Tak beradab dengan mak sendiri lepas tu isteri buat macam orang suruhan. Tergamam bila ada warganet kritik Adlin Aman Ramlie macam ni. Rupa rupanya ini punca.

Artis

Selepas bersiaran selama 7 episod, drama bersiri Bidadari Kiriman Tuhan tayangan Slot MegaDrama di Astro Ria mula menjadi perbualan warganet. Lebih-lebih lagi watak Ikram yang dipegang Adlin Aman Ramlie, seorang arkitek yang mengahwini Manis (Mira Filzah) kerana aturan keluarga.

Rata-rata meluahkan rasa ‘benci’ terhadap Ikram menerusi rungan komen di laman sosial Instagram(IG) Adlin dan Mira Filzah. Bagaimanapun penampilan Adlin dipuji warganet kerana lakonan berkualiti ditampilkan, nampak bersahaja.

“Ni yang tak suka ni kahwin bukan untuk apa buat kuli kat isteri pulak! Tapi suka watak Adlin simple je, tak nampak kaku…Berlakon tapi nampak macam betul-betul,” komen seorang pengikut. “Tambah-tambah meluat tengok si Ikram ni! Padan dengan si Manis pon..Beria berjanji bagai dengan si Yusuf, akhirnya Ikram yang dipilih…Tak sabar nak tengok episode malam ni pulak,” tulis seorang lagi.

“Dh mula menyirap tengok Ikram ni. Kurang ajar dengan mak, lepas tu buat isteri macam kuli! Part dengan anak tu sayang semacam je…Hish! Macam manalah reaksi nenek Manis kalau tau si Ikram macam ni? (berlakon dgn mak sendiri pulak tu),” ulas seorang penonton.

Drama bersiri arahan Rashid Sibir ini turut dibintangi Zul Ariffin, Zarina Zainuddin, Dian P.Ramlee, Ruminah Sidek dan Ruzaidi Abdul Rahman. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama Astro Ria menggantikan Pelindung Seorang Puteri 1.

Bidadari Kiriman Tuhan mengisahkan tentang Manis seorang guru tadika yang berusia 25 tahun, memiliki kembar seiras Manja, yang agak lembam. Manis dan Manja hidup bersama ibu dan nenek mereka yang sakit dan kebanyakan tanggungjawab dipikul Manis.

Walaubagaimanapun, hati Manis kemudian mula terpaut dengan guru sekolah rendah bernama Yusuf dan akibatnya hubungannya dengan Manja mula tergugat. Konflik bermula apabila Manis berkahwin dengan Ikram duda yang memiliki seorang anak, kerana aturan keluarga. Apakah yang berlaku seterusnya?

Saksikan drama bersiri 26 episod ini setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 10 malam di Astro Ria. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Gempak via MediaViral

Pernah Disoal Polis Ketika Sekatan Jalan. Adlin Aman Ramlie Akhirnya Dedahkan Dia Pernah Disoal Oleh AC Mizal Sendiri Mengenai Penglibatannya Dan Ini Rupanya Identiti Sebenar Di Sebalik Topeng Orang Utan

Selebriti di sebalik kostum Orang Utan dalam program The Masked Singer Malaysia, pelakon Adlin Aman Ramlie berkata dia menerima banyak pertanyaan daripada orang ramai. Bukan sahaja keluarga dan peminat yang bertanya mengenai penglibatannya itu, malah dia turut berdepan pengalaman disoal oleh polis ketika melalui sekatan jalan raya.

Lebih melucukan apabila birasnya yang juga pengacara program iaitu Datuk AC Mizal turut menyiasat adakah dia merupakan individu di sebalik kostum berkenaan.”Maaf bro (AC Mizal) aku terpaksa berlakon dengan kau buat kau keliru… berminggu-minggu pula tu, sampai kau suruh Emy (Datin Emylia Rosnaida) check dengan Mel (Emelda Rosmila) aku ada dekat mana.

“Terima kasih juga untuk semua yang teka, agak pening jugalah nak jawab… sampai polis roadblock PKP pun soal aku.Perkongsian Adlin di Instagram menarik perhatian pengikut.“Terima kasih sekali lagi sebab korang semua ingat suara aku macam Tuju. Sebenarnya suara aku lagi power!” katanya.Adlin menjawab mengenai tekaan salah orang ramai itu menerusi Instagram pada Sabtu.Dalam persembahan akhir The Masked Singer Malaysia musim pertama, ahli kumpulan K-Clique iaitu Tuju merupakan selebriti di sebalik kostum Orang Utan.

Tahniah untuk semua peserta, saya sangat terhibur dengan rancangan ini. Tahniah AC Mizal tak pernah tak power! Untuk edisi kali ini, Tuju menduduki tempat ketiga dan penyanyi Aina Abdul yang menyarungkan kostum Bunga Raya menjadi juara.Manakala, bekas peserta Ceria Pop Megastar musim ketiga, Vanessa Ben Reynauld yang memakai kostum Rajah Brooke menduduki tempat kedua.

Sementara itu, Adlin turut mengakui terhibur dengan program tersebut dan memuji AC Mizal yang berjaya mengendalikan rancangan yang diadaptasi dari Korea Selatan itu dengan baik.Akhirnya terbongkar Tuju K-Clique merupakan individu dalam kostum Orang Utan.

“Tahniah untuk semua peserta, saya sangat terhibur dengan rancangan ini. Tahniah AC Mizal tak pernah tak power.Akhir kata abang bukan Orang Utan dik!” ujarnya.Pada malam Jumaat, AC menerusi Instagram berkata sepanjang mengacarakan program itu dia tertipu kerana menyangka individu dalam kostum Orang Utan itu adalah Adlin.

Ini kerana karakter yang ditunjukkan oleh selebriti dalam kostum berkenaan hampir sama seperti Adlin.”Dah terjawab semua bukan Adlin Aman Ramlie! Mati-mati aku ingat kau bro… karakter sama macam lu bro,” tulisnya.

Siapa kata Badul dan Adlin tak peduli Amran Tompel?

ANAK pelakon dan pelawak, Amran Tompel iaitu Shafiq dan Haris meluahkan rasa kesal apabila kisah ayah mereka yang tular kerana sakit angin ahmar disensasikan sehingga mengundang persepsi buruk masyarakat terhadap pelbagai pihak.

Menerusi video rakaman Persatuan Seniman ketika hadir menghulurkan bantuan baru-baru ini, Shafiq dan Haris mengakui banyak cerita tidak benar disebarkan dan mahu isu ini segera ditamatkan.”Kami berterima kasih kepada Persatuan Seniman yang melawat ayah. Selama ini pun Seniman banyak tolong ayah.

“Bukan Seniman sahaja tapi banyak persatuan yang masih prihatin dan masih banyak bantu kami sekeluarga.”Kami nak jelaskan persepsi orang yang kata ayah terlantar setahun lebih, lmpuh dan tiada siapa peduli adalah tak benar,” kata mereka.Menurut Shafiq, perkara ini berlaku kerana terdapat blog dan portal hiburan yang berkongsi cerita dan meletakkan tajuk yang tidak benar.

“Saya tak faham kerana sebagai portal yang popular dan ramai pengikut, sepatutnya jadikan contoh cari benda yang lengkap dan jangan cari isu yang tak jelas kemudian kongsi.”Apabila kongsi, jadilah perkara bukan-bukan sehinggakan terkeluar isu mana anak-anak dan adik beradiknya tak bantu. Itu yang jadi isu besar.

“Ayah hanya tularkan berkenaan sakitnya untuk orang ikhlas nak bantu hulurkan sumbangan. Sebelum ia tular, ada juga persatuan yang datang termasuk Seniman,” katanya.Shafiq berkata, dia amat terkejut apabila ada pihak mengatakan mereka tidak mempedulikan ayah mereka.”Kalau anak-anak tiada, tempatnya bukan atas tilam ini tapi ditepi jalan tak berbaju.

“Nampak ada silap di situ. Harapnya jelas apa yang kami ceritakan,” katanya.Haris pula menolak dkwaan bahawa adik beradik ayahnya iaitu pelakon AR Badul dan Adlin Aman Ramlie tidak datang menjenguk Amran.”Terima kasih kepada adik beradik ayah, Badul, Adlin kerana datang ziarah di hospital.

“Cuma kami tak tunjuk bukti kepada semua orang dan mereka tak tahu. Memang susah nak dijelaskan.”Tapi mereka memang ada datang semasa di hospital,” katanya.Sementara itu Shafiq berharap, dengan penjelasan dibuat, tiada lagi isu memburukkan mana-mana pihak dibangkitkan lagi.

“Takkan nak kena tunjuk semua orang yang membantu ayah.”Ceritanya ditularkan untuk dapat bantuan. Tapi komen yang diterima semua ke arah lain pula. Saya memang kesal dengan perkara ini,” katanya.Amran Tompel, 70, atau nama sebenarnya Amran Aman Ramlie

kini terlantar di rumah sewa anaknya di Taman Matahari Height Senawang, Seremban, sejak lebih sebulan lalu.Beliau yang pernah mewarnai industri lakonan tanah air sekitar 1990-an sehingga 2014, sebelum ini pernah beberapa kali didatangi angin ahmar sebelum didatangi kali kedua sejak peringkat awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.-mymetro

Perlu sedikit masa untuk tampil imej baru! Wajah baru isteri Adlin Aman Ramlie, Emelda tarik perhatian

Siapa yang tak kenal dengan pelakon cantik dan juga isteri kepada Adlin Aman Ramlie ini iaitu Emelda Rosmila binti Abdul Hamid. Selesa disapa sebagai Mel, dia dilahirkan pada 14 Mac 1980 di Ipoh, Perak. Mel memulakan kerjaya seni sejak tahun 2000 lagi dan telah membintangi banyak drama dan juga filem. Mengikut bakat kakaknya, Emilia Rosnaida, watak Mel yang paling diingati adalah menerusi drama Manjalara yang mana berkisahkan cerita seorang gadis bertubuh gmpal yang cuba raih perhatian orang ramai.

ADA BUTIK SENDIRI SEBAGAI BACKUP

Selain dari berlakon, Mel turut mempunyai butik fesyen sendiri yang dikenali sebagai Emeldarose. Jelas Mel dia merasakan kerjaya lakonan ini ada naik turun dan juga tidak akan berpanjangan. Lalu memberikan inspirasi kepadanya untuk ada jenama sendiri.

Sejak pembukaan tahun baru, 2020 ini, banyak kisah positif yang kita dengar tentang artis tempatan. Ada yang mula mengenakan hijab, dan ada yang mula menunaikan ibadat umrah. Itu suatu petanda positif dalam kalangan artis yang mula sedar tentang keseimbangan sebagai umat Islam.

TUNAI UMRAH DENGAN SUAMI

Mel dan suami tidak terkecuali dijemput untuk menjadi tetamu ke Tanah Suci pada penghujung tahun lepas. Apa yang menariknya, setelah pulang ke tanah air, penampilan Mel mula berubah. Meniti akaun instagram, dia sudah pun mengenakan hijab.

Sekali gus, ramai yang mengadaikan pelakon ini sudah pun membawa imej baru. memetik kenyataan dari Berita Harian pula, Mel memberitahu yang dia cuba untuk membiasakan diri dengan pemakaian hijab dan cuba untuk kekal sebegitu.

BERI MASA SEHINGGA APRIL UNTUK BERTUDUNG SEPENUHNYA

Walau bagaimanapun, dia ada memberitahu bahawa perlu melunaskan tanggungjawab dalam kerjanya sehingga April ini sebelum tampil berhijab sepenuhnya. Jadi, sekiranya dia muncul freehair di mana-mana acara atau TV dalam tempoh tersebut, jangan la pula cepat melatah. Sama-sama kita hormati keputusan pelakon cantik ini dan doakan agar niat Mel untuk berhijrah berada dalam landasan yang betul dan kekal istiqomah.-meecks

Emelda Rosemila tak henti berikhtiar

KUALA LUMPUR: Lapan tahun berkahwin namun belum dikurniakan zuriat. Pelakon, Emelda Rosemila tidak pernah berputus asa berikhtiar menimang cahaya mata sendiri. Akui isteri kepada pelakon, Adlin Aman Ramlie itu, dia dan suami reda dalam soal zuriat biarpun persoalan itu sering diaju kenalan dan sanak-saudara terutama apabila bertemu pada musim perayaan seperti Aidiladha ini.

“Saya tidak kisah jika belum ada rezeki menimang cahaya mata. Soal zuriat, kita serah bulat-bulat kepada Tuhan. “Andai tiada rezeki selepas berusaha, saya tak kisah termasuk jika mahu mengambil seorang lagi anak angkat. Isu anak sendiri ini bukanlah tekanan besar buat saya.

“Memanglah kami mahu cahaya mata sendiri, sekurang-kurangnya seorang. Tapi kalau bukan rezeki, kami reda. Namun, ikhtiar itu tak pernah terhenti,” katanya kepada BH Online. Emelda yang mengusahakan jenama fesyen Emeldarose memberitahu, keseronokan mengasuh Edra Rafael yang sudah berusia enam tahun, mendorong dia dan suami berusaha mendapatkan darah daging sendiri.

Mengenai perniagaan jenama fesyennya, Emelda teruja bercerita mengenai penyertaan Emeldarose di pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2017. “Ini kali ketiga saya menyertai KLFW dan mengukuhkan lagi jenama Emeldarose. Bidang fesyen memang dekat di hati saya sama seperti wanita lain,” katanya. Emelda yang akan terbabit dengan telefilem di bawah projek Karya 12 arahan Tunku Mona, berkahwin dengan Adlin pada 2009.

Emelda Rosmila dah fikir masak-masak

PELAKON Emelda Rosmila mengakui sudah berfikir masak-masak sebelum mengambil keputusan memfailkan saman dan menuntut ganti rugi am melebihi RM1 juta terhadap pelakon, Zarina Anjoulie. Emelda, 40, atau nama sebenarnya Emelda Rosmila Abdul Hamid berkata, dia tidak terbabit langsung mengeluarkan ftnah terhadap Zarina melalui kumpulan Telegram Covid-19 Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) seperti didakwa.

“Kalau dia cuba nak ambil kesempatan atas sebab-sebab tertentu, saya rasa saya berhak pertahankan diri untuk tegakkan kebenaran. Saya tahu berkenaan kumpulan Telegram itu kerana ada terbaca mengenainya, tapi saya nafikan ada di dalamnya.

“Saya tak pernah ada masalah dengan sesiapa sepanjang pembabitan dalam industri seni. Ini adalah cabaran yang pertama kali saya kena lalui,” katanya kepada Harian Metro. Emelda yang ditemani peguamnya, Nasser Yusof dari Lacmof Lawyers berkata, dia mempunyai bukti tidak pernah terbabit dalam kumpulan Telegram itu.

“Ia bukan saya kerana saya tak pernah ganggu orang. Setiap perkara berkaitan seni, saya akan merujuk terus kepada Presiden Seniman, Zed Zaidi dengan menghubunginya dan bukan menerusi WhatsApp atau atau Telegram. Saya pun tak pernah jumpa Zarina atau berkawan dengannya. Cuma, saya tahulah dia juga pelakon,” katanya.

Emelda berkata, dia tidak tahu apa yang diinginkan Zarina dalam situasi sekarang, namun terpaksa bertindak apabila pelakon itu terus menohmahnya dengan pelbagai isu. “Rasanya ini masa yang tepat untuk saya ambil tindakan terhadap perbuatannya yang menjejaskan reputasi saya.

Dia yang mula failkan saman dan apabila berbincang dengan peguam, barulah tindakan ini diambil. Saya saman semula atas perkara yang dia malukan saya antaranya kata saya batu api dan pelbagai lagi,” katanya. Mengulas komen warganet yang lebih memihak kepada Zarina dan mengkritiknya, Emelda berkata, dia tidak terkesan langsung dengan perkara ini.

“Saya tak terjejas langsung kerana ini perkara kecil. Saya sudah jadi artis hampir 20 tahun, jadi ada sedikit kekebalan di situ. Saya tak boleh tutup mulut orang nak bercakap, tapi benda ini tak mengganggu saya pun samada sebagai individu atau pelakon. Ibaratnya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri,” kata isteri kepada pelakon Adlin Aman Ramlee ini.

Sementara itu Nasser berkata, jumlah tuntutan RM1 juta hanya formaliti dan terpulang kepada mahkamah untuk menentukannya. “Tujuan anak guam saya ambil tindakan bukan kerana wang tapi lebih kepada mempertahankan kebenaran di mana dia ditohmah,” katanya.

Ditanya sekiranya pihak Zarina mahu berbincang untuk penyelesaian kes, Nasser berkata, ia perlu melalui mahkamah. “Kalau ada apa-apa cadangan penyelesaian daripada pihak plaintif, kami sedia untuk pertimbangkan. Buat masa ini, arahan anak guam saya ialah teruskan kes dan saya akur,” katanya.

‘Saya cari anak angkat perempuan pula’

“SAYA nak anak perempuan. Kalau tahu atau dengar ada pihak yang nak beri, beritahu saya ya. Mudah-mudahan Allah SWT membalas niat baik dan budi kalian semua,” kata pelakon Emelda Rosmila yang meluahkan hasrat untuk mengambil anak angkat kedua.

Emelda, 38, atau nama sebenarnya Emelda Rosmila Abdul Hamid yang sebelum ini mengambil anak angkat lelaki berkata, dia sudah mencuba untuk mendapatkan anak angkat perempuan sejak dua tahun lalu, namun belum ada rezeki.

Malah, Emelda yang juga isteri kepada pelakon, Adlin Aman Ramli turut meminta bantuan rakan dan keluarga bagi mendapatkan anak angkat. “Sejak anak angkat pertama berusia lima tahun, saya cuba untuk dapatkan seorang lagi anak perempuan sampai sekarang. Namun belum rezeki saya lagi.

“Sebelum ini ada yang mesej secara peribadi nak menyerahkan anak, tetapi saya terlambat beri maklum balas. Apabila saya tanya, anak berkenaan sudah diserahkan kepada keluarga lain. “Ada juga yang mahu beri, tetapi minta duit dalam jumlah banyak. Saya menolak sebab ia seolah-olah menjual anak,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Emelda turut berkongsi perkara itu di Instagram miliknya dan mendapat maklum balas positif daripada peminat. “Alhamdulillah, ramai yang sudi membantu dan menyarankan saya pergi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sekurang-kurangnya ia buka jalan kepada saya dalam usaha ini.

“Kalau dapat bayi yang baru lahir lagi bagus. Sebab saya sudah ada pengalaman sebelum ini. Jadi, tidak susah untuk saya menguruskannya. “Saya juga bersyukur kerana keluarga sentiasa menyokong hasrat ini sekali gus turut membantu carikan anak angkat,” katanya.

Ditanya mengenai penerimaan Adlin, Emelda berkata, suaminya tidak pernah membantah atau membangkitkan sebarang isu.“Saya dan suami sudah berkahwin selama 10 tahun. Sepanjang berkahwin, saya pernah hamil beberapa minggu iaitu selepas enam bulan berkahwin. Cuma, mungkin belum rezeki saya mengalami keggran. Hingga sekarang, saya dan suami tidak pernah berhenti cuba mendapatkan anak sendiri.

“Namun, disebabkan usia yang kian meningkat, saya berasakan lebih baik ambil anak angkat dahulu. Suami juga tidak kisah dan dia juga sukakan kanak-kanak. “Dalam perkara ini, saya reda jika tidak dikurniakan anak kandung. Sekurang-kurangnya saya dan suami ada anak angkat untuk kami berikan kasih-sayang. Ini juga rezeki untuk kami,” katanya.