Tak cukup satu tapi nak dua. Mawar Rashid tanpa ragu kongsi status dia luahkan pada suaminya tentang impian dia yang satu ini sehinggakan meraih perhatian warganet

Artis

Pelakon Mawar Rashid tampil menjelaskan mengenai status gurauan yang dimuat naik oleh suaminya Raf Yaakob yang mengakui tidak pernah cukup dengan satu dan mahukan dua.Menurut Mawar, 25, suaminya itu memang gemar mengusik dan mendedahkan Raf sebenarnya memasang impian untuk memiliki dua buah kereta berjenama mewah untuk kegunaan harian.

“Raf bukan nak isteri dua, dia berangan nak ada kereta lagi satu… tak apa dia berangan jauh sebab nanti dia akan usaha dan kerja lebih keras untuk dapat benda tu.“Berangan ni macam doa, kalau ada rezeki dia, apa salahnya. Saya sebagai seorang isteri memang akan sokong 100 peratus pasangan saya selagi benda tu tak mematuhi ajaran Islam.

“Selagi Raf mampu, tahu kewajiban dan sebagainya… tak ada masalah jika dia mahu dua atau tiga kereta.Mawar Rashid bahagia lalui kehidupan rumahtangga dengan Raf.“Saya pun memang selalu bergurau dengan suami kerana dia selalu cakap nak dua tapi kita faham apa maksud dan gurauan dia itu,” katanya.

Menerusi IG, Mawar memuat naik video dan menulis kapsyen Raf sering menyebut tidak cukup satu dan mahukan dua.Jika ada warganet yang komen bukan-bukan kerana gurauan di media sosial itu saya menggangap mereka sengaja mahukan perhatian.Dalam pada itu, pemenang Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH33 ini berkata sokongan dan penghargaan terhadap pasangan merupakan kunci kebahagiaan dalam sesebuah ikatan perkahwinan.

Malah, dia cukup menghargai pengrbanan suami yang sentiasa memberikan kata-kata positif ketika dia hampir patah semangat kerana ujian dalam karier seni dan perniagaan.“Bagi saya, jika ada warganet yang komen bukan-bukan kerana gurauan di media sosial itu saya menggangap mereka sengaja mahukan perhatian atau mungkin masih belum matang.

“Sebagai seorang artis, saya tak boleh cepat melatah, anggap sahaja itu adalah asam garam dalam industri seni.“Orang luar tak tahu apa susah senang saya dan suami lalui untuk mencari rezeki… biarlah orang nak kata apa pun, saya dah biasa dengan komen negatif,” ujarnya yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael.Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9 dan Raden Seri Raysaa Chanela, 5.

Bijak Atur Strategi

KEMENANGAN pelakon Mawar Rashid dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33 (ABPBH33) pada Jumaat lalu menimbulkan persoalan dalam kalangan warganet .Enggan membiarkan warganet berterusan mempertikaikan kemenangan itu, Mawar menjelaskan keputusan tersebut berdasarkan undian peminat yang dikira mengikut sistem yang disediakan pihak penganjur.

Menurut Mawar, 25, penjelasan yang dibuat ini bukan untuk mempertahankan dirinya namun ingin menghargai usaha keras peminat dan keluarganya.Mawar pertahankan usaha keras peminat.“Semua sedia maklum kemenangan dalam ABPBH ini berdasarkan undian peminat. Undian dikira paling tinggi dengan mengikut sistem yang disediakan pihak penganjur.

“Ramai yang tidak tahu proses undian berpuluh ribu itu datang daripada pembelian satu peranti telefon selain dari proses scan QR code dengan jumlah 700 setiap kali scan.“Jadi, boleh bayangkan tak bagaimana usaha mereka. Sebagai contoh, kenapa orang pertikaikan 22 juta undian Haqiem, sedangkan peminat dia mengundi mengikut apa yang sistem ABPBH laksanakan.

Undian dikira paling tinggi dengan mengikut sistem yang disediakan pihak penganjur.“Mereka yang mempertikaikan kemenangan ini ada hak untuk bersuara. Tapi saya mahu jelaskan perkara ini sebab nak pertahankan usaha keras kelab peminat dan keluarga saya,” katanya kepada mStar.Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Warganet Tertanya Tanya Filem Yang Mawar Berlakon Sampai Boleh Menang Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular. Rupa Rupanya Filem Ini Yang Mawar Rashid Pernah Berlakon.

Warganet tertanya tanya filem yang Mawar berlakon sampai boleh menang Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular. Rupa rupanya filem ini yang Mawar Rashid pernah berlakon.Mawar Rashid mencipta kejutan apabila memenangi trofi Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, malam tadi. Mawar atau nama penuh, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid meleburkan harapan pelakon popular wanita lain seperti Mira Filzah, Nur Fazura, Nabila Huda dan Erra Fazira.

Ini adalah kemenangan sulung Mawar di pentas ABPBH selepas beberapa kali tercalon. Mawar yang sedang hamil anak kedua hasil perkahwinannya dengan usahawan, Raf Yaakob mula berhijab sejak sambutan Maal Hijrah, Ogos lalu.

Pada awal pembabitannya, dia pernah digelar ‘Mawar GST’, ketika bersaing pada program pencarian Dewi Remaja, kira-kira lima tahun lalu. Antara drama lakonan Mawar adalah Tundukkan Playboy Itu, Suamiku Paling Sweet selain filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium dan Bu, Kasih Suci.

“Syukur, Alhamdulillah, saya sebenarnya dalam industri ini ada jatuh bangun. Bagaimanapun, saya terharu kerana ini kali pertama dalam tempoh tujuh tahun dalam industri, saya menang anugerah.“Saya sangat sebak kerana kemenangan ini adalah disebabkan peminat yang tidak jemu menyokong saya.

“Bagi saya, trofi ini sangat bermakna. Saya berhasrat untuk mengembangkan bakat yang ada, seterusnya membina nama dalam industri. “Ini adalah rezeki bayi dalam kandungan yang sekarang sudah tujuh bulan. Doakan saya ya.

“Terima kasih kepada peminat yang undi Mawar, TV3 dan rakan media,” katanya. Pun begitu, sejak diumumkan sebagai pemenang ramai yang mencetuskan tanda tanya filem apakah yang dibintangi pelakon itu sehingga berjaya mengangkat popularitinya. Pening warganet cari filem apa Mawar Rashid berlakon


Setelah dicari dan mencari, kami berjaya jumpa filem yang dikatakan punca Mawar Rashid menang anugerah tersebut. Filem itu berada di pawagam pada tahun 2019 dan namanya adalah Bu, Kasih Suci “Bu Kasih Suci” tiga cerita dalam sebuah filem

Tetapi tidak dapat dipastikan adakah betul 100% filem ini sebenarnya tetapi rasanya ini sahaja filem yang mawar rashid berlakon pada 2019. Turut mendapat tumpuan adalah Mawar Rashid yang merangkul anugerah Pelakon Filem Wanita Terbaik. Selaku tulang belakang, suami meluahkan rasa bangga melihat pencapaian isteri dalam bidang seni. Dalam pada itu, Mawar juga sempat berlakon dalam telefilem s3ram berjudul Penaklukan Syaiitan pada 2019

Selepas Hampir 2 Tahun Berehat, Mawar Rashid Kembali… Tapi Kali Ini Lebih S3ram!

Pelakon Mawar Rashid kembali memeriahkan industri lakonan selepas hampir dua tahun tidak menjayakan sebarang watak. Menurut Mawar, dia bersedia untuk kembali ke set penggambaran selepas anak sulungnya, Raden Muhammad Rafael berusia tujuh bulan.

“Sebenarnya, sudah hampir dua tahun saya tidak berlakon. Saya mendirikan rumah tangga, selepas itu melalui proses kehamilan dan kini sudah mempunyai seorang anak. “Sejujurnya, saya tak tetapkan masa bila saya mahu berlakon semula kerana saya mahu melahirkan bayi. Saya sendiri tak tahu perasaan menjadi seorang ibu bagaimana.

“Kini, anak sudah menginjak usia tujuh bulan dan saya sudah bersedia untuk kembali menerima tawaran lakonan. Saya juga tak risau kerana ibu membantu untuk menjaga anak saya. “Alhamdulillah, saya kembali ke set penggambaran menerusi telefilem seram yang bersiaran di slot Citra Exclusive berjudul Penaklukan Syaitan arahan Michael Ang,” kata Mawar.

Tambah isteri kepada Raf Yaakob ini, dia menerima tawaran ini kerana mahu bekerja bawah arahan Michael. “Bila dapat tawaran, saya berfikir sejenak. Lebih-lebih lagi karya ini merupakan karya seram. Saya pula sudah lama tidak muncul di kaca televisyen.

“Tiba-tiba. kembali berlakon dengan naskhah seram arahan Michael. Dia pula merupakan seorang pengarah yang teliti. “Tapi, disebabkan saya nak sangat bekerja dengan Michael, saya terima sahaja tawaran ini. “Dulu, saya hampir bekerjasama dengan Michael menerusi drama bersiri Hero Seorang Cinderella tetapi akhirnya saya terpaksa tolak kerana kekangan jadual,” katanya lagi. Dalam perkembangan lain, Mawar bakal digandingkan dengan pelakon Hisyam Hamid dalam sebuah drama bersiri 20 episod yang bakal menjalani penggambaran tidak lama lagi.

Fakta Menarik Mengenai Mawar Rashid

1. Berketinggian 1.60 meter. 2. kacukan Melayu-Siam. 3. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2014. 4. Bekas peserta pertandingan Dewi Remaja 2014/15 yang mana ketika itu turut disertai Raysha Rizrose, Puteri Aishah, Mimi Lana, Deeba Halil, Balqish Maarif dan Syamim Farid. Mawar meraih undian tertinggi untuk memenangi kategori peserta kegemaran.

5. Pernah tular gara-gara tidak dapat menjawab soalan wartawan berkaitan maksud sebenar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ketika awal perlaksanaannya. Berikutan itu, ada segelintir warganet yang menghentam kononnya dia adalah ‘bimbo’ yang bermaksud ‘cantik tetapi bdh’. Mawar memohon maaf kerana ketidakpekaannya terhadap perkembangan ekonomi negara.

6. Meminati seni tarian. 7. Sukakan nasi dan masakan pedas. 8. Menyifatkan dirinya seorang yang manja dan mudah terhibr. 9. Takutkan lipas hingga boleh menangis! 10. Pandai bermain gitar. 11. Pandai bercakap dalam bahasa Thai dengan baik. 12. Beberapa drama dibintanginya ialah Super Gameboy, Tundukkan Playboy Itu, 2000km Ke al-Haram, Suamiku Paling Sweet, Dia, Kalis Kasih, pncri Cinta Kelas Satu, Isteriku Mem Besar dan Raisha 2.

13. Telefilem lakonannya menerusi Rajuk, MTI, Imam Samar-Samar, Cinta Bersegi-Segi dan Pok Ya Cong Codei: Siti Di Hati.14. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium. 15. Menerima pencalonan dalam kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 dan Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

16. Bertunang dengan pelakon dan ahli perniagaan, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf Yaakob yang juga merupakan adik kepada penyanyi dan cef Fazley Yaakob pada 7 Julai 2017 sebelum mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017.

Sumber : BHARIAN ONLINE / IMDB via ASN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Mengejutkan Mawar Rashid Muatnaik Sesuatu Di Ig Nya. Kalau Syg Tapi Tk Jaga Hati Buat Apa. Rupa Rupanya Ini Yg Terjadi Dgn Rumahtangganya.

Pelakon, Mawar Rashid ada memuat naik sekeping foto menerusi laman media sosial Instagram miliknya. Di samping berkongsi swa-foto bersama suami, bintang berusia 24 tahun ini ada memberi kata nasihat untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.

“Saya percaya dengan cinta setulus hati, cinta yang memberikan kebahagiaan dan keberkatan dalam dunia & akhirat. “Dan bukan cinta yang hanya berlandaskan ‘sayang’. Kalau stakat sayang, tapi tak jaga perasaan buat apa kan? “Slalu jugak dengar orang cakap, kalau dah ‘sayang’ tu, kita kene tahan dengan sikap dia. No no. Itu bukan namanya ‘sayang’ atau ‘cinta’.

“Tu namanya merosakkan jiwa sendiri dan tak memberi peluang kepada pasangan untuk menjadi yang lebih baik. “Kalau ada salah yang tak dapat dikawal antara suami isteri tu, seeloknya pergi la cari org yang lebih arif untuk meredakan jiwa dan ‘belajar’ perkara yang sebetulnya. Just sharing. I also still new in marriage,” tulisnya.

Selain itu, bintang drama bersiri TQ Captain ini menyarankan agar setiap pasangan suami isteri harus mempunyai sikap toleransi antara satu sama lain. “Saya percaya, kalau kita cinta, kita mesti belajar untuk jadi yang terbaik kan. Kita lahir lahir bukan nye dah tahu semua benda. Banyak benda nak kene belajar. Cinta bergantung kepada dua insan.

“Samasama lindungi fizikal & mental. Sama sama adil. Sama sama menasihati. Sama sama belajar untuk menjadi orang yang lebih baik dari yang sebelum ni. “Kita ni tak ada pun yang sempurna. Sebab tu kene slalu rendah diri kepada ilmu.

“lmu sesama pasangan tu paling penting sebenarnya. Sebab partnerlah actually our biggest supporters. “Thank you Abang kerna sentiasa ingin membuktikan apa itu maksud cinta. Thank you kerna sentiasa mencari ilmu demi ‘mendidik’ orang rumah.

“Semoga Allah sentiasa berikan keberkatan dalam hidup abang. Aminnnn,” tulisnya lagi. Imbas kembali, Mawar dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob berkahwin pada 9 November 2017 dan dikurniakan satu cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac lalu. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Foto: Instagram Mawar Rashid

Lama menyepi akhirnya Mawar Rashid tampil dengan penampilan terkininya yang berhijab. Mawar bongkarkan punca dia terbuka hati untuk bertudung.

“Sebenarnya saya nak tutup aurat dah lama sangat. Sudah tentu sebagai wanita beragama Islam ada impian untuk jadi muslimah yang beriman di hadapan Allah. Dah lama impian ini tersimpan. Tapi itulah… saya pun manusia biasa dan banyak kekurangan. Hati saya pun rasa berbolak-balik, sebab itu masa Ramadan saya cuba untuk berhijab tapi rasa tak bersedia lagi. Saya tahu waktu itu hati tak kuat tapi Alhamdulillah, saya dapat hidayah selepas masuk kelas agama dan belajar lebih mendalam tentang Islam. Selama ini memang sentiasa ingat Allah tapi lepas masuk kelas, baharu saya belajar dan faham.

Sebenarnya saya ada lima orang adik-beradik perempuan dan semua kakak serta ibu saya memakai tudung. “Memang daripada dulu saya bersyukur, dan setiap kali solat mesti akan menangis… bukan sebab sedih tapi sebab Allah dah beri nikmat terlalu banyak tapi tak boleh tutup aurat. Nak buat perkara wajib ada saja alasan,” katanya kepada mStar. Mawar memberitahu dia mula berhijab pada Isnin lalu dan memilih hari Jumaat untuk berkongsi berita gembira tersebut sempena Awal Muharram.

Sebelum ini, pelakon drama Suamiku Paling Sweet itu memakai tudung sepanjang bulan Ramadan namun selepas itu dia kembali dengan penampilann tanpa hijab. Dalam pada itu, Mawar berkata suaminya iaitu Raf Yaakob antara orang yang paling bahagia dan gembira dengan keputusannya untuk berhijrah. “Raf orang yang sangat bahagia walaupun dia tak memaksa. Dia banyak bagi hint tapi saya cakap biar benda itu datang daripada diri sendiri. Alhamdulillah, saya tak rasa paksa diri tapi memang saya sedar ini tanggungjawab saya.Dia sentiasa mendoakan semoga saya terus istiqamah dan paling gembira dia tak tanggung dosa sebab saya tak tutup aurat. Keluarga saya pun bersyukur dengan perubahan ini. Sebenarnya saya ada lima orang adik-beradik perempuan dan semua kakak serta ibu saya memakai tudung. Sebelum ini, memang saya seorang saja tak berhijab,” ujarnya.

SUMBER : Mstar

Perkongsian foto Mawar Rashid dan Neelofa telah dapat perhatian Warganet. Rata rata puji kecomelan mereka berdua.

Pelakon Mawar Rashid mencuri tumpuan warganet apabila berkongsi sekeping foto dirinya bersama usahawan terkenal berasal daripada Kelantan, Neelofa.  Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 24, memuat naik foto tersebut di laman Instagram miliknya. 

“Dapat jugok bergamba denge idola kito. Banggo bena dengan anok Kelate. Mekwa doakan kak Lofa sentiasa dirahmati Allah dan bahagia disamping yang tersayang,” tulis Mawar sebagai kapsyen. Foto dua selebriti asal negeri Cik Siti Wan Kembang itu diambil semasa Mawar menjadi tetamu program MeleTOP bagi mempromosikan drama siri lakonannya berjudul Thank You Kapten bersama pelakon Hisyam Hamid.

Menerusi laman Instagram MeleTOP yang turut mengulang siar foto Mawar, ramai warganet yang terdiri daripada anak Kelantan turut sama memberikan komen yang positif. “Saya orang Kelantan, mestilah gadis-gadis Kelantan comel-comel belako,” ujar seorang warganet. 

“Meme mek-mek Kelate comel-comel saja dok puah kelih peramoh-peramoh pulak tu,” puji seorang warganet. “Kawe sokong Kelate comey terutamanya sebeloh Pasir Mas sebab sempadan Siam,” kata seorang warganet lagi. 

Sekadar info, Mawar merupakan selebriti kelahiran program Dewi Remaja pada tahun 2015.  Mawar dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob bernikah pada 9 November 2017 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Raden Mohammed Rafael, 9 bulan. 

Sumber: Gempak

Mawar restu anak berlakon

PELAKON Mawar Rashid tidak menolak sekiranya anaknya, Raden Muhammad Rafael yang kini berusia tujuh bulan ditawarkan berlakon. Menurut Mawar, membesar dalam keluarga seni membuatkan dia terbuka mengenai perkara itu.

“Kalau Rafael ditawarkan berlakon, saya suka. Mungkin kerana saya terlalu mencintai dunia lakonan. Saya sendiri pun memang sejak dari kecil lagi sudah dekat dengan dunia lakonan memandangkan ibu saya model dan pelakon di Thailand.

“Dalam kata lain, darah seni itu memang sudah ada dalam keluarga saya dan suami. Kalau anak pun okay, kenapa tidak,” katanya kepada Harian Metro. Mawar juga akan membawa Rafael ke set penggambaran untuk memastikan anaknya selesa dengan persekitaran tempat kerjanya.

“Tak lama lagi saya akan membintangi drama 20 episod berjudul Thank You Kapten. Jadi, saya akan bawa dia bersama. “Ini penting untuk buatkan dia rasa selesa dengan suasana di set, dapat melihat bagaimana saya bekerja dan paling penting, saya akan sentiasa dekat dengannya,” katanya.

Mawar berkata, Rafael kini mula dihujani tawaran menjayakan iklan dan tajaan. “Ada beberapa tawaran kempen dan tajaan yang kami terima bagi pihak Rafael antaranya lampin pakai buang. Itu rezeki Rafael dan setiap pendapatan daripada kerja itu kami akan gunakan untuk masa depannya,” kata Mawar. Mawar kini kembali aktif berlakon selepas lebih setahun menumpukan sepenuh perhatian terhadap anaknya.

Sumber : myMetro