatan jiwa Ida adakah memilih anak saya adakah sebab harta. Bila saya bagi zakat pada fakir miskin Ida sebagai staf paling suka bantu uruskan. Saya simpan di hati ” nak sgt budak ni…” Yg pinang dia ialah Abg Ady dan Kak Yatienya..

Ciri-ciri murni Ida jadi idaman saya

Kri memang hensem dan ramai peminat tp bab d0sa besar dia tak kan buat sy puji Kri bab ni. Nak kawin pun dia serahkan pada saya. Bila dia kata nak Ida saya kata tak payah lama… kawin je terus. Mak yakin Kri pandai urus perkahwinan sbb dia jaga anak-anak saya waktu saya kerja masa miskin.

Kri ni bab baiknya lah ya..puasa tak pernah tinggal sehari pun, tak merok0k dan sayang saya sgt (sampai nama ank dia pun dia nak saya kasi nama semuanya) Saya akui susah hati didik Kri! Masa dia remaja bini org , mak cik-makcik suka dan sayang dia, utk elak perbuatan tak senon0h Ida terbaik utk saya. Antara lain saya tak melihat Ida seperti gadis lain yg terge3dik-g3dik utk mengg0da org kaya, ciri-ciri murni pada Ida ini memang menjadi idaman saya.(Saya sgt memilih nasab).

Satu paling saya tak lupa pada awal perkahwinannya dia menjaga ayah saya s4kit sama-sama dgn saya. Dia sayang anak-anak saya yg msih kecik dan begitu bersemangat tak mengeluh walaupun baru berkahwin. Cuba bayangkan di hati anda adakah Ida ini patut saya sia-siakan di dalam keluarga saya?…

Touching kan membaca status instagram ibu Datuk Seri Aliff Syukri ni. Untung dapat menantu macam ni, dan beruntung juga Datuk Seri Aliff dapat isteri sebegini baik. Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Ammar Ahyan 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6.

Pasangan ini mengambil anak angkat, Ameena pada Oktober 2017 dan Qayyum pada awal Disember 2017. Dua hari lalu pasangan ini menimang cahaya mata keempat selepas enam tahun menanti. Bayi yang baru lahir ini dinamakan Yusoff Al Qardawi. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: Cempedak Cheese

Diuji Ank Ada Sakit Ini. Setelah Sekian Lama Menyepi Akhirnya Isteri Dato Aliff Tampil Buka Mulut Bongkarkan Kisah Tentang Anknya Buat Ramai Terkedu.

Gembira mendengar perkembangan baharu pasangan viral Dato’ Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida yang sudah berbaik semula. Dalam pada itu sempat juga bertanyakan kepada DS Shahida tentang suaminya. Apabila diajukan pertanyaan jika Dato’ Seri Aliff Syukri bukan disleksia agaknya adakah beliau berjaya seperti sekarang? “Saya rasa tak.

Sebab pesakit disleksia ni kan luar biasa dan sering berfikiran di luar kotak. Mungkin itu rezeki Dato’ sebabnya beliau sekolah memang tak pandai. Dato’ boleh membaca ketika darjah 4 dan pernah masuk kelas peralihan waktu tu. Siapa sangka dia berjaya seperti sekarang.

Anak saya, Qadejah (Qadejah El Zahra) jugak disleksia. Pada mulanya kami tak tahu pun dia ada disleksia. Saya hantar dia ke sebuah tadika waktu tu, saya perasan dia suka pakai kasut terbalik. Tapi masa tu saya fikir mungkin sebab dia kecil lagi.

Apabila Qadejah berusia 6 tahun dan nak masuk darjah 1 keputusan peperiksaannya teruk sangat. Ini kerana dia tak boleh jawab soalan periksa langsung. Tulis terbalik-terbalik dan nama sendiri tak tulis dengan betul. Cikgu bagitahu Qadejah mempunyai simptom disleksia sebab tak boleh fokus dalam pelajaran dan selalu main dalm kelas.

Masa tu saya tak tahu apa itu disleksia. Cikgu tersebut sarankan buat ujian saringan. Bila dah buat test memang betul dia ada disleksia. Qadejah ni lebih kepada seni dan keistimewaan Qadejah adalah suka melukis apa yang orang tak fikir pun nak lukis.

Saya ambil cikgu khas untuk latihan otaknya (brain gym). Bila saya tengok dia penat akhirnya saya ambil cikgu datang rumah. Cara pembelajaran mereka tak sama macam anak-anak biasa,” terang DS Shahida. Ketika ditanya tentang hala tuju pendidikan anak-anaknya,

jawabnya sambil tersenyum, “Memang saya mahu anak-anak mewarisi perniagaan tapi saya tak paksa kalau tak minat. Macam anak saya yang sulung memang nampak dia minat berniaga. Dia sangat adore dengan ayah dia. Saya pentingkan akhlak anak-anak bukan kepada sijil,” katanya.

Memiliki empayar perniagaan yang gah dan juga anak-anak yang sedang membesar sudah tentu Datin Seri Nur Shahida tidak cukup tangan untuk mengimbangi tugas sebagai seorang isteri, ibu dan majikan. Bagaimana agaknya wanita yang lemah-lembut ini meredakan tekanan atau stres?

“Stres saya akan hilang bila saya menghabiskan masa dengan anak-anak. Melihat mereka membesar dan melayan ragam anak-anak sudah cukup menghiburkan saya. Kalau ada masa, kami sekeluarga akan keluar bercuti,” bicara Datin Sri Shahida mengakhiri perbualan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Nona.my

Kes Dato Aliff Syukri Apa Apakan Anak Angkatnya Ameenah. Akhirnya Terbongkar Keputusan Sebenar Mahkamah

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan kes buat anak angkatnya, Aminah Alip Syah sudah selesai apabila mahkamah memutuskan dia tidak bersalah. Aliff mendedahkan mengenai perkara itu menerusi kapsyen yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada malam Khamis.

“Budak lasak jatuh motosikal, Ibraheem Adham… dia akan kembangkan hidung tanda dia bersalah. “Kalau Ameenah kena mahu kes polis. By the way, kes Ameenah mahkamah dah putuskan yang saya tak bersalah hanya berunsur f1tn4h!” tulisnya.

Aliff maklumkan mengenai kes itu dalam muat naik di Instagram. Bersama kapsyen tersebut dia turut berkongsi foto anak ketiganya itu yang mengalami kelukaan pada wajah selepas terjatuh daripada motosikal. Pada Mac lalu, Aliff didakwa telah lakukan sesuatu pada anak angkatnya berusia dua tahun dalam satu kejadian yang berlaku di kediamannya yang terletak di Petaling Jaya pada 28 Februari lalu.

Difahamkan pembantu rumah kepada pengasas produk Dherbs itu sendiri yang melaporkan kepada pihak polis sehari selepas kejadian tersebut. Aliff ditahan dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil. Sebelum itu, tular video dan salinan laporan polis yang yang turut tertera nama Datuk Seri Aliff Syukri dan anak angkatnya Aminah Alip Shah.

Sementara itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikut turut gembira dengan perkhabaran tersebut dan berharap penyanyi lagu Cuba Bahagia ini akan terus menyayangi Aminah seperti anak kandungnya sendiri.

Sumber: Mstar 

Selepas 13 tahun bersama DS Shahida, DS Aliff Syukri dedah hal rumah tangga sendiri yg tidak diketahui umum

SEPANJANG 13 tahun perkahwinan dengan Datin Seri Nur Shahidah, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri berkata dia lebih matang dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang suami. Menurut Aliff, 33, dalam melayari hubungan itu pasti akan ada kekurangan dan proses memperbaiki diri itu berlaku setiap hari.

“Berkahwin itu amat mudah tetapi untuk menjadikan perkahwinan bahagia ini kekal lama dan sempurna serta saling melengkapi bukan sesuatu perkara yang mudah. “Lebih daripada 13 tahun perkahwinan kami, banyak asam garam yang ditempuhi. Setiap tahun adalah tahun pembelajaran kami untuk memperbetulkan kelemahan masing-masing.

“Syukur Alhamdulillah, 13 tahun itu mematangkan saya untuk menjadi seorang suami, abah dan usahawan yang terbaik,” katanya. Aliff sedar isteri menjadi tulang belakang dalam hidupnya. Penyanyi lagu Cuba Bahagia ini berkongsi luahan hatinya untuk isteri tercinta menerusi laman Instagram.

Pada Mac lalu, pasangan ini menjadi perbualan hangat warganet apabila rumah tangga mereka dikatakan bergolak. Bagaimanapun, setelah empat bulan tinggal berjauhan dengan isteri dan anak-anak, Aliff mula menyedari kekurangan diri dan memilih untuk kembali semula bersama keluarga.

Sementara itu, Alif berkata kebahagian paling utama dalam kehidupan adalah apabila dapat bersama keluarga di sisi. Perkongsian Aliff menerima komen positif pengikut. “Tetapi benda yang paling penting sekali adalah kebahagian yang hakiki iaitu bersama dengan keluarga dan ibu bapa kita.

“Semoga semua rakan-rakan saya di laman sosial, pekerja… anda adalah orang yang hadir dalam hidup saya adalah yang terbaik. “InsyaAllah saya doakan! Semoga kita sama-sama mendoakan untuk kebahagian orang lain juga,” ujarnya.

Aliff Syukri dan Nur Shahida berkahwin pada tahun 2007. Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah serta seorang anak angkat.

Sebelum ini, Aliff terpalit dengan beberapa kontr0versi sehingga menerima kritikkan teruk daripada banyak pihak termasuklah daripada ahli keluarga sendiri. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar/applehijau

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.